Sunday, November 30, 2008

1 SEN 1 KEHIDUPAN

Kebelakangan ini, saya banyak "melihat" duit satu sen di pelbagai tempat seperti di gerai, stesen bas atau di tepi jalan. Adakalanya, saya melihat duit lima sen atau sepuluh sen di tepi jalan. Ia "terbiar" dan orang ramai tidak menghiraukannya.

Saya pun tidak mengutipnya kerana kebiasaannya "melihat" duit itu dan terpaksa bergegas ke tempat lain kerana mesyuarat atau urusan penting. Alasan, katakan.

Jika dulu, ketika berjalan kaki ke sekolah rendah di Masjid Tanah, saya sering berangan-angan untuk menemui duit siling ini untuk berbelanja. Ketika itu, nasi lemak boleh dibeli dengan harga lima sen saja. Jika menjumpai sepuluh sen, sudah pasti kenyang kerana dua bungkus nasi lemak boleh dinikmati. Dah tua ke?

Oleh itu, alangkah baiknya blogawan memulakan satu kempen "1 sen 1 kehidupan" untuk mengutip duit siling ini untuk disedekahkan kepada sesiapa saja yang bermula. Jika 10 satu sen dikumpul, ia menjadi 10 sen. Jika seratus ia menjadi seringgit. Seribu satu sen menjadi sepuluh ringgit.....dan seterusnya. Amacam?

Saya yakin blogawan di negara ini semuanya baik-baik belaka. Jika projek ini boleh diteruskan mungkin ia boleh dijadikan inisiatif blogawan Malaysia. Tiadalah pula orang mengatakan blogawan di negara ini perangai "entah apa-apa" saja.

Sebenarnya, idea ini bukanlah original atau tulen daripada saya. Ini kerana saya baru menonton CNN yang melaporkan British Airways mengutip derma daripada penumpang mereka untuk diserahkan kepada usaha membantu HIV di Afrika.

Ambil idea untuk kebaikan atau kepentingan orang ramai bukankah satu perkara yang baik. Betul tak?

SYUKUR HIDUP DI NEGARA YANG AMAN

Posting Ketujuh - 10.10 malam

ALJAZEERA : Stesen TV itu melaporkan apa yang berlaku di Mumbai seolah-olah menunjukkan bahawa "jalan air" kemungkinan digunakan oleh penyerang untuk masuk ke bandar itu. Wartawan Aljazeera juga melaporkan bahawa ada persatuan nelayan yang pernah membuat laporan kepada polis mengenai "gerak-geri" orang tertentu yang amat mencurigakan.

Negara kita dikelilingi air. Setakat ini, semuanya selamat kecuali penyeludup "gudang garam" dan penyeludup "manusia" yang mencuba nasib sepanjang masa.

Posting Keenam - 7 malam

REUTER: Penyerang di Mumbai menggunakan alamat di Malaysia untuk menyewa rumah di sana. Baca di sini .

Posting Kelima - 6.35 petang

INDIA : Ketua Keselamatan Negara India mahu meletakkan jawatan.

Angka 26-11 di Mumbai, India sama seperti 9-11 di Amerika Syarikat?

Posting Keempat - 4.20 petang

NIGERIA : Kekacauan berlaku di Nigeria dan ramai yang terkorban.

Posting Ketiga - 4.16 petang

BANGKOK : Lima puluh orang cedera dalam serangan menggunakan bom di Thailand.

Posting Kedua - 4.07 petang

INDIA : Menteri Dalam Negeri India, Shivraj Patil, mahu meletakkan jawatan, berikutan kejadian serangan pengganas di Mumbai baru-baru ini. Kejadian itu menyebabkan lebih 190 orang terkorban dan lebih 300 cedera.

Posting Awal - 3.40 petang

Mendengar jawapan spontan rakyat Malaysia yang baru pulang dari Bangkok,Thailand dan Mumbai, India yang disiarkan oleh media elektronik sejak dua hari lalu, menyedarkan kita bahawa betapa bertuahnya tinggal di negara ini.

Malaysia yang aman dan tiada kekacauan.

Rata-rata mereka bersyukur kejadian kekacauan seumpama itu tidak berlaku di Malaysia. Mereka yang mengalaminya dan sudah tentu mengetahui betapa peritnya tinggal di negara yang menghadapi kekacauan dan serangan pengganas.

Seperti dinyatakan oleh Dr Azmi Hassan daripada Centepis UTM dalam temuramah di Warta Perdana RTM1 Khamis lalu, kekacauan di sini boleh dielakkan kerana Malaysia mempunyai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang berjaya menghalang kekacauan daripada berlaku.

Pandangan beliau itu disokong oleh Ketua Pemuda MIC, T Mohan, yang dalam temuramah dengan wartawan RTM meminta rakyat negara ini sedar betapa pentingnya akta dan undang-undang mencegah yang berjaya mengawal kekacauan di negara ini.

Akta yang berusaha membanteras ancaman keselamatan yang boleh melumpuhkan negara. Ini termasuk tindakan golongan yang sengaja mahu mewujudkan suasana huru-hara termasuk pelampau agama yang bercita-cita menawan negara ini.

Ketika ada pihak yang mahu ISA dihapuskan atau dikaji semula, majoriti rakyat negara ini memahami keperluan untuk mengekalkan akta itu demi untuk menjamin keselamatan mereka di samping menghindarkan perbuatan sabotaj oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

Saturday, November 29, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU

Penyampai Warta Perdana RTM, Fathil Hidayat, hari ini melangsungkan perkahwinan di Johor Bahru.

Semoga pasangan ini kekal ke akhir hayat.

CNN TERUS JADI HAKIM DUNIA

Posting Ketiga - 11.26 pagi

Ketua Pengarah Keselamatan berkata dua penyerang dibunuh di Hotel Taj Mahal. Seorang komando Black Cat terbunuh. Polis kini masuk ke Hotel Taj Mahal untuk memastikan keselamatan di dalam hotel itu terjamin. Ada penghuni hotel tidak membuka pintu ketika serangan komando dilakukan kerana takut diserang pengganas.

Posting Kedua - 11.15 pagi

Dua penyerang maut. Ketua Pasukan Komando India dilaporkan oleh TV India sebagai berkata operasi di Hotel Taj Mahal sudah berakhir. Apapun pasukan keselamatan akan membuat sidang akhbar sebentar lagi. Beratus wartawan berebut-rebut untuk mendapatkan tempat di hadapan sidang akhbar itu.

Posting Asal- 10.07 pagi

Semua pihak ingin tahu siapakah yang bertanggungjawab dalam serangan di Mumbai yang menyebabkan lebih 150 terkorban dan 300 cedera.

Ketika ini, seperti biasa tuduhan dilemparkan kepada pihak pelampau Islam. Ada pihak iaitu Deccan Mujahidin yang dikaitkan dengan Mujahidin India mengaku melakukannya.

Dua hotel yang diserang ialah Hotel Taj Mahal dan Hotel Eberoi menyebabkan ramai yang terkorban. Selain itu, sebuah pusat Yahudi - Chabad juga ditawan.

Ketika laporan ini ditulis semua televisyen utama dunia termasuk CNN, BBC dan Aljazeraa membuat liputan sejak dua hari lalu.

Ketika ini, pertempuran antara pasukan keselamatan India dengan kumpulan yang menyerang dan menawan Hotel Taj Mahal berlaku. Ini menyebabkan bunyi letupan dan tembakan kedengaran. Di beberapa tempat di Hotel Taj Mahal, kebakaran berlaku. Pasukan bomba baru sebentar tadi cuba memadamkan kebakaran.

Bagaimanapun, dalam banyak laporan yang disiarkan nampaknya CNN kini beria-ia benar untuk mengaitkan serangan itu dengan Pakistan.

Dalam temuramah dengan pemimpin India dan Pakistan, CNN nampaknya ingin membawa penontonnya bahawa Pakistan adalah pihak yang bertanggungjawab dengan serangan itu. Dalam satu temuramah dengan pemimpin Pakistan, soalan bertalu-lalu mengatakan Pakistan terbabit dihamburkan.

Bagi BBC, mereka hanya menyatakan tindakan itu dilakukan oleh pihak pelampau saja.

AlJazeera pula menemuramah pakar yang memberi pandangan seimbang yang menyatakan ada kemungkinan pasukan dari Pakistan tetapi ada juga hanya satu dakwaan. Mereka menemuramah Adil Najam - pakar politik Asia Selatan dari Universiti Boston.

Baginya, serangan itu dibuat oleh pelbagai pihak mungkin pengganas dalaman. "Kita tidak boleh membuat tuduhan begitu saja. Biarlah pihak berkuasa mencari buktinya." Beliau juga mempersoalkan mengapa Presiden Bush dan Presiden-Elect Obama tidak membuat kenyataan sejak dua hari lalu. (Tiba-tiba temuramah dengan Ajil terputus. Pengacara berkata diharapkan "kejadian putus itu" tidak terbabit dengan konspirasi apabila Adil menyatakan mengenai Presiden Amerika itu.) Satu kebetulan?

Yang menariknya, selepas kejadian serangan itu, Pakistan menghantar pakar keselamatan dan perisikan untuk membantu India dalam menentukan siapakah yang bertanggungjawab.

Friday, November 28, 2008

DATUK RAZALI MENINGGALKAN KITA

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland dekat sini kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini.

Al-fatihah.

(Renungan Rimau : Datuk Razali adalah seorang pakar dalam bidang pendidikan. Perlantikannya sebagai Timbalan Menteri Pelajaran adalah amat tepat. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh. Amin)

PASTIKAN YANG BAIK BERTAMBAH BAIK


(Amokh)

(DCK)

Blogawan Rocky Bru menulis mengenai pertukaran peneraju GLC Malaysia sekarang. Antara yang disebutkan ialah Tan Sri Azman Mokhtar (Khazanah) dan Datuk Seri Che Khalid (TNB).

Harapan saya, apa yang berlaku dalam GLC perlu memberi manfaat kepada semua pihak terutama rakyat jelata yang menerima perkhidmatan mereka.

GLC gemilang, rakyat senang. GLC cerdik, hidup rakyat baik.

Ada beberapa GLC atau agensi kerajaan yang masih "bersih" daripada skandal dan penyelewengan. Ini termasuk Petronas dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Menjadi harapan rakyat Malaysia agar GLC ini terus bersih dan gemilang.

TUANKU TENGKU BUDRIAH MANGKAT

Raja Perempuan Besar Perlis, Tuanku Tengku Budriah Tengku Ismail telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.47 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur.

Almarhum yang juga bonda Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin mangkat pada usia 84 tahun.

Bagi menghormati kemangkatan almarhum, rakyat negeri Perlis akan berkabung selama tiga hari mulai hari ini.

