Sunday, May 31, 2009

CATATAN SEORANG SAHABAT

Oleh Hishamuddin Aun

TARIKHNYA 10 Mei 2007, lebih sedikit daripada dua tahun lalu. Tempatnya adalah Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur. Di sanalah, ia menjadi titik tolak kepada tersematnya suatu kesedaran bahawa di sebalik manusia itu dikatakan berupaya merancang, Tuhan juga adalah penentu segala-galanya.

Selama enam jam dari jam 9 pagi, sekumpulan doktor pakar melakukan pembedahan pintasan koronari ke atas saya sesudah 10 hari sebelumnya disahkan lima tempat yang tersumbat hingga boleh mengancam nyawa.

Tiada simptom sebelumnya. Tiada rasa tercungap-cungap, jauh sekali kesakitan di dada. Sebaliknya, cuma pemeriksaan rutin yang membawa kepada penemuan itu untuk sesuatu yang lebih buruk terhindar kesudahannya.

Semuanya boleh dipersalahkan kepada gaya hidup, pemakanan, tekanan kerja, merokok, kurang bersenam, keturunan dan kurangnya rehat yang sempurna. Lantaran sebab itu juga, hospital tidak akan pernah ketandusan pesakit yang menjadi modal perniagaannya.

Pembedahan itu sukses, kata doktor. Sejurus tersedar, apa yang dimaklumkan hanyalah langkah pemulihan, termasuk terapi, senaman berterusan, perubahan gaya hidup, penjagaan pemakanan dan pastinya pergantungan kepada ubat-ubatan.

"You just listen and let me do the talking. I've been through it, so I know. Rest well and don't even think of work. Believe me, you will feel so much better after this. Take good care of yourself," kata satu suara menerusi telefon bimbit.

Dalam keadaan masih khayal daripada saki-baki ubat bius pada waktu itu, harus saya tidak tersilap untuk menyedari ia adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Datang daripada pemimpin tertinggi negara, ia umpama penawar yang boleh menyembuhkan dengan serta-merta.

Ramai lagi yang membuat panggilan daripada golongan atasan hinggalah kepada rakan dan kenalan cuma ia dihindarkan daripada pendengaran saya. Semuanya berpesan-pesan sambil mendoakan kesejahteraan.

Harus ia sudah hampir kepada tengah malam hari yang sama apabila saya dikejutkan dari tidur. Wad ICU yang menempatkan saya sesak dengan lima doktor pakar dan sekumpulan jururawat. Semua mereka nampak cemas.

"Apa yang kamu rasa?," soal seorang doktor pakar. "Sebelah daripada paru-paru kamu tidak berfungsi. Kamu perlu bergantung kepada alat bantuan pernafasan. Kami sedang mengusahakan yang terbaik dan kamu akan menerima rawatan dalam keadaan koma."

Pandangan terakhir saya adalah kepada isteri yang berlinangan air mata dan hanya sejurus kemudian, corong gas diserkup ke hidung untuk saya beralih ke alam yang sama-sekali berbeza, dengan cahaya terang-benderang atau gilang-gemilang di sekeliling.

Harus ia satu mimpi yang panjang atau kata sesetengah orang, bermulanya pengembaraan ke alam roh. Bagaimana mungkin ia tidak kerana mereka yang menemani saya ketika itu adalah ayah, datuk dan nenek yang semuanya sudah lebih dulu meninggalkan dunia ini.

Lapan hari lamanya detik-detik itu dilalui. Segala-galanya terasa sangat tenang dan selesa, tiada siang mahupun malam. Tiada pun kebimbangan terhadap dada yang berparut panjang atau jantung yang mungkin kembali meragam.

Banyak juga yang dapat diperhatikan di antara kebaikan dan kejahatan. Di sana, penghuninya hanya berbeza di antara mereka yang berjubah putih atau berselubung hitam. Ramai sekali yang berzikir-zikir, ramai juga yang mengerang dan meronta kesakitan.

Setiap waktu daripada tempoh lapan hari itu terisi dengan pengembaraan panjang bertemankan arwah ayah hinggalah sampai kepada pesanan terakhirnya untuk saya pulang sambil dia beransur-ansur hilang di sebalik cahaya yang gilang-gemilang.

Khabarnya, selepas lama terbaring kaku di katil ICU doktor sepanjang waktu itu memaklumkan keadaan saya masih tidak berubah daripada tahap 50-50 saya meronta-ronta dengan kuat sekali untuk sejurus kemudian kembali sedar.

Selama 22 hari seterusnya saya menghuni Pusat Perubatan Pantai dan dua bulan selepas pembedahan, kembali bekerja semula. Segala ingatan dan pesanan untuk mengambil mudah tugas di pejabat, tidak pun dapat bertahan lama.

Tugas dan tanggungjawab akan segera mengambil alih apa juga ketahanan diri untuk sekadar melakukan yang minimum. Di sebalik semua itu pun, tidak akan pernah ada kekurangan bahan untuk diperhalusi, tidak akan pernah cukup perkara untuk dibimbangi.

Dalam pada itu, bukanlah juga menghairankan jika ramai yang berkeinginan menjadi ketua pengarang akhbar satu jawatan yang sering dikaitkan dengan kuasa dan glamor.

Lantaran itu jugalah, mereka yang belum mengecapinya akan berasakan banyak lagi yang boleh mereka lakukan jika diberi peluang di kerusi panas itu sambil sebilangan yang pernah mendudukinya, seakan-akan tidak berupaya untuk melepaskannya terus.

Sepanjang mengisi jawatan itu, akan ada ramai kawan dan kenalan baru. Sambil itu, akan sentiasa ada kawan lama yang memilih untuk memusuhi. Harus itu sudah lumrah kerana tidak mungkin semua mereka dapat dipuaskan hati.

