Tuesday, May 31, 2011

SEKS: TIM MENTERI LETAK JAWATAN

PARIS 30 Mei - Timbalan Menteri Perkhidmatan Awam Perancis, Georges Tron yang meletak jawatan semalam berikutan dakwaan melakukan serangan seksual ke atas dua wanita, memfailkan dakwaan fitnah terhadap wanita-wanita berkenaan.

Kerajaan pimpinan Presiden Nicolas Sarkozy, semalam dikejutkan dengan tindakan Tron mengumumkan peletakan jawatannya selepas beliau berhadapan siasatan berhubung dakwaan serangan seksual dan rogol yang dikemukakan dua pekerja wanita sebuah Dewan Perbandaran.

Surat peletakan jawatan timbalan menteri itu diserahkan kepada Presiden dan Perdana Menteri, Francois Fillon, semalam.

Dalam surat tersebut, Tron yang menyertai kerajaan Sarkozy pada Mac tahun lalu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dengan menyifatkannya sebagai 'tidak masuk akal' dan bersifat 'dendam peribadi' selepas beliau memecat dua wanita berkenaan.

Jelas beliau, seorang daripada wanita itu dipecat kerana menipu, sementara seorang lagi dibuang kerja kerana 'berkelakuan tidak senonoh'.

Peguam bekas timbalan menteri itu semalam turut menyifatkan wanita-wanita tersebut sebagai 'kaki pembohong'.

Dua wanita itu yang masing-masing berumur 34 dan 36 tahun dalam aduan mereka mendakwa, Tron telah melakukan serangan seksual terhadap mereka semasa bekerja di Dewan Perbandaran Draveil ketika beliau bertugas sebagai Datuk Bandar.

Insiden itu didakwa berlaku antara 2007 hingga 2010.

Pendedahan terbaru ini berlaku dua minggu selepas Perancis dikejutkan dengan penahanan bekas Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Khan yang didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang pekerja hotel di New York. - Agensi.

(Renungan Rimau : Ikuti teladan Sallih Yaakob. Kalau nak, kahwin jerr)

Monday, May 30, 2011

HARI SENIMAN : RAIS TEGUR ARTIS

KUALA LUMPUR 29 Mei - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini menegur para penggiat seni tempatan yang dilihat tidak serius meraikan Hari Seniman.

Beliau berkata, kerajaan sudah menyediakan pelbagai peluang dan sokongan tetapi tindakan penggiat seni yang memandang sepi sambutan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana ia dianjurkan khusus untuk mereka.

"Di mana mereka petang ini? Ini soal kita (seni). Kenapa orang seni tidak datang untuk meraikannya?

"Dana Industri Kreatif yang berjumlah RM200 juta sudah diagihkan kepada pihak dan syarikat tertentu. Malangnya mereka itu pun tidak kelihatan petang ini.

"Ini adalah satu teguran ikhlas kerana kita sudah bersusah payah mewujudkan Hari Seniman sejak 2006 bagi meraikan mereka. Jadi kita perlu sokong," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sepetang Bersama Seniman sempena Hari Seniman di Kompleks Kraf, Jalan Conlay di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut beliau turut menyampaikan sumbangan kepada para penggiat seni tanah air dan antara penerima ialah Norman Abdul Halim bagi kategori perfileman; Mior Hashim Manap (teater); Datuk Aziz Sattar (Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia) dan Datuk Zainal Abidin (Gabungan Penulis Nasional).

Rais berkata, sambutan dingin penggiat seni tanah air perlu dianalisis dan diatasi demi memastikan kepentingan perjuangan seni tanah air terus terbela.

Ini kerana, tegas beliau, kerajaan hanya boleh membantu menyokong aktiviti dan pembangunan seni negara tetapi insan seni sendiri perlu berdikari untuk menjayakannya.

Dalam pada itu, Rais berkata, sambutan Hari Seniman pada masa hadapan perlu mencerminkan konsep 1Malaysia dengan penglibatan tenaga lama dan baru.

Ia, katanya, penting kerana seni berupaya menyatukan masyarakat memandangkan kesenian mempunyai bahasa dan nilai tersendiri tanpa melibatkan unsur politik atau sentimen lain. - UTUSAN.

(Renungan Rimau : Seniman perlu menghargai hari mereka)

Friday, May 27, 2011

LETAK JAWATAN KERANA VIDEO SEKS

ANKARA 26 Mei – Mahkamah Turki memutuskan untuk memindahkan siasatan berhubung skandal video seks membabitkan pemimpin-pemimpin kanan Parti Pergerakan Nasionalis (MHP) kepada seorang pendakwa khas di Istanbul.

Sepuluh anggota kanan MHP meletakkan jawatan daripada parti dan menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya umum pada 12 Jun ini, selepas rakaman video menunjukkan mereka mengadakan hubungan seks yang disiarkan di Internet.

Parti itu mengemukakan aduan kepada pendakwa di Ankara untuk mengenal pasti dalang komplot itu dan dalam dokumen aduan, MHP turut menuduh dalang terbabit memperolehi data peribadi secara haram, melakukan peras ugut, mencabul kehidupan peribadi dan melemparkan penghinaan.

Permohonan MHP itu akan digabungkan dengan siasatan mengenai kes sama yang sedang dijalankan oleh pendakwa khas di Istanbul.

Parti itu turut mengemukakan aduan kepada Majlis Tertinggi Pilihan Raya (YSK) berhubung parti-parti politik dan pertubuhan media menggunakan skandal video seks itu dalam kempen pilihan raya bagi memburuk-burukkan MHP.

‘‘YSK perlu menyiasat ucapan yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan di Bursa dan memutuskan sama ada ucapan itu melanggar peraturan YSK,’’ kata peguam MHP, Hamit Kocabey, semalam.

Beliau menuduh kerajaan enggan bertindak untuk mencari dalang komplot anti-MHP itu.

“Serangan ke atas kami dirancang rapi dan dijalankan oleh kumpulan tertentu,” katanya.

Sementara itu, salah seorang pemimpin kanan MHP terbabit, Ihsan Barutcu yang meletak jawatan ekoran skandal video seks itu, mahu meneruskan hasrat bertanding pada pilihan raya negara ini pada bulan depan.

