tag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post4049037521516635670..comments2023-10-26T23:16:27.762+08:00Comments on DUNIATIGER: DNA TU MACAM CERITA DALAM CSI KE?Unknownnoreply@blogger.comBlogger37125tag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-50728749638483285432008-07-20T19:59:00.000+08:002008-07-20T19:59:00.000+08:00Kalo Datuk tgk CSI, mengambil sample DNA tak perlu...Kalo Datuk tgk CSI, mengambil sample DNA tak perlu sampai ambil darah Datuk ...

Pakai cotton bud, ambil jer sample air liur ... jadi, yg Polis Beria sangat nak darah DSAI kenapa pulak???

Kalo dalam CSI tu, kalo suspek tak nak beri kerjasama, CSI ambil jer sample air liur dari bekas minuman suspek ..

Bodoh sangat ke polis kita ni sampai susah sangat nak ambil sample DNA DSAI???

LAgi satu, 10 tahun dulu sample darah DSAI dah diambil utk tujuan DNA. Profil DNA tu dah ada dalam database polis. PRofil DNA takkan berubah sebab DNA setiap dari kita ni adalah unik. So, apa yg sibuk sangat nak ambil sample darah DSAI ni??? Nak curah letak kat tilam ker?????Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-33191023153530669702008-07-20T19:48:00.000+08:002008-07-20T19:48:00.000+08:00ya betul..memang byk DSAI buat rakyat kompius lah....ya betul..memang byk DSAI buat rakyat kompius lah..anugerah pemutar skru atau pemutar belit yg patut dia terima kot...suruh ini ada syarat suruh itu ada syarat masalah betul..ni dah bg peluang ni bawa doktor dan pakar sendiri supaya buktikan kebenaran pun tak mau..siap ada cadangan buat live d tv lg tu mcm cadangan d agenda daily pun tak nak? ofer sumpah laknat pun tak nak? so dia nak apa? kompuis lah rakyat mcm ni..kalau DSAI buat laporan polis suruh siasat itu ni dia percaya polis..kalau polis siasat dia pula tak nak? apa punya undang2 lah..kompuis tullllkamal...https://www.blogger.com/profile/16322806955495260601noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-59758086352256860172008-07-20T12:46:00.000+08:002008-07-20T12:46:00.000+08:00HKL menafikan Anwar ditelanjangkan, kita mahu Anwa...HKL menafikan Anwar ditelanjangkan, kita mahu Anwar saman KHL atau memang betul Anwar adalah pembohong dan putar belit negara no.1 !- kluangmanAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-5175907222266401432008-07-19T17:39:00.000+08:002008-07-19T17:39:00.000+08:00sorry jika ini agak panjang, cuma korek balik ceri...sorry jika ini agak panjang, cuma korek balik cerita lama sebagai satu reference:

Berita Harian
Rabu 30 Disember 1998
11 Ramadan 1419

KUALA LUMPUR, Selasa - Seorang pakar forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa contoh darah Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh digunakan untuk ujian DNA kerana ia diambil dan disediakan bagi ujian HIV, Hepatitis B dan VD (penyakit kelamin).

Dr Zahari Noor berkata, oleh kerana itu beliau menolak permintaan polis sebanyak dua kali supaya contoh darah itu digunakan untuk ujian DNA. Menurutnya, ketika di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 28 September lalu bagi mengambil darah Anwar, beliau ditanya oleh Asisten Mohd Rodwan Mohd Yusof sama ada ujian DNA boleh dilakukan terhadap Anwar. Katanya, beliau menasihatkan polis supaya tidak mengambil darah Anwar untuk ujian DNA kerana Anwar hanya memberi persetujuan supaya darahnya digunakan bagi ujian HIV, Hepatitis B dan VD.

"Pada 15 Oktober lalu, Mohd Rodwan dan SAC I (Senior Asisten Komisioner) Musa Hassan datang ke HKL dan bertanya sama ada mereka boleh mengambil contoh darah Anwar untuk analisis DNA," katanya.

Dr Zahari: Kami memberikan empat sebab kepada polis mengapa ujian DNA tidak boleh dilakukan terhadap darah Anwar:

* contoh itu tidak disediakan untuk analisis DNA,

* ia tidak sesuai untuk ujian DNA,

* pendapat kami ialah keputusan ujian DNA itu tidak boleh dipercayai.