Sudah resmi jawatan itu untuk membuatkan ramai yang terdorong untuk penjawatnya kurang dihargai dan terhindar untuk disukai atas alasan yang pelbagai daripada berbeza pendirian, tidak sama aliran atau sekadar iri hati.

Tambahan pula dengan landskap politik negara yang sudah banyak berubah serta asakan media baru yang seakan-akan tidak terikat dengan batas moral dan lunas-lunas perundangan, kesalahan dan kekurangan terlalu mudah untuk dicari.

Itu sentiasa menjadi risiko bagi mana-mana ketua pengarang akhbar arus perdana, yang kuasa dikatakan dimilikinya, tidak seperti dibayangkan sesetengah orang. Di sebalik kuasa yang ada padanya, di atasnya ada kuasa lebih besar. Di atas kuasa lebih besar itu pula, ada kuasa maha besar.

Paling sukar ialah untuk mendapatkan keseimbangan di antara kehendak pemilik akhbar dan golongan sasar pembaca. Ia umpama selimut pendek yang jika dada ditutupi, kaki akan terdedah. Begitu jugalah sebaliknya.

Tidak akan pernah ada cukup halaman untuk memuatkan kehendak kedua-duanya dan andainya dapat dilakukan demikian sekalipun, tidak akan ada jaminan ia mampu memuaskan hati semua.

Pada hari-hari terakhir bergelar ketua pengarang, masih ramai yang mendatangi saya untuk memberi kata-kata perangsang, terutama Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya, dengan cerita penglipur laranya.

Sekonyong-konyong di sebuah negeri antah-berantah, rajanya sentiasa mendapat pelajaran daripada nujumnya mengenai hikmah di sebalik sesuatu musibah kebakaran besar akan membolehkan rumah dan kemudahan baru dibina, manakala banjir besar yang melanda negeri pula akan menyuburkan tanah untuk rakyat menikmati hasil bercucuk-tanam.

Diceritakannya raja itu yang pada suatu hari mahu keluar memburu bersama sekumpulan hulubalang, terpotong ibu jari tangan kirinya ketika asyik memotong sebiji buah mangga.

Murka apabila dimaklumkan kejadian malang itu juga mempunyai hikmah, raja memerintahkan nujum berkenaan dipenjarakan sambil rombongan diraja itu meneruskan pemburuan.

Hendak dijadikan cerita apabila sampai di tengah belantara, raja itu ditangkap sekumpulan manusia purba yang memakan orang tetapi dirinya terselamat dan dilepaskan setelah didapati kecacatan pada ibu jarinya yang kudung.

"Benarlah ada hikmah seperti dikatakan nujum," kata raja, yang bagaimanapun tidak berpuas hati apakah hikmah buat nujum itu dipenjarakan. "Hikmahnya ialah patik terhindar daripada dimakan manusia purba jika ikut berburu," kata nujum itu.

Kepada semua pembaca, maaf jua dimohon.

(Renungan Rimau : Semua yang berlaku ada hikmahnya waima satu kehidupan. Saya pernah bertanya kepada seorang pakcik di kampung mengapa semut yang begitu kecil peranannya sehinggakan ada yang berbisa dan menyakitkan, wujud di muka bumi ini. (soalan bodoh gamaknya) Secara selambanya, pakcik itu memberitahu saya, jika semut tiada, tabiat manusia yang suka mengeluarkan cebisan makanan yang terselit di gigi, akan membentuk menjadi gunung. Semutlah yang mengalihkannya atau membawa masuk ke sarang mereka. Betul juga.)

Saturday, May 30, 2009

ANTARA NYANYUK DAN BIOL


Semakin ramai yang biol sekarang kerana menyokong pemimpin komunis. Adakah mereka sudah hilang akal atau mahu bermain dengan isu berkenaan untuk meraih simpati politik? Memang bodoh. Adakah mereka sudah biol lantas sanggup membiarkan isu menyokong kepulangan komunis itu mendapat tempat? Sudah gilakah mereka ini?

Amat menyedihkan pula ada veteran politik yang mengikut sama rombongan Tun Abdul Razak Hussein ke China kini sudah nyanyuk dengan menyokong kepulangan komunis itu. Apa sudah jadi? Bendul betullah mamat ni. Apakah veteran politik itu pun biol dan hilang akal sehingga tergamak mengeluarkan kenyataan itu. Atas apa alasan yang diberikan memang salah dan bodoh. Nokhtah.

Saya yakin selepas ini, senang saja beliau akan menyatakan media yang salah membuat liputan dengan 'kata-kata bodohnya' itu. Saya rasa orang macam ini perlu dibuang jauh-jauh ke dalam hutan atau laut yang penuh dengan jerung ganas.

Sudah gila ke sokong komunis yang banyak membunuh dan merosakkan harta awam. Orang macam ini begitu mudah 'meminta maaf' tetapi mereka begitu ganas membunuh orang terutama orang Melayu tanpa belas kesihan.

Bayangkan tindakan mereka memotong leher orang Melayu, menikam suami isteri yang tidak bersalah, memotong apa saja yang teringat di fikiran mereka. Orang macam inikah yang kita mahu sanjung? Halo...pegi dah.

Carilah tempat lain, kalau hendak balik. Yang sudah biol dan hilang akal pun boleh ikut mereka ke tempat yang terbaik. Mungkin di Bhutan kot? Tentu orang Bhutan pun tidak akan menerima mereka. Yelah, mamat yang suka bunuh orang.

SIRIH PULANG KE GAGANG

Rocky sudah pasti balik ke Malay Mail.

