Monday, December 17, 2012

KAKI BOLA DAN TIADA BOLA

Oleh Ibrahim Yahaya

KUALA LUMPUR : Menyaksikan perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Thailand minggu lalu membuat hati penulis merasa gelisah dan hilang punca. Ini kerana melihat bagaimana pemain Thailand memperkotak-katikkan pemain negara hampir keseluruhan permainan. Amat menyedihkan.

Penulis dapat melihat bagaimana pemain Malaysia terkejar-kejar untuk mendapatkan bola daripada kaki pemain Thailand seolah-olah budak kecil yang dipermain-mainkan oleh abang mereka. Lebih malang lagi, setelah mereka mendapat bola, itulah kali terakhir mereka mendapatnya kerana segera disambar oleh pemain Thailand, negara yang satu ketika dulu pernah diratah oleh pasukan negara. Apa sudah jadi?

Adakah ini yang terjadi kepada bolasepak negara selepas kita pernah bercerita mengenai kehebatan Tauke, SuperMokh, Spiderman dan ramai lagi? Apakah prestasi pemain kita menurun sehingga dilihat sebagai budak-budak kecil yang mengejar bola dalam bulatan? Apakah prestasi orang lain meningkat tetapi pasukan kita terus dengan kaedah lama yang boleh dimasukkan ke dalam muzium?

Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah yang dilakukan oleh Datuk Rajagobal yang mendapat gaji lebih RM70,000 sehingga kita hanya berharap pada takdir untuk menang. Dalam ertikata lain, kita perlu melihat cuaca barulah tahu pasukan negara akan menang tetapi tidak pernah ada satu kekuatan yang menyatakan Malaysia mampu bermain dengan baik sepanjang masa walaupun kalah kerana takdir.

Oleh itu, bagi mereka yang berkepentingan dalam bidang bolasepak negara, sudah sampai masanya mencari formula terbaik untuk memastikan pemain negara tidak terus diaibkan sepanjang masa. Kita perlu ada pasukan yang benar-benar terbaik dan mampu bermain dengan baik sepanjang masa. Kita mahu Malaysia sentiasa digeruni bukan dipermainkan oleh pasukan lain yang semakin baik prestasi mereka.

Bagi yang ada bola, eloklah berbuat sesuatu untuk memastikan peminat Harimau Malaya yang semakin kuat menyokong pasukan kebangsaan terus bersemangat. Ini penting jika ia sudah berkubur, sukarlah untuk mencungkilnya semula terutamanya untuk mememenuhi stadium ketika perlawanan penting. Jangan kita ada bola tetapi dilihat sebagai tiada bola untuk berani melakukan pembaharuan.


Thursday, December 13, 2012

SEMUANYA KERJA UMNO. APADAAA.

Oleh Ibrahim Yahaya

KUALA LUMPUR : Semacam arahan daripada langit segala yang berlaku di Malaysia terutama yang buruk-buruk adalah kerja UMNO. Arahan ini disampaikan kepada semua pengikut-pengikut setia parti pembangkang untuk memburukkan parti keramat itu dalam bentuk apa sekalipun sama ada di twitter, facebook atau blog. Ia mungkin dipanjangkan kepada penulisan di luar negara.

Tidak pening untuk memikirkan mengapa keadaan itu berlaku. Ini kerana pemikir kuat DAP selalu membisikkan kepada pemimpin PKR mahupun PAS bahawa jika orang Melayu tidak lagi menyukai UMNO maka bermulalah satu usaha untuk menterbalikkan kekuatan pemerintahan Melayu.

Apabila pemerintahan Melayu sudah diterbalikkan dalam apa cara sekalipun termasuk oleh juak-juak yang mendabik diri sebagai Melayu, maka mudahkan segala urusan yang mahu dibuat oleh DAP dilaksanakan apatah lagi kini ghairah menyebarkan maklumat bahawa inilah masanya untuk menumbangkan pemerintahan UMNO atau pemerintahan Melayu.

Bagi juak-juak Melayu yang rakus untuk mendapatkan kuasa maka seperti ditarik hidung mereka untuk pergi ke mana saja yang mahu dibawa oleh DAP. Mereka tidak pedulikan sama ada yang jatuh itu pemerintahan Melayu asalkan mereka dapat berkuasa setidak-tidaknya menjadi Menteri Wanita atau Menteri Kebajikan ataupun Menteri Perpaduan. Yang penting menjadi ahli Kabinet.

Terbaru ialah mengenai kenyataan membabitkan bekas Presiden BJ Habibie yang dikaitkan dengan perbuatan UMNO. Alangkah ceteknya pemikiran mereka yang menulis perkara ini kerana tidak faham bagaimana seorang wartawan veteran bernama Zam yang akan menulis mengikut pandangan sendiri tanpa disuruh oleh mana-mana pihak.

Mungkin penulis yang membuat tuduhan itu tidak mengikuti perjalanan seni penulisan Zam yang suka menyatakan pendiriannya apabila 'terpancul' idea untuk menulis. Malah Zam juga menulis membelasah mereka yang pernah berada dalam kerajaan termasuk yang rapat dengan Perdana Menteri.

Oleh itu, alangkah dangkalnya untuk menyatakan tulisan Zam yang menyatakan benar mengenai sikap mantan Presiden itu sebagai kerja UMNO sedangkan mereka tahu Zam adalah wartawan seumur hidup yang mengikuti perkembangan politik dari semasa ke semasa.

Wednesday, December 12, 2012

LIPUTAN JALUR LEBAR DI SABAH (2)


Oleh Ibrahim Yahaya

KUALA LUMPUR : Usaha untuk mempertingkatkan liputan jalur lebar di Sabah dijalankan dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan penduduk negeri itu mendapat khidmat yang terbaik.

Pada 2006, SKMM telah melaksanakan perkhidmatan telefoni melalui kerjasama dengan tiga pemberi perkhidmatan iaitu Telekom Malaysia, Celcom dan TT Dot Com. Sebanyak 22 lokasi dikenalpasti dengan kos pelaksanaan sebanyak RM135 juta. 

Seterusnya, sebanyak 20 Pusat Internet 1Malaysia dibangunkan. Pihak TM dan Celcom dilantik bagi menjalankan projek ini dan ia telah siap pada 2009. Kos pelaksanaan projek ini melebihi RM55 juta.

Bagi menambahbaik liputan selular, satu program pembinaan menara yang dinamakan sebagai Time 2 diwujudkan. Sebanyak 186 menara dibangunkan di Sabah oleh Syarikat Sokongan Kerajaan Negeri (SSKN), “State Backed Company (SBC)” dan penyedia perkhidmatan.

