Saturday, November 17, 2012

SUNGAI SIPUT MILIK BN SEMULA?

Oleh Ibrahim Yahaya

SUNGAI SIPUT (Perak) : Melihat jumlah yang datang pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Deepavali di sini yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ramai pemerhati politik berpendapat bahawa kawasan Parlimen itu akan kembali ke tangan Barisan Nasional (BN).

Apabila Datuk Seri Najib meminta orang ramai menyokong BN di Parlimen itu,  hampir 40,000 orang yang hadir  menjerit menyatakan sokongan mereka. Bagi Perdana Menteri, ia satu petanda baik untuk BN merampas semula kawasan itu selepas calon BN, Datuk Seri S Samy Vellu kecundang pada PRU12.

DS Najib menyatakan masyarakat India khasnya dan pengundi lain khususnya seharusnya memilih calon BN kerana kawasan itu melahirkan ramai pemimpin India terutama Tun VT Sambathan dan DS Samy Vellu. Mereka banyak membantu membangunkan kawasan Parlimen itu dan membantu masyarakat India.

Oleh itu, sudah sampai masanya untuk masyarakat di Sungai Siput 'memperbetulkan' kesilapan mereka memilih calon pembangkang yang bukan saja tidak dapat membantu pengundi setempat tetapi juga tidak menunaikan banyak janji sejak PRU12 yang lalu.


No comments: