Wednesday, July 27, 2011

MPM BUKAN PENGAWAL MEDIA

Oleh Ibrahim Yahaya

Sebagai penasihat media YB Menteri KPKK, penulis dijemput untuk menghadiri pertemuan untuk berbincang mengenai penubuhan Majlis Perundingan Media(MPM) di KOMSAS, Isnin lalu. Pertemuan itu adalah rentetan perjumpaan antara pegawai kanan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan(KPKK) dan wakil-wakil media yang bertujuan memikirkan kaedah terbaik mewujudkan forum merapatkan silaturahim antara media dan kerajaan.

Dalam pertemuan sebelum ini yang turut disertai oleh Institut Akhbar Malaysia (IAM), ia berjalan dengan baik di mana setiap pihak memberi pandangan dan cadangan untuk mewujudkan forum antara industri dan kerajaan. Oleh itu, KPKK diminta untuk menyediakan kertas cadangan penubuhan MPM yang antara lain menggariskan peranan, objektif, fungsi, keahlian, aktiviti, struktur organisasi dan urusetia.

Pertemuan Isnin lalu sepatutnya dihadiri oleh kapten-kapten media tetapi ia tidak begitu kerana selain Berita Harian dan Bernama, media lain diwakili oleh pegawai pertengahan atau pengarang. Ini mungkin tidak menggambarkan perwakilan peringkat tertinggi media dengan KPKK. Ketiadaan kapten-kapten media tidak boleh dijawab oleh orang lain kecuali mereka sendirilah yang mengetahui apa sebab tidak hadir dalam majlis yang lebih memberi tumpuan kepada industri media.

Pemerhatian penulis dalam pertemuan Isnin lalau ialah semacam ada satu pemikiran untuk menidakkan keperluan mewujudkan MPM sebelum mesyuarat bermula. Ini satu keadaan yang kurang sihat jika melihat cadangan penubuhan itu bersandarkan saranan PM ketika berucap di Majlis Hadiah Kewartawanan 2010 yang mahu satu usaha untuk memastikan media menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab terutama dalam membina negara bangsa. Ini penting bagi memastikan bahawa setiap wartawan memahami tugasan mereka dan tidak terikut-ikut dengan rentak sesetengah pihak yang menggunakan media untuk menjatuhkan orang tertentu kerana tidak mengikut telunjuk mereka. Ada juga wartawan yang menggunakan penulisan mereka untuk menyebarkan fitnah dan pembohongan.

Hasrat untuk menubuhkan Majlis Media Malaysia(MMM)bukan baru dan diadakan sejak tahun 1970an lagi tetapi ia tidak diwujudkan oleh industri media sendiri. Walaupun pelbagai usaha diadakan termasuk kertas kerja oleh IAM atau MPI, ia tidak muncul dan inisiatif untuk mewujudkan MPM adalah langkah pertama ke arah penubuhan MMM. Ini sebenarnya yang dihasratkan oleh KPKK agar idea penubuhan MMM itu tidak berkubur begitu saja demi untuk memastikan industri media ini berjalan dengan baik. Bukan untuk mengawal media tetapi lebih kepada mewujudkan forum bagi membincangkan segala keperluan media yang ada kaitan dengan kerajaan.

Jika diteliti kepada pengenalan kertas cadangan MPM, kita dapat melihat ia bukan alat kawalan kerajaan tetapi sebagai satu mekanisme kerjasama. Bagi memastikan hubungan antara kerajaan dengan pihak media, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan media dan pengamal media, penubuhan MPM dicadangkan. Empat perkara yang dititikberatkan ialah i) kerjasama harmoni terus terjalin; ii) mengukuhkan pengamalan etika kewartawanan dan tanggungjawab sosial; iii) pemupukan semangat kenegaraan dan, iv) menjamin kebebasan media berdasarkan perundangan negara.

