tag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post8210458587362444667..comments2023-10-26T23:16:27.762+08:00Comments on DUNIATIGER: BERZIKIR DI PADANG GOLF?Unknownnoreply@blogger.comBlogger19125tag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-5090062644911136792008-11-27T01:14:00.000+08:002008-11-27T01:14:00.000+08:00hahahahahaa...makna nya dia nak tunjuk kat bini di...hahahahahaa...

makna nya dia nak tunjuk kat bini dia laa..... alim kot

takat main golf toksah dok sembang laa... kalu dok zikir nie buleh laaa. baguih laaa... tapi stroke hang tu melambung la sampai 10 kat par 4. pas tu org belakang menympah 10 bakui....

golf perlu konsentrasi nya tersendiri. toksah dok pembohong la..... tipu bini buleh tapi kalu takat handicap 36 tu toksah main lagi baik...hahahaha

menyusah flightmate ngan orang lain ja. buat dosa ada. tapi good effort bukan nak larang depa zikir tapi nak zikir pun jgn sampai menyusah orang ... tak baik. tak di galakkan..

hang bila nak main golf?Bournehttps://www.blogger.com/profile/17000294581278238779noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-2555529684000150282008-11-26T21:34:00.000+08:002008-11-26T21:34:00.000+08:00Salam Tok Tiger dan pembaca budiman,Saya nak kongs...Salam Tok Tiger dan pembaca budiman,
Saya nak kongsi jugak sedikit pengalaman dalam mengunakan masa begini, Saya dulu selalu ulang alik dari JB ke Machang, saya jarang dengar radio, tapi saya buka kaset Yassin, 5 6 kali ulang, akhirnya boleh saya dikatakan hampir dapat menghafal Surah Yassin, bayangkan dari johor ke klantan yg memakan masa 10 jam, kalau diperuntukan 2 3 jam mendengar sambil ikut membaca, memang mudah kita menghafal, kita pun dapat kurangkan mengantuk, satu lagi jika sekiranya malang menimpa, sekurang kurangnya kalau kita meninggal, bacaan yassin menjadi peneman.
P/S : Pasal mengunakn masa dlm bilik air ni, hehehe saya suka baca surat kbr, kekadang baca blog dan komen pun dlm bilik air.. pakai PDA loorr..Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-24628815182731192112008-11-26T10:36:00.000+08:002008-11-26T10:36:00.000+08:00Cara kehidupan telah berubah berikutan perkembanga...Cara kehidupan telah berubah berikutan perkembangan zaman, pelbagai tugasan harian terpaksa untuk diubahsuai dengan kehidupan harian kita, contohnya apabila kita sesak dalam jalan raya, banyak perkara yang kita boleh lakukan dalam masa kesesakan ini, manfaatkan seminit, sesaat masa yang ada untuk tujuan yang baik termasuk juga keagamaan. janganlah membuang masa yang bernilai..rayliewhttps://www.blogger.com/profile/17529208307699069422noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-20047965027675648352008-11-26T08:33:00.000+08:002008-11-26T08:33:00.000+08:00Tok Tiger,Saya bimbang keadaan akan menjadi terbal...Tok Tiger,
Saya bimbang keadaan akan menjadi terbalik. Kerana permainan Golf adalah sejenis permainan yang mengasyikkan, ketika sembahyang dirumah, sentiasa tidak kyusuk kerana terfikir akan pukulan-pukulan yang menarik ketika dipadang golf.bungarayahttps://www.blogger.com/profile/17076798470727819530noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-5012522829792559152008-11-26T00:20:00.000+08:002008-11-26T00:20:00.000+08:00Salam Dunia Tiger,selalu saya membaca tak pernah p...Salam Dunia Tiger,
selalu saya membaca tak pernah pulak nak tinggalkan komen. Hari ni terbuka hati pulak...
Sebut pasal zikir, baru-baru ni masa saya menyambut ulangtahun saya yang ke ** , saya mintak (huhu...sampai kena minta hadiah ke?) suami belikan al-quran kecil dan juga tempat zikir yang picit2 tu laa... kmdn suami saya kata ok, tapi bab alat kira zikir tu dia buat apa sampai nak kira bila berzikir.... kalau nak berzikir, teruskan jelah tak perlulah nak tetapkan sampai berapa jumlahnya..
bila penat berhentilah...
yelah kan..msing-masing punya cara..