Ia diumumkan dalam pengisytiharan oleh Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu, pagi tadi menerusi Radio Perlis FM pada jam 7.15 pagi tadi.

Terdahulu, jenazah Almarhum dibawa pulang dari Kuala Lumpur menggunakan pesawat TUDM.

Jenazah seterusnya menerima penghormatan terakhir keluarga dan rakyat jelata di Istana Arau, Perlis sehingga jam 3 petang.

Rakyat pelbagai kaum dan peringkat hadir menghormati Almarhum yang disifatkan dekat dengan rakyat semasa pemerintahannya sebagai Raja Perempuan Perlis dan Raja Permaisuri Agong.

Turut hadir pemimpin negara termasuk Menteri-menteri Kabinet.

Al-Fatihah.

Thursday, November 27, 2008

RAMPAGE IN INDIA CITY - 82 KILLED

Teams of gunmen stormed luxury hotels, a popular restaurant, hospitals and a crowded train station in coordinated attacks across India's financial capital, killing at least 82 people, taking Westerners hostage and leaving parts of the city under siege Thursday, police said.

A group of suspected Muslim militants claimed responsibility.- AP.

LAT ADALAH IKON NEGARA

Lukisan Lat amat unik dan istimewa. Ia menyentuh perasaan kita. Lukisannya membuat kita memandang ke dalam diri sendiri selain menghayati paparan yang dipersembahkan. Lukisannya Lat menerjah ke seluruh dunia. Lat adalah kebanggaan negara.

Khas buat pengumpul setem dan peminat kartun Lat, Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan setem Kartun Malaysia Lat yang merupakan siri animasi popular pada tahun 1998.

Pelancaran kartun Malaysia Lat, disempurnakan Pengerusi Pos Malaysia Berhad, Tan Sri Dr. Aseh Che Mat di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama kartunis Lat atau nama sebenarnya, Datuk Mohamad Nor Khalid.

Setem kartun Lat menawarkan empat tema; 'The kampung boy', 'Permainan anak kampung', 'Guru sekolah yang garang' dan Town Boy. Setiap satu berharga 50 sen.

Setem ini juga, antara tumpuan pada pameran 'Jom ke minggu Setem 2008 yang akan berlangsung di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur bermula 1 hingga 7 Disember ini. Masuk percuma dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Selain jualan setem dan filateli, pelbagai acara menarik turut diadakan.

Antaranya pertandingan merekabentuk setem dan meneka kuantiti setem dengan hadiah lumayan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.pos.com.my atau menghubungi talian 03 -2274 1122.

Wednesday, November 26, 2008

MILENIA MUSLIM - DISEMBER 2008



Sahabat, Zulkafly Baharudin, suruh baca artikel Mior Kamarul Shahid mengenai media arus perdana dalam ruangannya - Mato-Mato Media. Jangan lupa temuramah dengan Negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

TIDAK MAHU BAYAR HARGA AMBIENCE?

Ambience secara mudah boleh diterjemahkan kepada suasana atau keadaan sekeliling sesuatu tempat. Sebagai contoh ambience dalam sebuah restoran termasuklah dari segi decoration, kerusi meja atau perhiasan di sekelilingnya.

Ia mungkin juga boleh dikaitkan dengan keadaan kebersihan atau bau-bauan di restoran itu.

Jika masuk ke kedai mamak, anda akan mendapat "bau percuma". Ada yang keluar daripada restoran mamak mendapat bau kari atau bau roti canai. Pagi ini, DRH mendapat bau kari Restoran Syed. Nasib masing-masing.

Perkataan ambience ini pernah dikaitkan dengan seorang bekas Presiden sebuah negara. Selepas makan, beliau meminta bil makanannya. Apabila melihat bil yang terlalu tinggi, beliau bertanya kepada pegawai khasnya mengapa harga makanan itu mahal.

Pegawainya menyebut bahawa beliau bukan saja perlu membayar harga makan itu saja tetapi ia termasuk ambiencenya sekali. Lalu, beliau berkata kepada pegawainya bahawa beliau tidak mahu membayar harga ambience itu tetapi hanya mahu membayar makanan. Lain kali jangan pergi ke restoran yang kena bayar ambience. Apa punya Presiden lah?

Ambience tempat kerja juga menentukan seseorang itu boleh bertahan atau terpaksa berundur. Dalam ertikata lain jika ambience atau suasana di tempat kerja tidak menyeronokkan, sudah pasti seseorang itu akan meletakkan jawatan.

Melainkan orang yang bersikap tidak kisah atau berkulit sekeras "gajah". Ataupun tiada pilihan.

Bagaimana ambience di tempat kerja anda?

Tuesday, November 25, 2008

BERZIKIR DI PADANG GOLF?

Ketika bersekolah, saya suka bermain ragbi.

Apabila sudah bekerja, saya mula berjinak-jinak dengan sukan bowling dan mencuba golf selama setahun. Bagaimanapun, bowling masih terus menjadi permainan utama pada masa lapang.

Baru-baru ini, ketika bersembang dengan seorang pegawai tinggi ATM, saya diberitahu beliau dan isteri gemar bermain golf bersama.

Pada hari minggu dan cuti, pagi-pagi lagi beliau sudah keluar bermain golf dengan isteri. Kira-kira jam 9 atau 10 pagi, beliau akan balik ke rumah untuk bersarapan dengan anak-anak.

Apa yang menarik dalam perbualan itu, beliau menerangkan riadah bermain golf digunakannya untuk berzikir. Menurutnya, ketika berjalan di padang golf itu, beliau mengambil peluang untuk bersenam dan berzikir.

Inilah peluang keemasannya untuk beribadat sambil bersukan. Katanya, jika di atas tikar sembahyang pun, belum tentu beliau boleh berzikir berjam-jam seperti di padang golf.

Idea yang bagus. Kita boleh amalkan.

Monday, November 24, 2008

JANGAN ULAS JIKA TIDAK TAHU

Oleh Yunus Alias

Beberapa fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dijadikan polimik umum.

Beberapa NGO bukan Islam membuat kritikan terbuka terhadap sesuatu fatwa dan fungsi majlis berkenaan yang dianggap menumpu kepada perkara kecil dan remeh.

Kenapa NGO bukan Islam membuat pandangan sebegitu?

Mereka jahil tentang maksud fatwa dan fungi Majlis Fatwa Kebangsaan melindungi kesucian Islam di negara ini.

Kita analisis isu fatwa ini dan melihat kewajaran kritikan NGO berkenaan.

Tajuk analisis kita ialah: FATWA: JANGAN MUDAH MENGHUKUM.....

Sejak kebelakangan ini pelbagai pihak bercakap mengenai Fatwa.

Mereka mungkin tidak menyedari perkara yang dibincangkan itu amat sensitif dan menghina kesucian agama Islam.

Mereka tidak memahami apakah Fatwa. Bagaimana fatwa itu menjadi begitu penting dalam mengatur kehidupan umat Islam di seluruh dunia.

Apakah kaitan fatwa dengan hukum-hakam Islam?

Mereka sebenarnya bukan mempertikaikan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, tetapi mereka jahil tentangnya beranggapan fatwa itu sama seperti perundangan lain.

Inilah yang berlaku. Persepsi mereka perlu diperbetulkan.Mereka perlu diberi kefahaman mengenai fatwa supaya tidak mempertikaikan sesuatu fatwa .

Dalam hubungan ini kita tidak boleh menghukum mereka.

Tangungjawab kita bagi menjelaskan fatwa dan fungsinya dalam kehidupan umat Islam.

Kita percaya mereka tidak bertujuan untuk menghina Islam dengan memandang remeh terhadap sesuatu fatwa yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Mereka mungkin terpengaruh dengan media yang membincangkan sesuatu fatwa meskipun perbincanghan itu dalam lingkungankepentingan umat Islam.

Cadangan menghukum pihak bukan Islam yang dikatakan mempertikaikan fatwa yang dikeluarkan pihak berkuasa amat tidak wajar sama sekali.

Hukuman mungkin dikenakan jika perkara sama berlaku selepas penjelasan dan pemahaman secukupnya diberikan kepada mereka.

Pada peringkat ini kita tidak sewajarnya menganggap teguran pihak bukan Melayu terhadap fatwa sebagai penghinaan terhadap kesucian Islam.

Antara fatwa yang diperkaikan ialah pengkid dan senaman Yoga.

Majlis Fatwa Kebanghsaan mengharamkan kedua-dua perkara itu kerana ia bertentangan dengan syariaat Islam.

Bagi senaman yoga, majlis itu mendapati amalan membabitkan gerakan fizikal,bacaan mantera dan pemujaan menyatukan diri dengan Tuhan bertentangan dengan syariat Islam.

Beberapa NGO memberikan pandangan mereka sebagai reaksi terhadap keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu.

Mereka dilihat seolah-olah mencabar majlis itu apabila ada pandangan meminta majlis berkenaan memberikan fokus kepada isu lain yang lebih serius.

Mereka juga memberi pandangan amalan berkenaan tidak mengancam kedudukan Islam.

Apakah reaksi kita terhadap komen-komen seperti itu?

Sebagai sebuah negara demokrasi, sesiapa sahaja boleh berusuara dan memberikan pandangan.

Bagaimanapun ia mempunyai batas-batasnya agar tidak menyentuh dan menghina agama orang lain.

Majlis Fatwa Kebangsaan juga tidak terkecuali. Fatwa yang diputuskan mesti diterima pakai oleh umat Islam di negara ini.

Umat Islam tidak boleh mempertikaikan fatwa berkenaan.

Ia menjadi satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang memperuntukkan hukuman penjara dan denda.

Apakah Enakmen ini terpakai bagi orang bukan Islam.

Seksyen 298A Kanun Keseksaan boleh digunakan bagi orang bukan Islam yang menghina agama Islam.

Kita perlu bersikap rasional dan realistik dalam isu fatwa ini.

Menghukum tanpa pertimbangan yang adil akan dilihat sebagai tidak bertamadun.

Oleh itu usaha perlu dilakukan bagi memberi kefahaman mengenai fatwa kepada bukan Islam supaya mereka faham dan menghormati kesucian agama Islam dan tidak mempertikaikan lagi sesuatu fatwa yang dikeluarkan.

Bagi umat Islam fatwa adalah panduan yang perlu dipatuhi bagi menghindar berlaku perlanggaran terhadap hukum Islam.

Jika perbuatan atau amalan kita bertentangan dengan hukum Islam, kita akan menanggung dosa dan terpesong akidah.

(Renungan Rimau : Berhati-hati jika hendak memberi pandangan mengenai fatwa. Apatah lagi jika yang memberi pandangan itu tidak tahu atau tidak berapa cerdik).