Dari segi infrastruktur jalur lebar, lebih kurang 108 ribu port ADSL disediakan oleh pemberi perkhidmatan bagi perkhidmatan jalur lebar talian tetap. Ini disokong oleh liputan jalur lebar tanpa wayar dan WiMAX. Sehingga 2009, liputan 3G adalah 59 peratus liputan di kawasan berpenduduk dan WiMAX 19 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

Inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan berjaya memberi kesan positif terhadap perkembangan jalur lebar di Sabah. Ini ditunjukkan oleh peningkatan 4.5 peratus pada 2006 kepada 14.5 peratus pada 2009.

Usaha-usaha yang dilaksanakan sebelum ini ditingkatkan pada 2010. Pada Mac 2010, Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) dilancarkan dengan pelbagai inisiatif baru di seluruh negara termasuk di negeri Sabah. Antara inisiatif  itu adalah Kampung Tanpa Wayar (KTW), Pusat Internet 1Malaysia di Pejabat Penerangan terpilih, pembinaan menara Time 3 dan pemberian komputer 1Malaysia.

Inisiatif KTW bertujuan untuk mewujudkan akses wifi di kampung-kampung bagi memudahkan capaian jalur lebar dan menghubungkan komuniti kepada teknologi maklumat. Sebanyak 513 KTW dirancang untuk dilaksanakan di seluruh Sabah. Sepanjang 2010 hingga 2011, sebanyak 145 KTW diwujudkan dengan kos melebihi RM11 juta.

Selain itu, SKMM juga turut bekerjasama dengan Jabatan Penerangan Malaysia bagi menyediakan capaian jalur lebar di premis-premis Jabatan Penerangan di seluruh Malaysia. 

Bagi Sabah, 23 premis Jabatan Penerangan dijadikan Pusat Internet dengan kos RM1.6 juta. Latihan turut diberikan kepada kakitangan Jabatan Penerangan yang terlibat. Ini membolehkan penduduk sekitar kawasan itu menikmati kemudahan Internet percuma.

Bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan pelajar sekolah, program pemberian komputer 1Malaysia telah diwujudkan. Setakat 2011, lebih 100 ribu unit komputer netbook diedarkan kepada penerima-penerima terpilih. 

Komputer netbook ini juga dipakejkan bersama dengan langganan jalur lebar mampu milik melalui kerjasama dengan penyedia perkhidmatan terlibat. Kos bagi program ini sepanjang 2010-2011 hampir mencecah RM100 juta.

Dari segi liputan selular, lebih kurang 900 buah menara akan dibangunkan di seluruh Negara. Daripada jumlah itu, 212 menara telah diperuntukkan untuk Sabah. Setakat 2011, sebanyak 137 menara siap dan beroperasi dan ini telah menelan belanja sebanyak RM200 juta.

Bagi memenuhi peningkatan trafik internet domestik, Kerajaan memperuntukkan RM45 juta bagi meluaskan rangkaian MyIX di seluruh Negara. 

Setakat ini, ada 8 nod di wilayah Tengah (3 nod), Utara (1 nod), Selatan (1 nod), Timur (1 nod), Sabah (1 nod) dan Sarawak (1 nod). Perluasan MyIX ke seluruh negara mengurangkan pertukaran kandungan Internet domestik di luar negara. Dengan adanya pertukaran kandungan internet domestik dalam negara, kos sewa litar antarabangsa dapat dikurangkan di samping menambah baik pengalaman pengguna internet domestik.

Usaha yang berterusan ini turut dilaksanakan oleh pihak pemberi perkhidmatan. Setakat 2011, sebanyak 160 ribu port ADSL disediakan dan 50 peratus daripada port tersebut digunakan. Liputan jalur lebat tanpa wayar turut bertambah di mana liputan 3G telah meningkat kepada 64 peratus liputan di kawasan berpenduduk. Liputan perkhidmatan WiMAX turut meningkat kepada 26 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

Di peringkat Sabah, kadar penembusan jalur lebar telah meningkat lebih dari sekali ganda daripada 14.5 peratus pada 2009 kepada 33 peratus pada 2011. Peningkatan ini adalah atas bantuan pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan sepanjang dua tahun itu.

bersambung....

Tuesday, December 11, 2012

BERI MANFAAT SECARA BERSAMA


KUALA LUMPUR 10 Dis. - Kesatuan-kesatuan dalam Pos Malaysia Berhad menyambut baik pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu yang akan memberi manfaat secara bersama kepada syarikat dan pekerja.

Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad Semenanjung Malaysia (UPUS), Suffian Unoss berkata, beliau yakin kakitangan yang komited dan berdedikasi akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada syarikat ekoran pelaksanaan sistem baharu itu.

"Terdapat 4,776 posmen di 349 cawangan serahan di seluruh negara yang akan melakukan serahan surat selain kekuatan 1,900 kakitangan dalam tugas serahan dan pungutan di 63 pusat pos laju.

"Selain itu, terdapat 8,326 kakitangan dalaman yang bekerja dalam posmel dengan 699 kaunter perkhidmatan seluruh negara yang terlibat dengan jadual kerja baharu ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - utusan.



ANWAR IBRAHIM SELAR ZAM


Oleh Ibrahim Yahaya

KUALA LUMPUR : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini amat marah dengan kenyataan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, terhadap BJ Habbibie yang disiarkan oleh Utusan Malaysia semalam yang disifatkan sebagai jelek.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu menyifatkan serangan jelek ZAM ke atas bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie seperti yang diterbit semalam oleh akhbar UM semalam.

Dalam satu kenyataan, DS Anwar menyatakan tulisan Zainudin Maidin sememangnya diketahui dangkal (mediocre) dan beliau mewakili sosok elit UMNO yang berprasangka keji terhadap negara Indonesia. 

Menurutnya, ramai sedia maklum tentang latar belakang Zainudin; beliau merupakan mantan editor akhbar Utusan Malaysia milik UMNO, juga mantan menteri penerangan yang sering menuding jari dan melabel kelompok yang tidak sehaluan dengan UMNO sebagai ‘pengkhianat’.

Katanya, Zainudin merupakan satu-satunya Menteri kanan yang tewas dalam pilihan raya umum lalu kepada calon dari Parti Keadilan Rakyat, justeru kita bisa memahami keresahan, dendam dan motif beliau dalam melancar serangan sebegini.

Kenyataan Zainudin sewajarnya tidak perlu dilayan dan ia tidak mewakili massa di Malaysia. Zainudin adalah sosok angkuh (arogan) dan rasis yang merupakan salah satu antara penyebab tercetusnya krisis bilateral membabitkan Malaysia-Indonesia.

Semalam, Zam dalam tulisannya menyatakan BJ Habibie menjadi gunting dalam lipatan terhadap Presiden Indonesia Suharto walaupun Suharto yang membawanya kembali dari Jerman untuk kemudiannya menjadi wakil Presiden.

