Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN HARIMAU

Esok, kita akan menyambut tahun baru. Tahun Harimau.

Marilah kita bersama-sama memastikan negara kita terus aman sentosa agar kita boleh hidup dalam keadaan harmoni. Tiada pergaduhan dan peperangan.

Sempena Tahun Harimau, didiklah jiwa kita untuk menjadi manusia yang berjiwa besar.

Negara perlu dijadikan keutamaan dan bukannya kepentingan peribadi.

Apa gunanya menjadi PM sebuah negara yang hancur dan kacau-bilau.

Apa gunanya menjadi pemimpin utama tetapi rakyat hidup dalam resah gelisah.

Apa gunanya menjadi pemimpin sedangkan undang-undang tidak diikuti dan Perlembagaan Negara tidak dihormati.

Jangan khianati negara dan rakyatnya. Tuhan tidak suka.

Bagi saya, tuhan akan memuliakan kita jika kita sentiasa bersifat mulia.

Jika tidak, kita akan dihina walaupun sudah berada di peringkat tinggi atau tertinggi.

Saya tetap kecil di sisi tuhan.

Fikirkanlah.

Wednesday, December 30, 2009

DEWAN RAKYAT PERLU DIMULIAKAN

Melihat apa yang berlaku di Dewan Rakyat sejak PRU 12, saya boleh merasakan bahawa ramai Ahli Parlimen yang lebih suka duduk 'diluar' daripada 'didalam'.

Tidak kiralah mereka penyokong kerajaan atau sebaliknya, suasana di dewan yang mulia itu tidak seperti dulu di mana segala perbincangan yang diadakan lebih tertib berbanding sekarang.

Walaupun ada MP yang suka membuat 'hal' termasuk memanggil pelbagai nama dan gelaran tetapi bilangannya kecil berbanding sekarang yang terlalu ramai yang ingin menonjolkan diri sebagai juara sehingga sanggup membuat sesuatu yang tidak sesuai.

Ini menyebabkan MP yang sentiasa tertib dan budiman (yang masih ada di kalangan BN dan pembangkang) tertanya-tanya mengapa pengundi memilih MP yang 'belum matang' dan tidak tahu membawa diri dalam di dewan yang mulia.

Oleh kerana sikap yang mahu 'menonjolkan' diri inilah menyebabkan adakalanya Dewan Rakyat tidak digunakan sepenuhnya untuk membincangkan perkara membabitkan kepentingan rakyat tetapi pertelingkahan lidah mengenai 'siapa yang kuat menjerit' atau bersuara.

Tidak hairanlah MP yang sama bangun untuk mencelah atau bersuara bagi mematahkan hujjah lawan atau berusaha untuk membuat kelakar atau gimik tertentu. Speaker yang ingin menenangkan keadaan adakalanya 'menghalau' kumpulan pengacau ini.

Keadaan yang 'tidak sihat' ini sudah tentu menyebabkan ada MP yang keluar dewan sekejap sama ada ke kantin atau ke lobi dan seterusnya 'cabut' atau melaksanakan tugasan masing-masing.

Maka ketika pengundian pada 14 Disember itu memperlihatkan betapa ramainya MP yang tidak hadir sehingga berlakunya 'pertempuran senyap' siapakah yang lebih ramai.

Maka itu, MP perlulah menggunakan Dewan Rakyat dengan sebaik-baiknya agar mereka merasa tenang untuk berada di dalamnya. Tiada golongan yang ingin membuat kelakar atau kecoh terlalu kerap. Tiada yang ingin melakonkan watak dalam sarkas atau memanggil pelbagai gelaran yang tidak sesuai didengar. Tiada pertelingkahan suara atau menjerit.

Jika MP tenang dan boleh berbahas secara tertib dan terhormat tanpa MP yang selalu bangun untuk membangkang atau membuat lawak, sudah tentu Dewan Rakyat akan penuh setiap masa.
Selamat berbahas secara tertib.

Tuesday, December 29, 2009

AKU TIDAK PEDULI LAGI



Pagi ini, isteri bercerita mengenai kisah seorang wanita.

Selepas kematian suaminya, barulah beliau sedar bahawa ada 'orang kedua' selain beliau.

Ertinya, suami beliau ada isteri seorang lagi.

Sejak mengetahuinya, hidup beliau dikatakan tidak menentu. Semuanya tidak kena.

Beliau amat kecewa kerana merasakan dirinya ditipu. Ditipu oleh suami sendiri.

Sejak berkahwin, segala jiwa raganya diserahkan kepada 'sang suami'. Tidak berbelah-bahagi.

Tapi kini, semua hancur lebur.

Tiada lagi kasih sayang. Hancur.