Sunday, November 23, 2008

WAKTU SESUAI MAKAN CENDOL?

Bilakah agaknya orang ramai suka makan cendol?

Pasti ramai yang akan menjawab waktu panas.

Salah.

Wak Herman, penjual cendol dari Paya Jaras memberitahu saya, waktunya ialah ketika angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan ketika waktu redup. Bukan waktu panas.

Itu jawapan peniaga cendol lebih 20 tahun.

Hari yang digemarinya? Jumaat kerana boleh membuat jualan yang banyak. Sebelum dan selepas Jumaat.

Jika hujan, beliau "tutup kedai" dan balik ke rumah.

Beliau bukan saja membuat cendol tetapi juga gula dan air batunya sendiri. Ada peti sejuk besar untuk membuat air batu.

Pendapatan? Paling sedikit ialah RM50 sehari.

Ada blogawan yang hendak tukar profesion?

ANAK DAN HANTU MENOLAK BAPA

Semalam, balik kampung di Melaka.

Mendengar cerita daripada Zek mengenai jiran kami. Selang beberapa rumah.

Kisah mengenai seorang anak tidak baik dengan bapanya.

Akibatnya, bapa yang sudah kematian isteri membawa diri tinggal bersama adik perempuannya yang sudah berkeluarga. Maka tinggallah tujuh orang dalam sebuah rumah kecil. Rumah kos rendah.

Anak tidak pernah menjengok bapa, apatah lagi berhubungan dengannya.

Alasan yang diberikan anak ialah "bapa kahwin lagi" ketika bekerja di Singapura.

Ini menyakitkan hati anak itu dan ibunya.

Hakikatnya, bapa tidak pernah kahwin dua. Itu hanya anggapan anaknya.

Selepas pencen, bapa balik bersendirian untuk tinggal di rumahnya. Kemudian tinggal bersama anak. Tetapi anak tidak melayannya. Maka bapa berpindah ke rumah adik.

Pada mulanya bapa tinggal di rumahnya sendiri. Rumah yang dibuat di tanah anugerah bapanya. Tetapi lama kelamaan, beliau takut untuk tinggal berseorangan. Ini kerana "ketakutan" melihat pelbagai jenis makhluk di rumah itu. Rumah itu ada "hantu".

Tiada pilihan. Anak tidak menerimanya dan rumah sendiri banyak "hantu".

Sedih. Anak menolak bapa. "Hantu" pun menyuruh bapa pergi.

Minta dijauhkan.

Friday, November 21, 2008

ROMBAKAN KABINET UNTUK MCA SAJA?

Setakat ini, dua kali Perdana Menteri menyebut mengenai rombakan Kabinet. Yang terbaru ialah semalam.

Blogawan, KUDA KEPANG mengulas perkara itu yang menyebut ketika ini pihak yang ada kaitan dengan rombakan itu sedang menunggu dengan penuh minat.

Saya melihat rombakan itu mungkin hanya membabitkan wakil MCA dan Gerakan kerana kedua-dua parti itu baru saja selesai pemilihan pucuk pimpinan masing-masing.

Mungkin ia tidak membabitkan Ahli Parlimen UMNO kerana parti itu akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan pada Mac ini. Sudah pasti Perdana Menteri akan mengambil pertimbangan mengenai perkara itu kerana Mac hanya beberapa bulan lagi.

Jika ada perubahan dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO, sudah pasti ada keperluan untuk mengadakan rombakan Kabinet ketika itu. Oleh itu, tidak mungkin ada Menteri yang hanya dilantik selama empat bulan saja.

Tetapi, semuanya tidak mustahil.

Menteri sekarang tiada dalam Kabinet selepas rombakan? Tidak mustahil juga.

KERAJAAN PERAK MAKIN TERDESAK?

RTM terus membongkar apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Perak sekarang.

Semalam dalam Warta Perdana RTM1 jam 8 malam, mereka menyiarkan kenyataan Datuk Seri Mohd Tajol Rosli.

Dato' Seri Mohd Tajol membongkar rahsia Menteri Besar sekarang Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang memperolehi banyak projek sebelum ini ketika beliau menjadi Setiausaha PAS Perak.

Ahli-ahli Dewan dikatakan terkejut dengan penjelasan yang diberikan Dato'Seri Mohd Tajol Rosli itu.

Mereka bagaikan tidak percaya seorang yang berhemah seperti mohd Nizar boleh menidakkan nikmat yang diberikan kepadanya sebelum ini

Yang perlu menjadi renungan rakyat Perak ialah sikap sebenar Menteri Besar yang dipilih mereka sebelum "kampong tergadai" tidak disedari.

Thursday, November 20, 2008

SHAHRIZAT LAWAN RAFIDAH

Datuk Shahrizat Jalil akan bertanding jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO menentang Tan Sri Rafidah Aziz pada Mac ini. Keputusan itu diumumkan petang ini. Itupun jika TS Rafidah masih tidak berganjak dengan pelan peralihan pada Jun 2009 atau mahu mengundurkan diri.

(Renungan Rimau : Kalau saya jadi Shahrizat, saya tidak mahu umum bertanding jawatan Ketua Wanita. Tetapi umum tidak bertanding jawatan Naib Ketua Wanita dan memberi sokongan penuh kepada Datuk Kamilia Ibrahim. Kemudian saya tunggu. Jika tiada jawapan sehingga tarikh akhir untuk menghantar borang pencalonan, baru saya umum bertanding. Amacam? Bagus tak rancangan itu?)

JANGAN SUKA SEBAR FITNAH

KUALA LUMPUR 20 Nov. – Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dalam penampilan pertamanya sejak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu meminta semua pihak berhenti menyebar fitnah terhadap Timbalan Perdana Menteri dan isteri.

Beliau berkata, dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor pernah menemui Altantuya adalah tidak benar.

Abdul Razak berkata demikian pada sidang akhbar di Hotel Maya di sini hari ini. – Utusan.

(Renungan Rimau : Ketika menemuduga calon yang mahu mencari kerja, saya pernah bertanya apa dosa besar yang mereka pernah buat. Antara jawapannya ialah - berjudi, menipu emak keluar malam, ponteng sekolah atau minum arak. MasyaAllah, rupanya mereka tidak tahu apa itu "dosa besar". Apa yang disebutkan itu ialah dosa kecil yang boleh menjuruskan kepada dosa besar. Saya suruh mereka balik buka kitab semula. Untuk pengetahuan adik-adik - zina dan fitnah itulah antara dosa besar yang perlu dielakkan. Jika dah buat, kena bertaubat. Siapa yang fitnah Tun Dr Mahathir Mohamad zalim pada DSAI perlu minta maaf kepada TDM. Baru-baru ini, ada seorang sahabat menyesal kerana salahsangka kepada TDM. Beliau mahu berjumpa TDM untuk minta maaf kerana baru tahu apa yang sebenarnya berlaku.)

Wednesday, November 19, 2008

MALAYSIA MANFAATKAN INTERNET

BANGKOK — Malaysia, New Zealand, Jepun, Korea Selatan dan Singapura adalah negara di Asia Pasifik yang penduduknya paling ramai memanfaatkan kemudahan Internet dengan 55 hingga 80 peratus penduduknya mempunyai akses kepada Internet menjelang 2007.

Sebagai perbandingan, lima negara menduduki tangga paling bawah — Myanmar, Timor-Leste, Tajikistan, Bangladesh dan Kemboja — mempunyai kurang satu peratus daripada penduduknya menggunakan Internet manakala purata bagi rantau ini ialah 20 peratus.

Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Bagi Asia dan Pasifik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unescap) berkata disebalik kemajuan pesat di Asia dan Pasifik dalam memanfaatkan teknologi maklumat (ICT), masih wujud perbezaan ketara antara negara perpendapatan tinggi dan negara berpendapatan rendah dalam akses kepada Internet.

Katanya masih wujud jurang besar walaupun kajian menunjukkan penggunaan telefon dan Internet mencatatkan peningkatan dalam tempoh lima tahun lepas sejak Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Masyarakat Maklumat (WSIS) pertama kali diadakan pada 2003.

“Bagaimana untuk menangani ’jurang digital’ ini menjadi fokus pada mesyuarat yang sedang berlangsung di Bangkok dengan peserta terdiri daripada pakar ICT daripada kerajaan, akademik, PBB dan agensi antarabangsa lain dan sektor swasta, termasuk Microsoft,” kata Unescap dalam kenyataan.

Agensi itu berkata jumlah pengguna telefon bimbit meningkat hampir 70 kali ganda di Asia Selatan antara tahun 2000 dan 2007 dan lebih 40 kali ganda di Asia Tengah manakala di Asia Tenggara, yang secara kolektifnya mempunyai pasaran yang lebih maju, jumlah penggunanya masih tumbuh kira-kira 10 kali ganda.

“Namun, pertumbuhan paling pesat dicatatkan di negara paling miskin di rantau ini. Negara yang paling kurang membangun di rantau ini adalah kumpulan yang menyaksikan penggunaan telefom bimbit meningkat hampir 80 kali ganda,” katanya.

Mesyuarat kumpulan pakar itu, WSIS+5 dan Isu Baru di Asia dan Pasifik, berobjektif sebagai platform untuk membincangkan aspek teknikal pembangunan ICT dan pandangan pakar mengenai isu utama — seperti masalah berkaitan infrastruktur — yang perlu ditangani di peringkat serantau.

Antara isu dibincangkan ialah status semasa ICT dan pelaksanaan Pelan Tindakan WSIS di rantau Asia-Pasifik dan isu utama yang mengekang komunikasi melalui ICT di negara-negara membangun.

Juga dalam agenda ialah integrasi ICT dalam program pengurangan risiko bencana yang efektif, sebagai contoh, dengan menyediakan penyelesaian teknikal seperti sistem amaran awal, sistem komunikasi lebih baik untuk membantu usaha pemulihan selepas kejadian bencana di seluruh rantau ini. - BERNAMA

(Renungan Rimau : Gunakanlah internet untuk kebaikan. Adalah lebih baik blogawan syok sendiri daripada memfitnah orang lain. Kalau syok sendiri, seseorang blogawan itu mungkin membuat orang menganggapnya pelik atau spesies tertentu, tetapi jika blogawan itu berbohong atau memfitnah, ia akan menimbulkan pelbagai masalah termasuk mencemarkan imej orang lain).

CUTI SEKOLAH NAK PERGI MANA?

Sehari sebelum cuti sekolah, Cynta mengemukakan soalan ini kepada mamanya, "Cuti ini hendak pergi mana?. Mamanya diam seketika. "Tengoklah, jika daddy ada cuti." jawabnya ringkas seolah-olah berusaha mematahkan soalan seterusnya.

