Artikel dalam Sinar Harian (15 September 2013)
Selepas 100 hari mengetuai Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilihat sangat tegas dalam menangani kes penyalahgunaan internet di negara ini, terutama membabitkan penyebaran fitnah dan hasutan di laman sosial. Walaupun dikenali sebagai seorang “ICT-savvy and futuristic-minded man”, anggota Parlimen Kemaman sejak pilihan raya umum 2004 ini, menjalani kehidupan seharian yang sangat sederhana. Beliau masih mendiami pangsapuri yang sama di Desa Pandan, di sini sejak mula menjadi wakil rakyat sehingga sekarang. Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian bersama beliau.
1. Soalan: Apakah pendirian Datuk Seri terhadap fitnah di laman sosial sekarang?
Saya memandang serius perkara ini dan berpendirian pihak berkuasa perlu mengambil tindakan pantas. Kami tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang mengeluarkan kenyataan fitnah. Jika perkara ini tidak dibendung, saya percaya keharmonian negara boleh tergugat dan keadaan menjadi huru-hara.
2. Soalan: Apakah tindakan KKMM dalam menangani isu ini?
Kementerian menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), bertindak cepat menyiasat dan mengesan pihak tidak bertanggung jawab yang menyalahgunakan laman sosial termasuk isu sensitif seperti agama. Mereka yang terlibat dalam fitnah laman sosial ini tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang. Contohnya, kenyataan sensitif mengenai agama Islam melibatkan pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee serta video kontroversi seorang wanita mengenai sambutan Aidilfitri bersama anjing.
3. Soalan: Bukankah pengguna laman sosial dikatakan bebas bersuara?
Memang rakyat di negara ini bebas menggunakan media sosial, namun mereka masih tertakluk mengikut kawalan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang dikuatkuasakan untuk mengambil tindakan terhadap sebarang penyalahgunaannya.
4. Soalan: Apa pandangan Datuk Seri mengenai filem yang mengandungi unsur menghasut dan fitnah?
Selain internet, saya juga menitikberatkan tentang kandungan filem yang ditayangkan di negara ini dan tidak mahu ada filem yang boleh memudaratkan atau mencetuskan pelbagai Oleh itu, saya minta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menilai semula kandungan filem “The New Village” (Kampung Baru) yang bakal ditayangkan bulan ini. Treler filem arahan Ong Kew-Lit itu mencetus kontroversi dan mengundang pelbagai reaksi kerana mengangkat perjuangan komunis sebagai hero bagi membebaskan Tanah Melayu.
5. Soalan: Melihat perkembangan internet, bagaimana usaha boleh dilakukan untuk meningkatkan taraf bidang komunikasi negara?
Dalam usaha meningkatkan taraf bidang komunikasi negara, KKMM cuba mengintai peluang dalam industri pengkomputeran awan berikutan Malaysia dilihat masih mempunyai ruang yang besar untuk penyimpanan server data. Kelebihan infrastruktur, sokongan sedia ada dan tahap bencana alam yang rendah membolehkan negara mengorak langkah lebih jauh untuk bergerak seiring dengan negara maju lain dalam bidang komunikasi.
6. Soalan: Adakah KKMM menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak untuk usaha tersebut?
SKMM dan MDEC berganding kepakaran dengan beberapa pihak untuk memastikan perkhidmatan pengendalian data dapat diurus dengan lebih sempurna. Langkah ini selaras dengan visi dan misi KKMM untuk menjadikan bidang komunikasi negara setanding negara luar. Usaha ini dilihat lebih meyakinkan syarikat asing terhadap kemampuan Malaysia dalam industri itu. Ini secara langsung mengubah landskap industri komunikasi tempatan.
7. Soalan: Bagaimana Datuk melihat kedudukan KKMM sebagai penyalur maklumat yang berterusan?
Selain memartabatkan industri komunikasi negara, KKMM juga bertindak sebagai penyalur maklumat yang tepat kepada rakyat mengenai sebarang perbincangan dan keputusan kerajaan. Contohnya, waktu siaran langsung persidangan Dewan Rakyat telah dilanjutkan menjadi satu jam setengah berbanding 30 minit sebelum ini. Siaran langsung melalui internet turut diperkenalkan bagi persidangan penggal pertama bermula Julai lalu.