apapun... teruskan usaha menulis sebegini. Kami suka...
Jemput singgah ke blog saya,

terima kasih:
mas ermieyati samsudin
ketua puteri UMNO Melaka
htp://emysamsudin.blogspot.comemyhttps://www.blogger.com/profile/14857584239831479050noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-65528607101357134912008-11-25T21:37:00.000+08:002008-11-25T21:37:00.000+08:00Datuk Tiger,Pegawai Kanan ATM yang bermain golf ca...Datuk Tiger,
Pegawai Kanan ATM yang bermain golf cakap pada u tu mengarut je. Cuba fikir kalau dia main dengan isteri apalah dia nak cakap..tentu mengumpat tak dapat tu tak dpt inilah, bini org tu overlah macam-macam lagi. Masa main golf tu bukan nya satu jam tentu letih kot balik terus tidor. Jadi saya rasa tak percaya lah sebab "ibadah tetap ibadah, hal dunia tetap dunia juga". Kan gituuu

Tiger KertasAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-71686102432048360682008-11-25T20:59:00.000+08:002008-11-25T20:59:00.000+08:00have u read this article recently publish in Berit...have u read this article recently publish in Berita Harian:

Kejadian aneh di padang golf dorong keinsafan
Oleh Kadir Dikoh

PERMAINAN golf bagi mereka yang ketagih dengan sukan boleh menenangkan
jiwa itu, kadang-kala berdepan dengan pelbagai kejadian pelik tetapi
benar-benar berlaku di padang golf di negara ini.
Daripada berbicara tarikh 16 September yang diuar-uarkan sebagai tarikh
keramat peralihan kuasa tetapi berlalu begitu saja atau membincangkan isu
politik yang saban hari semakin rancak, mungkin lebih elok kita bercakap
mengenai sesuatu yang boleh mendatangkan keinsafan sempena bulan mulia
ini.
Pernah satu hari, seorang teman bersama tiga rakannya bermain golf
hingga berlarutan pada waktu malam dan ketika menghampiri dua lubang
terakhir, mereka terpaksa berhenti agak lama kerana ada orang lain sedang
putting di atas green, kira-kira 100 meter di hadapan mereka.
Dalam permainan golf, pemain boleh membuat aduan kepada marsyal jika
permainan pemain di hadapan terlalu lambat. Selepas menunggu begitu lama,
empat pemain yang kelihatan seperti warga Korea itu, masih melakukan
putting berkali-kali sehingga tempohnya tidak boleh diterima akal.
Berikutan itu, lelaki yang bergelar Datuk tadi menghubungi rumah kelab
dan mengadu kepada marsyal untuk menegur empat `warga Korea' itu supaya
bermain dengan laju.
Marsyal itu menjawab: "Datuk.... flight (sepasukan empat orang) Datuk
adalah flight terakhir, tak ada orang lain dah kat fairway (padang) waktu
ini." Mendengar jawapan itu, mereka terus bergegas masuk ke dalam buggy
dan segera pulang ke kelab, dengan tidak lagi meneruskan permainan.
Rupa-rupanya empat `warga Korea' itu bukan manusia. Di kelab itu
kemudian heboh mengenai kejadian aneh itu. Kapten kelab datang dan
bertanya secara lembut, sama ada mereka berhenti menghayun kayu golf
apabila terdengar azan Maghrib berkumandang dari masjid di pinggir kelab
golf eksklusif itu.
Semuanya tergamam dan saling memandang antara satu sama lain.
Bayangkan, jika waktu di padang golf itu, mereka menghampiri 'pemain
Korea' di atas green, entah apa akan terjadi.
Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Syeikh
Zamihan Al-Ghari ketika diminta mengulas berkata, kemungkinan yang
dilihat itu adalah malaikat atau jin Islam kerana syaitan akan lari
sejauh mungkin hingga ke hujung dunia sehingga dia tidak lagi mendengar
bunyi azan.
"Seruan Allah mengajak kepada kebaikan dan begitu juga dengan seruan
azan yang mengingatkan kepada tanggungjawab menunaikan solat. Oleh itu
kejadian pelik yang berlaku kepada kepada pemain golf ini boleh dilihat
sebagai bonus daripada Allah untuk menyedarkan mereka supaya berhenti
sebentar untuk mendengar azan dan solat sebelum menyambung permainan.
"Bagi manusia biasa, hatta yang banyak melakukan dosa juga tidak
