Friday, October 31, 2008

ORANG SAKIT WALAUPUN SIHAT

Isu Jalan Alor, Kuala Lumpur sudah selesai. Balik kepada nama asal dan tiada lagi Jalan Kejora.

Isu ini timbul gara-gara ada usaha untuk menukarkan nama jalan itu.

Apapun alasan, eloklah fikir-fikir dulu sebelum membuat perubahan. Adakalanya tindakan itu tidak sesuai dengan keadaan semasa. Tidak sensitif.

Mungkin, orang tengah marah. Mungkin orang tengah kemaruk untuk marah kerajaan. Janganlah pula agensi kerajaan mencurah minyak kepada api yang sedang membara itu. Tiada faedahnya.

Apapun, pagi ini ketika berhenti di perhentian lampu isyarat di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur ada sebuah papan tanda terpampang perkataan "JALAN RUMAH SAKIT" di hadapan Institut Pengurusan Kesihatan.

Lama dah tak dengar istilah "rumah sakit" itu. Kini lebih popular dengan nama klinik, pusat kesihatan atau hospital.

Sebenarnya, rumah tidak sakit tetapi orang yang sakit.

Ketika ini, ramai "orang sakit" walaupun sihat.

Jangan salah makan ubat.

Thursday, October 30, 2008

TIADA "ENVELOPE JOURNALISM" DI SINI

Media tempatan tidak pernah mengamal budaya "envelope journalism'' dan pengamal media tempatan tidak perlu diberi suapan untuk mendapat peluang liputan.

Itu penegasan yang dibuat Menteri Penerangan Dato" Ahmad Shabery Cheek walaupun dari segi ranking, kebebasan akhbar di negara ini dipaparkan kurang baik.

Ini dilaporkan Warta 1 RTM sebentar tadi.

Negara kini berada pada kedudukan ke 132 dalam indeks kebebasan wartawan dan media 2008,. naik 10 anak tangga berbanding tahun lalu.

Jelas Dato' Ahmad Shabery Cheek terdapat negara yang kebebasan akhbarnya lebih baik namun kerajaan yang memerintah adalah korup.

Beliau terdahulu merasmikan forum 'Trend dan Masa Hadapan Media Malaysia' di ibu negara.

Forum sehari yang disertai tokoh akademik, penyelidik, pengamal media, blogger dan pengamal undang-undang ini dianjurkan Gerbang Maklumat Selatan-selatan - SSIG sebuah unit di bawah Kementerian Penerangan dan Universiti Malaya.

(Renungan Rimau : Kalau ada yang menghulur tu, suruh mereka simpan saja. Melainkan, jika ada yang sudah hilang akal)

Wednesday, October 29, 2008

PETUALANG BANGSA SEMAKIN BERTAMBAH?

Sekarang ni, tidak susah hendak mencari petualang bangsa. Macam Si Kitol tu.

Sekarang ni, tidak susah hendak mencari pemimpin Melayu yang sudah sasau dan menjadi pembelot bangsa.

Saya ada calon di Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Mereka menjadi petualang bangsa hanya kerana kepentingan politik.

Mereka menjadi pembelot bangsa hanya untuk meraih undi bukan Melayu.

Mereka mengguris dan menyakitkan hati Melayu. Ini perjuangan politik sempit. Lepas satu..satu. Isu DEB, UITM, sama rata sama rasa, PKNS, tanah, wang zakat, Bahasa Melayu dan agama Islam.

Mereka lupa, bahawa bangsa Melayu tidak akan melupakan perbuatan mereka.

Anwar, Khalid, Hassan, Nizar dan Fairuz fikirkanlah.

Pemimpin PAS tolonglah ingatkan mereka.

Jangan terlambat.

(Renungan Rimau: Apa yang berlaku di PERAK . Isu yang dibincangkan di SELANGOR .)

Tuesday, October 28, 2008

BELI EUROCOPTER DITANGGUHKAN

Pembelian helikopter Eurocopter ditangguhkan.

Situasi ekonomi yang tidak menentu menyebabkan projek-projek yang memberi faedah langsung kepada rakyat diberikan lebih keutamaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, keputusan dibuat pada Mesyuarat Exco Majlis Ekonomi, 13 Oktober lalu.

Perkara itu dilaporkan oleh Warta Perdana RTM1 sebentar tadi.

Perdana Menteri berkata ketika ini, kerajaan perlu mengutamakan projek rakyat dan pembelian Eurocopter yang bernilai 1.67 bilion ringgit boleh ditangguhkan.

Beliau juga menafikan, wujud unsur penyelewengan dalam tender pembeliannya.

Mengenai mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, P-A-C esok, Datuk Seri Abdullah berkata, ia boleh diteruskan agar maklumat mengenainya dapat diperhalusi.

Keputusan berhubung sebarang pembelian baru helikopter untuk menggantikan Nuri akan dilakukan selewat-lewatnya sebelum 2011.

Cadangan menukar helikopter Nuri dibuat Kabinet pertengahan tahun lalu selepas penilaian mendapati kerajaan kerugian 87 juta ringgit berikutan 15 nahas sejak ia digunakan 40 tahun lalu.

Tender terbuka mencari penggantinya dibida enam syarikat pengeluar helikopter, antaranya Eurocopter, Agusta Westland, Boeing dan Sikorsky. Eurocopter E-C 725 Cougar menggunakan teknologi Perancis.

Datuk Seri Abdullah hadir pada rumah terbuka Aidilfitri Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur.

Monday, October 27, 2008

CARTA PENCALONAN UMNO (4)

KEPALA BATAS (PEMUDA)
KETUA : KHAIRY JAMALUDDIN
NAIB : REEZAL MERICAN

JELI
PRES : DS NAJIB
T PRES : TS MUHYIDDIN

KOTA TINGGI
PRES :
T PRES : TS MUHAMMAD

MARAN
PRES : DS NAJIB
T PRES : TS MUHYIDDIN
N PRES : DS JJ, DS HISHAM DAN DS ZAHID

ADA CALON UMNO BAGI MATAWANG ASING

Kawan saya kalah dalam pemilihan di peringkat bahagian baru-baru ini.

Walaupun, pada peringkat awal risikannya mendapati beliau akan menang tetapi pada hari pemilihan, kawan saya diserang hendap oleh lawannya.

Lawannya menggunakan pengaruh luar yang telah membantu menewaskannya.

Takpelah.

Pada saat-saat akhir sebelum mengundi, beliau menerima banyak panggilan supaya beliau "up" sikit daripada jumlah yang diberikan oleh lawannya.

Beliau mengambil keputusan tidak akan berbuat demikian.

Baginya, lebih baik beliau menggunakan wang itu untuk membantu penduduk kampung atau membawa keluarga melancong daripada menaburkannya semata-mata untuk menang.

Beliau sedih kerana mereka yang terpilih bukan saja "main kotor" tetapi tidak mempunyai wawasan untuk membangunkan penduduk di bahagian itu.

Namun, yang menarik sekali beliau memberitahu saya bahawa ada calon yang menabur wang menggunakan matawang asing. Ada yang memberi $1,000 matawang Singapura atau EURO.

Anda ada dapat ke?

Sunday, October 26, 2008

CARTA PENCALONAN UMNO (3)

SEMBRONG, JOHOR
PRES : DS NAJIB
T PRES : TS MUYIDDIN

SIPITANG, SABAH
PRES : DS NAJIB
T PRES : TS MUHYIDDIN

KLUANG, JOHOR
PRES : DS NAJIB
T PRES : TS MUHYIDDIN

JOHOR BAHRU
PRES : DS NAJIB
T PRES : DS ALI RUSTAM
NAIB : DS KHALED, DS HISHAM DAN DS SYED HAMID


SERDANG, SELANGOR
PRES : DS NAJIB
T PRES : TS MUHAMMAD

SABAK BERNAM, SELANGOR]
PRES : DS NAJIB
T PRES : TS MUHAMMAD

PETALING JAYA UTARA
PRES : DS NAJIB
T PRES : TS MUHAMMAD

PARIT SULONG
PRES : DS NAJIB
T PRES : TS MUHAMMAD
NAIB : DS HISHAM, DS KHALED DAN D

SERI GADING, JOHOR
PRES : DS NAJIB
T PRES : TS MUHYIDDIN
NAIB : DS HISHAM, DS KHALED


JELUTONG
PRES : DS NAJIB
T PRES :

SERI GADING
PRES : DS NAJIB
T PRES :

KUALA KEDAH
PRES : DS NAJIB
T PRES : TS MUHYIDDIN
NAIB : DS ZAHID, DS HISHAM DAN TS MOHD ISA

BEAUFORT, SABAH
PRES : DS NAJIB
T PRES : TS MUHYIDDIN
NAIB : DS HISHAM, DS SHAFIE DAN DS KHALED.

DUNGUN
PRES : DS NAJIB
T PRES : DS ALI RUSTAM
NAIB :

HULU TERENGANU
PRES : DS NAJIB
T PRES : TS MUHYIDDIN

MARANG
PRES : DS NAJIB
T PRES : TS MUHAMMAD

SETIU
PRES : DS NAJIB
T PRES : TS MUHAMMAD

LUMUT (PEMUDA)
KETUA : DS DR KHIR
NAIB : RAZALI IBRAHIM

SEPUTEH (PEMUDA)
KETUA : DS DR KHIR

RETREAT UNTUK KEBAIKAN ORGANISASI

Posting kedua 3.50 petang.

Pagi ini, seperti semalam kami mengikuti senamrobik yang dikendalikan oleh "Gadis Russia". Peerrrghh. Pak Abu dan Hj S teruja?

Selepas itu, kami dijemput bermain bowling persahabatan dengan kakitangan MOI termasuk Menteri dan KSU.

Kumpulan saya menjadi naib johan Kejohanan Boling MOI. Boleh tahan juga selepas dua tahun tidak bermain boling.

Namun antara "sembang politik" pagi ini dengan beberapa rakan ialah adakah Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek, akan bertanding Majlis Tertinggi selepas mendapat lebih 25 pencalonan.

Dulu tidak mahu kerana ada faktor tersendiri. Sekarang, bagaimana Tok?

Bagi saya, eloklah Dato' Shabery menawarkan dirinya untuk MT kerana beliau pemimpin pelapis UMNO yang boleh memainkan peranan memperkukuhkan parti ini. Setuju?

Posting Asal - 12.05 malam

Apakah tujuan retreat?

Untuk muhabasah diri dan merangka satu program yang dapat mempertingkatkan prestasi organisasi.

Semoga semua pihak mengambil bahagian yang aktif dalam retreat dan menggunakan ilmu yang diperolehi dengan berkesan.

Saya kini sedang retreat di awan. Awan?

Awana. Setakat ini ada banyak idea baru.

Eloklah retreat jika sudah 'burn out'.

Friday, October 24, 2008

ADA KE PEMIMPIN POLITIK ANTIK?

Muzium Sultan Alam Shah di Shah Alam, Selangor menganjurkan lelong barang-barang antik.

Ia dipaparkan oleh MHI TV3 pagi ini.

Dua jenis barang yang disediakan dalam program lelongan itu ialah barang yang dilelong menerusi pembidaan dan barang-barang yang boleh dibeli serta-merta.

Segerakan dapat barang-barang antik yang anda idamkan.