Ejen kenit memberitahu saya, Rocky akan balik menjadi Editor In Chief (EIC).

Walaupun beliau ditawarkan menjadi CEO atau Ketua Pegawai Eksekutif tetapi Rocky nampaknya lebih gemar untuk menjadi EIC. Lagi best kot.

Apapun, ejen kenit turut menyatakan kawan saya, DIMN, akan menjual sahamnya dalam Malay Mail dan beliau akan mendapat untung. Baguslah tu. Berniaga untung bukan buluh kasap.

Kalau terus pegang syarikat media itu, beliau mungkin boleh rugi RM1 juta sebulan. Perrrghhh. Banyaklah pulak.

Buat Rocky, tahniah orang Mastana. Bolehlah tolong promosikan program RTM.

Ejen kenit juga memberitahu saya bahawa bekas pengarang kanan UM dikatakan amat selesa di Petronas dan tidak mahu menerima jawatan di TV3.

Saya amat setuju dengan anda. Sudah tua-tua ni, memang ceramuk dan bengong jika jaga Bilik Berita. Macam-macam benda. Kadangkala berserabut jika tidak biasa. Hanya tuhan saja yang tahu kemelutnya. Cukup-cukuplah.

REBUTLAH BANYAK PELUANG DI CHINA

Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ke China awal bulan depan adalah satu detik bersejarah bagi negara ini. Peristiwa penting bagi Perdana Menteri keenam yang sejak memegang jawatan memperkenalkan SATU MALAYSIA.

Selepas lawatan ayahandanya, Tun Abul Razak ketika memegang jawatan Perdana Menteri, kini seorang lagi pemimpin dari Pahang akan menurut jejak langkah untuk melawat China, negara besar yang menyediakan pelbagai peluang perniagaan.

Lawatan ini sudah tentu akan membuka lebih banyak peluang kepada usahawan Malaysia untuk menerokai negara yang terkenal dengan tembok besarnya selain menjalinkan hubungan kemasyarakatan termasuk seni dan budaya.

Malam tadi ketika bersembang dengan seorang rakan, beliau menceritakan peluang perniagaan yang amat besar di China. Amat besar. Hanya perlu pandai mencari saja.

Beliau yang menjalankan perniagaan pellet besi menyifatkan sebelum berlakunya Olimpik Beijing tahun lalu, China adalah lombong emas bagi usahawan besi kerana pelbagai prasarana yang ingin dibina sempena temasya sukan terulung di dunia.

Peluang ini masih banyak dan usahawan tempatan boleh segera memulakan langkah. Jika yang sudah bertapak di sana, mereka perlu mencari peluang lain yang mampu mempertingkatkan eksport barangan tempatan.

Bagi usahawan tempatan yang mengikuti lawatan PM nanti, jangan lupa untuk mencari rakan niaga untuk memperkembangkan perniagaan. Bukan mencari 'rakan lain'. Atau mencari perkara bukan-bukan. Iskh iskh iskh ishkh....takde kerja lain ke?

Semoga DRH sentiasa berada dalam keadaan yang baik menjalankan tugas di sana. Begitu juga Yazid, Sayuti dan semua petugas RTM.

Ikan seluang Lubuk Cina
Jantan betina tahu kelibat
Banyak peluang di negeri China
Rebut segera jangan terlambat

Wednesday, May 27, 2009

P RAMLEE PELOPOR SATU MALAYSIA

Jumaat ini genaplah ulangtahun pemergian seniman agung allahyarham TAN SRI P.RAMLEE ke-36.

Sebagai entiti yang peka merancang pelbagai aktiviti berkaitan SENIMAN, RTM akan bekerjasama dengan Finas dan Filem Negara untuk menerbitkan tiga dokumentari khas mengenai kehidupan Tan Sri P. Ramlee.

Dokumentari yang akan dihasilkan itu, turut dijadikan bahan arkib oleh RTM untuk memudahkan orang awam membuat rujukan dan mengetahui lebih mendalam, siapa sebenarnya P. Ramlee, baik di luar mahupun dalam lingkungan seninya.

Bagi Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr.Rais Yatim, P. Ramlee disifatkan sebagai seorang Seniman tulen.

Hasil seninya merentas masa dan generasi hari ini harus menghargainya sebagai aset paling berharga dalam industri perfileman Melayu.

Bahkan, menurut Datuk Seri Utama Dr. Rais, TS P Ramlee disifatkan antara pelopor konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jelas Datuk Seri Utama Dr Rais lagi, karya seni P. Ramlee yang bersifat sejagat telah menarik minat pengiat filem dari seluruh dunia terutama Amerika Syarikat, Perancis, Jepun dan Indonesia untuk melakukan kajian dan bahan rujukan.

Mereka terdorong berbuat demikian apabila menyedari filem-filem arahan Tan Sri P Ramlee mempunyai elemen penyatuan masyarakat majmuk.

Sempena ulangtahun pemergian P. Ramlee ke 36 tahun, satu majlis bacaan yassin dan tahlil serta sambutan Hari Seniman akan diadakan di Kompleks Studio Merdeka Hulu Kelang.

Semoga roh TS P Ramlee sentiasa sihat dan ditempatkan bersama roh orang-orang soleh.

Tuesday, May 26, 2009

BUKA PINTU, DITEMPELENGNYA SYAITAN

Pagi ini, hendak menceritakan satu bahan jenaka yang boleh dijadikan modal perbualan. Itupun jika sudi.

Ada tiga lelaki nakal yang hendak dikenakan hukuman di akhirat nanti.

Sebelum dikenakan hukuman terakhir, mereka dibenarkan membuat permintaan terakhir.