Walaupun kertas cadangan penubuhan itu sudah diberikan kepada wakil media seminggu lebih awal, entah mengapa pemikiran bahawa MPM itu satu alat kawalan kerajaan dihamburkan oleh beberapa pengarang media yang hadir. Bagi mereka penubuhan MPM ini akan memburukkan imej media arus perdana dan menyebabkan jumlah pembelian akan terus berkurang. Memburukkan imej kerana MPM akan dianggap mengawal media sedangkan mereka tahu objektif penubuhan MPM ialah untuk bekerjasama dan tidak lebih daripada itu. KSU KPKK, Dato Seri Kamaruddin Siaraf yang mempengerusikan pertemuan itu beberapa kali menyatakan MPM bukan alat kawalan tetapi mekanisme kerjasama tetapi pemimpin media yang hadir seolah-olah sudah menutup hati mereka mengenai perkara itu.

Sebenarnya banyak lagi kebaikan yang dimasukkan dalam penubuhan MPM tetapi oleh kerana pemikiran mereka yang hadir sudah sedemikian rupa, maka pelbagai alasan diberikan agar ia tidak diwujudkan. Maka itu, tidak gunalah untuk membincangkan lebih lanjut mengenai penubuhan MPM jika pemimpin media sendiri mempunyai perspektif berbeza dan menutup pemikiran mereka untuk tidak mahu dengan penubuhan MPM.

Monday, July 25, 2011

KIT SIANG BALIK CHINA?


Betul ke Kit Siang masih ramai saudara mara di China? Dan masih menjalinkan hubungan rapat terutama mengenai ideologi politiknya?

Baca blog BadutRakyat untuk mengetahui segala-galanya.

Sunday, July 24, 2011

SEMUA KENA KERJA KERAS

Kerja

Kerja Keras

Semua kena kerja

Kerja keras

Kerja keras keras

Semua kena kerja keras


Pemimpin Malaysia (PM) kerja

PM kerja keras

Semua orang PM kena kerja

Kerja keras

Kerja jangan keras keras

Rakyat tak suka keras keras

Apatah keras kepala

Rakyat suka orang PM kerja


PM kerja keras

Orang ada kaitan PM kena kerja

Jangan keras keras

Rakyat seperti aku tidak suka keras keras

Juga kena penggeras.

Thursday, July 21, 2011

DAP SEMAKIN RIAK

dap kini semakin riak. Inilah kenyataan yang ingin dipaparkan oleh seorang blogawan yang melihat fenomena ini lebih bersikap kurang ajar terutama komen membabitkan anjing dan PRU13.

Dalam blognya, blogawan MIM menyatakan bahawa kenyataan itu jika benar, menunjukkan bahawa dap semakin riak dan takbur.

Apakan tidaknya, kerana dap sudah mula memimpin parti pembangkang terutama apa yang berlaku di Kedah baru-baru ini membabitkan larangan tempat hiburan di bulan puasa di mana pemimpin PAS boleh pusing 360 darjah. Alahai.

Baca blog MIM yang memaparkan betap riaknya parti DAP.

Bagi blogawan RBF komen itu memaparkan parti chauvinist itu yakin menang dalam PRU13.

Tuesday, July 19, 2011

BLOGAWAN KENA BAYAR RM400 K

KUALA LUMPUR 19 Julai - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintah supaya blogger Amizudin Ahmat membayar RM300,000 kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim kerana bertanggungjawab menerbitkan perkataan fitnah terhadap menteri itu.

Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof juga memerintahkan Amizudin membayar RM100,000 sebagai kos mahkamah. - Utusan.

Baca juga AGENDADAILY yang menerangkan blogawan PKR kantoi.

DS NAJIB JUMPA POPE

RTM SEDIA SIAR

Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedia menyiarkan rakaman polis mengenai keganasan yang dilakukan oleh peserta perhimpunan haram pada 9 Julai lepas, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Menurutnya polis tidak seharusnya menyimpan rakaman video yang memaparkan kekasaran yang dilakukan oleh peserta perhimpunan haram itu terlalu lama sehingga menjadi satu "elemen kontra" kepada pasukan itu.

"Pandangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya polis mendedahkan rakaman video mereka mengenai salah laku peserta perhimpunan haram itu perlu disambut baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perkampungan Budaya Orang Asli Kaum Mah Meri Pulau Carey dekat sini Isnin.

Dr Rais berkata Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sanggup menyiarkan rakaman video itu demi kesahihan dan keadilan.

Beliau juga berkata polis tidak semestinya "sentiasa senyum dan gosok belakang orang."

"Kalau polis sudah begitu, orang awam tidak gentar. Kita tidak mahu polis terlalu senyum atau terlalu lembut sampai orang kata bagaimana nak mempertahankan negara," katanya.-18/7/2011 (AgendaDaily).