(Renungan Rimau : Bagi pemimpin politik yang sudah antik atau sudah terlalu lama tetapi masih mahu terus bergayut kepada jawatan, mereka tidak boleh dilelong seperti barang-barang. Mereka juga yang sepatutnya dimasukkan dalam muzium, tidak mahu berbuat demikian. Ini gara-gara kemaruk kuasa dan mahu menongkat langit. Bagaimanapun, ada pemimpin yang mahu turun walaupun mampu memimpin lagi dan inilah sifat seorang negarawan. Antaranya Tun Dr Mahathir Mohamad, yang masih diminati hingga sekarang. Biar jadi antik yang disukai ramai. Mahal harganya. Jangan jadi barang lama yang satu hari dibuang begitu saja...ke tong sampah. Masih mahu terus bergayut? Bantailah labu.)

Thursday, October 23, 2008

ROMBAKAN KABINET TIDAK LAMA LAGI?

Adakah akan berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat ini?

Ia tidak mustahil berikutan keputusan pemilihan MCA baru-baru ini.

Sudah tentu mereka yang menang jawatan utama parti MCA akan diberikan jawatan lebih tinggi? Lebih baik?

Sama-sama kita tunggu.

TAHNIAH DR AHMAD ZAHID HAMIDI


(Sultan Sharafuddin Idris Shah bersalam dengan Ahmad Zahid Hamidi sambil diperhatikan isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis pada majlis Konvokesyen UPM, Serdang, Selangor, Ahad lalu).

Ada yang mendapat doktor falsafah (PHD) dalam tempoh lima tahun, ada juga tujuh tahun dan tidak kurang pula selepas 10 tahun.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid membuat sarjana sama waktu dengan saya. Saya di UKM dan Dr Zahid di UPM. Kami berjaya memperolehi segulung sarjana. Kemudian kami meneruskan pengajian untuk mendapat doktor falsafah.

DS Zahid berjaya mendapat doktor falsafah Ahad lalu. Saya masih dalam perjalanan ke arah itu. Diperlahankan kerana kesan pembedahan tulang belakang pada 2006. Kini, usaha itu masih diteruskan. Little by little. Apapun tahniah untuk Dr Zahid.

(Renungan Rimau : Jangan pula dapat PHD dalam beberapa hari atau beberapa minggu saja. Apabila ditanya apa tesis yang digunakan, maka dijawabnya, "ADALAH...". Sekadar menasihat agar jangan ambil PHD dalam Internet. Takyah tipu orang.)

JANGAN BIADAB KEPADA SPEAKER

Gara-gara perkataan "main-main dan tidak serius" yang dilemparkan kepada Speaker, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, hari ini digantung kehadirannya selama dua hari.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berharap penggantungan itu akan menjadi pengajaran kepada semua Ahli Parlimen tidak kira parti kerajaan atau pembangkang agar tidak biadab.

(Renungan Rimau : Semalam, orang kuat DAP, Lim Kit Siang bawa ahli Kumpulan Hindraf yang diharamkan ke Parlimen sebagai tetamu. Hari ini, Kapal Singh pula yang biadab. Tak tahulah apakah kedua-dua veteran politik itu sudah hilang modal. Bantailah labu.)

Wednesday, October 22, 2008

WANITA UMNO : SERAH AWAL?

Perlukah Tan Sri Rafidah Aziz menyerahkan jawatan kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil jawatan Ketua Wanita UMMO lebih awal?

Bagi Sharif Ahmad, jika itulah hasrat akar umbi pergerakan berkenaan, ia perlulah diberikan perhatian serius.

Ikuti tulisan beliau dalam Analisis Berita RTM pagi ini di AKHBARCYBER .

(Renungan Rimau : Saya menghormati Datuk Kamalia Ibrahim)

Tuesday, October 21, 2008

BUTA SEJARAH DAN BUTA HATI

Mengapa pemimpin politik sekarang suka memainkan isu perkauman? Mengapa pemimpin politik suka menimbulkan perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ada jawapannya. Bagi Dr Zahid, mereka sebenarnya buta sejarah. Kebutaan sejarah inilah yang perlu dicelikkan semula.

Menurutnya, kini sesetengah pemimpin politik mula celupar. Faktor itu perlu dihadamkan. Beliau berkata demikian dalam Program Bersemuka Bersama Media di RTM1 bertajuk Perpaduan Ummah ketika ini.

Oleh kerana sejarah sudah mula dilupakan, ia wajib terus diajar kepada pelajar peringkat rendah, menengah dan pengajian tinggi. Sejarah adalah asas untuk melihat ke belakang. Sejarah penting difahami dan dihayati.

Golongan yang celupar ini disebabkan mereka lupa kepada jasa kepemimpinan dulu yang membolehkan Malaysia menjadi negara makmur dan aman damai.

WARTAWAN LETAK JAWATAN

Wartawan Malaysiakini.com, Wong Choon Mei, yang menulis laporan Ahad lalu berhubung manifesto kononnya dikeluarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding jawatan Presiden UMNO, meletakkan jawatan hari ini.

Semalam, Pejabat Timbalan Perdana Menteri mengatakan laporan yang disiarkan oleh portal berita itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk mencemarkan imej Datuk Seri Najib. - AGENDANEWS.

(Renungan Rimau : Berhenti dan carilah kerja lain. Jangan sertai bidang kewartawanan kerana mungkin akan buat perangai yang sama semula. Eloklah memohon menjadi warden penjara Sungai Buluh, agar dengan melihat pesalah, kita mungkin sedar dan tidak membuat salah lagi.)

Monday, October 20, 2008

JANGAN BUAT KERJA GILA

Lepas satu, satu. Dulu kata Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dalam kes Altantuya. Sudah dinafikan. Reda sikit.

Kini keluar berita mengatakan DS Najib ada keluarkan manifesto untuk kempen pemilihan UMNO. Mula-mula satu laman berita. Kemudian semua orang melaporkan dalam blog dan web mereka. Semua tahu, niat mereka.

Malam ini, pejabat Timbalan Perdana Menteri menafikan perkara itu dan menyifatkan penerbitan laporan itu satu tindakan yang tidak etika. Ia bertujuan untuk memburuk-burukkan DS Najib.

Malaysiakini meminta maaf.

Tapi...kerosakan telah berlaku. Minta maaf pun tak guna. Periksalah dulu.

Jangan buat kerja gila ni. Jangan jadi gila.

Sunday, October 19, 2008

KEMATIAN ADALAH PROSES COUNTDOWN

Kematian adalah satu proses countdown dalam hidup. Ini bererti manusia perlu bersedia untuk mati bila-bila masa dan bukannya bersikap untuk menongkat langit selama-lamanya.

Ini tidak disedari oleh ramai pihak terutama orang politik yang ada antaranya merasakan akan hidup "selama-lamanya". Ada juga yang merasakan diri mereka berkuasa seperti tuhan sehingga menggunakan kuasa untuk kelangsungan politik.

Tidak hairanlah ada yang sepatutnya berhenti dan memperbanyakkan ibadat kerana telah banyak melakukan kesalahan, mahu terus bergayut pada jawatan.

Malah, ada yang "bermain kotor" untuk kekal dan melenyapkan muka-muka baru.

Ini berbeza dengan mereka yang beriman dan sentiasa bersedia untuk mati.

Minggu lalu, ibu kenalan saya yang diketahui suka beribadat mengetahui bahawa waktunya berpisah dengan dunia yang penuh dengan pelbagai cabaran... untuk bertemu dengan penciptanya.

Beliau yang masih muda dan tidak berpenyakit memberitahu rakan baiknya tempat beliau menyimpan keperluan barang-barang ketika kematian seperti kain kapan, kain batik lepas dan segalanya dalam beberapa minggu ini.

Malah, beliau meninggalkan nombor telefon penyelaras kubur kepada rakannya jika apa-apa berlaku kepadanya dalam tempoh terdekat.

Wanita itu meninggal dunia kerana membuka penutup observation chamber septic tank yang dirasakan bermasalah dan menimbulkan bau kurang menyenangkan di dalam rumah.

Beliau yang suka membuat sesuatu tanpa perlu mengharapkan bantuan orang, menemui ajal kerana permintaannya agar "pihak tertentu" membantunya segera, lambat datang.

Apabila wanita itu ditemui meninggal dunia di rumahnya minggu lalu, rakannya segera melakukan apa yang diarahkan oleh sahabatnya itu. Semuanya sudah tersedia untuk menghadapi tuhan.

Penyelaras kubur yang dihubungi menyatakan wanita istimewa sudah memintanya menyediakan "ruang kubur" jika sesuatu berlaku kepadanya dalam tempoh terdekat.

Malah, penyelaras itu sudah menyediakan lot untuk wanita berkenaan minggu lalu.

Ini memaparkan wanita itu mengetahui masa untuk menemui penciptanya.

Jangan kita menongkat langit. Bersedialah.

Saturday, October 18, 2008

ZAHIDI TARIK DIRI REBUT K PEMUDA

Kawan saya, Datuk Zahidi Zainul Abidin, yang menang Ketua UMNO Bahagian Padang Besar hari ini menarik diri bertanding jawatan Ketua Pemuda. Itu maklumat dihantar oleh AgendaNews.

Eloklah tu. Jangan buang masa, tenaga dan wang ringgit.

Calon yang dapat pencalonan sedikit... bagaimana?

Nak terus atau berhenti?

Bukan berhenti kerja...tapi berhenti bertanding.

Jimat sikit duit.

MCA MINTA KERUSI T PENGERUSI BN

MCA semalam meminta diwujudkan satu lagi kerusi Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN). Permintaan itu dikemukakan oleh Ketua Pemudanya, Datuk Liow Tiong Lai.

Mula-mula minta kerusi Timbalan Pengerusi BN.

Kemudian, mereka akan mencuba pula minta kerusi Timbalan Perdana Menteri.

Bunyi macam dapat idea daripada orang lain pula. Apa ni?

Tidak perlulah membuat tuntutan jika semuanya sudah baik dan berjalan lancar.

Nampaknya UMNO dan orang Melayu diuji sekali lagi.

Cobaan. Cobaan. Cobaan.

CARTA PENCALONAN UMNO (2)

PADANG RENGAS (MT) 18/10/08
Presiden : DS Najib
T Pres : TS Muhyiddin
Naib Pres: DS Dr Zahid, DS Hisham dan DS Shafie

BACHOK (MT) 18/10/08
Presiden : DS Najib (DS Najib 515 undi/ TR 2 undi)
T Pres :

ARAU (Pemuda) 18/10/08
K Pemuda : Khairy Jamaluddin
N Ketua : Datuk Reezal Merican

PJ Selatan (Pemuda)
K Pemuda : DS Dr Khir Toyo
N Ketua : Datuk Reezal Merican

MERBOK (Pemuda)
K Pemuda : Datuk Mukhriz Mahathir
N Ketua : Razali Ibrahim

PADANG TERAP (Pemuda)
K Pemuda : Datuk Mukhriz Mahathir
N Ketua : Razali Ibrahim

KUALA KEDAH (Pemuda)
K Pemuda : Datuk Mukhriz Mahathir
N Ketua : Razali Ibrahim

KEMAMAN (Pemuda)
K Pemuda : Datuk Mukhriz Mahathir
N Ketua : Datuk Reezal Merican

RANTAU PANJANG (Pemuda)
K Pemuda : Khairy Jamaluddin
N Ketua : Datuk Reezal Merican

PENDANG (Pemuda)
K Pemuda : Datuk Mukhriz Mahathir
N Ketua : Datuk Reezal Merican

JERLUN (Puteri)
K Puteri : Datuk Shahaniza
N Ketua : Norlee Asilin Radzi

ALOR STAR (Wanita)
K Wanita : TS Rafidah Aziz
N Ketua : DS Shahrizat

KUALA TERENGGANU (Wanita)
K Wanita : TS Rafidah Aziz
N Ketua : DS Shahrizat

Friday, October 17, 2008

RAJA-RAJA MELAYU MURKA

Kemurkaan Raja-Raja Melayu semalam terhadap golongan yang mempertikaikan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan kebelakangan ini terutama hak istimewa bangsa Melayu.. bukanlah satu perkara yang sukar difahami.

