Sunday, June 28, 2009

MALAM SERIBU BINTANG RTM


(Jacklyn Victor pernah menyertai pertandingan RTM)

Posting Kedua - 5.25 petang

Saya ingin mengingatkan rakyat negara ini. Jika ada jemputan, tolonglah jawab sama ada pergi atau tidak bagi memudahkan penganjur menyediakan tempat. Jika datang tetapi tidak menjawabnya, jangan masam muka jika tiada tempat. Mudah saja, sms kata datang atau sebaliknya. Inilah perangai yang perlu diubah pada masa akan datang. Jangan menyusahkan orang lain.

Posting Asal - 4.45 petang

Stadium Negara malam ini akan bergegar dengan persembahan lapan finalis Bintang RTM yang bermula jam 8.30 malam. Ia akan disiarkan secara langsung menerusi TV2 selama dua jam.

Malam Seribu Bintang yang dibawa oleh TM (terima kasih pengurusan TM diketuai Dato' Zam) akan turut menampilkan penyanyi jemputan iaitu bekas peserta pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh RTM termasuk Jamal Abdillah, Jacklyn Victor, Candy Cheah, Dia Fadilla dan Rey, penyanyi Sabah yang menjuarai Bintang RTM 2007.

Pertandingan nyanyian RTM berbeza dengan pertandingan stesen televisyen lain kerana ia mementingkan mutu suara penyanyi.

Tidak hairanlah peserta pertandingan yang dianjurkan oleh RTM termasuk Bintang RTM seperti Datuk Sudirman Haji Arshad, Jamal Abdillah, Datuk Siti Nurhaliza, Ramlah Ram, Rohana Jalil dan Misha Omar mampu mengekalkan kedudukan mereka walaupun munculnya bakat-bakat baru. Tiada 'mi segera'. Bagaimanapun, RTM masih kurang mempromosi 'bintang-bintang' mereka. InsyaAllah diperhebatkan lagi.

Dalam ertikata lain suara yang bermutu membolehkan mereka kekal di persada seni nyanyian.

Semoga RTM mampu mengetengahkan lebih ramai bakat baru pada masa akan datang sesuai dengan tanggungjawabnya untuk menyemarakkan bakat tempatan selain menjadi perakam waktu dan peristiwa. RTM juga adalah institusi yang menyemarakkan budaya, kesenian dan warisan.

Selamat bertanding.

Saturday, June 27, 2009

TAN SRI MAZLAN WARTAWAN BERFIKIR

Tengahari ini, saya menghadiri majlis penyampaian anugerah kepada tokoh wartawan, Tan Sri Mazlan Nordin di Petaling Jaya. Ramai kawan-kawan lama yang hadir termasuk Datuk Hafifi Hafidz, Mior Kamarul, Radzi, Yusof Manaf, Salleh Hamzah, Hanafiah, Rahim, Hamzah Hurmin, Yusof, Kak Bedah, Rosniza dan Amin. Turut hadir ialah Dr Alias Mohamed dan Datuk Rejal Arbee.

Anugerah itu diberikan oleh Persatuan Wartawan dan Penulis Melayu Malaysia kerana mengiktiraf sumbangan TS Mazlan dalam bidang kewartawanan dan dunia penulisan. Ia amat bertepatan dan TS Mazlan seharusnya menjadi 'role model' kepada wartawan sekarang. Wartawan yang sentiasa berfikir dan banyak membaca.

Beliau seorang wartawan yang gigih dan serbaboleh. Berkeupayaan menulis dalam bahasa Malaysia dan Inggeris dengan baik membolehkan beliau antara beberapa orang wartawan yang mampu berbuat demikian. Yang lain ialah AKJ, Ahmad T dan Rejal Arbee.

Wartawan sekarang perlu memahami dan menghayati tugas serta tanggungjawab mereka agar segala hasil karya bermutu tinggi. Penulisan yang bermutu menimbulkan rasa minat pembaca untuk terus mengikuti tulisan kita. Jika hambar, ia tidak akan diendahkan.

Wartawan juga perlu fokus dalam tugas mereka supaya apa yang ingin disampaikan mampu difahami oleh pembaca atau pendengar jika mereka bekerja dengan radio atau televisyen. Fokus ini membabitkan usaha menyediakan latarbelakang dan juga pandangan pelbagai pihak. Bukan tangkap muat atau padding.

