tag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post6895907853037030852..comments2023-10-26T23:16:27.762+08:00Comments on DUNIATIGER: GIMIK MURAHAN HINDRAFUnknownnoreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-62964324572969358232007-12-06T17:23:00.000+08:002007-12-06T17:23:00.000+08:00Saudara Azman, Datuk Ibrahim dan semua pembaca bud...Saudara Azman, Datuk Ibrahim dan semua pembaca budiman....

Saya sebenarnya dah jelak hendak melayan dan menambah publisiti kepada golongan ini. Namun saya terpanggil untuk menjelaskan lagi apa yang saya kemukakan dalam pendapat saya terdahulu... Izinkan saya.

Saudara Azman,

Seperti yang saudara utarakan dalam komen saudara iaitu "You will never understand other peoples pain unless your in their shoe. Stop talking cock.", saya tidaklah berniat untuk "talking cock" seperti yang saudara nyatakan.

Ia adalah kenyataan yang saya lontarkan untuk renungan kita, bukan kepada pembaca sahaja, tetapi juga termasuklah kepada kepada diri saya sendiri.

Saya memang mengerti perasaan golongan bawahan, kerana saya pun berasal daripada golongan itu, tinggal berasak-asak dalam rumah yang sempit, memakai baju yang diturunkan oleh abang kepada adik, tidur berhimpit-himpit dengan adik beradik dan melihat sahaja kemewahan orang lain bahkan saudara mara sendiri. Atas alasan itulah saya lontarkan pendapat tersebut.

Namun kesusahan yang dihadapi tidak boleh dirintih, apatah lagi menyalahkan orang lain, mahupun kerajaan. Saya berusaha sendiri meningkatkan hidup saya. Bukanlah saya mengangkat diri saya sebagai orang yang berjaya, saya kira masih banyak perlu dilakukan untuk meningkatkan hidup keluarga dan masyarakat, namun Alhamdulillah, 3dengan usaha tidak seberapa ini, saya mampu hidup tanpa mengharap orang lain, waima lagi merintih menyalahkan orang lain. Berusahalah, pasti kita berjaya.

Saya mengatakan demikian atas pendapat peribadi saya, disamping mahu mereka lebih berjaya, tanpa mengira latar belakang mereka. Kita bersimpati dengan memberi mereka bantuan dan nasihat berguna, bukannya melingkupkan mereka dan orang lain yang tidak bersalah dalam hal ini.

Saudara,

Keganasan bukanlah penyelesaian kepada masalah. Tanganilah masalah dengan berhemah, wajar tanpa mengguris perasaan orang lain, bukannya dengan membuat sesuatu yang boleh menggugat kehidupan masyarakat majoriti.

Jika saudara berpendidikan, saudara tentu maklum dengan frasa ini.. "Tiada apa yang sempurna di dunia ini selain Allah Taala". Oleh itu jika kita tinggal di negara termaju di dunia sekalipun, masih ada cacat dan celanya. Malaysia juga tidak ketinggalan. Maka kita sebagai insan, rakyat di negara ini perlu berusaha menanganinya dengan cara betul, saluran betul dan masa yang betul. Kerajaan kita kini diwakili pelbagai komposisi kaum yang sedia mendengar dan memperbetulkan keadaan, dan yang lebih penting menjamin kesejahteraan rakyat.

Perbandingan boleh dibuat, asalkan untuk tujuan kebaikan dan memajukan diri. Oleh itu, saya dengan rendah diri menyarankan saudara belajar daripada sejarah, dan kejayaan orang terdahulu. Tiada kejayaan dicapai dengan mudah, tanpa perit jerih... Percayalah, kejayaan lebih manis jika ia diperolehi dengan cara baik tanpa menyusahkan orang lain. Saya percaya, semua kaum di negara ini mampu mengecapi kejayaan, jika berusaha dan berganding bahu... Insyallah.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3281735958764803727.post-64326109741485110882007-12-06T10:27:00.000+08:002007-12-06T10:27:00.000+08:00You will never understand other peoples pain unles...You will never understand other peoples pain unless your in their shoe.Stop talking cock.Anonymousnoreply@blogger.com