Thursday, March 31, 2011

AKU TIDAK PEDULI

Kau nak main
Mainlah
Aku tak peduli
Tapi
Jangan main main.

Kau nak main
Mainlah
Aku tak peduli
Tapi
Jangan main sedap cakap.

Kau nak main
Mainlah
Aku tak peduli
Tapi
Jangan main api.

Kau nak main
Mainlah
Aku tidak peduli
Tapi
Jangan main belakang.

Wednesday, March 30, 2011

RAKYAT MALAYSIA MAJU

Siapa sangka
Malaysia sudah maju
awal daripada 2020
alasannya
rakyat
mementingkan
kebenaran saintifik
tolak
kebenaran hakiki
semuanya saintifik
semuanya munafik
semuanya fake (palsu)
tidak percaya
depan mata
percaya alam maya
tidak yakin
mata manusia
percaya pemimpin gila

Siapa sangka
rakyat Malaysia beriman
suka sembahyang
sembahyang hajat
minta talian hayat
agar pemimpin
tidak dilaknat
tidak fitnah
ikut sunah
tetapi
mereka sendiri
tidak tahu
Tuhan tahu
mereka tidak tahu
mereka sudah buta
buta mata
buta hati
buta minda
buta iman

Siapa sangka
Tuhan akan tunjuk
ketika itu
mereka terduduk
tunduk
sejuk

Tuesday, March 29, 2011

SIAPA NAK BELI JAM?

Siapa nak beli jam?
Tidak mahal
Walaupun mahal
Asalkan dijual

Siapa nak beli jam?
Tidak perlu
Walaupun ia diperlukan
Sebagai bahan bukti

Siapa nak beli jam?
Tidak mahu simpan
Walaupun boleh simpan
Jadi perbualan

Siapa nak beli jam?
Tidak mahu jual
Kalau hendak tanya
Siapa pemiliknya
Dimana diperolehi
Macam mana diperolehi
Mengapa ada di sini?
Polis tak tangkap ke?
Banyak soalan
Boleh Jalan

Tidak mahu jual
Tidak kebal

PRU KE 13 TAHUN INI? (7)

Penulis rasa PRU13 semakin dekat. Kalau dulu penulis merasakan ia akan diadakan pada September ini tetapi ia mungkin lebih awal daripada itu. Selepas PRN Sarawak atau dalam Jun atau Julai. Hanya PM saja yang akan mengumumkannya. Apapun, penulis yakin semua pihak sudah bersedia jika PRU13 diadakan pada tahun ini. Jika ada masalah, mereka terpaksa menyelesaikan dalam masa terdekat bagi memastikan masalah itu tidak menjejaskan kemenangan calon parti.

Kenyataan negarawan Tun Daim Zainuddin dalam Mingguan Malaysia Ahad lalu sebenarnya memberikan satu perspektif baru kepada BN. Dalam wawancara panjang itu, TD menyatakan rakyat hari ini kembali yakin dengan Kerajaan BN dan akan menyokong BN dalam pilihan raya akan datang. Kenyataan yang dibuat bukan untuk semata-mata untuk menyedapkan hati pemimpin BN terutama PM tetapi sudah pasti hasil maklumat yang diterima oleh TD. Sebagai negarawan, TD sentiasa dikunjungi oleh pemimpin pelbagai peringkat selain daripada usaha TD mendapatkan maklumat daripada orang bawahan. Berpakaian kemas tetapi sederhana TD mampu rapat kepada rakyat tanpa sebarang masalah. Rakyat sudah pasti menerima pemimpin yang berpakaian sederhana dan bercakap lembut. Yang penting, pemimpin inilah yang banyak membantu Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menguruskan kewangan negara sehingga boleh dibanggakan sehingga kini.