KEAMANAN JADI KEUTAMAAN

Oleh Ibrahim Yahaya

Dalam politik tiada istilah terancam jika ahli politik mengamalkan secara profesional. Ini bermakna setiap ahli politik sudah bersedia untuk kalah dalam pertandingan parti atau pilihan raya. Bagi ahli politik tulen, mereka pastinya sentiasa berjuang sehingga menang. Jika kalah sekalipun, akan bersiap siaga untuk menghadapi pertandingan yang akan datang.

Oleh itu, istilah bahawa BN terancam dengan kegiatan Bersih baru-baru ini bukanlah satu pemerhatian yang bijak. Pemerhatian bersikap emosi atau meluahkan dendam nampaknya. Perlu difahami bahawa BN lebih gementar menghadapi Bersih kerana ia mampu meranapkan nama baik mereka sebagai pemerintah daripada terancam dengan tindakan pembangkang untuk menganjurkan perhimpunan haram.

Bagi yang tidak pernah menjadi kerajaan, sudah tentulah mudah untuk mengadakan sesuatu untuk menaikkan semangat rakyat bagi menentang kerajaan. Sebut saja apa saja keburukan kerajaan, mereka yang pernah menjadi 'mangsa' atau menghadapi masalah mengenai isu tertentu akan segera menyebelahi penganjur. Ketika itu, apa yang disuruh oleh penganjur akan dituruti seperti menarik kerbau yang dicucuk hidung. Jika penganjur minta memakai t-shirt kuning, maka pengikut setia ini akan memakai t-shirt kuning. Ketika berhimpun, jika ada pihak yang berteriak, 'reformasi', semua akan ikut berteriak 'reformasi'. Begitu juga 'takbir', yang memperlihatkan ramai orang Islam yang menyebut, 'Allahu Akhbar' dengan penuh semangat.

Tidak hairanlah jika ada yang berteriak, 'gempur' maka ratusan atau ribuan yang menghadiri perhimpunan itu akan segera menerpa dan menerjah kepada kumpulan yang dituju. Dalam perhimpunan ini, sudah tentulah pihak polis yang sentiasa menanti beberapa hari untuk memastikan perhimpunan haram tidak dilaksanakan.

Bagi polis, langkah yang terbaik untuk menggelakkan kejadian 'gempur' ini ialah memancutkan air bagi menyuraikan orang ramai. Jika mereka berdegil, polis tiada pilihan terpaksa menggunakan gas pemedih mata yang bertujuan untuk menyuraikan perhimpunan. Sudah tentu bukan bertujuan untuk menyakitkan orang ramai apatah lagi untuk membunuh mereka. Yang hairannya, ada yang mahu menjadi 'hulubalang' yang tidak berganjak apabila gas pemedih mata dilontar kepada mereka. Ketika itu, polis terpaksa bertindak keras sedikit untuk menyuraikan mereka kerana bimbang jika gas itu masih berada di kalangan mereka, sudah tentu ia boleh menimbulkan kejadian yang tidak diingini. Kedegilan sesetengah pihak membuat polis bertindak, adakalanya dilihat seperti kasar seperti menendang gas pemedih mata yang berada berdekatan dengan orang ramai itu. Kedegilan sesetengah pihak itu juga menyebabkan polis terpaksa bertindak lebih sedikit untuk menyuraikan mereka.

Kejadian menentang polis dan provokasi boleh menimbulkan masalah seperti yang berlaku di Greece menyebabkan ramai yang terbunuh. Daripada satu perhimpunan aman bertugas menjadi ganas apabila peserta perhimpunan bertindak ganas terhadap polis. Ini yang ditakuti oleh BN kerana sudah tentulah nyawa lebih penting daripada segala-galanya. Jika ramai yang terbunuh atau cedera parah, ketika itu sudah tentulah tidak berguna untuk memberi amaran atau bertindak. Oleh itu, eloklah cegah sebelum terkena. Eloklah mengambil segala usaha untuk membanteras kejadian itu berlaku daripada membiarkan ia berlaku dan mendatangkan mudarat kepada negara.

