Thursday, March 14, 2013

TOHA UNTUK PURPLE WALK



Sebanyak 20,000 toha lengan (arm-band) akan diedarkan oleh KPKK untuk dipakai oleh peserta larian 'Purple Walk' Ahad ini sebagai tanda hormat, kesedihan gugurnya perwira negara dan sokongan padu kepada usaha pasukan keselamatan memerangi pengganas di Lahad Datu. 

Gambar : Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Datuk Mohd Kamil Mohd Ali menunjukkan toha yang dipasang di lengan Tengku Rashidah Hanim Raja Ahmad.

Saturday, March 9, 2013

SAIFUL LAWAN AZLAN


KENYATAAN MEDIA SAIFUL BUKHARI

1. Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapa saya. Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama AI.


2. Demi Allah, Agama Bangsa dan Negara tercinta, Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Saya akan terus Istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di Mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan, sehingga ke akhir hayat.


3. Kepada AI, bertaubatlah. Telah 5 tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.


4. Saya juga memberi amaran kepada AI, walaupun terdesak, jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau.


5. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang beliau hadapi.


6. Walau apapun berlaku, saya yakin KEPADA ALLAH SWT..yang benar tetap benar. Kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun. 


7. Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan Allah, kebenaran, pertahankan anak kandungnya yg menjadi mangsa


8. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.


9. Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik AI ini. 


10. Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah terkorban, marilah sama-sama kita doa dan pertahankan. 


Akan terus Doa, Istiqamah dan Sabar


(MOHD SAIFUL BUKHARI)

Friday, March 8, 2013

OPS DAULAT - TERKINI (8 MAC)

3.45 ptg. Ketua Polis Sabah, Hamza Taib bekata seramai 79 orang ditahan dipercayai terbabit dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.


4 ptg - Pasukan keselamatan Malaysia bersiap sedia menuju ke lokasi pertempuran dalam Ops Daulat bagi menumpaskan saki baki kumpulan penceroboh yang berada di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu di Lahad Datu

5 ptg (Berita Wilayah RTM) Sidang Media KPN dan PAT. 


* PAT dalam sidang media kini kata sejak PM kata pengganas perlu meletakkan senjata tanpa syarat sehingga kini pihak keselamatan tidak mendapat apa-apa berita setelah bertanya Wisma Putra dan juga pihak pengganas.

Ops Daulat diteruskan dan pihak keselamatan memperolehi kejayaan seterusnya.

* Tiada kejadian pertemuran dan PAT percaya saki-baki musuh sedang bersembunyi di tempat-tempat tertentu.

* KPN kata di luar kawasan operasi Polis sudah menangkap suspek yang ada kaitan dengan pengganas.

Polis tangkap dan jalan siasatan dan mengesahkan maklumat tertentu yang didapati berkaitan percerobohan.  Ditangkap di bawah akta baru.

* sejumlah orang ditangkap di luar kawasan operasi.


* KPN menafikan laporan 700 penceroboh masuk ke Sabah dan minta jangan orang mudah terperdaya dengan maklumat yang tidak disahkan oleh pihak keselamatan.

Thursday, March 7, 2013

OPS DAULAT - TERKINI

OPS DAULAT/ BAHAN BERITA

10.5 pagi - FELDA akan bagi RM20,000 kepada dua pejuang negara yang terkorban di Felda dan RM10,000 kepada 6 pejuang lain yang terkorban dalam peristiwa Lahad Datu.

10.25 pagi - (Sidang Media disiarkan oleh TV1 dan TV3 secara langsung) PM akan turun ke Lahad Datu, kata DS Zahid dan DS Hisham dalam sidang media sekarang yg disiarkan oleh TV1 dan TV3. PM turun untuk bagi semangat kepada pejuang negara di Lahad Datu. PM pernah jadi Menteri Pertahanan dan pernah turun di Bosnia-Herzegovina, Timur Leste, Lebanon Selatan (melihat Malbatt) dan Gaza. Ini adalah satu contoh terbaik bagi PM. DS Hisham kata PM memantau keadaan di Lahad Datu setiap detik.