Pada masa lalu, wartawan mampu meningkatkan kebolehan mereka kerana mendapat didikan daripada wartawan tersohor seperti Pak Samad atau TS Mazlan. Sekarang ini, bilangan golongan ini sudah semakin pupus atau sudah meninggalkan gelanggang.

Oleh itu, wartawan dan pengarang lama yang 'masuk' semula dalam gelanggang selepas perubahan pucuk pimpinan perlu memberikan tunjuk ajar kepada wartawan baru terutama peraturan yang tidak tersurat seperti 'sembang-sembang' selepas bekerja. Suka bertanya dan gemar mencari idea baru.

Jangan jadi wartawan yang ingin hendak balik cepat atau setakat makan gaji di hujung bulan. Jangan malas dan sentiasa memberikan yang terbaik. Hayati dengan mendalam tugas wartawan yang adakalanya seperti seorang wakil rakyat - tempat rakyat mengadu dan meluahkan perasaan.

Dalam pada itu, Sdr Mior Kamarul akan mula berkhidmat di Berita Harian sebagai Pengarang Kumpulan mulai 1 Julai ini.

Selamat berjuang.

Friday, June 26, 2009

MICHAEL JACKSON DAN SENAM SENI

Raja pop, Michael Jackson sudah meninggalkan kita. Secara langsung lagenda hiburan itu meninggalkan banyak perkara termasuk kisah kontroversialnya dan alam kehidupan perkahwinan termasuk berkahwin dengan anak Elvis Presley.

Antara rencah kehidupannya ialah ada yang mengatakan beliau menganut agama Islam. Malah ada laporan yang menyebut beliau mati dalam Islam.

Apapun, salah satu tarian yang tidak dilupakan ialah tarian moonwalk. Saya pernah cuba dan boleh dikirakan 'boleh tahan' juga. Nasib baik tidak jatuh telentang ke belakang. Sekadar mencuba, apa salahnya.

Pagi esok, sempena pelancaran logo 1Malaysia oleh PM di Dataran Merdeka, akan diadakan senam seni - bersenam mengikut rentak lagu Malaysia.

Majlis pelancaran yang turut dihadiri oleh TPM dan Menteri Kabinet akan membolehkan semua peserta bersenam dan ia pasti akan menggerakkan otot dan minda mereka. Badan yang sihat membolehkan minda berfikir secara waras.

Bagi mereka yang ingin mencuba 'moonwalk' bolehlah melakukan selepas senam seni yang menampilkan pelbagai lagu Malaysia termasuk zapin dan lagu Orang Asli atau Orang Kita.

RTM akan menyiarkan siaran langsung Majlis Pelancaran Logo 1Malaysia.

Selamat bersenam.

Monday, June 22, 2009

PETUGAS RTM BERAKSI DI MIRI

Selama seminggu petugas RTM akan beraksi di Miri, Sarawak dalam sukan Jabatan Penyiaran mulai hari ini.

Semoga semua pihak mengambil bahagian dengan semangat kesukanan yang tinggi di samping berusaha mempereratkan ikatan silaturahim di antara mereka.

Selama ini, petugas RTM hanya melaporkan kegiatan pihak yang bersukan tetapi kali ini mereka pula yang mengambil bahagian dalam sukan.

Sudah pasti segala pengalaman digunakan dengan sebaik mungkin dalam membantu memperkemaskan laporan sukan selain memahami masalah kegiatan sukan di negara ini terutama persatuan sukan.

Seperti dinyatakan oleh TPM, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, peneraju persatuan sukan tidak payahlah 'berpolitik' tetapi berusaha untuk memperbaiki persembahan ahli sukan dalam persatuan mereka.

Eloklah tu, biarlah orang politik saja yang 'berpolitik'.

Tetapi ada juga orang politik yang bergiat cergas dalam persatuan sukan.

Mereka ni boleh ke berpolitik dalam persatuan? Orang politik katakan, mestilah tidak boleh lari daripada 'berpolitik'. Amacam?

Tuesday, June 16, 2009

TAHNIAH ASHRAF DAN MIOR KAMARUL

Selepas JJ, Ahmad Talib, Zainul dan Shaha, kini pusingan kedua pertukaran dijangka berlaku di Kumpulan Media Prima.

Ejen kenit memberitahu saya bahawa blogawan Ashaf Abdullah akan dilantik menjadi Pengarang Kumpulan di TV3 manakala Mior Kamarul Shahid akan balik ke Berita Harian. Ashraf telah menyatakan perkara itu dalam blognya.