mustahil menemui kejadian pelik ini untuk diberi kesedaran dan ini
menunjukkan kekuasaan serta kasih sayang Allah," katanya.
Malah, apa saja kegiatan termasuk ketika seseorang sedang berucap di
khalayak ramai perlu berhenti seketika sewaktu azan berkumandang.
Namun, banyak lagi cerita pelik berlaku, kebanyakannya menjurus kepada
sikap pemain golf yang tidak berhenti seketika apabila terdengar azan
sama ada apabila masuk waktu Zuhur, Asar, Maghrib atau Isyak, bagi yang
bermain golf pada waktu malam. Sesetengah padang golf di sekitar Lembah
Klang, memang ada menyediakan tempat solat di tepi padang golf.
Di padang golf yang lain pula, tidak berapa lama dulu, seorang rakan
bersama kawannya `sesat' apabila tidak terjumpa tempat tee-off (pukulan
pertama untuk setiap lubang) seterusnya selepas selesai bermain di lubang
ke-12.
"Seminggu sebelum itu, saya juga bermain di tempat sama, tiada masalah
dan memang mustahil untuk tidak menemui tempat tee-off seterusnya. Tetapi
kali ini, saya mendapati laluan untuk ke lubang ke-13 itu bagaikan
tertutup.... saya pergi ke kiri, nampak semak... ke kanan pun semak dan
ke depan lagi semak.
"Jalan keluar ialah berpatah balik dan waktu itu jam sudah melewati
1.30 petang," katanya yang nyata juga tidak berhenti bermain ketika azan
Zuhur. Sehingga kini, beliau masih tertanya-tanya insiden itu.
Baru minggu lalu, kejadian aneh turut berlaku di sebuah padang golf
lain di kawasan Subang Jaya apabila seorang rakan yang melakukan pukulan
kedua melungsurkan bola jauh tetapi menuju ke arah pokok sawit, hingga
seakan menyeberang ke fairway di sebelah, memungkinkan bola itu jadi `OB'
(out-bound).
Apabila buggy yang dinaikinya bersama rakan yang juga seorang Datuk
berhenti di atas track berdekatan pokok sawit, bola tidak kelihatan,
hilang. Tetapi kira-kira lima minit kemudian, tiba-tiba bola golf
melantun balik ke arah fairway, bagaikan dilambung atau dicampak oleh
seseorang.
"Saya tengok di celah-celah pokok, kemungkinan ada pekerja yang
mencampak bola tetapi tiada seorang manusia pun di situ," katanya yang
terselamat daripada dikenakan penalti dua strok kerana bola hilang.
Penulis sendiri yang menaiki satu lagi buggy di belakang mereka turut
hairan tetapi saya tidak nampak bola itu apabila ia `tercampak' semula ke
arah fairway.
Banyak lagi kisah pelik seperti bola beralih tempat atau tiba-tiba 18
biji bola berada di atas green yang sepatutnya cuma empat biji selepas
empat pemain mahu melakukan putting, memberi pengajaran berguna.
Di sini, kita perhatikan satu alkisah. Diriwayatkan bahawa Siti
Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka
mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa penyanyi
yang menjadi penghiburnya.
Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan azan,
dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya berhenti untuk
seketika bagi menghormati azan.
Selepas selesai dan menjawab azan, barulah disambung semula, hanya
itulah amalan yang sentiasa dijaganya. Selepas dia meninggal, ramai di
kalangan orang salih bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, "Ibadat
apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu
menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?
Jawab Zubaidah, "Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan
syukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu, ketika
hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja azan sedangkan waktu itu aku
sedang berhibur dan mendengar nyanyian, maka dengan serta-merta aku
menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.
"Itulah ibadat yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan, Allah
berfirman, "Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di
dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka."