Berdasarkan kenyataan TD pada masa lalu bahawa beberapa negeri akan jatuh ke tangan pembangkang termasuk Selangor, sudah tentu kenyataan kali ini memberi satu nafas lega kepada pemimpin BN terutama PM. Ini kerana usaha selama ini untuk memastikan rakyat mendapat pembelaan di bawah Gagasan 1Malaysia mendapat tempat di hati rakyat. Ini penting kerana sesuatu dasar yang dilaksanakan perlu diterima oleh rakyat sama ada ia dibuat secara rasmi atau tidak rasmi. Umpamanya, slogan Malaysia Boleh masih tetap berkumandang di setiap pelusuk tanahair kerana rakyat yakin bahawa kata-kata semangat ini mampu mempertingkatkan usaha mereka untuk mengharumkan nama negara.

Begitu juga Gagasan 1Malaysia yang dianggap satu pendekatan terbaik untuk memastikan rakyat negara ini didahulukan. Kenyataan ikhlas PM bahawa zaman kerajaan tahu semua sudah berlalu menyaksikan bahawa beliau sanggup mendengar luahan dan rungutan rakyat semata-mata untuk memastikan negara ini terus maju. Ini dibuktikan dengan program 1Malaysia seperti Klinik 1Malaysia yang dilaksanakan untuk membantu rakyat.

Peranan KPKK dan 18 agensi di bawahnya dalam memastikan rakyat memahami Gagasan 1Malaysia semakin terserlah daripada mula diperkenalkan pada April 2009. Dalam satu kajian Jabatan Penerangan mendapati lebih 85 peratus rakyat di negara ini mengetahui apa itu 1Malaysia dan bersedia untuk menghayati dalam kehidupan mereka. Ini ditambah lagi dengan usaha RTM untuk menyiarkan lagu 1Malaysia ciptaan karyawan tempatan di samping memperkenalkan Salam 1Malaysia yang amat popular sekarang. Program Merakyatkan Seni (PMS) oleh JKKN yang dilaksanakan di seluruh negara nampaknya mendekatkan rakyat untuk memahami lebih mendalam budaya antara satu sama lain. Ini juga membabitkan karyawan dari Sabah dan Sarawak yang diberikan tempat di setiap persembahan yang diadakan oleh JKKN.

bersambung....

Monday, March 28, 2011

PRU KE 13 TAHUN INI (6)

Jika ada individu yang ingin menawarkan diri sebagai calon pada PRU 13 ini, mereka perlu memikirkan istilah yang selalu digunakan oleh DS Najib Razak iaitu 'winnable candidate' atau 'calon yang mampu menang'. Apakah kriteria atau ciri-ciri seorang yang calon yang mampu memberi kemenangan kepada parti yang diwakili?

Sebagai seorang Muslim mereka perlu mempunyai sifat para Nabi dan Rasul iaitu siddiq, amanah, tablig dan fatanah. Walaupun manusia biasa tidak mampu mewarisi sepenuhnya sifat-sifat mulia kerana Nabi dan Rasul bersifat maksum, empat asas itu perlu menjadi pakaian dan perhiasan seorang yang mengaku diri mereka mukmin.

Seorang mukmin juga perlu mempunyai sifat ikhlas, murah hati, merendah diri dan benar, berhemah tinggi dan sederhana serta mempunyai sifat mengasihi dan menyayangi dan mampu berkomunikasi dengan baik terutama masyarakat.

Pertama : Siddiq (Benar)Seorang mukmin harus memiliki sifat benar tidak ada sepatah pun perkataannya yang mengandungi kebatilan, dalam apa sahaja keadaan dan suasana. Sifat siddiq adalah asas kemuliaan, lambang ketinggian, tanda kesempurnaan dan gambaran dari tingkah perlakuan yang bersih dan suci.

Sifat inilah juga yang menjamin dapat mengembalikan hak-hak kepada yang berhak, memperkukuh ikatan antara anggota masyarakat, tidak terkecuali samada dia itu seorang alim, atau seorang yang berkuasa atau seorang saudagar, samada laki-laki atau perempuan, dewasa ataupun kanak –kanak, selama mereka hidup dalam satu masyarakat yang saling perlu memerlukan antara seorang dengan yang lain. Sifat siddiq (benar) adalah inti sari daripada kebaikan. Sifat inilah yang dimiliki sahabat yang paling disayangi Rasulullah SAW iaitu Abu Bakar as-Siddiq.