Tindakannya itu bertentangan dengan arahan pucuk pimpinan MHP dan kesnya itu akan dibawa kepada Lembaga Disiplin parti untuk dipecat.

Barutcu adalah salah seorang daripada 10 pemimpin kanan MHP yang meletak jawatan dalam parti selepas mereka diugut dengan pendedahan video yang menunjukkan mereka bersama wanita yang bukan isteri mereka atau pernyataan politik yang kontroversi.

Beliau akan dirujuk kepada lembaga disiplin MHP dan mungkin dipecat setelah didapati gagal mengisytiharkan kepada pihak berkuasa pilihan raya mengenai pengundurannya sebagai calon pilihan raya.

Dua lagi pemimpin MHP yang meletak jawatan ekoran skandal tersebut ialah Deniz Bölükbasi dan Osman Çakir telah menarik balik pencalonan mereka. Pemimpin kanan lain terbabit akan mengambil tindakan serupa tidak lama lagi.

Perletakan jawatan para pemimpin kanan berkenaan telah menggoncang MHP, yang merupakan parti ketiga terbesar dalam Parlimen Turki, menjelang pilihan raya pada 12 Jun ini. – AGENSI.

(Skandal Seks : Dalam tempoh terdekat dua orang meletakkan jawatan iaitu Pemimpin Kanan MHP, Ihsan Barutcu dan bekas Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn. Yang lain tu, bila agaknya?)

Thursday, May 26, 2011

DAP GAGAL TUNAI JANJI

Oleh Yusof Haron (AgendaDaily)

Tiga tahun memerintah Pulau Pinang, DAP bukan saja gagal menunaikan manifesto lampu Aladin pilihanraya umum Mac 2008 tetapi lebih sibuk berpolitik dari mentabir negeri itu dengan cekap.

Kesimpulan ini tidak memerlukan memerlukan mikroskop ajaib.Cuma buka mata dan nilai sendiri.

Apa lagi buat anak watan Pulau Pinang seperti Datuk Zainal Abidin Osman yang tahu serata ceruk negeri itu.

Cuma masalahnya bila Ketua Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang ini bercakap begitu pasti dicop oleh pembangkang ia tembakan politik.

Zainal yang kerap berulang alik naik pesawat dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang mengaku salah satu kegemarannya ialah melihat negeri keliharannya dari udara bila pesawat nak mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.

“Kalau kita melihat Pulau Pinang dari udara kita dapati negeri ini memang maju dan dipenuhi dengan kilang-kilang bertaraf dunia. Cuma jangan lupa semua kemajuan yang ada adalah hasil usaha kerajaan Barisan Nasional dulu.

Beliau tidak nampak langsung adanya pembangunan baru “ Jambatan kedua yang sedang dibina juga kita dapat lihat dari tingkap pesawat.Ia tidak ada kena mengena dengan DAP ...itu projek kerajaan pusat,” katanya dalam interbiu dengan Agendadaily di pejabatnya di Putrajaya Rabu.

Tolak sebelah sentimen politik.Katanya pergilah ke mana-mana tempat di negeri itu kalau ada nampak sesuatu yang special dibuat oleh kerajaan DAP selama ini.

“ Semua orang sudah tahu sejak perintah sampai sekarang satu pun rumah murah mereka tidak bina.

Bagi Zainal Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng lebih banyak bermain wayang dari mentadbir negeri itu.

“DAP ternyata gagal menunaikan janji.”katanya berkali-kali.

Beliau berkata lojiknya takkanlah dalam tempoh tiga tahun mereka memerintah kilang-kilang yang beroperasi di negeri itu dapat dibangunkan.

Semua itu mengambil masa yang relatifnya agak lama dan pemimpin yang bertanggungjawab mencetuskan pembangunan pesat negeri ini ialah mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu.

Datuk Zainal juga menganggap selain dari seorang negarawan yang sukar dicari ganti dalam konteks membangunkan Pulau Pinang, Chong Eu seorang yang kuat bekerja dan mempunyai wawasan tersendiri.

Chong Eu katanya sanggup berkompromi dengan mengenepikan prinsip peribadi dan parti (Parti Gerakan) semata-mata kerana mahu melihat Pulau Pinang dan rakyat dari berbagai latarbelakang dan agama hidup menikmati hasil kemajuan.”

“Dia sedar Pulau Pinang tidak mungkin boleh maju seperti hari ini jika Gerakan kekal sebagai pembangkang di sana. Kerana faktor inilah Gerakan bersetuju untuk bergabung dengan lain-lain parti membentuk Barisan Nasional dan memerintah negeri ini secara bersana-sama.”

Ketika ditanya, Datuk Zainal berkata Pulau Pinang bernasib baik kerana usaha Chong Eu diambil alih dan diteruskan oleh penggantinya Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan hasilnya Pulau Pinang di zaman Barisan Nasional menerajuinya kekal maju dan menjadi negeri contoh.

Beliau hairan ada orang yang ‘gelap mata’ khususnya yang taksub menyokong pembangkang boleh mendakwa Pulau Pinang seperti yang ada hari ini adalah berkat lampu Aladin DAP.

Menurut Zainal DAP hanya ‘ cuci kaki’ masuk bawa beg kosong ke sebuah negeri yang sudah pesat maju ketika mereka menang dalam PRU 12.

“Nak buat macam mana Guan Eng popular dikalangan orang-orang Cina walaupun dia banyak buat salah,”katanya.

Beliau menilai kerajaan DAP Pulau Pinang masih bermentaliti pembangkang sekalipun mereka memerintah.Sebab itu masa lebih banyak terbuang berpolitik dari membangunan negeri.

“Agak lucu DAP setelah tiga tahun memerintah Pulau Pinang, mereka bersikap sama seperti dulu, asyik membangkang saja. Mereka terlupa sebagai kerajaan, tugas mereka membantu orang ramai dan membangunkan negeri.

”Lihat kes Kampung buah pala, janji lain dan perbuatan lain,yang menjadi mangsa akhirnya ialah penduduk yang pernah memilih mereka dulu,”katanya.

Beliau juga ‘ kesian’ melihat cara kerajaan DAP perlakukan PAS yang rakan sebantal mereka dalam pakatan rakyat.

“Apa yang menyedihkan ialah PAS turut terlibat, setidak-tidaknya membantu membawa kemenangan kepada kerajaan PR di negeri tetapi ia gagal mendapat sebarang jawatan penting.”