Penulis menerima banyak e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan
panggilan telefon daripada pembaca termasuk rakan serta mereka yang tidak
dikenali mengenai tulisan saya di kolum ini minggu lalu bertajuk `Kisah
misteri alam roh beri pengajaran berguna.'
Ramai juga pembaca memberi maklum balas menyatakan mereka atau ahli
keluarga mahupun kawan pernah mengalami kejadian misteri yang serupa
apabila koma. Antara maklum balas paling menarik ialah cerita berikut:
"Seorang kawan saya bukan saja mat rempit, malah kaki judi, minum arak
dan suka berfoya. Suatu malam, dia terbabit dalam kemalangan hingga patah
tulang rusuk dan kaki kanan serta keretakan tukang belakang. Beberapa
hari dia koma di hospital. Pendekkan cerita, apabila sudah keluar
hospital kemudian, maka dia bercerita mengenai kejadian misteri.
"Dia mendakwa melihat alam neraka, ditunjukkan kepada dia,
menyebabkannya rasa takut yang amat sangat apabila disebut perkataan
neraka. Sejak itu, dia sudah bertukar menjadi seorang manusia yang
sempurna, tidak pernah tinggal sembahyang dan meninggalkan semua kegiatan
tidak berfaedah sebelum ini," katanya. Renung-renungkanlah!
* Penulis ialah Pengarang Rencana dan Laporan Khas, Berita Harian
(END)Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-90280317864038334632008-11-25T19:06:00.000+08:002008-11-25T19:06:00.000+08:00main golf tapi teringat untuk bzikir...bagus tu. y...main golf tapi teringat untuk bzikir...bagus tu. yang tak bagus tengah berzikir tapi ingat main golf.R@duanhttps://www.blogger.com/profile/09222334986987646255noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-59125437505870751172008-11-25T17:27:00.000+08:002008-11-25T17:27:00.000+08:00TNU,Mula baca posting diatas tu terkejut juga saya...TNU,

Mula baca posting diatas tu terkejut juga saya mulanya, ingatkan berzikir. Nasib baik ... mampu semak kertas jawapan.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-5761766369709851972008-11-25T16:46:00.000+08:002008-11-25T16:46:00.000+08:00assalamualaikum tok rimaubak kata tun dulu pisau 2...assalamualaikum tok rimau

bak kata tun dulu pisau 2 kalau nak guna potong daging boleh nak guna jalan salah pn boleh, takda salahnya berzikir dimana pn dan pahala brape yg dapat itu urusan Allah s.w.t,
takkan x pernah baca orang yang tak pergi haji dapat pahala haji kerana ikhlas...kalau kamu merangkak kepadaku aku berjalan dan kalau kamu berjalan aku berlari kepadamu...junkopilehttps://www.blogger.com/profile/08667561727226077500noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-39799628831780504472008-11-25T14:12:00.000+08:002008-11-25T14:12:00.000+08:00Bersyukur.Jangan suka mencari kelemahan orang.Mari...Bersyukur.
Jangan suka mencari kelemahan orang.
Marilah kita melihat kebaikan manusia.

Beruntunglah menjadi orang kaya yang beriman dan bertaqwa.

-ADAM AMIN-Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-10213110551086163242008-11-25T14:05:00.000+08:002008-11-25T14:05:00.000+08:00salam tiger?ckp pasal zikir2 ni,saya ada seorang k...salam tiger?

ckp pasal zikir2 ni,saya ada seorang kwn lagi happening punya crita kalu pasal zikir2 ni.

dia jalan p mana2 dia bwa calculator bah mr tiger...kalu dia memandu, jalan kaki, jalan2..pokok nya apa ja dia buat kalu ada terluang dia berzikir ohh.

siap kira lagi takut terkurang,
tiap hari dia mau zikirnya bertambah dan bertambah.

