Wednesday, November 30, 2011

PRU13 : RAMALAN TOK NUJUM (8)

Selepas tamat Taklimat Presiden UMNO 2011 di PWTC semalam, penulis didatangi oleh beberapa kawan yang bertanya apa intipati ucapan DS Najib Razak. Jawapannya mudah iaitu 1) kasih, sayang dan cinta kepada parti. 2) berkorban apa saja untuk parti. dan...3) berjuang bermati-matian untuk parti pada PRU13 ini.

Yang lain ialah ahli parti jangan sabotaj, cah keting dan sembelih calon BN, mendekati NGO, selain Presiden UMNO mengalu-alukan Yang Berhormat sekarang yang mahu mengundurkan diri kepada golongan muda. DS Najib menyatakan beberapa orang sudah menyatakan hasrat untuk berundur. Tahniah.

Seorang kawan terus menyampuk, "berkorban apa saja tu nampaknya susah sikit". Penulis bertanya mengapa. Jawabnya, beliau pernah berhujjah dengan seorang ketua bahagian yang menyatakan faktor-faktor yang menyaksikan ada pihak bertindak 'luar biasa' jika tidak terpilih menjadi calon pilihan raya.

Mengapa?

Menurut ketua bahagian itu, bayangkan setelah beliau menyemai benih dan tanaman mula subur di bahagiannya atas usaha beliau dan rakan-rakan tiba-tiba apabila PRU datang, orang lain dibawa masuk menjadi calon. Adakah ini adil? Adakah ini tradisi UMNO yang seharusnya memikirkan kepentingan dalam bahagian. Tidak pandangkah jasa kami?

Penulis terus menjawab. "Untuk itu, DS Najib sudah menyatakan komitmennya untuk memberi keutamaan kepada calon-calon di peringkat bahagian. Kecualilah calon di peringkat bahagian itu tidak mampu menjadi winnable candidates untuk BN. Setelah pelbagai laporan diterima daripada petugas lapangan menyatakan tiada calon yang boleh memenangkan parti, maka calon luar akan dibawa masuk. Itupun....calon luar itu dikehendaki tidak bertanding melawan ketua bahagian. PRU13 ini penting dalam menentukan sama ada UMNO terus relevan atau sebaliknya. Pentingkan parti daripada kepentingan diri sendiri. Ok tak?"

"Tak tahulah....itu orang UMNO sendiri kena berubah." katanya.

Sesungguhnya. Sudah tentu. Jika orang UMNO tidak mahu berubah, jangan marah jika parti mengalami nasib yang sama seperti 2008 di mana ada kawasan di Kelantan yang hanya menang dua undi saja membolehkan Pas menubuhkan kerajaan. Dua undi? Ya, dua undi saja yang menentukan sama ada sesuatu kerajaan itu pas atau BN.

Oleh itu, semua pemegang jawatan di peringkat bahagian harus muhasabah diri untuk melihat diri mereka itu sama ada mampu menjadi winnable candidate atau sebaliknya. Janganlah kita saja merasakan kita baik tetapi jangan lupa dengan sikap dan perangai kita yang mungkin tidak digemari oleh masyarakat.

Kita mungkin pernah terbabit dalam skandal seks yang pasti tidak akan dilupa oleh orang lain atau suka membolot projek-projek tertentu tanpa mahu membantu rakan lain. Atau tidak pernah turun padang untuk membantu menjayakan program parti dan kerajaan. Tutup tingkap dan pintu. Kita mungkin kera sumbang.

Sebenarnya orang yang mementingkan diri sendiri ini amat bahaya kepada parti dalam jangka panjang. Golongan seperti ini pasti akan mengamalkan pendekatan 'matlamat menghalalkan cara' demi untuk memastikan segala impian dan cita-cita mereka tercapai. Pernah dengar cerita sebegini? Ah ha.

Tuesday, November 29, 2011

PRU13 : RAMALAN TOK NUJUM (7)

Perhimpunan Agung UMNO 2011 bermula hari ini dengan Majlis Taklimat Presiden pada jam 3 petang diikuti dengan perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO oleh Timbalan Presiden, TS Muhyiddin Mohd Yassin, pada sebelah malam.

Perhimpunan kali ini amat penting kerana ia sudah pasti memikirkan strategi dan pendekatan terbaik untuk memenangi PRU13 yang akan diadakan sebelum pertengahan 2013. UMNO bersama parti komponen perlu terus menjadi kerajaan untuk meneruskan agenda yang sudah disusun oleh Tun Dr Mahathir Mohamad (TDM) untuk menjadi Malaysia sebuah negara maju pada 2020. Jika tidak, impian akan punah berkecai.

TDM semalam menyatakan kerajaan BN pimpinan DS Najib Tun Rzak kini di landasan betul untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan seterusnya mencapai Wawasan 2020, yang dibentuk dan disusun oleh TDM. DS Najib telah berusaha keras untuk tujuan itu walaupun berhadapan keadaan sukar ekoran pelbagai masalah disebabkan mempunyai majoriti yang kecil di Parlimen.

Itulah katakunci yang menyebabkan DS Najib perlu kerja lebih kerana MAJORITI YANG KECIL di Parlimen akibat bahana PRU12 pada 2008. Bagaimanapun, TDM menyifatkan perkembangan politik dalam UMNO kini lebih baik daripada 2008 kerana ketika itu ramai ahli parti mengundi pembangkang bukan kerana mereka tidak suka UMNO tetapi mereka tidak suka dengan pemimpin pada waktu itu.

Kata TDM, kerajaan sudah melakukan yang terbaik supaya rakyatnya hidup lebih sempurna sejak negara merdeka, oleh itu tiada sebab untuk rakyat menentang kerajaan. Bagi penulis, perubahan dalam UMNO begitu ketara dengan pelbagai usaha dibuat oleh DS Najib dan dibantu oleh TS Muhyiddin sertai barisan pemimpin parti.

Hakikatnya, ahli dan pemimpin UMNO perlu sedar bahawa dengan MAJORITI YANG KECIL menyebabkan adakalanya mereka terpaksa menari mengikut gendang pembangkang yang tidak pernah putus-putus untuk mengganggu kerajaan walaupun mereka tahu sesuatu program itu betul dan memberi manfaat kepada rakyat. Kerajaan sentiasa menjawab api yang dihidupkan oleh pembangkang seolah-olah seperti tugasan ahli bomba.

Inilah yang dibuat oleh pembangkang untuk memastikan rakyat tidak terus memilih kerajaan sekarang sebaliknya memberi harapan menggunung yang tidak boleh dicapai sebagai tarikan bagi rakyat menyokong mereka. Golongan yang terkeliru sudah pasti menyokong pembangkang membabi-buta tanpa memikirkan kenyataan impian itu.

Bagi TDM, beliau berharap kerajaan akan berjaya dalam mentransformasikan ekonomi dan masyarakatnya sendiri. Dengan berbuat demikian merekan akan terus mendapat sokongan rakyat dan negara akan kekal makmur.

Terpulanglah ahli dan pemimpin UMNO untuk memikirkan strategi terbaik memenangi PRU13 dan seterusnya membentuk kerajaan yang mempunyai majoriti dua pertiga. Yang penting ahli UMNO perlu bersatu-padu di bawah pimpinan Presiden sekarang.