Demikian juga dilakukan oleh DS Anwar, katanya, terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau  menjadi Timbalan Perdana Menteri setelah 'dipungut' daripada ABIM.

(Renungan Rimau : Zam kalah di Parlimen Sungai Petani apabila di saat-saat akhir diminta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, untuk bertukar tempat daripada Merbok. Ramai pemerhati politik berpendapat jika Zam terus bertanding di Parlimen Merbok, beliau pasti akan menang kerana banyak jasa baktinya di parlimen itu).



Friday, December 7, 2012

WARGA POS KERJA 5 HARI


Oleh Ibrahim Yahaya

KUALA LUMPUR : Kerjasama tiga sepilin iaitu antara Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Pos Malaysia Berhad dan kesatuan sekerja telah berjaya melaksanakan pendekatan mendahulukan rakyat iatu pekerja pos.

Sebagai contoh, usaha berterusan kesatuan sekerja dan pengurusan Pos Malaysia untuk mendapatkan kenaikan tarif setem dan gaji posmen pada 2009 mendapat sokongan padu kerajaan terutama KPKK.

Hasilnya, permohonan itu diluluskan oleh Kerajaan dan membolehkan warga posmen  memperolehi gaji yang lebih baik berbanding sebelumnya. Ini memaparkan pendekatan kasih sayang yang diamalkan oleh kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Gagasan 1Malaysia yang dipeloporkan oleh beliau juga sentiasa mendapat sokongan Pos Malaysia. Ini boleh dilihat menerusi pelbagai program seperti Pertandingan Menulis Surat kepada Perdana Menteri, Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia, Impian 1Malaysia selain inisiatif yang mendahulukan rakyat seperti Pos Insurans 1Malaysia dan penghantaran ubat melalui Pos 1Malaysia.
Pertemuan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim dengan pengurusan dan warga pos di Majlis Ramah Mesra Rabu lalu, dilihat sebagai jambatan untuk terus menghubungkan keakraban di antara Pos Malaysia dengan KPKK. 

Melalui kesatuan-kesatuan sekerja ini, banyak kebajikan untuk warga kerja Pos Malaysia berjaya dilaksanakan hasil perbincangan bersama dengan pihak pengurusan dan KPKK. Pendekatan ini perlu diteruskan bagi memastikan rakyat didahulukan sepanjang masa.

Bagi Dr Rais, pihaknya sentiasa mengamalkan konsep pintu terbuka untuk agensi-agensi di bawah KPKK menyuarakan pendapat dan hasrat mereka demi kebaikan pekerja dan juga syarikat. 

"Dengan sokongan dan dorongan daripada kerajaan khasnya kementerian, kami percaya Pos Malaysia akan mampu untuk terus memberikan khidmat yang terbaik untuk masyarakat." katanya ketika berucap di majlis ramah mesra itu.

Melalui dasar  kerajaan, Malaysia telah menjadi model contoh bagi negara-negara membangun dalam inisiatif transformasi perkhidmatan pos, urustadbir dan system kawal selia industri yang turut mendapat pengiktirafan di peringkat Kesatuan Pos Sedunia.

Kejayaan ini adalah hasil dari strategi dan pengurusan perniagaan yang cemerlang di samping kerja kuat kakitangan posmen dan kerani kaunter yang bertungkus lumus memberi khidmat kepada rakyat di seluruh Negara.

Kerajaan, katanya, sentiasa menghargai jasa kakitangan pos. Walaupun PMB diswastakan kepada DRB Hicom pada 2011, pihak kerajaan akan terus memastikan kakitangan PMB terutamanya di peringkat posmen dan kerani kaunter terus menikmati skim pekerjaan yang sama tahap.

Pada 1 Julai 2010, Jemaah Menteri telah meluluskan kadar perkhidmatan pos domestik yang baru manakala kakitangan posmen dan kerani kaunter diberikan kenaikan gaji serta elaun ke tahap yang sama dengan kakitangan awam yang setaraf grednya. 

Di samping itu juga, penambahbaikan skim pekerjaan itu turut dikaji dari semasa ke semasa melalui perjanjian bersama di antara pihak kesatuan pekerja-pekerja pos dan pihak pengurusan PMB dengan mengambil kira keperluan pekerja dan kemampuan kewangan PMB itu sendiri.

Terbaru ialah kelulusan Kabinet pada Rabu lalu mengenai pelaksanaan skim bekerja 5 hari seminggu yang akan dilaksanakan mulai tahun depan.

Pelaksanaan skim itu bagi kakitangan operasi adalah selari dengan amalan di Negara-negara serantau. Oleh itu, pihak kementerian meminta PMB menyediakan pelan pelaksanaan supaya ia dapat dilaksanakan segera. Dari sudut perundangan dan kawal selia, tiada peruntukan ketika ini yang mewajibkan PMB menyediakan perkhidmatan pos selama 6 hari dalam seminggu.

Manfaat pelaksanaan skim bekerja 5 hari seminggu ialah petugas Pos Malaysia mendapat manfaat secara langsung dari skim itu di mana pekerja boleh mendapat masa rehat yang cukup dan boleh meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi PMB.

Selain itu, mereka juga dapat mengamalkan gaya hidup kerja yang seimbang, meluangkan masa hujung minggu mereka bersama keluarga atau menjalankan aktiviti-aktiviti sosial.

Inilah pendekatan kerajaan sekarang iaitu mendahulukan rakyat.

Wednesday, December 5, 2012

LIPUTAN JALUR LEBAR DI SABAH (1)


 Oleh Ibrahim Yahaya

KUALA LUMPUR : Kebelakangan ini ada pihak yang menimbulkan isu mengenai liputan selular dan jalur lebar di Sabah yang dikatakan kurang memuaskan. 

Mereka membuat pelbagai tuduhan sedangkan mereka tahu banyak usaha dilakukan di peringkat kerajaan negeri dan Persekutuan. Tuduhan ini perlu diperbetulkan bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat.

DuniaTiger difahamkan usaha bersepadu memperkembangkan liputan selular dan jalur lebar di Sabah dilakukan menerusi dana SKMM dan dana Kerajaan Persekutuan. 

Selain pelaburan komersial oleh pihak penyedia perkhidmatan, SKMM dan Kerajaan Persekutuan juga turut menyediakan peruntukan yang tinggi bagi perluasan liputan selular dan jalur lebar di semua negeri terutama di Sabah dan Sarawak.

Ini bertepatan dengan strategi pelaksanaan jalur lebar Negara di mana perkhidmatan jalur lebar akan diperluaskan ke seluruh negara melalui konsep Jalur Lebar Untuk Orang Ramai (BBGP). 

Di bawah konsep ini, liputan jalur lebar dan selular bagi kawasan luar bandar akan diperluaskan melalui inisiatif SKMM dan Kerajaan.

Pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini telah bermula seawal tahun 2006 sehingga kini. Bermula dengan inisiatif perkhidmatan telefoni, pelbagai inisiatif baru telah diwujudkan bagi meningkatkan liputan jalur lebar dan selular di kawasan luar bandar.

Pada tahun 2006, SKMM melaksanakan perkhidmatan telefoni melalui kerjasama dengan tiga pemberi perkhidmatan iaitu Telekom Malaysia (TM), Celcom dan TT Dot Com. Sebanyak 22 lokasi telah dikenalpasti dengan kos pelaksanaan sebanyak RM135 juta. 

Seterusnya, 20 Pusat Internet 1Malaysia telah dibangunkan. Pihak TM dan Celcom dilantik bagi menjalankan projek ini dan ia telah siap pada tahun 2009. Kos pelaksanaan projek ini melebihi RM55 juta.

Bagi menambahbaik liputan selular, satu program pembinaan menara yang dinamakan sebagai Time 2 telah diwujudkan. 

Sebanyak 186 buah menara telah dibangunkan di Sabah oleh Syarikat Sokongan Kerajaan Negeri (SSKN), “State Backed Company (SBC)” dan penyedia perkhidmatan.

Dari segi infrastruktur jalur lebar, lebih kurang 108 ribu port ADSL telah disediakan oleh pemberi perkhidmatan bagi perkhidmatan jalur lebar talian tetap. 

Ini disokong oleh liputan jalur lebar tanpa wayar dan WiMAX. Sehingga 2009, liputan 3G adalah 59 peratus liputan di kawasan berpenduduk dan WiMAX 19 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

Inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan berjaya memberi kesan yang positif terhadap perkembangan jalur lebar di Sabah. Ini ditunjukkan oleh peningkatan sebanyak 4.5 peratus pada tahun 2006 kepada 14.5 peratus pada tahun 2009.

bersambung.....

KLCCIM SEMARAK INDUSTRI KREATIF

Oleh Ibrahim Yahaya

KUALA LUMPUR : Semalam satu pelancaran awal Pasaran Industri Komunikasi dan Industri Kreatif (KLCCIM) yang akan diadakan empat hari mulai 29 Mac depan. Ini usaha berani kerajaan untuk memastikan nasib usahawan kreatif terus dipertingkatkan sehingga ke persada antarabangsa.

KLCCIM diadakan untuk memperkenalkan KL sebagai hab bagi industri komunikasi dan kreatif. Kerajaan menjangka acara empat hari itu mampu untuk menarik pelaburan baru kira-kira RM80 juta hingga RM100 juta. Ini satu angka awal yang baik dan perlu diberi sokongan oleh pemain utama industri.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, yakin potensi besar bagi negara untuk menjadi hab bagi kedua-dua industri itu.Sebagai contoh jumlah perbelanjaan untuk industri kandungan rancangan di Malaysia tahun lalu mencecah RM48 bilion. Banyak tu.

Begitu juga industri teknologi maklumat (IT) yang membabitkan perbelanjaan RM22 bilion. Bagi jumlah perbelanjaan rakyat dalam segmen telefon tangan tahun lalu ia mencecah RM35 juta.

Dr Rais berkata selain menjadi pasaran ulung bagi industri telekomunikasi dan kreatif di rantau ASEAN, KLCCIM turut berperanan mengintegrasikan perkongsian sumber dan pengalaman bagi membantu usahawan yang terbabit dalam kedua-dua industri itu memperluaskan perniagaan mereka.

Semalam, ketika pelancaran, ramai pemain utama industri kreatif termasuk peneraju syarikat telekomunikasi di negara ini hadir. Turut serta ialah pengarah, penerbit dan mereka yang terbabit dalam industri penerbitan untuk televisyen dan layar perak. Ada juga dalam bidang seni lain seperti kraf dan lukisan.


Monday, December 3, 2012

TIADA ARKIB NEGARA, TIADA BAHAN SEJARAH


Nama Ziela Jalil serta perkataan tarzan danbogel pernah menjadi topik utama dalam dunia perfileman di Malaysia pada 1989. Ziela meneruskan tradisi pelakon Malaysia yang membintangi filem di Indonesia, dan Tarzan Rimba (atau Tarzan Raja Rimba) adalah filem yang mendapat publisiti paling meluas berbanding filem-filem usahasama Indonesia lakonan pelakon Malaysia yang lain. Kontroversi tercetus apabila terdapat berita atau gosip yang menyatakan bahawa terdapat adegan bogel dalam filem tersebut, walaupun sebenarnya perkara tersebut tidaklah terlalu mengejutkan kerana sememangnya filem-filem Indonesia diketahui biasa memaparkan adegan sebegitu. Tetapi apabila adegan bogel tersebut dikaitkan dengan Ziela, maka banyak pihak tertanya-tanya sejauh mana kebenarannya kerana filem tersebut telah ditapis dengan hebat di Malaysia. Wartawan Utusan Malaysia yang bertugas di Jakarta ketika itu iaitu Syahbudin Abdullah akhirnya tampil membuat laporan khas mengenai pengalamannya menonton pita videofilem Tarzan Rimba versi tanpa tapisan di Indonesia.


Dalam laporan bertajuk "Seluar Ziela kena koyak" itu, Syahbudin menyatakan bahawa beliau dapat menonton adegan-adegan yang tidak diluluskan untuk tayangan di pawagam (terutamanya di Malaysia), antaranya ialah adegan membuka baju yang melibatkan watak lakonan Ziela yang bernama Karina. Komen Syahbudin, "Memang itu bukan Ziela. Saya lihat dada wanita yang bogel itukurang montok dari dada Ziela. Saya juga melihat ada perbezaan pada rambut". Adegan lain yangmengeksploitasi tubuh Ziela dalam filem Tarzan Rimba ialah semasa watak Ziela ditangkap oleh penjahat dan seluarnya dikoyak sehingga menampakkan seluar dalam. Komen Syahbudin lagi, "Saya ulang tayang video, dan jelas, seluar dalam danpaha yang saya nampak itu bukan milik stand-in macam yang mula tadi". Syahbudin juga menyatakan bahawa terdapat adegan watak Ziela mandi di sebatang sungai di mana "kemeja-t Ziela basah dan melekap pada tubuh", dan paling sensasi sekali ialah adegan cium selepas watak Ziela bertemu dengan Tarzan (lakonan Barry Prima), di mana Syahbudin mengomen dalam nada lucu, "Cinta saya pada Ziela hancur berkecai, waktu melihat bibir mungil Ziela bercantum dengan bibir Barry Prima. Walaupun itu Karina, tapi yang bercantum adalah bibir Ziela"!

