Monday, January 10, 2011

MARI KITA JANJI

Mari kita janji

Janji pilihan raya

kecil atau umum

semua orang akan jadi kaya

ambil duit sinun bagi orang sini

ambil duit sana bagi orang sinun

ambil duit itu bagi orang kita

ambil duit masuk poket kita

mari kita janji

asalkan menang

asalkan kita jadi pm

asalkan kita kita dapat putrajaya

eh..terlupa

rakyat bagaimana?

menang nanti

kita janji lagilah

boleh?

2 comments:

Anonymous said...

janji Allah pasti tiba
jangan cinta dunia
dunia seperti bangkai
ikut suruhan Allah
cara tunjuk nabi

Bulat said...

Tuan,
Saya rasa tuan agak dekat dengan kerajaan.
Sebab itulah saya selalu mengadu kepada tuan tentang kerajaan yang saya sayangi.

1. Kenapa PM kita tak sedar adanya musuh dalam selimut atau duri dalam daging dalam kabinetnya. Sudah terang lagi bersuluh- rakyat rasa tiada usaha untuk kelihatan bersih dan lebih cekap.

2. Kenapa PM kita selalu mengelak dan beralasan bila diajak menyambung semula kerja2 pembinaan Jambatan Bengkok.- Kita memerlukan kemenangan moral yang berimpak besar sama macam kemenangan team bola kita di Piala AFF.

3. Kenapa PM kita membiarkan rakyat berbilang bangsa bergaduh sesama sendiri tanpa ada tindakan tegas. Raja dicemuh dibiarkan. Sejarah dinafikan dibiarkan juga. Melayu diasak dan dihina dibiarkan juga.
Kaum yang asalnya diimport berlagak tuan diangkat wira.


Apakah kabar gembira yang kerajaan berikan kepada rakyat? Hanya keyakinan yang retorik.
Apa yang tinggal nostalgia kehebatan pemimpin2 lama yang berakhir dengan Tun Mahathir.
Selepas zaman tu, dah tiada apa yang indah.