Ini kerana sebagai payung negara tempat rakyat berteduh, Raja-Raja Melayu sudah pasti mahu isu sensitif itu tidak diputar selalu seperti memainkan "rekod buruk" yang mengeluarkan bunyi bising, tidak sedap dan menyakitkan hati orang yang mendengarnya.

Tindakan itu sudah pasti merugikan semua pihak di negara ini.

Negara yang aman... pasti akan hancur jika wujudnya persengketaan kaum.

Warta Perdana RTM semalam melaporkan Raja-Raja Melayu sedar tindakan mempertikaikan apa yang termaktub dalam Perlembagaan, jika tidak ditangani segera boleh menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat yang secara langsung menjejaskan keharmonian negara.

Perpaduan yang sedia terjalin sejak 51 tahun lalu perlu dipertahankan daripada dirobek oleh anasir dalam dan luar negara yang sering memutarkan sentimen perkauman untuk kepentingan peribadi mereka.

Rakyat pelbagai kaum di negara ini pernah diuji pada 13 Mei 1969 dan mereka menyaksikan betapa persengketaan kaum itu tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Sejak itu, usaha mewujudkan keharmonian dilaksanakan dan berkekalan ke hari ini.

Perpaduan kaum dan saling menghormati antara satu sama lain inilah yang membolehkan Malaysia terus maju dan mendapat sanjungan seluruh dunia.

Penyatuan dalam pelbagaian ini sudah tentu dicemburui dan tidak disenangi oleh ramai pihak.

Oleh itu, tidak hairanlah, Raja-Raja Melayu mahu bangsa Melayu bersatu padu mempertahankan perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan.

Bangsa Melayu perlu mempertahankan hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.

Kaum bukan Melayu juga usah bimbang dengan hak mereka.

Jadi, usahlah membuat kenyatan bodoh dan bebal.

Fahamilah sejarah.

Thursday, October 16, 2008

HARAMKAN PERTUBUHAN MENGARUT

Sepatutnya daripada dulu lagi. Tapi takpe...Better late than never.

Kalau Al-Arqam atau Al-Maunah diharamkan, mengapa pertubuhan yang kita sudah tahu mengarut masih terus berleluasa.

Tapi yang pelik, ada pula yang mengambil kesempatan menyokong kumpulan ini.

Apa punya manusia ni?

Ikutilah berita yang disiarkan oleh Warta Perdana RTM malam tadi.

Hindu Rights Actions Force (Hindraf) diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, ia berkuatkuasa hari ini.

Katanya tindakan itu diambil setelah berpuas hati dengan segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak.

Perintah itu dibuat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri mengenai kegiatan-kegiatan pertubuhan tersebut yang telah dijalankan sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang.

Pengharaman diisytihar berdasarkan kuasa di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Hasil siasatan mendapati pertubuhan itu bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai-nilai moral di Malaysia.

Dalam kenyataan yang difakskan ke RTM, Datuk Seri Syed Hamid berkata sekiranya tidak dibendung, Hindraf akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum.

Datuk Seri Syed Hamid menasihati orang ramai agar tidak melibatkan diri dalam apa cara sekalipun dalam kegiatan Hindraf yang diharamkan itu.


(Renungan Rimau: Politik.....politik juga bagi pemimpin yang menyokong Hindraf. Jangan buta dengan isu sensitif. Jika negara sudah tidak aman, bagaimana kita hendak berpolitik. Hendak keluar rumah pun takut. Elakkan negara ini menjadi macam sesetengah negara...selalu berperang dan lanun pula semakin bertambah. Sedarlah.)

Wednesday, October 15, 2008

MINYAK TURUN, HARGA BARANG PERLU TURUN

Harga minyak TURUN, rakyat kata hooreey. Bagaimanapun, hooreey itu mungkin terhenti apabila mereka memikirkan kedudukan harga barang yang SEMAKIN naik.

Hooreey itu juga terhenti apabila memikirkan kedegilan peniaga yang rakus dan tamak...terus menaikkan harga.

Apakah kegembiraan ini akan berterusan dengan penurunan harga barang? Inilah perkara yang perlu difikirkan oleh semua pihak terutama pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Menterinya perlu berkerja keras. Jika mahu menang besar dalam pemilihan Majlis Tertinggi UMNO Mac ini, Datuk Shahrir Samad perlu menyelesaikan kemelut kenaikan harga barang ini. Amacam?

Apapun mari kita ikuti Analisis Berita RTM pagi ini yang ditulis oleh Yunus Alias.

"Harga minyak dipam turun antara 10 dan 20 sen seliter lagi mulai hari ini.

Penurunan ketiga sejak kajian pertama harga minyak dibuat 23 Ogos lalu.

Kini rakyat Malaysia semakin yakin terhadap janji-janji kerajaan untuk menurunkan harga minyak berasaskan kedudukan harga pasaran global.

Tetapi soalnya apakah rakyat benar-benar menikmati penurunan harga minyak itu?

Kita analisis kesan penurunan harga bahan bakar itu kepada rakyat negara ini.

Tajuk analisis kita ialah: MINYAK TURUN..BAGAIMANA HARGA BARANGAN?

Sekali lagi rakyat Malaysia menikmati penurunan harga minyak.

Kali ketiga dalam tempoh kurang tiga bulan.

Apakah kita akan terus menikmati harga rendah bagi petrol dan diesel?

Jawapannya bergantung kepada harga pasaran minyak mentah dunia.

Itulah mekanisme baru penetapan harga bahan bakar itu diperkenalkan kerajaan sejak Ogos lalu.

Apakah kesannya kepada rakyat?

Kini harga bahan bakar itu berada di paras RM2.30 SELITER bagi petrol dan RM2.20 bagi diesel.

Ertinya selepas tiga kali penurunan harga petrol dan diesel, harga bahan bakar itu telah dikurangkan sebanyak 40 sen.

Inilah realitinya tanpa bermain politik seperti pihak pembangkang yang menghebohkan untuk menurunkan harga pada harga kurang munasabah.

Kerajaan sebaliknya mengambil pendekatan non-populis, tetapi berasaskan realiti semasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan membuat keputusan mempercepatkan pengurangan harga runcit petrol dan diesel bagi membolehkan orang ramai menikmatinya segera.

Tetapi rakyat terus bertanya kenapa harga barangan tidak turun selaras dengan penurunan harga bahan bakar itu?

Peniaga nampaknya tidak sedia berkorban, sebaliknya terus mahu mengaut keuntungan.

Walaupun harga bahan bakar diturunkan sebanyak tiga kali dan pelbagai inisiatif disediakan bagi menmbantu golongan peniaga menghadapi kesan kenaikan harga minyak beberapa bulan lalu, harga barangan tidak bergerak ke bawah.

Kenapa perkara ini berlaku?

Peniaga memberikan pelbagai alasan meski mereka sudah diberikan diskaun yang tinggi bagi pembelian diesel.

Kebanyakan peniaga menyalahkan pembekal dan pengeluar yang menyebabkan kenaikan harga barangan.

Apakah benar dakwaan berkenaan?

Bagaimana mekanisme penentuan harga barangan di kilang dan peringkat pemborong?

Kerajaan perlu mengawal harga barangan terutama barangan perlu secara lebih berkesan.

Minggu depan satu lagi perayaan akan berlaku di negara ini.

Para peniaga tidak wajar mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan .

Mereka sepatutnya bersedia menurunkan harga barangan terutama barangan perlu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah membuat persiapan di musim perayaan.

Apakah lagi alasan mereka untuk menaikkan harga?

Harga minyak men tah dunia kini berlegar sekitar US80 setong.

Kita percaya harga bahan bakar itu akan turun lagi ke paras lebih rendah.

Dan tentulah kerajaan akan mengkaji semula harga petrol dan diesel itu di pam selaras dengan kemerosotan harga global.

Usaha kerajaan ini tidak memberi kesan positif kepada rakyat, jika para peniaga terus bersikap tamak dan mahu mengaut keuntungan.

Harga barangan sepatutnya dicerminkan dengan kos sebenar barangan itu.

Kawalan sahaja tidak mencukupi.Kerajaan boleh memeian peranan lebih berkesan lagi dengan mengawal harga di peringkat kilang dan pemborong.

Apakah kita memerlukan pendekatan baru?

Kita mungkin boleh mengambil model mekanisme harga barangan dari negara-negara maju.

Kajian perlu dilakukan supaya harga barangan mencerminkan kos sebenar seperti harga minyak.


(Renungan Rimau: Bagilah peluang rakyat hooreey sepanjang masa)

Tuesday, October 14, 2008

IKLAN UNTUK POPULARKAN JENAMA

Saya pernah bertemu dengan Pengarah Urusan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat), Datuk Kamaruzaman Che Mat, dalam satu majlis berbuka puasa beberapa tahun lalu di Kuala Lumpur.

Ketika itu, saya menjadi perunding media RTM. Sejak itu, saya mengikuti perkembangan beliau di media cetak dan elektronik.

Apa yang ingin dinyatakan ialah saya amat bersetuju dengan tindakan beliau memperhebatkan usaha mempopularkan Bank Rakyat di media cetak dan elektronik. Iklan yang berkesan mempertingkatkan imej dan jenama bank itu.

Kini, Bank Rakyat menjadi pilihan. Bank pilihan rakyat.

Lebih menyakinkan lagi apabila Datuk Kamaruzaman menyatakan Bank Rakyat menghampiri sasarannya untuk meraih untung RM1 bilion tahun ini apabila mengumumkan RM805.1 juta bagi tempoh sembilan bulan pertama yang berakhir pada 30 September lalu.

Oleh itu, pengarah urusan yang kurang faham mengenai keberkesanan dan kepentingan pengiklanan eloklah bertanya dengan mereka yang mengetuai bahagian komunikasi korporat, perhubungan awam atau hal-ehwal awam.

Dalam pada itu, syarikat jangan tertipu dengan syarikat perhubungan awam atau pengiklanan yang mengenakan kadar bayaran yang tinggi tetapi "abuk pun tarak". Mereka mengenakan caj bagaikan langit tetapi keputusannya seperti kerak bumi - dalam dan keras saja.

Maknanya, tidak berkesan dan merugikan. Membuang duit saja. Berhati-hatilah.

JANGAN JADI KEPALA BATU

Ketika parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti UMNO dan MCA berusaha bersungguh-sungguh memperkukuhkan BN, ada pula parti komponen lain yang "membuat ragam dan tuntutan" entah apa-apa. Ini amat merungsingkan.

Gerakan minta agar BN menjadi satu parti. Begitu juga PPP. Hairan bin ajaib.

Persoalannya, mengapa parti kecil ini beriya-iya benar ingin mengetengahkan pandangan ini seolah-olah ingin memberitahu bahawa parti seperti UMNO dan MCA tidak relevan lagi dan perlu diadakan parti BN. Betul ke begitu?

Apakah kerana Gerakan dan PPP sebuah parti kecil, maka mereka mahu UMNO dan MCA dibubarkan dan ditubuhkan parti BN? Apakah agenda mereka sebenarnya? Apakah peluang mereka untuk mendapat tempat dalam politik negara lebih cerah apabila BN menjadi parti?

Inilah persoalan yang berlegar-legar di pemikiran saya. Bagi saya, tuntutan demi tuntutan, ugutan diikuti ugutan baru adalah satu tindakan yang tidak sihat. Adakalanya sudah sampai di peringkat kurang ajar.

Bukankah baru-baru ini Majlis Tertinggi BN meminta semua parti komponen terutama pemimpin tertinggi mereka menghentikan membuat sebarang kenyataan yang merugikan BN?