10.26 pagi (Sidang Media disiarkan oleh TV1 dan TV3 secara langsung) KPN dan PAT akan beri sidang media mengenai kedudukan taktikal dan maklumat terkini. Ini dinyatakan oleh DS Zahid dan DS Hisham. Mungkin PM akan membuat sidang media selepas lawatan dan bertemu pejuang. Gambar mopping out akan diedarkan kepada wartawan.

1 ptg (Berita RTM jam 1 tengah hari) * PM juga masyarakat Suluk di Tawau. Mereka beri sokongan penuh kepada PM dan mengecam tindakan pengganas pengikut Kiram.

* Pasukan keselamatan membuat kepungan di darat dan di laut untuk mengelakkan keluar atau masuk pengganas selain memastikan mereka tidak mendapat dan membekalkan makanan, kata Ketua Polis Sabah.

* Saki-baki pengganas di Kampung Tandou diawasi dan pasukan keselamatan sedang memburu mereka.

* Kelab Putera 1Malaysia serahkan barangan dan bantuan perkhidmatan perubatan kepada penduduk terjejas di Lahad Datu. Akan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

1.30 ptg (Buletin 1.30 TV3) Laluan darat dan laut dikepung untuk mengekang pergerakan pengganas termasuk usaha membekalkan makanan kepada saki-baki pengganas, kata Ketua Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.

* Gambar rasmi operasi pasukan keselamatan diberikan kepada wartawan.

1.45 ptg (TV1 lintas langsung) ketibaan PM di Lahad Datu yang diwar-warkan oleh petugas Ibrahim Diman. PM akan masuk ke Pusat Media dan membuat sidang akhbar.

1.47 ptg (Lintas langsung TV3) Paparkan mengenai lawatan PM.

2.45 ptg (Lintas langsung TV1) Ibrahim Diman buat  pengumuman PM sedang dengar taklimat di Lahad Datu sekarang.

3 ptg (Berita Jam 3 TV1) Berita dan gambar PM tiba di Lahad Datu.

3.20 ptg (TV1 buat lintas langsung) nak bagitau PM akan buat sidang akhbar. tempoh dan masa dijangka kerana tahap keselamatan PM.

3.53 ptg (TV1 dan TV3) Sidang Media PM secara langsung. PM puas hati dengan kerjasama erat Polis dan Tentera.

* Model kerjasama Polis dan Tentera ini adalah baik untuk diamalkan pada masa akan datang. PM menyatakan penghargaan kerajaan kepada pasukan keselamatan dan hasil yang diperolehi.

* PM beri keyakinan kepada rakyat Sabah bahawa kerajaan melakukan apa saja untuk kedaulatan dan keamanan Negeri Sabah.

* PM umum Special Security Area daripada Kudat ke Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan Kunak. Buat sementara disediakan beberapa kabin agar kawasan khas keselamatan dibuat dengan segera. Akan tempatkan tambahan kekuatan lebih kurang 5 batalion tambahan tentera dan polis.

* Kedaulatan Sabah akan dipertahankan dan masa depan terjamin dengan langkah kawasan keselamatan khas. PM kata beliau bertemu dengan pemimpin komuniti Sulu dan berikrar mengutuk tindakan yang dibuat oleh kumpulan penceroboh dan beri sokongan sepenuhnya kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Mereka kata mereka tidak akan bantu kumpulan ini dan cinta kepada kedamaian.

* PM kata terima panggilan dengan Presiden Aquino. Presiden Aquino tanya apa reaksi PM mengenai hasrat Jamalul Kiram mahu gencatan senjata, PM bagitau kepada Presiden Aquino, penceroboh Jamalul mesti letak senjata tanpa syarat dan mesti diserahkan kepada pasukan keselamatan Malaysia.