Bagi BN, mereka bukan tidak pernah kalah. Malah dalam PRU 2008, ketika pembangkang sibuk menyatakan SPR tidak betul, mereka memenangi lima negeri. Apabila disebut perkara ini, ada pula pemimpin pembangkang berkata mereka boleh mendapat lebih banyak kerusi lagi. Ini satu provokasi yang tidak masuk akal kerana mereka perlu lihat dan menganalisis keputusan PRU 2008 sebelum membuat andaian bodoh. Jika SPR tidak betul, adalah mustahil bagi PAS untuk memerintah Kelantan lebih 20 tahun. Negeri jiran juga pernah jatuh ke tangan PAS dengan DS Hadi Awang menjadi Menteri Besar sebelum bertukar balik kepada BN selepas DS Idris Jusoh melancarkan 'Gelombang Biru' untuk menjelaskan perbezaan pentadbiran BN dan PAS.

Oleh itu, berpolitiklah secara 'gentleman' dan bukannya membuat provokasi setiap masa apabila merasakan diri mereka akan kalah. Seperti yang disebut oleh DS Ahmad Shabery Cheek baru-baru ini, apa yang dilakukan oleh pembangkang dan NGO mengenai Bersih ini adalah langkah 'pre-emptive' untuk menyalahkan orang lain jika mereka kalah nanti. Jika keputusan PRU13 menunjukkan mereka kalah, mudahkan mereka berkata, "bukankah kita sudah kata SPR tidak betul, maka ini sebabnya kita kalah," daripada mengaku bahawa rakyat kini sudah tahu tembelang mereka.

Monday, July 18, 2011

AL-FATIHAH

Ahli Parlimen PAS kawasan Titiwangsa ,Kuala Lumpur, Dr Lo Lo Mohd Ghazali meninggal dunia di Hospital Selayang jam 10.13 malam Ahad. Ia disahkan oleh keluarga Allahyarham sendiri.

Dr Lo Lo,53 yang merupakan Ahli Parlimen penggal pertama kawasan itu mengidap kanser. 

Kematian Allahyarham ini tidak menyebabkan adanya pilihanraya kecil kawasan Parlimen itu. Ini kerana ia dalam tempoh dua tahun menjelang habis penggal Parlimen kali ini.-17/7/2011 (AgendaDaily).
 

Sunday, July 17, 2011

RAMAI SOKONG NAJIB

Oleh Helme Hanafi (AgendaDaily)

INI 'game' kalau hendak lawan angka, siapa ramai penyokong di laman sosial facebook. Bukan apa, sebab sekarang ini puak-puak pembangkang dok spin sakan kononnya mereka berjaya kumpul lebih 100,000 orang yang tuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak letak jawatan.

Al-kisahnya bila entah siapa buka akaun atas nama NGO untuk buat halaman 100,000 orang tuntut Najib Razak Letak jawatan ekoran demo Bersih.

Riuhlah puak-puak pembangkang kononnya halaman tersebut dapat sambutan, dan media-media pro mereka pun turut pukul canang.

Sayang sikit puak tu tak berani pula nak buat facebook test market video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini yang kata ramai orang patut 'dibersihkan' dulu oleh puak ini.

Seronoknya orang yang moralnya sangat diragui dengan bukti video yang tulen itu pun turut sama mengenakan t-shirt kuning.

Dengar cerita beruyun-duyun orang yang geli geleman tengok aksi lelaki dalam video panas tu.

Dah tu dalam menghebohkan angka mereka, tidak pula berani sebut di akaun facebook rasmi Najib, ada 787,000 ribu orang yang tekan butang 'like' yang boleh diterjemahkan sebagai 'endorse' kepimpinan Perdana Menteri itu.

"Mereka (pembangkang) hanya mahu tonjolkan yang buruk mengenai kepimpinan Najib dan menafikan atau sembunyikan maklumat mengenai yang baik.

Laman facebook yang sama mengenai Anwar hanya ada 320,600 sahaja, tidak sampai separuh daripada penyokong Najib di facebook," kata Timbalan Pengerusi Unit Media Baru Pemuda UMNO Mohd Razlan Mohd Rafii.

Menurut beliau, kalau hendak banding angka, bekas Perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, satu-satunya pemimpin politik di Malaysia yang orang tekan butang 'like' lebih 1.3 juta.