Lelaki pertama mahu menikmati semua jenis perempuan. Lelaki kedua mahu menikmati semua jenis makanan. Tetapi lelaki ketiga mahu menikmati semua jenis cigar. (Saya pun suka. Sudah 'puffing' selama 30 tahun. Jangan hisap atau sedut tetapi hanya 'puffing'.).

Mereka akan dimasukkan ke dalam satu bilik dan akan dapat merasai apa yang dihajati selama 30 tahun. Wow, 30 tahun...amatlah lamanya.

Maka setelah dinyatakan keinginan mereka, ketiga-tiga lelaki itu ditolak masuk ke dalam bilik.

Selepas 30 tahun, lelaki pertama pun keluar dan menyatakan kepada syaitan betapa seronoknya beliau kerana menikmati semua jenis perempuan. Senyuman dari telinga ke telina. Begitu juga lelaki kedua. Semua jenis makanan dalam dunia termasuk rojak dan cendol.

Tetapi bagi lelaki ketiga, sebaik pintu dibuka, dia terus menempeleng syaitan gondol berkenaan.

Syaitan itu merasa hairan dan bertanya mengapakan lelaki itu bertindak demikian.

Lelaki itu amat berang. Lalu menjawab, "Mengapa aku tidak marah, kamu tolak aku ke dalam bilik tetapi terlupa memberi aku pemetik api. Tiga puluh tahun aku merana. Hanya dapat ambil bau cigar sajalah. Apa punya syaitan.."

Buta sejarah, mata tertutup.
Apabila marah, semua meletup.

Buah durian banyak duri.
Sekian, buat hari ini.

Monday, May 25, 2009

INGAT, KOMUNIS BUNUH RAKYAT

Semalam, saya dapat merasakan bahang kemarahan Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim di Jelebu terhadap pihak yang cuba mengagung-agungkan komunis.

Apakan tidaknya, saya berada di sebelahnya ketika beliau memberitahu wartawan mengenai sikap tidak wajar sesetengah pihak ingin menyanjungi komunis.

Bagi Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu, semua pihak perlu sedar bahawa komunis adalah musuh nombor satu negara ketika dulu sebelum usaha penyerahan diri mereka.

Komunis membunuh ramai rakyat negara ini termasuk orang awam yang tidak berdosa. Mereka juga memusnahkan banyak kemudahan awam termasuk balai polis dalam peristiwa Bukit Kepong. Mereka sebenarnya zalim dan kejam. Akibat perbuatan terkeji itu ramai anggota keselamatan terkorban atau menjadi cacat. Hilang kaki, putus tangan atau buta mata.

Kini, ada pula pihak yang ingin mengetengahkan peranan komunis dan merasakan tidak ada salahnya mengingati perjuangan mereka. Ada pula yang mengatakan bahawa elok juga kita dengar cerita di sebelah mereka.

Apa ni? Sudah gila ke atau buta sejarah? Baru bangun tidur ke?

Marilah kita bersama-sama menentang pihak yang cuba berusaha mengagung-agungkan komunis kerana ia bertentangan dengan budaya rakyat negara ini yang sentiasa menentang musuh negara. Apa? ...orang yang pernah membunuh keluarga kita, mahu diangkat menjadi hero?

Anak polong naik rakit.
Tolonglah membesar sikit (grow up)

Batu kikir ke Inderagiri.
Lu fikir lah sendiri.

Saturday, May 23, 2009

GEGAU MELAKA 2009






Pertandingan Bintang Klasik 2009 Zon Selatan sedang diadakan sekarang di Kompleks Penyiaran Melaka. Pemenang akan 'berentap' di peringkat akhir yang akan diadakan tidak lama lagi.

Friday, May 22, 2009

APAI TINGGALKAN KITA



Sarawak most senior national press photographer Rapaee Kawi passed away at around 11am today while undergoing medical check up at a Polyclinic.

Apai Star, his press world name, left behind a wife and 4 children behind, two boys and two girls.

He is the first Malaysia press photographer using DSLR camera, a Canon that cost roughly RM120,000 while covering Malaysia first Everest expedition.

Being a Christian Melanau with Malay name, Apai has many comical tale to share of being arrested for eating in public during “Holy Ramadhan”.

He is famous for his quote, with or without surname as long you do not trade my “bin” with “anak”.

He is the protem chairman of Sarawak Chapter of Sportwriters Association Malaysia.

His remains is still at the mortuary at press time (13.30 hours) and will be brought to his residence in Batu Kawah.

Toman Mamora, chairman of Sarawak Press Foundation expressed his sadness over Apai demise.

“His passing is a great loss to Sarawak press community,” Toman told Sarawak Update.

RAKYAT PERAK MESTI MENANG

Apapun keputusan petang ini, sudah tentu semua pihak berharap rakyat Perak akan menang.

Sebenarnya, rakyat sudah bosan dan meluat dengan kemelut yang berlaku di Perak.

Tanyalah sesiapa saja di negara ini mengenai kemelut yang berpanjangan ini sehingga mengheret Paduka Sultan.

Kemelut ini menyebabkan ada pihak yang menggambarkan seolah-olah Perak ini tidak aman. Mungkin 'betul' kepada ahli politik berfahaman sempit tetapi tidak kepada rakyat.

Rakyat mahu hidup seperti biasa. Persetankan kepada mereka yang 'sengaja' mewujudkan keadaan yang tidak menentu dan pasti menyusahkan rakyat.

Marilah kita berdoa agar keputusan itu menguntungkan rakyat. Tiada prasangka terhadap keputusan itu termasuk memperlekehkan hakim dan undang-undang di negara ini.