“Calon mereka dijanjikan oleh tokoh utama PKR jawatan yang dipertua majlis ugama lslam negeri, namun ini tidak berlaku.

“Jawatan EXCOpun PAS tak dapat. Lihatlah cara DAP layan PAS, itupun mereka tetap menyokong membukta tuli.Gunalah fikiran, gunalah kewarasan. Jangan kerana politik, mereka sanggup gadaikan prinsip dan juga agama”katanya.

Lebih teruk lagi PAS seperti bersetuju dengan label Khalifah Umar Abdul Aziz pada Guan Eng.

“Fikirlah, betul ke dia macam khalifah lslam itu, janganlah main politik lebih-lebih, jangan tipu rakyat.

Seperti mesejnya ditujukan kepada PAS, Zainal mendedahkan beliau merasa hina ,sedih dan sangat keciwa kerana ada kejadian pemberian peruntukan untuk rakyat miskin dibuat ditokong dan orang lslam turut beratur untuk menerimanya.

”Sampai saya kata, tak payah pergi ambil dimasa hadapan, datang jumpa saya dan saya akan ikhtiar untuk mencari dana bagi membantu orang-orang miskin ini,”katanya.

Menjawab satu soalan, Datuk Zainal berkata perubahan mood rakyat di negeri ini terutama pengundi-pengundi Cina adalah kerana “dasar, ketelusan serta wawasan dan perlaksanaan transformasi politik dan ekonomi yang dibuat Perdana Menteri”

“Rakyat di negeri ini melihat kesungguhan Najib dalam usaha pembangunan dan dasar-dasarnya untuk semua. Dan konsep 1 Malaysia terbukti diterima dan sangat releven serta disenangi oleh semua orang.

“Saya setuju Datuk Seri Najib adalah satu faftor perubahan mood rakyat . . .mereka (pengundi Cina) mulai memberikan sokongan kepada kita terutama usahawan Cina yang dapat melihat prestasi ekonomi kita dibawah kepemimpinan Najib sejak beberapa tahun kebelakangan ini”katanya lagi.

Datuk Zainal baru enam bulan menjadi Ketua Perhubungan UMNO negeri mengantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Untuk rekod, Datuk Zainal ialah bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.Bekas ahli parlimen Nibong Tebal ini ialah Penasihat khas Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Interbiu penuh Zainal dengan Rosli lsmail dan Yusof Harun akan disiarkan dalam ruangan Eksklusif Bersama Agendadaily kelak.- AgendaDaily.

Tuesday, May 24, 2011

MCMC INDUSTRY GROWTH SERIES

Cyberjaya, 24 May 2011 - The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC or the Commission) today launched a two-day Conference at its Headquarters in Cyberjaya, on ‘Opportunities for All in Broadband ICT’ which was officiated by the Honourable Minister of Information, Communications and Culture, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim.
 
This conference is one of the events held in conjunction with the World Telecommunication and Information Society Day which is celebrated every year on 17 May.
 
This event called for participants from the Communications & Multimedia (C&M) and related industries, especially Small and Medium Enterprises (SMEs) to explore areas of growth and opportunities in broadband ICT as a business as well as its uses in business, manufacturing and industry.  
 
The Conference is expected to provide a platform for the participants to network, obtain and discuss key information on opportunities increasingly available through and on the broadband network infrastructure and initiatives such as entry point the projects under the National Key Economic Areas – Communications, Content and Infrastructure (NKEA-CCI), and Digital Lifestyle Malaysia programmes. Speakers from international and domestic markets share their experiences and expertise to the participants.  Inputs from the session will be used for follow up initiatives and facilitation as part of MCMC’s continuous consultative approach towards regulatory and developmental governance.
 
MCMC in its role to grow the C&M industry aims to develop the SMEs to produce innovative-based C&M services, in particular on content and applications as well as nurturing entrepreneurial skills in the fast changing landscape of the communications business.  This initiative is leveraged on the extensive availability and coverage of cellular mobile phone in Malaysia at 95% of population and subscriber penetration rate reaching the 121% penetration mark by the first quarter of this year and household broadband penetration at 58.2% in May 2011.    
 
Further, as the global and Malaysian broadband ICT economy expand, the SMEs in Malaysia should ride on the innovation wave to exploit innovative businesses and opportunities.  The Conference aims to take the participants through current and new growth areas such as:

•​Compelling content and applications services;
•​Collaboration and alliances both domestically and internationally;
•​Adoption of new media services and content in many aspects of their business such as education/training to leap frog skill sets;
•​Use of relevant advanced tools and integrated software to innovate products and services to higher levels of sophistication for expansion of target markets;
•​Advantage of converging platforms (content, devices, integrated networks and services) to spearhead development of new products and services; and
•​Innovation and generation of Digital Lifestyle Malaysia projects.  
 
The Commission also invites SMEs holding a Communications and Multimedia Act (CMA) license, especially the Application Service Providers (ASPs) and Content Applications Service Providers (CASPs), to take this opportunity and facilitation provided by MCMC to generate and promote their services over the mobile cellular and broadband networked environment. - MCMC.

Sunday, May 22, 2011

PM PULANG SEGERA LAWAT MANGSA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang berada di Amerika Syarikat akan memendekkan lawatannya dan segera pulang ke tanah air bagi menziarahi keluarga mangsa tanah runtuh di Hulu Langat, demikian menurut Datin Seri Rosmah Mansor.

Isteri Perdana Menteri berkata bahawa Najib dan beliau yang sepatutnya berlepas ke Jepun dari Amerika Syarikat, kini akan pulang terus ke Malaysia.

"Saya gembira beliau mengambil keputusan ini kerana ia akan membolehkan saya melawat tempat itu secepat mungkin," katanya dalam temu bual secara langsung dengan Bernama Radio24 dari Washington Sabtu malam.

Temubual itu terhenti seketika disebabkan Rosmah sebak kerana nyata sedih dengan tragedi itu.

Sehingga tengah malam, 12 kanak-kanak penghuni rumah anak yatim di Batu 14 Jalan Hulu Langat dan dua dewasa penjaga mereka, terbunuh dalam kejadian yang berlaku pada 2.30 petang manakala empat lagi dipercayai masih tertimbus.