Semalam, DS Najib menyatakan beliau sedar bahawa era pentadbiran beliau begitu mencabar serta memerlukan perubahan besar. Untuk itu, UMNO dan BN perlu memastikan parti itu dipilih semula oleh rakyat untuk terus memerintah.

Friday, November 25, 2011

PRU13 : RAMALAN TOK NUJUM (6)

Tun Dr Mahathir Mohamad mengutarakan kenyataan bahawa Melayu Mudah Lupa. Itu hakikatnya dan bagi yang tidak setuju, terpulanglah. Apa maksud MML itu? Dalam ertikata lain, Melayu selalu cepat melupakan apa yang berlaku terhadap dirinya sebelum ini dan tidak mahu belajar daripada peristiwa itu. Adakala mereka ditipu sekalipun, mereka tetap berkawan orang yang pernah menipu mereka. Memang MML.

Ini satu malapetaka jika Melayu terus lupa. Ia akan terus menjadi satu tragedi pada PRU13 jika Melayu masih lupa apa yang berlaku pada PRU12. Melayu mesti ingat bahawa mereka hilang majoriti dua pertiga pada PRU12 yang menyaksikan pelbagai masalah timbul terutama untuk meluluskan sesuatu rang undang-undang yang bertujuan murni untuk membantu rakyat dan negara. Ketiadaan dua pertiga ini satu malapetaka.

Bagi sesetengah pihak terutama pembangkang, jika UMNO/BN tidak mendapat dua pertiga ini, maka kerajaan tidak boleh melakukan sesuatu perkara dengan sewenang-wenangnya. Ini salah kerana logiknya jika kerajaan berniat untuk melakukan apa yang mereka suka tanpa memikirkan kepentingan rakyat, mereka akan ditumbangkan. Ini realiti.

Oleh itu, Melayu pada PRU13 perlu bersatu untuk memastikan UMNO/BN mendapat dua pertiga bagi membolehkan kerajaan yang dipilih memikirkan yang terbaik untuk rakyat terutama golongan yang memerlukan di luar bandar.

Jika pembangkang ramai, mereka akan terus membangkang walaupun progam yang ingin dilaksanakan baik untuk rakyat. Mereka bukan tidak setuju tetapi tetap mahu membangkang untuk menidakkan idea bernas kerajaan. Dah pun pembangkang, membangkang sajalah kerja mereka walaupun niat kerajaan untuk menjaga kepentingan umum atau majoriti. Umpamanya, jika kerajaan mengenakan peraturan berhimpun secara haram yang memudaratkan, pembangkang menentang dan pandai pula menggunakan pendekatan hak asasi untuk menegakkan benang basah mereka. Lalu mereka pun meminta bantuan luar. Sudahlaa.

Melayu tidak boleh lagi berpecah dan membiarkan UMNO/BN terus memerintah tanpa majoriti dua pertiga. Untuk itu, bagi PRU13 kali ini, Melayu perlu memastikan calon BN menang dengan baik agar pembangkang tahu bahawa 'kekalahan' UMNO/BN dahulu bukan kerana rakyat tidak sokong parti itu tetapi faktor lain seperti perpecahan dalaman dan tindakan sabotaj pihak tertentu terutama yang tidak terpilih menjadi calon.

Ada pemerhati politik pula menyatakan ramai Ketua Bahagian di negeri yang diperintah oleh PAS,dap dan pkr lebih suka ia terus diperintah oleh parti berkenaan kerana mereka boleh menguasai duit bantuan dari Kerajaan Persekutuan. Ini satu sikap durjana iaitu lebih mementingkan diri sendiri daripada kepentingan bangsa Melayu.

Ketua Bahagian di negeri yang diperintah oleh Pas, dap dan pkr seharusnya menukar sikap untuk bekerja keras untuk memastikan kawasan mereka menang dan seterusnya mengembalikan negeri-negeri berkenaan kepada BN. Ubahlah sikap dan pendirian.

Fikirkanlah kepentingan bangsa daripada kepentingan sendiri kerana dari segi jangka panjang, Melayulah yang akan menderita dan tersungkur. Lihatlah apa yang berlaku di Kelantan dengan masalah air yang menyebabkan tahap kesihatan penduduk yang kebanyakan Melayu semakin merosot. Hendak mengambil air sembahyang pun perlu mencari sumber air yang bersih. Apalaa Kerajaan Pas Kelantan. Fikirkanlah.

Thursday, November 24, 2011

NGAUMAN SINGA KEDAH BERBISA

Hubungan intim TS Zainuddin Maidin dan Tun Dr Mahathir Mohamad bukan hanya hubungan sebagai wartawan/pengarang dan ahli politik/PM tetapi lebih daripada itu. Ada yang manis dan tidak kurang juga dengan pahit yang menyaksikan pemergian ZM ke London.

Dalam artikel di Utusan Malaysia hari ini, TS Zainuddin yang lebih dikenali sebagai ZAM menyifatkan TDM masih berbisa terutama kenyataan dan teguran yang perlu diambilkira oleh pemimpin tertinggi UMNO dan BN. Dalam ertikata lain, nauman Singa Kedah ini menakutkan dan perlu diberi perhatian serius.

DTiger difahamkan tatkala ada ura-ura untuk mengadakan PRU13 pada tahun ini tetapi atas nasihat beberapa NEGARAWAN termasuk TDM, pilihan raya umum itu dikatakan elok diadakan pada tahun depan agar suasana tergesa-gesa ini tidak membawa bahana.

Ikutilah tulisan ZAM di blog akhbarcyber mengenai Singa Kedah ini.

PRU13 : RAMALAN TOK NUJUM (5)

Ketika UMNO/BN bersiap-siaga untuk menghadapi PRU13, seperkara yang perlu dititikberatkan ialah tidak mengulangi kesilapan sebelum ini. Dalam cakap mudah kesilapan yang dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum ini dalam mengetuai UMNO/BN mengharungi peperangan dengan pembangkang yang diterajui oleh DSAI.

Jika disenaraikan kesalahan atau kesilapan dulu terlalu banyak tetapi biarlah ruang yang sedikit ini menegur berhubung bab penentuan calon PRU. Selain winnable candidates yang selalu disebut oleh PM, apa yang lebih penting ialah bagilah peluang kepada PM benar-benar membuat pemilihan tanpa dipengaruhi oleh keluarga, sanak-saudara, sahabat handai mahupun penasihat yang adakalanya digelar 'punahsihat'.

Kuasa penentu PM ini penting kerana jika PM tersalah pilih kerana terikut dengan kata-kata manis, nasihat dan berita gembira saja mengenai seseorang calon, maka apa yang dibimbangkan calon itu sebenar sudah kalah sebelum bertanding, jika dipilih menjadi calon BN. Maka janganlah selepas keputusan diumumkan mahu menyesal atau menangis. Menangis air mata darah sekalipun tidak guna, BN tidak dapat dua pertiga.

Contoh terbaik ialah bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin (kini Tan Sri) yang 'dikorbankan' di saat-saat akhir semata-mata kerana perkara ghaib yang pasti membabitkan kaum keluarga atau punahsihat Paklah. Yang lebih menyakitkan hati ialah nasihat daripada budak hingusan yang tidak ada wisdom dan bersikap serbatahu.