Selepas pendedahan oleh wartawan Syahbudin itu, Ziela yang ketika itu berusia 19 tahun telah tampil dalam majalah URTV dan menjelaskan, "Apa lagi yang boleh Ziela katakan? Dah Ziela terangkan berulang kali, adegan-adeganberahi tu bukan lakonan Ziela tapi dilakonkan oleh pelakon stand-in". Kata beliau lagi, "Waktu adegan cium, perhatikan bibir pelakon perempuannya, tak sama dengan bibir Ziela. Begitu juga waktu adegan buka pakaian, tengoklah betul-betul buah dada pelakon perempuannya, tak sama dengan Ziela punya. Dia punya kecil. Ziela punya, kan dah terkenal macam Dolly Parton"! (bahan dalam arkibnegara.blogspot.com)

Sunday, December 2, 2012

YB BERUK DAN RATU ANJING


Oleh Mummy Rokiah

Suasana tidak diduga telah mempertemukan saya dengan dua karyawan persuratan di dalam bidang masing-masing. Ibrahim Yahaya seorang wartawan seumur hidup baru sahaja kering mencetak novel sulung beliau ‘YB Beruk’ manakala seorang lagi sasterawan Dr Ibrahim Ghaffar pula sedang dilanda saman oleh kerana penulisan puisinya ‘Ratu Anjing’.
‘YB Beruk’ adalah novel kritikan sosial yang sungguh mengilu memaparkan masyarakat manusia yang kadangkala lebih teruk dari masyarakat beruk. 
Kemusnahan alam kediaman beruk telah mengubah habitat kehidupan seharian masyarakat beruk sehingga memaksa beruk-beruk menyelongkar kediaman manusia untuk hidup. 
Novel ini dijangka menyengat pasaran novel penggal 2008-2012 kepada mereka yang ingin berfikir. 
Gaya persembahan novel ini mengingatkan saya kepada gaya penulisan Ishak Hj Muhammad @ Pak Sako dalam novelnya Anak Mat Lela Gila yang sarat dengan sindiran tajam politik sosial.
Seharusnya untuk mereka yang gemar berfikir mendapatkan novel ini terus dari penulisnya Ibrahim Tiger – 019-2125521 atau 019-3389003. 
Manakala puisi ‘Ratu Anjing’ pula dikira karya agung dunia persuratan penggal ini kerana nilai samannya berjumlah RM30juta yang di saman oleh seorang YB. 
MR harap Dr Ibrahim berhati-hati agar tidak termasuk di dalam perangkap seperti apa yang berlaku kepada cerpen YBJ karya Chamil Wariya. 


Wednesday, November 21, 2012

THINK AND ANALYSE, SAYS RAIS


PETALING JAYA, Nov 21 :  It is not impossible for universities in Asia to one day be more outstanding or on par with world-renowned tertiary institutions in the West like Oxford and Harvard, says Information, Communications and Culture Minister, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

He said Asia had produced many renowned philosophers like Hamka in Indonesia and Confucius in China, besides several distinguished scholars from Malaysia, Pakistan and India.

"If these individuals' thoughts are carefully studied by our students, it can develop a high level of thinking in them.

"What is important is nurturing the thinking and analysing process in each of our student," Dr Rais told reporters after opening the 'School of Tomorrow, Empowering Lifelong Learners' Conference, here, today.

He also said that people in the East or Asia should not continue to be mere followers of western thoughts which supposedly contained the perfect system for charting mankind's future.

"Asian culture has many admirable living concepts like neighbourliness, gotong-royong and how to say 'thank you', and all these are taught to our students.

"We should not allow this (western) thinking to change our traditions and our eastern way of life, which actually have a lot of good but not brought to the fore.

"If we let ourselves to be overwhelmed by western thinking, eventually our Asian identity will be eroded. This (phenomenon) cannot be swept aside by our educators as we must incorporate our culture into our education system for us to lead a balanced life," he said.

Dr Rais, however, believed that there was already a paradigm shift in education in Malaysia which could contribute to its civilisation in the years to come.

The conference which started yesterday, is attended by about 600 people from nine countries, discussing learning concepts for the future, which is is line with Malaysia's vision on education. - Bernama.


PELAJAR PERLU BERFIKIR DAN ANALISIS


PETALING JAYA, 21 Nov  : Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tidak mustahil bagi universiti di Asia menjadi lebih hebat atau setidaknya berdiri sama aras dengan institusi pendidikan terkenal dunia barat seperti Oxford dan Havard.

Beliau berkata Asia telah melahirkan banyak ahli falsafah hebat seperti Hamka di Indonesia, Confucius di China selain pujangga terkenal dari Malaysia, Pakistan dan India yang jika dikaji pemikiran mereka mampu membentuk pemikiran bernilai tinggi di kalangan pelajar.

Yang penting ialah proses berfikir dan menganalisis perlu dipupuk pada setiap pelajar, katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan 'School of Tomorrow, Empowering Lifelong Learners' di sini hari ini.

Beliau berkata penduduk di Timur atau Asia tidak harus terus menjadi 'pak turut' kepada corak pemikiran Barat yang kononnya merupakan sistem yang sempurna sampai bila-bila yang akan menentukan masa depan manusia.

Persidangan yang bermula sejak semalam itu dihadiri kira-kira 600 orang delegasi dari sembilan negara yang membincangkan konsep pembelajaran masa hadapan yang sesuai dengan visi Malaysia mengenai pendidikan. - Bernama.

Saturday, November 17, 2012

SUNGAI SIPUT MILIK BN SEMULA?

Oleh Ibrahim Yahaya

SUNGAI SIPUT (Perak) : Melihat jumlah yang datang pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Deepavali di sini yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ramai pemerhati politik berpendapat bahawa kawasan Parlimen itu akan kembali ke tangan Barisan Nasional (BN).

Apabila Datuk Seri Najib meminta orang ramai menyokong BN di Parlimen itu,  hampir 40,000 orang yang hadir  menjerit menyatakan sokongan mereka. Bagi Perdana Menteri, ia satu petanda baik untuk BN merampas semula kawasan itu selepas calon BN, Datuk Seri S Samy Vellu kecundang pada PRU12.

DS Najib menyatakan masyarakat India khasnya dan pengundi lain khususnya seharusnya memilih calon BN kerana kawasan itu melahirkan ramai pemimpin India terutama Tun VT Sambathan dan DS Samy Vellu. Mereka banyak membantu membangunkan kawasan Parlimen itu dan membantu masyarakat India.

Oleh itu, sudah sampai masanya untuk masyarakat di Sungai Siput 'memperbetulkan' kesilapan mereka memilih calon pembangkang yang bukan saja tidak dapat membantu pengundi setempat tetapi juga tidak menunaikan banyak janji sejak PRU12 yang lalu.