Semalam, Cynta mengemukakan soalan yang hampir sama, "Cuti ini, kita tidak boleh pergi Australia ke mama?. Mamanya diam seketika. Dalam kepalanya tidak tahu untuk menjawab soalan itu. Namun, kerana "kepintarannya", beliau memberi jawapan ini. "Kita tunggulah. Nanti, daddy buat keputusan."

Daddy?????

(Renungan Rimau: Mungkin perlu dianjurkan satu summer camp di Australia yang mana penganjur memastikan kanak-kanak selamat dan bergembira di sana. Yang penting, harganya murah dan munasabah. Daddy takyah pergi. Tapi..summer camp di Malaysia pun ok juga jika ada penganjur yang bijak menyusun program yang membina otak. Tentu ada, tetapi yang terbaik di mana nak cari. Dulu Datuk Hassan Ali ada menganjurkannya. Kini, beliau dah jadi "hero" di Dewan Undangan Negeri Selangor. Fahamannya pun dah lain. Ahh...summer camp di Subang Jaya sajalah).

Tuesday, November 18, 2008

PAKLAH TIDAK MAHU MEMIHAK


(SHAHRIZAT : "Alaa bezanya tiga bulan saja, pendek sangat. Apa punya barang". RAFIDAH : "Dia ni ke yang nak lawan saya?". Gambar oleh AGENDADAILY)

SAYA TIDAK MAHU MEMIHAK...Dalam reaksi pertamanya mengenai isu Wanita UMNO, Paklah berharap mereka dapat menyelesaikannya secara matang menjelang Perhimpunan Agung UMNO Mac depan. "Ketika ini, saya tidak mahu berkata apa lagi, saya nak dengar dulu. Saya sebenarnya tidak mahu ganggu. Saya berpihak di sini, orang sana marah, berpihak di sana, orang sini marah, maklumlah semua nak suruh kita berpihak kepada dia," katanya menjawab soalan wartawan Malaysia di Tashkent, Uzbeskistan. - AGENDANEWS.

Baca juga tulisan Hanafiah Man di AGENDADAILY .

(Renungan Rimau : Semua sudah besar. Ada yang besar dari segi saiz. Mereka bolehlah berfikir sendiri. Biarkanlah mereka selesaikan masalah dalam kain.)

Monday, November 17, 2008

PENGARAH MALAYSIA MENANG ANUGERAH

Chris Chong Chan-fui membanggakan Malaysia.

Filem beliau BLOCK B menang Hadiah Filem Pendek Antarabangsa di Festival Filem Antarabangsa Mar del Plata, Argentina.

Tahniah.

Sunday, November 16, 2008

BERHENTILAH MEMBUAT TUDUHAN (2)


(Jen Aziz dan Jen Azizan di Kem Bukit Jugra, Banting, semalam. DIY terlindung di tengah. Gambar Utusan Malaysia.)

Bacalah artikel ini yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 12 November lalu.

Oleh Raja Syahrir Abu Bakar

PERBARISAN Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ke-75 di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Khamis lalu nyata meriah sekalipun ketumbukan itu baru-baru ini menerima berita yang agak ‘merunsingkan’.

Lebih tepat, berita yang dimaksudkan adalah mengenai penangguhan pembelian 12 unit helikopter Eurocopter EC725 yang dijangka hanya mula diperoleh pada tahun 2011, seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini.

Abdullah yang juga Menteri Pertahanan berkata, penangguhan itu terpaksa dilakukan dalam keadaan negara mengalami krisis ekonomi global, memberi ruang peruntukan itu disalurkan kepada sesetengah segmen masyarakat yang lebih memerlukan.

Dengan tenang, Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal pada sidang akhbar selepas perbarisan itu memberitahu, pesawat-pesawat Nuri yang digunakan dalam perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) masih berkeadaan baik dan boleh digunakan sehingga 2015.

Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin yang turut hadir lantas mempersetujui kenyataan Abdul Aziz tadi malahan mereka berdua sependapat tempoh tersebut masih boleh dipanjangkan sekiranya ATM, khususnya TUDM meneruskan kerja-kerja penambahkbaikan ke atas Nuri dari semasa ke semasa.

....BACAAN ARTIKEL SETERUSNYA DI AKHBARCYBER .

(Renungan Rimau : Apabila Malaysia memiliki kapal selam, ramai yang berpendapat apa gunanya kita membeli dan memilikinya kerana musuh boleh menyerang bila-bila masa menggunakan peluru berpandu untuk menghancurkan kapal selam kita. Dalam ertikata lain, kita tidak sempat lari, peluru berpandu itu telah menghancurkan kapal selam kita. Inilah fikiran singkat. Kita memilikinya kerana pelbagai guna. Bukan untuk pergi perang saja tetapi menjaga kepentingan negara seperti perairan negara yang banyak minyak. Gunakanlah akal sedikit sebelum bercakap. Lagi satu, pasal Eurocopter, pelbagai tuduhan dilemparkan seolah-olah kerajaan tidak "amanah dan cekap" dalam pembelian itu. Tanyalah ATM yang akan menyangkal segala tuduhan itu kerana mereka adalah golongan profesional yang menyaring semua tender yang dikeluarkan. Jika tender itu mengikut prosedur termasuk diperakui oleh PAC, yang turut dianggotai oleh anggota pembangkang, mengapa isu itu selalu dimainkan. Pandai pula menggunakan sentimen "nyawa" anggota tenteralah atau isu "joy ride". Tahu tak mereka bahawa ada juga kapalterbang yang belum "siap" lagi, tetapi banyak negara sudah menandatangani perjanjian untuk membelinya. Tengoklah kepada nama pembuatnya. Sudah tentulah kita tidak beli daripada pengeluar yang tidak ada rekod baik. Satu lagi Eurocopter itu sudah banyak digunakan di pelbagai negara dan terbukti amat berkesan. Jangan mempolitikkan isu pembelian sehinggakan kita terpaksa terus menggunakan Nuri dan apabila ada "kejadian tidak diingini", kerajaan juga yang dipersalahkan. Gunalah otak sikit.)

PENIAGA PERLU JAGA MUTU

Malam tadi makan di Medan Ikan Bakar di Umbai, Melaka.

Seperti biasa pilih gerai nombor satu kerana ikan bakarnya sedap.

Tetapi malam tadi mutu ikan bakarnya 'hancur' dan ada bahagian yang masih mentah. Apa ni?

Satu lagi, butter prawn dah jadi 'oil prawn'. Tak menjadi dan digenangi minyak.

Pihak bertanggungjawab kena selalu melawat untuk pastikan mutu ikan bakar sentiasa cemerlang.

Kecewa sikit.

(Posting tru NE90)

Saturday, November 15, 2008

BERHENTILAH MEMBUAT TUDUHAN..


(Antara pegawai kanan ATM yang hadir di majlis itu. Pix DIY (NE90)


(PAT sedang berucap di Majlis ATM Bersama Media di Kem Bukit Jugra)

Hari ini, saya berpeluang berbual dengan beberapa pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk PAT, Tan Sri Abdul Aziz Zainal.

Dalam perbualan itu, mereka kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang membuat pelbagai tuduhan kepada ATM terutama pembelian peralatan untuk melengkapkan sistem pertahanan negara.

Bagi mereka, sebenarnya golongan itu tidak tahu apa yang ingin mereka katakan. Mereka seharusnya mengambil tahu perkembangan terbaru membabitkan pertahanan negara.

Yang menyedihkan ialah tuduhan melulu yang boleh memberikan kesan tidak baik kepada imej ATM keseluruhannya.

(Renungan Rimau: Hanya "orang gila" saja yang selalu mengambil kesempatan mempolitikkan isu membabitkan pertahanan negara. Mereka ini tidak bersyukur hidup secara aman di negara ini kerana jasa ATM dan pasukan keselamatan lain.)

Friday, November 14, 2008

JANGAN MARAH KAWAN SAYA....

Ketua Wanita UMNO Pahang, Datuk Maznah Mazlan, hari ini menghentam Datuk Kamilia Ibrahim kerana berkeras hendak bertanding Naib Ketua Wanita dan tolak pelan peralihan kuasa yang dipersetujui pada 4 Ogos lalu.

Katanya di Kuantan, sebagai anggota EXCO beliau tidak datang bermesyuarat berkali-kali apabila kita membincangkan hal ini dan selepas itu tidak pernah bersuara menyatakan tidak setuju dan hanya bersuara selepas habis pencalonan. - AGENDANEWS.

(Renungan Rimau : Biarlah Datuk Kamilia bertanding. Orang suka kat dia, bagilah peluang beliau bertanding. Kalau Datuk Maznah hendak bertanding Ketua Wanita pun, saya setuju...Bagilah peluang kepada kawan saya tu. Apalaah macam tu.)

BERINGAT SEBELUM KENA....

UNTUK RENUNGAN ..terutama Ahli Politik.

Satu masa nanti... kamu akan ditanya...

1. Bagaimana kamu menghabiskan usia mudamu?
2. Dari manakah kamu mendapat hartamu?
3. Bagaimanakah kamu membelanjakan harta perolehanmu?
4. Apakah bekalan yang kamu bawa ke mari?

(Sumber : Khutbah Jumaat - Surau Muhammadiah RTM)

Thursday, November 13, 2008

KEPUTUSAN UPSR HARI INI

Posting Kedua - 12.51 tgh

Tahniah Cynta. Kena cari duit beli PSP -Play Station Portable. Seperti dijanjikan. Perrrgh.

Posting Asal - 5.51 pagi

Hari ini, adik-adik yang mengambil UPSR pada bulan puasa lalu, akan mengetahui keputusan peperiksaan mereka.

Pasti ada yang berdebar-debar menunggu keputusan.

Begitu juga Noor Cynta Camilia.

Malam tadi, beliau demam dan badannya panas.

Mungkin diganggu oleh kata-kata AJ, "Kalau tidak dapat 5A...jaga kamu".

Itulah perangai suka menyakat seorang abang.

Cynta, tidak mengapa. Dapat satu A pun Daddy tidak marah.

Daddy tahu, Cynta pun kurang belajar. Banyak melayari internet...Myspace.

Yang penting, jika kita gagal, belajar lagilah. Belajar terus belajar.

Carilah ilmu sepanjang masa.

Ada orang, malas belajar tetapi mahu berlagak pandai.

Wednesday, November 12, 2008

POLITIK EKONOMI DALAM MEDIA CETAK MALAYSIA

Semalam, saya sibuk sedikit. Berjumpa dengan penyelia PHD saya di UKM. Hasrat saya ialah untuk menghabiskan PHD pada tahun ini.

Tajuk tesis saya ialah Politikal Ekonomi dalam Media Cetak di Malaysia.

Politikal ekonomi ini secara ringkas ialah mengenai bagaimana parti politik memiliki media dan menggunakannya untuk kepentingan perjuangan politik mereka.

