Sunday, August 31, 2008

MUSLIMS TO BEGIN RAMADAN FAST MONDAY

KUALA LUMPUR, Aug 31 - Muslims in Malaysia will begin the Ramadan fast Monday, September 1.

A statement issued by the office of the Keeper of the Rulers' Seal Sunday said the date was set after getting the consent of the Rulers.-- BERNAMA.

IKHLAS DALAM PERJUANGAN

Sempena Hari Kemerdekaan ke 51 hari ini, saya memohon semua pihak ikhlas dalam perjuangan mereka.

Jika parti kerajaan, mereka perlu ikhlas untuk membangunkan negara dan negeri yang diperintah mengikut apa yang ditetapkan dalam Perlembagaan.

Jika parti pembangkang, mereka perlu ikhlas untuk menegur segala kepincangan atau penyelewengan yang dilakukan oleh parti kerajaan di Pusat atau Negeri.

Malaysia perlu maju ke hadapan bukan lembab dalam pergerakannya.

Mulai hari ini, rakyat Malaysia perlulah memilih pemimpin yang ikhlas, budiman, berwibawa, matang, berpandangan jauh, berwawasan, moral yang baik, tidak rasuah dan meletakkan kepentingan negara di atas segala-galanya.

Jika kita meletakkan kepentingan negara di atas segala-galanya, kita akan sanggup berkorban walaupun terpaksa meletakkan jawatan, meninggalkan pangkat, memberi laluan kepada pemimpin yang budiman, memastikan negara terus aman serta maju tanpa halangan retorik politik, tidak menyusahkan rakyat jelata dan berjuang untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

Doa yang ikhlas akan dimakbulkan Allah SWT.

Saturday, August 30, 2008

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Esok, kita akan menyambut Hari Kemerdekaan ke 51.

Kemerdekaan ini pasti amat bermakna kepada kita semua. Terima kasih kepada pejuang kemerdekaan pelbagai bangsa. Untuk itu, kita harus mempertahankan kemerdekaan ini selama-lamanya. Jangan biar negara ini dijajah semula dalam apa bentuk sekalipun.

Renungilah sedutan ucapan Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2009, semalam.

"Sesungguhnya, kestabilan politik negara wajib dipelihara secara bersama. Badan-badan politik, badan bukan kerajaan, sektor swasta dan media mempunyai tanggungjawab bersama membina sebuah negara yang aman, damai, teguh lagi bersatu.

Rakyat tidak akan dimakmurkan dan negara tidak dapat dibangunkan hanya dengan retorik politik. Budaya berpolitik yang keterlaluan merugikan setiap kita, malah menjejaskan kemakmuran negara.

Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional yang diberi mandat oleh rakyat pada bulan Mac lalu akan terus memelihara kestabilan politik dan meningkatkan kemakmuran ekonomi negara.


Usaha pihak tertentu yang cuba menggugat kestabilan ini, dengan merampas kuasa secara tidak sah tanpa mandat majoriti rakyat, perlu ditolak. Kita tidak boleh membenarkan ketidakpastian yang timbul untuk berterusan. Sedikit sebanyak ia akan memberi kesan negatif kepada pelabur asing, sentimen ekonomi dan juga pasaran modal. Saya tidak akan membenarkan gangguan ini diteruskan.

Saya tidak akan membenarkan mandat rakyat dirampas daripada parti Barisan Nasional yang telah menang majoriti pilihan raya umum secara sah dan mengikut lunas demokrasi. Saya yakin rakyat akan terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional untuk melaksanakan tugas-tugas mentadbir negara.


We need to get on with the business of governing and not waste any more time with opportunistic threats to seize the people’s mandate through undemocratic means, dengan izin.

Keamanan dan kemakmuran negara adalah tanggungjawab bersama. Untuk ini, kerajaan memerlukan persefahaman dan peranan konstruktif semua lapisan masyarakat, termasuk mereka yang berbeza fahaman politik.


Marilah kita bersama, dalam semangat satu bangsa satu negara, membangunkan tanah air tercinta ini serta mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara. Marilah kita bersatu membina sebuah negara-bangsa yang terus gemilang.

Semoga Allah SWT sentiasa memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita. Semoga kebenaran mengatasi kepalsuan. Semoga negara kita dikekalkan aman sejahtera, dilimpahkan kemakmuran dan kebahagiaan. Semoga anak cucu kita dapat mewarisi sebuah negara yang aman lagi makmur. Semoga rakyat hidup bersatu dan maju. "

BERSAMA JAGA KEDAULATAN NEGARA

Menonton kejadian di Bangkok dalam Buletin 1.30 tengahari TV3 sebentar tadi mengenai tindakan ahli Pakatan Rakyat terus mengepung Rumah Kerajaan Thailand, menyebabkan saya serta merta berdoa agar keadaan ini tidak berlaku di negara ini.

Kejadian rusuhan ganas dan demonstrasi jalanan itu sudah pasti akan menjejaskan kestabilan Thailand, apatah lagi ada yang berani merusuh di dua lapangan terbang iaitu di LT Krabi dan LT Phuket, menyebabkan ramai penumpang terkandas.

Bagi perusuh dari Pakatan Rakyat itu, mereka menganggap demokrasi ala Barat yang diamalkan kerajaan adalah punca berlaku rasuah di Thailand dan mereka mahu Perdana Menteri, Samak Sundaravej, yang menyokong Thaksin Shinawatra segera meletakkan jawatan.

Rakyat negara ini harus mengambil iktibar dengan kejadian di negara jiran itu terutamanya dari segi ancaman kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang boleh melumpuhkan dayatahan negara. Apabila kita lemah, ramailah yang akan datang.

Kita harus memastikan tiada gejala demonstrasi jalanan dan rusuhan ganas ini berlaku di negara ini sehingga boleh menyebabkan rakyat takut untuk keluar rumah atau menjalankan urusniaga seperti biasa.

Kejadian di Indonesia pada 1999 juga mengingatkan kita mengenai pergaduhan kaum yang menyebabkan ramai masyarakat Cina meninggalkan republik itu dan pergi ke Singapura atau tempat yang lebih selamat.

Kejadian di Thailand sekarang sudah tentu mencemarkan nama negara itu tambahan pula kini ada sebuah filem bertajuk Bangkok Dangerous, yang menceritakan kegiatan pembunuh upahan hasil kerja kreatif dua beradik Pang.

Filem itu yang ditulis dan diarah oleh Pang Brothers pertama kali ditayangkan pada 1999 dan mulai Ogos 2006, skrip filem yang sama dibuat semula Bangkok Dangerous dengan menampilkan Nicolas Cage yang akan mula ditayangkan pada September ini.

Sama-samalah kita mengambil iktibar apa yang berlaku di negara jiran dan terus menjaga serta mempertahankan kedaulatan negara ini.

Friday, August 29, 2008

BAJET 2009 DUNIATIGER

Posting Kesepuluh - 5.30 petang

-RM5.4 bilion disediakan untuk PDRM bagi menjamin keselamatan awam.
-RM220 juta untuk pembinaan ibu pejabat dan balai, pondok polis di seluruh negara.
-BONUS sebulan gaji atau minimum RM1,000 - dua kali bayaran iaitu pada September dan Disember.

-RM 207.9 bilion untuk bajet 2009
-RM 154.2 bilion untuk belanja mengurus,
-RM 53.7 bilion untuk belanja pembangunan.


-Kestabilan politik perlu dijaga bersama untuk membina negara yang aman, teguh dan bersatu.
-Negara tidak dapat dibangunkan dengan retorik politik.
-Budaya politik yang keterlaluan akan merugikan rakyat dan negara.
-BN akan terus jaga kestabilan politik dan meningkatkan ekonomi negara.
-BN tidak akan membenarkan ketidakpastian ditimbulkan yang menjejaskan ekonomi negara.
-Saya tidak membenarkan mandat rakyat dirampas daripada BN yang menang secara sah.
-Saya yakin rakyat akan terus beri sokongan kepada BN.
-Keamanan dan kemakmuran negara adalah tanggungjawab bersama termasuk yang berbeza fahaman politik.
-Marilah bersama mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara.
-Semoga Allah SWT akan melindungi negara ini.
-Kebenaran mengatasi kepalsuan.
- 5.31 petang - tamat membentangkan Bajet 2009.

Posting Kesembilan - 5.15 petang

STRATEGI KETIGA - MEMPERKUKUHKAN DAYATAHAN NEGARA
-Kadar kerugian yang boleh ditolak ditingkatkan kepada 70 peratus.
-Mekanisme penentuan harga awal diperkenalkan.
-RM6 bilion untuk mempergiatkan pembangunan koridor.
-Dana RM300 juta untuk mengukuhkan pelaburan swasta di Iskandar Malaysia.
-Taraf perintis untuk pelaburan perhotelan.
-RM2 bilion majukan sektor Maritim.
-Elaun modal dipercepatkan layak dituntut.
-Sumber minyak akan habis dan perlu mencari penyelesaian baru untuk bekalan tenaga bagi jangkapanjang.
-Usaha mempertingkatkan keberkesanan tenaga agar lebih produktif dan berhemah.
-Galakkan sumber tenaga alternatif di samping meneroka sumber tenaga nuklear.
-Pelan Tenaga Negara diwujudkan bagi memastikan bekalan tenaga negara mapan.
-Pengecualian cukai - duti import ke atas sistem solar, duti import ke atas barangan perantaraan, cukai peralatan sistem pemanasan solar keluaran tempatan, barangan penggunaan keluaran tempatan yang menjimatkan tenaga, duit import 100 peratus dan duti eksais 50 pemegang francais yang import kereta hibrid CBU baru (2000 cc).
-Pengecualian cukai - ke atas syarikat perantara domestik bagi merancakkan pasaran modal.
-Pengecualian cukai 3 tahun bagi pendapatan fi dan keuntungan.

Posting Kelapan - 5 petang

-RM 1.8 bilion untuk kemudahan asas dan infrastruktur di luar bandar.
-RM 3 bilion untuk membangunkan Sabah dan RM 3.3 bilion untuk pelbagai projek di Sarawak termasuk jalan luar bandar.

STRATEGI KEDUA - MODAL INSAN
-RM47.7 bilion untuk pendidikan dan latihan.
-RM2.4 bilion untuk mempertingkatan kemudahan serta program latihan dan kemahiran.
-ILP dibina di Marang
-RM360 juta biaya projek kemahiran MARA.
-RM 70 juta untuk latih jururawat.
-Latihan diploma kejururawatan dipendekkan ke setahun.
-Geran pelancaran RM30 juta untuk pusat latihan jururawat.
-RM31 bilion untuk KEMENTERIAN PELAJARAN.
-110 sekolah rendah dan 181 sekolah menengah akan dibina.
-RM14.1 bilion untuk KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI.
-23 syarikat GLC dalam program pintar sebelum ini termasuk Sekolah Jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Program itu membantu penambahan bilangan pelajar yang berkeputusan cemerlang.
-Program Pintar akan diperluaskan terutama di Sabah dan Sarawak.
-RM22 juta untuk Yayasan Pintar sebagai geran pelancaran.
-Pengecualian cukai kepada anugerah perkhidmatan cemerlang diperluaskan.