Halo. Membesar lah cepat. Jangan jadi budak kecik.

Thursday, May 21, 2009

AHMAD MASLAN DAN ORANG MUDA

Posting Kedua - 6.40 petang

YB Ahmad juga ditemuramah oleh Klasik Nasional selepas selesai dibawa melawat studio RTM. Dalam temuramah oleh Sdr Sayuti Mukhtar, beliau tanya mengenai Hindraf, pertubuhan haram yang perlu dilemparkan jauh ke dalam laut. Banyaklah jawapannya tetapi yang menarik 'hindarkan hindraf'.

Hari ini, kumpulan haram ini menggila lagi. Minta yang bukan-bukan. Saya ingat kita perlu menyedarkan mereka di mana bumi dipijak dan langit dijunjung. Belajarlah sejarah. Sejarah ini ibarat cermin kereta pemandu yang perlu dilihat ke belakang untuk kehadapan. Jika tiada cermin ini kita pasti menghentam orang belakang. Tak elok main belakang. Berdosa.

Posting Asal - 2.05 petang

YB Ahmad Maslan bertandang RTM pagi ini. Tujuannya ialah untuk belajar dan melawat. Bukan lawatan sambil belajar tetapi belajar sambil melawat.

Baginya, istilah lawatan sambil belajar selalunya membawa pengertian banyak saja melawat, belajarnya sikit. Betul YB. Apatah lagi ke luar negara yang banyak tempat membeli-belah atau pusat hiburan. Perrrgggh.

Beliau ingin mengenal hatibudi petugas RTM dan mahu bekerjasama dengan kami. Silakan YB kerana bagi kami, kecil nyiru, satu Bukit Putra kami tawarkan. Kami pun sedang belajar kerana ilmu ini banyak dan tidak kesudahan jika kita ingin mencarinya.

YB Ahmad yang berusia 43 tahun (masih muda) kini memberi tumpuan kepada MB, MC, ME dan MM. MB ialah Media Bersama, MC ialah media cetak, ME ialah media elektronik dan MM adalah media maya.

Pendekatan Ketua Penerangan UMNO yang baru ini tepat dan perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin untuk memastikan segala dasar kerajaan semasa dapat diterangkan.

Yang perlu diperhebatkan lagi ialah MM selain memantapkan tenaga pengurusan di MC dan ME. Jangan MC terus menjadi sijil sakit. Ini pasti amat menyakitkan.

Wednesday, May 20, 2009

TAHNIAH AHMAD TALIB DAN ZAINUL

Saya sebenarnya sudah mengucapkan tahniah kepada Datuk A Ahmad Talib beberapa minggu lalu. Ketika itu, beliau hanya ketawa kecil dan mengatakan belum dapat surat. Namun, sesi risikan sudah berlaku dan sudah pasti beliau amat mengetahuinya.

Namun, adab orang Melayu yang tidak suka menyombong diri, tentulah hanya ketawa kecil. Tidak berdekah-dekah seolah-olah dunia ini kita yang punya. Tunduk menandakan kesyukuran amat sangat. Inilah hakikat seorang yang suka berdamping dengan anak yatim, satu hari Allah SWT akan memberi ganjaran yang baik.

Saya pun suka berdiam diri sejak dulu walaupun sudah tahu. Sehinggakan isteri pun kadangkala 'kecil hati' kerana tidak diberitahu dengan kenaikan pangkat saya walaupun sudah tahu lebih awal. Sekadar budaya Melayu.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Zainul Ariffin. Kita pernah bersama-sama membuat liputan berita pada sama dulu.

Beliau seorang yang berpengalaman dan pernah berkhidmat di negara Abraham Lincoln. Hakikatnya, beliau layak menduduki kerusi Ketua Pengarang NSTP, kerusi yang 'panas' dan adakala seperti satu permainan kanak-kanak 'kerusi berpusing'. Adakala dapat kerusi, adakalanya 'melepas'atau terlepas. Nasib badan.

Semoga kalian dapat menjalankan tugas dengan baik.

Monday, May 18, 2009

1 MALAYSIA 1 SEKOLAH



Demi kelangsungan hidup Malaysia, saya amat menyokong agar semua rakyat negara ini belajar di bawah satu sekolah. Ia sejajar dengan hasrat PM untuk menjadikan 1Malaysia sebagai perjuangan semua pihak di negara ini. Perjuangan suci murni.

Ini penting dalam usaha kita merapatkan hubungan antara kaum di negara ini. Ini penting dalam memastikan 'persamaan' boleh dijadikan bahan untuk merapatkan hubungan antara kaum yang kelihatan semakin renggang dan dikecamukkan oleh sesetengah pihak terutama bapak-bapak politik yang 'gila kuasa'. Jadilah orang yang jujur, setidak-tidaknya kepada negara ini.

Kita tidak boleh berdolak-dalik dalam hal ini termasuk pemimpin Melayu, Cina dan India di negara ini. Persetankan mereka yang menggunakan isu ini demi kepentingan politik dan jawatan mereka sama ada dalam parti atau kerajaan. Kita sudah 'letih' dan 'bosan' mereka yang mendodoikan 'bahan yang merosakkan'.

Ketepikan kepentingan politik masing-masing tetapi utamakanlah kepentingan negara. Ini perjuangan kita untuk negara bangsa. Berhentikanlah sandiwara yang merosakkan dan tidak menguntungkan negara. Berhentikanlah 'permainan politik' sempit yang menyajikan keretakan berterusan hubungan akrab ini.