Secara tidak langsung ada tiga kumpulan akhbar yang terbesar di negara ini. Kumpulan itu ialah Kumpulan Media Prima, Kumpulan Utusan Melayu Berhad dan Kumpulan The Star. Adalah beberapa lagi kumpulan kecil yang memiliki akhbar bahasa Cina dan India.

Ada juga kumpulan media yang menguasai akhbar di Sabah dan Sarawak.

Kini, ada Kumpulan Karangkraf yang menerbitkan pelbagai majalah dan terbaru menerbitkan akhbar Sinar Harian. Dilaporkan akhbar Sinar Harian kini mendapat sambutan baik.

Selain itu, ada juga parti politik yang menerbitkan akhbar sebagai suara parti mereka. Penerbitan itu bukan diusahakan syarikat media seperti Kumpulan Media Prima tetapi pasukanjabatan pengarang yang lebih kecil saiznya. Antara akhbar itu seperti Harakah dan Suara Keadilan.

Parti politik memiliki media untuk "menguasai minda" rakyat. Menggunakan media untuk menerangkan apa yang mereka lakukan terbaik untuk rakyat.

Kini, penguasaan minda menerusi media yang dimiliki mungkin tidak memberi kesan 100 peratus kerana ada media alternatif seperti media online, laman web, portal media dan blog. Rakyat boleh mendapatkan maklumat daripada media baru ini.

Jika anda ada idea mengenai bahan bacaan yang boleh dibaca untuk literature review topik ini, bolehlah cadangkan kepada saya. Pandangan mengenai topik ini?

Monday, November 10, 2008

"SAYA TIDAK MAHU PERGI DULU"

"Saya tahu bila saya nak pergi tapi bagi saya bantu DS Shahrizat Jalil sampai Jun 2009 untuk kukuhkan Wanita dan parti," kata Tan Sri Rafidah Aziz pada sidang media Wanita UMNO yang sedang berlangsung mengenai keputusan EXCO Pergerakan itu yang memutuskan peralihan kuasa Ketua Wanita UMNO kekal Jun depan. - AGENDANEWS.

(Renungan Rimau: Kalau TS Rafidah sudah tidak mahu, tidak payah paksa dia. Tetapi jika ada orang berani lawan, tentu ahli Pergerakan Wanita UMNO akan membuat keputusan mereka. Jangan kacau saya baaa.)

Sunday, November 9, 2008

ADA BULATAN BESAR DI SEKELILING BULAN

Sahabat, Rahim Daim, menelefon saya pada jam 10.30 malam bahawa segera melihat bulan di langit.

Saya, isteri dan AJ keluar melihat bulan.

Apa yang kami lihat ialah satu bulatan besar mengelilingi bulan itu.

Segera telefon saudara dan rakan-rakan lain.

Tok Mat, yang saya hubungi mengatakan ada kena mengena dengan formasi awan.

Pakar?

PENYOKONG PERLU BERSATU : PAKLAH

Jawatan Timbalan Presiden UMNO akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara TS Muhyiddin Mohd Yassin, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan TS Muhammad Muhd Taib.

Apabila ada calon, sudah tentu ada penyokong. Apakah akan wujud penyokong tiga kumpulan mengikut tiga calon yang akan bertanding? Jika wujud, apakah akan terjadi akhirnya kepada penyokong-penyokong ini?

Untuk itu, di Kepala Batas, Pulau Pinang....Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berharap penyokong tiga calon Timbalan Presiden akan bersatu dan kembali bekerjasama selepas pemilihan pucuk pimpinan parti itu selesai pada Mac tahun depan.

Bernama melaporkan Paklah menegaskan pertandingan dalam parti itu telah mewujudkan tiga kumpulan penyokong dan ia boleh menyebabkan perpecahan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berharap ia bersifat sementara dan penyokong mereka kembali bersatu selepas pemilihan itu nanti.

"Itu adalah kehendak ahli Umno dan ini bermakna ketiga-tiga calon itu perlu bertanding," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas, di sini, Ahad.

Tiga calon yang layak bertanding jawatan Timbalan Presiden parti ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Mengenai politik wang yang semakin berleluasa di dalam parti terutamanya dalam tempoh pemilihan, Abdullah gembira dengan kesedaran dan kesediaan anggota Umno untuk tampil membuat aduan berhubung perkara itu.

Katanya, jika kerjasama seperti itu berterusan, ia memberi petanda baik terhadap usaha menghapuskan kegiatan itu.

"Jika anggota Umno masih berharap mendapatkan wang untuk undi yang diberikan, maka politik wang akan terus berkembang dan tidak akan berhenti," katanya.

Selain itu, katanya, peningkatan jumlah aduan yang diterima oleh Lembaga Disiplin parti sehingga melebihi 900 aduan setakat ini menunjukkan bahawa lembaga itu telah menjalankan tugasnya dengan baik dan berkesan.

Peningkatan jumlah aduan juga menunjukkan bahawa gejala politik wang sudah menjadi semakin teruk ketika ini berbanding masa lalu dan berharap ia dapat dihentikan, katanya.

(Renungan Rimau : Pertandingan yang sihat amat dialu-alukan. Tetapi jangan bergaduh macam Mesyuarat UMNO Bahagian Seremban hari ini. Amat memalukan.)

HARGA MINYAK AKAN TURUN LAGI

Harga minyak mungkin akan diturunkan lagi.

Ini diumumkan oleh Datuk Shahrir Abdul Samad, sebentar tadi.

Pengumuman beliau disiarkan oleh Warta Perdana RTM1.

"BLOG" RTM DARI KUCHING

Posting Kedua - 10.48 malam

Dr Jeniri Amir adalah pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

UMS adalah akronim untuk Universiti Malaysia Sabah.

Posting Asal - 6.31 ptg

Program BLOG RTM akan keudara dari Studio RTM Kuching, Sarawak.

Program yang disiarkan pada jam 8.30 malam di RTM1 akan menampilkan tetamu Dr Jeniri Amir yang kini bertugas di UMS.

Blog yang dihoskan oleh Datuk Chamil Wariya, diterbitkan oleh Sdr Hashim Abu Haniffah.

Selamat menonton.

JJ LAYAK TANDING NAIB PRESIDEN

Posting Kedua - 5.10 ptg


Tan Sri Muhamamad Taib layak bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Kelayakan Ketua Penerangan UMNO itu akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru bagi jawatan Nombor Dua parti.

Semalam, Naib Presiden UMNO, DS Mohd Ali Rustam layak bertanding bersama dengan TS Muhyiddin Mohd Yassin.


Dalam pada itu, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim layak bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

Beliau adalah calon ke 8 yang layak bertanding bagi jawatan itu.


Calon lain ialah DS Hisham, DS Dr Ahmad Zahid, DS Shafie, DS Khaled, DS Syed Hamid, TS Isa dan DS JJ.

Posting Awal - 12.57 tgh

Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis layak untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

Saturday, November 8, 2008

DS ALI RUSTAM PERLU SATU LAGI

Posting Ketiga - 5.10 ptg : DATUK SERI ALI LAYAK


DS Mohd Ali layak bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO setelah mendapat pencalonan ke 39 daripada UMNO Bahagian Pasir Putih, Kelantan, sebentar tadi.

Posting Kedua - 4.50 ptg

Tan Sri Muhammad Muhd Taib sudah mendapat pencalonan ke 35 untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau mendapat pencalonan itu daripada UMNO Bahagian Sik, Kedah, sebentar tadi.

Beliau memerlukan empat pencalonan lagi untuk layak bertanding pada Mac ini.

Posting Asal - 4.24 ptg

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, memerlukan lagi satu lagi undi untuk melayakkan beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada Mac ini.

Beliau mendapat undi ke 38 daripada Bahagian UMNO Sungai Petani, sebentar tadi.

Sebelum ini, Naib Presiden UMNO itu mendapat pencalonan daripada Pendang (Kedah), Ketereh dan Tumpat (Kelantan) dan Pasir Salak (Perak).

KHIR TIDAK MAHU JAWATAN KERAJAAN

Ini janji Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Katanya jika terpilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia beliau tak mahu sebarang jawatan dalam kerajaan. Ini dinyatakan oleh bekas Menteri Besar Selangor itu pada wartawan di Sungai Besar pagi ini.

Dr Mohd Khir hanya mahu bergerak diperingkat bawah bersama barisan Pemuda UMNO untuk mantapkan parti.- AGENDADAILY.

(Renungan Rimau : Bagusla tu tidak mahu pegang jawatan dalam kerajaan. Ada orang, belum jadi pemimpin sudah minta pucuk pimpinan memilih mereka menjadi pengerusi anak syarikat kerajaan. Apabila menjadi pengerusi, maka semua belanja ditanggung oleh GLC termasuk membawa anak isteri berjalan-jalan ke luar negara. Apa punya orang daah.).

Friday, November 7, 2008

RTM MENCARI PENYAMPAI BERITA

Posting Kedua - 1.39 Tgh (8/11/08)

Masalah dengan berita RTM ini ialah dari segi persepsi orang ramai. Mereka sudah menganggap berita RTM sudah lesu dan tidak bermutu.

Ketika menjadi Perunding Media (2005-2006), pelbagai perubahan dibuat terutama dari segi pemilihan bahan berita terutama yang terbaru dan persembahan berita termasuk memperbanyakkan grafik dan carta serta lintas langsung.

Bagaimanapun, selepas keluar pada Januari 2007, Berita RTM balik kepada asal dan usaha untuk memulihkannya semula sekarang memerlukan usaha gigih. Semua pihak termasuk unit sokongan perlu memberikan komitmen mereka.

Kini, berita RTM banyak memainkan isu semasa di samping menyediakan laporan khas dan eksklusif.

RTM memerlukan penyampai yang mampu menyampaikan berita secara bijaksana, bukan hanya membaca tetapi menyampaikannya dengan penuh keyakinan. Tiada lagi kesilapan bacaan dan selalu tersasul. Tiada lagi kesalahan yang terlalu bodoh.

Posting Asal - 8.50 malam (7/11/08)

RTM sedang mencari penyampai berita lelaki dan wanita yang berketrampilan.

Sila hantarkan resume dan gambar terbaru anda ke datukbeb@yahoo.com.

Semoga berjaya.

KEPUTUSAN UPSR KHAMIS INI

Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diumumkan Khamis ini.

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap tiada mana mana pihak cuba mempertikai tahap keseluruhan ujian itu bagi menentukan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). - RTM

(Renungan Rimau : Noor Cynta Camilia sudah bersedia?)

BAPA AYAM ANCAM WANITA ASING

Takut diugut dengan ancaman oleh bapa ayam menyebabkan ramai wanita warga asing yang menjadi pelacur di negara ini enggan mendedahkan sindiket berkenaan.