Mereka inilah yang kemudiannya dikenalpasti sebagai golongan yang dipertanggungjawab mengubah nama calon dan berlagak sebagai pakar membuat manifesto. Mereka ini, bagi pemerhati politik adalah kumpulan yang menghancurkan UMNO/BN. Kerana mereka, UMNO tersungkur walaupun telah banyak berjasa sejak merdeka lagi. Ironinya, mereka masih ada dalam UMNO dan diberi tempat yang tinggi dalam pelbagai sudut. Sudahlah.

Penulis dan rakan-rakan yang ketika itu sudah bersedia untuk ke Merbok tiba-tiba terpaksa membuat persiapan ke Sungai Petani kerana DS Zainuddin ditukarkan menjadi calon Parlimen Sungai Petani oleh Putrajaya. Alasannya, mereka sendiri saja yang tahu dan mahu. Sama ada untuk 'membunuh' kerjaya DS Zam ataupun untuk membolehkan calon mereka yang entah apa-apa menang mudah di Merbok. Akhirnya semua tersungkur.

Bayangkan ketika itu ramai di kalangan pendokong-pendokong utama DS Mahadhir Khalid sudah bersedia untuk menjadi calon di Sungai Petani terpaksa 'menekan brek' kerana ada calon luar iaitu DS Zam yang akan datang untuk menjadi calon BN. Apa ni?

Kekecewaan itu boleh dirasai jika anda berada di Sungai Petani ketika itu di mana 1001 perkara berlaku yang ada antaranya menjadi faktor kekalahan termasuklah apa yang dilihat oleh pemerhati politik iaitu proses pemasangan poster, jadual turun padang mahupun bahan ceramah setempat. Yang menyedihkan pasukan kami seolah-olah bekerja bersendirian siang malam untuk memastikan rakyat memahami apa yang dibuat oleh kerajaan sebaliknya tiada sokongan 'sepenuh jiwa' dari pihak tertentu. Siapa yang makan cili, dia akan terasa pedas. Yang letih, ada yang bermuka-muka.

Penulis yakin, jika DS Zam bertanding di Parlimen Merbok, sudah pasti 70 peratus beliau akan menang tetapi di Sungai Petani, jika mendapat separuh sokongan pun sudah baik ditambah dengan usaha gigih pasukan berkempen beliau yang bekerja keras.

Oleh itu, tidak perlulah dipanjangkan cerita dalam ruangan terbatas ini. Sebaliknya semua pihak perlulah memberikan sokongan penuh kepada PM untuk membuat pemilihan yang tepat agar UMNO/BN terus memerintah negara ini. Ketepi - keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan punahsihat yang boleh memusnahkan parti.

Wednesday, November 23, 2011

PRU13 : RAMALAN TOK NUJUM (4)

Jika separuh daripada 2,000 pelaku media sosial yang hadir pada Konvensyen Media Sosial 1Malaysia (KMS1M) Sabtu lalu di PWTC bergiat cergas dalam mempertahankan kerajaan yang diterajui oleh UMNO/BN, maka usaha pembangkang meneruskan tohmahan dan fitnah sedikit sebanyak akan terjawab. Ini adalah peperangan angka dan mereka perlu aktif.

Jika tidak, buatlah berpuluh atau beratus-ratus konvensyen media sosial tetapi pelakunya tidak aktif, sekadar hadir untuk mengutip kemeja-T dan beg serta menunggu nombor bertuah mereka diumumkan untuk mendapat IPAD dan IPHONE, maka UMNO/BN akan terus difitnah tanpa sebarang pembelaan dan jawapan. Fitnah akan bermaharajalela.

Kehadiran pelaku media sosial pada KMS1M boleh dilihat sebagai manifestasi golongan muda dan tua menyokong gagasan 1Malaysia sepertimana yang dilaungkan oleh penganjur dipengerusikan oleh EXCO Penerangan Pahang, Datuk Sarkar Shamsuddin. Namun, kehadiran itu harus diterjemahkan kepada usaha keras mereka untuk menjelaskan sebarang isu yang timbul terutama fitnah yang boleh mengelirukan rakyat.

Pengumuman DS Najib Tun Razak di KMS1M di PWTC yang mengiktiraf peranan pelaku media sosial sebagai sebahagian jentera BN dalam mempertahankan kerajaan, perlu disambut dengan rasa bangga, mahu bekerja kuat dan bersemangat memperjuangkan gagasan 1Malaysia - Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Ini titik tolaknya perjuangan angka dalam zaman ini. Pembangkang sudah memulakannya sejak 2000.

Pelaku media sosial yang hadir perlu menanam satu semangat baru bahawa mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab besar mencari maklumat yang boleh menangkis sebarang tohmahan pembangkang. Untuk itu, usaha mengadakan 'kotak maklumat' atau 'drop box' yang mengandungi bahan untuk digunakan bagi menjelaskan sesuatu isu berbangkit perlu diperbanyakkan. Jika tiada, perlu diadakan.

Jabatan kerajaan perlu bertindak cergas dan proaktif untuk menyediakan jawapan terhadap isu yang ditimbulkan oleh pembangkang atau sesiapa saja bagi memastikan rakyat tidak dikelirukan oleh maklumat palsu atau maklumat separuh benar.

Jika ketua jabatan mengambil sikap tunggu dan lihat, membiarkan segala tohmahan dan fitnah itu terus bermain di sarang pemikiran masyarakat, lama-kelamaan fitnah dan tohmahan itu dianggap benar. Ia pasti satu tamparan kepada kerajaan.

Jika fitnah mengatakan DS Sharizat Jalil terbabit dalam perniagaan NFC, jika tidak diperbetulkan, rakyat akan mengatakan bagaimana seorang Ahli Politik yang juga Menteri Kabinet boleh bergiat cergas dalam projek yang dinaungi oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani. Isu seperti ini perlu dijawab segera.

Seperti kata Ahmad Nisfu, 'jawab, jawab, jawab' dalam filem komedi Bujang Lapok, perlu diikuti oleh syarikat, jabatan dan kementerian terbabit. Jawapan segera amat diperlukan, bukan menunggu sehingga 10 hari isu itu dimainkan baru hendak diperbetulkan. Apalaaaa.

Monday, November 21, 2011

JADILAH PENGACARA PROFESIONAL

Sudah sampai masanya setiap stesen televisyen perlu memikirkan usaha melatih pengacara yang profesional. Jika sudah ada, perlu diramaikan agar program tidak cacat dan hambar. Perkataan penting di sini ialah profesional. Mendapatkan seseorang mengacara sesuatu rancangan tidaklah sukar tetapi untuk mencari pengacara profesional memanglah satu tugas berat dan mencabar.

Dua majlis besar yang dihadiri oleh penulis dua hari lalu ialah Muzik Ekstravangza terbitan RTM dan Media Corp, Singapura pada Sabtu lalu dan Festival Filem Malaysia (FFM) di PICC, Putrajaya yang dianjurkan oleh GAFIM dan FINAS tetapi penerbitan acara itu dibuat oleh ASTRO menerusi tayangan Astro Prima.

Dalam acara ME, RTM memutuskan untuk memilih dua pelawak tempatan iaitu Saiful Apek dan Jeb serta menggunakan khidmat pengacara Singapura, Suhaimi Yusof. Pemerhatian penulis mendapati bahawa pengacara Singapura nampaknya lebih bersahaja tanpa memerlukan 'que card' manakala Apek dan Jeb pula terkial-kial membaca termasuk nama tetamu khas iaitu Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim dan Menteri Penerangan Singapura, Dr Yaakob Ibrahim. Ini satu perbezaan besar antara pengacara Malaysia dan Singapura.