"Ada 1,341,258 yang sokong Dr Mahathir di facebook, dan antara komen mereka adalah menyokong penuh ketegasan Dr Mahathir ketika menjadi PM dalam bab pemecatan Anwar dan isu-isu berkaitan,"kata beliau.

Beliau pelik tengok matematik yang digunakan oleh pembangkang dalam bab angka di facebook ini.

"Jumlah lebih 787,000  yang sokong PM itu sebelum kita kempen, Unit Media baru boleh buat kempen besar-besaran, bukan susah. Tapi apa makna sokongan di facebook?

"Ini hanya semata-mata hendak bentuk persepsi sahaja, bagi kami yang lebih penting adalah sokongan dalam pilihan raya,"kata beliau ketika dihubungi Agendadaily.

Mengulas isu yang sama, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beliau juga boleh membuka akaun di laman sosial Facebook bagi mengumpul berjuta-juta penyokong untuk mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, dakwaan pihak-pihak tertentu yang kononnya berjaya mengumpul 100,000 penyokong di laman sosial Facebook bagi menuntut Perdana Menteri berundur bukanlah memberi gambaran sebenar majoriti rakyat negara ini.

"Saya juga boleh buat tindakan yang sama dengan mengumpul lebih tiga juta penyokong meminta supaya Perdana Menteri jangan letak jawatan..," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pihak tertentu yang kononnya berjaya mengumpul beratus ribu suara rakyat yang mendesak Perdana Menteri berundur di laman sosial berkenaan pada Sabtu lepas iaitu pada hari perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur.

Menurutnya, kewujudan laman sosial itu boleh dipertikai dari segi kesahihan jumlah sebenar rakyat yang didakwa meminta Perdana Menteri supaya berundur.

Menurut beliau, tuntutan yang dibuat melalui laman sosial Facebook dan perhimpunan haram jalanan bukan cara sebenar untuk menjatuhkan kerajaan.

"Pembangkang sebenarnya mempunyai banyak masa untuk berkempen dan boleh dikatakan setiap hari mereka berkempen untuk menjatuhkan kerajaan melalui pembohongan, menyebar fitnah dan mengeksploitasi isu yang ada untuk memburukkan kerajaan.

"Antaranya ialah mereka mengeksploitasi gambar polis membuat latihan bagi menyurai dan menghadapi perhimpunan haram Bersih dengan menyebar fitnah gambar tersebut kononnya polis bertindak kejam terhadap mereka yang menyertai perhimpunan tersebut," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Barisan Nasional Pahang mahu semua pemimpin parti komponen turun padang bagi menjelaskan segala tohmahan dan fitnah yang disebarkan pihak pembangkang.

"Rakyat dan semua pihak di peringkat akar umbi perlu diberikan penerangan yang jelas agar mereka memahami peranan serta tanggungjawab kerajaan Barisan Nasional," katanya.

SUDAH HILANG MODAL

Oleh Jebat Berkokok

Lu orang jangan terpengaruh dengan cerita yang tak munasabah pasal cincin yang berharga berjuta ringgit yang kononnya isteri Perdana Menteri beli dari luar negara.

Lu gila ke bhai beli cincin harga berjuta ringgit nak hantar melalui courier? Lu ingat beli spender yang harga 3 helai 10 ringgit ke nak hantar dengan courier. Kalau cincin tu hilang tengah jalan sapa nak jawab? Lu orang nak jawab atau Pak Maun nak jawab?

Agak-agak lu orang berat sangat ke cincin tu sampai nak kena hantar dengan courier? Tak boleh ke kalau isteri Perdana Menteri beli dan terus pakai cincin tu. Apsal sampai nak kena hantar cincin tu dengan courier? Bukan dia nak kena naik bas atau kereta ke luar negara tu..laki dia ada jet peribadi dan tak ada sebab kenapa cincin tu mesti dihantar dengan courier. Kalau nak kencing pun agak-agaklah bhai.

Sebenarnya gua tak minat dengan cerita karut marut ni..Lagipun gua dah biasa dengar fitnah puak-puak sebelah sana tu. Ada gua heran? Gua lebih minat dengan cerita jam Omega yang dikatakan ada tapi sampai hari ni bayang pun tak nampak.