Selain berdepan dengan ancaman nyawa, bahaya turut menanti ibu bapa dan keluarga mereka di negara asal.

Perkara ini didedahkan Pengarah Penguatkuasa Imigresen Datuk Ishak Mohamad, (Pak Sako) yang mengetuai operasi serbuan di sebuah restoran yang menjadi lokasi transit wanita yang menawarkan khidmat seks.

Beliau berkata demikian dalam Warta Tengahari RTM, sebentar tadi.

Dalam operasi oleh Skuad Blackhawk Imigresen Putrajaya di Jalan Imbi, tengah malam tadi, 21 wanita antara 20 hingga 30an ditahan.

Mereka berasal dari Thailand, Indonesia, Vietnam dan China.

Serbuan dijalankan hasil maklumat dan risikan sejak setahun lalu.

Lazimnya, wanita warga asing itu akan dihantar ke hotel mewah, pusat kesihatan dan rumah tumpangan.

Mereka boleh didakwa mengikut Peraturan Imigresen, Seksyen 39 B, atas kesalahan menyalahguna pas lawatan sosial, dan boleh dihukumi denda, penjara serta dilarang memasuki negara ini.

(Renungan Rimau : Kalau tiada "permintaan" sudah pasti tiadanya "tawaran". Berhentilah mengunjungi pelacur ini kerana "nikmat sekejap, balanya seumur hidup". Satu lagi, jangan terperangkap dengan kegiatan urutan kaki...yang kemudian urut badan dan perkara lain.)

Thursday, November 6, 2008

TS SALLEH ABAS DAPAT RM5 JUTA

Kerajaan membayar ex-gratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan lima lagi bekas hakim kanan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, bayaran tersebut adalah Tun Salleh berjumlah RM5 juta, Tan Sri Azmi Kamaruddin (RM2juta), Tan Sri George Edward Seah Kim Seng (RM2juta) dan yang lain iaitu Tan Sri Wan Hamzah Mohd. Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh berjumlah RM500,000 setiap seorang. - Utusan.

(Renungan Rimau : Kini semua orang tahu.)

UNDI BADAN PERWAKILAN PEMILIH AS

BARACK OBAMA (DEMOKRATIK)
1. Washington - 11
2. Oregon - 7
3. Carlifornia - 55
4. Nevada - 5
5. Colorado - 9
6. New Mexico - 5
7. Minnesota - 10
8. Iowa - 7
9. Wisconsin - 10
10. Indiana - 11
11. Illinois - 21
12. Michigan - 17
13. Ohio - 20
14. New York - 31
15. Pennsylvania - 21
16. New Hampshire - 4
17. Vermont - 3
18. Maine - 4
19. Massachusetts - 12
20. Rhode Island - 4
21. Connecticut - 7
22. New Jersey - 15
23. Delaware - 3
24. Maryland - 10
25. District of Columbia - 3
26. Virginia - 13
27. Georgia - 15
28. Florida - 27

JOHN MCCAIN (REPUBLIKAN)
1. Montana - 3
2. Idaho - 4
3. UT - 5
4. Arizona - 10
5. Wyoming - 3
6. North Dakota - 3
7. South Dakota - 3
8. Nebraska - 5
9. Kansas - 6
10. Oklahoma - 7
11. Texas - 34
12. Arkansas - 6
13. Louisana - 9
14. Mississippi - 6
15. Tennesse - 11
16. Kentucky - 8
17. West Virginia - 5
18. South Carolina - 8
19. AL - 9

UNDI SAMA BANYAK
1. Missouri - 11
2. North Carolina - 15


DARIMANA UNDI YANG DIPEROLEHI OBAMA ?
1. 34 peratus undi pengundi di bawah 30 tahun.
2. Pengundi kulit hitam, hispanik dan pengundi bebas.

DIMANA OBAMA MERAIKAN KEMENANGANNYA?
- Grant Park, Chicago yang dihadiri oleh 200,000 penyokong.

UCAPAN SEJURUS MENANG
- "Detik perubahan sudah tiba di Amerika"

HENTI KENYATAAN, TITAH SULTAN PERAK

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mahu rakyat menghentikan segera kenyataan politik keterlaluan berhubung kedudukan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu serta hak dan kepentingan sah kaum lain.

Baginda bertitah kebajikan rakyat yang telah memilih kerajaan hendaklah diutamakan.

Keamanan negara serta kerukunan rakyat tidak harus dikorbankan oleh perebutan kuasa di kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu.

Titah baginda, dasar tunjang yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara merdeka itu tidak harus disentuh, diuji dan dicabar sama sekali.

Perbuatan demikian, titah baginda jika tidak dihentikan, dibimbangi akan mengguris hati dan emosi orang Melayu.

Sultan Azlan Shah bertitah demikian di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, selepas menerima satu memorandum daripada Gabungan Melayu Perak, semalam. Berita itu disiarkan oleh Warta Perdana RTM1, malam tadi.

Memorandum berkenaan mengenai hasrat dan perasaan orang Melayu yang menjunjung kasih kenyataan khas Majlis Raja-raja Melayu pada bulan lepas berhubung perkara-perkara yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan.

(Renungan Rimau : Ampun tuanku. Titah tuanku tepat pada masanya).

Wednesday, November 5, 2008

TDM BERI NASIHAT KEPADA OBAMA

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mahu Presiden Amerika Syarikat yang baru dipilih Barack Obama, mempertingkatkan pengetahuannya mengenai Asia kerana di rantau inilah segalanya berlaku.

Beliau juga mahu Obama memikirkan kepentingan hak asasi manusia sejagat dan tidak melakukan kesalahan seperti Presiden Bush yang memenjarakan orang tanpa bicara di Guantanamo Bay di Cuba.

TDM berkata demikian dalam Rancangan Khas Al-Jazeera yang dihoskan oleh Veronica Pedrosa, sekarang.

TONTONI WAWANCARA KHAS DI TV2

Ikuti wawancara khas bersama Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan mengenai PAKEJ RANGSANGAN FISKAL di TV2 malam ini, jam 9 malam.

Selamat Menonton.

OBAMA PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT

Oleh Ibrahim Yahaya
(Sinar Harian - 5/11/2008)


Rakyat Amerika Syarikat sudah memilih presiden mereka pada Pilihan Raya Presiden semalam, sama ada pemimpin berkulit hitam dari Illinois atau bekas veteran Vietnam dari Arizona. Itu pilihan mereka yang pasti memberi kesan kepada dunia keseluruhannya.

Namun,yang lebih penting pilihan raya kali ini mencatatkan pelbagai sejarah tersendiri. Sejarah latarbelakang calon-calonnya terutama warna kulit dan calon wanita seperti Hillary Clinton, jumlah pengundi yang ramai, serta jumlah perbelanjaan pilihan raya yang melambung tinggi melebihi $1 bilion (RM3.52 bilion).

Walaupun pilihan raya kali mungkin tidak sedramatik ketika pemilihan antara George W Bush dan Al-Gore pada 2000, tetapi ia memaparkan bagaimana rakyat di negara besar yang mengamalkan demokrasi itu sudah mula menerima seorang calon kulit hitam dan seorang calon paling tua dalam sejarah pilihan raya Presiden. Hillary juga hampir menjadi calon wanita pertama untuk bertanding Presiden Amerika Syarikat.

Sejak awal-awal lagi, Parti Demokrat yakin bahawa segala kelemahan pentadbiran Presiden George W Bush selama ini akan memberi kelebihan kepada mereka terutama dasar peperangan di Iraq dan terbaru Kemelut Ekonomi Dunia.

Bagi mereka, kerosakan George Bush sudah sampai ke kemuncaknya sehingga mencemarkan imej Parti Republikan yang dianggap telah melaksanakan dasar yang bukan saja membunuh rakyat AS tetapi juga rakyat di Iraq.

Ini berikutan dasar menyerang Iraq atas alasan adanya senjata pemusnah nuklear. Sebaliknya, Presiden Saddam dan rakyat Iraq menjadi mangsa daripada kejadian serangan Amerika Syarikat dan perbalahan etnik yang semakin menjadi-jadi di negara Islam itu.

Bagaimanapun, Parti Republikan yang kini memikul “kerosakan” Bush itu, yakin mereka akan menang kali ini berdasarkan usia calon Demokrat, Barrack Obama yang terlalu muda dan kurang berpengalaman untuk menerajui negara besar yang “memimpin dunia”.

Malah mereka menyifatkan Obama, seorang pemimpin yang sering dikaitkan dengan pelbagai individu pelik, “masih muda” dan “belum matang” untuk memimpin Amerika Syarikat.

Bagi Obama yang berusia 47 tahun, beliau mahu mencipta sejarah sebagai Presiden kulit hitam pertama AS. Impiannya itu disokong oleh ramai penduduk Afrika-Amerika dan rakyat kulit putih yang sudah mula bosan dengan dasar George Bush.

Pesaingnya daripada Parti Republikan, John McCain, 72, pula mahu menjadi Presiden paling tua dalam sejarah AS, jika beliau menang. Bagi kem McCain, pengalaman luas calon mereka itu adalah satu kelebihan besar kepada rakyat AS.

Berdasarkan tinjauan pengundi di seluruh negara, Obama memiliki kelebihan besar ke atas veteran Perang Vietnam itu pada pilihan raya Presiden kali ini, yang dianggap paling mendebarkan dalam tempoh satu generasi.

McCain, bagaimanapun, masih menaruh keyakinan dan kemnya sentiasa berusaha keras dalam kempen saat akhir untuk membuktikan tinjauan itu meleset dan sekali gus mengekalkan legasi Parti Republikan di Rumah Putih – menggantikan Bush.

Dalam pilihan raya kali ini lebih 140 juta orang keluar mengundi iaitu kira-kira 64 peratus daripada jumlah penduduk yang layak mengundi berdasarkan kriteria umur.

Penganalisis menjangkakan jumlah pengundi yang akan turun mengundi kali ini adalah yang paling tinggi dalam sejarah pilihan raya Presiden AS dalam tempoh 232 tahun.

Di samping pengundi kulit putih daripada kalangan kelas pekerja, pengundi wanita, golongan muda dan kulit hitam memainkan peranan penting dalam pilihan raya kali ini.

Kedua-dua calon sebenarnya bertarung untuk memungut sekurang-kurangnya 270 daripada 538 undi Badan Perwakilan Pemilih yang diperlukan untuk memenangi kerusi Rumah Putih.

Undi itu diagihkan kepada negeri mengikut jumlah penduduk masing-masing dan pemenang undi popular di sesebuah negeri akan membolot semua undi Badan Perwakilan pemilihan dari negeri berkenaan.