Walaupun kedua-dua negara menampilkan pelawak sebagai pengacara tetapi Suhaimi nampaknya lebih bersedia dan bertindak profesional dengan mengingatkan apa yang perlu disebut dan diumumkan sedangkan pengacara Malaysia terpaksa melihat kertas dan membacanya. Ini menganggu kelancaran program apatah lagi tersalah sebut sedangkan ia terbentang luas di atas kertas. Bagi pengacara Singapura, tiada kesilapan dibuatnya walaupun tanpa menggunakan 'que card' dan terserlah keupayaannya. Tidak hairanlah beliau terpilih dalam pertandingan pengacara terbaik di peringkat Asia yang akan dipertandingkan.

Tidak salah memilih pelawak, tetapi penerbit perlu melatih mereka dengan baik agar program berjalan lancar dan teratur. Ini memerlukan sikap bersungguh-sungguh untuk menghafalnya dan jika membawa 'que card', ia sekadar untuk membantu ketika pengacara terlupa atau menghadapi kebuntuan. Penggantungan terus kepada kertas memang kelihatan tidak profesional. Malah ini yang sering disuarakan oleh DSU.

Kedua ialah majlis FFM malam tadi yang menampilkan Ogy Ahmad Daud dan Johan (pemenang tempat ketiga Raja Lawak). Mereka menggunakan 'que card' sepanjang masa dan adakalanya tersasul atau tersalah sebut nama tertentu seolah-olah seperti 'budak baru belajar' dan ini amat memalukan.

Yang lebih parah ialah apabila Ogy salah menyebut nama tetamu khas yang menyebabkan penulis terfikir adakah beliau sesuai lagi diambil sebagai pengacara. Ada juga kalangan rakan-rakan berpendapat bahawa beliau sudah terlalu 'dimanjakan' sehingga merasa besar dan boleh menghambur apa saja yang terlintas di kepala. Jawapannya tidak boleh ikut suka dan perlu memastikan ia beradab terutama mengetepikan kepentingan Bahasa Melayu.

Jika stesen sudah menetapkan untuk menganjurkan program itu dalam Bahasa Melayu, eloklah diberikan panduan kepada pengacara untuk menggunakan Bahasa Kebangsaan sepenuhnya dan jika terlintas untuk menggunakan bahasa Inggeris pastikan ia tidak dirojakkan dengan Bahasa Melayu. Ambilah berat sedikit mengenai perkara ini.

PRU13 : RAMALAN TOK NUJUM (3)

Sabtu lalu, DS Najib Razak, menyatakan akan mempertimbangkan satu daripada resolusi Konvensyen Media Sosial 1Malaysia yang diadakan di PWTC bahawa calon PRU13 perlu mahir dalam media sosial bagi menjawab segala tohmahan dan fitnah pembangkang mengenai parti dan kerajaan. Beliau berkata demikian di hadapan lebih 2000 pelaku media sosial yang hadir dalam konvensyen yang menyokong gagasan 1Malaysia.

Bagi PM, kemahiran itu adalah satu bonus kerana beliau sendiri menggunakan blog, facebook dan twitter untuk menerangkan kepada rakyat mengenai isu-isu semasa selain menangkis pelbagai dakwaan pembangkang dan serangan peribadi termasuk terhadap anak dan isterinya.

Malah, ketika menunaikan haji baru-baru ini, DS Najib menggunakan kemudahan teknologi canggih itu dengan membuat ucapan Hari Raya Aidiladha dalam IPHONE 4 dan menghantar ke blognya. Ucapan itu disiarkan oleh RTM dan TV3. Ini, katanya, dapat menjimatkan wang untuk membawa RTM/TV3 untuk merakam ucapan hari mulia itu.

Sebenarnya, ramai pemimpin pembangkang sudah menggunakan kemudahan media sosial ini sejak 2000. Ia digunakan sepenuhnya pada pilihan raya 2004 dan seterusnya pada PRU12 untuk menyebarkan pelbagai maklumat parti dan pendirian mereka. Kesan penggunaan ini semakin dirasai kebelakangan ini termasuk menyebarkan bahan mengelirukan.

PM sendiri mengakui bahawa BN perlu memperkemaskan jentera media sosialnya agar ia dapat bersaing dengan cyber tropper pembangkang termasuk menggunakan pelbagai peralatan canggih untuk menghantar mesej kepada masyarakat. Peperangan baru yang menggunakan senjata lama akan menyebabkan kekalahan dan kemusnahan.

Untuk itu, saranan resolusi KMS1M itu perlu diberikan perhatian serius oleh PM kerana jika semua pemimpin UMNO/BN menggunakan sepenuhnya media sosial ini, maka parti dapat menjawab semua dakwaan pembangkang dalam masa yang singkat.

Kesegeraan menjawab segala fitnah dan dakwaan itu akan mengelakkan rakyat terkeliru dan membuat keputusan yang salah. Rakyat perlu mendapat maklumat yang benar bagi memastikan mereka terus menyokong segala dasar dan program yang disediakan untuk mereka.

Pemimpin UMNO/BN juga boleh mendapat maklumbalas segera daripada rakyat terutama teguran terhadap sesuatu dasar. Ini penting untuk membolehkan kerajaan mengubah atau menyesuaikan pandangan itu dalam memastikan program yang dirancang bukan saja baik tetapi juga diterima oleh rakyat keseluruhannya.

Friday, November 18, 2011

PRU13 : RAMALAN TUK NUJUM (2)

(salam tok, winable candidate juga mesti berpaksi kepada calon yang benar benar telah teruji dan terbukti kesetiaan dan ketaatan kepada parti!

Pucuk pimpinan seharusnya belajar dari apa yang telah berlaku dalam isu 16 September apabila diberitakan adanya wakil 'kita' yang sanggup dan akan berpaling keluar dari saf BN. Kemenangan mengekalkan kuasa BN Insyaalah akan berjaya namun pegangan 2/3 masih belum dapat dipastikan dalam PRU yang akan datang.

Jika majoriti 2/3 masih gagal diraih maka drama 16 sept. boleh dan bakal berulang malah puak peliwat rela berabis berapa pun jika benar terbukti kerusi empuk di Putrajaya mampu mereka duduki.Maka ketaatan dan kesetiaan kepada parti seperti mana yang dibuktikan oleh majoriti Ahli Ahli Parlimen sekarang merupakan asas dalam pemilihan calon akan datang. tkasih. PUTRA MERDEKA.)
.

Penulis bersetuju dengan pandangan PUTRA MERDEKA bahawa calon UMNO/BN pada PRU13 mestilah seorang yang tidak akan belot kepada parti walaupun dalam keadaan apa sekalipun. Beliau bukan saja tidak belot tetapi tetap mempertahankan parti keramat UMNO dan tidak malu untuk menyatakan UMNO sudah banyak melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara ini. Jangan malu dan takut untuk mengaku UMNO sudah banyak berjasa.

Ketika ini, semua pemimpin pembangkang semacam meroyan untuk menidakkan kepentingan UMNO dalam membantu orang Melayu. Malah mereka selalu menyifatkan apa yang dilakukan oleh UMNO adalah satu amanah dan tanggungjawab. Semestinya. Jika UMNO tidak amanah dan bertanggungjawab, mana mungkin negara ini mencapai kejayaan seperti yang ada sekarang. Pencapaian negara bertambah baik berbanding banyak negara yang merdeka lebih dahulu dari Malaysia. Tidak percaya buatlah penyelidikan.