Wednesday, November 14, 2012

TEMBERANG PEMBANGKANG KIAN DAHSYAT

Oleh Zulfikli Jalil (Utusan Malaysia)


PERHIMPUNAN Agung UMNO 2012 hujung bulan ini bagi Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim (gambar) tidak sekadar platform untuk mendengar ucapan dasar atau amanat Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tetapi jauh lebih itu untuk menggarap prinsip perjuangan parti yang seharusnya wajib dipatuhi dalam keadaan getir sekarang untuk menyuarakan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Dikatakan masih ada kelompok UMNO yang seolah-olah berlagak masih berkuasa di semua negeri. Sedangkan keadaannya tidak begitu. Di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, kuasa politiknya sudah bertukar tangan sejak 2008. Dengan pandangan dan prinsip jelas itu, UMNO mesti bersiap-siaga dengan Pusat Daerah Mengundi (PDM)-nya yang berjumlah 222 seharusnya diefisienkan dan diproses kendalian kerjanya," katanya.

Dr Rais mengingatkan bahawa sekiranya PDM tidak dikendalikan mengikut prinsip dan prosedur, BN akan menemui jalan bahaya - akan kecundang.

"Oleh itu, isian komputer moden yang mengutamakan komunikasi dan sebarluas data dan hubungan canggih perlu diutamakan oleh PDM parti. Hari ini kita bergantung kepada sejauh mana kita bertukar maklumat dengan sesiapa dan praktiskan amalannya. Dulu, ada paparan taklimat tetapi sekarang terkandung dalam cakera padat (CD) dan penggunaan alat-alat pandang dengar yang mesti dimanfaatkan.

"PDM induk penting sepanjang PRU nanti dan sikap hadapi pilihan raya perlu bertukar 100 peratus, yakni sikap terhadap sikap dan cara tentukan calon yang mudah menang," kata beliau.

Beliau menarik perhatian bagaimana isu sebilangan besar kaum Tionghua masih belum dapat menerima BN mesti diperhalusi.

Kata beliau: "Keadaan sokongan Cina kepada BN tidaklah seperti 2008, malah ketika ini saya percaya masih jauh lebih rendah seperti 2008. Ini disebabkan godaan dan temberang pembangkang jauh lebih dahsyat berbanding dulu,' kata beliau kepada Utusan Malaysia kelmarin.

Atas sebab itulah, kata Dr Rais, perhimpunan agung parti kali ini harus dijadikan perhimpunan membulatkan tekad dan memperkasakan pendekatan serta olahan besar di peringkat bahagian.

"Maka, seharusnya Perdana Menteri yang juga Presiden parti diberi mandat berterus -terang dan bulat (pendiriannya dihormati) bagi mengendalikan PRU ini," kata beliau.

Perkara-perkara yang remeh harus diketepikan demi kepentingan parti manakala setiap bahagian mesti memberatkan kesiapsiagaan yang masih perlu diberi perhatian, kata beliau.

Dalam hal ini, Dr Rais memberitahu, kecenderungan masyarakat kepada sesuatu isu masih perlu diterokai. "UMNO harus faham keadaan di Pulau Pinang menjadi contoh kepada orang Cina daripada entiti bersifat kecinaan untuk menjadi pelopor baharu zaman baru masyarakat Cina.

"Walaupun isu ini perit tetapi DAP Pulau Pinang telah dapat mengukir sejarah yang tidak pernah berlaku dengan selera nak berkuasa di tanah air merebak dalam kalangan kaum Cina.

"Jadi, UMNO harus faham dan terjemahkannya dengan setimpal kerana kerja-kerja pilihan raya masih di tahap rendah. Kita tidak mahu berbohong-bohong. Penonjolan dan penjuaraan diri harus diketepikan sebaliknya sikap dan amalan kesukarelaan harus diperbanyakkan," katanya.

Beliau turut menarik perhatian mengenai tradisi perwakilan UMNO semasa perhimpunan dengan seper empat daripada ucapan pembahas merupakan hiburan gelak ketawa dan gurau senda.

"Sementara kita tidak boleh hapuskan, kita perlukan barisan perucap yang berani mengemukakan cadangan konkrit untuk orang Melayu lebih kuat lagi. Mesejnya mengapa orang Melayu Pas lebih tertarik dengan DAP daripada (bersahabat dengan) UMNO.

"Ikut mana pun Pas adalah Melayu Islam sama dengan UMNO Melayu Islam. Perbezaan kepemimpinan bukan amalan kita nak menganjurkan pertelingkahan... saya tidak mahu anjur tesis begitu. Melunakkan sesama Islam adalah tanggungjawab parti. Kalau ini berlaku, Melayu akan berkuasa selamanya. Inilah kuncinya," katanya.

Dr Rais menegaskan, cara-cara mengetepikan amalan negatif lawan mesti disingkap. Cara-cara kita nak menang mesti disingkap sementelahan kelemahan di peringkat bahagian masih ada lagi.

"Tinggal berani atau tidak berani kita melibaskannya dengan rotan," katanya. Dalam soal ini, kata beliau, Jawatankuasa Disiplin yang diwujudkan mesti bertegas untuk membanteras penganiayaan terhadap parti.

"Orang UMNO mesti memperbanyakkan kerja-kerja ziarah dan sentuhan kasih sayang antara wakil rakyat. Inilah yang harus dititikberatkan," kata Dr Rais. - Utusan Malaysia.

Monday, November 12, 2012

TITAH RAJA DR NAZRIN (1)



"Institusi Raja adalah penerusan tradisi untuk mengekalkan identiti negara bangsa, satu lambang kedaulatan - payung mahkota negara. Ia mungkin pelita lama tetapi kekal memancarkan cahaya.

“Pelita lama jangan terlalu cepat mahu dibuang kerana riak melihat fajar yang akan menyinsing; ingatlah hari siang juga akan berakhir, jangan nanti bila senja mendakap malam, warga mula teraba-raba, hilang haluan di selimuti kegelapan malam, kerana pelita lamanya sudah tiada lagi “ .

Titah Pemangku Raja Perak DR, Raja Dr Nazrin di Syarahan Perdana Budaya, anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menerusi JKKN pada 7 November 2012 di Damansara, Kuala Lumpur.

Thursday, November 8, 2012

FOR COUNTRY'S SURVIVAL


PETALING JAYA, Nov 7 (Bernama) -- The Regent of Perak, Raja Dr Nazrin Shah said the people, particularly the non-Muslims, should not touch on the sensitivities of Islam which had been agreed upon together in the formation of the country purely for political gains.

He said that in order to ensure the survival of a peaceful, sovereign and prosperous nation, the people must continue to respect the original charter that had been agreed upon by everyone and had become the main pillar in the setting up of the Federation of Malaya, which was to stay away from issues pertaining to religious sensitivities.