8. Soalan: Apakah perkembangan KKMM dalam menyediakan kemudahan teknologi untuk rakyat?
Di bawah tanggungjawab saya, KKMM meliputi perkembangan teknologi dan kehendak semasa rakyat yang inginkan perkhidmatan televisyen secara digital berbanding TV satelit yang ditawarkan sebuah syarikat tempatan. Infrastruktur perkhidmatan tersebut telah dirangka KKMM serta mula dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka siap pada 2015 untuk kawasan Lembah Klang manakala di seluruh negara pada 2017. Kita juga akan memastikan jurang penembusan jalur lebar di seluruh negara akan dikecilkan lagi. Selasa ini saya akan melancarkan Pusat Jalurlebar Komuniti (CBC) SK Telekom di Kuala Tomani, Tenom, Sabah. Setakat ini, kira-kira 700,000 penduduk luar Bandar seluruh negara mendapat manfaat kemudahan akses teknologi maklumat dan komunikasi menerusi penubuhan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) sejak 2007.

9. Soalan
: Dapatkan Datuk jelaskan mengenai PI1M ini?
Pusat ini
membantu penduduk luar Bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi di samping
berpeluang menikmati faedah internet seperti yang dirasai komuniti Bandar
sekali gus merapatkan jurang digital antara penduduk luar Bandar dengan Bandar.
Pusat internet ini juga boleh digunakan untuk penduduk kampong memasarkan
produk perniagaan mereka yang dapat menjana pendapatan. Contohnya di Kunak,
Sabah, seorang pengusaha rumpai laut pernah memperolehi pendapatan mencecah
RM20,000 sebulan selepas memasarkan rumpai lautnya dalam internet di PI1M.
Pusat ini mempunyai peralatan teknologi maklumat dengan penyambungan internet
yang menyediakan latihan dan penggunaan komputer kepada penduduk luar Bandar.
10. Soalan: Bagaimana dengan program pendigitalan RTM?
RTM dijangka mempunyai tujuh rangkaian baharu dan menjadi pentas yang boleh digunakan oleh penyiar swasta seperti Media Prima dan sebagainya malah, ia (yang ini) berasaskan terrestrial (siaran bebas ke udara). Dengan ini, kita perlu membuat persiapan dalam tempoh dua tahun bagi menjadikan rangkaian baharu itu mempunyai kandungan yang bermutu dan bukan sahaja bermutu untuk tayangan, tetapi juga sedia untuk dieksport. Selain bidang penyiaran, program pendigitalan itu membolehkan penyaluran data kepada pengguna dan rakyat di seluruh negara. Pendigitalan membolehkan negara menggunakan spectrum secara berkesan dan mutu penyiaran lebih baik.

11.
Selain RTM, satu lagi saluran televisyen ialah Bernama TV. Apakah perancangan
masa depan televisyen satelit itu?
Kami sedang
menggerakkan usaha untuk memperkasakan saluran berita TV itu supaya jadi lebih
menonjol dan menyerlah. Stesen itu kini diterajui oleh Datuk Ibrahim Yahaya
sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya.
Beberapa perancangan disusun dan akan dilaksanakan bagi membolehkan
Bernama TV menjadi suatu saluran berita dan maklumat yang lebih berkesan
selaras dengan kehendak pucuk pimpinan negara. Bernama TV akan dijadikan
saluran berita 24 jam yang bukan saja memuatkan bahan berita tetapi juga
dokumentari bermaklumat untuk orang ramai. Stesen ini juga akan memperbanyakkan
laporan berita terkini bagi memastikan rakyat mendapat maklumat ‘real time’.
Begitu juga Radio 24 yang semakin diminati pendengar.
12. Soalan: Apa pandangan Datuk Seri terhadap peranan media?
Selain meningkatkan mutu komunikasi negara, peranan media juga sering menjadi keutamaan KKMM bahkan menganggap media sebagai ejen penting untuk membentuk budaya politik yang baik dalam negara. Ketika dalam suasana pilihan raya khususnya, media arus perdana dan media alternatif perlu memainkan peranan mengasuh rakyat serta ahli politik untuk menerima keputusan yang dibuat rakyat dan menghormati antara satu sama lain. Saya akan mengadakan pertemuan dengan pengarang berpengalaman tidak lama lagi untuk berbincang mengenai usaha memantapkan peranan media di negara ini. Pengarang bepengalaman pasti mempunyai idea berguna untuk memastikan penyaluran maklumat yang lebih berkesan dan bermatlamat.