Kedua-duanya belum mendapat surat tetapi perlantikan itu dijangka berlaku tidak lama lagi.

Tahniah dan selamat berjuang.

Monday, June 15, 2009

MALAM MEDIA MOFA

Malam ini menghadiri Malam Media Kementerian Luar.

Ramai tetamu yang hadir termasuk wartawan baru dan veteran diraikan oleh Menteri Luar, Datuk Anifah Aman.

Makan malam disediakan secara buffet bagi membolehkan tetamu beriteraksi dan bersembang ketika mengambil makanan di kereta tolak yang disediakan.

Datuk Anifah, sebagai ahli politik veteran tidak kekok untuk beramah mesra dengan tetamu termasuk duta dan pesuruhjaya tinggi beberapa negara.

Turut hadir ialah Yang Dipertua Angkasa, Datuk Rahim Bakar yang menyampaikan cek untuk Tabung Palestin.

Secara berseloroh Datuk Anifah berkata Datuk Rahim yang juga mantan MB Pahang 'telah membayar makan malamnya'.

Persembahan daripada Aswara amat menghiburkan. - NE90.

Sunday, June 14, 2009

ULAT PUN PANDAI TERBANG

Semalam makan di sebuah restoran terkenal di OU.

Restoran itu ada cawangan di Bangsar Village, Bangsar, Kuala Lumpur.

Tengah sedap makan caesar salad dengan salmon, isteri ternampak ulat kecil.

Serta-merta berhenti makan dan panggil waiteress untuk tunjukkan ulat itu.

Kemudian datanglah supervisor yang minta maaf atas kejadian itu

Tetapi yang pelik beliau memberitahu ulat itu bukan daripada sayur, cheese atau salmon.

Ulat itu datang daripada pokok-pokok yang ada dekat restoran itu.

Waa.. Ulat pun dah pandai terbang ke?

Jumpa blogawan Ena dan rombongannya di restoran itu.

Tak jumpa ulat ke Ena?.

Thursday, June 11, 2009

SHAHARUDDIN LATIF SI HATI MULIA

PETALING JAYA, 10 June 2009 – Media Prima Berhad (MPB) and The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) jointly announced effective immediately, the appointment of Dato’ Ahmad bin Abd Talib as the new Executive Director, News and Editorial Operations, MPB as well as the Executive Director, Editorial, NSTP. Accordingly, he will also be appointed as a Board member of MPB and NSTP effective 1 July 2009.

This appointment forms part of a broader change in both MPB and NSTP editorial operations, which sees Zainul Ariffin Mohammed Isa, the current General Manager, NSTP e-Media, being appointed as the new Group Managing Editor, NSTP and Shaharudin Abd Latif, the current General Manager, News & Current Affairs, TV3, being promoted and appointed as the Group Managing Editor, News and Current Affairs, Television Networks and Radio Networks, MPB.

Both Zainul Ariffin and Shaharudin Abd Latif will be reporting to Dato’ Ahmad Talib, who will oversee the overall news and editorial operations for MPB and NSTP.

Dato’ Ahmad Talib began his career in journalism as a reporter with the Economic Service of BERNAMA in 1972, before joining Business Times (Malaysia) Sdn Bhd in 1978. In 1985, he moved to Berita Harian Sdn Bhd as the Economic News Editor before his promotion to the position of Assistant Editor.

In 1987, Ahmad Talib joined NSTP as News Editor, New Straits Times (NST) /New Sunday Times. Subsequently, he served as Chief News Editor, NST; Acting Editor, Business Times; Associate Editor, NST; and Assistant Group Editor, NST; before his subsequent appointment as the Group Editor, NST in 1998. After serving illustriously in this position for six years, he was later re-designated as Group General Manager, Communications and Editorial Marketing in 2004, before opting for early retirement from the Group in 2005.

“Dato’ Ahmad Talib brings with him a wealth of experience to the MPB Group, and his appointment will strengthen and streamline the editorial strategy and operations at both MPB and NSTP, where we hope to see a new level of cooperation as both entities leverage on each other’s resources.,” said YBhg Datuk Johan Jaaffar, Executive Chairman of MPB.

With these new appointments, both NSTP and MPB also announced the retirement of YBhg Datuk Hishamuddin Aun, as the Group Editor-in-Chief, NSTP and YBhg Dato’ Kamarulzaman Zainal as the Director, News and Current Affairs, MPB. Both Dato’ Kamarulzaman and Datuk Hishamuddin Aun will consequently also be resigning as a Board Director of MPB and NSTP respectively effective 30 June 2009.