Raja Nazrin said religious sensitivity did not allow the religion to be debated openly because those with shallow knowledge could make the wrong interpretation.

"Lately, the boundary relating to Islamic religion appears to have been breached, in fact, there are some non-Muslims who are becoming more vocal in challenging issues relating to Islam through speeches which appear to ridicule syariah, belittle the faith of Muslims and degrade Islamic practices.

Acts of breaching the boundary of other religions in an extreme and openly manner could lead to serious tragedy because religion was highly sensitive and had great potentials to lead to conflicts and quarrels," the Regent said.

BERDIRI SEBAGAI MELAYU...

Saturday, November 3, 2012

Wednesday, October 31, 2012

TRANSFORMASI DIRI UNTUK NEGARA

Oleh Ibrahim Yahaya

KUALA LUMPUR : Hari ini bertemu seorang doktor perubatan berusia 40an yang menceburkan diri dalam perniagaan mengendalikan kursus jatidiri individu untuk menjadi insan yang lebih baik. Setakat ini, 80,000 peserta telah mengikuti kursusnya daripada pelajar, golongan berusia sehinggalah ustaz dan ustazah.

Beliau tidak menjadi ahli mana-mana parti tetapi cenderung untuk membantu kerajaan kerana yakin dengan apa yang kerajaan buat sekarang iaitu melaksanakan transformasi dalam pelbagai bidang. Inilah yang sering ditonjolkan dalam latihan beliau iaitu konsep mentransformasikan diri sendiri agar menjadi lebih baik.

Individu yang belum mengetahui rahsia kekuatan mereka akan sentiasa bersikap negatif termasuk terhadap sesuatu yang mereka tidak ada kaitan. Oleh kerana tiada keyakinan diri, golongan ini sentiasa menjadi pengikut atau penumpang yang sentiasa di bawa ke sana sini oleh pemandu atau driver.

Akibatnya, mereka tidak kenal dengan diri mereka terutama kelebihan dan kepakaran yang dimiliki sehinggakan menjadi sia-sia malah yang menakutkan ialah digunakan oleh pihak tertentu dalam kegiatan yang tidak bermatlamat dan berfaedah seperti mengadakan demonstrasi jalanan.

Bagi umat Islam, pendekatan yang dibawa oleh doktor ini ialah Rukun Islam itu sendiri yang mengajar umatnya agar lebih memikirkan lima tiang agama itu agar mempunyai sifat bermasyarakat, disiplin, yakin diri, bersedekah dan mengekalkan niat yang  murni sepanjang masa.

Jika mereka mengamalkan lima Rukun Islam itu sudah pasti mereka tahu mengenai tanggungjawab sebagai individu dan ahli masyarakat. Mereka juga tidak bersikap negatif dan menentang apa saja yang ingin dilakukan oleh kerajaan termasuk yang memberi manfaat kepada rakyat.











Wednesday, October 24, 2012

M-WAVE DI PERSADA DUNIA

Oleh Ibrahim Yahaya
(Artikel ini disiarkan dalam Berita Harian hari ini)

Apakah Malaysia boleh berjaya dalam memasarkan budayanya ke persada dunia seperti Korea? Semestinya boleh dan perancangan bersepadu perlu dimulakan termasuk belajar bagaimana Korea memasarkan Gelombang-K atau K-Wave ke peringkat antarabangsa.

Penubuhan Kursi P Ramlee yang dilancarkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, minggu lalu boleh dijadikan langkah sepadu ke arah itu. Kursi bertujuan mencari kecemerlangan seni menerusi penyelidikan mampu memulihkan semangat dan mewujudkan kesedaran memartabatkan lagi seni budaya dan warisan negara.

Penyelidikan dalam kerjaya seni dan budaya, kata Dr Rais, bukan saja bermatlamat mencapai kemajuan tetapi memberi kesedaran kepada generasi baru berkaitan sejarah seni budaya negara.

Penggunaan nama Tan Sri P Ramlee bagi kursi ini adalah satu penghormatan kepada jasa dan sumbangan beliau. Pengajian menjejak pemikiran beliau perlu dicanai dan digilap kerana perjalanan yang memberi makna ini memerlukan segala daya yang dimiliki, akal, pancaindera dan ilham kerana banyak karyanya meneroka akal, perasaan sambil mencuit kalbu dan curahan rasa,” katanya ketika melancarkan Kursi P Ramlee dan penubuhan Pusat Penyelidikan, Kecemerlangan dan Kesarjanaan Artistik di Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA).

Dalam pada itu, ASWARA yang dipertanggungjawabkan mengendalikan Kursi P Ramlee pasti mempunyai misi memartabatkan kecemerlangan seni budaya dan warisan negara hingga ke peringkat antarabangsa. 

Rektor ASWARA, Profesor Dr Hatta Azad Khan memberitahu penulis pihaknya sudah bersedia memikul tanggungjawab itu.  Kursi P Ramlee akan menyediakan kemudahan dalam lima aspek utama yang boleh dilakukan sama ada secara terpisah atau secara timbal-balik atau saling berkait.

Kursi itu memberi peluang kepada seniman pelbagai bidang membuat penyelidikan mendalam bagi sesuatu idea atau konsep yang mereka temui untuk diperkembangkan menjadi suatu produk bermutu.

Ia boleh menentukan perkara atau tema bagi sesuatu projek, misalnya sebuah musikal, kemudian mengenal-pasti kumpulan yang boleh diberikan tugas bagi menjalankan penyelidikan dan memberikan hasilan dari pelbagai aspek seninya: penulisan skrip, lirik, gubahan muzik dan sinografi, yang boleh diketengahkan sebagai sebuah produksi lengkap.

Kursi P Ramlee juga akan terlibat dalam kegiatan menerbitkan kertas penyelidikan berkala dalam jurnal, buku serta menghasilkan skrip bagi produksi teater, filem dokumentari dan cereka serta skor musik untuk filem dan drama televisyen serta gubahan lagu untuk musikal dan koreografi.

Ia juga akan bertindak selaku pusat rujukan kepada penggiat industri untuk mendapatkan khidmat nasihat secara rundingan selain menghubungkan golongan pakar, pensyarah dan pelajar pasca-siswazah dengan pihak yang memerlukan khidmat kepakaran dalam semua aspek penerbitan.

Dr Hatta menerangkan Kursi P Ramlee boleh memberi latihan dengan menjalankan kursus, bengkel dan seminar kepada penggiat industri yang dibimbing oleh tenaga pakar dalam jaringan kerjasamanya. Hasil dari kursus dan latihan ini boleh dipertandingkan bagi memilih yang terbaik.