Yang amat menyedihkan lagi mereka ini pernah berada dalam UMNO dan mengajak pemimpin pembangkang lain yang selama ini membenci UMNO membuat serangan terus menerus untuk memaparkan pemimpin Melayu tidak amanah dan bertanggungjawab. Siasat kedudukan kewangan mereka. Siasat bank akaun mereka. Siasat cara hidup mereka yang boleh keluar negara menaikki kapalterbang kelas pertama. Wah...banyak duit, dapat dari mana. Cerminlah diri sendiri dulu sebelum membuat pelbagai tuduhan terhadap orang. Orang berniaga secara halal pun dipersoalkan dan digembar-gemburkan.

Bayangkan jika diberikan amanah dan tanggungjawab tetapi pemimpin UMNO tidak melaksanakannya, maka negara akan lingkup dan mundur. Yang penting kerana amanah dan bertanggungjawablah, maka rakyat negara ini dapat meraih segala macam kesenangan termasuk kemudahan yang disediakan di semua kawasan terutama di bandar. Yang anih penduduk bandar yang mendapat berbilion ringgit kemudahan berpaling tadah menyokong pembangkang yang suka membuat pelbagai ragam politik murahan.

Berbalik kepada kesetiaan yang disebut oleh Putra Merdeka, calon BN adalah mereka yang teruji kesetiaannya. Dalam hati sanubarinya tidak ada setitik pun rasa untuk membelot UMNO atau kerajaan. Dari kenyataan dan percakapannya pula, perlu dipastikan beliau tidak pernah mengeluarkan perkataan yang memperlekehkan dan menghina UMNO di khalayak ramai kecuali tempat tertutup yang bertujuan untuk membincangkan prestasi dan kelemahan parti dari semasa ke semasa.

Calon itu juga perlu dilihat tidak bersekongkol untuk menjatuhkan calon UMNO/BN pada masa lalu yang melihat bagaimana BN kecundang di lima negeri gara-gara tidak bersatu-padu dan tindakan cah keting. Amat menyedihkan jika calon BN kalah kerana tindakan sabotaj ahli dalam parti berbanding kalah kerana calon pembangkang lebih baik.

Oleh itu, usaha memilih dan menyaring nama-nama calon ini penting dilakukan dengan teliti agar orang yang disifatkan 'musang berbulu ayam' tidak disenaraikan. Jika musang sudah berada di kalangan ayam, maka pembaca bolehlah meramalkan apa yang akan berlaku dalam parti dan kerajaan. Selain pembocoran maklumat, musang itu akhirnya akan makan rakan mereka yang sentiasa dilihat 'sedap untuk dimakan'.

Thursday, November 17, 2011

PRU13 : RAMALAN TUK NUJUM (1)

Sekarang ini, ramai yang tanya penulis tarikh pilihan raya umum. Jawapannya dari sekarang sehingga awal 2013. Dalam tempoh itu, Parlimen boleh dibubarkan untuk mendapatkan mandat daripada rakyat menubuhkan kerajaan. Hari ini pun boleh bubar.

Sedikit masa dulu ramai yang meramalkan 11.11.11, PM akan membubarkan Parlimen. Pelbagai alasan diberikan antaranya ialah DS Najib Razak suka nombor 11 dan sudah pasti tarikh itu dipilih. Tetapi tidak juga jadi dan hari itu menjadi satu hari biasa dalam kehidupan rakyat di negara ini.

Sejak beberapa hari ini pula, jika PM memanggil mesyuarat pada waktu yang dianggap pelik seperti waktu malam, ramai yang meramalkan PRU13 semakin dekat. DS Najib ketika ditanya mengapa buat mesyuarat malam, menjawab bahawa beliau akan membuat mesyuarat tidak kira masa kerana kesibukan tugasnya. Apakan tidaknya dari Amerika Syarikat sehingga ke Timur Tengah dan kini pula di Bali, Indonesia.

Dalam pada itu, DS Najib sering menyebut mengenai winnable candidate dan yang terbaru ialah pemilihan calon itu juga tidak semestinya muda saja. Maka pemimpin politik yang veteran dan mampu menjalankan tugas tetap akan terpilih. Mereka ini telah menunjukkan kemampuan dalam apa tugas diberikan sama ada tiada berportfolio atau pun sebagai Menteri. Yang penting mereka mencapai KPI.

Memilih calon yang boleh menang ini penting untuk memastikan BN terus menjadi kerajaan selepas PRU13. Tidak guna meletakkan calon yang disuakan oleh pemimpin parti komponen tetapi kalah dalam pilihanraya. Jangan pilih calon yang 'menghabihkan boreh'. Untuk itu, proses pemilihan peringkat parti perlu dilaksanakan dengan teliti dan bukan tangkap muat atau berdasarkan kroni atau kepentingan politik tertentu.

DS Najib juga meminta semua ahli parti komponen BN memberi sokongan kepada sesiapa saja yang dipilih menjadi calon. Ini penting kerana dalam PRU12 banyak calon BN kalah kerana tiada kesatuan dan tindakan 'cah keting' yang keterlaluan sehinggakan calon pembangkang menang, ada antaranya di bawah 50 undi. Apalaaa.

TSU KOON TIDAK BERTANDING
















KUALA LUMPUR : Setelah berdepan dengan pelbagai pandangan dan kritikan terhadap kepemimpinannya, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, hari ini umum beliau tidak akan bertanding pada PRU13.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkenaan memberitahu satu sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi Khamis, beliau kini hendak tumpu perhatian perkuat parti berkenaan.

Kepemimpinan beliau dianggap malap setelah Gerakan ‘ melepas’ Pulau Pinang pada PRU12 lalu.Parti itu juga kalah kebanyakan kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen yang ditandinginya.

"Saya telah putuskan tidak akan turut serta sebagai calon dalam mana-mana kerusi baik kerusi Parlimen atau negeri,"katanya.

Menurut Dr Koh beliau telahpun memberitahu keputusan ini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya langkah ini juga bagi transformasi parti itu sebagai persiapan menghadapi PRU13.- AGENDADAILY. 17/11/2011

MASIH ADA ISU SAKA?

Menjelang PRU13 ini,nampaknya tiada isu panas yang mampu menggugat DS Najib Tun Razak melainkan ada 'peluru' terakhir digunakan oleh pembangkang untuk mengelirukan rakyat dan seterus memberi sokongan kepada mereka.

Atau ada pemimpin UMNO/BN yang tersalah langkah atau melakukan perkara yang tidak menguntungkan parti/kerajaan termasuk membabitkan perhubungan intim dengan isteri orang, salahguna kuasa, maksiat, rasuah atau kejadian yang tidak diingini.

Bagi pemerhati politik, tindakan drastik pembangkang untuk mengeluarkan beberapa isu sekarang seperti serangan terhadap DS Sharizat Jalil dengan isu NFC dan DS Shafie Afdal berhubung pemberian kontrak di Sabah bermatlamat mengusik pemimpin yang kuat tetapi perlu digoncangkan demi kepentingan politik.

Walaupun isu seperti itu sudah dijelaskan tetapi ia tetap memberi kesan kepada imej pemimpin yang diserang apatah lagi jika ada lagi kes seumpama itu berbangkit. Namun, tindakan membuat penjelasan adalah terpuji untuk membetulkan keadaan.