Kubur suami dibiarkan berumput dan tidak dijaga.

Anak yang ingin membuat semua majlis doa selamat tidak dipedulikan.

Buatlah, aku tidak masuk campur. Aku kecewa. Ditipu.

Bagaimana perasaan anda?

Sunday, December 27, 2009

SURAT KEPADA PERDANA MENTERI

Pelajar sekolah rendah dan menengah dipelawa untuk menulis surat kepada Perdana Menteri.

Mereka boleh memberikan pandangan atau syor mengenai apa yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan bagi menjayakan usaha menyatupadukan negara ini sejajar gagasan 1Malaysia.

Beberapa agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) termasuk Pos Malaysia Berhad, SKMM dan RTM bergabung tenaga menjayakan Surat Kepada PM yang akan dilancarkan pada 29 Disember di Kota Kinabalu, Sabah.

Pelbagai hadiah ditawarkan termasuklah wang tunai dan komputer riba untuk dimenangi oleh peserta yang digalakkan menulis surat dan diposkan ke alamat yang disediakan.

Untuk keterangan lanjut, pelajar bolehlah mengikuti promosi di RTM dan media cetak.

Selamat menulis.

Saturday, December 26, 2009

ADA ORANG NAK PENJARAKAN SAYA

Ini pandangan seorang yang mengaku bekerja di pejabat Lim Guan Eng

Awak ingat RTM tu awak punya, atau UMNO yg punya ke, atau BN punya ker. RTM rakyat punya. Awak perlu berlaku adil. Jawatan awak untuk rakyat seluruh Malaysia, bukan untuk orang UMNO sahaja. Awak perlu jadi pengarah untuk orang umno, bn, pas, dap, pkr dll.

Awak ingat senang2 nak tuduh orang main bontotawak ingat senang2 nak tuduh orang cari publisitiawak ingat senang2 nak main isu perkauman dengan tanamkan kebencian pembaca awak terhadap orang Cina.Awak akan tahu nasib awak jika awak tak hentikan sifat perkauman awak. Awak akan diseret ke mahkamah dengan tulisan di blog ini.

Saya akan pastikan awak habiskan sisa-sisa hidup awak dalam penjara.

Lim Guan Eng kata dia amat kenal awak. Sama belajar di High School Melaka, tingakatan 5. Dia aliran sains awak aliran sastera. Awak bernasib baik sebab anak bumiputera masuk ITM, Mass Communication. Tetapi pelajaran awak di ITM pun tak ler hebat.Awak tu takder ler pandai mana pun. laporan mengenai diri awak sudah pun disiapkan untuk didedahkan kepada umum di dalam satu sidang media nanti di komtar, penang.

Sikap biadab dan prejudis seorang Ketua Pengarah RTM terhadap rakyat berbangsa Cina.-

dari kawan sekelas awak semasa di High School jugak. Saya kini di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

(Renungan Rimau : Seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, saya juga bukan seorang yang rasis. Saya sayangkan negara ini. Saya tidak mahu negara ini huru-hara kerana angkara pihak yang ada kepentingan peribadi atau tertentu. Bagi saya, keamanan dan keharmonian adalah perkara utama tidak kira siapa yang menjadi pemimpin. Jika ada pemimpin yang suka menghuru-harakan negara ini dengan menabur pelbagai perasaan perkauman atau menyakitkan hati orang Melayu, saya akan menyuarakannya. Biarlah saya masuk penjara demi untuk memastikan bangsa Melayu ada maruah dan tidak dikotak-katikkan. Biarlah saya masuk penjara demi untuk memastikan negara ini sentiasa selamat dan aman. Biarlah saya hanya seorang saja yang akan menentang pihak yang kurang ajar tetapi saya sanggup demi maruah bangsa dan negara. Saya bukan peguam tetapi saya seorang wartawan yang cintakan bangsa dan negaranya. Seorang wartawan yang akan bersuara dan tidak takut dengan ugutan atau ancaman untuk memenjarakan saya. Apakah ahli politik saja yang boleh bersuara? Apakah wartawan tidak boleh menyatakan pandangan peribadi untuk memastikan negara ini sentiasa aman dan harmoni. Tidak payahlah membuat ugutan kerana saya juga pernah tidak ada kerja dan kehilangan kerja.Ia adalah satu proses dalam kehidupan. Seperti juga ahli politik yang adakalanya menang dalam pilihanraya. Kemudian kalah dan kemudian pegang jawatan. Ada yang naik dan ada yang turun. Biarlah kita bodoh tetapi kita adalah falsafah hidup. Bukan kerana jawatan kita sanggup menghalalkan matlamat. Rezeki ditentukan oleh tuhan. Percayalah. Jika tiada rezeki, nak buat apa. Saya sanggup menjadi satu-satunya orang Melayu yang berani bersuara. Yakinlah, saya tidak pernah rugi untuk menyatakan kebenaran. Orang lain, tidak tahulah.)