Bidang keutamaan bagi semua aspek penyelidikan, pengembangan ide serta kesarjanaan adalah yang berkait dengan kesenian industri termasuklah kelemahan paling ketara iaitu ketiadaan skrip lakonlayar yang bermutu dan boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

Selain itu, lakonan dan pengarahan juga adalah aspek yang tidak diberikan perhatian sewajarnya bagi menghidupkan persoalan, perwatakan dan persekitan sesebuah filem. Aspek lain yang turut memerlukan penekanan khusus adalah penataan, pengarahan seni, bidang tari dan aspek pengurusan serta pemasaran.  

Kursi P Ramlee, tegasnya, akan turut membuat  hubungan rangkaian bukan sahaja dengan pusat pengajian dalam dan luar negara, tetapi juga dengan institusi yang terlibat secara langsung memartabatkan kecemerlangan seni.

Semoga penubuhan Kursi P Ramlee ini dapat melahirkan tenaga pakar untuk memacu dan memperhebatkan usaha memasarkan Gelombang-M (Malaysia) atau M-Wave ke seluruh dunia seperti Korea dengan kehebatan K-Pop, fesyen dan dramanya. Ini secara langsung menaikkan imej Malaysia di persada antarabangsa.

Monday, October 22, 2012

MERAPATKAN JURANG DIGITAL

                                           Dr Kim dan penulis.

Oleh Ibrahim Yahaya (datuktiger@yahoo.com)

KUALA LUMPUR : Perhimpunan Agung Kesatuan Penyiaran Asia Pasifik (ABU) berlabuh minggu lalu di Seoul, Korea dengan ketetapan kesatuan yang mempunyai 220 ahli dari 60 negara untuk merapatkan lagi jurang digital antara negara-negara ahli di rantau ini.

Yang pasti ketetapan itu bukanlah 'omong-omong kosong' sebaliknya Presiden ABU, Dr Kim In-Kyu, yang menerajui Korea Broadcasting System (KBS) pasti mahu memastikan negara-negara ahli yang masih belum melaksanakan penyiaran digital akan segera dibantu dalam masa terdekat.

Seramai 700 perwakilan termasuk dari Malaysia yang mengambil bahagian dalam GA ABU kali menyokong ketetapan kesatuan untuk memastikan negara-negara ahli benar-benar mendapat manfaat dengan menjadi ahli ABU selain berkongsi-kongsi maklumat dan pengalaman.

Setiausaha Agung ABU, Dr Javad Mottaghi, berkata walaupun ketetapan itu satu tugas besar namun dengan pembabitan semua negara ahli yang banyak pengalaman dan mempunyai jalan penyelesaian, mereka mampu menghadapi cabaran penyiaran digital, perkembangan media baru dan kesan media sosial.

"Ahli-ahli ABU pasti mempunyai idea dan jalan penyelesaian untuk dikongsikan bersama. Ahli yang berpengalaman akan berkongsi maklumat untuk membantu ahli-ahli yang sedang melaksanakannya. Inilah rahsia penyatuan ahli ABU iaitu kerjasama," katanya pada hari terakhir mesyuarat lapan hari ABU termasuk perasmian ABU GA oleh Presiden Korea Selatan.

Menurutnya, ABU adalah mengenai ahli dan sudah tentulah mereka akan terus dengan tugas-tugas penting bagi membolehkan abad ke 21 ini sebagai kejayaan dunia penyiaran di rantau ini.

KONGSI ARKIB DUA NEGARA


KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Singapura perlu bergabung tenaga dalam penyimpanan naskah serta rekod bagi memastikan warisan terus terjaga untuk masa hadapan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata ini kerana kecenderungan pihak berwajib dalam menyimpan rekod sekarang tidak begitu tinggi berbanding zaman dahulu seperti surat-menyurat dan penyimpanan fail

"Selain itu, rekod-rekod yang berhubung dengan perkhidmatan, statistik, cerita lisan, ucapan jarang disimpan mengikut lunas-lunas yang kekal," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku biografi 'Zubir Said The Composer of Majulah Singapura' di sini Ahad.

Rais berkata bahan-bahan berhubung tradisi lisan misalnya pantun, peribahasa, bahasa indah, tradisi di Sabah dan Sarawak, perkampungan di pedalaman harus dirakamkan terus mulai sekarang.

"Tidak berapa lama lagi ia akan hilang oleh kerana cara hidup digital, media sosial tidak menggalakkan penulisan yang banyak ataupun menghantar surat," katanya.

Buku biografi setebal 279 muka surat itu ditulis oleh anak Zubir, Puan Sri Dr Rohana, mengisahkan tentang perjalanan muzik dan lagu-lagu ciptaan Allahyarham ayahnya itu dalam filem Melayu lama seperti Sayang Disayang, Bawang Putih Bawang Merah dan lagu kebangsaan Singapura, Majulah Singapura.- Bernama.


Sunday, October 14, 2012

ABU ADMIN COUNCIL MEETING

94 th ABU Admin Council Meeting at KBS Board Room.



Thursday, October 11, 2012

MALAYSIA ELECTED TO POC


MALAYSIA ELECTED TO THE POSTAL OPERATIONS COUNCIL AT THE 25th UNIVERSAL POSTAL UNION CONGRESS IN DOHA,QATAR

DOHA, Qatar, Wednesday - Malaysia was elected to the Postal Operations Council (POC) on 10 October 2012 (yesterday) at the 25th Universal Postal Union (UPU) Congress in Doha, Qatar. The Postal Operations Council which is made up of 40 member countries was heavily contested by the UPU member countries.
The Council deals with technical and operational issues affecting the international postal sector. It promotes the introduction of new postal products and makes recommendations to member countries concerning standards for technological, operational or other processes. The Council’s programme of work aims above all at helping postal operators to modernise and upgrade their postal products.
“The win reflects the UPU member countries’ trust and confidence in Malaysia’s contributions and leadership in various UPU committees and project groups,” said Minister of Information, Communication and Culture, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim.
 “With this membership, Malaysia will be able to play a greater role in shaping the future of global postal sector and will play an integral part of the increasingly digital  world. Malaysia has already started its support by pledging a contribution of USD100,000 for the dotpost project, which will be one of the key agenda for the next cycle. This initiative is especially meaningful to us since Malaysia was instrumental in the early stage of development of the regulatory framewok for the dotpost domain under the Internet Corporation for Assigned Names and Numbers (ICANN),” said Dr. Rais.
The Malaysian delegation in Doha, comprising of senior officials from the Ministry, Malaysian Communication and Multimedia Commission and Pos Malaysia Berhad was led by Deputy Minister of Information, Communications and Culture, Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz.
The theme of the 25th Universal Postal Congress, “New World, New Strategy” officially opened in Doha, Qatar on 24th September 2012 and marked the gathering of postal leaders and stakeholders from the Universal Postal Union’s 192 member countries to decide on the global postal sector’s future every four years.