Tetapi masih ada yang degil. Menimbulkan isu sensitif. Tuduh menuduh. Apa ni?

Kepala batu ke?

Monday, October 13, 2008

UMNO CHERAS LANCAR TABUNG AZAN

Tidak sukar untuk memahami mengapa Datuk Wira Syed Ali Alhabshee (gambar) ingin membela Utusan Malaysia. Bagi saya, ini adalah antara perjuangan UMNO sejak daripada dulu lagi iaitu memperjuangkan kepentingan agama dan bangsa.

KUALA LUMPUR : Umno Bahagian Cheras hari ini melancarkan ‘Tabung Azan’ bagi menyokong secara moral akhbar Utusan Malaysia yang disaman RM30 juta oleh Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok berhubung isu laungan azan.

Ketuanya, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee ketika mengumumkan penubuhan tabung berkenaan menegaskan, UMNO Bahagian Cheras berasa terpanggil dan amat prihatin dengan akhbar Utusan Malaysia yang sedang berjuang untuk menegakkan syiar Islam dan kepentingan orang Melayu.

“Apabila pemimpin DAP itu menyaman akhbar Utusan Malaysia hanya kerana isu laungan azan, maka tindakan Teresa itu seolah-olah mencabar dan menghiris seluruh perasaan umat Islam di negara ini,” jelasnya.

Beliau menjelaskan, akhbar Utusan Malaysia adalah milik orang Melayu dan sinonim dengan perjuangan UMNO, maka tindakan Teresa itu samalah seperti menggugat kepentingan seluruh umat Islam.

Katanya, sebagai langkah permulaan, UMNO Bahagian Cheras dan Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) masing-masing menyumbang RM10 ribu bagi menggerakkan tabung itu.

“UMNO Bahagian Cheras amat prihatin dengan peranan akhbar berkenaan dan setelah isu laungan azan didedahkan, maka ia membuka mata kita semua betapa kesucian agama Islam sedang berhadapan dengan ancaman yang semakin serius.

Syed Ali mengumumkan demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Cheras, di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel, Cheras.

Sehubungan itu, beliau berharap bahagian-bahagian UMNO yang bermesyuarat di seluruh negara akan turut menubuhkan ‘Tabung Azan’ di peringkat bahagian masing-masing.


Dana yang terkumpul itu akan disatukan di bawah Tabung Azan induk kelolaan UMNO Bahagian Cheras yang kemudiannya akan diserahkan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pengguna Islam untuk mengendalikan perjalanan tabung berkenaan.

Katanya, kutipan daripada tabung itu akan disalurkan kepada masjid-masjid dan surau untuk melengkapkan pelbagai kemudahan, seperti membeli peralatan pembesar suara untuk laungan azan dan menganjurkan kursus-kursus muaazim kepada golongan remaja.

“Kita mahu melahirkan seramai mungkin muaazim muda yang mampu melaungkan azan dengan baik dan tertib dalam usaha kita memperjuangkan syiar Islam di negara ini,”tegasnya.

Syed Ali juga menjelaskan, kutipan tabung itu juga akan disalurkan kepada akhbar Utusan Malaysia yang sedang berdepan dengan saman RM30 juta daripada Teresa, jika akhbar tersebut memerlukan bantuan.


(Renungan Rimau: Langkah bijak untuk memastikan muaazim dapat melaungkan azan dengan baik dan tertib. Lantiklah muaazim yang mampu menjalankan tugas dengan baik.)

ANALISIS BERITA RTM (1)

Setiap pagi, RTM 1 menyiarkan Analisis Berita. Ikuti analisis pagi ini.

"Seperti di duga, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menguasai pencalonan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Begitu juga dengan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bagi jawatan Naib Presiden.

Namun, tentunya ada kejutan bagi jawatan Ketua Pemuda apabila Datuk Mukhriz Tun Mahathir mendahului jauh di depan.

Begitu juga dengan Datuk Shahrizat Abd Jalil apabila namanya masih dicalonkan sebagai Ketua Wanita meskipun kompromi sudah disepakati.

Apakah ini tanda awal akan berlaku satu perubahan dan menjadi trend pencalonan seterusnya?

Kita analisis soal ini dengan tajuk "KEJUTAN DAN AURA BARU"

Memang tidak dinafikan lagi, gandingan mantap Najib-Muhyiddin terserlah sejak awal lagi.

Kerana mereka sudah begitu lama dalam kepimpinan perdana baik parti mahupun kerajaan sejak sekian tahun.

Penguasaan mutlak 29 pencalonan bagi Datuk Seri Najib tidak boleh disangkal lagi setelah beliau ditunjuk untuk mengambil alih jawatan sepeninggalan Pak Lah.

Tiada siapa yang mampu menghampirinya termasuk satu-satunya pesaing, Tengku Razaleigh Hamzah.

Begitu juga Tan Sri Muhyiddin yang memula langkah meyakinkan. Tuah yang serupa dimiliki Datuk Seri Hishamuudin yang bakal meninggalkan Pemuda.

Namun yang agak mengejutkan ialah kemunculan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir

Belumpun masuk pusingan kedua minggu ini, beliau telah melepasi had kelayakan dengan 40 pencalonan.

Malah meninggalkan saingan utamanya, Khairy Jamaluddin yang juga Naib Ketua Pemuda, separuh perjalanan.

Hakikatnya Mukhriz tidak memegang jawatan penting, hanya sekadar EXCO Pemuda. Tetapi kenapa beliau mencuri tumpuan ?

Kelantangan dalam bersuara termasuk menentang kepimpinan negara ada kala dilihat sebagai derhaka.

Namun, nyata perubahan mahu dilakukan di peringkat akar. Sekaligus beliau menyerlahkan aura tersendiri. Dan pastinya bukan sekadar menumpang "taring" ayahanda.

Dan aura ini jugalah yang membantunya kerana Pemuda bagaikan mahu suntikan baru bagi mengembalikan imej kejantanan bagi mengimbangi cabaran semasa.

Secara tidak langsung memaksa Khairy, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan pesaing lain memperkemaskan strategi untuk meraih sokongan.

Walaupun terlalu awal untuk membuat kesimpulan namun, berdasarkan keputusan semalam, nyata bahawa perwakilan bahagian tidak mahu ada sebarang ikatan.

Sebaliknya mereka mahu kebebasan untuk membuat pilihan.

Contoh ketara di Bahagian Shah Alam bilamana perwakilan gagal menonjolkan Pengerusi Badan Perhubungan negeri, Tan Sri Muhamamd Muhd Taib sebagai calon Timbalan Presiden.

Di manakah letaknya kewajaran apabila penyokong tidak menyorong orang sendiri?

Walaupun aku janji mungkin sudah dilafazkan, namun ia tidak semestinya dituruti.

Benar, adakalanya mereka bertindak bijak dengan mengambil senario suara terbanyak dalam menentukan barisan kepimpinan.

Tetapi, kegawatan politik sejak beberapa bulan lalu membuat para mereka menyimpan perasaan membuak-buak, untuk melakukan perubahan.

Justeru, tindakan yang dilakukan bagi menyampaikan mesej kepada pucuk pimpinan bahawa keresahan, keluhan dan rintihan orang bawahan harus mendapat pembelaan.

Maka itu, trend kesepakatan dan arahan sepertimana yang diamalkan selama ini dilihat kurang berkesan.

Kerana kepimpinan akar umbi lebih memahami akan kehendak ahli dan parti.

Apatah lagi merekalah kelompok yang lebih menyelami hati budi ahli-ahli.

Lantaran, perkembangan ini harus dilihat secara terbuka dan positif tanpa memendam niat tersirat.

UMNO sedang berusaha melalui perubahan drastik selepas menghadapi ujian besar dalam pilihanraya umum lalu.

Jika perubahan itu benar-benar diperlukan, laksanakanlah ia dengan sepenuh hati, walaupun terpaksa merungkai semula pelan sedia ada.

Berikanlah kebebasan kepada ahli-ahli untuk menentukan hala tuju parti kerana mereka adalah penunjang terbesar dalam memastikan penerusan perjuangan bangsa.

Aura dan kejutan bukan sekadar hiasan, tetapi menyimpan seribu harapan.

Perkukuh dan manfaatkannya demi kepentingan parti."


(Renungan Rimau: Bagi jawatan Presiden, saya pasti ahli UMNO akan memilih Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden baru mereka. Bagaimana pula jawatan lain? Apakah jumlah pencalonan memaparkan itulah pemimpin yang akan dipilih oleh ahli UMNO pada Mac depan? Apakah calon yang layak tetapi pencalonannya tidak berapa banyak akan kecundang? Sama-samalah kita lihat nanti.)

Sunday, October 12, 2008

CARTA PENCALONAN WANITA

KOTA BELUD
Ketua Wanita : DS Shahrizat
Naib Ketua : Datuk Kamilia

PERMATANG PAUH
Ketua Wanita : DS Shahrizat
Naib Ketua : Datuk Halimah Siddique

MUKRIZ DAN RAZALI LAYAK BERTANDING

Datuk Mukriz Mahathir dan Razali Ibrahim layak bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda.

Datuk Mukriz mendapat 38 pencalonan dan Razali mendapat 30 pencalonan.

Khairy Jamaluddin mendapat 19 pencalonan dan Dr Khir mendapat 10 pencalonan.

Datuk Reezal mendapat 27 pencalonan.

CARTA PENCALONAN UMNO (1)

KOTA MELAKA
Pres : DS Najib
T Pres: DS Ali
N Pres: DS Hisham, DS Zahid dan DS Syed Hamid

KOTA KINABALU
Pres : DS Najib
T Pres: DS Ali
N Pres:

TAIPING
Pres : DS Najib
T Pres: TS Muhyiddin
N Pres: DS Hisham, DS Zahid dan DS Syed Hamid

ROMPIN
Pres : DS Najib
T Pres: TS Muhyiddin
N Pres: DS Jamaluddin, DS Hisham dan DS Shafie

BESUT
Pres : DS Najib
T Pres: TS Muhyiddin
N Pres: DS Hisham, DS Shafie dan DS Khaled

BAGAN SERAI
Pres : DS Najib
T Pres: TS Muhyiddin
N Pres: DS Zahid, DS Syed Hamid dan DS Khaled

SUBANG
Pres : DS Najib
T Pres: TS Muhammad
N Pres: DS Zahid, DS Hisham dan DS Shafie

PONTIAN
Pres : DS Najib
T Pres: TS Muhyiddin
N Pres: DS Hisham, DS Zahid dan DS Shafie

SEMPORNA
Pres : DS Najib
T Pres: TS Muhyiddin
N Pres: DS Shafie, DS Hisham dan DS Dr Rais

BATU PAHAT
Pres : DS Najib
T Pres: TS Muhyiddin
N P : DS Hisham, DS Khaled dan DS Shafie

SHAH ALAM
Pres : DS Najib
T Pres: TS Muhyiddin
N Pres: DS Hisham, DS Khaled dan DS Zahid

MERSING
Pres : DS Najib
T Pres: TS Muhyiddin
N Pres: DS Hisham, DS Shafie dan DS Zahid

KUANTAN
Pres : DS Najib
T Pres: TS Muhyiddin
N Pres: DS Shahidan, DS Jamaluddin dan DS Hisham

KAMPAR
Pres : DS Najib
T Pres:
N Pres: TS Isa, DS Hisham dan DS Shafie

BAGAN DATOH
Pres : DS Najib
T Pres: TS Muhyiddin
N Pres: DS Zahid, DS Khaled dan DS Shafie

TASIK GELUGOR
Pres : DS Najib
T Pres: TS Muhyiddin
N Pres: DS Shahidan, DS Hisham dan DS Shafie

CHERAS
Pres : DS Najib
T Pres: TS Muhyiddin
N Pres: DS Hisham, DS Khaled dan DS Dr Rais

KALABAKAN
Pres : DS Najib
T Pres: TS Muhyiddin
N Pres: DS Shafie, DS Syed Hamid dan DS Hisham


KUALA SELANGOR dan SEPANGGAR - calon Datuk Mukriz sebagai K Pemuda.