* ia boleh membawa keputusan yang mengelirukan kerana kami menyimpan contoh darah itu di dalam bekas biasa tanpa pengawet atau EDTA.

Katanya, mereka kemudian mencadangkan kepada polis bahawa mereka bersedia pada bila-bila masa untuk mengambil contoh darah Anwar di penjara Sungai Buloh untuk ujian DNA jika tertuduh membenarkannya. Saksi pendakwa ke-20 itu memberi keterangan dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Gani Patail pada perbicaraan yang memasuki hari ke-35 itu.

Sebelum itu, Dr Zahari berkata, beliau mengambil contoh darah bekas setiausaha sulit Anwar, Mohamad Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Tahrin dan anak perempuan pasangan itu yang berumur tiga tahun, Farah Afifa pada 29 Julai lalu, bagi ujian DNA.

Katanya, beliau mengambil contoh darah Anwar pada 28 September lalu selepas diminta oleh polis. Bagaimanapun, beliau mengakui HKL tidak menjalankan ujian DNA dan beliau sendiri tidak pernah menjalankan ujian atau mempunyai pengalaman amali dalam teknik terkini DNA kerana ia bukan bidangnya.

Sementara itu, ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela Christopher Fernando, Dr Zahari berkata, contoh darah Anwar itu disimpan selama dua bulan setengah sebelum polis mengambilnya pada 9 Disember lalu, bagi dihantar kepada Jabatan Kimia Petaling Jaya untuk ujian DNA.

Fernando: Kelewatan selama dua bulan setengah ini sebelum ia (contoh darah) itu dihantar ke Jabatan Kimia tanpa sebarang bahan awet adalah kelewatan yang melampau.

Dr Zahari: Ya.

Fernando: Saya katakan, hasil keputusan ujian DNA untuk contoh darah ini adalah sesuatu yang boleh dipertikaikan.

Dr Zahari: Ya.

Selain itu, Dr Zahari berkata, jika ada sebarang bahan pengawet atau EDTA dicampur dalam contoh darah Anwar, ia tidak boleh digunakan bagi ujian HIV, Hepatitis B dan sakit kelamin.

Katanya, tujuan mencampurkan pengawet atau EDTA ialah bagi menghalang darah daripada menjadi beku dan ia perlu dilakukan jika darah itu hendak digunakan untuk ujian DNA.

"Mengikut kaedah standard ujian DNA daripada contoh darah, kami mesti meletakkannya dalam bekas yang mengandungi EDTA dan mesti dihantar secepat mungkin dalam tempoh 24 jam kepada ahli kimia," katanya.

Menurutnya, jika ada sebarang kelewatan, contoh darah itu boleh disimpan sama ada di dalam peti dingin beku dan jika makmal jauh, contoh darah akan dihantar dengan pek ais.

Dr Zahari berkata dalam kes ini, ia terlalu 'lewat mengikut standard biasa' kerana darah itu dihantar kepada ahli kimia hanya selepas dua bulan setengah tanpa sebarang pengawet atau EDTA.

Saksi itu kemudian bersetuju dengan Fernando bahawa keputusan ujian DNA, dengan mengambil kira kelewatan dan ketiadaan pengawet dan EDTA, boleh dipertikaikan.

Katanya, untuk mengambil contoh darah bagi ujian DNA, prosedur khas perlu diikuti dan di atas permintaan Fernando, Dr Zahari membuat penjelasan ringkas mengenainya di mahkamah.

Dr Zahari berkata bagi ujian yang khusus, mereka akan memaklumkan perkara yang dikehendaki serta mendapatkan persetujuan pihak yang terbabit.

"Sebagai seorang doktor, saya perlu menyediakan contoh bergantung kepada kehendak ujian seperti yang dipersetujui pihak terbabit. Sebagai contoh, dalam kes ini, Anwar memberikan persetujuan bagi ujian HIV dan Dr Halim Manzar (Ketua Unit Patologi Forensik) hanya menyediakannya untuk ujian HIV," katanya.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa contoh darah Anwar disimpan di dalam bekas biasa tanpa bahan pengawet atau EDTA dan beliau mengisi borang khas untuk dihantar ke makmal yang akan menjalankan ujian HIV, iaitu Bank Darah Kebangsaan.