Pembangkang pula tidak akan duduk diam. Sudah tentu banyak lagi isu membabitkan pemimpin kuat UMNO/BN akan dipaparkan sama ada dalam blog atau media milik parti untuk 'mempersoalkan' kewibawaan pemimpin-pemimpin ini secara tidak langsung mengoncang perjalanan politik DS Najib.

Namun, ada juga yang berpendapat DS Najib perlu menyelesaikan isu panas itu segera, setiap kali ia berbangkit, untuk memastikan pembangkang tidak mempunyai peluru lagi untuk menyerang pentadbirannya selain memainkan 'rekod lama' seperti isu Teoh, rasuah dan salahlaku beberapa pemimpin BN yang kini dibicarakan.

Kawalan tertentu juga perlu ada terhadap pemimpin UMNO/BN sekarang yang mana tindakan mereka seolah-olah menyertai atau mengambil bahagian menyerang rakan parti atau kerajaan. Ini menimbulkan pelbagai masalah dan kekeliruan kepada rakyat.

Ada juga penulis blog meminta DS Najib tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan oleh Tun Abdullah Badawi ketika pemerintahannya seperti kuasa yang lebih diberikan kepada 'budak-budak tingkat 4' dan penguasaan pihak tertentu dalam GLC.

Penulis blog Kepal Nasi Kepal Beras umpamanya mengingatkan kepemimpinan UMNO terutama DS Najib mengenai perkara itu yang disifatkan 'saka Paklah' untuk dibuang bagi memastikan BN terus unggul dalam PRU13.

Masih adakah saka itu?

Wednesday, November 16, 2011

PENGIKTIRAFAN KEPADA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Pemilihan Malaysia menduduki satu kerusi dalam Jawatankuasa Warisan Dunia (WHC) dan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi WHC merupakan satu kejayaan dan pengiktirafan besar terhadap perjuangan mempertahankan warisan, kata Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata pemilihan buat julung kali selepas memperoleh undi daripada 96 negara anggota Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) itu menunjukkan masyarakat antarabangsa mula melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang serius mengusahakan isu-isu berkaitan warisan dunia dan tempatan.

"Ini satu penghargaan kepada negara kita sekaligus membawa satu tanggungjawab dan interaksi antarabangsa yang amat tinggi nilainya.

"Menerusi Unesco kita akan dapat bergaul dan mendapatkan pandangan dan bimbingan mereka bagaimana Malaysia harus lebih menonjol dalam pencapaian berkaitan dengan warisan untuk masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan dokumentari bersiri Selayang Pandang Warisan Malaysia di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri di sini pada Selasa.

Dokumentari enam siri terbitan Jabatan Warisan Negara dengan kerjasama syarikat Novista Sdn Bhd akan bersiaran di dalam dua bahasa mulai 20 Nov ini di saluran TV1 (bahasa Melayu) dan TV2 (bahasa Inggeris.)

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf, Pesuruhajaya Warisan Datuk Prof Zuraina Majid dan timbalannya Prof A. Ghafar Ahmad.

Beliau berkata dengan pemilihan itu, Malaysia akan memainkan peranan menarik perhatian WHC untuk melihat warisan Asia dalam konteks yang baru dengan menekankan supaya kajian-kajian serius yang dilaksanakan oleh pengkaji tempatan atau negara anggota yang lain sebelum ini dapat diberi penilaian baru.

Menjadikan usaha mendapatkan pengiktirafan Tapak Warisan Dunia bagi Lembah Lenggong di Perak sebagai contoh, Rais berkata Malaysia akan cuba menarik perhatian panel penilai Unesco untuk menilai potensi kawasan tersebut untuk diangkat sebagai kawasan warisan sepertimana yang telah diluluskan Kabinet pada 25 Ogos tahun lepas.

Katanya jika hasrat itu menjadi kenyataan Malaysia sekali lagi akan muncul sebagai pusat warisan dunia yang baru, yang membawa erti cukup besar buat negara khasnya daripada segi ekonomi, pelancongan dan penyelidikan.

"Insya-Allah begitu, Pulau Pinang dan Melaka sudah ada dalam tangan, Taman Negara Kinabalu (Sabah), Mulu (Sarawak) sudah ada, jadi kalau pemerhatian ini dapat kita layani dan beri justifikasi yang dikehendaki, malah sudah pun diberi, saya yakin tahun depan ada berita baik untuk Malaysia," katanya.

Penemuan rangka manusia purba 'Perak Man' di kawasan Lembah Lenggong berusia sekitar 10,000 hingga 11,000 tahun yang lampau adalah antara faktor yang akan menarik perhatian Unesco untuk menjadikan kawasan itu sebagai tapak warisan dan lokasi pelancongan dunia.

Pada 2008, Unesco mengiktiraf Melaka dan George Town di Pulau Pinang sebagai Tapak Warisan Dunia dalam kategori bandar raya.

Sebelum itu, pada 2000, ia mengisytiharkan Taman Negara Kinabalu di Sabah dan Taman Negara Mulu di Sarawak dipilih sebagai Tapak Warisan Dunia dalam kategori tapak semula jadi.

Mengenai dokumentari itu, Rais berkata ia mengandungi paparan fakta-fakta dan petunjuk menarik yang akan membuatkan setiap penonton memahami erti sebenar sesuatu warisan.

"Jadi ini adalah penting dan kita rasakan telah sampai masanya buat Jabatan Warisan menerajui program seumpama ini dan saya berharap apabila ditayangkan kelak masyarakat kita tertarik untuk mengikutinya," katanya.-- BERNAMA.

DS NOH OMAR JELAS ISU NFC

SELEPAS SHARIZAT, KINI SHAFIE.

KUALA LUMPUR : Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar), yang juga naib presiden UMNO kini menjadi mangsa terbaharu tohmahan pembangkang yang menuduh kononnya berlaku penyelewengan dalam pemberian kontrak projek pembangunan luar bandar di Sabah.

“Dakwaan itu mengarut dan tidak benar kerana semua projek kementerian dibuat secara tender terbuka dan dibida oleh ribuan syarikat termasuk dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung membidanya. Ia melalui pelbagai peringkat tapisan,” katanya pada sidang media di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sidang media itu diadakan selepas perhimpunan sempena sambutan ulang tahun ke-50 Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di PWTC yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Shafie berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pembangkang yang disiarkan dalam sebuah akhbar kononnya berlaku penyelewengan dalam projek pembangunan luar bandar di Sabah diberikan menerusi kementeriannya.

“Sebagai contoh, sekiranya sesuatu projek yang menelan belanja RM50 juta dan jika syarikat membida dengan harga RM20juta, cuba bayangkan, bolehkah mereka melaksanakan projek itu hanya kerana mereka pembida terendah? Adakah kami terpaksa akur dan memberikan projek itu kepada syarikat itu?

“Beritahu saya apa yang berlaku di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan? Adakah mereka begitu telus? Kerajaan Persekutuan mengamalkan sistem tender terbuka. Ini menunjukkan kami telus dan sistem ini telah lama diamalkan.

“Sebaik tender dikeluarkan, sebuah jawatankuasa akan dibentuk dan diwakili oleh kementerian kewangan, Jabatan Kerja Raya serta wakil kerajaan negeri dan laporan penilaian akan dilakukan oleh jawatankuasa teknikal.