SURAT TERBUKA UNTUK DS NAJIB

Surat terbuka pelayar DUNIATIGER kepada bakal Perdana Menteri.


Kepada,
YAB DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK
TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
PUTRAJAYA

YAB Dato Sri,

SURAT TERBUKA BERBENTUK NASIHAT, TEGURAN DAN SARANAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

1. Pertamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t di atas kepercayaan dan ketulusan hati YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menyerahkan kepimpinan No. 1 dalam UMNO dan juga negara kepada YAB Dato' Sri. Insya Allah dengan berkat dan rahmat Allah di atas segala jasa-jasa serta amal jariah yang telah dicurahkan oleh Allahyarham Tun Razak, arwah bapa Dato' Sri; negara Malaysia dan rakyat keseluruhannya akan berada dalam keadaan selamat, aman dan makmur seperti nama negeri asal YAB Dato' Sri iaitu Pahang Darul Makmur.

2. Sebagai seorang anak jati negeri Pahang Darul Makmur, saya amat gembira dan turut tumpang bangga kerana tak lama lagi ( kurang lebih 6 bulan dari sekarang ), negeri Pahang akan dapat melahirkan semula seorang tokoh negarawan yang akan memimpin negara sebagaimana yang pernah dilalui oleh arwah bapa YAB Dato' Sri, Tun Abdul Razak Hussein. Negeri Pahang dan juga sebahagian besar kawasan pantai Timur seperti Terengganu dan kelantan akan turut mendapat faedah setelah sekian lama jawatan Perdana Menteri (33 tahun : Sejak 1976 -2009 ) diterajui oleh pemimpin dari pantai Barat sememanjung ( Johor dan Utara ). Kalau dikira sejak kita merdeka pada tahun 1957 hingga tahun 2009 nanti ( 53 tahun ), hanya jangkamasa 6 tahun sahaja pemimpin dari kawasan Pantai Timur Semenanjung menjadi Perdana menteri ( Zaman Tun Razak dari tahun 1970-1976). Selebihnya selama 5 tahun dipimpin oleh pemimpin dari negeri Johor ( selatan Semenanjung ) dan sebahagian besarnya selama lebih 40 tahun negara kita diterajui oleh pemimpin dari kawasan Utara semenanjung.

3. Itulah sebabnya kenapa kawasan Pantai barat semenanjung lebih maju dan membangun berbanding dengan kawasan Pantai Timur ( Pahang, Terengganu dan Kelantan ). Nak dibanding pula dengan Sabah dan Sarawak, lagilah amat jauh ketinggalan berbanding dengan apa yang dikecapi serta dinikmati oleh penduduk di kawasan Pantai Barat Semenanjung.

4. Justeru, surat terbuka yang saya tujukan kepada YAB Dato' Sri ini ingin mengketengahkan beberapa nasihat, teguran dan juga saranan kepada YAB Dato' Sri yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6 pada bulan Mac 2009 nanti ( Insya Allah ), antaranya :

4.1 Sebagai seorang yang bakal dipilih menjadi Presiden UMNO, YAB Dato' Sri perlu memperkasakan semula peranan UMNO di dalam kerajaan, iaitu parti mesti menguasai kerajaan dan bukannya kerajaan ataupun anak beranak serta menantu yang menguasai parti. Sejak kebelakangan ini, iaitu di bawah pentadbiran Pak Lah kita perhatikan UMNO langsung tidak mempunyai peranan di dalam menentukan dasar-dasar kerajaan. Perlembagaan Negara yang digubal sejak merdeka adalah hasil daripada prinsip-prinsip serta asas perjuangan UMNO yang kemudiannya dipersetujui oleh rakan-rakan dalam perikatan iaitu MCA dan MIC. Contohnya meletakkan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dalam perlembagaan. Ianya adalah selari dengan asas dan tujuan UMNO ditubuhkan iaitu untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama. Justeru, janganlah pula YAB Dato' Sri nanti menjalankan sesuatu dasar ataupun polisi kerajaan berasaskan kepada kehendak keluarga seperti desakan isteri, anak-anak dan menantu dengan meminggirkan pandangan menteri-menteri kabinet dan Majlis Tertinggi UMNO.

4.2 Firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada terjerumus ke dalam neraka ". Sejak Perdana Menteri pertama hinggalah kepada Perdana Menteri sekarang ( Ke-5 ), kita perhatikan ke semua isteri-isteri Perdana menteri Malaysia dan juga termasuk anak-anak perempuan mereka tidak begitu berminat untuk memakai pakaian yang menutup aurat. Selaku Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO yang memimpin sebuah parti terbesar umat Islam di negara ini sepatutnya isteri serta anak-anaknya menonjolkan imej budaya Islam dari segi pakaian dan juga gaya hidup sebagai seorang muslim yang soleh. Bagaimana kita nak selamatkan ummah dan masyarakat di negara ini daripada keredhaan Allah serta selamat di dunia dan di akhirat kalau ahli keluarga terdekat dengan kita sendiri tidak mampu untuk kita menegur dan mendidiknya supaya berpegang teguh kepada syariat Islam. Jadi, saya menasihatkan YAB Dato' Sri supaya memerintahkan serta mentarbiah anak-anak perempuan serta isteri ( Datin Sri Rosmah Mansor ) agar melaksanakan segera daripada sekarang tentang perintah Allah untuk menutup aurat ( khasnya bertudung kepala dengan sempurna - mengikut syariat Islam ).

4.3 Saidina Umar Ibnu Khatab, Khalifah ke-2 pernah menutupkan api pelita di pejabatnya pada waktu malam ketika mana anaknya datang untuk berbincang mengenai hal keluarga. Ini kerana beliau tidak mahu menyalahgunakan duit baitulmal ( minyak yang menyalakan api pelita berkenaan ) untuk perkara-perkara peribadi. Saya menasihatkan YAB Dato' Sri agar dapat melaksanakan etika dan juga prinsip bersih yang diamalkan oleh Saidina Umar Al-Khattab ini dalam melaksanakan tugas sebagai Perdana menteri nanti. Jangan beri muka dan juga membiarkan anak beranak serta isteri kita menyalahgunakan kemudahan kerajaan serta harta negara untuk kepentingan peribadi dan juga keseronokan duniawi . Inilah satu pengorbanan dan iltizam yang perlu dihayati oleh YAb Dato' Sri selaku Perdana Menteri yang ke-6 nanti. Ini lah nanti yang membezakan YAB Dato' Sri dengan Kelima-lima bekas Perdana Menteri Malaysia yang lalu.

4.4 Selaku Presiden UMNO nanti, YAB Dato' Sri adalah disaran dan digesa agar dapat mengubah semula sistem pemilihan dalam UMNO kepada bentuk yang asal, iaitu sistem pencalonan berasaskan kuota hendaklah dihapuskan. Cukup hanya sekadar dua pencalonan sahaja sebagai syarat asas. Ataupun kita ikut sahaja sistem penamaan calon yang diamalkan oleh Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan ), yang mana sistem pencalonan untuk sesuatu jawatannya adalah amat mudah iaitu hanya mengisi Borang Pengesahan untuk menawarkan diri sebagai calon bagi sesuatu jawatan. Dengan cara ini, seseorang calon itu tidak perlu menjelajah ke seluruh negara, daerah, kampung dan rumah ke rumah bagi mendapatkan pencalonan. Gejala rasuah politik (Politik wang ) dapat dikurang serta dielakkan dan politiking dalam pemilihan UMNO dapat diharmonikan.

4.5 YAB Dato' Sri perlu mengambil tindakan tegas dan radikal ke atas mana-mana sahaja kumpulan agama atau kaum yang bertindak ekstrim dan keterlaluan di negara ini sebagaimana yang ditunjukkan oleh kumpulan pelampau hindu iaitu Hindraf sejak akhir-akhir ini. Jangan pandang agama ataupun bangsa yang terlibat. Jangan ambil kira soal mereka itu orang Melayu ataupun Islam, India ataupun HIndu, Cina ataupunBuddha, kristian dan sebagainya. Asalkan mereka ini mengancam keselamatan negara dan juga keharmonian kaum serta agama di negara ini maka kita perlu bertindak tegas terhadap mereka. Kalau kita berani bertindak tegas kepada pelampau agama dalam masyarakat Islam seperti Al-Arqam, al-Maunah, Ayah Pin, Nasrul Haq dan banyak lagi, kenapa kita takut untuk bertindak kepada pelampau agama Hindu seperti Hindraf yang tak sedarkan diri tentang bagaimana nasib mereka kalau berada di negara asal mereka di India. Rakyat nak lihat ketegasan YAB Dato' Sri di dalam menangani isu Hindraf ini. Kalau perlu, jangan tunggu sehingga dilantik sebagai Perdana menteri, bertindaklah sekarang sebelum ramai di kalangan orang-orang melayu naik angin dan bertindak sendirian.

4.6 UMNO itu cukup sinonim dengan Melayu dan Islam. Melayu tanpa Islam maka jadilah melayu itu seperti melayu di zaman tok nenek kita dulu yang beragama hindu, yang mana melayu yang beragama Hindu dahulu ( 700 tahun dahulu ) hanyalah sebagai suatu bangsa yang tidak berilmu dan bertamadun. Sebaliknya apabila bangsa melayu itu memilih Islam sebagai agama yang dianuti oleh raja, pemimpin dan masyarakatnya secara total maka umat melayu telah diangkat martabatnya menjadi bangsa yang maju pada zaman kesultanan melayu Melaka. Dengan Islam inilah maka Melaka sebagai negeri Islam pada ketika itu ( abad ke-14-15 ) telah terkenal sebagai pelabuhan perdagangan entrepot antarabangsa antara Timur dan Barat. Inilah hikmahnya apabila Melayu itu menerima Islam dan berpegang teguh kepada ajaran Islam. Justeru, kalau UMNO ingin menjadikan umat Melayu di malaysia ini menjadi lebih maju, maka YAB Dato' Sri perlu memperkasakan penghayatan Islam di kalangan ahli-ahli UMNO itu sendiri. JIka ahli-ahli UMNO masa kini dan akan datang menjadi lemah pegangannya kepada agama Islam, maka itu tandanya bahawa umat melayu akan menuju kepada kehancuran dan kemusnahan. Tegasnya, pemimpin dari kalangan UMNO yang hendak dilantik oleh YAB Dato' Sri nanti dalam kabinet kerajaan perlulah seorang yang kuat berpegang teguh kepada ajaran agama Islam. Tidak semestinya berlatar belakangkan pendidikan agama/arab ataupun seorang yang warak, tetapi cukuplah melihat kepada pemikiran, gaya hidup harian dan juga prinsip perjuangannya selari dengan syariat Islam. Begitu juga dengan semua pegawai Tinggi kerajaan yang hendak dilantik kejawatan penting di semua kementerian, hendaklah memenuhi ciri-ciri ini kerana merekalah yang akan melaksanakan agenda ummah, negara dan Islam dalam pentadbiran negara.