Kepada soalan lain, Dr Zahari mengakui beliau mempunyai pengalaman dan pengetahuan mendalam dalam bidang perubatan forensik dan persediaan bagi pelbagai ujian darah termasuk DNA.

Beliau bersetuju bahawa walaupun ada sedikit keraguan bahawa darah itu sudah dicemari, adalah menjadi keperluan kepada ahli kimia untuk mendapatkan contoh darah lain bagi tujuan perbandingan.

Dr Zahari berkata, berdasarkan pengetahuannya, perkara itu sepatutnya menjadi prosedur standard biasa, kecuali, katanya yang bersetuju dengan Fernando, ujian itu tidak boleh dipercayai.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-49080985829210196802008-07-18T21:43:00.000+08:002008-07-18T21:43:00.000+08:00Kadang kadang terasa meluat tengok lagak Anwar yan...Kadang kadang terasa meluat tengok lagak Anwar yang berlebih lebih terhadap isunya, dia cuba sebaik mungkin mengatakan dia telah dikonspirasikan, segala benda dari kecil hinggalah sebesar besarnya dia mempertikaikan segala dan kepada semua pihak, sebagai orang yang disyaki Anwar mahu segala keistimewaan dan dilayan sebagai raja adalah sesuatu yang agak melampau dan 'overacting'

Sikap ini akan memakan dirinya, dari simpati rakyat mungkin beralih arah kerana 'berlakon' dan 'realiti' ada banyak perbezaannya. Rakyat tidak sebodoh dulu lagi khususnya selepas PRU12.Quantum Metal Consultanthttps://www.blogger.com/profile/15332494800874636576noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-7795108031915391142008-07-18T21:25:00.000+08:002008-07-18T21:25:00.000+08:00assalamualaikum tok tigfungsi DNA ni mungkin anak ...assalamualaikum tok tig
fungsi DNA ni mungkin anak tok dah tahu sedikit masa lagi dia akan tahu pula DNA yang dipolitikkan, biasala tok dunia bergerak pantas dan ilmu pengetahuan dapat diakses dengan lebih mudah jika sumber ilmu(internet, astro) digunakan dengan betul tetapi dalam kes anwar dia cuba meraih simpati rakyat tetapi yang timbul keraguan rakyat pula.macam takut2 nak bagi dna, nak bersumpah pon nak kena mintak pandangan peguam..
p/s tok jangan bg anak tgk las vegas, csi takpejunkopilehttps://www.blogger.com/profile/08667561727226077500noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-81784698878263643412008-07-18T18:59:00.000+08:002008-07-18T18:59:00.000+08:00salam En...boleh en Ibrahim memberikan komen dan p...salam En...
boleh en Ibrahim memberikan komen dan pandangan kepada blog yang baru dibuka oleh saya dan bagaimanakah caranya agar posting-posting kita dapat disebarkan dan dikongsikan bersama orang-orang lain.Kerjasama en saya dahulukan dengan ucapan terima kasih..

http://gingerandonion.blogspot.com/APPLE PIEhttps://www.blogger.com/profile/08110871309397565893noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-6270416036786058662008-07-18T18:09:00.000+08:002008-07-18T18:09:00.000+08:00Kepada rakyat Malaysia, yakinlah bahawa kebenaran ...Kepada rakyat Malaysia, yakinlah bahawa kebenaran akan terbukti suatu hari nanti. Sama2 kita nantikan sama ada Anwar tidak bersalah atau bersalah. Sekarang ni kita mungkin dah nampak sedikit clue (Anwar banyak sangat hal untuk mengelak)...Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-85051117904072669602008-07-18T18:00:00.000+08:002008-07-18T18:00:00.000+08:00Masalahnya jika polis tidak ada pendakwaan terpili...Masalahnya jika polis tidak ada pendakwaan terpilih orang tak akan kata.

Menulis pun bukan sekadar untuk menyedapkan hati orang tertentu tapi kerana kebenaran.

Sekarang ni malu nak mengaku dari Malaysia kat sini kerana di tertawa sini oleh rakan dari negara lain. Sebab politik fitnah menjadi jadi, kecekapan polis hanya kes tertentu dan melampau.

Bila di sebut Malaysia dan rasuah dah sinonim sekarang kat luar negara ni. Begitu juga politik membunuh tidak anak jantan.