Antara negeri yang kini beralih menyokong Obama ialah Florida, Indiana, Missouri, Carolina Utara, Nevada dan Ohio. McCain juga mahu mendapat sokongan di Pennsylvania, Ohio, Florida atau Virginia kerana jika gagal “menakluki”negeri-negeri ini, maka adalah amat sukar bagi beliau mendapat 270 undi.

Selain memilih Presiden AS, pilihan raya juga akan memilih anggota bagi semua 435 kerusi Dewan Perwakilan, 35 daripada 100 anggota Senat, serta 11 daripada 50 Gabenor negeri di AS.

Dalam pada itu, laporan ajensi melaporkan beribu-ribu sukarelawan, peguam dan ejen persesekutuan dikatakan bertebaran di seluruh AS untuk memantau pilihan presiden.

Kerahan itu dilakukan ekoran kebimbangan bahawa bilangan pengundi yang dijangka tertinggi dalam sejarah akan meletakkan beban yang tidak mampu ditampung oleh sistem pengundian dan dengan itu mencetuskan krisis di peti undi.

Kenangan pahit pilihan raya Presiden 2000 antara George W Bush dengan Al-Gore yang terpaksa diputuskan oleh Mahkamah Agung, masih menghantui rakyat Amerika.

Ramai antara mereka percaya sistem yang diterima pakai selepas kekecohan pada Pilihanraya 2000, khususnya di Florida, hanya merumitkan lagi proses pengundian.

Barisan panjang pengundi telah pun disaksikan di banyak negeri “atas pagar” yang mengadakan pengundian awal sebelum pertarungan ke Rumah Putih antara Obama dan McCain daripada Parti Republikan.

Kira-kira 800 pemerhati Persekutuan juga dikerahkan oleh Jabatan Kehakiman ke 59 kawasan panas di 23 negeri.

Bagi Malaysia, keputusan pemilihan Presiden Amerika Syarikat tidaklah memberikan kesan serta-merta kepada kedudukan politik dan ekonomi Malaysia berbanding apa yang dirasai oleh negara sekutu kuat AS di Eropah dan Asia.

Kedua-dua calon itu mempunyai kelebihan dan kekurangan kerana mereka sudah pasti mengikut dasar yang ditetapkan oleh parti mereka sebelum ini.

Obama mungkin dilihat sebagai seorang yang “lebih terbuka” tetapi dasar partinya sejak dulu lagi lebih menjaga kepentingan negara ini berbanding Parti Republikan. Dalam ertikata lain, mereka mengamalkan sikap yang suka melindungi kepentingan negara.

Bagaimanapun, dasar Parti Republikan yang tidak disenangi terutama melancarkan perang terhadap Iraq telah membunuh ramai rakyat yang tidak berdosa di negara itu. Ini tidak selari dengan dasar luar Malaysia yang sering memperjuangkan keamanan dan keharmonian.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, yang ditemui dalam sesi penerangan mengenai pakej rangsangan ekonomi di Parlimen semalam, menyifatkan kedua-dua calon mempunyai kelebihan mereka sendiri.

Beliau yakin sesiapa saja yang dipilih menjadi Presiden diharapkan dapat mengadakan dasar yang membantu memulihkan kemelut ekonomi dunia sekarang di samping mewujudkan dunia yang aman dan makmur.

(Renungan Rimau: Barack Obama menang dan beliau berkata akan mengambil tindakan segera mengenai peperangan di Iraq)

PAKEJ RANGSANGAN FISKAL

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan mengumumkan PAKEJ RANGSANGAN FISKAL di Parlimen semalam.

Lima belas bentuk peruntukan yang dirangka hasil daripada penjimatan RM7 bilion daripada subsidi minyak .

Paling banyak menerima peruntukan... pembinaan rumah kos rendah dan dana pelaburan bagi sektor swasta.

Langkah pertama,
bagi membolehkan lebih ramai rakyat mampu memiliki rumah, sebanyak 1.2 bilion ringgit diperuntukkan bagi membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana.

Menerusinya, 6 ribu 500 unit rumah akan dibina Syarikat Perumahan Negara Berhad, SPNB.

Manakala 4 ribu unit lagi akan dibina di bawah Program Perumahan Rakyat bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 15 ribu unit bernilai antara 30 ribu ringgit hingga 35 ribu ringgit sebuah bagi Semenanjung dan antara 35 ribu ringgit hingga 40 ribu ringgit untuk Sabah dan Sarawak.

Kedua; 500 juta ringgit peruntukan bagi mengiktiraf peranan anggota keselamatan dan menjaga kebajikan mereka.

Ia bagi membaikpulih dan menyelenggara balai dan kuarters polis serta kem dan kuarters tentera.

Ia akan dilakukan dengan segera.

Ketiga; 600 juta ringgit diperuntukkan bagi projek-projek kecil di bawah program Penyelenggaraan Infrastruktur Awam, PIA dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS), bagi menyenggara jalan kampung, membina balai raya dan jambatan kecil.

Keempat; 500 juta ringgit diperuntukkan bagi menyenggara dan membaik pulih kemudahan awam; antaranya sekolah, hospital dan jalanraya.

Kelima; 500 juta ringgit akan diperuntukan untuk membina, menaiktaraf jalan-jalan di luar bandar, jalan-jalan kampung dan jalan-jalan pertanian, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Keenam; bagi sektor pendidikan, sebanyak 200 juta ringgit diperuntukkan kepada empat kumpulan sekolah.

Ketujuh; 300 juta ringgit diperuntukkan bagi dana program latihan kemahiran yang ditumpukan ke arah memenuhi keperluan majikan dan industri, terutamanya di Koridor-koridor Pembangunan.

Kelapan; ke arah menambahbaik sistem pengangkutan, 500 juta ringgit akan digunakan bagi menyelenggara sistem LRT, Komuter dan sistem bas di bandar-bandar utama.

Kesembilan; 1.5 bilion ringgit diperuntukkan bagi menubuhkan Dana Pelaburan untuk menarik lebih banyak pelaburan sektor swasta.

Ia bagi memberi geran, pinjaman mudah atau modal ekuiti kepada pelabur.

Kesepuluh; 400 juta ringgit lagi diperuntukkan bagi menyegerakan pelaksanaan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi.

Menjelang akhir 2009, perkhidmatan ini akan dapat disediakan kepada 300 ribu premis, terutamanya di Lembah Klang dan juga kawasan industri seperti di Bayan Baru, Senai dan Kulim.

Kesebelas; aspek modal insan tidak dilupakan.

200 juta ringgit akan digunakan bagi program latihan melibatkan golongan belia yang akan diuruskan Kementerian Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sumber Manusia serta Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Keduabelas; memperkasakan golongan belia melalui program baru dengan, peruntukan 100 juta ringgit.

Ketigabelas; 200 juta ringgit bagi gerak semula projek perumahan yang terbengkalai di kawasan-kawasan strategik terpilih dan berdaya maju.

Juga diuruskan SPNB.

Keempatbelas; bagi membantu sektor IKS, kerajaan akan menambah premis perniagaan, juga memperindah suasana pekan-pekan kecil yang terpilih di seluruh negara, melibatkan peruntukan 100 juta ringgit.

Ini akan dapat menambah bilangan usahawan kecil dan sederhana, termasuk memasarkan produk keluaran tempatan.

Yang terakhir, untuk melahirkan generasi masa hadapan yang lebih berkualiti, sebanyak 200 juta ringgit diperuntukkan bagi pendidikan awal kanak-kanak di peringkat umur 1 hingga 6 tahun.

Ini membabitkan pogram seperti PERMATA negara, Tadika KEMAS, Tadika Perpaduan dan kelas Pra-Sekolah.

(Renungan Rimau : Pembangkang kemukakan BAJET MENGUNCUP tetapi kerajaan memperkenalkan bajet tambahan - BAJET MENGEMBANG. Bukankah Mengembang itu lebih baik daripada menguncup ketika ini. Kerajaan perlu membantu pasaran sekarang supaya tidak terus menguncup dan statik. Jika ekonomi tidak bergerak, sudah tentu akan memeritkan rakyat terutama golongan peniaga.)

Monday, November 3, 2008

DUA ATAU TIGA PENJURU?


(Gambar oleh AgendaDaily)

Oleh AgendaDaily

Semua petanda jelas menunjukkan pasti akan berlaku pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Apabila 23 UMNO bahagian selesai mengadakan mesyuarat mereka semalam (Ahad), Tan Sri Muhyiddin Yassin masih jauh di depan dengan 78 pencalonan diikuti oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam 32 manakala Tan Sri Muhammad Muhd Taib 30.

Berdasarkan kuota kelayakan 39 pencalonan maka Ketua Menteri Melaka perlukan hanya 7 pencalonan manakala Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 9 lagi.

Ada baki 50 UMNO Bahagian yang belum bermesyuarat.

Tandatanya yang paling menarik sekali sekarang ialah apakah pertandingan jawatan nombor dua ini dua penjuru iaitu Muhyiddin vs Ali atau tiga penjuru Muhyiddin vs Ali vs Muhammad.

Ada para pemerhati politik yang sudah siap bertaruh kedua-dua Ali dan Muhammad pasti lepas untuk berentap dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Apapun apabila baki bahagian UMNO bermesyuarat balik sepanjang minggu ini keadaan pastinya mendebarkan khususnya bagi para penyokong ketiga-tiga calon.

Sebelum ini kedua-dua Ali dan Muhammad telah menyatakan keyakinan mereka mampu meraih cukup pencalonan melepasi kuota yang diperlukan.

Yang pasti tentunya kedua-dua mereka sudah mempunyai sandaran ketika membuat kenyataan berkenaan.

(Renungan Rimau: Untuk mendapat tujuh atau 10 pencalonan daripada 50 bahagian yang akan mengadakan mesyuarat bukanlah satu perkara yang mustahil. Bagaimanapun, debaran sudah pasti akan dirasai jika jumlah bahagian yang mengadakan mesyuarat semakin bertambah kecil tetapi jumlah yang diperlukan tidak kunjung tiba. Ahli UMNO sudah pasti mahu menyaksikan satu pertandingan yang sihat bagi jawatan nombor dua parti. Persoalannya, apakah mereka mahu dua penjuru atau tiga penjuru?)

Sunday, November 2, 2008

CARTA PENCALONAN UMNO (5)

TELUK INTAN
Pres : DS Najib
T Pres : TS Muhyiddin
N Pres : DS Hisham, DS Dr Zahid dan TS Isa.

BENTONG
Pres : DS Najib
T Pres : TS Muhyiddin
N Pres : DS Hisham, DS JJ dan DS Dr Rais Yatim

KULIM BANDAR BHARU
Pres : DS Najib
T Pres : TS Muhyiddin
N Pres : DS Hisham, DS Dr Rais dan DS Zahid

CAMERON HIGHLANDS
Pres : DS Najib
T Pres : TS Muhammad
N Pres : DS JJ, DS Khaled dan DS Dr Rais.