Friday, December 25, 2009

KERANA MULUT BADAN BINASA

KUALA LUMPUR : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mungkin diambil tindakan mengikut Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan kononnya Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock mati dibunuh.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan tersebut pada persidangan Konvensyen Pakatan Rakyat, baru- baru ini.

Sehubungan itu, satu laporan telah dibuat oleh polis sendiri di sebuah balai polis di Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sesiapa pun termasuk Guan Eng tidak mempunyai hak untuk membincangkan mana-mana perkara yang masih dalam inkues.

"Saya nasihatkan Yang Berhormat supaya tidak bercakap sesedap mulut. Bila bercakap pasal bunuh, ia boleh menghasut orang mempercayai yang mangsa dibunuh walhal inkues masih dijalankan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) yang ke-54 di Pangkalan PSP di sini semalam.

Pada masa yang sama, Khalid meminta Setiausaha Agung DAP itu supaya tidak mengganggu perkara yang belum diputuskan.

Kata beliau, tindakan Guan Eng itu boleh diambil tindakan mengikut Akta Hasutan.

(Renungan Rimau : Mengapa Guan Eng lancang mulut? Sebab dia peguam? Sebab dia pemimpin DAP? Sebab dia suka cari publisti? Sebab dia tidak kisah keluar masuk penjara? Sebab nak cari publisiti? Sebab dia gila babi? Sebab dia rasa orang Melaka terror? Sebab dia mahu alihkan pandangan orang pasal cerita 'main ....tot" pemimpin tertentu? Sebab nak buruk-burukkan MACC? Hendak memalukan orang Melayu? Sebab diarahkan oleh bapaknya? Sebab dia rasa bapak dia lebih teror daripada orang lain? Sebab dia rasa bapaknya boleh buat apa saja dalam negara ini? Sebab hendak bersaing dengan bapaknya? Bapa borek anak rintik? Fikirkanlah)

Thursday, December 24, 2009

DAP SEMAKIN GALAK SERANG MELAYU

Parti DAP semakin galak menyerang institusi Melayu. Daripada isu ceramah BTN sehinggalah kepada akhbar Utusan Malaysia.

Yang terbaru, mereka mula menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad. Membuat pelbagai tuduhan untuk mencemarkan nama Negarawan Negara. Mencemarkan pemimpin Melayu yang telah berusaha menaikkan martabat bangsa dan Malaysia.

Bukan DAP tidak pernah berusaha membuat pelbagai tuduhan dan 'membelasah' TDM tetapi kini mereka lebih galak kerana mungkin mendapat sambutan atau untuk mengalih pandangan orang terhadap perkara lain.

Mungkin juga untuk membantu rakan yang mahu memperjuangkan kedudukan mereka. Dalam ertikata lain jika rakan itu dibantu sekarang jika sudah menjadi pemimpin, maka bolehlah gunakannya untuk kepentingan DAP.

Maka itu, bangsa Melayu perlu bersatu untuk menghadapi 'mangkuk hayun' ini yang sentiasa berusaha untuk menyerang dan terus menyerang institusi yang membantu Melayu.

Bayangkan mereka kini sudah mula mempersoalkan apa yang sudah dipersetujui mengikut Perlembagaan. Tanya mengenai peruntukan untuk masjid pula. Lepas ini apa pula?

Mana pertubuhan Melayu atau NGO yang berani menentang mereka?

Jangan cari pasal.

Tuesday, December 22, 2009

PANTUN TERBANG TINGGI

Pahlawan lama memang terbilang
Kahwin puteri sama padan
Dua enjin jet F-5E kini sudah hilang
Siapa buat siaplah badan

Setelah kahwin puteri berasap
Dapat nasihat daripada Mak Dara
Kini peralatan dan alat ganti pun lesap
Daripada inventori Tentera Udara

Negeri puteri membangun pesat
Diterajui pemimpin amat berwibawa
Yang terlibat sudah tentu akan disiasat
Muka pengadilan tempat dibawa

Kemajuan sosioekonomi amat ketara
Perpaduan kaum sudah teruji
Semuanya kini disiasat polis dan tentera
Tindakan segera amat terpuji

Setahun berlalu puteri berseri
Amat setia tidak berpeleseran
Syarikat terlibat membeli enjin curi
Berpangkalan di Malaysia dan negara jiran.

Peerrrgggh. Apa punya pencuri daa..