Malah ada yg mengatakan asabiyah yg mengatakan hanya Melayu terbagus dan bangsa lain kelas kedua makin teruk di Malaysia. Ada yg meramalkan kita akan menjadi Uthmaniyah yg hancur.

Saya tak dapat berkata apa bila mereka meramalkan Sarawak dan Sabah akan keluar dari Malaysia akhirnya.

Orang Melayu kalau rasuah, penipu, pengkhianat tak guna juga. Lebih baik bangsa lain yg bukan jika nilai nilai yg baik itu ada.

Malu melihat bendera Malaysia di depan konsulat di momok momok kan. Ada yg juga berkata inilah akibat 22 tahun dalam cengkaman. Mengapa jiran seperti Singapura boleh maju tapi Malaysia tidak.

Ahh...pening saya...lebih baik saya berhijrah terus ke sini. Walaupun di negara non Muslim tapi nilai islamnya terserlah.

Razak
EropahAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-23081025280003688222008-07-18T17:52:00.000+08:002008-07-18T17:52:00.000+08:00Apa pendapat datuk berkenaan isu DNA ni? Memang ta...Apa pendapat datuk berkenaan isu DNA ni? Memang tak mustahil sampel DNA boleh dimanupulasikan oleh sesetengah pihak. Dalam kes Anwar ni, sampel DNA tu memang diperlukan oleh pihak berkuasa untuk menjalankan sisatan tapi oleh kerana Anwar memang suka buat kecoh, beliau tak bagi sampel DNA beliau diambil kononnya atas nasihat orang tertentu termasuk PAS..Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-81618182572100495182008-07-18T17:46:00.000+08:002008-07-18T17:46:00.000+08:00akum dato.sya dok ingatkan lepas ni DNA kena pi be...akum dato.sya dok ingatkan lepas ni DNA kena pi beli lakot.payah sgt nak dapat.Yang Anwar ni plak ketegaq nak mampuih.dah hang tak salah patut2nya awai2 lagi pi masjid mana2 junjung quran.ni dak sat drama swasta,sat cerekerama,ni dah nak masuk telenovela dah. berat2,ni semua ayaq halia depa punya pasai habih kita jadi caca marba.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-46255372818227117732008-07-18T17:23:00.000+08:002008-07-18T17:23:00.000+08:00Sdr Kluangman,Malaysia akan aman jika semua orang ...Sdr Kluangman,

Malaysia akan aman jika semua orang jadi budiman - berbudi dan beriman. Masalahnya ramai yang terhutang budi dan tidak beriman.ibrahim yahayahttps://www.blogger.com/profile/12360197638326041053noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-88993371991402131162008-07-18T17:20:00.000+08:002008-07-18T17:20:00.000+08:00Bagi Anwar, takde siapa pun yang betul.. Beliau se...Bagi Anwar, takde siapa pun yang betul.. Beliau seorang je yang betul agaknya...Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-13292016527828309072008-07-18T17:14:00.000+08:002008-07-18T17:14:00.000+08:00Sdr Tangansotong,PAS tolak penggunaan DNA kerana i...Sdr Tangansotong,

PAS tolak penggunaan DNA kerana ia pada bila-bila masa boleh dimanipulasi, diada-adakan dan ditokok tambah bagi menafikan keadilan yang sebenar. Ini yang dikatakan oleh DS Hadi semalam.

PAS tolak sebarang tuduhan yang berbentuk andaian dan spekulasi.ibrahim yahayahttps://www.blogger.com/profile/12360197638326041053noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-79776830900633554022008-07-18T17:08:00.000+08:002008-07-18T17:08:00.000+08:00Sdr Youth Attack,Apa yang remaja hendak buat, mest...Sdr Youth Attack,

Apa yang remaja hendak buat, mestilah ada matlamat dan rasionalnya. Jangan hanya mengikut orang terutama kegiatan yang tidak sihat.

Jika mahu masuk politik, kita mesti tahu mengapa kita menyertai bidang politik. Niat itu penting kerana jika niat untuk kaya, maka kita akan kaya tetapi perjuangan akan dilupakan. Jika niat untuk perjuangan, maka perjuangan itulah akan dijadikan matlamat untuk membela bangsa dan negara.

Ada orang sudah kaya, mahu masuk politik kerana mahu kuasa. Ada orang kaya masuk politik kerana mahu kaya lagi. Jika ini dijadikan matlamat, tidak hairan parti akan dipenuhi kuman-kuman rasuah yang menyebabkan UMNO akan parah.

Jika sudah kaya, boleh masuk politik tetapi bermatlamat untuk membantu bangsa macam ada pemimpin Parti MCA. Janganlah apabila kaya dan masuk politik, segala dasar yang dibuat tidak mengambilkira mengenai orang miskin. Itulah sebabnya ada pemimpin Melayu yang hendak buang dasar yang nak tolong Melayu. Mereka kata, orang Melayu jangan jadi bangsa meminta. Apa ni?ibrahim yahayahttps://www.blogger.com/profile/12360197638326041053noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-61581178929189646102008-07-18T16:44:00.000+08:002008-07-18T16:44:00.000+08:00Bagi bloggers yang sudah pasti ada makan esoknya, ...Bagi bloggers yang sudah pasti ada makan esoknya, tidak sabar menanti matahari terbenam untuk melihat 'apa pula esok' akan terjadi...

Bagi yang kais pagi kais petang, yang makannya belum tentu, tentulah cemas melihat matahari makin nak membenam sebab rezeki hari ini belum berbilang, apalagi esok..

Yang berpolitik, mungkin tidak sabar melihat jumlah penyokongnya, semakin susut atau bertambah..

Yang sabotaj dan mengenakan orang, tidak sabar melihat pelanduknya masuk jerat, terkial kial melepaskan diri...

Tuan, bagaimana..Quantum Metal Consultanthttps://www.blogger.com/profile/15332494800874636576noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-41669948738222742202008-07-18T16:01:00.000+08:002008-07-18T16:01:00.000+08:00Hairan juga. Kenapa PAS pun tak benarkan Anwar dia...Hairan juga. Kenapa PAS pun tak benarkan Anwar diambil ujian DNA?... Kenapa ya Datuk.. Anwar ni memang kita dah tau dah.. Memang banyak halnya.. Bagi dia semua yang terlibat dengan kerajaan BN, semuanya tak betul, semuanya salah, semuanya tak boleh pakai.. Habis tu siapa yang betul, kalau semuanya tak betul.. Itulah kalau dah nama Anwar, kita tak boleh kata apa dah. Beliau je yang betul...Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-68064617900651969392008-07-18T15:58:00.000+08:002008-07-18T15:58:00.000+08:00datuk,bukan drama.lebih kepada reality show. haha....datuk,

bukan drama.lebih kepada reality show. haha.bila la ranc. realiti ni nak abis *giggle*.tunggu je la keputusan mahkamah nanti.

tapi cuma nak tanya pandangan datuk,apa pendapar datuk bila para remaja mahu menceburi bidang politik ataupon sekurang-kurangnya ambil pusing akan situasi politik secara lokal dan global?tidakkah remaja nanti akan mudah terpengaruh dengan sesetengah pihak?Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-26839841801992809362008-07-18T15:42:00.000+08:002008-07-18T15:42:00.000+08:00Sdr PK,Ia akan berakhir apabila Mahkamah sudah mem...Sdr PK,

Ia akan berakhir apabila Mahkamah sudah membuat keputusan. Tunggulah.ibrahim yahayahttps://www.blogger.com/profile/12360197638326041053noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-16670023534051201182008-07-18T15:39:00.000+08:002008-07-18T15:39:00.000+08:00Sdr Kluangman,Belang biarlah bertempat. Saya ada k...Sdr Kluangman,

Belang biarlah bertempat. Saya ada kolum Belang Bertempat dalam Sinar Harian setiap hari Rabu. Sahabat saya, Datuk Panglima ParisTemerloh, yang minta saya menulis. Okla tu.ibrahim yahayahttps://www.blogger.com/profile/12360197638326041053noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-66530693616933542812008-07-18T15:37:00.000+08:002008-07-18T15:37:00.000+08:00Sdr Youth Attack,RTM hendak mengeksport drama temp...Sdr Youth Attack,

RTM hendak mengeksport drama tempatan yang banyak sandiwara dan kehidupan rakyat di negara ini ke Korea. Jadi boleh eksport kot ke mana saja yang sesuai cerita sandiwara ini mengikut jejak langkah RTM. Dulu dalam radio ada rancangan sandiwara dan bangsawan. Dah lama daaah.ibrahim yahayahttps://www.blogger.com/profile/12360197638326041053noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-53437762140370781582008-07-18T15:34:00.000+08:002008-07-18T15:34:00.000+08:00Sdr TJ,Datuk Syed Hamid Albar ini anak Halia UMNO,...Sdr TJ,

Datuk Syed Hamid Albar ini anak Halia UMNO, Datuk Syed Jaafar Albar. Tentulah dia ada DNA Halia UMNO yang boleh membuat orang pijar atau panas. Beliau juga seorang Menteri yang pasti sentiasa diperhatikan termasuk apa yang dicakapkan.

Nampaknya, beliau benar-benar mahu membersihkan Jabatan Imigresen daripada sebarang penyelewengan atau rasuah. Ejen kenit memberitahu saya, beliau tidak akan menyokong sebarang usaha mendapatkan tandatangannya untuk menyokong membawa pendatang asing ini. Kawan sekalipun beliau tolak permohonan itu. Kita mendoakan beliau berjaya dalam perjuangan membanteras penyelewengan.ibrahim yahayahttps://www.blogger.com/profile/12360197638326041053noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-18697368575423861092008-07-18T15:29:00.000+08:002008-07-18T15:29:00.000+08:00Sdr Farzain,Takpelah, sebagai orang Islam kita ada...Sdr Farzain,

Takpelah, sebagai orang Islam kita ada Allah SWT yang akan menunjukkan kebenaran.

Kita jangan fikir apa yang kita buat tidak diperhatikan Allah SWT kerana kita berada dalam peti besi, bawah tanah atau apa sajalah. Satu hari nanti rahsia kita akan dibongkarkan juga jika tidak bertaubat. Insaflah.ibrahim yahayahttps://www.blogger.com/profile/12360197638326041053noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-23134086464732685262008-07-18T15:28:00.000+08:002008-07-18T15:28:00.000+08:00Salam Datuk, DNA memanglah boleh dimanipulasikan, ...Salam Datuk,

DNA memanglah boleh dimanipulasikan, kerana antara masalah utama yang terdapat di dalam DNA database adalah kejituannya didalam mengenal pasti seseorang individu itu. Antara masalah yang lain adalah penggunaan nama individu yang lain untuk bukti DNA ataupun nama orang yang tidak pernah wujud langsung.

Disebabkan itu orang ramai mula mengesyaki penyalahgunaan sampel DNA oleh pihak polis ke atas kes-kes tertentu.

Walau bagaimanapun, bukti DNA mungkin boleh dibawa dan digunakan di mahkamah, ataupun pihak defendan boleh meminta bantuan pakar untuk pengesahan kejituan bukti sampel DNA berkenaan, ataupun reliabiliti bukti-bukti berkenaan bersama-sama bukti yang lain (saksi, bukti-bukti tempat kejadian dan sebagainya) akhirnya membenarkan mahkamah membuat justifikasi dimana semua orang harus mematuhi keputusannya.

Kita kini sedang berkata berkenaan sistem sama yang menyabitkan DSAI berdasarkan bukti-bukti yang tidak sebegitu kukuh lagi yang didapati daripada Azizan pada kes terdahulu.

Dalam apa jua kes, penafian terhadap sebarang cadangan yang beliau (DSAI) nafikan walaupun dibolehkan doktor beliau sendiri ada bersama dan juga pertubuhan pasukan forensik yang bebas untuk sampel DNA beliau diambil, sampai bila kes ini akan berakhir?Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-57032924356179300212008-07-18T15:25:00.000+08:002008-07-18T15:25:00.000+08:00Sdr Kutty,Tunggulah, jika ada rezeki TDM akan meng...Sdr Kutty,

Tunggulah, jika ada rezeki TDM akan menghantar komennya dalam blog ini. Ketika itu, sayalah blog yang kedua selepas Rocky's Bru.

Susah juga hendak mendapat pengiktirafan daripada seorang negarawan yang banyak berjasa. Kalau dapat, jadi "angkasawan" lah saya, terawang-awangan. Sabar je la menunggu.ibrahim yahayahttps://www.blogger.com/profile/12360197638326041053noreply@blogger.com