* Isu Sabah sudah muktamad dengan perundangan dan suara rakyat Sabah. Negeri itu sah milik Malaysia. Dalam laporan Suruhanjaya Cobbolt papar dua pertiga penduduk mahu Sabah masuk Malaysia dan diiktiraf oleh PBB. Rakyat mana-mana negara berhak untuk tentukan hak mereka. Jadi ada dua - perundangan dan suara rakyat - soal Sabah dalam Malaysia tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. PM kata jangan sesiapa memandang ringan iltizam kerajaan Malaysia untuk memastikan Sabah milik Malaysia selama-lamanya. PM kata kerajaan akan pertahankan selama-lamanya. Tidak mahu mana-mana pihak dalam dan luar negara mempertikaikannya.

* Kemudahan pengkalan tentera dan polis akan ditambah di Sabah Timur di pantai dan daratan.

* Ada tiga komponen kawasan keselamatan khas iaitu awam, polis dan tentera. Penceroboh perlu serahkan senjata mereka segera dan operasi diteruskan sehingga penceroboh meletakkan senjata. Keutamaan kerajaan ialah menyelesaikan ancaman persenjataan penceroboh.

* Kerajaan bagi tempoh dalam tiga minggu untuk perundingan. Kerajaan bertindak balas selepas mereka membunuh anggota polis. Rundingan adalah cara permulaan untuk selesai. Tempoh untuk rundingan berakhir dan proses ambil tindakan sehingga mereka meletakkan senjata tanpa syarat. Operasi akan terus berjalan sehingga penceroboh meletakkan jawatan TANPA SYARAT.

6.40 ptg. AgendaNews melaporkan 31 penceroboh ditembak mati dalam pertempuran hari ini. KPN dan PAT beritahu dalam sidang media bersama sekarang.

* KPN kata jumlah terkini musuh maut ialah 52 orang. Jumlah ini sejak tempur iaitu serang hendap musuh Jumaat lalu di Kampung Tanduo.



Tuesday, March 5, 2013

DEMI KEDAULATAN NEGARA


Kenyataan Akhbar 
Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Feb 12, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius. 
Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna. 
Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.

Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. 
Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka. 
Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. 
Pada jam 7pagi ini pasukan keselamatan telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo. 
Dato Sri Mohd Najib Tun Razak

PERDANA MENTERI MALAYSIA

( Renungan Rimau : Harap rakyat faham dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan sejak pencerobohan di Lahad Datu pada 12 Februari. Setiap orang harus faham mengapa polis diberikan tanggungjawab dulu kemudian diikuti dengan ATM. Jangan cakap semborono jika tidak tahu maklumat dan undang-undang. Kejadian di Lahad Datu ini membolehkan pasukan polis dan angkatan tentera bekerjasama sekali lagi dalam mempertahakan negara sejajar konsep Lautan Biru).

Friday, March 1, 2013

BELAJARLAH PERISTIWA LAHAD DATU

Oleh Ibrahim Yahaya

KUALA LUMPUR : Terlebih dulu, ucapan Al-fatihah kepada perwira yang terkorban di Lahad Datu hari ini. Semoga roh pejuang ini ditempatkan bersama roh orang soleh dan salam takziah kepada keluarga pejuang yang sudah pasti merasai kehilangan orang tersayang.

Peristiwa Lahad Datu ini sudah pasti akan membuka mata dan minda kita mengenai betapa mudahnya negara ini diceroboh oleh orang luar. Ini kerana sebagai sebuah semenanjung amat sukar untuk kita menjaga setiap inci pesisir pantai kita tambahan pula negara ini sudah menjadi 'gula' yang menarik banyak 'semut' ke sini termasuk kedatangan orang Myanmar ke Pulau Langkawi.