Kedua : Amanah ialah sifat mulia yang pasti dipunyai oleh setiap orang dalam menghadapi perjuangan hidup demi untuk mencapai cita cita yang diazamkan. Suatu masyarakat itu tidak akan dapat dibina dengan harmoni melainkan hanya di atas asas yang kukuh dan tetap, antaranya asas amanah. Dengan jelas kita dapat menyaksikan perbezaan antara dua jenis manusia pertama yang amanah atau al amin dan kedua yang khianat atau al-Khain. Orang yang amanah akan menjadi tempat kepercayaan dan penghormatan orang ramai, sebaliknya orang khianat itu pula menjadi tumpuan kemarahan dan kehinaan.

Sifat seorang mukmin yang amanah akan melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh dan penuh bertanggungjawab. Dia tidak akan 'curi tulang', tidak akan mengambil rasuah dan tidak akan melaksanakan tugas sambil lewa sahaja. Dia merasai tanggungjawab dihadapan Allah S.W.T. jika di dunia diabaikan amanah yang diberikan kepadanya.

Jika sifat amanah ini dimiliki oleh para pemimpin kita, para ulama , guru-guru, pegawai atasan dan ahli perniagaan maka kita akan dapati negara akan berkembang maju dan kekayaan negara akan dapat di manfaatkan sepenuhnya untuk rakyat dan keseluruhan rakyat umumnya akan mempunyai akhlak yang baik. Oleh kerana sifat amanah suduh hilang atau berkurangan maka kesan daripadanya menyebabkan hutang negara bertambah kerana membazirkan wang negara untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni yang bangkrap akibatnya negara terpaksa menanggung hutang yang besar. Selain daripada itu kesan sifat tidak amanah ini juga maka kadar jenayah semakin meningkat kerana tidak ada amanah diperingkat penguasaan undang-undang.

Ketiga : Tabligh atau sifat menyampaikan dakwah dan Islam kepada masyarakat adalah satu sifat atau tugas yang diamanahkan oleh Allah S.W.T. Kewajipan berdakwah adalah tanggungjawab besar yang menjadi tonggak utama agama dan tiang seri atau paksi menegakkan binaan Islam, menyempurnakan segala peraturan serta mengangkat martabat Islam hingga ke puncaknya.

Keempat : Fathanah (Kebijaksana dan cergas). Sifat keempat ialah fathanah(bijaksana dan cerdas). Sifat ini adalah sifat penting yang perlu ada pada seorang mukmin yang bertugas menyampaikan dakwah kepada masyarakat, kerana sifat fatanah akan menyempurnakan sifat tabligh. Seseorang pendakwah yang terlibat secara langsung akan selalu terlibat dalam perbincangan dengan musuh, menghadapi pertanyaan daripada ahli jemaah, serangan serta kritikan orang yang masih meragukan. Seorang yang memiliki sifat fatanah ini cukup faham keadaan mereka yang ingin didakwahkan dan mengambil pendekatan lemah lembut dan penuh hikmah. Dia juga berkemampuan untuk memahami isu-isu semasa, memahami kekuatan dan kelemahan orang yang ingin di dakwahkan dan mengambil pendekatan yang bijak supaya dapat mengelakkan fitnah dan penghinaan kepada Islam.

Seorang bakal calon perlu mempunyai ilmu yang baik untuk memastikan mereka mampu memimpin masyarakat selain berkebolehan memberi nasihat yang berguna. Mereka yang berilmu mampu berfikir dengan baik untuk menyelesaikan sebarang masalah terutama pengundi yang pasti menganggap mereka 'penyelamat' setiap masa terutamanya membabitkan soal kewangan dan pendidikan anak-anak. Selain itu, mereka juga perlu dilihat turun padang untuk mendapat segala macam maklumat daripada pengundi dan seterusnya menyalurkan kepada pihak kerajaan serta-merta. Mereka perlu ada keyakinan diri untuk melontarkan hujah-hujah yang bernas di Parlimen bagi mengutarakan hasrat rakyat.

Friday, March 25, 2011

PRU KE 13 TAHUN INI? (5)

Sebagai kerajaan, sudah tentu DS Najib mahu tahu apakah sebenarnya yang dikehendaki oleh rakyat selamat ini. Dalam ertikata lain apakah 'wish list' atau senarai impian rakyat di bawah. Dalam pertemuan dengan ADUN di seluruh negara, DS Najib telah mendapat pelbagai pandangan daripada wakil rakyat dan pemimpin di semua peringkat apakah mereka mahu kerajaan buat sekarang dan akan datang. Sudah pasti rakyat perlu melihat apa yang mereka mahu itu, adakah sedang dilaksanakan oleh kerajaan. Jika belum, adalah rasional untuk mencadangkan terutama yang mampu dilaksanakan oleh kerajaan.

Dalam pada itu, sebagai rakyat apakah senarai impian anda?

Thursday, March 24, 2011

PRU KE 13 TAHUN INI? (4)

Faktor seterusnya ialah usaha untuk mendaftar pengundi baru yang boleh membantu menambah undi BN. Usaha ini perlu berterusan dan perlu mempunyai angka yang banyak. BN perlu membuat perbandingan terhadap usaha yang dibuat oleh pembangkang terutama di Pulau Pinang yang kini menjangkau ratusan ribu orang. Jika jumlah yang berjaya didaftar masih kecil, maka parti-parti komponen perlu memperhebatkan diri untuk mengadakan lebih banyak jeyarawara mendaftar pengundi ke seluruh negara.

Untuk menarik pengundi muda mengundi BN, usaha perlu diperkemaskan untuk menyediakan bahan-bahan maklumat yang boleh diperolehi remaja iaitu menerusi Internet. BN yang mempunyai barisan blogawan perlu menyusun semula agar bentuk serangan Dan mempertahakan diri diselaraskan di seluruh negara. Bukan main tangkap muat saja tetapi benar-benar menyakinkan. Bahan-bahan yang disiarkan perlu menjelaskan tohmahan pembangkang terutama yang membabitkan separuh benar.

Pembangkang boleh bercakap dan menjanjikan bulan bintang seperti yang terkandung dalam buku jingga atau buku Jin-gay. Mereka boleh berbuat demikian kerana mereka tidak akan rugi untuk berbuat demikian. Berbeza dengan BN kerana mereka mempunyai kewibawaan yang perlu dipertahankan dan tidak boleh merapu serta berjanji yang bukan-bukan. Ini penting kerana rakyat sudah pasti akan melihat bahawa segala janji itu palsu. Oleh itu, BN perlu mempertingkatkan usaha untuk menjelaskan apa yang terkandung dalam buku Jin-Gay itu adalah satu perkara yang sudah dilaksanakan dan ada janji-janji yang pasti membuat negara ini bankrap. Dalam ertikata lain, sesiapa saja yang berkuasa akan memastikan negara ini tidak bankrap dan janji untuk rakyat dalam buku Jin-Gay tidak boleh dilaksanakan terutama membabitkan kewangan yang besar. Bagi pembangkang sudah tentulah mereka akan mencari pelbagai alasan untuk menerangkan kepada rakyat bahawa perkara itu tidak boleh dilaksanakan jika mereka mampu memenangi PRU. Melihat kegagalan mereka memerintah beberapa negeri selama ini, sudah pasti rakyat bijak untuk menilai kebolehan mereka.

Bersambung....

Wednesday, March 23, 2011

PRU KE 13 TAHUN INI? (3)

Faktor kelima ialah adakah parti komponen BN sudah bersedia untuk menghadapi lawan mereka? Ini penting kerana jika parti komponen tidak bersedia atau masih bermasalah adalah sukar untuk menawan kerusi yang tewas. Perkembangan sejak beberapa PRK yang lalu menyaksikan pengundi sudah mula kembali ke BN. Ada juga yang tidak mengundi BN tetapi ada juga yang tidak mengundi pembangkang. Sama Ada mereka tidak keluar mengundi atau menunjukkan rasa kurang senang kepada semua pihak. Dalam ertikata lain mereka ini tergolong sebagai orang di atas pagar. Kumpulan ini perlu ditarik oleh parti-parti komponen untuk memastikan mereka mengundi BN pada PRU13 nanti. Jika tiada usaha BN untuk menarik mereka, Ada kemungkinan mereka berpatah balik ke pembangkang atau tidak mahu keluar mengundi.

Parti komponen, selain memperbaiki segala kelemahan, mereka perlu membantu BN dalam menjelaskan isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang. Jangan biarkan UMNO berperang bersendirian. Bersatu bertambah mutu. Mereka perlu ada keyakinan diri dan bukan siang-siang sudah mengalu kalah. Mereka juga jangan menimbulkan sebarang rasa tidak puashati secara terang-terangan sehingga orang lain boleh mengeksploitasikan situasi. Jangan fikir bersuara lantang itu hebat kerana ia juga memberi kesan sebaliknya. Bersuaralah dengan penuh hemah dan beradab.

Bersambung.....

Monday, March 21, 2011

PRU KE 13 TAHUN INI? (2)

Faktor keempat ialah adakah ahli dan pemimpin UMNO sudah bersedia untuk menghadapi PRU13. Jika mereka tidak bersedia, maka tidak logik diadakan pilihan raya umum pada tahun ini kerana jawapannya ialah menanggung risiko. Tiada bersedia bermaksud mereka tidak ada strategi untuk memenangi pilihan raya. Tidak bersedia bererti pentadbirannya tidak teratur dan keadaan di bawah huru hara termasuk di cawangan dan bahagian. Yang lebih parah jika ahli dan pemimpin UMNO bergaduh dan bertengkaran. Yang lebih malang ialah jika mereka saling berebut jawatan atau mahu memusnahkan antara satu sama lain. Ini yang perlu diatasi oleh pucuk pimpinan UMNO jika mahu menyaksikan smooth sailing.

UMNO sebagai tunggak BN perlu kuat dan kukuh. Ini bermakna ahli dan pemimpinnya sentiasa bersedia untuk menghadapi satu peperangan minda. Pembangkang boleh menaburkan apa saja sehingga boleh mengelirukan rakyat. UMNO perlu mempunyai strategi bagaimana untuk menangkis serangan ini termasuk serangan peribadi. Yang amat merisaukan ialah pembangkang boleh menggunakan pelbagai taktik tetapi tidak terlepas daripada masalah. Umpamanya bercakap dengan orang Melayu menggunakan isu yang membangkitkan kemarahan orang Melayu dan bercakap dengan orang bukan Melayu menggunakan isu yang boleh menyakinkan orang bukan Melayu seperti janji Timbalan Perdana Menteri kedua dan sebagainya. Ini memerlukan satu pemikiran yang strategik kerana UMNO dan BN mempunyai banyak sebab untuk bercakap berhati-hati kerana mereka adakah kerajaan yang mempunyai kewibawaan, tidak seperti pembangkang.

UMNO dan BN perlu melihat kepada kejayaan mereka memerintah selama ini. Memanglah ada masalah dan kesilapan tetapi cuba tonjolkan secara keseluruhannya kejayaan memastikan Malaysia sentiasa aman dan makmur tanpa sebarang masalah. Tunjukkan bahawa demokrasi subur di tanah bertuah ini dan tidak ada sebab sesiapa jua untuk mengatakan negara ini seperti Mesir dan Libya. Memanglah pembangkang sentiasa berusaha untuk memberi contoh yang tidak baik, tetapi kehebatan BN selama ini perlu mendapat penonjolan yang terbaik. Ini sudah dilakukan oleh RTM. Bagaimana pula dengan media lain? Sudah tentu mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan apa yang diusahakan oleh BN telah banyak membantu negara dan rakyat. Kejayaan ini tidak boleh dilakukan tanpa komitmen dan kesungguhan. Percayalah, berikan kepada pihak yang sentiasa memikirkan untuk memajukan diri sendiri, maka negara ini akan menjadi arang.

bersambung....

Friday, March 18, 2011

PRU KE 13 TAHUN INI? (1)

Apakah PM akan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 pada tahun ini? Inilah persoalan yang banyak diperkata dan dibahaskan oleh ahli politik dan mereka yang berminat dalam bidang politik termasuk golongan akademik. Yang tidak berminat itu, mereka akan mengambil tahu apabila tiupan serunai PRU 13 bermula sejurus selepas PM mengumumkannya. Adakalanya mereka lebih sibuk daripada ahli politik.

Hakikatnya, banyak faktor yang perlu dilihat mengapa PM mengadakan PRU 13 pada tahun ini. Pertama ialah kemenangan besar BN iaitu melebihi dua pertiga majoriti di Parlimen. Ini perlu untuk memastikan segala perkara yang dirancang boleh dilaksanakan dengan mendapat kelulusan Parlimen. Ini termasuklah program yang membabitkan kepentingan rakyat seperti projek-projek besar dan sesuatu akta membabitkan masyarakat. Jika keadaan tidak mengizinkan agar BN menang besar, sudah tentulah pelaksanaan PRU 13 pada tahun ini tidak memberi makna kepada kerajaan sekarang. Apakah dengan menang majoriti mudah sudah mencukupi? Ini persoalan yang perlu ditanya oleh kerajaan sekarang. Bagi penulis, ia tidak menguntungkan.

Kedua ialah apakah rakyat sudah kembali kepada BN sehinggakan dengan mengadakan PRU13 pada tahun ini memberikan keuntungan besar kepada BN. Dalam hal ini, PM sudah tentu perlu melihat aliran pengundian sejak selepas beliau mengambilalih terutama Pilihan Raya Kecil yang diadakan. Terbaru ialah di Merlimau dan Kerdau. Jika aliran pengundian membuktikan rakyat sudah kembali kepada BN, maka adalah selamat diadakan pada tahun ini. Jika tidak ia seperti menempah maut dan sediakan kain putih panjang sepertimana yang penulis sebut sebelum ini untuk membuat bendera atau kain kapan.

Ketiga ialah mengenai kekuatan pembangkang sekarang yang boleh memberikan saingan kepada BN. Ini penting kerana jika pembangkang kuat terutama di negeri-negeri yang diperintah dan di tempat lain, maka calon BN sukar untuk memenangi kawasan yang selama ini menjadi kubu kuat pembangkang. Melainkan pengundi sudah bosan dan tidak mempercayai pembangkang kerana pelbagai isu yang timbul termasuklah tindakan keluar beramai-ramai pemimpin utama dalam PKR dan juga pelbagai isu yang boleh diselesaikan oleh DAP dan Pas, dua parti yang berbezaa fahaman. Selain itu, apakah pakatan pembangkang kali ini benar-benar boleh menyekat kemaraan BN terutama dalam menggapai dua pertiga majoriti yang memperlihatkan simbol kembalinya kekuatan BN.

Bersambung....

Thursday, March 17, 2011

SOAL JAWAB AYAH (2)

Kluk klek tu apa ayah?
Kiri pun boleh, kanan pun boleh.

Kluk tu boleh ke depan ayah?
Ya, kluk klek tu..depan boleh, belakang pun boleh.

Ohh...atas ayah?
Ya, atas boleh, bawah pun boleh.

Jadi kluk klek tu semua boleh ke ayah?
Yelah, mengapa kamu tanya ni.

Kawan saya orang Kelantan kata PAS kluk klek tu apa ayah?
Ohhhhhh......parti Pas lah.

Mengapa parti Pas ayah?
Yelaah...parti Pas tu semua boleh..kiri Dan kanan, depan Dan belakang.

Mana boleh ayah?
Pas boleh.

Wednesday, March 16, 2011

SOAL JAWAB AYAH (1)

Pasal apa orang keluar parti ayah?
Orang tak suka parti tu.

Pasal apa orang tak suka parti tu ayah?
Tak suka kerana pelbagai sebab.

Apa sebabnya ayah?
Sebab mungkin pemimpin.

Pasal apa orang tak suka pemimpin tu ayah?
Pemimpin itu sudah terpesong.

Pasal apa pemimpin itu terpesong ayah?
Dia telah buat perkara yang ahli parti tidak suka.

Jadi, kalau parti tu ramai orang keluar?
pkr

PKR tu apa ayah?
Parti Keluar Ramai-ramai.

Ayah ni kreatif la.
Tengokla siapa anak ayah.

Bukankah tengok siapa bapa ayah?
Ye tak ya jugak.

Saturday, March 12, 2011

DIA NAK DNA

DNA tu apa ayah?
Diamlah, kau budak kecik.
BUDAK KECIK tu apa ayah?
Diamlah, kau punya pun kecik.
KAU PUNYA KECIK tu apa ayah?
Diamlah, kau ni macam orang politik.
ORANG POLITIK tu apa ayah?
Diamlah, semua kau nak tanya.
KAU NAK TANYA tu apa ayah?
Diamlah, tutup mulut kau.
TUTUP MULUT KAU tu apa ayah?
Diamlah, tanya yang lain.
DNA tu apa ayah?
DNA tu milk ORANG POLITIK yang DIA PUNYA PUN KECIK dan tidak mahu bagi.
Ayah punya DNA?
Ada dalam kau lah.
Ayah Dan saya sama DNA lah.
Jadi ayah punya pun kecik lah.
Siapa ajar kau?
Wikipedia.

Thursday, March 10, 2011

TOMYAM TOKYEM (1)

Sedap ke, persoalan bermain di kepalaku. Adakah orang suka tom yam yang aku masak? Tapi aku tidak peduli, aku mahu berniaga dan cari duit. Apa orang ask kata,, lantaklah.


Bersambung.....

Wednesday, March 9, 2011

PERANG BESAR KELANGSUNGAN

Jika
Peperangan besar nanti
Dibariskan
Mereka yang
Lidah panjang
Tangan menyapu
Mata berbunga kertas wangi
Badan lembut berputaran
Suara berdengung
Lahap nafsu
Gemar menutup lubang
Suka menyalakan api
Menghembus nafas berawan
Pengintai terpijak

Maka
Ingatlah pesanan ini
Siapkan
Kain putih panjang
Untuk
Kain kapan
Atau
Bendera

Monday, March 7, 2011

PANTUN MERLIMAU DAN KERDAU

Mandikan kerbau tepi bendang,
Guna kain kotoran lekang,
Menjelang petang bawa pulang,
Merlimau, Kerdau sudah menang,
Rakyat yakin kerajaan sekarang,
Pemimpin pembangkang pasti terkangkang.

Sampai rumah ambil bakul,
Buat bekal kuih baulu,
Bertolak pagi menuju ke Pekan,
Rakyat sokong tindakan betul,
Perlu kekal terbaik selalu,
Demi rakyat semua didahulukan.

Sampai Pekan beli kanji,
Simpan kemas dalam peti,
Tidak lupa daun kari,
Mereka marah Saudagar Janji,
Buat janji tidak mampu tepati,
Ingkar janji makan diri.

Selesai berbelanja pulang semua,
Menjelang petang sampai ke rumah,
Rehat semula simpan tenaga,
DS Najib teruskan usaha,
Pejuang bantu penuh amanah,
Malaysia maju impian semua.