Posting Ketujuh - 4.45 petang

-Kurang bayaran tol untuk bas kecuali di Tambak Johor dan Bukit Kayu Hitam.
-Beri pampasan kepada operator tol berikutan pengurangan kadar bayaran tol.
-Bas baru dipasang dalam negara dikecualikan.
-Bas dan teksi cukai dikurangkan.
-RM 1 bilion insentif peningkatan pengeluaran hasil padi
-RM475 juta untuk bantuan input pertanian.
-Mansuhkan cuti import ke atas baja dan racun perosak.
-Kemiskinan bandar - fungsi AIM diperluaskan membantu orang miskin di bandar.
-RM100 juta untuk program dana modal Kewangan Mikro Bandar.
-RM160 juta untuk pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas untuk ORANG ASLI.
-RM150 elaun OKU tidak bekerja.
-RM150 elaun untuk murid OKU.
-Lanjut tempoh pinjaman untuk kakitangan awam daripada 25 kepada 30 tahun.
-Tambahan RM100 juta untuk skim jaminan kredit perumahan.
-Potongan cukai 10 peratus kepada syarikat beri sumbangan kepada badan amal.
-RM50 juta untuk tubuh dana RSPO.
-RM13.7 bilion untuk perkhidmatan kesihatan.
-Duti eksais rokok dinaikkan tiga sen sebatang menjadi 18 sen sebatang.
-Oleh itu, sekotak rokok 20 batang meningkat 60 sen.

Posting Keenam - 4.30 petang

-RM 580 juta untuk pembangunan di Sabah dan RM420 juta untuk Sarawak.
-Duti import ke atas barang pengguna dikurangkan kepada 10 ke 60 peratus. Antaranya ialah pengisar makanan, ketuhar mikro dan cerek eletrik.
-Duti import dikecualikan sepenuhnya, mi hoon, jus dan jagung manis dalam tin.
-Cukai jalan diesel sama dengan cukai jalan petrol berkuatkuasa 1 September.
Pengecualian cukai kepada syarikat antaranya:
-Pinjaman RM3,000 untuk perumahan untuk pekerja
-Telefon mudah alih, bil telekomunikasi dan internet
-Diskaun hingga RM1,000 setahun dan barangan jualan syarikat kepada pekerja.

-Tambang pergi balik percuma kakitangan awam setiap tahun (Sabah/Sarawak/Semenanjung).
-Rapid Penang menyediakan 14 lalu baharu.
-RM35 bilion untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan awam bagi 2009-2014
-Sistem LRT sedia ada akan dipanjangkan.
-42 km laluan baru LRT dari Kota Damansara ke Cheras.
-Rel komuter akan ditingkatkan. 13 EMu baru dtambah menjelang 2011.
-Komuter Sentul ke Batu Caves siap menjelang 2010.
-Komuter elektrik - Seremban ke Gemas/ Ipoh ke Padang Besar berjalan lancar.
-Terminal moden lima tingkat untuk teksi, bas bandar. Mula beroperasi 2011.
-Terminal berpengangkutan bersatu yang baru akan dibina di Kuala Lumpur.

Posting Kelima - 4.15 petang

Paklah kata semua pihak walaupun ada perbezaan ideologi perlu bersatu untuk menghadapi masalah yang dihadapi oleh negara terutama dengan perkembangan ekonomi global.

3 Strategi Khusus Bajet 2009
1. Menjamin kesejahteraan rakyat
2. Membangunkan modal insan
3. Memperkukuhkan dayatahan negara.


STRATEGI PERTAMA - MENJAMIN KESEJAHTERAAN RAKYAT

- Tabung bantuan khas RM25 juta ditubuhkan bantu mangsa bencana.
- Elaun ibu pelihara kepada RM1,000 mulai 1 September 2008.
- RM220 juta untuk program meningkatkan pendapatan
- RM50 juta untuk bina 1,400 rumah baru dan baikpulih untuk 1,000 rumah

Posting Keempat - 4.03 petang

Bacaan doa dan diikuti oleh pembentangan Bajet 2009 oleh Paklah pada jam 4.05 petang.

Posting Ketiga - 3.55 petang

TV3 menyiarkan ketibaan Paklah diiringi oleh Menteri Kewangan Kedua, TS Nor Mohd Yakcop. Paklah kemudian bersalaman dengan timbalannya, DS Najib Tun Razak dan masuk ke Dewan Rakyat.

Paklah mengenakan baju Melayu biru manakala baju DS Najib berwarna merah jambu.

Posting Kedua - 3.30 petang

RTM1 mula membuat siaran langsung pada jam 3.30 petang. Antara panel mereka ialah Prof Dr Zarinah Yusof dari Universiti Malaya dan Mohd Azlee Md Ideris (PriceWaterhouse).

RTM2 juga mengadakan siaran langsung dengan dua ahli panel dan dipengerusikan oleh pengacara, Datuk Mahadzir Lokman.

Posting Pertama - 3.19 petang

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, akan membentangkan Bajet 2009 di Dewan Rakyat sebentar lagi. Adakah ia "Bajet Populis"?

TV3 dan NTV7 sudah memulakan siaran langsung pada jam 3 petang.

TV3 menampilkan bekas Presiden BSKL, Datuk Mohd Salleh Majid sebagai pengacara dan dua ahli panel iaitu Prof Datuk Dr Syed Othman Al-Habshi (Inchief) dan K Sandra Segaran (Deloitte Kassim Chan).

NTV7 pula memaparkan tiga ahli panel termasuk Datuk Dr Aznam Zainal Yusof.

RTM turut dijangka mengadakan siaran langsung.

MELAYU SUDAH TIDAK RASIONAL?

Apabila membuat posting Jentera BN Permatang Pauh Kena Pukau?, bukanlah bermaksud "kena pukau" seadanya tetapi seakan-akan "kena pukau" atau tidak sedarkan diri atau tidak dalam keadaan biasa.

Apabila orang "kena pukau", mereka seperti "orang yang sedang miong atau terawang-awang" dan tidak tahu untuk membuat apa yang disuruh. Malah mereka juga boleh membuat sesuatu yang tidak terfikir oleh akal.

Terpukau juga boleh bermaksud ada golongan yang sudah "taksub" dengan individu tertentu sehinggakan sebarang perkara negatif yang diutarakan terhadap individu yang disukai, mereka tidak akan percaya. Mereka tidak boleh berfikiran rasional.

Seorang pelayar DUNIATIGER, Sdr Razlan mengemukakan pandangannya mengenai Melayu yang sudah tidak rasional.


"Tok Rimau,

Melayu Sudah Tidak Rasional.

Disebabkan implikasi dan virus yang telah dibawa oleh DSAI bermula dari 1997, maka Orang Melayu sudah dijangkiti Virus Tidak Rasional.

Sekarang buat apa sahaja, orang Melayu sudah tidak berfikiran secara rasional. Mereka selalu mengambil jalan mudah dan senang untuk menidakkan apa sahaja orang cakap.

Sumpah laknat, paling mudah dan sekurang-kurangnya ada rasa sediki percaya tetapi ianya sudah tidak di Percayai langsung, bahkan menolak sama sekali dan akan mempercayai sebelah pihak yang mereka taksub.

Maki hamun Orang Melayu kepada Orang Melayu sudah dihalalkan, Melayu sudah tidak heran sekiranya bergaduh, tunjuk isyarat lucah, keluarkan kata-kata lucah, dan apa sahaja yang bertentangan dengan tradisi orang timur sudah rasional bagi orang melayu sekarang.

Orang Melayu pakai tudung labuh di Permatang Pauh tidak ada rasa bersalah bersalaman dengan orang DAP. Mereka lebih rasional bersalaman dengan kafir lelaki.

Melayu akan menyokong apa sahaja yang diperjuangkan oleh DAP. seperti kes UITM, orang melayu akan melihat perkara ini sebagai retorik BN dan tidak akan percaya sama sekali yang Khalid sudah buat dosa kepada orang Melayu.

Melayu sudah tidak heran diberikan sama rata haknya sedangkan Malaysia adalah sebuah Negara Islam dan sudah pastinya tidak boleh di samaratakan dengan agama lain, ini terjadi di Selangor dan saya kesal usul ini dibawa oleh tokoh Islam yang disegani.

Jentera Permatang Pauh pula bukan dipukau datuk, tetapi Mereka sudah hilang keyakinan dan mereka lebih mementingkan Diri dari Parti. Inilah terjadi di sana, boleh dikatakan semuanya tidak digerakkan oleh jentera Permatang Pauh.

Sibuk dengan permilihan sehingga sanggup mengadaikan Parti.

Inilah dato ... Melayu sudah tidak rasional .. bukan sahaja di pihak Pembangkang .. malah di Pihak Kita pun .. ramai yang sudah tidak RASIONAL ....

Maaf dato .. lari tajuk sikit ...

Pikirkan bersama ..... razlans"

JENTERA BN PERMATANG PAUH DIPUKAU?

Malam tadi, saya mendapat SMS daripada seorang ejen kenit kepada ejen besar. Beliau bukan salah seorang ejen kenit saya ketika di Permatang Pauh. Kawan lama yang sama-sama berjuang dan menjadi pemerhati politik negara.

"Salam Sdr Tiger, saya sedang melayari web saudara. Apa yang saudara katakan mengenai punca punca sesuatu yang tidak kena dalam jentera tempatan pilihanraya itu adalah benar.

Jentera UMNO tempatan seolah-olah kaput dan macam dipukau.

Mereka seakan diberi "dadah" sehingga tidak menggantung banner, apa lagi hand bill etc. Disuruh edar risalah, flyers pun mereka takut.

Astarghfirullahal azim. Allah SWT saja yang menjadi saksi apa yang berlaku di Permatang Pauh. Salam."


(Renungan Rimau : Selain pengundi taksub kepada DSAI, saya menyetujui pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin negara bahawa pengundi Permatang Pauh bukanlah hendak sangat mengundi penasihat PKR itu tetapi mereka tidak mahu mengundi BN. Jadi undi itu diberikan kepada DSAI. Alasannya, mungkin kita sudah lama ketahui. Tiada ke ahli dan pemimpin UMNO Permatang Pauh yang mahu berkongsi maklumat dengan kita semua? Kalau takut dan malu,...takpelah.)

Thursday, August 28, 2008

DSAI KESAL PEMBENTANGAN R/U DNA

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat pada jam 10.05 pagi.

Majlis itu disaksikan oleh ahli Parlimen termasuk 70 dari BN. PM dan timbalannya tidak hadir di majlis itu. Antara Menteri yang hadir ketika itu ialah Datuk Seri Nazri Aziz dan Datuk Zaid Ibrahim.

DSAI seterusnya keluar dewan dan kemudiannya mengadakan sidang akhbar yang turut dihadiri oleh beberapa ahli Parlimen pembangkang termasuk Saifuddin Nasution, Tian Chua dan Nurul Izzah.

Sidang akhbar yang dihadiri oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan seorang lagi anaknya, Nurul Hana, menjadi tumpuan jurugambar dan wartawan di Dewan Rakyat.

AP Permatang Pauh mula mengemukakan soalan di Dewan Rakyat pada jam 12 tengahari mengenai rasional pembentangan Rang Undang-undang DNA oleh kerajaan. Beliau mendakwa apa yang dilakukan kerajaan sekarang kerana takut dengan keberanian dan suara rakyat di seluruh negara.

AHMAD MAHMUD MENINGGALKAN KITA

Seniman veteran, Datuk Ahmad Mahmud, 85, meninggal dunia jam 10 malam tadi di rumahnya di Kampung Tunku, Petaling Jaya, akibat penyakit buah pinggang.

Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang soleh.

Al-Fatihah.

(Renungan Rimau : Lakonannya amat berkesan sekali. Antara pelakon yang diminati selain Nordin Ahmad)

Wednesday, August 27, 2008

PENYOKONG DAN BILIK GERAKAN PKR












(Gambar oleh DIY)

Penyokong PKR terdiri daripada rakyat pelbagai lapisan daripada anak kecil yang "tidak tahu apa-apa" sehingga golongan berumur yang adanya daripada Wilayah Persekutuan, Perak dan Kedah. Ada juga penyokong PAS dari Kelantan dan Kedah yang berkampung di Masjid Kubang Semang, Permatang Pauh untuk "memeriahkan" pilihanraya kecil ini. Tidak hairanlah, warung di tepi masjid itu penuh sesak dengan orang ramai yang menikmati nasi kandar yang dibuka dua "shift" pagi dan petang.

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (23)

Malam tadi saya, teman-teman dan beberapa ejen kenit menikmati char kuey teow udang di Sungai Dua, Pulau Pinang.

Selepas selesai menikmati char kuey teow udang itu termasuk menghirup kuah yang enak, kami meneruskan perbualan mengenai keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Kali ini, tumpuan lebih kepada faktor yang menyumbang kepada kekalahan BN walaupun pada dua hari sebelum itu, geraf sokongan terhadap BN dilaporkan meningkat dan seimbang.

Melihat keputusan malam tadi, kami bersetuju ada yang tidak kena dengan jentera BN terutama UMNO di Permatang Pauh. Antara pengamatan kami terutama ejen-ejen kenit yang berada terus di lapangan ialah:

1. Jentera BN terutama UMNO Pulau Pinang dan Permatang Pauh sebenarnya bergerak perlahan sejak penamaan calon pada 16 Ogos dan mengharapkan pihak lain termasuk bapa angkat negeri dan bahagian angkat berkerja keras. Macam mana "hero" boleh jadi "pelakon tambahan" dan sebaliknya.

2. Pemimpin UMNO Permatang Pauh terutama "warlords" yang ingin bertanding menjadi Ketua Bahagian sebenarnya "bersandiwara" untuk membantu calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah, sedangkan tiada usaha bersungguh-sungguh dijalankan bagi memastikan kemenangan BN. Sikap sambil lewa dan bersandiwara ini akan memusnahkan UMNO.

3. Jentera BN dilihat seolah-olah tidak mempunyai perancangan teliti daripada penyediaan poster, buntings, banner, placard atau apa saja bahan maklumat berbanding PKR yang lebih kemas dan dilaksanakan dengan berkesan. Kempen Gerak Saraf PKR dilihat lebih tersusun dan menyakinkan. BN perlu pengarah gerak saraf yang lebih berwibawa dan tidak melantik secara "tangkap muat". Pengarah ini perlu terus melaporkan kepada Panglima Perang.

4. Bilik Gerakan atau markas BN banyak yang lesu berbanding PKR yang dipenuhi oleh orang ramai yang menonton televisyen atau big screen ucapan pemimpin pembangkang jika tiada ceramah diadakan. Bilik gerakan BN didapati kosong dan dipenuhi hanya pada waktu tertentu saja oleh beberapa kerat orang.

5. Beberapa individu yang dinasihatkan "tidak perlu datang" ke Permatang Pauh tetap menjengukkan muka mereka termasuk pemimpin parti komponen menyebabkan perasaan marah penyokong tegar PKR semakin meluap-luap. Ada antara mereka juga tidak disenangi oleh ahli dan pemimpin UMNO/BN di Permatang Pauh.

6. Tiada gerakan bersepadu antara parti-parti komponen BN yang boleh dilihat sejak penamaan calon sehinggalah ketika hari pengundian. Pemimpin parti komponen dilihat terpingga-pingga menunggu petugas UMNO di satu pondok panas. Pemimpin itu datang awal tetapi petugas tidak nampak muka. Entah apa yang tidak kena dengan kerjasama ini.

7. Hari pengundian memperlihatkan seolah-olah ada yang tidak kena dengan jentera BN apabila banyak perkara yang tidak munasabah berlaku seperti tiada petugas di pondok panas tertentu, tiada senarai pengundi yang memaksa mereka membuat fotokopi daripada pihak lain, kenderaan BN yang banyak tersadai seperti tidak mendapat duit minyak atau vitamin, jenis kenderaan BN yang digunakan tidak menarik kepada pengundi termasuk sikap pemandu yang menghisap rokok, semacam ada ketakutan dalam diri petugas BN dengan penyokong PKR. Banyak lagi....

Perbualan kami berakhir lewat pagi dan banyak lagi perkara-perkara yang tidak payah ditonjolkan di sini. Banyak perkara pahit yang perlu ditelan oleh BN dan UMNO. Mereka sudah pasti akan menafikan apa yang dipaparkan kerana mereka merasakan orang lain yang tidak betul. BN terutama UMNO perlu bekerja keras jika mahu parti itu terus disokong oleh rakyat negara ini.

Tapi yang pasti, char kuey teow udang Sungai Dua berjaya menghilangkan sejenak "rasa kecewa" terhadap jentera BN/UMNO yang mungkin akan terus bersandiwara pada PRK atau PRU akan datang jika tiada usaha mengatasinya.

DSAI ANGKAT SUMPAH ESOK

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat, esok.

Menurut news alert AgendaNews, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, mengumumkan perkara itu hari ini.

Tuesday, August 26, 2008

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (22)

Posting Kesepuluh - 10.25 malam

Keputusan Rasmi.(Sumber AgendaNews)

PKR : 31,195 undi
BN : 15,524 undi
AKIM: 92
Majoriti : 15,671 undi
Undi rosak : 447
Peratus keluar mengundi : 80.83 peratus

Posting Kesembilan - 10.10 malam

Keputusan PRK Permatang Pauh (beberapa sumber)

PKR : 31,195 undi
BN : 15,524 undi
AKIM : 92 undi
Majoriti : 15,671 undi

(Jika dicampurkan jumlah undi keseluruhan ialah 46,811 undi. Laporan tidak rasmi SPR ialah 38,144 orang yang keluar mengundi. Oleh itu, perbezaan jumlah keseluruhan dengan jumlah keluar mengundi ialah 8,667 orang. Undi pos? )

Posting Kelapan - 9.30 malam

Pasukan petugas PKR telah "membersihkan" poster, placard, buntings dan banner parti pembangkang di kebanyakan tempat di Permatang Pauh. Hanya poster BN yang masih kelihatan. Lagi cepat membersihkannya, lagi bagus untuk berehat.

Posting Ketujuh - 9.15 malam

Ejen kenit memberitahu saya, setakat perkiraan di 17 pusat pengundian, PKR telah mendapat 21,789 undi manakala BN pula mendapat 11,190 undi. Majoriti yang diperolehi ialah 11,387 undi. Akim mendapat 63 undi.

Posting Keenam - 8.50 malam

Keputusan Tidak Rasmi (daripada pelbagai maklumat yang disebarkan)

PKR : 32,000
BN : 14,000
AKIM: 34
Majoriti : 18,000

(Bagaimanapun, ejen kenit berkata, angka ini tidak betul kerana jumlah itu lebih besar berbanding yang keluar mengundi iaitu 38,144 orang)

Posting Kelima - 8.30 malam

Setakat 12 pusat perkiraan undi, calon PKR dikatakan sudah mendapat majoriti lebih 7,000 undi. Ramai pihak yang meramalkan jumlah itu dijangka meningkat lagi iaitu menyamai atau melebihi majoriti DSWAWI iaitu 13,398 undi. Buletin Utama TV3 sebentar tadi melaporkan kira-kira 38,144 atau 65.25 peratus pengundi keluar mengundi.

Posting Keempat - 7.30 malam

Setakat perkiraan di lapan pusat perkiraan undi, ejen kenit memberitahu saya, calon PKR sudah mendahului dan kebanyakan sokongan yang diperolehi adalah daripada golongan muda. Bagaimanapun, calon BN ada juga mendapat sokongan daripada golongan tua melebihi calon PKR.

Posting Ketiga - 6.45 petang

Walaupun 25 pusat pengundian ditutup jam 5 petang tadi, orang ramai terutama penyokong PKR masih berkumpul di hadapan pusat berkenaan.

Mereka membawa bendera dan ada antaranya yang memakai topeng DSAI bersorak setiap kali kenderaan yang lalu di hadapan mereka membunyikan hon.

Penyokong PKR juga masih berkumpul di markas gerakan mereka sama ada menikmati kopi panas atau berbual mengenai apa yang dilalui sejak 10 hari lalu.

Ada juga anak-anak muda yang bermotosikal membawa bendera PKR bergerak beramai-ramai sambil membunyikan hon motosikal mereka. Di Kubang Semang, gerai yang terletak berhampiran masjid di situ dipenuhi oleh penyokong pembangkang. Ada yang menikmati nasi kandar yang enak di situ dan ada juga yang berbual serta memerhati gelagat orang ramai. Beberapa gerai menjual t-shirt, badge dan sticker pembangkang juga didirikan di situ.

Di beberapa tempat yang dilalui, ada juga pekerja parti sudah mula menarik turun bendera yang dipasang di jalan raya. Di beberapa tempat, pekerja parti dilihat sudah mula mengemas termasuk menyusun kerusi meja.

Setakat jam 6.45 petang, ejen kenit memberitahu saya, beberapa kawasan didahului oleh PKR dari segi perkiraan jumlah pengundi yang menunaikan tanggungjawab mereka.

Posting kedua - 2.10 petang

Setakat jam 2 petang tadi, kira-kira 49 peratus pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka.

Ejen kenit memberitahu saya, ada beberapa insiden dilaporkan berlaku termasuk seorang lelaki yang memakai t-shirt pembangkang mengganggu pengundi di salah satu daripada 25 pusat pengundian.

Lelaki itu segera diberkas oleh pihak keselamatan bagi mengelakkan kejadian yang tidak dingini berlaku. Perkara itu dilaporkan juga oleh Buletin 1.30 tengahari TV3.

Dalam satu kejadian, seorang lelaki dikatakan menunjukkan kapak kepada ahli Puteri dan Pemuda UMNO yang ditugaskan membawa pengundi ke pusat pengundian. Mereka segera beredar dan tidak jadi untuk membawa beberapa pengundi berkenaan.

Jalan-jalan menuju ke pusat pengundian dikatakan sesak dan parti yang bertanding menggalakkan penyokong mereka mengundi lebih awal. Lebih awal lagi bagus.

Kedudukan sokongan dilaporkan seimbang setakat ini dengan kedua-dua parti yakin akan memenangi PRK ini dengan majoriti yang kecil, bukan lebih 13,000 yang diperolehi oleh DSWAWI pada PRU12, Mac lalu.

Posting asal - 11.20 pagi

Hari ini, pengundi Permatang Pauh akan keluar mengundi untuk memilih ahli Parlimen mereka. Mereka mempunyai tiga calon untuk dipilih iaitu DSAI, Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Hamat. Ketiga-tiga calon dan parti mereka selesai memberi ceramah malam tadi.

Setakat jam 11.15 pagi, proses pengundian berjalan lancar dan suasana cerah membolehkan pengundi pergi ke pusat-pusat pengundian dengan kereta yang disediakan oleh parti-parti yang bertanding terutama BN dan PKR.

Ejen kenit memberitahu saya, setakat pagi ini kira-kira 30 peratus sudah keluar mengundi dan tiada kejadian tidak diingini berlaku sejak pagi tadi.

Setakat malam tadi, ejen kenit berkata keadaan seimbang dan BN dijangka memenangi Permatang Pauh dengan keputusan yang mengejutkan. Bagaimanapun, usaha parti yang bertanding di saat-saat akhir akan turut mengubah keadaan.

Bagaimanapun, kegiatan menghantar SMS kepada pengundi terus dijalankan pagi ini dengan pelbagai dakwaan antaranya penyebaran tindakan merobohkan kuil oleh kerajaan. Ini adalah taktik yang kurang sihat dan tidak seharusnya dibenarkan.

Ejen kenit menerangkan pembangkang banyak menggunakan kaedah penghantaran SMS di saat-saat akhir dan yang menghairankan mereka mempunyai nombor telefon bimbit pengundi di seluruh negara.

Malah, perkara ini diutarakan oleh PM sendiri selepas PRU12 pada Mac lalu.

Siapa yang membantu memberikan senarai nombor telefon bimbit ini? Memang cekap.

Monday, August 25, 2008

PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH (3)






(Gambar oleh MKS)

PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH (2)





PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH (1)





JANGAN MEMPERMAINKAN LAFAZ SUMPAH

Akhbar Utusan Malaysia hari ini menyiarkan berita panel di muka satunya dengan tajuk, "Penduduk Permatang Pauh desak Anwar Bersumpah". Empat penduduk iaitu pemilik restoran mi bandung, peniaga buah dan dua orang surirumah mahu DSAI bersumpah.

Bagi saya, majlis angkat sumpah ini seolah-olah sudah menjadi perkara biasa sekarang. Saiful Bukhari Azlan angkat sumpah, DS Najib Tun Razak bersumpah di Masjid Guar Perahu dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli juga bersumpah tidak terbabit dengan kejadian dua EXCO PKR Perak didakwa mengambil rasuah.

Saiful bersumpah untuk memperkuatkan dakwaannya bahawa DSAI meliwatnya. DS Najib bersumpah, bukan seperti Saiful yang diadakan satu majlis khas, untuk menyatakan tidak mengenali gadis Mongolia, DS Tajol pula mahu menafikan dakwaan beliau terbabit dengan peristiwa EXCO PKR didakwa.

Ejen kenit memberitahu saya, segala sumpah itu sedikit sebanyak membuka mata pengundi Permatang Pauh. Bagaimanapun, ia tidaklah memberi kesan kepada penyokong tegar PKR yang sudah taksub dengan DSAI.

Bagaimanapun katanya, jika mahkamah syariah yang mengarahkan agar Saiful atau Anwar mengangkat sumpah maka masyarakat akan lebih percaya kepada individu yang mengikut arahan mahkamah dan mereka yang ingkar pasti akan didapati "bersalah".

Oleh kerana ia dibuat secara sukarela, ada pihak yang membuat pelbagai andaian dan dakwaan seolah-olah ada "tangan-tangan" atas yang memaksa mereka bersumpah.

Namun, yang penting ialah keberanian mereka yang membuat sumpah dan sanggup dilaknat oleh Allah SWT pada diri mereka, keluarga dan generasi akan datang. Siapa yang ada di sekeliling mereka yang membuat sumpah tidak penting tetapi lafaz sumpah itu adalah perkara pokok dan asas utama.

Oleh itu, tiada isu mengenai imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi, yang mendakwa di pentas PKR di Permatang Pauh malam tadi bahawa beliau dipaksa menjadi saksi. Kehadiran beliau sebenarnya tidak penting.

Jika Anwar bersumpah hari ini, adakah anda percaya bahawa beliau berada di pihak yang benar? Apatah lagi ia dibuat di hadapan ulama politik seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat.

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (21)






(Aksi Ezam Mohd Nor ketika berceramah di Kampung Tun Sardon, malam tadi. Gambar oleh Shamsul Yunos)

FAKTOR EZAM KELUAR PKR

1. Anwar menyimpang daripada perjuangan asal PKR untuk memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam. Penyimpangan itu disengajakan bagi meraih undi Cina dan India.

2. Anwar ingin menghapuskan Dasar Ekonomi Baru dan menuduh DEB punca rasuah di negara ini.

3. Anwar menghina dasar yang dipersetujui oleh pengasas bangsa seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan. Penghinaan ini membuat pemimpin politik bukan Melayu yang berfahaman sempit berani menghina DEB.

4. Anwar mengutamakan kepentingan peribadi daripada memikirkan kepentingan negara terutama kesejahteraan sosioekonomi rakyat.

5. Ingin menghalang tindakan Anwar mengucar-kacirkan kestabilan politik negara yang memberi kesan kepada keadaan ekonomi Malaysia.

6. Pembohongan Anwar yang mengelirukan masyarakat termasuk dakwaan memasukkan racun arsenik dalam makanannya dan suntikan hiv.

7. Anwar membuat pelbagai tuduhan atau mengalihkan kesalahan kepada orang lain jika ada dakwaan dilemparkan terhadap dirinya.

8. Ingin menyedarkan semua pihak sikap Anwar yang suka bermuka-muka dengan semua pihak termasuk DAP dan PAS.

9. Tindakan Anwar sanggup membuat tuduhan kepada Paklah, pemimpin yang telah banyak membantunya termasuk ketika dalam penjara.

10. Mengetahui isu peribadi Anwar yang tidak mahu didedahkan kerana menghormatinya. Buat masa ini, ia tersimpan dihatinya.

PAK SAMAD DI HOSPITAL PANTAI


Menurut blogawan Rocky, Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Samad Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Samad kini di ICU, Hospital Pantai, Kuala Lumpur.

Keadaannya stabil tetapi kritikal.

Marilah kita berdoa agar Pak Samad segera sembuh.

Sunday, August 24, 2008

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (20)


(Najib dan Anwar. Grafik dikutip dari AgendaDaily.com)

Mungkin ramai yang terkejut dengan kehadiran Konsul Kehormat Mongolia, Datuk Syed Abdul Rahman Al-Habshi, dalam kempen BN di Permatang Pauh.

Pertama, mengapa beliau hadir untuk memberi penjelasan dan kedua, adakah isu gadis Mongolia banyak ditimbulkan dalam ceramah di PP.

Dalam ceramahnya, Datuk Syed Abdul Rahman menegaskan apa yang disebarkan oleh DSAI dan blogawan, RPK, telah banyak menjejaskan hubungan antara Malaysia dan Mongolia. Berita tidak betul itu yang mengaitkan TPM dalam kes berkenaan sudah tentu menjatuhkan maruah pemimpin negara dan Malaysia di seluruh dunia.

Penipuan dan pembohongan oleh DSAI ini perlu diperbetulkan demi kepentingan negara dan maruah rakyat negara ini. Beliau turut menafikan sebarang pembabitan TPM dalam kes gadis Mongolia, yang masih dibicara di mahkamah.

Dalam satu majlis pada Jumaat lalu di Masjid Guar Perahu, DS Najib Tun Razak, mengulangi sumpahnya di hadapan penduduk di situ.

Kedua-dua peristiwa itu daripada pengamatan saya memberikan banyak signifikan kepada usaha BN untuk memaparkan apa yang dinyatakan oleh penasihat PKR dan pemimpin parti pembangkang adalah satu pembohongan besar selama ini.

Apabila pembangkang membuat tuduhan tanpa penafian BN, ini akan menyebabkan rakyat percaya apa yang dihamburkan oleh pembangkang terutama usaha mencalarkan imej Panglima Perang BN dalam "peperangan" di Permatang Pauh ini.

Yang lebih malang ialah laporan memburuk-burukkan pemimpin negara yang boleh dibaca oleh pembaca internet di seluruh dunia menerusi laman RPK akan merosakkan imej negara dan memaparkan seolah-olah semua yang berlaku ada konspirasi politik di belakangnya.

Dalam ertikata lain, ada kegiatan "main belakang".

Ejen kenit memberitahu saya, penafian Datuk Syed Rahman itu sudah tentu berasaskan perkembangan selama ini yang menunjukkan segala fakta yang dinyatakan di perbicaraan pembunuhan gadis Mongolia berkenaan tidak langsung menunjukkan pembabitan pemimpin negara sepertimana tuduhan yang disebarkan.

Isu gadis Mongolia ini ditolak oleh pengundi di PRK Ijok, Selangor dan sudah tentu isu ini akan terus memihak kepada BN untuk menunjukkan pembohongan pembangkang yang berniat semata-mata untuk memalukan pemimpin negara.

Jangan main belakang.

PUTERI UMNO HADAPI CABARAN

Unit Pemusnah Bom terpaksa dipanggil untuk memusnahkan sesuatu yang dipercayai bom di belakang bilik gerakan Puteri UMNO di Kubang Semang, Permatang Pauh, kira-kira jam 1.40 pagi. - News Alert AgendaNews.

Sejak penamaan calon, Puteri UMNO telah bergerak cergas dengan pergi rumah ke rumah untuk merayu pengundi di situ untuk memilih calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah.

Dalam menjalankan tugas mereka pelbagai cabaran dihadapi termasuk diraba pada hari penamaan calon 16 Ogos lalu, digertak oleh "samseng" yang tidak dikenali dan diminta balik hotel saja oleh sesetengah penyokong pembangkang yang sudah menutup "otak dan hati" mereka. Namun, ramai yang menyambut mereka dengan hati terbuka.

Ejen kenit memberitahu saya, ada usaha juga oleh pembangkang yang menghantar pelajar IPTA untuk menyamar sebagai Puteri UMNO dengan mempengaruhi pengundi untuk memilih calon PKR. Bagaimanapun, tindakan mereka dikesan serta merta kerana beberapa kesilapan nyata yang dilakukan. Takyahlah melakukan taktik menyamar tu.

Oleh kerana ada kegiatan "samseng" yang mengganggu Puteri UMNO, di sesetengah tempat ahli sayap UMNO itu kini ditemani oleh ahli lelaki UMNO bahagian dan negeri yang menjadi "bapa angkat" bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Ada orang yang hanya berani dengan "orang pompuan" saja. Apa punya perangai.

Saturday, August 23, 2008

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (19)

Tiga hari lagi pengundi di Permatang Pauh akan keluar mengundi.

Siapakah calon pilihan mereka?

Sehingga ini, mereka telah "dihujani" dengan pelbagai jenis maklumat oleh ketiga-tiga calon yang bertanding terutamanya calon PKR dan Barisan Nasional. Calon Akim, Hanafi Mamat, bergerak seolah-olah seperti "orang mempunyai banyak masa". Beliau "berkampung" di round about Bukit Tengah.

Bagi PKR dan BN, sejak pengumuman perletakan jawatan DS Wan Azizah Wan Ismail, mereka sudah menyiapkan segala-galanya terutama jentera pilihanraya. BN diterajui oleh DS Najib Tun Razak manakala DSAI mengepalai PKR.

Secara perlahan-lahan, bendera dan poster di pasang. Ia diperhebatkan selepas penamaan calon pada 16 Ogos lalu. Kedua-dua parti segera mencari ruang dan peluang untuk meletakkan bilik gerakan, markas, poster, banner dan buntings di tempat yang strategik. Yang lambat, terpaksa letak di tepi sajalah.

Ketika BN menggunakan warna biru sebagai lambang bilik gerakan mereka, parti pembangkang pula diwarnai oleh biru laut, hijau dan merah. Bilik gerakan PAS bermula beberapa hari lalu mungkin ada sesuatu yang menyebabkan "kelambatan" itu.

Isu yang dimainkan pula boleh dibahagikan kepada isu tempatan dan isu nasional. Ini termasuk isu rasuah, kezaliman, penindasan, Malaysian Malaysia, konsep sama rata sama rasa, isu moral dan integriti, pembentukan kerajaan baru, peribadi calon serta pembangunan. Ada juga menyatakan Anwar Ibrahim adalah anugerah Allah SWT di bumi Malaysia ini.

Ketika PKR dibantu oleh penceramah parti pembangkang, BN pula dibantu oleh bekas rakan-rakan DSAI seperti Mohamad Ezam Mohd Nor, Datuk Nallakarupan, Anwar Shaari, Zahid Arip, Lokman Adam dan Hanafiah Man. Pemimpin parti komponen termasuk dari Sabah dan Sarawak juga bergerak cergas setiap malam.

Pembangkang disokong oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Menteri Besar Selangor, Nurul Izzah dan Dr Mujahid Yusof. Mereka merancang untuk mengadakan majlis ceramah besar-besaran membabitkan DS Hadi Awang dan Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Ketika hampir hari mengundi Selasa ini, keadaan dikatakan lebih seimbang berbanding sebelum penamaan calon dan kecekapan kedua-dua parti untuk menarik pengundi atas pagar menyokong mereka akan menentukan keputusan.

Di pihak PKR, mereka begitu yakin dengan "kemenangan" kerana sambutan ceramah yang diadakan. Bagaimanapun, mereka juga mengetahui ramai yang datang adalah juga orang luar dari Pulau Pinang terutama dari Wilayah Persekutuan.

Tidak hairanlah ceramah mereka yang "membelasah" pemimpin kerajaan sekarang terutama pemimpin UMNO amat menarik orang ramai terutama jika tempat ceramah itu terletak di tepi jalan.

Bagi ceramah BN, pula kehadiran bekas rakan-rakan DSAI telah menarik minat orang Permatang Pauh untuk mengetahui "manusia" yang bernama Anwar Ibrahim.

Apa yang menarik, ceramah yang disampaikan lebih kepada pengalaman peribadi mereka dengan DSAI dan kurang menyentuh mengenai isu liwat. Bagi mereka, itu adalah isu peribadi yang perlu diselesaikan oleh Anwar dengan Saiful Bukhari Azlan.

Bagi PKR, mereka yakin mendapat undi bukan Melayu kerana isu yang ditimbulkan menarik minat penonton terutama konsep Malaysian Malaysia, pendekatan sama rata sama rasa, kemasukan 10 peratus bukan Melayu di UITM dan dakwaan berlakunya penindasan serta kezaliman kerajaan sekarang.

Bagaimanapun, BN pula yakin penduduk Permatang Pauh juga mengutamakan keselamatan dan keamanan untuk membolehkan mereka meneruskan kehidupan seharian yang selesa.

BN memaparkan apa yang dilakukan oleh DSAI telah banyak mengganggu perjalanan negara sekarang. Malaysia digambarkan seolah-olah ditadbirkan oleh kerajaan yang lemah sedangkan inilah kerajaan yang memerintah sejak 51 tahun lalu.

Sejak pelbagai isu membabitkan peribadi DSAI, ada peningkatan mendadak sokongan pengundi Melayu kepada BN terutama mereka yang diatas pagar. Ini termasuk penyokong tegar PAS yang mahu pemimpin pembangkang yang bersih dari segi moral mereka.

BN pula yakin, ramai pengundi UMNO dan BN yang memberi sokongan kepada DS Wan Azizah kerana tindakan memprotes pada Mac lalu, akan kembali semula ke pangkuan BN.

Sama-samalah kita tunggu. Ada tiga hari lagi. Macam-macam boleh jadi.

Friday, August 22, 2008

JANGAN LUPA MEE UDANG SUNGAI DUA

Salah seorang pelayar tetap DUNIATIGER mengingatkan saya agar jangan lupa mencuba "mee udang Sungai Dua" .

Maka, semalam saya mencari tempat itu dengan beberapa orang rakan.

Kebetulan pula seorang rakan pernah pergi ke restoran berkenaan yang terletak berhampiran dengan sungai.

Menurutnya, keenakan mee udang itu menyebabkan seorang teman yang selalunya berbual-bual ketika makan, tapi kali ini tidak membuka mulut untuk berbual kerana "terlalu asyik" menghirup kuah mee itu.

Berpandukan tempat "di tepi sungai" kami pun mencuba nasib mencarinya. Atas bantuan seorang lagi teman, kami berjaya menemui "Restoran Mee Udang Sungai Dua".

Teman yang pernah datang ke situ menasihatkan kami menimbang udang terlebih dulu agar tidak terlalu banyak udang dalam mee kuah nanti. Sebelum ini, beliau makan mee kuah dengan tiga ekor udang besar di dalam mangkuk meenya.

Makan banyak udang, sudah pasti bukan masalahnya tetapi membayarnya, pasti menggaru kepala. Beliau membayar harga lima pinggan mee udang hampir RM150. Wow...

Berpandukan nasihat itu, kami pun mengambil keputusan untuk mengambil lima ekor udang di mana setiap seorang akan mendapat seekor udang besar.

Saya tidak bercakap ketika menikmati keenakan kuah mee udang itu. Anda mempunyai pilihan untuk menempah air kelapa atau air panas di situ. Empat rakan lain memilih air kelapa dan saya memilih kopi O yang begitu sedap sekali.

Oleh itu, saya mencadangkan kepada semua pihak, dalam keributan kempen Permatang Pauh sekarang, orang luar yang datang untuk mendengar ceramah BN atau PKR, eloklah mencuba mee udang Sungai Dua itu.

Wallet saya kekurangan RM61.80 petang semalam.

Selamat mencuba.

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (18)

"Merdeka" dan "Jalan atau Menuju ke Putrajaya" adalah antara tagline yang digunakan oleh PKR bagi menarik perhatian pengundi Permatang Pauh.

PKR menampilkan perkataan "Merdeka" daripada penindasan dan kezaliman selama ini manakala "Menuju ke Putrajaya" adalah impian parti itu terutama penasihatnya, DSAI untuk membentuk kerajaan pada bulan depan.

Bagaimanapun, pemimpin BN dalam ceramah mereka menyifatkan tagline itu sebagai pembohongan besar PKR sedangkan Malaysia terkenal sebagai antara negara yang mengamal dan memastikan tiada siapa yang ditindas dan dizalimi.

Malah ramai pemimpin PKR ini berjaya kerana dasar pragmatik kerajaan selama ini.

Bagi BN, inilah penipuan besar PKR yang sanggup menggunakan apa saja taktik bagi memancing undi. Bagaimanapun, mereka yakin pengundi Permatang Pauh boleh menilai sendiri apa yang di utarakan oleh pembangkang dengan keadaan yang sebenar.

Namun, kenyataan PKR mengajak pengundi menyokong mereka kali ini bagi membolehkan parti itu "menguasai" Putrajaya dianggap oleh BN sebagai "politik angan-angan Mat Jenin" sepertimana yang diutarakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang dalam sidang media di Ipoh, Perak baru-baru ini.

Ini kerana "lagu mana" PKR akan membentuk kerajaan sedangkan majoriti BN ialah 58 di Parlimen (140 - 82). Jika PKR kata mereka boleh mendapat 13 Ahli Parlimen sekalipun, mereka akan memiliki 95 kerusi sedangkan BN masih menguasai 127 kerusi.

Ini memaparkan BN tetap mengetuai kerajaan dan bukannya PKR seperti yang digembar-gemburkan. Oleh itu, pengundi Permatang Pauh bukanlah memilih calon Perdana Menteri seperti yang dicanangkan oleh PKR tetapi seorang Ahli Parlimen saja.

Ini adalah usaha terbaru PKR untuk "membuat bising" bahawa ada MP BN akan melompat parti sepertimana yang dinyatakan sebelum ini tetapi tidak menjadi kenyataan.

Oleh itu, pemimpin BN amat berharap pengundi Permatang Pauh tidak ditipu sekali lagi.

Thursday, August 21, 2008

"ORANG SARAWAK BUKAN KATAK"

Malam tadi, antara penceramah di Kampung Seberang Jaya ialah Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Haji Openg.

Beliau begitu semangat berucap dan kehadirannya dengan beberapa Menteri Sarawak yang lain untuk memberi sokongan padu kepada calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah.

Antara perkara yang diutarakan ialah menyatakan rasa kecewa dan kesalnya terhadap PKR yang mengatakan akan berlakunya "lompat-melompat" pada 16 September akan datang membabitkan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak.

"Orang Sarawak bukan katak yang suka melompat ke sana ke mari. Kita ada maruah diri dan tetap akan bersama-sama dengan Paklah yang telah diberikan mandat untuk memerintah Kerajaan Persekutuan. Pembangkang jangan ganggu kerajaan sekarang dan tunggulah pada PRU13. Jangan rosakkan kestabilan negara." katanya.

Beliau berkata, pihaknya terpaksa menghadapi PKR di Sarawak untuk memenangi kerusi yang dipertandingkan dan rakyat sudah memberi sokongan kepada BN. Oleh itu, isu masuk PKR itu tidak timbul dan orang yang membawa idea itu sudah bankrap politik.

Datuk Abang Johari juga merasa pelik orang seperti Dr Jeffrey Kitinggan di Sabah, yang kalah dalam PRU12 ada hati pula untuk mengatakan bahawa Ahli Parlimen Sabah sudah menemuinya untuk "melompat".

Kenyataan Dr Jeffrey itu dinafikan oleh jurucakap Ahli Parlimen dari Sabah, Datuk Aniffah Aman, baru-baru ini. Mereka turut datang ke PP membantu calon BN.

Datuk Abang Johari menegaskan ahli Parlimen Sarawak akan berdiri teguh di belakang pemimpin BN iaitu Paklah dan DS Najib untuk terus memerintah negara ini tanpa diganggu-gugat oleh petualang yang sengaja mengambil kesempatan mengelirukan rakyat.

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (17)

Masyarakat India, walaupun bilangan mereka kecil iaitu enam peratus daripada 58,000 pengundi Permatang Pauh, tetapi ia tetap menjadi sasaran kedua-dua parti yang bertanding.

Kaum India yang seramai 3,300 orang di PP tinggal di beberapa kampung di Seberang Jaya seperti Kampung Bagan Serai, Kampung Titi, Kampung Penanti, Taman Arowana dan pekan Permatang Pasir.

Jika diambilkira hanya 80 peratus keluar mengundi pada 26 Ogos ini, maka kedua-dua parti perlu mendapatkan undi daripada 2,500 pengundi. Setakat ini, keadaannya seimbang dan ramai yang berada di "persimpangan jalan" atau atas pagar.

Jika pada PRU12 Mac lalu, sebahagian besar mengundi DS Wan Azizah Wan Ismail tetapi kini mereka merasa kecewa dengan tindakan perletakan jawatan Presiden PKR itu untuk memberi laluan kepada suaminya, DSAI.

Bagi mereka, undi yang diberikan "dipermain-mainkan".

Ejen kenit memberitahu saya, masyarakat India juga kini marah dengan DSAI berikutan seorang leftenannya iaitu AP Kulim Bandar Bahru, Zuflili Noordin, telah mengetuai demonstrasi terhadap Forum Memeluk Islam yang dianjurkan oleh Majlis Peguam.

Bagi masyarakat India, forum itu tidak seharusnya diganggu terutamanya pemimpin PKR kerana ia membicarakan isu-isu yang berkaitan dengan pemelukan Islam, harta, waris dan isu lain yang perlu disokong oleh PKR dan PAS.

Mereka terkejut dengan perubahan PKR yang melaung-laungkan konsep pelbagai kaum dalam ceramah-ceramah di seluruh negara, tetapi sebenarnya tidak memperjuangkan kepentingan masyarakat India berhubung isu agama.

Bagi mereka, ini satu pembohongan oleh pemimpin PKR.

Ejen kenit memberitahu saya, sebahagian besar pengundi termasuk golongan muda akan beralih arah menyokong BN pada pilihan raya kecil ini.

Yang terus menyokong PKR hanyalah mereka yang mempunyai harapan tinggi untuk menjadi calon PKR pada PRU akan datang.

Wednesday, August 20, 2008

DEBAT AGENDADAILY MALAM INI



Jangan lupa menyaksikan Debat Agendadaily malam ini antara Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Siaran langsung debat itu disiarkan menerusi TV9 dan NTV7 pada jam 9 malam manakala siaran tertunda di TV3 pada 12.30 malam.

TUNKU ABDULLAH MENINGGALKAN KITA

Al-Fatihah.

Maklumat daripada blog Big Dog.

"Mantan MP Rawang Tunku Tan Sri Abdullah Tuanku Abdul Rahman telah kembali ke rahmatullah. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir apabila tiba di KLIA untuk perjalanan ke luar negara pagi tadi.

Tunku Abdullah merupakan salah seorang pengerak utama membawa Tun Dr. Mahathir Mohamad kembali kedalam UMNO setelah dipecat pada 1969 oleh Presiden UMNO ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Beliau bersedia untuk mengosongkan kerusi Parlimen Rawang ketika itu untuk memberikan laluan kepada Tun Dr. Mahathir untuk kembali kepada persada politik perdana.

Beliau menjadi seorang tokoh korporat yang berjaya apabila meninggalkan kareer sebagai seorang diplomat.
"

Al fatihah.

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (16)

Pilihanraya Kecil Permatang Pauh adalah medan peperangan maklumat.

Perang untuk menyakinkan rakyat dan perang menggunakan maklumat sepenuhnya.

Pihak yang berjaya menyakinkan rakyat akan menang dalam peperangan ini. Ini termasuk bahan ceramah yang digunakan dan barisan penceramah yang menyakinkan.

Jika bahan ceramah dipilih dengan baik dan diulas serta dikupas oleh penceramah berwibawa, ia sudah pasti akan menyakinkan pendengar.

Jika bahan ceramah itu tidak relevan dengan PRK Permatang Pauh, ditambah pula penceramah tidak pandai mengulas atau mengupasnya, orang ramai yang menghadiri ceramah itu akan hanya mendapat angin - masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Setakat ini, PKR menggunakan semua penceramah yang dikenali ramai termasuk penasihat dan calon PKR, DSAI; AP Lembah Pantai, Nurul Izzah; Ketua Menteri Pulau Pinang, Menteri Besar Selangor dan beberapa orang penceramah PAS termasuk Dr Mujahid Rawa.

BN pula menampilkan bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor; bekas Setiausaha Sulit DSAI, Annuar Shaari; bekas rakan tenis DSAI, Datuk Nallakarupan; Pemimpin UMNO dan parti komponen dan pemimpin akar umbi.

Perang kedua ialah bagaimana parti-parti yang bertanding menggunakan semua maklumat yang ada untuk menarik pengundi menyokong mereka.

Dalam PRU12 pada 8 MAC lalu, pembangkang banyak menyebarkan CD dan menayang video di warung-warung yang memuatkan ceramah dan ucapan pemimpin pembangkang. Kali ini, taktik yang sama juga digunakan oleh PKR dan rakan-rakannya selain ceramah.

Bagi BN, mereka boleh mengharapkan laporan berita dalam media cetak dan elektronik yang menyiarkan apa yang berlaku kebelakangan ini termasuk sumpah Saiful Bukhari Azlan, sidang media peguam Datuk Shafee Abdullah terhadap laporan blogawa, RPK; laporan Muktamar PAS dan segala perkembangan terbaru di negara ini.

Terpulanglah kepada pengundi Permatang Pauh untuk menerima segala maklumat yang diberikan oleh kedua-dua pihak sebelum menganalisis, mengupas atau menerima bulat-bulat dan kemudiannya membuat keputusan di kertas undi pada 26 Ogos ini.

Tuesday, August 19, 2008

PORTUGIS JAJAH BANDAR SAJA?

Bersembang dengan Datuk Dr Malik Munip petang ini.

Beri perspektif baru kepada saya bahawa Melaka tidak pernah dijajah oleh Portugis.

Portugis hanya menguasai bandar Melaka, bukan ke seluruh negeri.

Apabila Sultan Melaka memindahkan ibukotanya ke tempat lain, bandar Melaka terus merosot.

Portugis terpaksa menjemput Sultan Melaka ke bandar Melaka dengan satu istiadat gilang gemilang untuk membantu memulihkan bandar Melaka. Maklumat ini diberitahu oleh rakannya yang membuat kajian hubungan Portugis dan Melaka.

Jadi orang Jasin, Alor Gajah, Masjid Tanah dan kawasan lain daripada bandar Melaka tidak dijajah oleh Portugis. Hanya bandar Melaka saja seperti di Macau bukan China dan Goa bukan India.

(Posting tru NE90)

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (15)

Nama Tan Sri P Ramlee timbul dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.

Pemula kata, kita sedekah Al-Fatihah kepada seniman negara ini. Amin.

Nama seniman agung ini, saya dengar ketika mendengar ceramah Datuk Nallakarupan, bekas rakan DSAI, pada 12 Ogos lalu.

Beliau berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim amat pandai berlakon.

Lebih hebat daripada TS P Ramlee. Menurutnya, jika TS P Ramlee masih hidup, beliau akan kalah kepada DSAI dari segi lakonan terbaik seluruh negara.

Datuk Nalla juga berkata, lakonan DSAI juga boleh mengalahkan pelakon Hollywood dan Bollywood.

Beliau yang beberapa kali menyebut "saya sembahyang punya orang" berharap rakyat Permatang Pauh tidak termakan dengan lakonan penasihat PKR itu kali ini.

"Kali ini, jika pengundi Permatang Pauh tidak memilih BN, saya tidak tahu bila lagi Tuhan Allah akan bantu penduduk di sini." katanya.

Nama seniman agung itu disebut sekali lagi. Kali ini, oleh calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah.

Dalam laporan AgendaDaily, Datuk Arif Shah berkata, kalau Tan Sri P.Ramlee atau M.G.R (pelakon terkenal India) masih hidup, mereka pasti menangis melihat lakonan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Itu jawapan Datuk Arif Shah ketika ditanya Agendadaily mengapa ada rakyat masih percaya Penasihat PKR itu bakal jadi Perdana Menteri pada 16 September ini.

Katanya, di antara pekerja (wakil rakyat) dan pelakon, Anwar adalah pelakon yang terbaik.“Dia pandai buat cerita propaganda, fitnah serta janji-janji yang mengkhayalkan rakyat. Pada masa ini, ada yang rasa Anwar sedang dendangkan sesuatu yang enak tetapi tak jadi kenyataan,” ujarnya.

Al-Fatihah sekali lagi kepada Seniman Agung kita.

Monday, August 18, 2008

BAGI SAJA JAWATAN KAT DIA?


(gambar dari blog Wong Chun Wai)

Posting Terbaru - 4.45 petang

Menurut blogawan, Datuk Wong Chun Wai - Dr Toh telah keluar Gerakan sebentar tadi. Baguslah agar TS Dr Koh tidak pening kepala untuk menghadapi orang semacam ini.

Posting Asal - 9.47 pagi

Saya tidak kenal Dr Toh Kin Woon.

Tetapi, jika saya Presiden Gerakan, saya sudah pecat orang seperti ini.

Ini kerana beliau bercakap sebagai penyokong PKR bukan ahli Gerakan.

Ini kerana Dr Toh, bekas EXCO Pulau Pinang menyokong DSAI.

Tersalah kem? Atau nak cari jawatan dalam Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang? Bagi apa saja jawatan yang sesuai kat dia.

Menurut berita Malaysiakini, Dr Toh bukan saja menyokong Anwar tetapi juga melawat bilik gerakan pilihanraya PKR di Permatang Pasir.

Oleh itu, saya cadangkan Dr Toh masuk saja PKR. Tidak payah memeningkan kepala Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dalam berita Malaysiakini, Dr Toh dilaporkan berkata: "I am not speaking for my party, I am speaking for myself as an individual - I do support Anwar Ibrahim in this by-election. I am not actually supporting him too much as an individual but more on the movement that he leads. I feel if Anwar (is elected to) Parliament, the voices of the opposition will be stronger and the chances of strengthening the democracy and widening the democratic space will be better. For these reason, I support him."

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (14)

Bertemu dengan Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Rashid Shirlin (gambar), di KLIA dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, semalam.

Saya tanya bagaimana "suasana" di Permatang Pauh.

Beliau menerangkan Puteri UMNO kini bekerja keras untuk memberi penerangan di akar umbi terutama golongan umur pertengahan dan atas yang mampu berfikir dengan apa yang berlaku kebelakangan ini termasuklah laporan liwat Saiful Bukhari Azlan. Rasional mengapa Permatang Pauh memerlukan Ahli Parlimen baru yang dapat membantu mereka sepanjang masa. Jangan biarkan kawasan ini terus tidak dibela.

"Golongan ini mungkin boleh menerima apa yang kita terangkan berbanding golongan muda yang terlalu taksub dengan Anwar. Golongan muda ini tidak mahu percaya dengan kes itu dan termakan propaganda yang mengatakan ia satu konspirasi.

"Walaupun sengit tetapi Puteri UMNO tetap berusaha dan berjuang demi kepentingan bangsa dan negara."

Kes Puteri kena raba?

"Itu perbuatan tidak baik. Tiada sebab untuk berbuat demikian. Tapi...tiada siapa yang mengambil gambar untuk menunjukkan bukti." (Dalam hati saya... "mungkin perbuatan raba itu berlaku cepat sangat kot. Tak sempat ambil gambar")

Mengenai pertandingan Ketua Puteri UMNO?.

"Ada lima calon tok. Semua kawan-kawan belaka. Saya menawarkan khidmat dan kepemimpinan. Terpulanglah kepada ahli Puteri untuk memilih calon yang layak."

Menurutnya, beliau ke KL untuk menghadiri Sidang Parlimen dan kemudian bertolak ke Singapura untuk mewakili Malaysia di satu persidangan di republik itu.

Sunday, August 17, 2008

CHONG WEI DAPAT PERAK

Lin Dan mengalahkan Lee Chong Wei untuk memenangi pingat emas Olimpik Beijing dalam acara individu badminton lelaki sebentar tadi.

Lin Dan mengalahkan LCW 21-12, 21-8.

ELAKKAN PROVOKASI, JANGAN GADUH

Salah satu elemen dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh kali ini ialah gelagat kumpulan anak-anak muda bermotosikal seramai antara 10 hingga 15 orang membawa bendera parti dan mengelilingi kampung dan bandar untuk mendapatkan perhatian.

Adakalanya mereka membunyi hon motosikal untuk menggalakkan orang ramai terutama di jalan-jalan raya memandang ke arah mereka. Mungkin bagi menarik perhatian memandang mereka yang menyokong parti tertentu. Saya sudah terserempak dua kali dengan mereka.

Malam tadi, ketika bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor, memberi ceramah di Kampung Tanah Liat, Kupang Semang, kumpulan anak muda ini yang membawa bendera PKR dan PAS, lalu di kawasan itu.

Mereka mula membunyikan hon atau menekan minyak yang sedikit sebanyak mengganggu perjalanan ceramah itu. Nasib baik tiada pihak daripada BN yang "bertindak" terhadap golongan bermotosikal itu yang boleh menyebabkan kejadian tidak diingini berlaku.

Saya menasihatkan sesiapa saja, sama ada BN atau pembangkang perlulah mengelakkan daripada membuat provokasi sehingga menimbulkan kemarahan pihak yang satu lagi. Cukuplah kejadian meraba, memukul jurugambar dan berlagak seperti samseng.

Biarlah pilihan raya kecil ini berjalan dengan lancar tanpa gangguan "gedebe".

Satu lagi, jika ada ceramah, penganjur perlu memastikan tidak berlaku kesesakan jalan raya sehingga menimbulkan kemarahan kepada pengguna yang lain.

Ceramah, ceramah juga, kelancaran jalan raya perlu juga diutamakan.

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (13)

Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd Noor, malam tadi mendedahkan pertemuan sulit yang diusahakannya dengan Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk membolehkan DS Wan Azizah Wan Ismail bertemu Paklah pada 2004.

Dalam ceramahnya di Kampung Tanah Liat, Kubang Semang, Ezam yang kini menjadi ahli UMNO, menegaskan pertemuan itu bertujuan untuk membolehkan DS Wan Azizah membuat tiga permintaan kepada Paklah berhubung dengan suaminya.

Pertama ialah membenarkan suaminya keluar menemui doktor daripada penjara di Sungai Buloh. Kedua bagi membenarkan DSAI mendapat rawatan di luar negara. Ketiga ialah tidak campurtangan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan terhadap kes DSAI.

Menurut Ezam, Paklah berkata sebagai pemimpin Islam, beliau tidak akan menzalimi DSAI dan akan berbincang dengan kawan-kawan mengenai permintaan itu.

Sebagai pemimpin yang berpendirian dan tidak zalim, beliau tidak akan mencampuri urusan penghakiman.

Maka DSAI bebas dengan kesilapan teknikal pihak pendakwaraya. Perkara itu kini sudah menjadi sejarah.

Apa yang Ezam kesalkan ialah setelah bantuan sebegini rupa diberikan oleh Paklah kepada keluarga DSAI, Anwar Ibrahim tergamak mengatakan Paklah membuat konspirasi politik terhadapnya berhubung pendakwaan liwat oleh Saiful Bukhari Azlan.

"Apakah ini pemimpin yang mahu kita pilih dengan membuat tuduhan kepada orang yang sudah berbuat baik kepada dia. Inilah prinsip pemimpin yang disanjung oleh sesetengah pihak di seluruh negara."

"Oleh itu, saya meminta penduduk Permatang Pauh memilih antara seorang pemimpin yang ingin mencapai cita-cita peribadinya dengan kepentingan agama, bangsa dan negara."

(Nota: Tun Dr Mahathir Mohamad ada membuat penghuraian di blognya mengenai PENGHAKIMAN Mahkamah Rayuan.)

Saturday, August 16, 2008

TIGA PENJURU

BUKIT MERTAJAM: Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan parti serpihan Pas, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim). BN mempertaruhkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah, 52, manakala PKR menampilkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 61. Akim pula menerusi Presidennya, Hanafi Mamat.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Biro Pilihan Raya PKR, Dr Mansor Othman yang turut menyerahkan borang pencalonan dan dikatakan bertanding sebagai calon Bebas, bagaimanapun menarik diri. Pengesahan calon yang bertanding dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahya jam 11.45 pagi selepas tempoh penghantaran borang pencalonan tamat jam 10 pagi dan sejam berikutnya untuk bantahan. Terdahulu, semua calon yang bertanding diiringi pemimpin dan penyokong masing-masing masuk ke pusat penamaan calon di Institut Perguruan Tuanku Bainun, yang dibuka mulai jam 9 pagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2007 dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2008 yang diwartakan 19 Jun lalu. Ini bermakna seramai 58,459 pemilih berdaftar terdiri daripada 57,969 pengundi biasa dan 490 pengundi pos layak mengundi. Ia pilihan raya kecil yang pertama diadakan selepas pilihan raya umum ke-12, pada 8 Mac lalu-Berita Harian

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (12)

Dengan menghadap kiblat dan memegang kitab al-Quran di depan mimbar Masjid Wilayah Persekutuan, Saiful melafazkan sumpah petang semalam:

"Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari itu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya."

Malam tadi, di Kubang Semang, Permatang Pauh, anak DSAI, Nurul Izzah, menganggap sumpahan itu satu konspirasi untuk menjatuhkan bapanya.

Berucap di hadapan penyokong di sebuah rumah yang mempunyai banyak pokok kelapa, puteri itu berkata plot itu dimainkan untuk meracun pemikiran rakyat.

Katanya, jika dulu dibuat oleh "orang yang pandai sedikit" iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, kini plot itu ditiru oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau tetap percaya ia sengaja diada-adakan.

Friday, August 15, 2008

JANGAN LUPA TONTON BERITA JAM 8

1. Kejayaan Lee Chong Wei

2. Pengakuan bersumpah Saiful Bukhari Azlan di Masjid Wilayah Persekutuan bahawa beliau diliwat oleh DSAI.

SIDANG MEDIA SAIFUL BUKHARI AZLAN

Saiful Bukhari dan bapanya, Azlan akan buat sidang media petang ini.

Tidak tahu apa yang akan diperkatakan dalam sidang media itu.

News alert AgendaNews melaporkan sidang media di Hotel Dynasty Kuala Lumpur itu siap dengan projektor LCD. Tidak tahu apa yang hendak "diprojekkan".

Eloklah ikuti News Portal, Agenda Daily.

Sibuk sikit kerana "pusing-pusing" Permatang Pauh.

MUSAFIR......SETAKAT INI SAJA

Musafir. Tapi tetap mahu sembahyang Jumaat dengan penduduk Permatang Pauh.

Ketika menuju ke masjid, rakan terus berkata, "kita masih bebas dan tiada masalah ke masjid. Tidak takut terkena bom. Tiada siapa akan halang."

Kami mengangguk. Tiada ulasan lagi. Faham dan mengerti.

"Setakat ini" beliau menyambung. Kami tercenggang.

"Yelah kalau Melayu terus berbalah, tiada penyatuan, setakat inilah. Esok belum tentu.".

Kami faham dan mengerti.

(Posting tru N E90)

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (11)

Salah satu parti rakan pembangkang yang menarik untuk diperhatikan di Permatang Pauh ialah PAS.

Ini kerana pelbagai peristiwa menarik yang berlaku kebelakangan ini seperti Muzakarah UMNO/PAS dan kes laporan liwat terhadap DSAI sudah tentu memberi kesan kepada pemimpin dan ahli PAS.

Ejen kenit memberitahu saya, keghairahan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli PAS sekarang tidak seperti pada Pilihan Raya Umum pada Mac lalu.

Mungkin terlalu awal kot?

Tidak, katanya. Menurut beliau, jika dulu, sebelum penamaan calon, markas-markas PAS sudah tumbuh macam cendawan selepas hujan di merata-rata tempat. Ada semacam "keghairahan" di Permatang Pauh.

Tetapi kali ini, agak "slow" sedikit. Mungkin mereka sedang berfikir lagi.

PEMIMPIN YANG SUKA TURUN PADANG


(Gambar oleh Utusan Malaysia)

Ejen kenit memberitahu saya, Datuk Ariff Shah Omar, adalah seorang yang pemimpin rakyat yang suka turun padang.

Jika ada kematian, beliau akan segera datang dan akan mengusung sama keranda jenazah ke kubur. Itu sebabnya kita boleh melihat banyak gambarnya mengusung jenazah penduduk kampung. Inilah pemimpin rakyat. Pemimpin akar umbi.

Ada pemimpin, ketika pemilihan saja nampak muka. Itu pemimpin muka atau bermuka-muka.

Satu lagi perangainya ialah beliau sentiasa menyediakan t-shirt kerjanya di dalam kereta untuk membolehkan beliau menukarnya apabila perlu berbuat demikian.

Kelebihan istimewanya ialah berhubung dengan ISO. Tunggu.

Thursday, August 14, 2008

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (10)

Selain bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor, berkempen di Permatang Pauh, ramai lagi bekas rakan, sahabat dan pegawai DSAI dikatakan bersedia membantu berkempen untuk BN pada pilihan raya kecil itu.

Ini untuk memberitahu pengalaman pahit dan kekecewaan mereka dengan orang yang pernah mereka sanjung sehingga ada yang sanggup melarikan diri ke luar negara dan ada juga disumbatkan ke dalam penjara serta menjadi penghuni Kamunting.

Ejen kenit memberitahu saya, antaranya ialah rakan tenis DSAI, Datuk Nallakarupan; pegawai khasnya, Annuar Shaari dan beberapa rakan seperjuangan seperti Hamdan Taha yang bersedia memberitahu pengundi Permatang Pauh mengenai "rakan mereka" itu.

Keadaan ini sudah tentu mewujudkan keadaan di mana DSAI akan menghadapi sahabat, rakan perjuangan dan pegawai khasnya yang kini sudah menjadi "musuhnya" yang akan menerangkan satu persatu apa yang mereka tahu mengenai DSAI.

Sudah tentu apa yang "diceritakan" bukanlah kenangan manis tetapi apa yang berlaku di belakang tabir dan karekter sebenar DSAI yang mungkin orang ramai masih tidak tahu atau mahu mempercayainya.

Apa pun, segala cerita ini sudah tentu didengar baik-baik oleh pengundi dan keyakinan mereka bergantung kepada contoh-contoh atau peristiwa tertentu serta bukan ucapan berfalsafah yang banyak digunakan sebelum ini.

Umpamanya, jika mereka mengatakan DSAI tidak layak memimpin negara ini, apakah karekter Penasihat PKR ini yang tidak melayakkan beliau menerajuinya? Adakah sikap peribadi? Adakah sikap meninggalkan asas parti untuk memperjuangkan bangsa? Apakah sikap double standard terhadap sesuatu isu? Hubungannya dengan luar?

Ejen kenit memberitahu saya, Datuk Nallakarupan dalam satu ceramah tertutup sanggup ke mahkamah jika ada apa yang diperkatakan tidak benar. Malah beliau berkali-kali berkata, apa yang dinyatakan itu demi untuk kepentingan negara ini.

ARIFF SHAH IS THE CANDIDATE

BUKIT MERTAJAM, Aug 13 (Bernama) -- Seberang Jaya Assemblyman Datuk Ariff Shah Omar Shah has been named as Barisan Nasional (BN) candidate for the Permatang Pauh by-election on Aug 26.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak who is BN deputy chairman and Umno deputy president, said that after considering various aspects including local and current factors, Ariff Shah, 52, was the best candidate to take on Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Najib made the announcement in front of over 3,000 BN supporters at Sunway Carnival Convention Centre here Wednesday night.

The by-election was called after PKR president Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail vacated the seat to make way for her husband Anwar to make a bid to return to Parliament.

The Election Commission (EC) has fixed Aug 16 for nominations.

Najib told reporters later that he was confident that Ariff Shah who has served the Seberang Jaya constituents well, would be able to do the same for all Permatang Pauh residents.

Ariff Shah was first elected Seberang Jaya Assemblyman in the 2004 general election when he defeated Dr Mansor Othman of PKR with a 4,464-vote majority. In the March 8 polls, he retained the seat for the second term after beating Ramli Bulat also of PKR by 533 votes.

When suggested to him that it was not a normal BN practice for its elected representative to serve as Member of Parliament and Assemblyman at the same time, Najib said nothing could prevent the coalition's leadership from making the decision because it did not contravene the Federal Constitution and the opposition also did the same.

When asked whether Ariff Shah's nomination would swing Chinese votes to BN, he said: "I am hoping to swing all votes".

He was also confident that all BN components would work together to ensure the coalition's success. "We are not looking at it from the aspect of election but we need to look at it in the aspect of BN's strength in the long run," he said.

Najib hoped all party leaders and members would give full support to Ariff Shah and his nomination did not mean it had affected the political future of others not selected.

"I also hope all the candidates not selected will give full support and work together in mobilising the party's machinery to ensure BN's victory in the by-election.

"During the campaign, don't push aside the selected candidate although in our division we are not supporting him. Don't look at him as the enemy," he said.

Najib said Ariff Shah's selection was also based on his success in retaining the Seberang Jaya seat in the last general election.

"We have to strive to achieve success and we should not entertain other considerations and we should not think who will become divisional chief and so on. Instead, think of the strategy to win the by-election.

Ariff Shah was born in Penang and attended primary and secondary education at Chinese schools in Perak, Terengganu and Kuala Lumpur.

He is also fluent in Mandarin and Hokkien.

Present at tonight's function included Gerakan acting president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Umno information chief Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Umno Youth head Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Puteri Umno chief Datuk Noraini Ahmad and state MCA chairman Datuk Liow Tiong Lai. -- BERNAMA

Wednesday, August 13, 2008

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (9)

Dalam pemerhatian saya, antara perkara yang akan dibangkitkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam RPK Permatang Pauh ini ialah:

1. Pertarungan moral DSAI
2. Pertahankan kebenaran kerajaan untuk berdepan dengan kepalsuan DSAI
3. Usaha menjadi Perdana Menteri menerusi taktik gangster
4. Perjuangan untuk bangsa bukan untuk kepentingan individu
5. Campurtangan Amerika Syarikat dalam kes liwat DSAI
6. Siapakah sebenarnya orang bernama Anwar Ibrahim
7. Permatang Pauh bukan kerusi Parlimen keluarga
8. Calon BN mewakili semua kaum dan bangsa
9. Calon BN akan meneruskan pembangunan di Permatang Pauh
10. Penghapusan tol di kawasan Permatang Pauh
11. Permainan politik parti dalam PR

BN sudah tentu akan menggunakan dua bekas kawan baik DSAI iaitu bekas Ketua Angkatan Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Noor, dan Datuk Nallakarupan untuk "menceritakan segala-galanya" mengenai pergerakan, perangai dan sikap DSAI.

Apakah BN akan menjanjikan calon mereka yang menang di Permatang Pauh akan dilantik menjadi Menteri kerana pengundi di kawasan itu sudah lama menanti untuk diwakili oleh seorang Menteri Kabinet sejak 1998?

Tuesday, August 12, 2008

JANGAN BUAT CADANGAN BODOH



Cadangan MB Selangor dibantah oleh pelajar UITM.

Hari ini, pelajar UITM akan mengadakan perhimpunan besar-besaran (tidak tahu berapa ramai) di padang kawad UITM bagi membantah cadangan MB Selangor agar 10 peratus kemasukan UITM dibuka kepada bukan Bumiputera.

Ada juga yang memberi cadangan akan terus berarak ke Bangunan SUK untuk membuat bantahan terhadap cadangan yang "tidak begitu cerdik" itu. Ini kerana jika alasan untuk mewujudkan saingan itu diberikan, maka selama ini seolah-olah pelajar UITM tidak berkualiti kerana bersaing sesama sendiri.

Tolonglah fikir secara bijak. Kamu Menteri Besar bukannya pekerja buruh di Ladang Guthrie. Mereka pun lagi bijak dan ramai daripada mereka memilih BN.

Tidak seperti sesetengah pensyarah dan pelajar IPTA dan IPTS yang sudah tersalah pilih parti pembangkang. Malah mereka pulang ke kampung memujuk saudara mara dan keluarga menolak BN. Sekarang siapa yang menyesal?

Pelajar yang berarak itu akan memakai pakaian hitam.

Siapa yang mati?

SAMBAL BELACAN PERMATANG PAUH (8)

Apakah isu yang akan dimainkan oleh PKR dan DSAI pada PRK Permatang Pauh ini?

1. Kelemahan pentadbiran kerajaan sekarang.
2. Pembentukan kerajaan pada September ini.
3. Konspirasi politik.
4. Saya tidak pernah meliwat Saiful. Akuan bersumpah Dr Osman boleh dijadikan bukti.
5. Mengapa saya dituduh jika liwat itu membabitkan dua orang suka sama suka.
6. Kes Altantuya.
7. Kenaikan harga minyak.
8. PP kubu kuat PKR dan perlu dipertahankan.
9. Muzakarah UMNO dan PAS.