Thursday, May 22, 2014

PAS SOKONG MELAYU TENTANG HUDUD

Oleh Ibrahim Yahaya

KUALA LUMPUR : Sepanjang ingatan penulis dalam hampir setiap ucapan di Perhimpunan Agung UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengingatkan kepada ahli dan pemimpin parti mengenai bahayanya fahaman PAS yang mampu memecah-belahkan umat Islam di negara ini.

Ingatan yang acapkali oleh negarawan uluang itu menyebabkan ada pemimpin parti yang menyatakan 'tiada cerita lain ke' kerana sebenarnya pemikiran mereka begitu cetek dan tidak pandai melihat gambaran yang lebih besar mengenai apa yang dimainkan oleh pemimpin Pas yang mahu dikaitkan dengan Islam.

Tidak sukar untuk melihat perkara lebih besar yang ingin diutarakan oleh Tun M. Pemimpin dunia ini mahu semua ahli UMNO khasnya orang Melayu bahawa pemimpin Pas akan buat apa saja untuk memastikan hayat politik mereka berpanjangan dengan berjubahkan Islam dan perjuangan suci.

Ada pemimpin yang memahaminya akan segera turut serta dalam rentak Tun M untuk mengingatkan ahli dan pemimpin UMNO. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk rapat dengan pemimpin Pas untuk mengingatkan mereka. Tidak kurang juga yang bersabahat dengan pemimpin Pas, manalah tahu boleh masuk Pas satu hari nanti apabila parti menolak mereka.

Namun, seperti kenyataan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, malam tadi di Kampung Sungai Kerawai, Teluk Intan sempena PRK Teluk Intan memaparkan bahawa apa yang disebut-sebut oleh Tun M selama ini benar-benar terbukti. Ia membuka tembelang sebenar pemimpin Pas yang berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan hayat politik mereka kekal.

Jika dulu, pemimpin Pas akan menerima pemimpin DAP walaupun mereka menolak hudud kerana bagi Pas pemimpin DAP adalah kafir dan tidak memahami apa itu hudud walaupun mereka mengisytiharkan perang dengan menyatakan 'langkah mayat kami jika mahu melaksanakan hudud'. amat sedih sekali.

Tetapi dalam PRK Teluk Intan, calon DAP seorang Melayu terang-terang menyebut bahawa beliau akan menolak hudud jika menang dalam PRK. Maknanya sebagai ahli Parlimen baru, Dyana akan menolak cadangan Pas untuk mengemukakan hudud sepertimana yang disebut oleh sifunya, Lim Kit Siang selama ini.

Apakah Pas akan menyokong Dyana? Demi kepentingan politik, pemimpin Pas tetap menyokong calon DAP dan ini secara langsung membuka pekung Pas selama ini yang hanya bermain-main dengan cadangan melaksanakan hudud demi kepentingan politik mereka.

Tuesday, May 20, 2014

DYANA - STORYTELLING TERKINI DAP

Oleh Ibrahim Yahaya

KUALA LUMPUR : Pemilihan Dyana Sofya sebagai calon DAP di PRK Teluk Intan adalah pendekatan terbaru memperhebatkan 'storytelling' parti yang selama ini mengamalkan politik perkauman.

Pemilihan seorang Melayu sebagai calon parti apatah lagi Dyana yang masih muda dan 'bergetah' adalah usaha terbaru parti itu untuk menceritakan bahawa mereka benar-benar mahu rakyat negara ini terutama bangsa Melayu yakin dan percaya bahawa DAP adalah parti pelbagai kaum.

Mereka mahu orang Melayu percaya bahawa pemimpin DAP sebenarnya tidak pernah meminggirkan orang Melayu apatah lagi mahu menyakitkan hati mereka. DAP mahu memujuk orang Melayu memilih calon-calon mereka mulai sekarang untuk memastikan perjalanan menuju ke Putrajaya.

Parti itu yakin bahawa pendekatan politik perkauman yang diamalkan sejak dari dulu lagi berjaya menambat hati pengundi Cina sehingga ada blog yang menulis jika calon DAP adalah 'seluar dalam' Lim Guan Eng, pengundi Cina tetap memilih DAP. Malah ini yang dipaparkan pada PRU 13.

Kini, DAP beralih untuk memancing 'hati' orang Melayu yang selama ini amat membenci atau tidak percaya dengan kata-kata pemimpin DAP yang sentiasa menabur sikap untuk membenci segala institusi yang mempunyai roh Melayu itu walaupun mereka tahu ia tidak akan berjaya sepenuhnya.

Oleh itu, pendekatan storytelling bahawa parti itu baik dan sukakan orang Melayu termasuk yang terbaru memilih gadis cun melecun sebagai calon diperhebatkan. DAP mahu generasi muda percaya bahawa parti itu mengamalkan sikap terbuka untuk memilih orang muda tanpa mengira bangsa.

Cuma mereka lupa bahawa kenyataan pemimpin DAP yang selama ini mengamalkan politik perkauman dalam ucapan dan tindakan tidak akan dilupakan oleh bangsa Melayu yang kuat semangat mereka.

Hanya mereka yang lemah semangat dan terikut-ikut dengan konsep pakatoon yang ingin ditiupkan oleh Sdr Anwar Ibrahim akan menyokong DAP sedangkan majoriti orang Melayu tidak boleh lupa dengan peristiwa yang dicetuskan oleh parti perkauman pada 13 Mei dan juga yang terbaru pada PRU13.

Kehebatan storytelling itu akan terhenti apabila orang Melayu sedar bahawa DAP hanya bermain sandiwara politik tahap tertinggi untuk mengabui mata orang Melayu.

Monday, May 5, 2014

MCA KHIANAT KESATUAN BN

Oleh Ibrahim Yahaya

KUALA LUMPUR : Ikrar MCA untuk tidak mengambil jawatan dalam Kabinet jika mereka gagal memberikan yang terbaik kepada BN pada PRU13 yang lalu adalah satu pengkhianatan kepada kesatuan BN yang diwujudkan sejak dari dulu lagi.

Ikrar ini sebenarnya manifestasi bahawa mereka sudah putus asa jika gagal membawa masyarakat Cina untuk menyokong BN dan sudah tentu ia adalah satu malapetaka kepada pemerintah.

Sepatutnya, ikrar seumpama ini tidak sepatutnya diadakan apatah lagi di saat-saat BN memerlukan semua parti komponen memainkan peranan untuk membawa pengundi untuk terus menyokong BN. MCA sepatutnya berikrar untuk terus membantu BN sehingga ke tititsan darah terakhir.

Oleh itu, langkah PM untuk menawarkan semula jawatan kepada MCA ibarat memberi peluang kepada pengkhianat atau petualang mendapat tempat di persada utama selepas mereka 'lepas tangan' dengan kekalahan yang dialami oleh BN. Apatah lagi melihat sokongan UMNO semakin meningkat.

Sehubungan itu, MCA sepatutnya terus memastikan mereka bekerja keras untuk membawa pengundi Cina untuk memberi undi kepada BN pada masa akan datang terutama pada PRK Jelutong dan Teluk Intan walaupun telah gagal sekali di PRK Kajang.

Tidak payahlah heboh untuk mengambil jawatan dalam Kabinet dan tanpa segan-silu menyebut untuk menggunakan peruntukan kerajaan untuk membantu masyarakat Cina.

Jangan terus jadi pengkhianat dan petualang sebalinya bersungguh-sungguh jadi seorang yang sanggup berkorban untuk membawa masyarakat Cina mengundi BN.