Kerja mencari dan menyelamat diteruskan kerana empat lagi penghuni rumah itu dipercayai masih tertimbus. Rosmah mengucapkan takziah beliau dan Najib kepada semua keluarga mangsa dan berharap mereka bersabar.

"Saya terkejut dan sedih dengan kejadian yang meragut banyak nyawa ini," katanya.

Rosmah, yang juga Presiden Badan Amal Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) berkata beliau telah meminta anggotanya supaya melawat dan membantu mereka yang terlibat.

Katanya beliau telah meminta Datin Seri Lee Sun Loo, isteri Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, supaya sentiasa memberikan maklumat terkini kepada beliau mengenai kejadian itu.-22/5/2011. - AgendaDaily.

Friday, May 20, 2011

SKANDAL SEKS DAN IMEJ

KUALA LUMPUR 19 Mei – Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss- Kahn, 62 dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, 64, serta bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz, 68, dikatakan menghadapi nasib yang sama apabila mereka telah didakwa terbabit dengan dakwaan berkaitan skandal seks.

Ketiga-tiga individu terkenal itu, sama ada Strauss-Kahn, Anwar mahu pun rakan rapatnya, Wolfowitz, kesemuanya pernah didakwa terbabit dalam hubungan skandal mereka dengan wanita.

Kecuali Wolfowitz yang lebih menjurus kepada skandal bersama teman wanitanya, Strauss-Kahn atau Anwar terpaksa melalui tindakan dalam bentuk undang-undang.

‘‘Bukan itu sahaja dalam kes mebabitkan Anwar, selain dikaitkan hubungannya dengan wanita, Ketua Pembangkang Malaysia itu turut didakwa terbabit dalam kes liwat (bersama lelaki),” menurut laman web http://newledger.com, baru-baru ini.

Menurut laman itu lagi, berdasarkan sejarah, Strauss-Kahn yang merupakan bekas Menteri Kewangan Perancis dan beliau kini dikatakan calon pembangkang terbaik bagi menentang Presiden Perancis pada masa ini, Nicholas Sarkozy pada pemilihan akan datang.

‘‘Namun begitu pada 2008, kariernya hampir terjejas apabila didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap kakitangan IMF pada tahun yang sama.

‘‘Pada Isnin depan, Strauss-Kahn akan berhadapan pula dengan tuduhan melakukan serangan seksual yang bakal menamatkan kariernya sebagai Pengarah Urusan IMF,” kata laman itu lagi. (Beliau meletakkan jawatan semalam)

Anwar pula berdasarkan sejarah kata laman itu, beliau merupakan bekas Menteri Kewangan dan amat berharap dapat merampas jawatan Perdana Menteri daripada Datuk Seri Najib Tun Razak selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka diadakan tahun 2012.

Bagaimanapun, beliau kini berhadapan dengan tuduhan liwat terhadap bekas kakitangan lelakinya yang boleh menyebabkannya kehilangan jawatan sebagai Ketua Pembangkang.

‘‘Anwar juga telah dikaitkan dengan dakwaan sebagai pelakon dalam satu lagi rakaman video seks melibatkan seorang wanita yang bukan isterinya hingga mencetuskan kontroversi.

‘‘Terbaru, beliau telah diminta oleh mahkamah membela diri dalam dakwaan kes liwat yang dilihat boleh menamatkan kariernya,” kata laman itu.

Wolfowitz pula, berdasarkan sejarah merupakan Timbalan Setiausaha Pertahanan dan juga rakan baik Anwar.

‘‘Kariernya dalam perkhidmatan awam tamat pada tahun 2007 selepas dipaksa meletakkan jawatan sebagai Presiden Bank Dunia apabila beliau telah membayar gaji yang sangat tinggi kepada teman wanitanya.

‘‘Akibatnya, ia telah menyebabkan berlaku krisis paling buruk dalam sejarah institusi itu,” kata laman web berkenaan.

Menurut satu laporan pada tahun 2010 iaitu berdasarkan satu dokumen, telah menunjukkan bagaimana teman wanita Wolfowitz, Shaha Riza telah menerima gaji lebih tinggi daripada Setiausaha Amerika Syarikat (AS) ketika itu, Condoleeza Rice. - Utusan.

(Renungan Rimau : Jadilah pemimpin yang budiman - berbudi dan beriman)

Wednesday, May 18, 2011

PELABURAN AS$5 BILION

Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak, yang kini dalam lawatan kerja di New York berkata beberapa firma multinasional Amerika Syarikat akan melabur antara AS$5 bilion dan AS$6 bilion di Malaysia dalam tempoh dua hingga tiga tahun.

Menurutnya, pelaburan berkenaan akan membabitkan sektor elektronik lanjutan, tenaga yang boleh diperbaharui, minyak dan gas, teknologi maklumat dan komunikasi, penjagaan kesihatan, farmaseutikal serta perkhidmatan. - MediaUMNO.

(Renungan Rimau : Banyak pelaburan, banyaklah peluang pekerjaan).

Monday, May 16, 2011

LIWAT : BELA DIRI MULAI 6 JUN

KUALA LUMPUR 16 Mei – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 6 hingga 30 Jun ini untuk menyambung perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di peringkat bela diri. – Utusan

Thursday, May 12, 2011

PERANAN SKMM AMAT BESAR

Oleh Ibrahim Yahaya

Setiap kali penulis menghadiri Majlis Pelancaran Kampung Tanpa Wayar (KTW) oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato Seri Dr Rais Yatim, suasananya amat menyegarkan dan berinformasi. Walaupun majlis itu diadakan di pelusuk kampung sama ada di Kelantan, Johor, Melaka atau di Sarawak, ia sentiasa membawa satu transformasi maklumat kepada penduduk setempat.

Sebelum pelancaran pelbagai kegiatan diadakan termasuk pameran dan pendedahan kepada golongan remaja mengenai usaha menggunakan kemudahan internet. Ini termasuk mengajar mereka membuat satu persembahan video mudah yang membabitkan pelajar-pelajar sekolah. Mereka diajar mengenai teknik untuk membuat video secara berkumpulan dan di akhir program itu, hasil karya mereka akan dinilai. Pendidikan sehari itu berjaya mencerna pemikiran yang kreatif dalam menghasilkan klip video yang menarik dan berinformasi.