Monday, December 21, 2009

LIMA INSENTIF INDUSTRI PELANCONGAN

ANGKASAPURI, Kuala Lumpur : Lima insentif baru bagi memperkasa industri pelancongan kesihatan diumumkan hari ini.

Ia bertujuan memastikan pertumbuhan pesat industri itu menjelang 2010 dan tahun seterusnya. Insentif termasuk pengecualian cukai seratus peratus terhadap perbelanjaan modal yang layak bagi tempoh 5 tahun pembinaan hospital baru atau ubahsuai hospital sedia ada.

Kementerian kesihatan, Majlis kesihatan dan Persatuan Hospital Swasta akan membuat kajian semula peraturan serta panduan pengiklanan.

Ia bagi menyesuaikannya dengan peranan hospital swasta kini yang mempromosikan pelancongan kesihatan.

Perbelanjaan bagi hospital swasta untuk mendapatkan penarafan tempatan mahupun antarabangsa juga akan mendapat potongan insentif dua kali ganda dibawah akta cukai pendapatan 1967.

Pakar tempatan atau luar negara terus digalak untuk kembali berkhidmat di hospital tempatan.

Pasangan pakar perubatan yang bukan rakyat Malaysia secara automatik ditawar pekerjaan jika berdaftar dengan badan profesional bersesuaian.

Tiga langkah tambahan turut disediakan bagi memastikan ketibaan, penginapan dan pelepasan pelancong kesihatan berjalan lancar.

Ini termasuk pengeluaran permit releven dari badan perlesenan kenderaan komersial, CVLB bagi membolehkan kenderaan hospital untuk membawa pesakit dari lapangan terbang dan hospital atau hotel.

Pesakit asing yang memasukki Malaysia bagi rawatan kesihatan kecemasan melalui visa-on-arrival dibenar menukar status kepada pas lawatan sosial.

Kelulusan tempoh lanjutan penginapan bagi pelancong kesihatan di peringkat kebangsaan turut dipercepat.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu pada pelancaran majlis pelancongan kesihatan Malaysia di ibu negara hari ini.

(Renungan Rimau : Adalah lebih murah rakyat Indonesia (yang berduit) mendapatkan perkhidmatan kesihatan berbayar di Malaysia berbanding di Jakarta. Satu lagi, sekarang pun hospital awam turut dipenuhi oleh 'rakyat luar' dari pelbagai negara yang sudah tentu membabitkan perbelanjaan kerajaan yang tinggi.)

Thursday, December 17, 2009

MALAYSIA LAWAN VIETNAM

ANGKASAPURI, Kuala Lumpur :
Malaysia 0 - Vietnam 0 ( 79 minit)
Malaysia 1 - Vietnam 0 ( Noor Shahrul : 85 minit )
Malaysia 1 - Vietnam 0 ( 96 minit)


MALAYSIA JUARA BOLASEPAK SUKAN SEA.

Ucapan tahniah Perdana Menteri dalam laman webnya - http://www.1malaysia.com.my dan http://twitter.com/NajibRazak

"Was just told that the Malaysian football team won the SEA Games finals. Syabas dan tahniah!"

(Renungan Rimau : Jika ada kemahuan di situ ada jalan. Jika tiada jalan, buat jalan baru. Tetapi jangan buat cawangan baru, ingatlah yang ada. Perrrgghh. )

PM KITA SEMUA DOA MALAYSIA MENANG

COPENHAGEN 17 Dis.- Datuk Seri Najib Tun Razak berharap skuad bola sepak kebangsaan yang akan beraksi pada perlawanan akhir Sukan Sea Laos hari ini akan bermain bersungguh-sungguh dengan semangat 1Malaysia untuk memperoleh pingat emas.

Perdana Menteri berkata kejayaan itu penting bagi rakyat Malaysia yang menantikan kemenangan setelah kali terakhir Malaysia menjadi juara 20 tahun lalu.

"Saya berdoa pasukan Malaysia akan mencapai kejayaan dan saya percaya setiap rakyat Malaysia juga akan berdoa akan kejayaan pasukan kita,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri jamuan makan malam bersama rakyat Malaysia di sini malam tadi.

Malaysia akan bertemu Vietnam bagi menentukan juara Sukan Sea petang ini.

Sebelum ke perlawanan akhir, Malaysia kalah kepada Vietnam 3-1 tetapi mengejutkan juara bertahan Thailand 2-1 pada peringkat kumpulan sebelum menundukkan tuan rumah Laos 3-1 pada perlawanan separuh akhir.

DS Najib yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, berada di ibu negara Denmark ini untuk menghadiri sidang kemuncak mengenai perubahan iklim yang berakhir esok. - Bernama.

