Tuesday, October 21, 2014

PERTAHANKAN PEMIMPIN JUJUR

Oleh Ibrahim Yahaya (datuktiger60@yahoo.com)

KUALA LUMPUR : Kesempatan bertemu kenkawan tengah hari ini membolehkan kami berbincang mengenai perkembangan politik negara terutama membabitkan pemimpin Melayu sekarang yang terus menerus bersikap mempertahankan pemimpin yang diketahui melakukan kesalahan tertentu.

Selain itu, perbincangan juga tertumpu kepada pemimpin yang mengutarakan idea-idea yang tidak bernas, kurang dinamik, separuh masak malah boleh dipersoalkan kemampuan mereka untuk memimpin bangsa Melayu menuju ke arah kecemerlangan menjelang 2020.

Ada antaranya sering ditegur dan dikritik apabila mereka memberi pandangan atau membuka mulut. Bagi golongan ini, mereka perlu mempunyai penasihat yang baik, berani dan kreatif.

Ramai berpendapat tindakan sokongan membabi-buta ini mampu membawa parti politik Melayu ke tahap yang lebih rendah.

Malah mungkin tidak akan relevan lagi pada masa akan datang terutama di kalangan anak muda yang boleh berfikir secara kritikal dan kini berani membuat teguran terbuka.

Pemimpin Melayu sekarang terutama pemimpin muda perlu berani menegur pemimpin lama mengenai kesalahan yang dilakukan selain memberi idea untuk memperbaikinya dari semasa ke sesama dan bukannya bercakap di belakang atau menjadi jaguh kampung.

Lebih parah jika pemimpin muda ini turut menutup sebarang kelemahan yang ada dengan membuat pelbagai tuduhan bahawa pengkritik mempunyai kepentingan tertentu atau berniat jahat mahu menjatuhkan pemimpin utama negara.

Mereka perlu mempertahankan pemimpin yang jujur dan berani dalam perjuangan memartabatkan bangsa Melayu selain berani mempertahankan maruah bangsa sepanjang masa.

Pemimpin terutama yang sudah diberikan jawatan perlu banyak membaca untuk menghasilkan idea-idea yang menarik selain terus memperjuangkan perkara yang membabitkan kepentingan alif ba dan ta. Tanpa idea menarik dan bernas, bagaimana kerajaan mahu menarik golongan muda.

bersambung....


Monday, October 20, 2014

PILIHLAH PEMIMPIN BERANI BERTINDAK

Oleh Ibrahim Yahaya (datuktiger60@yahoo.com)

KUALA LUMPUR : Sejak AKJ @ Datuk A Kadir Jasin menulis mengenai YB KJ bakal jadi pemimpin nombor dua negara jika DS Najib Razak berundur sebelum PRU14 ramai yang kini berminat kepada isu peralihan kepemimpinan dalam UMNO dan juga kerajaan.

Minat itu timbul kerana isu yang disentuh itu agak luar biasa atau terlalu awal daripada biasa. Kebiasaannya isu peralihan ini tidak dibincangkan secara terbuka sebelum sampai masanya. Namun perkembangan terkini termasuklah desas-desus mengenai 'keletihan' TPM pasti merancakkan suasana termasuk penulisan Rocky @ Datuk Ahiruddin Atan..

Antara peristiwa yang menyentuh isu peralihan ini apabila  ada desas-desus mengenai 'keletihan' TS Muhyiddin Yassin untuk meneruskan jawatannya sebagai TPM dan mahu meletakkan jawatan. Sudah tentulah selepas TSMY orang bercakap mengenai 3 Naib Presiden iaitu DS Zahid Hamid, DS Hishamuddin Hussein Onn (H2O) dan DS Shafie Afdal.

Namun, AKJ telah memulakan penulisan dengan mengetengahkan nama KJ yang dianggap berjaya secara pintar menyusun langkah menuju ke kemuncak. Ini juga disokong oleh media tertentu seperti The Star yang yakin pemimpin yang dianggap 'liberal' ini akan diangkat menjadi orang utama negara.

Rocky dalam tulisan susulan juga menyebut mengenai ketidakperluan untuk meneruskan tradisi mengambil pemimpin utama dari kalangan keluarga bekas PM seperti H2O, DS Mukhriz Mahathir ataupun KJ.

Sebaliknya beliau mengemukakan beberapa nama pemimpin muda seperti Menteri Luar , DS Anifah Aman, DS Rahman Dahlan, DS Ahmad Shabery Cheek, DS Azeez Rahim dan Datuk Seri Idris Haron.

Persoalannya adakah rakyat negara ini sudah bersedia untuk menerima pemimpin yang bukan ada kaitan dengan bekas PM menjadi peneraju utama negara ini? Antaranya ialah DS Zahid Hamidi ataupun DS Shafie Afdal selain pemimpin muda yang disebutkan dalam blog Rocky.

Ini perkara yang perlu direnung bersama bagi membentuk satu aliran pemikiran yang boleh diketengahkan kepada rakyat agar memilih pemimpin yang layak tetapi di luar 'kepompong tradisi' iaitu anak atau cucu bekas PM mahupun menantu bekas PM.

bersambung.....