Bahagian Pembangunan Kandungan dan Bidang Pertumbuhan akan membawa pakar mereka untuk memberikan pendidikan kepada pelajar mengasah bakat mereka. Mereka juga digalakkan menggunakan kreativiti dan imaginasi untuk menghasilkan klip video yang bermutu. Bayangkan dalam sehari mampu menghasilkan video klip yang baik, sudah tentu jika diberikan tempoh masa yang panjang, pasti video amat kreatif akan dihasilkan.

Pameran yang diadakan juga menyedarkan pengunjung untuk memahami peranan SKMM dalam menyemarakkan industri kreatif selain membuat pemantauan dan penyeliaan. SKMM juga bertanggungjawab dalam membangunkan industri kandungan dengan mengadakan pelbagai program yang dapat menarik minat orang ramai terutama golongan muda. Mereka mengadakan kerjasama dengan RTM dan Filem Negara untuk satu pertandingan produk video yang mendapat sambutan hangat daripada golongan remaja.

Ketika majlis pelancaran KTW, Menteri KPKK akan menyerahkan netbook 1Malaysia kepada golongan yang memerlukan terutama pelajar cemerlang dalam bidang pelajaran. Menerusi pemberian netbook ini, pelajar boleh menggunakannya untuk melayari internet apatah lagi setelah kampung mereka mempunyai kemudahan jalur lebar. KPKK juga menyerahkan netbook kepada ketua-ketua kampung bagi kemudahan urusan pentadbiran kampung di samping menggalakkan mereka menggunakan teknologi baru terutama dalam mendapatkan pelbagai maklumat. Projek penyerahan netbook ini akan diteruskan sehingga satu juta rakyat negara ini mendapat kemudahan hasil dasar mendahulukan rakyat sepanjang masa.

Wednesday, May 11, 2011

CIPTA MASA DEPAN CEMERLANG



KUALA LUMPUR, 10 Mei -- Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh ahli parti untuk meningkatkan usaha dan bekerja keras bagi mencipta masa depan negara yang cemerlang termasuk di persada antarabangsa.

Katanya, kepercayaan dan keyakinan bukan wujud secara semulajadi tetapi dimenangi serta dipupuk hasil keikhlasan dan iltizam kepimpinan dan ahli UMNO sepanjang 65 tahun penubuhannya.

"Dalam usia 65 tahun, UMNO telah menempuh pelbagai cabaran serta dugaan dan pengalaman ini telah menjadikan UMNO parti politik yang kuat, realistik, matang serta berpijak di bumi nyata. Ia telah mencanai UMNO dengan keanjalan untuk berubah sesuai dengan tuntutan landskap politik semasa," katanya.

"Dalam usia 65 tahun, UMNO telah menempuh pelbagai cabaran serta dugaan dan pengalaman ini telah menjadikan UMNO parti politik yang kuat, realistik, matang serta berpijak di bumi nyata. Ia telah mencanai UMNO dengan keanjalan untuk berubah sesuai dengan tuntutan landskap politik semasa,"

Beliau berkata demikian dalam perutusan melalui UMNO-Online sempena Ulang Tahun UMNO ke-65 yang akan diraikan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 11 Mei ini.

Ujarnya, badai yang melanda UMNO pada pilihan raya umum yang lalu bukanlah alasan untuk terus bersikap pesimistik atau tersu mengeluh panjang dan mengenang perkara lalu.

"Hakikatnya, jika kita masih lagi tidak mengenal pasti apa kesilapan kita dan mengambil langkah-langkah pembetulan maka sebenarnya ia hanya menempah masa depan yang kelam untuk parti dan rakyat. Kini adalah masa untuk bertindak dan bekerja bukannya masa untuk bernostalgia dan beremosi.

"Justeru seluruh ahli parti perlu meningkatkan usaha untuk memantapkan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. Bunyikan semboyan, pukullah gendang perang dan panaskan jentera, jangan sesekali biarkan fitnah, kepalsuan dan cubaan untuk memperdaya rakyat berjaya."

Tegasnya lagi, ingatlah jasa-jasa lalu akan hanya tinggal dalam lipatan lembaran sejarah jika kita gagal dalam ujian yang besar ini.

"UMNO perlu terus gagah dan relevan untuk melakar jasa-jasa baru demi agama, bangsa dan negara," katanya.

Beliau yang juga Presiden UMNO ketujuh turut mengimbas perjuangan UMNO yang bermula sebelum merdeka telah membuktikan kemampuannya sebagai sebuah parti politik yang bukan hanya mampu menyatukan orang Melayu tetapi juga untuk menerajui pemerintahan negara.

"Sejarah telah membuktikan betapa besarnya peranan dan sumbangan UMNO malah kita tidak akan lupa jasa-jasa tokoh-tokoh seperti Datuk Onn, Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak, Tun Hussein, Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi serta lain-lain tokoh UMNO yang begitu banyak berjasa.

"Kita perlu meneruskan perjuangan pendahulu-pendahulu kita untuk menjadi juara rakyat dan bersama-sama rakan-rakan komponen BN perlu memastikan agar hari ini untuk warga Malaysia adalah lebih baik dari hari semalam." - MediaUMNO

Tuesday, May 10, 2011

AWAS KEGIATAN MENYIMBAH ASID

Kejadian menyimbah asid semakin menjadi-jadi dan orang ramai terutama Wanita Melayu diminta berhati-hati ketika berjalan di beberapa kawasan di Kuala Lumpur terutama di Brickfields, Dang Wangi dan Sentul. Siapa yang buat masih belum diketahui. Namun, ada pihak menyifatkan seolah-olah ia satu kegiatan terancang oleh pihak tertentu. Yang menjadi mangsa ialah Wanita Melayu. Modus operandinya ialah individu atau kumpulan ini datang dari belakang dan menyimbah asid ke muka dan badan.

Dalam pada itu, polis mempertingkatkan pemantauan dan pemeriksaan di beberapa lokasi di ibu negara dikenal pasti menjadi tumpuan dua lelaki bermotosikal yang terlibat dalam 22 kes menyimbah cecair dipercayai asid. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan mendapati kebanyakan wanita yang menjadi mangsa diserang semasa bersendirian atau berjalan di laluan tidak sesak menuju ke kawasan letak kereta atau stesen transit aliran ringan (LRT).