(Renungan Rimau : Menjadi juara bukan mustahil. Yang perlu ialah keyakinan diri dan kesungguhan. Jika kita yakin akan menjadi juara, tiada yang mustahil apatah lagi kita bersungguh-sungguh untuk menang. Jangan patah semangat di tengah jalan atau di peringkat permulaan. Jika gawang bolos 2-0 sekali pun, kena kuat semangat untuk mendapatkan tiga gol).

Wednesday, December 16, 2009

SIARAN LANGSUNG JAM 5.30 PETANG ESOK

ANGKASAPURI, Kuala Lumpur : RTM akan menyiarkan siaran langsung Pertandingan Akhir Bolasepak Sukan Sea di TV2 jam 5.30 petang esok.

Bermula pagi esok Selamat Pagi Malaysia (SPM) akan menyediakan ruang bagi peminat bolasepak memberikan pandangan mereka mengenai pasukan negara.

Semoga doa kita akan membantu meningkatkan pretasi pasukan bolasepak Malaysia.

RTM akan menyediakan hadiah istimewa kepada penonton yang terpilih.

Selamat menonton TV2.

Monday, December 14, 2009

MALAYSIA LAWAN LAOS

ANGKASAPURI, Kuala Lumpur :
Malaysia 1 - Laos 0 ( 15 minit)
Malaysia 1 - Laos 0 ( 45 minit). Pemain Malaysia perlu memikirkan strategi yang lebih baik untuk memastikan mereka memenangi perlawanan ini. Rajagopal perlu memberitahu perkara ini kepada anak buahnya. Jangan buang masa. Strategi, strategi juga. Jika tidak berhati-hati, boleh bungkus.
Malaysia 1 - Laos 1 ( 73 minit)
Malaysia 2 - Laos 1 ( 80 minit)
Malaysia 3 - Laos 1 ( minit ke 85 - Shafiq Rahim )
Shaharudin (pemain pertahanan) dibawa masuk pada minit ke 87.

93 minit (masa penuh - tambahan tiga minit) - Malaysia menewaskan Laos 3-1. akan menemui Vietnam pada peringkat akhir.

(Nota : Terima kasih Telekom Malaysia kerana menaja siaran langsung perlawanan bolasepak separuh akhir dan perlawanan akhir Sukan Sea dari Stadium Nasional, Vientiene, Laos. Timaacih Datuk Zamzamrani.)

JARNO DAN HEIKKI PELUMBA FI MALAYSIA


ANGKASAPURI, Kuala Lumpur : Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, hari ini mengumumkan pemandu dari Itali, Jarno Trulli dan Heikki Kovalainen dari Finland sebagai pemandu pertama dan kedua Pasukan Lotus F1 Racing Malaysia.

Pemandu tempatan, Fairuz Fauzy pula dipilih sebagai pemandu ketiga pasukan itu. (Mula-mula nombor tiga kemudian perlahan-lahan naik nombor satu). Pengumuman itu dibuat pada sidang media di bangunan Parlimen. Semoga Pasukan F1 Racing Malaysia akan memberi saingan dan menaiki podium.

SIARAN LANGSUNG DI TV2 MALAM INI

ANGKASAPURI, Kuala Lumpur : RTM akan menyiarkan siaran langsung perlawanan bolasepak separuh akhir antara Malaysia dan Laos pada jam 8 malam ini di TV2.

Marilah kita berdoa agar pasukan bolasepak kita mara ke peringkat akhir dan terus memenangi pingat emas selepas menunggu selama 20 tahun.

Lupakan sengketa apa saja, marilah kita berdoa bersama sebagai rakyat Malaysia kepada tuhan.

Selamat berdoa.

Selamat menonton.

Friday, December 11, 2009

MALAYSIA 2 , THAILAND 1

Malaysia petang tadi mengalahkan Thailand 2-1 dalam perlawanan bolasepak lelaki di Sukan Sea di Laos.

Ini membolehkan Malaysia masuk ke separuh akhir menentang Laos manakala Vietnam akan menemui Singapura dalam satu lagi separuh akhir.

Yahoooo.

Thursday, December 10, 2009

POLITIK MALAYSIA MASAKINI (1)

PARLIMEN, Kuala Lumpur : Ketika berbincang dengan beberapa kenkawan di Parlimen minggu ini, topik yang paling hangat dibicarakan ialah mengenai kedudukan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. Di peringkat pusat dan negeri. Mungkin diadakan pada 2012 atau 2013, bergantung kepada ilham Perdana Menteri kita semua.