5. Demikianlah nasihat, teguran dan saranan saya dalam surat terbuka ini kepada YAB Dato' Sri. Diharapkan agar YAB Dato' Sri menerimanya sebagai sesuatu yang positif untuk kebaikan agama, bangsa dan negara. Jika ada yang terkasar bahasa serta menyentuh perasaan YAB Dato' Sri, maka saya memohon ampun dan maaf di atas keterlanjuran itu. Saya doakan semoga Allah s.w.t memberi taufiq dan hidayah kepada YAB Dato' Sri.

Sekian, terima kasih. Wassalam

"SELAMAT BERJUANG"



t.t
..............................................
SHAMSUDDIN MONER EL-ASKAREY

Tarikh : 10 hb Oktober 2008

( No. Tel : 013-346 4005 )

Saturday, October 11, 2008

SALAM AIDILFITRI DARI KEMAMAN


(Dr J - Setiausaha Politik Menteri)

(Berhibur sambil makan)

Lebih 5,000 penduduk Kemaman dan luar menghadiri Majlis Aidilfitri Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek, di Dewan Pekan Cukai.

Mereka dihidangkan dengan pelbagai juadah termasuk lemang, ketupat, rendang, sate, nasi minyak dan cendol.

Salam aidilfitri.

SALAM... TIDAK KIRA BERISI ATAU KOSONG

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, semalam meminta ahli UMNO memilih pemimpin yang mengutamakan perjuangan bangsa dan menolak pemimpin yang mementingkan diri sendiri serta bertindak tidak mengikut tradisi.

Menurutnya, ahli UMNO jangan memilih pemimpin berdasarkan popularitinya saja tetapi pemimpin yang menghayati tradisi UMNO seperti menghormati pemimpin dan mengamalkan budaya Melayu yang tidak lekang dek panas.

Pemimpin yang harus dipilih ialah pemimpin yang menunjukkan sifat terpuji, turun padang dan berjaya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik. Mereka juga mampu memimpin ahli UMNO sama ada ketika berada di peringkat negeri atau Pusat.

Beliau juga tidak mahu ahli UMNO mewujudkan puak dan kumpulan. Mereka perlu bersatu mengukuhkan parti untuk menghadapi masa mendatang terutama Pilihanraya UMUM ke 13.

Datuk Najib tidak mahu ahli UMNO bermasam muka antara satu sama lain. Mereka hendaklah bersalaman dngan semua pihak dan bukannya memilih orang tertentu saja.

Mereka juga jangan menghiraukan sama ada salam itu "kosong atau berisi" kerana yang penting ialah salam perjuangan dan salam persahabatan memupuk kesatuan...tidak kira sama ada ia kosong atau berisi.

Beliau berkata demikian di Kuala Nerang, Kedah.

Friday, October 10, 2008

BIAR KURANG MAKAN JANGAN KURANG AJAR

Ada orang, apabila ada ilmu sikit akan memandang rendah kepada orang lain. Ada orang yang pandai berbahasa Inggeris akan memperlekehkan orang lain yang mungkin "kureng" sikit menguasai bahasa itu.

Orang semacam ini, terus terang saya tidak begitu selesa dengan mereka.

Saya juga ramai kawan yang boleh menulis dalam dua bahasa - Melayu dan Inggeris. Ada juga yang lebih daripada itu, mungkin boleh menulis dalam bahasa Mandarin atau Tamil.
Saya juga ramai kawan yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Antaranya Datuk A Kadir Jasin yang menggunakan kepakaran menulis dan bertutur dalam kedua-dua bahasa itu bagi melontarkan pandangan dalam penulisannya di media arus perdana dan terkini dalam blog beliau. Beliau juga sering memberi ceramah di seluruh negara yang pasti tidak membosankan.

Kesimpulannya, kita perlu menggunakan ilmu untuk kebaikan bukan untuk memperlekehkan orang apatah lagi mereka yang pernah berjasa kepada negara. Jangan pandang "mata sebelah" kepada mereka yang kita anggap ada "kekurangan" itu.

Shamsul Yunos, seorang wartawan dan mempelajari undang-undang di Britain. Beliau amat marah dengan orang yang suka memperlekehkan orang lain yang tidak pandai berbahasa Inggeris. Apatah lagi, pemimpin yang pernah berjasa kepada negara.

Ikutilah luahan beliau dalam DUNIATIGER. Blog beliau - Marahku.blogspot.

"Datuk menyimpang skit,

Saya rasa marah bila baca people's parliament, yang dikendali oleh peguam haris Ibrahim yang kononnya pencinta hak asasi manusia.

Sebagai pembuka bicara cerita beliau tentang Mat taib beliau jadikan Tun Ghafar Baba sebagai bahan jenaka...

Saya rasa ini menunjukkan satu sikap biadab..

saya dah post comment di bawah ke blog beliau dan juga di blog saya (http://marahku.blogspot.com/) sendiri, harap datuk dapat renungkan sikit

What did Tun Ghafar do to Haris Ibrahim?
I was flipping trough the blogs and saw that Haris Ibrahim, who claims that he represents the People's Parliament wrote a piece about Tun Ghafar Baba - it was actually a joke about how Tun Ghafar does not know how to speak proper English when ordering toast with butter and jam.

Haris admits that he does not know whether the story is true, yet he felt compelled, despite his legal background and, more importantly, self-professed passion for human rights, to link Tun Ghafar's name to the joke.

You see he could have attached Tan Sri Muhammad Muhammad Taib's name to the story, after all his currency smuggling case in Australia is record of Mat Taib's admission of his poor grasp of the English language.

What difference would it have made to his joke?

Nothing, he could have changed the place, time and name and it would not have mattered.

Yet he chose to poke fun at a dead man, who throughout his years of loyal service to the country, never, to my knowledge had a nasty bone in his body. Tun Ghafar was a humble man, he knew who he was and never thought of himself as anything more than a footsoldier for the party.

I don't understand why Haris thinks it is perfectly fine for him to poke fun at the late Tun Ghafar, a highly respected Malay leader who sacrificed his life for his people. What did Tun Ghafar do to Haris, his family, his friends and the people of Malaysia.

I know Haris may not think highly of Umno but there is no reason to stopp this low.

Anyway, kalu takpandai cakap omputeh tu bodoh sangat ke? Kalau boleh cakap Queen's English tu pandai tinggi sangat ke tokohnye?

Kalu tinggi sangat tokohnya kalau pandai cakap English tu, padanlah ada orang yang pandang tinggi sangat apa saja yang dijaja oleh Barat."

Thursday, October 9, 2008

TS MUHAMMAD TANDING T PRESIDEN

Tan Sri Muhammad Muhd Taib menawarkan diri untuk bertanding Timbalan Presiden UMNO.

Bekas Menteri Besar Selangor itu menyatakan hasrat itu dalam sidang media petang ini.

Tawaran itu berdasarkan rekod kesetiaan dan perkhidmatannya kepada parti.

KISAH SERIBU SATU NASIHAT (1)

Seperti yang saya jangka, selepas Paklah mengumumkan hasratnya "mengundurkan diri" semalam, ramai yang akan memuji beliau terutama tindakannya yang mengutamakan kepentingan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ramai yang menyifatkan Paklah seorang pemimpin yang baik tetapi kritikan terhadap sebarang "kelemahannya" berpunca daripada mendengar salah nasihat daripada orang tertentu. Bagi mereka Paklah mendengar daripada "punahsihat" bukannya penasihat.

Oleh itu, tidak hairanlah selepas ini banyak tulisan atau pandangan terutama daripada blogawan yang akan melondehkan siapakah "punahsihat" ini yang dikatakan telah meranapkan kerjaya politik seorang ahli politik veteran.

Buat permulaan, ikutilah tulisan seorang blogawan - Maharaja Blogger.

Hari ini (8 Oktober 200) terbukti Abdullah Badawi tidak lagi mendengar nasihat orang orang yang kerana nasihat mereka telah membawa kepada keruntuhanya, yang memaksanya berundur secara terhormat dalam keadaan yang tidak popular.

Seluruh rakyat mengangkat topi memberi hormat kepadanya kerana pada akhirnya beliau mendengar suara mereka dan kata hatinya sendiri dan tidak lagi mendengar nasihat seorang dua.

Beliau ternyata membuat keputusannya sendiri apabila mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatannya sebagai Presiden UMNO yang menjadi jambatan kepada jawatan Perdana Menteri.Beliau sedar sokongan yang ditunjukan kepadanya pada saat saat terakhir menjelang pengumumannya yang bersejarah itu adalah dipentaskan.

Amat jelas bahawa penasihat pernasihatnya telah mengetahui lebih dahulu keputusan itu apabila Portal Berita Malaysian Insider yang dikendalikan oleh Kalimullah Hassan sahabat karib kepada menantu Abdullah , Khairy Jamaluddin telah pun membayangkan bahawa Abdullah tetap akan berundur demi untuk kepentingan perpaduan party dan kestabilan ekonomi negara.

Penasihat penasihat ini telah berusaha sehingga saat terakhir untuk memujuk Abdullah Badawi supaya jangan berundur tetapi bila Abdullah membuat keputusan mereka menuding jari kepada orang lain sebagai penghalang Abdullah berhenti yang mereka sifatkan sebagai gulongan yang terpaksa bergantung kepada Abdullah dari segi kepentingan diri, perniagaan dan kedudukan.

Merekalah yang menguruskan penyokong penyokong untuk mengunjungi Abdullah di Sri Perdana dan juga berhimpun di luar kediaman Perdana Menteri dan di luar dewan pertemuan dengan pemimpin pemimpin BN untuk meneriakan sokongan dan meminta Abdullah jangan berundur.

Dengan itu tangan mereka sendiri yang telah kotor dengan dosa dosa yang membawa kepada kemarahan orang kepada Abdullah tersembunyi.

Sekian lama mereka telah menggunakan media perdana NST,Berita Harian dan TV3 untuk memperjuangkan isu isu sensitif yang menyinggong perasaan pemimpin pemimpin UMNO dan orang Melayu dan membangkitkan perasaan Hindunisme dibawah kebebasan baru yang mereka sendiri dorongkan kepada Abdullah.

Berapa ramai anak anak Melayu yang telah meninggalkan NST kerana merasa terhina dengan penguasaan yang ditunjukan oleh wartawan wartawan India dan keturunan India .

Bahawa keberanian Hindraf mencemarkan kesucian Hari Raya yang diberikan oleh Perdana Menteri adalah hasil pembinaan kebesaran dan keagungan Hindunisme menerusi promosi pemberitaan,penulisan dan keterbukaan NST sehingga kaum minority di negara ini merasa lebih besar dari gulongan majoriti , sehingga isu kuil menjadi lebih penting dari isu azan dan masjid.

Akhbar akhbar lain hanya mengambil isyarat dari akhbar ini untuk menjalankan kempen yang sama kerana NST diketahui sebagai mempunyai hubungan paling rapat dengan kuasa tertinggi.

Beberapa rencana yang dikeluarkan oleh Malaysian Insider menjelang pengumuman pengunduran Abdullah, telah mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Abdul Razak turut bertanggungjawab diatas kekalahan besar BN dalam pilihanraya lalu dan juga kekalahan yang memalukan di Permatang Pauh.

Najib juga dituduh berkonspirasi dalam usaha untuk menyingkirkan Abdullah Badawi lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan.

Perlu disebutkan selepas Pilihanraya Mac lalu, apabila kekalahan besar BN di pertanggungjawabkan kepada Abdullah ,tiba tiba NST menyiarkan permohonan maaf Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Hishamuddin Onn kerana menghunus dan menjulang keris yang menakutkan orang bukan Melayu.

Tindakan Hisham ini diikuti dengan rencana pengarang muka hadapan serentak di NST dan Berita Harian (terjemahan dari NST) yang menunjukan Hisham turut bersalah menyebabkan orang bukan Melayu menolak BN dan bukan hanya kerana kesilapan dan kelemahan Abdullah.