"Lokasi yang kerap menjadi sasaran suspek adalah di tepi jalan sekitar kawasan sekolah, tempat letak kereta, stesen LRT dan pondok menunggu bas. Polis kini meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan di tempat-tempat tersebut dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang mendakwa suspek di mahkamah jika ditangkap," katanya semalam.

Chin Wah berkata, perbuatan tersebut dikesan aktif mulai Februari hingga 27 Mac lalu apabila 18 kes dilaporkan berlaku dalam tempoh tersebut. Katanya, kejadian yang reda seketika selepas 27 Mac lalu, didapati berulang kembali pada 6 dan 7 Mei lalu dengan masing-masing dua kes dilaporkan di daerah Sentul dan Dang Wangi.

"Kebanyakan mangsa adalah kalangan wanita yang dalam perjalanan pergi dan pulang bekerja tetapi terdapat juga serangan berhampiran sekolah di sekitar Bangsar dan Brickfields. Suspek dipercayai seorang atau dua lelaki berketurunan India bermotosikal yang akan datang dari arah belakang mangsa sebelum bertindak menyimbah sejenis cecair dipercayai 'Alkaline-based' atau 'Oxidizing Agent' ke arah muka atau badan mangsa," katanya.

Menurut Chin Wah, cecair terbabit memberi kesan gatal kepada mangsa jika terkena kulit tetapi tidak mengakibatkan lecur. "Orang ramai yang menjadi mangsa atau melihat kejadian itu diminta melaporkan kepada polis di talian 'hotline' 03-21159999 agar tindakan segera dapat diambil untuk mengesan dan menangkap penjenayah terlibat," katanya.

Monday, May 9, 2011

PENGAKUAN TAK KUNJUNG TIBA (2)

Kejadian semalam di mana Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (KuNan) menerima kecelakaan kerana rumahnya terbakar adalah satu berita sedih. Penulis berasa syukur kerana KuNan dan keluarga terselamat. Ini kerana KuNan telah banyak berjasa kepada bangsa dan negara. Oleh itu, parti masih memerlukan khidmat beliau untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Perjuangan lain termasuklah melawan pembangkang yang kini semakin rancak memainkan isu yang boleh menarik perhatian orang ramai menyokong mereka.

Setiap parti mempunyai tugas masing-masing iaitu menarik perhatian orang Islam, Cina dan bukan Cina. Mereka boleh bercakap apa saja di bawah matahari untuk memalukan UMNO atau Barisan Nasional. Mereka juga boleh bercakap tidak senada termasuklah hanya memperjuangkan sesuatu kaum dalam ceramah mereka. Dalam ceramah ini diselitkan dengan apa saja yang terlintas di fikiran tanpa perlu memikirkan apa yang sudah dipersetujui selama ini. Oleh itu, penulis yakin PDRM mempunyai anggota untuk memantau mereka yang sengaja memainkan sentimen perkauman untuk menarik sokongan. Siasat mereka dan jika mempunyai bukti, maka teruskan usaha untuk memastikan mereka dihadapkan ke muka pengadilan.

Penulisan mengenai kecelakaan KuNan itu ingin dikaitkan dengan sumpah laknat oleh Datuk T dengan kepercayaan rakyat. Andai jika kecelakaan itu menimpa salah seorang atau ketiga-tiga orang yang menggelarkan mereka Datuk T sudah tentu sesetengah pihak akan menganggap bahawa tuhan sudah memberi petunjuk. Mereka akan berkejaran ke sana sini untuk menyatakan bahawa tuhan sudah melaknat mereka yang membuat sumpah. Kita berdoa agar Allah SWT akan melindungi mereka yang benar dan jujur dalam kes ini.

Bagi Datuk Sri Mohd Shafie Apdal, musibah yang menimpa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak disingkirkan daripada kerajaan sehingga sekarang adalah petunjuk bahawa Allah tidak reda beliau menjadi Perdana Menteri. Naib Presiden UMNO berkata, semua kejadian itu perlu direnungi oleh rakyat kerana segala yang berlaku adalah ketentuan-Nya. "Ini semua menunjukkan Allah tidak reda Anwar menjadi Perdana Menteri. Banyak petunjuk yang diberikan tetapi kenapa masih ada kumpulan yang fanatik dan taksub dengannya? "Mengapa sampai sekarang masih ada lagi yang tidak nampak (kebenaran)," katanya semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu Pahat semalam. DS Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, rakyat perlu sedar dan tidak lagi diperbodohkan dengan sikap Anwar yang 'depan cakap lain, belakang cakap lain'.

Jika itulah petunjuk selama ini yang diberikan oleh Allah SWT, maka tiada sebab lagi untuk penyokong PKR terutama mereka yang datangnya daripada UMNO untuk segera balik ke pangkal jalan bagi memperkuatkan barisan. Apakah mereka mahu tunggu sedikit masa lagi untuk Allah SWT menunjukkan malapetaka lain? Hakikatnya sejak dipecat pada 1998, DSAI sentiasa dirundung malang dan pengikut taksubnya segera mengabadikan perkataan KONSPIRASI untuk menunjukkan ketua mereka menjadi mangsa. Tidak terfikirkan mereka bahawa apa yang berlaku itu sebenarnya petunjuk Maha Kuasa untuk menyedarkan manusia bahawa DIA masih menyayangi hambanya untuk membenarkan mereka membuat taubat nasuha. Ini perlu difikirkan masak-masak oleh DSAI dan pengikutnya agar mereka tidak terlambat. Jangan biarkan nasi menjadi bubur. Itupun masih boleh dimakan dan janganlah nasi jatuh ke dalam tandas yang hanya sesuai dimakan oleh ulat-ulat saja.

bersambung.....

Saturday, May 7, 2011

KPI FOR ABU PROGRAMS

The 91st Administrative Council of the ABU, which met in Bangkok this week, approved the strategy of the Union for the next six years in the form of short-term, mid-term and long-term action plans.

Although the implementation of the action plans officially begins in January 2012, a lot of activities like improving members' involvement in the Union, increasing membership, diversifying activities, broadening  partnerships and rationalising the Secretariat's operational costs, have already started to show results.

Another key decision taken by the Administrative Council was to introduce key performance indicators to measure the progress of the plans' implementation.