“Saya rasa mereka (pembangkang) sedar hal ini, tetapi sengaja mempolitikkannya,” katanya lagi.- AGENDADAILY. 15/11/11.

(Renungan Rimau : Semacam dirancang pula serangan terhadap pemimpin UMNO. Mula-mula Ketua Wanita UMNO dan kini sudah beralih kepada Naib Presiden. Pastinya selepas ini giliran Datuk Hishamuddin Tun Hussein atau Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Tak habis-habis...Habis modal ke?)

ABN TIDAK TAKUT HUJAN

KUALA LUMPUR : Asia Broadcasting Network (ABN), televisyen kabel digital yang akan menawarkan 500 saluran untuk pelanggan dilancarkan malam tadi oleh Menteri KPKK, Dato Seri Utama Dr Rais Yatim.

ABN, milik Nilamas Corporation, dijangka menjadi saingan kepada ASTRO kerana pelbagai kelebihan yang dinyatakan termasuk kadar bayaran yang rendah dan tiada gangguan ketika hujan seperti yang dialami oleh pelanggan ASTRO sekarang.

Pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan ABN perlu membeli setup box untuk membolehkan siaran disalurkan menerusi kabel ke rumah mereka. Perkhidmatan seperti ini yang pernah ditawarkan oleh anak syarikat TV3 iaitu Mega TV akan menarik pelanggan jika mereka menawarkan isi kandungan menarik.

Untuk itu, CEO ABN, Sreedhar Subramaniam, berkata pihaknya bukan saja membeli program daripada pihak luar tetapi juga menerbitkannya menerusi pasukan penerbitan yang profesional. ABN juga akan mempunyai akademi untuk melatih tenaga kerjanya.

(AHLI LEMBAGA PENGARAH NILAMAS CORPORATION SDN BHD)

Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor
TS Mohd Anwar made history in April 2005 when he became the first naval chief in the Malaysian Armed Forces (MAF) to ascend to its highest military office – the Chief of Defence Force, commanding a strength of nearly 100,000.

With nearly 40 years of military experience with the Royal Malaysian Navy (RMN) and MAF, TS Anwar has acquired a massive portfolio of achievements and has been entrusted with many high-profile appointments aboard ships and ashore, including Fleet Operations Commander of the RMN Fleet in Lumut Naval Base in 1999 and Assistant Chief of Staff of the Personnel Services Division in MAF HQ in 2000.

He holds a Master of Science Degree in Engineering Business Management from the University of Warwick, United Kingdom as well.

TS Anwar has also received distinguished medals from foreign governments such as the Ordre National De La Legion D’Honneur from France and the Command of the Legion of Merit from the US.

Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim
TS Mohamad Noor, holds a Bachelor of Arts (Hons) Degree from University of Malaya. He has held various senior positions in the government sector which includes Secretary General of the Ministry of Home Affairs & Secretary General of the Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs.

Currently he sits on the board of companies such as Mitrajaya Holdings Berhad & Nasioncom Holdings Berhad. He is also the Chairman of JKP Sdn Bhd, a company wholly owned by Ministry of Finance (Incorporated).

Dato Nik Mohd Amin Nik Abu Bakar
Dato’ Nik Mohd Amin, graduated with a Bachelor of Art (Hons) degree from University of Malaya, a Master of Arts and a Doctorate of Philosophy from Century University, California. He has held various positions in the government sector.

He was the Director General of the Social Security Organisation, Secretary General of the Ministry of Science, Technology and Environment and Secretary General of the Ministry of Human Resources. He has been a member of various international organisations, which includes International Social Securities Organisation (ISSA) Geneva, National Science Committee for UNESCO and ASEAN committee on Science and Technology.)

Tuesday, November 15, 2011

PENYUMBANG EMAS NEGARA

LM Yee dan TV Tukiet
Kuartet 4X400m
Nur Suryani Mohamed Taibi
Lee Hap Wei
YK Nee dan Bryn N Lomas

Mereka mengharumkan nama negara.

KENAPA DAP TAK SUKA KEDAI 1M?

Monday, November 14, 2011

RAHSIA NILAMAS ESOK?

KUALA LUMPUR : Nilamas Corp Bhd, yang dikatakan akan menjadi saingan kepada ASTRO akan mengumumkan pasukan pengurusan dan editorialnya esok.

Laporan BK Sidhu (The Star) menyatakan bahawa NCB akan menerangkan bagaimana syarikat ini boleh 'hidup' untuk tahun-tahun mendatang sedangkan ramai tahu beberapa syarikat yang sebelum ini hilang begitu saja malah ada yang berkubur sebelum dapat berdiri. Antaranya MegaTV dan MITV.

Sidhu juga memetik laporan sumber yang menyatakan bekas CEO dan pengasas Malaysian Insider, Sreedhar Subramaniam dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah rangkaian televisyen kabel digital itu.

Syarikat itu dikatakan sudah mengambil ramai kakitangan antaranya bekas petugas NTV7, TV3 dan Bernama TV untuk bersiap sedia menyediakan perkhidmatan mulai tahun depan.

Pusat penyiaran Nilamas ialah di Puchong dan ahli lembaga pengarahnya terdiri daripada bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), TS Mohd Anwar Mohd Nor; bekas KSU, TS Mohamad Noor Rahim dan bekas KSU, Datuk Nik Mohamad Amin Nik Abu Bakar.

Sama-samalah kita tunggu pengumuman esok.

Ada laporan mengenai kelebihan dan kekurangan perkhidmatan Nilamas dalam blog sebelum ini.

Friday, November 11, 2011

ORANG INDIA SUDAH BERALIH ANGIN?

10 NOV. 2011: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyalakan pelita tanda simbolik perasmian sambutan Rumah Terbuka Deepavali di SMK Kampung Jawa, Klang. Turut hadir Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel. - Utusan/MOHD SHAHARANI SAIBI.

(Renungan Rimau : DS Najib Razak minta masyarakat India supaya 'nambiki' kepada BN bagi memastikan mereka memilih BN pada PRU13. Kerajaan telah banyak membantu masyarakat India yang memerlukan segala bentuk bantuan terutama mereka yang miskin tegar.)

Thursday, November 10, 2011

APA MOTIF SERANG SHAHRIZAT?

KUALA LUMPUR : Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata isu berkaitan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dikaitkan dengan anggota keluarganya merupakan satu agenda politik oleh pihak pembangkang.

Shahrizat berkata dakwaan pembangkang bahawa kerajaan telah berbohong mengenai jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada projek NFC melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani adalah tidak benar.

"Serangan ini merupa percubaan dari pihak pembangkang untuk melemahkan semangat saya. Saya rasa isu NFC ini telahpun dijawab dengan panjang lebar oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar," katanya.

Pembangkang bukan berminat terhadap isu NFC tetapi menggunakan isu NFC untuk menyerang dirinya selaku Ketua Wanita Umno dan Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Raja'ah:Seni, Idea dan Kreativiti Sulaiman Esa Dari 1950an-2011 di Balai Seni Visual Negara.

"Perkara pokoknya ialah Noh Omar dah jawab mengenai isu berkenaan dan saya rasa gembira kerana pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memantau kejayaaan projek itu," katanya.

"Dan daripada apa yang saya dimaklumkan, jawapan daripada beliau itu sangat jelas dan nyata," katanya.

Shahrizat berkata beliau juga gembira kerana kementerian akan pantau kejayaan projek itu.