Hisham terpaksa mematuhi arahan"Ketua" meminta maaf bagi kali kedua tetapi telah menjual maruahnya sebagai Ketua Pegerakan Pemua UMNO Malaysia . Siapakah yang memberikan fikiran kepadanya untuk berbuat demikian?.Tanyalah dengan Hishamuddin.

Demikianlah kuasa penasihat penasihat Abdullah Badawi yang mengatasi kuasa menteri kerana didodorongkan oleh keghairahan untuk menunjukan bahawa Abdullah Badawi lebih baik dari Dr.Mahathir dengan memberikan demokrasi baru, kebebasan dan keterbukaan yang tidak terbatas kunonnya mengikut aliran globalisasi , menganjurkan Monsoon Cup untuk menyaingi FI dan projek raksaksa Koridor Selatan ,Utara dan Pantai Timur untuk menyaingi Purtra Jaya.

Tetapi tindakan yang tidak berasaskan kematangan dan kebudakbudakan tidak membantu menaikan imej Abdullah Badawi sebaliknya lebih banyak menghakiskan kewibawaannya dan semakin menjauhkannya dari dasar dan inspirasi nasional dan kejatian diri parti dan rakyat di akar umbi. Melihat keburukan hubungan kaum yang meningkat maka dalam ucapan Selamat Hari Raya baru baru ini Abdullah telah mengumumkan pengunduran dari euphoria kebebasanyang diberikan. Katanya kebebasan perlu dikawal.

Tidak cukup dengan kerosakan ini , pada saat saat terakhir Abdullah Badawi hendak mengumumkan untuk tidak mempertahankan kedudukannya , penasihat penasihat telah mengatur sokongan yang menampakan seolah olah Abdullah terpaksa bergantung di dahan rapuh , selain dari sokongan orang orang "masakan segera", juga disebutkan oleh akhbar mereka sokongan dari UMNO bahagian yang di ketuai oleh bekas Menteri Besar Kedah Syed Abdul Razak yang karier politiknya dimusnahkan oleh TV3 sendiri.

Mereka jugalah yang menasihatkan Mohd Zahid Hamidi Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk mencabar bakal calun Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin setelah mereka pasti bahawa Abdullah tidak akan mempertahankan jawatan Presiden dan Najib akan mengambilalih. Zahid memberitahu rakan rakannya beliau diarahkan.

Mereka menyangka ini suatu kebijksanaan politik tetapi inilah suatu kerakusan dan kebodohan politik yang tidak ada taranya yang dengan jelas menampakan perbuatan untuk membalas dendam kepada Muhyiddin yang berani mencetuskan kebangkitan UMNO untuk meminta Abdullah berundur lebih awal.

Stratiji yang diatur ini mudah dibaca dan akan menyebabkan orang ramai mempunyai prasangka buruk terhadap tangan yang mudah nampak walaupun tersembunyi.

Seorang lagi yang menjadi mangsa hukuman politik mereka ialah Mohd Khir Toyo bekas Menteri Besar Selangor yang sejak sebelum pilihanraya telah menjadi sasaran utama kecaman dan serangan dari TV3 atas berbagai isu . Sekarang dengan jelas di ketahui sebabnya ialah oleh kerana Toyo telah dijangka akan menjadi pencabar hebat kepada Khairy Jamaluddin untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Maka itu pengaruhnya mesti dikikis dan dibunuh lebih awal.

Sesungguhnya dosa penasihat penasihat ini terhadap Abdulah Badawi, terhadap Barisan Nasional, terhadap pemimpim pemimpin UMNO dan khusususnya parti UMNO sendiri sangat besar.

Mereka telah mencemarkan karier politik Abdullah Badawi,mereka menghancurkan tunggak perpaduan yang diletakan oleh Perdana Menteri Kedua ,Tun Abdul Razak dan meruntuhkan kemuliaan dan maruah bangsa yang dibina oleh Dr.Mahathir Mohammad.

Dosa mereka akan luput dari pandangan dalam masa yang berlalu tetapi kemusnahan yang mereka lakukan akan mengambil masa yang amat panjang untuk diperbaiki dan dibangunkan semula.

Abdullah Badawi telah mewarisi dari tangan Tun Dr.Mahathir sebuah negara yang mantap , makmur , mewah , bermaruah dan rakyat yang berada dalam semangat yang cukup tinggi tetapi Najib Tun Abdul Razak akan mewarisi sebuah negara yang berada dalam krisis keyakinan , perpecahan dan ketidak tentuan politik dan ekonomi.


(Renungan Rimau : Zainal Kassim atau C-BOK pernah menulis mengenai siapa itu sebenarnya "penasihat". Layarilah blog beliau.)

Wednesday, October 8, 2008

PENGORBANAN BESAR PEMIMPIN

Satu pengorbanan besar pemimpin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan umno Mac tahun depan.

Beliau yang membuat keputusan itu dalam taklimat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) sebentar tadi, tidak mahu melihat berlakunya perpecahan dalam BN.

DS Abdullah berkata beliau akan terus melaksanakan beberapa inisiatif bagi pengukuhan daya saing negara dalam menghadapi cabaran global.

Dengan keputusan itu, bermakna proses peralihan kuasa oleh Paklah kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang sebelum ini ditetapkan pada Jun 2010, diawalkan setahun.

DS Najib yang ditemui wartawan menerangkan hanya akan memberi ulasan esok.

TINDAKAN BUAT KECOH PERLU DIKUTUK

Semalam, Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek, mahu penganjuran Rumah Terbuka lima Perayaan Utama Malaysia perlu di kaji semula atas dasar keselamatan.

Warta Perdana RTM malam tadi melaporkan beliau berkata, ia hanya dibenarkan jika ada kawalan keselamatan ketat.

Mengimbas kembali insiden Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet di Pusat Dagangan Dunia Putra PWTC yang di serbu HINDRAF, Dato' Ahmad Shabery berkata langkah berjaga-jaga perlu di ambil sebelum kejadian tidak di ingini berlaku.

" SAYA MINTA SUPAYA DI KAJI BALIK. KALAU TERPAKSA DI TIADAKAN ATAUPUN DI FIKIRKAN SOAL-SOAL KESELAMATAN DI MASA AKAN DATANG ATAUPUN CARI CARA LAIN .. TETAPI KALAU TERLALU KETAT KAWALAN KESELAMATAN IA TIDAK MUDAH UNTUK DI BUAT... TAPI KALAU TAK BUAT KITA SUDAH DI BERI GAMBARAN BAHAWA PERKARA BEGINI BOLEH BERLAKU."

Sehubungan itu, Dato' Ahmad Shabery akan memanjangkan cadangan itu ke Kabinet hari ini.

Katanya perasaan selesa dan selamat seperti yang di rasakan sekarang tidak boleh di pandang ringan lagi.

Ini bukan bermaksud menafikan sistem keselamatan negara, tetapi katanya tindakan golongan ekstremis tidak boleh di duga. Ia boleh berlaku apabila sesetengah pihak mengambil kesempatan politik atas sesuatu acara yang dianjurkan.

Tambah Dato' Ahmad Shabery, rumah terbuka hanya boleh dianjurkan jika semua pihak mengutuk perbuatan ekstrim.

"SEMUA PIHAK PARTI POLITIK PERLU KUTUK TINDAKAN-TINDAKAN MEREKA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB SUPAYA BERI JAMINAN KITA TAK BENARKAN APA YANG BERLAKU PADA HARI RAYA BARU-BARU INI TIDAK BERLAKU PADA MASA AKAN DATANG. IA AKAN BERI KEYAKINAN PADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA."

(Renungan Rimau : Ada orang tidak mahu kutuk tindakan Hindraf kerana politik. Ada orang beri semangat kepada Hindraf kerana politik. Orang seperti inilah yang akan menyebabkan ramai orang akan jadi "bersemangat dan bertindak tidak tentu hala". Fikirlah dengan baik demi negara. Minta dijauhkan.)

Tuesday, October 7, 2008

KETUA CAWANGAN TANDING N PRESIDEN?

Ketua UMNO Cawangan Kampung Ubai, Pekan, Pahang, Mohamad Hanapi Salleh, mengumumkan hasrat bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti Mac tahun depan sekiranya mendapat pencalonan.

Mohamad Hanapi, 53, yang memegang jawatan Ketua UMNO Cawangan itu sejak 32 tahun lalu berkata, pertandingan dalam parti mencerminkan demokrasi masih hidup di dalam UMNO dan ia merupakan satu perkembangan positif.

"Setiap ahli berhak bertanding bagi mana-mana jawatan jika mempunyai kelayakan dan sokongan mencukupi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. (Sumber: UM)

(Renungan Rimau : Apa dah jadi ni? Ikut suka hati kau lah labu. Tetapi difikirkan semula....tawar diri saja, terpulanglah kepada ahli UMNO di seluruh negara.)

HATI BERSIH KETIKA SEDIAKAN MAKANAN

Saya suka makan gula-gula White Rabbit Creamy Candy ketika zaman kanak-kanak dan remaja. Manis dan pembalutnya pula cair di dalam mulut.

Kini gula-gula itu tidak boleh makan lagi kerana disahkan mengandungi melamin berlebihan oleh Kementerian Kesihatan, semalam. Sehubungan itu, Kementerian berkenaan mengarahkan produk berkenaan ditarik balik di pasaran serta merta.

Warta Perdana RTM malam tadi melaporkan Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata kajian mengesahkan gula-gula itu mengandungi melamin melebihi standard iaitu 135 ppm.

Standard melamin yang ditetapkan ialah 2.5ppm bagi dewasa dan 1 ppm bagi bayi.

Empat belas produk lain termasuk bijirin, minuman ringan, produk coklat dan susu yang turut dianalisis disahkan selamat.

Katanya, kementerian tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kepada peniaga mengikut Akta Makanan 1983 jika arahan itu gagal dipatuhi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemantauan di Makmal kesihatan Awam Kebangsaan di Sungai Buloh, Selangor. Sehingga hari ini sebanyak 2 ribu 719 sampel makanan disita melibatkan 775 produk makanan.

(Renungan Rimau : Kalau kita buat sesuatu yang tidak baik, satu hari nanti perkara itu akan terbongkar walaupun kita buat dalam peti besi atau di Alaska. Skandal susu China ini seharusnya menjadi pedoman dan sempadan kepada pengusaha makanan di seluruh dunia amnya dan pengusaha tempatan khasnya bahawa perbuatan yang tidak jujur dan tidak amanah sehingga menyebabkan kematian itu akan diketahui ramai juga akhirnya. Apatah lagi jika disengajakan. Sungguh memalukan. Tuhan maha adil. Bertaubatlah.)

Monday, October 6, 2008

TAHNIAH HAJI FAUZI (MOFAZ)

Tahniah kepada kawan lama, Haji Fauzi (MOFAZ) kerana kejayaan anaknya, Fairuz memenangi perlumbaan A1GP World Cup of Motorsport semalam.

Haji Fauzi ni, memang suka low profile sejak dulu lagi. Beliau antara dua kawan/kenalan saya yang suka membantu persatuan yang disertai iaitu PEKEMA - Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia.

Untuk persatuan, beliau mahu publisiti tetapi untuk diri sendiri pasti beliau tidak mahu. Seorang lagi ialah Mejar Rahman daripada Persatuan Pekilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera (PPIPBM).

Mereka tidak syok sendiri dan gila publisiti untuk diri sendiri. Semuanya untuk persatuan dan ahlinya.

Berbalik kepada Haji Fauzi, beliau berusaha gigih untuk memastikan anaknya mendapat kejayaan dalam pertandingan lumba kereta. Mengharumkan nama Malaysia.