The 23 councilors supported the Planning and Strategy Group's proposal to introduce a new ABU organisational chart in order to facilitate the implementation of  the new Union strategy in more efficient way.

The Administrative Council Meeting also approved eight membership applications, bringing the number of the ABU members to 214 members.

The councilors approved plans for the ABU Radio Song Festival, ABU ASEAN TV Song Festival and Asia-Pacific TV Programme Market. These initiatives are considered as groundbreaking activities, which will increase the profile and visibility of the Union.

The Administrative Council's decisions give the Secretariat a clear mandate  to push ahead with transforming the Union and transforming it into a forward-looking, member- and service -oriented organisation to offer its  members activities which are relevant to their own aims and aspirations.

Tuesday, May 3, 2011

KERJAYA SUCI DAN JUJUR

Oleh Ibrahim Yahaya

Menjadi wartawan bukan satu kerjaya seperti seorang akauntan, arkitek atau peguam. Ini kerana seseorang individu tidak perlu lulus dalam peperiksaan khas untuk ditauliahkan menjadi wartawan. Umpamanya akauntan perlu mengambil peperiksaan Akauntan Awam Bertauliah (CPA)sebelum diberikan lesen menjalankan kerjaya. Dalam ertikata lain sesiapa saja yang berminat untuk menjadi wartawan boleh menceburinya dengan memulakan penulisannya. Mereka boleh memilih untuk bertugas di media cetak atau media elektronik, yang semakin berkembang di negara ini.

Jika mereka bercadang untuk menulis di blog, mereka adalah blogawan atau blogger dan bagi penulis mereka bukanlah wartawan dalam pengertian sebenar tetapi lebih kepada kolumnis. Ini kerana seseorang wartawan adalah individu yang menulis di organisasi yang mengeluarkan produk berita seperti akhbar atau buletin tertentu. Namun, mereka yang bekerja di alam siber seperti portal berita bolehlah dikategorikan sebagai wartawan atau lebih tepat wartawan alam maya. Kebanyakannya pernah bekerja di media cetak atau elektronik. Bagaimanapun, ada juga pandangan yang menyatakan wartawan merangkumi semua yang bergiat dalam bidang penulisan termasuk juga penulis novel.

Perlu dinyatakan bahawa ada dua kaedah latihan seorang wartawan iaitu pertama mereka yang mendapat pendidikan asas dalam bidang kewartawanan di institusi pengajian tinggi awam atau swasta. Mereka juga mungkin mendapat bimbingan dalam kursus kewartawanan tertentu yang dianjurkan oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI) atau wartawan terkemuka. Kedua ialah mereka yang tiada pendidikan asas tetapi belajar menerusi latihan di organisasi tempat kerja yang membolehkan mereka terbentuk menjadi seorang wartawan. Namun, perkara pokok untuk menjadi wartawan ialah bakat menulis dan minat mendalam dalam bidang penulisan sehingga mampu menghasilkan berita dan laporan yang baik dan jujur. Ini penting sejajar dengan Etika Kewartawanan.

Sehubungan itu, penubuhan Majlis Perundingan Media Negara (MPMN) yang diumumkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, pada malam Hari Kewartawanan Malaysia Jumaat lalu adalah satu langkah kehadapan dalam memperbaiki institusi media negara. Ini penting sejajar dengan hasrat Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak yang ingin melihat satu kerjasama erat di antara media dan kerajaan terutama dalam menghasilkan berita yang bermutu, tepat dan kreatif. Ia juga boleh menuju ke arah mengukuhkan profesionalisme wartawan yang dianggap satu kerjaya yang suci dan jujur.

Ketika berucap di majlis HKM itu, Dr Rais berkata kerajaan bercadang menubuhkan MPMN bagi membolehkan semua perkara berkaitan dibincangkan secara harmoni antara kerajaan dengan media. Menurutnya, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam mewujudkan majlis berkenaan, yang dijangka dibentang kepada Kabinet tahun ini. Ketika ini, kedua-dua pihak sedang dalam peringkat pertemuan serta perbincangan bagi merangka bentuk majlis berkenaan, sebelum satu rangka lengkap dapat disiapkan secepat mungkin. Kita akan membincangkan perkara berkaitan media, antaranya kebebasan media dan tanggungjawab wartawan untuk mematuhi undang-undang atau peraturan yang sudah sedia ada, supaya kebebasan media itu dapat diamalkan secara positif." katanya.

DSU Dr Rais berkata penubuhan majlis itu juga bertujuan mengukuhkan profesionalisme wartawan yang dianggap satu kerjaya suci dan jujur. MPMN diwujudkan untuk kebaikan negara, terutama dalam proses melaporkan berita berkualiti serta mengikut peraturan yang ditetapkan. "Kita sudah mengadakan perjumpaan dengan MPI, pengamal media arus perdana dan media baru untuk berbincang sistem dan rangka majlis berkenaan supaya ia dapat menghimpunkan seramai mungkin pengamal media di dalam negara ini. "Pengamal media di dalam majlis ini akan dapat berbincang dalam satu forum yang lebih luas dan ia akan bergandingan erat bersama kerajaan," katanya. Penubuhan majlis itu diharap dapat mengukuhkan amalan etika kewartawanan yang tinggi, pemupukan tanggungjawab sosial dan semangat nasional di kalangan pengamal media.

Dalam perkembangan yang sama, seorang wartawan dan pengarang berpengalaman, Datuk A Kadir Jasin bersetuju dengan kebanyakan hujah DSU Dr Rais dalam analisisnya ketika menyampaikan ucapan di malam HKM itu terutama sekali aspek saling sokong menyokong antara media tradisional dan media baru serta pentingnya kesemua pihak mengamalkan tahap etika dan tanggungjawab yang tinggi. "Atas kesedaran itu, saya neutral mengenai penubuhan Majlis Perundingan Media. Kalau ia dapat mempertingkatkan kredibiliti dan integriti media massa agar dapat berfungsi sebagai “fourth estate” yang bebas dan bertanggungjawab saya menyokongnya. Jadi amatlah penting keanggotaan majlis itu mencerminkan sifat dan corak media massa kontemporari Malaysia. Seelok-eloknya, ia juga turut diwakili oleh pemimpin-pemimpin masyarakat sivil yang berwibawa."