Pelbagai persoalan - Apakah BN atau UMNO akan bangkit semula seperti sejarah pilihanraya terdahulu? Bagaimana sambutan rakyat terhadap parti pembangkang atau pemimpin mereka? Apakah BN berjaya merampas balik negeri-negeri yang beralih ke tangan lawan? Apakah pendekatan PM mampu menarik lebih ramai mengundi BN terutama konsep 1Malaysia?

Bagi pemimpin BN atau UMNO sudah tentu mereka sudah merangka strategi atau program untuk memastikan kelemahan atau kesilapan lampau diperbaiki. Segala yang lembik diperkuatkan. Yang lemah diperkukuhkan. Yang keliru diperbetulkan. Yang gelap diputihkan. Dan beberapa 'yang' lagi. Konsisten dan mengeluarkan hasil.

Bagi pembangkang, mereka juga sudah pasti memikirkan apakah kaedah dan pendekatan untuk 'menghilangkan' kepercayaan rakyat kepada BN. Untuk itu, sudah tentu sebarang kelemahan dan kesilapan BN akan dihebohkan agar menjadi 'isu besar' walaupun masyarakat umum tahu ia adalah gimik politik. Politik cari makan. Politik untuk mengelirukan pemikiran rakyat. Politik kecoh.

Yang penting sejauh mana kedua-dua pihak dapat 'menawan' hati rakyat terutama pengundi yang kebanyakan terdiri daripada golongan muda pada PRU akan datang. Muda dan mempunyai fikiran tersendiri. Ada juga yang muda yang tidak mempedulikan sejarah lampau. Ada yang mahu sama rata dan persetankan mereka yang bercakap mengenai hak. Ada yang lantang tanpa mempedulikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan termasuk Fasal 152 dan 153. Mereka ini mahu bebas tetapi fikiran tidak bebas.

Kedua-dua pihak juga perlu memastikan bahawa apa yang ingin dilakukan pada masa akan datang benar-benar difahami rakyat sama ada untuk meneruskan kesinambungan pemerintahan yang stabil ataupun satu perubahan kepemimpinan pusat.

Bagi BN yang mahu menunjukkan hasrat murni untuk meneruskan kesinambungan pemerintahan yang berjaya mungkin tidak sukar untuk mempengaruhi rakyat dari segi 'track record' berbanding lawannya. Tetapi bagi lawan, mencemarkan 'kejayaan' yang ada selama ini dan propaganda memburukkan imej sudah tentu mudah dilaksanakan terutama ketika rakyat menghadap masalah seperti kemurungan ekonomi atau tahap pendapatan yang tidak menentu. Menjadi tukang caci memanglah mudah. Termudah.

Bagi rakyat sudah tentulah mereka mahukan yang terbaik. Tetapi ingat... adakalanya perjudian mereka untuk memilih yang 'terbaik' adakalanya tidak kesampaian apabila 'janji hanya tinggal janji' saja. Lihatlah bagaimana mereka menukarkan kerajaan di Selangor yang akhirnya mereka sedar apa yang berlaku sekarang. Tembelang pecah, baunya amat busuk. Begitu juga di Pulau Pinang yang mula melihat tembelang DAP yang diterajui oleh orang Melaka. Cakap berdegar-degar tetapi habuk pun tarak. KM Pulau Pinang adalah orang Melaka. Tiada lagi orang Pulau Pinang ke?

Rakyat juga pasti membuat perbandingan apa yang mereka rasai selama ini terutama di negeri-negeri yang diperintah oleh 'bukan BN' yang kini mengalami pelbagai masalah terutama persengketaan sesama sendiri. Tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain. Pelbagai rancangan dan program yang dilaksanakan tidak mencerminkan hasrat sebenar rakyat majoriti yang adakalanya bertentangan dengan apa yang dipersetujui.

Malah yang amat menakutkan ada pemimpin politik yang mula mempermainkan isu sensitif yang bertentangan dengan Perlembagaan semata-mata untuk menunjukkan mereka adalah 'hero' terbaru yang perlu disanjungi. Hero kabus. Sebenarnya, mereka inilah yang akan menghancurkan negara jika semangat atau isu yang dibawa benar-benar menyinggung perasaan orang lain. Boleh membuat individu memberontak.

Ketika itu, segala yang hancur menjadi debu tidak boleh digunakan untuk membina tembok kejayaan selama ini. Tembok debu yang lemah. Tembok debu yang berjaya dibina itupun akan runtuh pada bila-bila masa saja. Apatah lagi ada usaha berterusan untuk meruntuhkannya secara sistematik dengan bantuan pihak yang berkepentingan.

Jagalah Malaysia ini.