Jika kita lambat berbuat demikian maka usaha untuk menyatupadukan rakyat negara ini akan menyimpang jauh. Ketika itu mungkin sudah terlambat dan nasi pula sudah menjadi bubur. Sesal dulu berpendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Sekali lagi, demi memastikan kelangsungan hidup Malaysia, kelangsungan hidup rakyat negara ini, kelangsungan hidup anak cucu, marilah kita menyokong satu sekolah untuk semua.

Sunday, May 17, 2009

ANIFAH AMAN MULA BERCAKAP

(Marah sangat nampak. Gambar oleh AgendaDaily)

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, sudah mula bercakap mengenai 'mainan politik' pembangkang terutama pemimpin Parti Keadilan Rakyat.

Sudah tentu ia menyentuh ramai pihak yang akan terasa dan merasai 'butir-butir' yang diutarakan.

Kini, banyak blog sudah menulis mengenai bahan percakapan Panglima dari Sabah ini. Ada yang menyokong Menteri Luar kita dan ada juga yang mempersoalkannya.

Kita berharap apa yang diutarakan oleh adik Ketua Menteri Sabah itu akan menjadi renungan dalam membuat penentuan pemilihan pemimpin pada masa akan datang.

Berani kerana benar. Takut kerana salah.

(Renungan Rimau : Saya tabik 'spring' kepada Menteri Luar ini kerana fasih berbahasa Mandarin. Bercakap Mandarin 'macam air' terutama ketika di Perak baru-baru ini. Lebih hebat daripada sesetengah pihak di Perak yang berbangga boleh berbahasa Mandarin ketika bertempur di Bukit Gantang. Datuk Anifah juga adalah seorang yang mudah bermesra dengan orang dan boleh dibawa ke tengah dan ke tepi. Perhubungan Awamnya teramatlah bagus.)

Thursday, May 14, 2009

MEDIA JANGAN JADI BATU API

Kemarahan Datuk Dr Zambry Abul Kadir baru-baru ini mengenai sikap sesetengah media yang memberi gambaran tidak betul mengenai apa berlaku di DUN Perak boleh difahami.

Mereka memberi gambaran bahawa Adun BN yang memulakan 'pergaduhan' itu sedangkan umum tahu bahawa yang bertindak seperti 'orang separuh gila' ialah pemimpin DAP yang mahu bergayut pada jawatan EXCO.

Mereka tidak malu dan tidak menunjukkan sifat seorang YB yang sepatutnya berhemah tinggi dan beradab.

Sebaliknya perangai mereka macam 'budak-budak' terutama yang naik keatas meja Dewan yang mulia itu. YB (yang biadab) ini mungkin teringin untuk melakukan watak hero tetapi rupanya beliau adalah 'monyet sarkas' yang ingin menunjukkan 'permainan' politik yang semakin membosankan.

Yang amat menyedihkan ialah membiarkan Raja Melayu menunggu keadaan menjadi 'reda' untuk menyampaikan titah dalam Dewan yang mulia itu. Sungguh kurang ajar.

Dalam pada itu, media tempatan tidak seharusnya menjadi 'batu api' dengan melaga-lagakan pemimpin politik atau menceritakan separuh benar untuk melariskan media mereka. Mereka suka memaparkan seolah-olah apa yang dilakukan kerajaan tidak betul.

Tindakan tidak bertanggungjawab ini akan memporak-perandakan negara. Percayalah.

Mereka sebenarnya tidak sayang kepada negara ini dan mahu melihat Malaysia bermandi darah.

Wednesday, May 13, 2009

RAKYAT PERAK PERLU BERTENANG

Persetankan mereka yang suka mengambil kesempatan daripada kemelut politik Perak sekarang.

Yang penting Darul Ridzuan perlu aman dan harmoni. Negeri itu perlu dibenarkan bernafas dengan selesa. Tiada pihak yang perlu menutup ruang penafasan penduduk Perak dengan kekotoran politik mereka. Kebusukan hati nurani mereka.

Rakyat Perak perlulah memahami apa yang berlaku sekarang ialah proses demokrasi yang luhur.

Ia adalah proses perundangan biasa apabila ada pihak yang memilih mahkamah sebagai jalan terakhir untuk menentukan 'nasib' mereka. Apabila keputusan telah ditetapakan, apa yang perlu dibuat ialah akur dan menghayatinya. Jangan kelabu dan gundah gulana.

Adalah malang apabila ada pihak yang 'bersorak' apabila keputusan menyebelahi mereka tetapi 'mengeluarkan kata nista' jika ia dilihat 'tidak menguntungkan'.

Ini sikap golongan yang rendah martabat dan lemah jatidiri. Mahu menang selalu sedangkan mereka tahu proses perundangan dijalankan dengan sempurna. Insaflah.

Tuesday, May 12, 2009

AMPUN TUANKU, DOA CEPAT SEMBUH

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dibenarkan keluar daripada Pusat Perubatan Stanford University di Palo Alto, California, pada Isnin selepas menjalani pembedahan injap jantung di situ pada 2 Mei lepas.

Doktor peribadi baginda, Datuk Dr Anuar Masduki, memberitahu Bernama bahawa Sultan Sharafuddin akan menjalani rawatan pemulihan di bawah penyeliaan pakar pusat perubatan itu.

Baginda juga akan menjalani rawatan susulan oleh Dr Craig Miller yang telah menjalankan pembedahan itu.

Selain Dr Anuar, baginda turut diiringi ke California oleh adinda baginda, Tengku Ahmad Shah, Datuk Pengelola Bijaya Diraja kepada Sultan, Datuk Zakaria Abdul Rahman dan Ahli Dewan Diraja Selangor Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir selain pembantu peribadi Kelvin Ong.