Menurut Datuk Kadir yang kini adalah Ketua Pengarang Berita Publisihing Sdn Bhd, dalam pengalamannya berurusan dengan jabatan dan agensi yang “berkuasa” ke atas media massa, ada kalanya saya berasa sangat takut dan hampa kerana pegawai yang ditugaskan itu jelas amat cetek dan hambar pengetahuannya mengenai media. "Jadi perundingan di peringkat tertinggi diharap dapat mengatasi masalah penguatkuasaan sesuka hati (arbitrary) dan berpilih-pilih." katanya.

PENGAKUAN TAK KUNJUNG TIBA (1)

Oleh Ibrahim Yahaya

Ketika ramai pihak yang berusaha menampilkan bahawa orang yang berlakon dalam video seks seperti yang dikemukakan oleh Datuk T beberapa ketika dulu adalah Datuk Sri Anwar Ibrahim, eloklah kita lihat implikasi jika perkara itu benar dan betul. Ini penting kerana ia akan mengubah perjalanan politik di negara ini terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan diadakan tahun ini awal tahun depan. Penulis lebih cenderung untuk mengulas jika DSAI membuat pengumuman bahawa 'sayalah lelaki tersebut' seperti yang dilakukan oleh Datuk Sri Dr Chua Soi Lek.

Apa akan berlaku jika DSAI membuat pengakuan itu? Pertama rakyat akan tahu bahawa selama ini satu sandiwara tahap tinggi sudah berlaku dalam politik negara terutama pelakon utamanya DSAI yang diperlihatkan selama ini sebagai seorang yang alim, berbudi bahasa dan bermoral, setidak-tidaknya oleh keluarga dan pengikutnya. Sandiwara ini pula pasti tidak terlepas daripada kaitan dengan pemimpin pembangkang lain seperti Datuk Seri Hadi Awang dan DS Nik Aziz Nik Mat yang selama ini menyifatkan DSAI adalah pemimpin yang boleh membawa Malaysia ke hadapan atau dalam ertikata sebenar pemimpin yang dianugerahkan oleh tuhan. Bagi pemimpin DAP, itu tidak penting kerana apa yang tercalit dimuka mereka bukan satu perkara memalukan kerana yang maha penting ialah dapat memerintah negara ini menerusi DAP atau pepatung yang bersedia untuk menggerakkan kepala, tangan dan kaki mereka.

Kedua, pengakuan DSAI akan merupakan satu bom atom kepada pembangkang yang selama ini menyusun strategi, menghendap dan menyerang segala kepentingan BN yang menjadi kerajaan pada bila-bila masa dan ketika. Malah ulama juga digunakan untuk melabelkan UMNO sebagai parti tengkorak kering. Ini dilabelkan oleh seorang penceramah yang sering membuat ceramah mengenai agama Islam terutama di masjid-masjid di Terengganu. Setiap kali ceramahnya orang akan terhibur dengan lawaknya termasuk lawak UMNO itu. Bom ini akan menghancurkan parti pembangkang yang selama ini mempertahankan 'anugerah tuhan' dan beria-ia menyatakan ia adalah satu konspirasi UMNO yang mahu terus memerintah.

Momokan konspirasi ini dilihat sebagai satu usaha untuk menyatakan UMNO sebuah parti yang berniat jahat dan sentiasa berusaha untuk memalukan pemimpin pembangkang. Apa yang dibuat oleh BN adalah konspirasi sehinggakan membawa pemimpin yang ditangkap rasuah pun dikatakan konspirasi. Rakyat juga sudah mual dengan tindakan mengaitkan konspirasi dengan segala-galanya termasuklah jika seseorang pemimpin pembangkang terjatuh dalam bilik air juga dikatakan konspirasi UMNO. Umno yang melicinkan bilik air itu atau tidak menasihatkan agar bilik air itu tidak dipasang alat pemegang bagi membolehkan seseorang pemimpin pembangkang itu berpaut. Atau jika ada pemimpin pembangkang mendapat buasir, ini adalah konspirasi UMNO untuk menolak 'bahagian tertentu' dalam alat membuang air pemimpin pembangkang. Bagi penulis, tanpa konspirasi ini, rakyat tahu parti yang terbaik untuk memerintah negara ini dengan melihat apa yang dilakukan oleh BN yang diwakili oleh pelbagai kaum.

Bezanya, BN dianggotai oleh parti-parti komponen yang 'tidur dan mimpi sama' sedangkan pembangkang yang dianggotai oleh parti cacamerba yang 'tidur ayam dan mimpi berlainan'. Tidur ayam takut ditikam dari belakang atau mudah lari jika pengikut parti menuduh pemimpin membuat kesilapan dalam penggabungan itu. Mimpi yang sama itu bermaksud walaupun mereka mewakili pelbagai bangsa dan kaum, mereka mempunyai satu matlamat untuk memastikan Malaysia terus stabil dan makmur. Terbaru Gagasan 1Malaysia yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian. Semua parti komponen BN bergerak ke arah itu bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik daripada kerajaan selain memastikan semua pihak bekerja kuat untuk memastikan pencapaian sentiasa menjadi keutamaan. Mereka yang lemah perlu diketepikan terutamanya dalam memilih calon-calon BN pada PRU13 ini.

Namun bom itu akan segera menjadi bom plastik bergantung kepada ketangkasan 'unit pemusnah bom' pembangkang untuk melancarkan propaganda menyerang balik seperti menyatakan inilah pemimpin yang baik dan bagus kerana sanggup 'mengaku' dan 'bertanggungjawab'. Persoalannya apakah setelah sekian lama membabitkan jutaan wang, tenaga dan masa terbung begitu saja dan nama Negara dilihat serong oleh orang luar apatah lagi mereka yang selama ini memandang tinggi terhadap Malaysia. Oleh itu, penulis sudah tentulah mahu melihat bagaimana pula unit pelancar propaganda kerajaan membuat serangan selepas pengakuan itu dibuat. Jika tiada serangan bertubi-tubi sudah tentu ramai pengikut parti pembangkang terutama yang taksub akan segera memaafkan DSAI jika pengakuan itu dibuat. Ibarat buang yang keruh, ambil yang jernih. Kalau dah terbakar dan hitam legam, nak buang yang mana?

bersambung...