Sunday, December 6, 2009

BERSOPAN SANTUN Jangan BiaDAP


BIAR KURANG MAKAN, JANGAN BIADAP
TELADANI SIKAP TUNKU ABDUL RAHMAN YANG MENGHORMATI SEMUA ORANG, KAWAN DAN LAWAN.
TANYA DIRI KITA, APAKAH KITA AKAN MARAH JIKA GAMBAR BAPAK KITA DIPIJAK? APAKAH GUAN ENG MARAH JIKA ADA ORANG PIJAK GAMBAR BAPAK DIA? BIARLAH POLITIK BERADAB BUKAN POLITIK BIADAP. FIKIR-FIKIRLAH.

SEDEKAH AL-FATIHAH KEPADA TUNKU

ANGKASAPURI, Kuala Lumpur : Petang tadi diadakan Majlis Bacaan Yassin dan Talil Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra sempena kepulangannya ke rahmatullah pada 6 Disember 1990.

Majlis yang disertakan dengan perasmian Pameran Galeri tunku dan Kemerdekaan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, diadakan di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra.

Turut hadir ialah kaum keluarga Al-Marhum termasuk anak sulung YTM Tunku iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra.

Semoga roh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra ditempatkan bersama roh orang-orang soleh.

Al-Fatihah.

Thursday, December 3, 2009

NAK BALIK PUN KENA BANYAK SABAR

LAPANGAN TERBANG JEDDAH, Arab Saudi : Perlu banyak sabar. Apakan tidaknya, ada seorang wanita lebih kurang lima puluhan terus memotong barisan ketika pemeriksaan Imigresen. MasyaAllah.

Nak buat macam mana kenalah banyak bersabar kerana marah dalam bahasa Melayu atau Inggeris pun dia tak faham. Atau dia buat-buat tak faham. Wanita itu besar ragam rasa-rasa macam orang Turki. Mereka ini juga yang 'buat hal' ketika meminta 'sedikit' ruang untuk bersembahyang di Masjidil Haram. Tak bagi, ditenung mata kita dan bising dalam bahasa yang kita pun tak faham.

Ketika berada dalam satu barisan di lapangan terbang juga, pegawai di situ juga meminta barisan kami bercampur dengan barisan satu lagi dengan alasan untuk memberi laluan khas kepada wanita. Kenalah beratur barisan yang panjang lagi. Kenalah bersabar.

Satu lagi ketika membeli barang sedikit di lapangan terbang. Ketika kita elok berbaris, ada juga 'kutu' yang datang dari benua mana memotong barisan. Semua orang buat tak tahu saja maka saya pun berdiam diri kerana mungkin Allah SWT meminta saya banyak bersabar.

Wednesday, December 2, 2009

BELAJARLAH BAHASA AL-QURAN

JEDDAH, Arab Saudi : Saya amat menghormati bangsa Melayu yang boleh berbahasa Arab. Pengalaman tahun ini membolehkan saya mendekati dua individu yang boleh berbahasa Arab. Di tanah Arab ia satu kelebihan yang amat sangat terutama ketika berurusan dengan orang Arab atau jemaah lain yang boleh berbahasa Arab.

Pertama ialah Sdr Abdul Rahim Abdullah yang fasih berbahasa Arab. Macam air. Apakan tidaknya, beliau dibesarkan dan bersekolah di Mekah. Kemudian, beliau melanjutkan pelajar ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Sebagai perunding program televisyen, amatlah mudah beliau berinteraksi dengan pegawai kerajaan di sini terutama ketika ingin mendapatkan khidmat dan bantuan mereka.

Malah dalam sidang media yang diadakan oleh Timbalan Perdana Menteri Kedua Arab Saudi, Putera Naif Abdul Aziz, baru-baru ini, beliau dipilih untuk bertanyakan soalan kerana mampu bertutur bahasa Arab. Soalannya itu menggerakkan hati Putera Naif memuji Malaysia yang mampu menguruskan hajinya dengan baik. Malah Putera Naif meminta agar negara lain mencontohi Malaysia.

Seorang lagi ialah Haji Ahmad Che Leh yang dikenali ketika membawa saya menaiki motosikal untuk meninjau jemaah haji di Malaysia dan ketika mencari pembekal 'kegiatan mengepol' atau gudang garam di sekitar maktab Indonesia.

Beliau mengambil upah membawa jemaah haji yang memerlukan kenderaan untuk pergi ke sesuatu tempat. Upahnya adalah antara 100 hingga 200 riyal untuk 'satu perjalanan' yang mungkin hanya 500 meter saja. Tidak mengapa 'duit terbang' semata-mata untuk mendapat sedikit keselesaan atau badan sudah tidak 'larat' lagi.
Bayangkan upah yang banyak itu berbanding hanya 50 riyal untuk pergi dari Mina ke Mekah iaitu kira-kira 5 kilometer. Jika motosikal itu boleh dinaiki tiga orang maka, tambangnya sudah turun menjadi 25 riyal saja. Selain itu, ada juga perkhidmatan 'wheelchair' atau kerusi beroda bagi yang sudah 'keletihan' berjalan. Perkhidmatan itu disediakan di Mina dan Mekah oleh golongan remaja.