(Renungan Rimau : Ampun Tuanku, patik dan rakyat Malaysia berdoa agar Paduka Sultan segera sembuh dan pulang ke tanahair)

Monday, May 11, 2009

MMU MELAKA JOHAN ROBOCON 2009

Balik dari Bhutan Khamis lalu terus bertugas keesokan harinya. Ini amat perlu kerana banyak dokumen yang perlu ditandatangani termasuk permohonan petugas RTM untuk menjalankan tugas di luar negara. Tiada kelulusan, sukar bagi mereka untuk mendapatkan wang pendahuluan dan mengatur perjalanan. Ada yang sudah diselesaikan oleh pemangku jawatan.

Sabtu menghadiri Majlis Ulangtahun Orkes Nirwana (ON) ke 44 di PWTC. ON yang dipimpin oleh Datuk A Rahman Hassan masih ampuh dan mampu membuat persembahan bertenaga. Ia perlu dijadikan contoh oleh kumpulan muzik remaja sekarang. Jangan satu tahun sudah berpecah dan bergaduh. Buatlah berunding.

Semalam menghadiri Robocon 2009 di Stadium Malawati, Shah Alam yang menyaksikan kehebatan anak tempatan mencipta robot. Pertandingan ini adalah peringkat kebangsaan dan pemenangnya dari MMU Melaka akan mewakili Malaysia di pertandingan akhir di Tokyo, Jepun pada 22 Ogos ini.

Syabas kepada pelajar MMU Melaka yang bekerja keras mengalahkan peserta dari seluruh negara.

Thursday, May 7, 2009

PROGRAM CUNGKIL KARYAWAN MUDA

(Sumber: Lukisan dan ukiran yang dirakamkan oleh sami dari Australia, Ven S Dhammika, pada 2005. Gambar kemaluan adalah lambang kesuburan bagi masyarakat di sini.)

Posting Kedua - 10 pagi

Semalam, saya dibawa ke beberapa tempat dalam program lawatan sehari selepas berbincang, bertegang leher dan memberi pandangan dalam mesyuarat sehari suntuk. Mesyuarat itu amat berfaedah terutama dalam menjalinkan kerjasama serantau.

Antara tempat yang dilawati ialah Pusat Perubatan Tradisional, Sekolah Latihan Kesenian, Rumah 'Orang Bhutan' berusia lebih 200 tahun dan pejabat/pusat beribadat Raja Bhutan.

Lawatan ke Sekolah Latihan Kesenian amat menarik perhatian. Di sekolah ini, pelajar dilatih mengenai pelbagai jenis kemahiran termasuk ukiran, membuat rumah tradisional, kraftangan dan membuat pelbagai jenis patung termasuk yang membabitkan keagamaan.

Sekolah di bawah Kementerian Sumber Manusia itu setakat ini berjaya melahirkan ramai bakat-bakat baru dalam bidang yang mungkin akan dilupakan satu hari nanti tanpa asuhan berterusan dan bersungguh-sungguh daripada pihak kerajaan.

Saya menyaksikan pelajar-pelajar diajar bagaimana untuk membuat 'tembok rumah' daripada tanah seperti yang dilakukan oleh masyarakat Bhutan dahulu kala yang amat menarik dan mampu mengekalkan tradisi lama.

Di Malaysia, keupayaan dan kejayaan Aswara dalam mengasah dan memupuk bakat dalam bidang seni sudah memperlihatkan kemampuan organisasi itu. Ia boleh diteruskan dengan pelbagai jenis cabang seni lain yang boleh membantu menyediakan lebih ramai pakar dalam bidang yang diperlukan. Atau bidang yang dilupakan.

Ketika ini, jika bercadang membuat rumah kayu dengan penuh ukiran, sediakanlah wang yang banyak. Apabila kita sudah mempunyai ramai pakar dalam bidang ini, sudah tentu kadar bayarannya pasti mampu dan berpatutan.

Maka usaha menggalakkan rumah yang memaparkan keMalaysiaan boleh dipertingkatkan. Seperti di Bhutan, hampir semua rumahnya mengekalkan lambang kesenian yang tinggi negara itu. Cantik dan menarik.

Posting Asal - 12.02 pagi

Salah satu perkara yang dicadangkan dalam pertemuan di Paro, Bhutan ini ialah mengadakan program untuk menggalak dan melahirkan lebih ramai karyawan muda dalam bidang animasi.

Kesempatan mewakili RTM membolehkan saya menerangkan bahawa Malaysia telah memulakan program seumpama itu iaitu menerusi program kerjasama Filem Negara dan RTM yang dikenali sebagai Karyawan Muda.

Dalam program ini, ramai bakat-bakat baru terutama dalam bidang animasi untuk mengambil bahagian menghasilkan karya pendek mereka termasuk membabitkan skrip mengenai makhluk asing. Jika penonton RTM meneliti program sejak dua tahun lalu, sudah pasti dapat melihat ramai karyawan muda yang berbakat lahir daripada program berkenaan.

Bagaimanapun, dalam cadangan itu di Bhutan, program berkenaan akan membabitkan anggota organisasi yang sudah pasti akan merancakkan usaha mencungkil bakat-bakat baru dari seluruh Asia.

Sudah tentu ini akan memberi kesempatan kepada karyawan muda tempatan mengambil bahagian dalam satu program antarabangsa. Ini secara tidak langsung mampu mengetengahkan bakat-bakat muda tempatan ke persada dunia.

Tidak mustahil lebih ramai anak tempatan mendapat tempat di Hollywood seperti yang sudah berlaku sebelum ini termasuk bekerja dengan Steven Spielberg ataupun DreamWorks.

Tidaklah kita hanya sibuk untuk mencungkil bakat dalam bidang nyanyian saja. Amacam?

