Saturday, April 27, 2013

PILIHLAH PEMIMPIN BERHEMAH : RAIS



KOTA KINABALU, 26 April (Bernama) -- Rakyat Malaysia seharusnya hanya menerima pemimpin yang berhemah dan penuh diplomasi untuk menjadi perdana menteri bagi meneruskan kesinambungan pembangunan negara ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata rakyat juga tidak harus menerima individu yang mengeluarkan kata-kata kesat terutamanya terhadap pemimpin yang banyak berjasa kepada negara seperti bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Setiap warga negara perlu beri tamparan kepada (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan pimpinannya disebabkan komen itu yang menyalahi nilai-nilai Timur dan perlu menolak mereka daripada menjadi pemimpin.

"Jika perkataan ini boleh diucapkan sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, sudah pasti ia boleh dikeluarkan lagi di masa hadapan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang warga KPKK Sabah di sini, Jumaat.

Rais berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris Jumaat yang melaporkan Anwar sebagai berkata Dr Mahathir untuk 'mati sahaja' daripada berkempen untuk Barisan Nasional (BN).

Anwar dipetik sebagai berkata: "Sudah mau mati, dah 83 tahun. Berapa lama lagi? Kalau dah nak mati, mati saja lah."

Anwar mengeluarkan kenyataan itu semasa berceramah di Kampung Abdullah, Segamat, Johor yang turut disertai calon PKR bagi kerusi Parlimen Segamat Datuk Chua Jui Meng dan calon PAS bagi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya Salahuddin Ayub.

Rais berkata kebiadaban Anwar yang menggunakan perkataan 'mati' semasa berkempen terhadap Dr Mahathir itu seolah-olah mengguris perasaan rakyat kerana perkataan itu tidak seharusnya digunakan khususnya oleh seorang ketua pembangkang yang beragama Islam dan berbangsa Melayu.

Selain itu, Rais juga menempelak Anwar yang silap mengatakan Dr Mahathir kini berusia 83 tahun, sedangkan usia sebenar tokoh negara itu adalah 87 tahun.

Pada majlis itu, Rais menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan sijil simpanan premium bernilai RM1,000 kepada seramai 95 warga KPKK Sabah termasuk Ketua Biro Bernama Sabah Newmond Tibin.

Rais turut menyampaikan Bantuan Seni Kreatif 1Malaysia kepada 27 Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dalam bidang seni dengan setiap organisasi menerima sumbangan RM20,000.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha KPKK Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Datuk Yong Soo Heong.- BERNAMA

Thursday, April 25, 2013

Tuesday, April 16, 2013

PESANAN UNTUK STOPA ALI


Oleh Awang Luku (www.nusantaratribune.com)
Ini kisah pemimpin besag
Hukum agama diputag-putag
Takut kat bini terketag-ketag
Kalau pompuan cukup lekag 
Awal bicara wayang kulit
Memang orang bukan pelesit
Bergoyang-goyang terkepit-kepit
Sampai nampak senjata sulit
Depa kata bukan depa
Itu pelanduk dua serupa
Itulah selalu alasan depa
Kata UMNO punya angkara 
Cakap agama berdegag-degag
Hukum Islam pun depa langgag
Depa ingat kita tak pikiaq
Yang Mana katil yang mana pelenggag
Seluag dalam rona putih
Berkibag-kibag berlapih-lapih
Bila semua bongkaq habih
Baru la kalut dok betepih
Seni senggama ketipang payung
Rambut merah tak pakai tudung
Toksah dok tipu toksah dok muhong
Bangkai gajah macam mana nak tudung
Selak buku tak dak bab
Cucoq kodok kueh karipap
Awat sms I you tak jawab?
You bagi alasan macam-macam sebab
Itulah dialog dalam gambag
Macam mana nak muhong semua dengag
Tuala putih kain kebag
Dok terlentang terkapag-kapag
Apa yang jadi minta simpang
Mai ke Kedah jangan dok temberang
Parti PAS dah tunggang langgang
Sampai rakyat naik bengang 
Pintu taubat masih terbuka
Tuhan melihat jangan leka
Kalau ingat kena niaya
Angkat tangan tadah berdoa. 