“On behalf of Media Prima, I wish to extend my utmost gratitude to Dato’ Kamarulzaman for his services and contribution over the years in raising the bar in Malaysian broadcasting and news industry. Under his leadership, Buletin Utama TV3 increased its audience ratings and consistently achieved top 5 ranking of the most watched programmes, with more than 3 million Malaysians watching the news edition daily,” said Johan.

Tan Sri Mohamed Jawhar, Chairman of NSTP similarly said, “The Board of Directors of NSTP records its deepest appreciation to Datuk Hishamuddin for his 27 years of service and his contribution to the Group during his tenure.”

“Under his leadership as Group Editor-in-Chief, NSTP has managed to improve its newspaper circulation, especially of Harian Metro and recorded its highest net profit in recent years of RM47 million for the FYE 31 December 2008 ” further added Jawhar.

Zainul Ariffin, the new Group Managing Editor, NSTP has been with the NSTP Group since 1986 and had served the Group in various capacities such as Business Editor, NST; New York Correspondent; Editor, Business Times; General Manager, Editorial Support Services and General Manager, NSTP e-Media Sdn Bhd before assuming his current position as Group Managing Editor, NSTP.

Shaharudin Abd Latif, the new Group Managing Editor, News and Current Affairs, Television Networks and Radio Networks, MPB began his career at Berita Harian in 1982 before joining TV3 News and Current Affairs, Division in 1993, where he served in various capacities including, Deputy Editor, BM News; Editor, News Gathering; Executive Editor, Planning, News Production; and Executive Editor, Production before being promoted to his current position of General Manager, News and Current Affairs, TV3.

(Renungan Rimau : Tahniah kepada semua yang dilantik. Namun, insan yang paling sabar, tabah dan sentiasa mengikut perintah walaupun adakalanya 'diketepikan dari semasa ke semasa' ialah Sdr Shaharuddin Abd Latif. Beb, anda memang layak di tempat itu sekarang kerana kesabaran anda menjalankan segala tugas dengan baik tanpa banyak soal. Shaha bersama saya di BH dan TV3. Kesabarannya membolehkan beliau belajar di universiti terbaik negara selepas lama bekerja di BH dan TV3. Ketabahannya membolehkan beliau diberikan ganjaran menunaikan haji beberapa tahun lalu. Sambil bekerja, menunaikan ibadat haji. Anak-anak beliau semuanya berjaya. Tahniah beb. Semoga berjaya dalam perjuangan di Media Prima.}

Wednesday, June 10, 2009

MANIS DI BIBIR, PAHIT DI HATI

Posting Kedua - 10.50 pagi

Tahniah kepada Rocky, orang Mastana yang dah balik ke Malay Mail. Bro, buatlah yang terbaik untuk memastikan negara kita ini terus aman dan sentosa. Jangan biarkan mereka yang berfikiran politik sempit menjahanamkan negara ini. Jangan biarkan mereka yang hanya memikirkan kepentingan politik peribadi menghancurkan keamanan yang dibina oleh bapa pejuang kita seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Sambanthan dan Tun Tan Cheng Lock. Ada orang yang memberikan pelbagai alasan untuk merusuh dan membuat kacau. Orang ini mesti kita ketepikan. Selamat berjuang bro.

Posting Asal - 7.54 pagi

Mungkin ramai yang bertanya kemanakah gerangan si rimau ini? Jawapannya ialah 'sedang bertapa dan menenangkan fikiran'di satu tempat yang jauh daripada sahabat, rakan, musuh, pemerhati dan peminat. Ada peminat ke? Bukan membawa diri tetapi hanya menenangkan hati daripada kesibukan kerja. Lari daripada golongan yang 'otak berbuih besar', 'perangai entah apa-apa' dan 'berjiwa kecil'.

Ramai yang bertanya mengapa bercuti panjang?

Jawapannya tentulah penat bekerja tanpa berhenti. Isteri selalu berkata, "Awaklah Ketua Pengarah yang kuat bekerja di Malaysia." Tanyaku, "Betul ke? Ramai lagi yang kuat bekerja di luar tu". Jawabnya ringkas, "Apakan tidaknya, bekerja tujuh hari seminggu. Daripada pagi sehingga ke tengah malam.".

Ada jawapannya. "Sudah biasa dan akan diteruskan bagi memberikan yang terbaik di tempat kerja. Yang terbaik." Tuhan pun tahu. Ada masa bekerja. Ada masa melayan tetamu dan rakyat. Ada masa pula menghadiri majlis kementerian. Ia perkara biasa.

Bukan untuk membangga diri. Sejak 1980an, sebagai wartawan saya memang bekerja hingga lewat malam. Kadangkala, sudah habis bekerja jam 8 malam tetapi masih duduk di pejabat untuk bersembang dengan rakan-rakan mengenai perkembangan terbaru di tanahair. Banyak perkara membabitkan ekonomi, sosial dan politik.

Daripada perbualan itulah kita mengetahui apa yang berlaku di sekeliling kita. Bukanlah katak di bawah tempurung. Untuk menjadi wartawan yang baik, kita perlu menjadi 'jack of all trade, master of everything'. Kadangkala macam wakil rakyat pun ada. Tetapi hendak jadi ahli politik....jauh sedikit. Lain kalilah.

Bertapa memberikan satu kenikmatan. Jauh daripada segala gangguan kerja dan kepenatan fikiran. Ada perkara yang kadangkala meresahkan kita kerana perangai sesetengah pihak. Adakalanya amat jengkel dengan sikap individu tertentu. Perkara begini yang selalu mengusutkan fikiran dan memendekkan umur.

Apapun, kita harus kuat dan tabah menghadapi segala masalah dan kekusutan itu. Adakalanya kita tewas dengan permainan mereka yang ada 'berpura-pura' menjadi sahabat di depan kita tetapi di belakang, hanya tuhan saja yang tahu bilakah mereka mahu 'menusukkan pisau tajam ke dada kita dari belakang'. MasyaAllah.

Saya selalu menasihatkan isteri agar sentiasa berhati-hati dengan sesiapa saja termasuk rakan rapat. Bukan curiga, sekadar berhati-hati. Dalam pesanan itu, saya sering menyebut bahawa hanya ibu bapa saja yang boleh kita percaya kerana yang lain, adakalanya 'manis dibibir tetapi pahit di hati'. Berjaga-jaga.

Tuesday, June 2, 2009

KL JEREBU HARI INI

Kuala Lumpur mengalami jerebu pagi ini.

Langit biru kini digantikan dengan kabus putih nipis.

Sang Matahari hanya satu titik merah di angkasa. Angkara jerebu yang menjengok sekali sekala.

Siapa punya angkara?

Siapa yang bakar apa?

Siapa pula yang akan terbakar?

Monday, June 1, 2009

PERTANDINGAN VIDEO TEMPAT MENARIK

Minggu ini, jalan di bandaraya tidak sibuk. Tiada hiruk pikuk. Cuti sekolah katakan. Boleh pergi kerja lambat sikit berbanding jam 6.30 pagi terpaksa keluar dari rumah sebelum ini.

Seorang teman memberitahu saya, beliau meluluskan lebih 400 orang kakitangannya yang ingin ke luar negara. Wah, begitu ramai yang ke luar negara. Saya yakin ramai daripada mereka pasti mengambil tiket tambang murah yang dianjurkan oleh MATTA.

Dalam pada itu, yang tidak berkesempatan untuk membeli tambang murah, eloklah bercuti di dalam negara saja. Banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi terutama kawasan yang kita tidak pernah pergi.

Semalam, ketika bersembang dengan Pak Mat (Tan Sri Ahmad Merican) beliau menceritakan bagaimana hebatnya tempat-tempat menarik di negara ini yang dilawatinya selepas bersara.

Menjadi kegemaran TS Ahmad, beliau mengambil gambar di semua tempat menarik yang dilawati.

Dalam usia 84 tahun, saya amat kagum dengan Pak Mat yang masih rajin mengambil video di mana saja tempat menarik yang dilawati.

Malah gambar yang diambilnya mempunyai mutu yang sesuai disiarkan di televisyen.

Mungkin sudah sampai masanya RTM mengadakan program yang menggalakkan lebih ramai rakyat negara ini menghantar video tempat menarik yang dilawati. Ataupun gambar kampung halaman mereka seperti mereka yang tinggal di Ulu Tembeling atau Gua Musang.

Amacam? Boleh kita minta GLC memberikan sumbangan untuk memberi hadiah kepada mereka yang kreatif dalam persembahan video. Bahan pun mestilah menarik.