Monday, December 16, 2013

BUAL BICARA DAN ZIARAH SANTAI UK 2013

Program Bual Bicara dan Ziarah Santai dengan pelajar-pelajar Malaysia di UK. Turut hadir ialah TYT Datuk Zakaria Sulong.

Thursday, December 5, 2013

BANTUAN KEPADA GOLONGAN TERJEJAS BANJIR


                                      Kawasan banjir di Kemaman dan DS Shabery bertemu rakyat.
Oleh AgendaDaily.
KUALA LUMPUR : Kali pertama sejak ambik alih tugas sebagai Presiden UMNO pada 2009, Datuk Seri Najib Razak tiada di atas pentas ketika perbahasan Perhimpunan Agung UMNO (PAU).
Ini kerana beliau prihatin dengan keadaan mangsa banjir yang semakin buruk di Pahang, bergegas meninggalkan persidangan PAU untuk meninjau keadaan di sana.
Sementara itu, Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan ke Mersing, Johor esok.
"Oleh kerana kita sedang mengadakan perhimpunan agung dan mesyuarat ini tidak boleh kita tangguhkan, maka kami bergilirlah, saya akan hadir di sini dalam mesyuarat pada hari ini dan esok saya akan turun (ke Johor).
"Yang penting ialah untuk menentukan segala persiapan yang telah kita buat sebelum ini telahpun beroperasi dan digerakkan di bawah panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya.
Muhyiddin berkata beliau yakin segala aspek termasuk keselamatan, logistik dan bantuan makanan kepada mangsa banjir sudah diuruskan sebaik-baiknya oleh Jawatankuasa Bencana Alam.
"Apa saja bentuk peralatan yang telah kita susun dapat kita gunakan sepenuhnya, untuk menentukan kesan daripada banjir ini tidaklah begitu teruk sekali terutama dari segi menjaga keselamatan dan nyawa penduduk.
"Di samping itu aspek logistik yang perlu kita siapkan baik dari segi makanan dan bantuan lain serta tempat pemindahan itu juga berada dalam keadaan baik," katanya.
Muhyiddin berkata parti Barisan Nasional (BN) juga telah menggerakkan semua sukarelawan parti itu untuk membantu dari segi pemindahan, bantuan bahan makanan serta peralatan kepada mangsa banjir.
"Ini adalah satu malapetaka bencana alam dan kita perlu hadapi serta tangani dengan sebaik-baiknya supaya ia tidak membawa bencana dan juga maut terutamanya kepada penduduk-penduduk kita," katanya.
Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, turut melawat dan menyampaikan bantuan makanan dan segala keperluan kepada golongan yang terjejas banjir di Kemaman.
Antara kawasan yang terjejas banjir ialah Kampung Seberang Tayor, Cerul dan Pasir Gajah. -5/12/2013.