"Mereka (pembangkang) bukan minat sangat dengan NFC. Itu memang diarahkan kepada saya, selaku ketua Wanita Umno, dan juga pengerusi Wanita BN," katanya lagi.-AGENDADAILY (9/11/2011)

(Renungan Rimau : Apakah motif pembangkang menyerang DS Shahrizat? Adakah Ketua Wanita UMNO itu begitu kukuh dan perlu digoyangkan? Adakah pemimpin wanita itu yang gigih bekerja untuk membantu DS Najib Tun Razak, perlu dimalukan demi untuk melemahkan Wanita BN khas Wanita UMNO? Jawapan ini perlu dicari kerana secara tiba-tiba Ketua Wanita itu diserang dan isu yang dimainkan ialah NFC yang ada kaitan dengan keluarganya. Adakah maklumat mengenai isu ini disebarkan oleh orang dalam?)

Tuesday, November 8, 2011

DR KIM (KBS) NEW ABU PRESIDENT

DIY, Dr Kim In-Kyu (KBS), Ono (NHK), Murtaza Solangi (Pakistan) and Dr Javad Motagghi (SG).

INDIA : The ABU's 48th General Assembly and associated meetings ended in New Delhi today with the announcement of the election of its new President.

The CEO and President of KBS-Korea Dr Kim In-Kyu was unanimously elected the union's President this evening. His term begins with immediate effect and will last until the end of 2014.

Dr Kim assumes the position after serving as ABU Vice-President since the beginning of this year. Prior to Dr Kim's election, Datuk Ibrahim Yahaya, Media and Broadcast Advisor to Malaysia's Minister of Information, Communication and Culture, was the Acting President. Datuk Ibrahim now resumes his position as ABU Vice-President until the end of 2012.

Naoji Ono, Executive Vice-President of NHK-Japan was unanimously elected ABU Vice-President to take over the position vacated by Dr Kim. His term begins with immediate effect and will last until the end of 2014.

Mr Ono joins Vice-Presidents Datuk Ibrahim and Murtaza Solangi, who is Director-General of PBC-Pakistan.

IRIB-Iran was elected to the ABU Administrative Council while MNB-Mongolia and RTPRC-China were re-elected for a three-year term.

The ABU appointed as Honorary Councillor Yoshinori Imai, who was ABU President from late 2008 to early 2011. Also appointed as Honorary Councillor was Manuel Gon├žalves, who was ABU Vice-President from 2007 to 2010.

The 48th ABU General Assembly saw a week of discussions between broadcasters from 126 organisations. The event, hosted by India's largest public broadcaster, Prasar Bharati, assembled almost 500 people from 46 countries.

The General Assembly served as a platform for members to network and share knowledge in a wide range of issues. The ABU is a unique platform for members to work together in programming, technology, sports, news, copyright and other areas.

The General Assembly concluded with a reception hosted by NHK-Japan. The two-day conference which ended today was preceded by five days of meetings of the ABU Programme Committee, Technical Committee and Sports Group, among others.

South Korea's leading broadcaster, KBS, will host the 49th ABU General Assembly in Seoul in October 2012.

Saturday, November 5, 2011

ABU MOVING FOWARD


Planning and Strategy Group Chairperson, Ms Kim Kyung-Hee presenting the report.


NEW DELHI, India : Japan's public broadcaster, NHK, has taken the lead in promoting sustainable energy following the 11 March disaster, its Executive Vice-President, Naoji Ono, said today.

Speaking during the Special Topic Session at the ABU General Assembly in New Delhi, he said the power shortages caused by the disaster had come as a shock and forced people to re-evaluate their lifestyles.

Before the earthquake and the accident at Fukushima nuclear plant, atomic energy had generated nearly 30 percent of Japan's electricity. But only 11 of Japan's 54 nuclear reactors were now in operation.

"Households, businesses, governments and the media all faced a major change. As the public broadcaster, NHK took the lead in covering this paradigm shift," Mr Ono said.

"Many Japanese lost faith in nuclear energy after 11 March. We're reflecting on the energy-hungry society we've built. NHK has covered this issue extensively."

The broadcaster's coverage had included a special, two-part prime time programme titled ‘Rebirth of Japan', as well as regular power forecasts, he said.

"The interest our viewers have in building a sustainable society is growing."

Mr Ono was one of seven speakers at the session, which looked at ‘Media Development and Media for Development'.

ACM ABU BERMULA HARI INI

(Segala persiapan untuk ACM berjalan lancar).

NEW DELHI : Kesatuan Penyiaran Asia Pasifik (ABU) akan mengadakan Mesyuarat Majlis Pentadbiran (ACM) hari ini (Sabtu) di Hotel The Lalit yang akan dipengerusikan oleh Pemangku Presiden, Datuk Ibrahim Yahaya.

Antara perkara yang akan dibincangkan ialah laporan Kumpulan Strategi dan Perancangan (PSG) dan mengesahkan segala yang dibincangkan di Perhimpunan Agung ABU di Bangkok, Thailand tahun lalu.

Setiausaha Agung ABU, Dr Javad Mottaghi, akan membentangkan laporan kewangan, persiapan mesyuarat ABU akan datang serta agenda Perhimpunan Agung ABU ke 48 selama dua hari bermula 7 November ini.

RTM diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Norhyati Ismail.

Wednesday, November 2, 2011

PM MENGADULAH PADA ALLAH...


2 NOV. 2011: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor malam tadi bertawaf sebagai memulakan ibadah umrah yang menjadi sebahagian daripada tertib haji di Baitul Al-Haram, Mekah. - Foto Ihsan Tabung Haji.

(Renungan Rimau : Ketika ramai masih percaya ada pemimpin yang difitnah dengan pelbagai tuduhan maksiat, tuhan sedang memerhati mereka yang taksub itu. Ketika ramai masih yakin bahawa pemimpin itu akan menerajui kumpulannya menjatuhkan kerajaan sekarang, tuhan maha mengetahui dan pasti memberikan petunjuk apabila tiba waktunya, tidak sesaat pun ia berubah. Apapun tiada siapa yang boleh menghalang tuhan dalam memberikan petunjuk-petunjuk itu walaupun mereka melakukan pelbagai helah termasuk pendekatan matlamat menghalalkan cara - seperti berbohong untuk menyelamatkan diri. Sesungguhnya tuhan akan memakbulkan permintaan mereka yang taksub atau terpedaya itu walaupun ia tidak baik atau untuk kepentingan diri. Namun, tuhan memberi masa untuk mereka menyesal dan bertaubat atas segala kesalahan dilakukan terutama bersikap pelbagai wajah. Ketika perintah dikeluarkan tuhan untuk menunjukkan bahawa kemungkaran itu perlu dihentikan, maka ketika itu manusia yang taksub atau tidak mahu mengakui kebenaran akan tercanggak-canggak dengan kebenaran yang ditunjukkan oleh tuhan. yakin dan percayalah bahawa satu hari itu akan datang)

TIPU LAGI DAN LAGI












Buatlah bertenang dan janganlah tipu lagi. DT setuju dengan Rocky bahawa jika perkara itu tidak benar, mestilah ada usaha memperbetulkannya. Namun, seperti DT sebut sebelum ini, PM kita orang yang lembut dan perkara yang tidak perlu diperbetulkan, dibiarkan begitu saja. Namun, jika tidak diperbetulkan pulak, orang akan percaya. Apapun baca lanjut dalam Rocky .