- Gunung Jerai, Kedah

Thursday, April 11, 2013

KERAJAAN SEMENTARA BERHAK : RAIS




KUALA LUMPUR, April 10 – Kerajaan interim berhak menggunakan alat-alat kerajaan selagi tempoh kempen pilihan raya belum bermula, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari penamaan calon dan tempoh berkempen barulah alat-alat kerajaan tidak boleh digunakan bagi tujuan parti.
"Tetapi penggunaan jentera kerajaan bagi tujuan pentadbiran dan fungsi eksekutif tetap seperti biasa. Hanya untuk tujuan berkempen alatan kerajaan tidak boleh diguna," katanya ketika ditanya dakwaan kemudahan Jabatan Penerangan digunakan Barisan Nasional untuk berkempen.
Rais berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra disekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India bersama golongan penghiburjalanan dan anggota persatuan Karyawan, di sini pada Selasa.
Beliau juga menjelaskan bahawa jabatan dan agensi kerajaan masih boleh berfungsi seperti biasa mengikut Perkara 38 dan 43 Perlembagaan Persekutuan, iaitu mengenai Majlis Raja-raja dan Akta Fungsi Menteri, walaupun Dewan Rakyat telah dibubarkan.
"Sekarang kita dalam suasana, lingkungan dan ruang tugas kerajaan sementara,kerajaan masih wujud…semua menteri berfungsi dan semua jabatan kerajaan jugaseperti biasa," katanya.
Beliau berkata kecuali selepas penamaan calon, kerana pada masa itu semua agensi dan jabatan kerajaan tidak boleh mengambil bahagian dalam apa jua programmelibatkan parti politik.
Rais juga berkata tempoh siaran 10 minit bagi setiap parti untuk membentang manifesto masing-masing di stesen TV RTM diberi hanya sekali dan bukan untuksepanjang tempoh berkempen pilihan raya.
Katanya berdasarkan perbincangan pihak kementerian dan Jabatan Penyiaran,tempoh itu adalah mencukupi, malah lebih panjang berbanding tempoh lima minityang diberikan sebelum ini.
Beliau berkata tempoh itu cukup bagi membentangkan lima teks muka suratmanifesto dengan langkau satu baris.
"Jadi dalam masa 10 minit, boleh menghuraikan dasar-dasar parti, intisari manifesto dan juga aku janji masing-masing," katanya.
Dalam pada itu beliau berharap pihak pembangkang yang sebelum ini menolakuntuk menggunakan kemudahan itu supaya menukar fikiran kerana peluang itudiberikan adil kepada semua parti.
"Tidak ada sebab kenapa mereka tidak mahu mengambil bahagian kecuali hanyauntuk menunjukkan mereka nak perli RTM atau Jabatan Penyiaran," katanya.
Namun begitu, beliau berkata RTM tetap akan membuat liputan berita di bawahtiga buah stesen TV dan 32 stesen radio mereka, walaupun terhadap pihak yangtidak mahu terlibat menyiarkan manifesto mereka, dengan syarat mereka menjemput.
Dalam pada itu Rais turut menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini yang mahu Majlis Fatwa Kebangsaan meneliti semula semua kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu agama.
"…ini perkara besar…mengejutkan dan tidak pernah berlaku dahulu.Seharusnya Timbalan Perdana Menteri meminta Majlis Fatwa membuat sesuatu yangberi panduan jelas," katanya.
Pada majlis berkenaan, Rais turut menyampaikan sumbangan RM20,000 kepadapersatuan Karyawan dan 80 buah netbook 1Malaysia kepada para penghibur jalanan.
Mengulas mengenai penghibur jalanan, beliau berkata ada cadangan untukmewujudkan skim insurans khas bagi golongan itu.
"Mereka sedang difikirkan bagi mendapatkan liputan insurans sepertimana penyanyi lain dan pelakon-pelakon di bawah perlindungan insurans seniman, dan kami sedang mendaftarkan mereka mengikut jadual biasa," katanya.
Beliau berkata penghibur jalanan wajar mendapat peluang dan pengiktirafan dengan pelbagai bakat tinggi yang mereka ada, justeru pihak kementerian dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, akan terus mewujudkan peluang bagi membantu mereka meningkatkan taraf hidup.

Monday, April 8, 2013

MINDA PONDOK TOLAK PEMBANGKANG

GURUN 8 April - Para ulama pondok sekali lagi menegaskan haram bagi umat Islam memberikan undi kepada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana mereka menyokong pluralisme agama yang jelas menyekutukan Allah.

Ia diputuskan dalam deklarasi Persidangan Ulamak Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz yang berlangsung di Hotel Haverd, di sini hari ini.

Persidangan tersebut yang dianjurkan oleh Yayasan Jiwa Murni disertai oleh kira-kira 200 orang ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Minda Pondok, Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan, Yayasan Pondok Malaysia dan serta beberapa pertubuhan lain.

Deklarasi itu dibuat berdasarkan nas-nas daripada kitab-kitab Ulama Ahlusunnah Waljamaah yang muktabar setelah para peserta mengadakan perbahasan selama tiga hari bermula Sabtu lalu.

Para peserta persidangan itu mendapati perjuangan parti pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP bukan sahaja menyalahi nas-nas tersebut bahkan bertentangan sama sekali dengan Islam serta sesat lagi menyesatkan. - UTUSAN ONLINE

Friday, April 5, 2013

SELOKA OGHANG KEDAH (1)


Hai Oghang Kedah,
Pilihanraya Mai Dah
Kali Ni Hangpa Jangan Dok Buat Mudah
Dulu Hangpa Gagah Besar Macam Gajah
La Ni Hangpa Pecah Melayu Punah Ranah
Harap Pada Pas Hangpa Lekat Getah
Hutan Depa Tebaih Tanah Depa Punggah
 