siap bagi petua g mr. tiger kalu mau keluar umah katanya bacalah surah Al-Ikhlas 11 kali. dengan izin Allah perjalanan jauh kan selamat pergi dan balik..bagus juga kawan dgn org mcm ni. ada ah nasiat2 berguna tuk kita.MAWAR BERDURIhttps://www.blogger.com/profile/12325577892665436223noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-91610002925179672252008-11-25T12:32:00.000+08:002008-11-25T12:32:00.000+08:00Salam......Satu idea yang paling bagus bagi mengin...Salam......
Satu idea yang paling bagus bagi mengingati yang maha berkuasa daripada segalanya...
Saya setuju sangat cara die tuh...
Jadikan pengajaran...AKULAH GHAIBMANhttps://www.blogger.com/profile/12386787840249449566noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-57873956618292765842008-11-25T12:22:00.000+08:002008-11-25T12:22:00.000+08:00Hoiiii...Ada ke tuhan larang zikir di padang ?teng...Hoiiii...

Ada ke tuhan larang zikir di padang ?

tengah shopping ?

tengah naik kenderaan ? flight?

siapa bodoh bangang weiii

Ni nak kata cerdik tak...nak kata bodoh boleh jugak..

Baca dan tanya alim ulama dulu...

Berzikir sambil main golf maknanya dia mengisi masa tunggu turn dengan menyebut nama ALlah..

haram ker ?

nak masuk tandas pun kena sebut juga nama Allah

tak tahu doa masuk tandas meh sini denn ajar.Panglima Perang Cyberhttps://www.blogger.com/profile/12764782235683009585noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-43082801368433447042008-11-25T10:31:00.000+08:002008-11-25T10:31:00.000+08:00Lagi tinggi pangkat lagi bangang dan kurang cerdik...Lagi tinggi pangkat lagi bangang dan kurang cerdik. Adakah berzikir di padang golf pahalanya sama dengan berzikir ditikar sembahyang? Adakah berzikir waktu siang hari pahalanya sama berzikir diwaktu tengah malam?Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-79590187869921914712008-11-25T10:24:00.000+08:002008-11-25T10:24:00.000+08:00salam datuk...teringat saya dengan kata2 guru baha...salam datuk...
teringat saya dengan kata2 guru bahasa melayu saya ketika di sekolah menengah kebangsaan agama matang, kuching. beliau juga ketua warden terbaik yang pernah saya kenal.

dia kata, masa tengah buang air besar pun dia masih mampu semak kertas soalan dan membaca hasil2 kerja pelajar2 beliau.

maknanya, beliau tidak mahu membuang masa "melepas" begitu sahaja...

ada baiknya jika kita amalkan...

terima kasih datuk.Tun Nila Utamahttps://www.blogger.com/profile/14527010813106674751noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-78702808052170628642008-11-25T10:17:00.000+08:002008-11-25T10:17:00.000+08:00Satu idea yang bagus bagi mereka yang mampu main g...Satu idea yang bagus bagi mereka yang mampu main golf (maklum lah permainan orang ada-ada). Biasanya kalau main golf mesti berjam-jam. Jadi ada baiknya sambil-sambil main golf tu, eloklah berzikir. Dapat juga pahala. Riadah kalau kena gayanya dapat pahala...Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-82366942510303280142008-11-25T09:50:00.000+08:002008-11-25T09:50:00.000+08:00lain orang lain caranya.kita pun memang digalakkan...lain orang lain caranya.kita pun memang digalakkan untuk ingat kepada Dia tanpa mengira tempat dan masa.jika semasa bersukan pun kita boleh beribadat.tiada masalah tentang itu.berzikir dan bersukan kedua-duanya aktiviti yang sihat untuk fizikal dan mental dan rohani.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-71918419174963173902008-11-25T09:07:00.000+08:002008-11-25T09:07:00.000+08:00Kalau surau jauh, boleh buat sembahyang berjemaah ...Kalau surau jauh, boleh buat sembahyang berjemaah di atas padang golf.Mohd Nadzri Kamsinhttps://www.blogger.com/profile/03929976725631342540noreply@blogger.com