PANDAN
Pres : DS Najib
T Pres : TS Muhammad
N Pres : DS Hisham, DS Khaled dan DS Dr Zahid.

SEGAMAT
Pres : DS Najib
T Pres : TS Muhyiddin
N Pres : DS Hisham, DS Khaled dan DS Dr Rais.

TANJONG MALIM
Pres : DS Najib
T Pres : DS Ali
N Pres :

INDERA MAHKOTA
Pres : DS Najib
T Pres : DS Ali
N Pres :

TAMPIN
Pres : DS Najib
T Pres : DS Ali
N Pres : TS Isa, DS Shafie dan DS JJ.

SEKIJANG, JOHOR
Pres : DS Najib
T Pres : TS Muhyiddin
N Pres : DS Hisham,

KUALA PILAH
Pres : DS Najib
T Pres :
N Pres : DS Dr Rais, TS Isa dan DS Hisham.

KOTA RAJA
Pres : DS Najib
T Pres : TS Muhammad
N Pres : DS Hisham, DS JJ dan DS Syed Hamid.

PANDAN, PUCHONG, KOTA RAJA, KAPAR, KELANG DAN CAMERON HIGHLANDS - TS MUHAMMAD UNTUK TIMBALAN PRESIDEN.

DS NAJIB PRESIDEN UMNO YANG BARU

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO.

Beliau mendapat pencalonan ke 132 daripada UMNO Bahagian Bentong dan Cameron Highlands ke 133 sebentar tadi.

(Renungan Rimau : Setiap calon Presiden perlu mendapat 58 pencalonan. Apabila DS Najib mendapat 133 pencalonan, maka Tengku Razaleigh Hamzah yang berhasrat untuk bertanding jawatan itu tidak akan mendapatkan jumlah kuota yang ditetapkan.)

"HERO" ATAU "ZERO"

Oleh Ibrahim Yahaya
(Mingguan Watan -31 Oktober 2008)


Datuk Seri Najib TunRazak hampir pasti menjadi Presiden UMNO jika melihat trend pencalonan daripada Bahagian UMNO di seluruh negara sejak 9 Oktober lalu.

Sehingga bahan ini ditulis, bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah belum mendapat sebarang pencalonan dan tidak berganjak untuk menawarkan diri bagi jawatan itu.

Bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Datuk Seri Ali Rustam semakin mengejar bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Datuk Seri Ali dikatakan memerlukan kira-kira 16 pencalonan untuk membolehkan beliau bertanding jawatan nombor dua parti itu. Tan Sri Muhammad Taib turut mengekor daripada belakang. Bagaimanapun, jumlah yang diperolehi masih kecil iaitu 17 pencalonan. Seorang calon lagi, Datuk Nurjazlan Mohamed sudah menarik diri.

Bagaimanapun, tumpuan sudah tentu diberikan kepada pertandingan jawatan Naib Presiden yang setakat ini menyaksikan Datuk Seri Hishamuddin Hussein mendahului dengan 79 pencalonan diikuti oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (58), Datuk Seri Khaled Nordin (48) dan Datuk Shafie Afdal (46).

Keempat pemimpin ini adalah pemimpin muda yang sudah tentu akan diberikan tempat oleh perwakilan pada pemilihan yang akan datang. Perwakilan sudah tentu mahu menyediakan parti dengan pemimpin muda yang mampu menjadi pelapis untuk menerajui UMNO menghadapi pelbagai kemelut politik di negara ini.

Kejayaan DS Hishamuddin meraih pencalonan yang tinggi tidak sukar difahami kerana sebagai anak bekas Perdana Menteri, sudah pasti orang Melayu dan ahli UMNO mahu beliau diberikan tempat dalam hiraki ketiga kepemimpinan UMNO.

Sudah pasti usaha pihak tertentu untuk memaparkan pemimpin Johor ini sebagai “lemah atau lembik” tidak berjaya kerana pencalonan ini terbukti bahawa DS Hisham menjadi pilihan utama dan mungkin akan diterjemahkan di peringkat pemilihan nanti.

DS Hisham juga mempunyai rangkaiannya terdiri daripada ahli Pemuda UMNO di seluruh negara yang akan bekerja keras untuk memastikan “abang sulung” mereka mendapat tempat pertama dalam jawatan Naib Presiden.

Bagi DS Dr Ahmad Zahid, perjalanan politiknya yang menarik dan mencabar sudah pasti akan memberi kekuatan kepadanya untuk merebut salah satu jawatan Naib Presiden, apatah lagi UMNO yang kini menghadapi pelbagai cabaran termasuk parti komponen BN. Hanya pemimpin yang kuat saja mampu menyelesaikan rintangan mendatang.

Beliau juga tidak kurang handalnya kerana pernah memimpin Pemuda UMNO setelah berjaya menewaskan Tan Sri Abdul Rahim Tambychik dengan kelebihan 199 undi. Walaupun memimpin Pemuda UMNO dalam tempoh singkat, ahli Pemuda UMNO pada masa itu sudah melihat gaya kepemimpinan bekas Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) yang cemerlang ketika beliau memegang Ketua Penerangan Pemuda UMNO.

Ketika menjadi Ketua Penerangan Pemuda, beliau telah diminta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (ketika itu Timbalan Presiden UMNO) untuk bertanding Ketua Pemuda sebagai persediaan bagi DS Dr Ahmad Zahid menjadi pemimpin pelapis parti.

Bagaimanapun, beliau diminta meletakkan jawatan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad (ketika itu Datuk Seri) selepas peristiwa pemecatan DSAI sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Beliau ditahan ketika berada di Sabah mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau dilepaskan selepas bersetuju untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Selepas 1998, DS Dr Ahmad Zahid seolah-olah “membawa diri” sehinggalah beliau diberikan tempat dalam Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan parti selepas itu dan kemudiannya dilantik menjadi Timbalan Menteri.

Kini, beliau memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga portfolio agama. Ketika ramai pengikutnya mengharapkan beliau diberikan jawatan Menteri yang lebih kanan atau membabitkan perdagangan, bapa DS Dr Ahmad Zahid adalah orang yang paling gembira beliau diberikan portfolio agama itu. Bagi Pak Hamidi, jawatan yang baik dan pasti tiada sebarang prasangka.

Sebagai Menteri di JPM, DS Dr Ahmad Zahid mula menonjolkan ketokohannya dalam bidang keagamaan walaupun beliau tidak pernah mendapat pendidikan agama di peringkat ijazah seperti Menteri-Menteri terdahulu. Antaranya ialah Tan Sri Dr Hamid Othman (Kedah) dan Datuk Dr Abdullah dari Terengganu.

Ini tidak melemahkan pemimpin Bagan Datoh ini untuk memperbaiki segala kelemahan agensi agama dalam kerajaan termasuk menarik peneraju untuk bersama-sama membantu kerajaan melaksanakan Islam Hadhari. Sebelum ini, mereka dikatakan lebih cenderung kepada parti lawan kerana faktor tertentu yang sudah pasti diketahui oleh Menteri.

DS Dr Zahid juga menggunakan pengalamannya dalam bidang perniagaan dan pembankan dengan melihat semula entiti perniagaan dalam bidang kuasanya seperti Tabung Haji. Beliau telah mengarahkan pengurusan tertinggi untuk melihat kebajikan pekerja termasuk dari segi gaji dan bonus yang selama ini tidak dipandang dengan baik.

Kedua-dua tokoh muda ini, DS Hisham dan DS Dr Ahmad Zahid mempunyai hubungan baik dengan bakal Presiden UMNO menerusi ikatan kekeluargaan atau hubungan ketua dengan pegawainya. DS Hisham adalah sepupu DS Najib manakala DS Dr Zahid pernah menjadi Setiausaha Politik DS Najib.

Selain DS Hisham dan DS Dr Ahmad Zahid, ahli UMNO juga boleh mempertimbangkan untuk memilih dua tokoh muda yang lain iaitu DS Shafie yang dikatakan akan mendapat sokongan padu dari Sabah dan DS Khaled yang berasal dari Johor.

Dalam pada itu, usaha pemimpin veteran untuk bertanding Naib Presiden semakin hari semakin diberi laluan oleh UMNO Bahagian. Setakat ini, Datuk Seri Syed Hamid Albar berjaya menembusi bulatan orang muda itu dan ada kemungkinan beberapa orang lagi akan diberi peluang untuk bertanding Naib Presiden.

Antaranya ialah Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim; bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas Menteri MOSTI, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis.

Ahli UMNO sudah tentu mahu melihat ada pemimpin lama dipilih dalam barisan Naib Presiden untuk membimbing “pemimpin muda” segala segi dan liku politik yang adakalanya perlu ditangani secara berhemah dan mengikut adab Melayu.

Umpamanya, ketika Tan Sri Muhyiddin meminta pelan peralihan kepemimpinan UMNO dipercepatkan daripada Jun 2010, ramai yang menganggap tindakan pemimpin Johor itu tidak beradab dan lari daripada kebiasaan menegur pemimpin seperti yang diamalkan oleh parti.

Ketika ramai yang menganggap tindakan itu sebagai “berani”, tidak kurang juga yang terkilan dan mula bertanya mengapa perkara itu tidak dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi yang boleh didengari oleh semua ahli MT.

Itulah risiko yang kini diambil oleh TS Muhyiddin sama ada akan dijadikan “hero” atau “zero”.

(Renungan Rimau : Semalam (1 Nov 2008), TR mendapat satu pencalonan daripada Bahagian UMNO Gua Musang. Hari ini, DS Ali sudah mendapat 26 pencalonan manakala TS Muhd sudah mendapat 23 pencalonan)

Saturday, November 1, 2008

PENERBIT MESTI BIJAKSANA

Tolong.... Minta tolong sikit, wahai penerbit TV.

Penerbit perlu membantu pengacara melihat kamera yang betul.

Kalau bukan penerbit, mungkin juga pengarah studio ketika siaran secara langsung.

Mahu melihat kamera mana? Sama ada di kiri, tengah atau kanan.

Saya baru menyaksikan program senarai lagu popular di RTM1 sebentar tadi. Itupun di peringkat penghujungnya.

Yang mengganggu fikiran ialah mata pengacara yang tidak tahu melihat kamera yang betul. Bukan sekali, tetapi banyak kali.

Sepatutnya pengacara melihat kamera tengah, mereka melihat kiri.

Apabila sepatutnya disebelah kiri, tengok di tempat lain pula.

Apa nak jadi dengan program TV kita ini?

Kulupbana? Amacam.