Sudah sampai masanya Haji Fauzi ini diberikan penghormatan oleh kerajaan. Sejak dulu lagi beliau dikatakan tidak bersedia menerima anugerah itu. Beliau selesa dipanggil Haji Fauzi.

Tan Sri untuk Haji Fauzi?

RUMAH TERBUKA NEGARAWAN MALAYSIA





(Gambar oleh TJ)

Pelayar DUNIATIGER, Sdr Terubuk Jantan, mengirimkan gambar rumah terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad di Sri Kembangan semalam yang dihadiri pelbagai lapisan masyarakat termasuk warganegara asing yang teringin sangat untuk menemui TDM.

Antara yang hadir ialah Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Maznah; Ketua Pengarang Berita Publishing/blogawan, Datuk A Kadir Jasin dan bekas Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Aziz Shamsuddin.

Sunday, October 5, 2008

JANGAN SUKA KENCING DAN TERAJANG

Ahirudin Attan @ Rocky semalam menulis mengenai Kickdefella .

Antara tulisan Rocky ialah tindakan Kick atau tendang atau terajang yang menulis mengenai Paklah, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah. Ada juga dakwaan baru yang ditulis oleh Kick yang kini berkhidmat dengan PAS.

Apa yang saya harapkan ialah Paklah, DS Najib dan DS Rosmah banyak bersabar.

Jika kita teraniaya, berdoalah kepada Allah SWT kerana doa kita akan dimakbulkan.

Kita juga boleh tanya dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat mengenai perbuatan gemar membuat dakwaan. Apatah lagi bertujuan menjatuhkan orang lain.

Pok Nik juga mungkin boleh menasihatkan golongan teraniaya. MB Kelantan itu juga boleh menasihati Kick, anak buahnya.

Yang lain, biarlah Allah SWT yang menentukan.

SELAMAT MENJADI TETAMU ALLAH SWT

Abang Zainal dan isteri, Kak Shimah akan pergi menunaikan ibadah haji tahun ini.

Beliau mendapat tahu seminggu lalu walaupun sebelum ini ada surat mengatakan permohonannya gagal. Terima sajalah kerana dipilih menjadi tetamu Allah SWT. Keadaan ini seperti yang saya alami pada 1997. Alhamdulillah semuanya selamat.

Ini nasihat saya buat Abang Zainal.

1. Pergilah menjadi tetamu Allah SWT dengan memperbanyakkan ibadah seolah-olah inilah kali terakhir kita mengerjakan haji. Semoga Allah SWT memberi peluang kepada kita mengerjakan lagi rukun Islam kelima itu dan umrah.

2. Banyakkan membuat ibadah sunat selain yang wajib dan khatam al-Quran.

3. Lebihkan banyak masa beribadah di Masjidil Haram dan bukannya di hotel atau di tempat membeli-belah. Selepas membeli sesuatu barang, jangan pula diheboh-hebohkan seolah-olah kita ke Mekah untuk membeli-belah. Seorang teman tidak sempat mengerjakan tawaf Wida kerana demam selepas banyak memperkatakan kegiatan "membeli-belah" itu.

4. Banyakkan membantu orang lain sesungguhnya Allah SWT akan membantu kita pula. Saya melakukannya di dua kali ketika di tempat melontar dan di depan Kaabah.

5. Segera beristighfar jika terdetik dihati atau terlepas di mulut terhadap sesuatu perkara atau membabitkan individu tertentu. Pengalaman pertama seorang saudara kawan yang begitu megah mengatakan "tidak sesatpun di sini seperti ramai orang kata" selepas berada lebih seminggu di situ. Keesokan harinya, beliau sesat dan pulang hingga dinihari. Seorang teman yang melihat ramai orang menaiki bumbung bas tersenyum dan akhirnya merasai "pengalaman" itu sendiri apabila ketinggalan bas.

6. Banyak peristiwa menarik berlaku di Mekah dan Madinah yang boleh dijadikan pedoman hidup sepanjang masa. Perkara yang berlaku itu atas kehendak Allah SWT.

7. Kawal hawa nafsu kerana dugaan yang mencabar di tanah suci.

8. Tunaikan haji dengan penuh tertib dan mengikut panduan yang diberikan. Semoga mendapat haji mabrur.

9. Banyak lagi yang akan dikongsikan bersama.

(RR: Marilah kita berdoa kepada Allah SWT agar Abang Zainal dan Kak Shimah serta seluruh rakyat negara ini selamat menunaikan ibadah haji dan selamat pulang ke tanahair dengan mendapat haji mabrur).

Saturday, October 4, 2008

TUMPU USAHA MAKMURKAN NEGARA


(Beberapa orang yang saya temui dalam gambar ini termasuk Pakcik Zakaria, bekas Imam Masjid Negeri Melaka)

Ketika berhari raya di kampung, saya sempat bertanyakan pandangan saudara-mara, sahabat handai dan kenalan baru mengenai perkembangan politik tanahair terutama dalam UMNO.

Saya mendengar pandangan Bang Kassim, Bang Bujang, Pakcik Zakaria, Bang Jenal, Kak Shimah, Kak Leha, Kak Senah, Zek, Pok Uda, Mail, Mat, Bang Rashid, Bang Brahim, Kak Miah, Tok Nazri dan ramai lagi.

Ramai yang saya ditemui mengikuti perkembangan politik negara dan memberi pandangan yang boleh dijadikan pedoman, iktibar dan sempadan kepada pemimpin politik di negara ini.

Isihati mereka ini ikhlas kerana ia disuarakan ketika dalam suasana berhariraya dan santai.

Tiada pertengkaran atau perbalahan tetapi pertukaran pandangan sambil menikmati juadah raya. Pastinya ketupat dan rendang atau lemang dan sambal lodeh. Laksa pun ada.

Kesimpulannya, rakyat di bawah mahu negara terus maju ke hadapan dan pemimpin perlu bersatu untuk membawa Malaysia ke arah yang cemerlang.

Elakkan persengketaan dan tuduh-menuduh tetapi tumpukan usaha membangunkan kehidupan rakyat dan negara.

Rakyat sudah bosan dan muak dengan perbincangan politik yang tidak sudah-sudah.

Rakyat sudah jemu dengan kata-mengata antara pemimpin pelbagai kaum di negara. Jangan gunakan isu perkauman atau sensitif sebagai modal untuk meraih undi ketika pemilihan parti.

Mereka mahu perkara ini diberhentikan segera dan tumpukan usaha membangunkan negara ini.

Bagi mereka, PRU12 sudah lama selesai dan parti yang diberi mandat perlu berusaha keras menunaikan janji mereka. Mereka yang kalah tunggulah PRU13.

Jangan peduli dengan usaha pihak tertentu yang mengembar-gemburkan pembentukan kerajaan ini atau itu. Jangan dilayan omong-omong kosong dan segala pembohongan.

Lupakan saja orang gila yang semakin gila. Mungkin lepas raya lagi gila kerana terlalu banyak makan lemang dan ketupat.

Yang penting, pemimpin mesti bijak merencanakan perjalanan negara ke arah yang betul.

Selamat memimpin.

Friday, October 3, 2008

LAGI RAMAI LAGI BAGUS KE?

Sejak pengumuman peralihan kuasa yang lebih cepat daripada 2010 oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak, cakap-cakap politik mengenai siapakah calon yang layak untuk bertanding jawatan No 2 semakin rancak diperkatakan.

Sebelum ini, satu nama saja yang disebut berminat untuk masuk gelanggang jawatan Timbalan Presiden iaitu Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang lantang bersuara mengenai keperluan untuk "beralih" dengan cepat termasuk kenyataan panasnya di Singapura.

Kini, ramai lagi yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu. Semalam, Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan minatnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden jika mendapat pencalonan yang mencukupi.

Ejen kenit memberitahu saya bahawa ketika ini banyak bahagian di Perak dikatakan akan mencalonkan Dr Ahmad Zahid sebagai calon mereka untuk membantu DS Najib memperkukuhkan UMNO dan negara pada masa akan datang.

Dalam pada itu, cakap-cakap politik juga berkemundang bahawa ada kemungkinan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ali Rustam Mohd Ali juga akan bertanding jawatan nombor dua itu jika Paklah tidak bertanding jawatan Presiden.

Pemerhati politik melihat usaha Datuk Seri Ali ini adalah satu tawaran seorang pemimpin yang selama ini menjadi pilihan ahli UMNO daripada berjaya meraih tempat nombor satu dalam Majlis Tertinggi sehinggalah mendapat tempat menjadi Naib Presiden.

Selain itu, sejarah DS Ali memimpin Kerajaan Melaka yang berjaya meneruskan kesinambungan kepemimpinan cemerlang Tan Sri Abdul Rahim Tambychik, membolehkan negeri yang hanya bergantung kepada pelancongan berjaya menempatkan dirinya sebagai antara negeri yang diuruskan dengan baik di negara ini.

Hakikatnya, kejayaan DS Ali mengharungi PRU12 dan menerajui semula negeri Melaka satu manifestasi rakyat Hang Tuah amat menyokong penuh kepimpinan beliau walaupun lima buah negeri kecuncang ke tangan pembangkang dan Wilayah Persekutuan juga hanya mengekalkan tiga kerusi Parlimen.

Kejayaan DS Ali ini perlu dilihat sebagai kejayaan seorang pemimpin yang terkenal sebagai "pemimpin akar umbi" yang sentiasa turun padang termasuk menjengok anak buah di seluruh negara ketika bergembira di majlis perkahwinan atau kesedihan kerana ada kematian.

Seorang lagi pemimpin UMNO yang dikatakan berminat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden ialah Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang telah mendapat tempat dalam Kabinet untuk menerajui Kementerian Luar Bandar.

Sejarah politik TS Muhammad ini sudah diketahui ramai dan tawaran ini sudah tentu akan dilihat dengan teliti oleh ahli UMNO seluruh negara dalam membuat pemilihan mereka.

Selamat menawarkan diri.

Thursday, October 2, 2008

JANGAN BERSIKAP KURANG AJAR

Saya amat bersetuju dengan istilah yang digunakan oleh Ketua UMNO Kampar, Datuk Radzi Manan dan orang ramai di Perak yang ditemui oleh wartawan RTM, Samad Majid, bahawa kumpulan Hindraf yang membuat kecoh di PWTC semalam sebagai biadab dan kurang ajar.

Dalam laporan berita Warta Jam 1 RTM sebentar tadi, mereka menyifatkan tindakan Kumpulan Hindraf yang menggunakan kanak-kanak untuk menganggu Majlis Aidilfitri yang dianjurkan oleh Menteri Kabinet sebagai golongan yang tidak menghormati majlis orang lain.

Sebelum ini, Kumpulan Hindraf ini telah membuat pelbagai tuduhan terhadap kerajaan pimpinan UMNO dan mereka sanggup menjaja pembohongan ini di luar negara sehinggakan ada pihak yang mahu melihat negara ini hancur, menyokong mereka.

Saya rasa kita harus memastikan golongan seperti ini tidak diberikan sokongan kerana berani menyebarkan perkara yang tidak benar berlaku di negara ini termasuk tindakan UMNO membuat ethnic cleansing terhadap masyarakat India.

Jika ada segelintir bangsa Melayu yang membuat tuduhan seumpama itu terhadap kaum lain sudah pasti ramai pihak yang akan melenting terutama pemimpin DAP yang kita tahu mengamalkan sentimen perkauman sempit. Antaranya mereka melaung-laungkan pada PRU12 bahawa memilih UMNO dan BN ialah memperkuatkan bangsa Melayu.

Tiada maaf bagi orang seperti ini.