Jika kita menempatkan semua perwira negara menjaga pesisir pantai negara, ia tidak juga akan menyelesaikan masalah ini tambahan pula ada tempat yang terlalu dekat sehinggakan kita tidak dapat membezakan antara orang kita dengan penceroboh. Antara tempat itu ialah Golok dan Lahad Datu.

Selain itu, kegiatan dalang tempatan yang membawa masuk PATI  turut menyumbang kepada kebanjiran orang luar di negara ini. Apatah lagi jika ada pemimpin tertentu yang dikatakan oleh media Filipina terbabit dalam kejadian di Lahad Datu.

Penduduk Sulu dikatakan sering berulang-alik ke Lahad Datu sama ada untuk mendapatkan bekalan atau bertemu dengan sanak-saudara mereka di sini. Sudah tentulah sebelum ini perjalanan mereka tidaklah sukar sangat kerana sifat mereka yang tidak menunjukkan sebarang reaksi yang boleh mengganggu keselamatan negara. Apatah lagi yang datang ialah orang tua, wanita dan kanak-kanak.

Sebelum sebarang penjelasan diberikan oleh kerajaan bagaimana kumpulan penceroboh itu boleh masuk ke negara ini, sudah tentulah 'suasana' yang disebut di atas tadi, pasti tidak terlintas oleh mana-mana pihak ada golongan yang akan berani membuat 'kacau' seperti yang berlaku pada 12 Februari lalu. Ia mungkin didorong atau terdorong.

Apabila penceroboh itu 'sudah berada' di negara ini dengan jumlah yang ramai iaitu dikatakan 180 orang termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua, persoalannya ialah apakah strategi yang terbaik untuk menyelesaikan isu pencerobohan ini?

Sudah tentu pihak keselamatan memikirkan kaedah berperang bukanlah satu strategi yang baik, walaupun ada pihak yang mungkin mahu ia berlaku, sebalik memikirkan pendekatan perundingan yang boleh mendatangkan keadaan 'tepung tidak berselerak selepas rambut ditarik.'

Tidak hairanlah selama lebih dua minggu usaha untuk berunding dan terus mengepung dilaksanakan berbanding tindakan menyerang penceroboh itu yang mahu mengaku bahawa Sabah adalah tanah mereka sedangkan mereka tahu bahawa itu tidak mungkin berlaku pada masa sekarang.

Akhirnya, hari ini pada 1 Mac penceroboh dikatakan mengambil sikap menyerang pejuang negara sehingga menyebabkan tiga terbunuh (sehingga berita ini ditulis) dan 12 orang penceroboh terbunuh seperti yang dilaporkan oleh media elektronik malam ini.

Sudah sampai masanya untuk memastikan urusan kemasukan ke negara ini diperketatkan tidak kira yang mahu masuk itu orang tua, kanak-kanak atau wanita. Asalkan mereka bukan rakyat negara ini harus dihantar pulang atau ditangkap untuk ditempatkan di pusat tahanan.

Penulis yang pernah mencari kapal muhibah (yang membawa penduduk Sabah dan Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya) dikatakan tenggelam di perairan Johor pernah ditahan oleh Kastam Indonesia kerana termasuk sedikit ke kawasan mereka. Setelah diminta naik ke kapal dan penulis menjelaskan perkara itu, kami (bersama jurugambar Ridzuan) dilepaskan.

Itu baru masuk sedikit ke perairan Indonesia sudah ditahan dan sudah tentulah jika ada yang sudah berada di pantai kita dan tidak mempunyai surat yang sah, perlu ditahan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Semoga kerajaan dapat menyelesaikan isu di Lahad Datu seterusnya dan bukan saja rakyat negara ini sedang memerhati malah seluruh dunia pasti mahu menunggu berakhirnya peristiwa bersejarah yang turut diulas oleh ahli politik setengah masak yang mengatakan ia dilakukan oleh parti tertentu dan ada juga pemimpin pembangkang yang suka menyemaikan perasaan benci kepada kerajaan menyatakan kejadian polis terbunuh tidak patut berlaku.