Semoga program seumpama ini cepat dilaksanakan.

Wednesday, May 6, 2009

KEDINGINAN YANG MEMERITKAN

Malam tadi, majlis makan malam. Luarbiasa sikit. Penganjur ingin membuatnya di taman. Garden party. Perrgggh. Kesejukan malam di Bhutan. Teramatlah sejuk walaupun menggenakan pakaian tiga lapis. Abang Putra dan Parpu Kari pun tidak akan dapat menahan kesejukan....walaupun mereka ada tayar spare.

Unggun api hanya satu saja dan tidaklah besar sangat. Maka ramailah yang berkerumun. Tiada cukup tempat, maka terus kesejukan. Hanya Allah SWT yang tahu betapa peritnya. Betapa sejuknya sampai ke tulang. Tulang makrifat. Apa nak buat. Ada masa memerlukan kesejukan. Ada masa amat memeritkan. Sabar je lah.

Kami dihidangkan dengan pelbagai tarian dan lagu tradisional Bhutan. Makanan? Berhati-hati saje la. Makan kacang dan kentang goreng. Sayur pun tengok juga. Ada daging tak makan. Malam ini tiada ikan pula. Apa nak buat.

Bhutanese traditional songs and dances can be broadly classified into two categories i.e. Zhungdra (classical) or Beodra (folk). Sacred masked dances (more like Balinese dances or our makyong) are a separate category and are normally performed by monks at annual festival.

Seven type of dances were performed last night i.e. joenpa legso, longkho tashi yangcha, dramitse ngacham, lhojong menjong, shatsam, ringu la zidha and emochilay. (too many? dancing in the dark? perrgggh).

Malam tadi diakhiri dengan lagu tashi laybey.

According to our host BBS, this song wishes good fortune and sucess to us. It is auspicious to conclude the night by singing and dancing tashi laybey. Perrrggghh. Tiger dancing.? No..no....just walking and waving my hands. (The dance....Halo...Not head banging la..but more like tarian Sumazau). Gadafi and Azmah...you all should try this dance. Peerrrggh again.

Kesejukan malam yang memeritkan. Teringat R. Apa nak buat. Sendiri tanggung, sendiri rasa.

Tuesday, May 5, 2009

KEDINGINAN YANG AMAT DIPERLUKAN

Posting Keempat - 6.15 petang (Paro, 4.15 ptg - minum petang)

Tahukah anda burung gagak adalah 'burung negara' di Bhutan. Perrgggh.

Lelaki di Bhutan akan memakai pakaian campuran 'kimono' dan 'skirt'. Ia dikenali sebagai 'gho'. Jika hendak duduk, pastikan anda sentiasa memikirkan bahawa anda memakai skirt. Jika wanita sudah biasa dengan pemakaian skirt itu.

Ada lelaki yang duduk tanpa memikirkannya. Ahhh..sudah tentu pandangan yang pelik.

Apapun, lelaki Bhutan berbangga mengenakan 'gho'. Dengan stokin panjang.

Yang wanitanya pula ialah 'kira'.

(Kira yang dipakai oleh wanita Bhutan. Sumber gambar oleh Ven S Dhammika)



Posting Ketiga - 4.15 petang (Paro, 2.15 ptg - selepas makan tengahari)

Ada cerita dari Bhutan. Seorang wanita berjalan kaki sejauh 500 kilometer semata-mata untuk mengundi dalam pilihan raya. Ya... berjalan kaki sejauh itu. Seperti dari JB ke Perlis.

Dalam perjalanan melalui lebuhraya, ramai yang ingin menumpangkannya. Tetapi beliau tidak mahu. Pening kepala jika menaiki kereta. Jalan pun bagus, boleh kurus badan. Perrrggghhhh.

DIY sebulan di Bhutan? Kurus? Pasti. Gadafi perlu ke Bhutan untuk kurus sikit. Azmah? Murni? N? Ahha....Haida pun sesuai kot. YahMZ dirasakan teramatlah perlu.

Hasrat wanita Bhutan ini murni. Mahu memastikan beliau mengundi dalam pilihan raya. Alangkah baiknya ramai rakyat Malaysia seperti ini. Mahu menjadi pengundi yang bertanggungjawab dan bijak. Jangan semborono. Dapatlah Ahli Parlimen yang suka berhenti...apabila dia suka. Apa ni?

Posting Kedua - 3.10 petang (Paro, 1.10 ptg - berhenti makan tghari)

Pagi tadi terbangun awal. Gara-gara sudah kebiasaan bangun awal. Jam tangan menunjukkan 5.30 pagi. Bersiap sedia untuk mesyuarat sarapan pagi dengan Presiden, jam 7.30 pagi.

Rupa-rupanya baru 3.30 pagi. Bhutan dua jam ke belakang. Ada juga orang macam ini didunia.

Apapun mesyuarat berjalan lancar. Yang pelik, mata tidak mengantuk. Mungkin mesyuarat dijalankan dengan baik tanpa banyak 'cakap' atau 'omong kosong'.

Banyak ilmu dan pengetahuan mengenai anggota pertubuhan. Kelainan yang diperlukan.

Posting Asal - 10.59 pagI (berhenti minum pagi)

Salam dari Paro, Bhutan. Menghadiri satu mesyuarat penting mengenai kerjasama sebenua.

Baru kesempatan untuk berkongsi minda dan pengalaman. Ini kerana jauh di pendalaman dunia. Di bumbung dunia. Tetapi Paro di lembah hening. Telefon genggam terus digenggam. Tiada peluang untuk berkomunikasi.

Apapun, kedinginan di sini membolehkan saya melupakan kesibukan kota.