Berbalik kepada Haji Ahmad, beliau dibesarkan di Mekah dan kini sudah berkahwin dengan 'orang Arab'. Ironinya ibu mentuanya ialah orang Kelantan. Maka tidak hairanlah pelat Kelantan ketika bercakap Melayu dengan saya.

Selamat berbahasa Arab. Syukran (terima kasih).

PERJALANAN MENYERAH DIRI (2)

JEDDAH, Arab Saudi : Perjalanan penyerahan diri atau mengabadikan diri kepada Allah SWT memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Bukan sedikit malah amat banyak.

Fizikal dalam ertikata mampu berjalan mengelilingi Kaabah tujuh kali dan melakukan Sai iaitu 7 kali berjalan dari Safa dan Marwah. Individu perlu juga mampu untuk berjalan lebih lima kilometer untuk melontar jika khemah terletak di bahagian belakang yang terpaksa melalui Terowong Muasim. Berjalan bersama ribuan manusia.

Mental ialah untuk melalui ribuan manusia ketika mengelilingi Kaabah. Dengan pelbagai budaya dan sikap, mereka turut bersama kita mengerjakan Rukun Islam kelima. Tanpa kekuatan mental, melihat ribuan manusia itu juga sudah memenatkan.
Jika melakukan tawaf pada waktu tengahari, kekuatan fizikal dan mental akan diuji untuk memastikan dalam terik matahari itu kita berjaya melalui dugaan Allah SWT untuk bersama ribuan manusia berdoa mengelilingi Kaabah.

Bagi mereka yang menetap di hotel atau apartmen yang jauh di mana perlu berjalan kaki ke Masjidil Haram, ia satu perjalanan yang mencabar. Ada yang perlu memanjat bukit atau bersesak-sesak untuk ke Masjidil Haram. Selain itu, mereka terpaksa bersaing dengan banyak kenderaan yang melaluinya.

Tambahan pula ketika ini banyak pembangunan baru dilaksanakan dan ini amat mencabar dengan ada tempat yang dilarang memasukinya dan terpaksa berpusing jauh untuk masuk ke masjid. Ada yang cuba berdebat atau merayu dengan petugas keselamatan. Jawapannya 'membuang masa' saja. Eloklah mengambil jalan yang diarahkan.

Namun yang paling mencabar ialah hubungan kita dengan rakan sebilik ketika di Mekah, Arafah, Mina dan Madinah. Memerlukan kesabaran yang amat tinggi.

Pengalaman yang dilalui mengajar bahawa kita perlu banyak bersabar untuk melayan karenah rakan-rakan sebilik. Adakalanya ketika kita kepanasan dan memerlukan penghawa dingin, ada pula yang tidak mahu menggunakan penghawa dingin. Ini memerlukan satu 'perbincangan pintar' yang walaupun kecil tetapi mempunyai erti yang besar. Ada bergaduh kerana isu seperti itu. MasyaAllah.

Bagi yang tidur sesenyap kucing menghendap akan terganggu dengan raungan dengkur rakan yang kebanyakan bunyi yang amat 'memilukan'. Apa yang anda perlu lakukan jika menghadapinya? Sudah tentu hanya kesabaran yang tinggi saja yang dapat meredakan minda kita yang mungkin keletihan dengan kegiatan harian.

Ada juga rakan yang mempunyai kegemaran makan di tempat tidur yang sedikit sebanyak boleh mengganggu fikiran. Mereka ini bolehlah tergolong daripada golongan yang tidak mempedulikan orang lain tetapi hanya mementingkan diri sendiri. Adakalanya air kopi yang dibawa tertumpah di atas tilam kita. MasyaAllah.

Selain itu, pengalaman dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi memaparkan bagaimana Allah SWT menduga kita dengan karenah manusia dari seluruh dunia. Adakalanya ketika kita sudah datang awal untuk menunaikan ibadah dan mempunyai tempat yang strategik ada pihak pula yang datang lambat meminta ruang yang mungkin sudah tiada. Pelbagai simbol jari yang digunakan untuk mendapatkan ruang bagi mereka.

Ketika itu, ia benar-benar menguji sama ada kita ingin memberi ruang atau sebaliknya.

Nasihat saya, berilah ruang kerana tidak guna 'bertekak' terutama jika mereka terus bersembahyang dan kita terpaksa menghormati ibadah yang dilaksanakannya.