Hai Oghang Kedah,
Lima Tahun Lepaih Dah
Takkan Dok Betokak Tak Sudah-Sudah
Yang Sudah, Sudah Lah
Tok Sah Dok Seronok Dan Dok Gah
Kalau Tak Ubah Hangpa Sesai Tak Sudah
 
Hai Oghang Kedah,
Kalau Tak Mau Susah Hangpa Kena Ubah
Jangan Dok Biaq Pas Dok Belasah
Kot Besok Tak Dak Apa Nak Mentekedaghah
Krup, Krup, Krup.. Kikih Kerak Nasi Kawah
Masa Tu Baghu Hangpa Wah Wah
Tapi Nak Buat Apa Dah
Dah Terantuk Baru Nak Tengadah
Kalau Tak Ubah Hangpa Sesai Tak Sudah
 
Hai Oghang Kedah,
Yang Dok Di Kl Balik Mai Pangkah
Jangan Dok Eksyen Dalam Banglow Mewah
Hangpa Pun Dulu Ghandok Dalam Sawah
Terlompat Geli Geleman Takut Kat Lintah
Balik Mai Lekaih
Tolong Mak Ngah Dan Pak Ngah
Depa Dok Hap Hap Macam Nak Mati Dah
Harap Puak PAS Pi Giii Rahhh
Harap PKR DAP Lama Mampuih Dah
 
Hai Oghang Kedah,
Jangan Dok Gelabah
Mai Kita Ubah
Yang Sudah Tu Sudah Lah
Hati Gajah Sama-Sama Dilapah
Hati Nyamuk Sama-Sama Dicicah.
 
P/S: “Kepada sesiapa yang kena luku kepala jangan cepat melenting kerana dalam kepala ada otak dan guna otak untuk berfikir dengan bijak dan waras. Sakit kena luku hanya sekejap tapi sakit kerana tidak berfikir akan merana seumur hidup”
 
- Oleh Awang Luku, Kaki Gunung Jerai, Kedah 3/4/13

Wednesday, April 3, 2013

PARLIMEN BUBAR HARI INI

PM akan mengadakan sidang media siaran langsung pada 11.30 pagi ini.

11.32 pagi - belum ada apa-apa lagi.

11.33 pagi - PM dan TPM masuk ke Pejabat Perdana Menteri, Perdana Putra, Putrajaya.

11.33 pagi - PM mula berucap. PM umum bahawa beliau sudah mengadap dan sembah warkah kepada YDPA supaya parlimen ke 12 dibubarkan. TPM disebelah beliau. Mereka pakai tie merah.

11.35 pagi - PM kata pada 3 April 2009, beliau mengangkat sumpah dan memikul tanggungjawab sebagai PM. PM berkata beliau perkenalkan 1Malaysia yang mementingkan Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan berlandaskan transformasi.

11.37 pagi - Kerajaan sekarang janji ditepati dan bukan menanam tebu dibibir. Rekod kerajaan boleh dilihat dalam tempoh empat tahun yang dibuat selama ini.

11.38 pagi - TV1 tunjukkan gambar Menteri Kabinet yang memakai tie merah mendengar pengumuman PM.

11.39 pagi - PM minta jangan sebar perkara tidak baik sehingga mendatangkan keburukan kepada negara. Amalan ini tidak sihat kerana di negara lain pun dibuat dan negara itu yang mendapat masalah berterusan dan pelabur pun lari kerana tidak stabil.

11.40 pagi - Pilihan raya di negara ini dijalankan dengan baik. Semua pihak perlu yakin dengan amalan yang subur ini sejak dari dulu lagi. Perbezaan pendapat bukan penyebab malapetaka atau punca perpecahan. Malah jika diuruskan baik ia mendatangkan rahmat dan membahagiakan negara.

11.41 pagi - PM minta semua pihak berdoa agar PRU13 berjalan dengan baik.

11.42 pagi - PM janji jika ada peralihan kuasa sama ada di peringkat Persekutuan dan Negeri perlu dijalankan dengan tertib. Kerajaan komited dan mendahulukan kepentingan negara. Rakyat Sabah jangan takut dan tunaikan tanggungjawab mereka.

11.43 pagi - Pengundi perlu guna undi dengan baik demi anak cucu mereka akan datang.

11.44 pagi - PM kata beliau dan rakan-rakan amat menghargai kepercayaan rakyat. BN rakam setinggi penghargaan kepada rakyat kerana beri kepercayaan kepada BN. Pemimpin BN akan turun ke seluruh pelusuk negara dan beritahu mengapa BN perlu diberi peluang untuk mendapatkan mandat yang kukuh. Ini untuk membolehkan usaha melakarkan negara yang lebih baik dan sempurna.

11.45 pagi - PM ajak rakyat bersama-sama untuk terus mencapai kejayaan menerusi usaha yang dijalankan selama ini. Mari bersama berganding bahu dan mencapai impian ini. Malaysia maju dan penuh peluang.
Kepada Tuhan kita berserah.

11.46 pagi - PM tamat berucap dan bersalaman dengan TPM dan Menteri Kabinet yang lain.

sekian secara langsung sidang media. lepas ni, pilah mengundi.