Kalau lu rasa gua akan teruja dengan cerita cincin ni lu silap banyak..Gua tetap mau tengok itu Omega..Lain cerita gua tak minat. Selagi gua tak nampak itu Omega apa barang lu cerita pun gua tetap tak percaya. Rakyat PAS tolonglah tunjukkan gua macam mana rupa Omega tu?

Cerita orang mati pun lu orang boleh buat takkan setakat Omega lu tak boleh nak cari..Dekat Petaling Street pun banyak bhai..lu beli satu lepas tu tunjuk sama gua..itupun kalau gua nak percaya.

Tak payah nak ubah minda orang Malaysia dengan buat cerita cincin ni..Rakyat Malaysia tetap mahu tengok itu Omega. Cerita karut marut macam ni lu orang cerita sama rakyat PAS. Dia orang memang akan sokong yang karut marut. Banyak sangat tengok wayang kulit bhai itu pasal lah..

Blogger MIM ada buat research..Lu orang boleh baca dekat sana..Research pasal cincin le bukan pasal Omega. Itu Omega Kak Wan sorang je tahu..kah kah kah...'Ada...ada..errr..ada dalam simpanan saya' Pehal lu gagap Kak Wan..?

Baca Apanama .

Wednesday, July 13, 2011

PENIPUAN TAHAP GABAN

Al-Fatihah kepada roh Allahyarham Baharuddin.
Ini pula bukan gambar Allahyarham Baharuddin tetapi gambar Suradi yang pengsan dan bertenaga semula.

Takbirrr...orang hidup didakwa mati untuk bangkitkan kebencian pada polis dan kerajaan. Inilah penipuan untuk menghasut rakyat membenci polis dan kerajaan.

Oleh Agenda Daily

Macam-macam cara yang dibuat untuk menabur fitnah dan mengambarkan polis serta kerajaan zalim, yang terbaru adalah berkenaan dengan penyebaran video seorang peserta Bersih yang kononnya mati dalam keadaan bergari.

Cuma kali ini, kita boleh kata kurang ajar dan biadap, siapa yang 'cipta' video pembohongan itu, kerana tidak menghormati keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad yang kebetulan juga meninggal dunia pada hari yang sama.

Blog-blog pembangkang menjadikan video 28 saat dengan memaparkan seorang lelaki berjaket biru, (baju kuning) mengelupur sambil mengucap dua kalimat shahadah dan mengatakan lelaki tersebut adalah Baharuddin Ahmad, lelaki yang mati kerana sakit jantung ketika demo Bersih berdekatan KLCC 9 Julai lalu.

Gambar lelaki berkenaan disiarkan meluas, terutama gambar ketika beliau bersolat dan memimpin bacaan doa. Ada blog yang terang-terang tulis "gambar Allahyarham Baharuddin Ahmad yang meninggal ketika demo Bersih".

Gambar, video tersebut disebar meluas melalui blog serta facebook pembangkang. Ramai yang tengah menitik air mata bila mengenang tangan lelaki tersebut 'bergari' ketika mengucap dua kalimah shahadah, sebelum 'mati'.

Ramai yang maki hamun polis dan kerajaan berhubung video dan gambar ini. Dan sudah tentu ia disebarkan meluas hingga orang asing pun sangka memang zalim betul kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun, trik pembangkang tidak bertahan lama, hanya selepas dua hari, pembohongan paling busuk dalam sejarah itu terbongkar.

Lelaki berjaket biru itu bukan individu yang sama (peserta demo Bersih) yang meninggal dunia. Bahkan semua aksi-aksi lelaki berjaket biru itu hanyalah 'lakonan' semata-mata.

Cuma yang peliknya, bagaimana 'lakonan' tersebut berjaya dirakam sedramatik itu, jika bukan dirancang terlebih dahulu.

Blog pertama yang mendedahkan video pembohongan tersebut adalah www.papagomo.com.

Menurut beliau, video itu merupakan "KONSPIRASI TERANCANG untuk menghasut Rakyat Malaysia," (video boleh dilihat di blog www.papagomo.com)

Katanya, lelaki berjaket biru itu adalah Suhardi Mohd.

"Konspirasi ini dilakukan demi meraih simpati rakyat tidak kira sama ada demo yang berjalan pada 9 Julai lalu berjaya ataupun tidak namun mereka inginkan Lakonan Kematian berlaku walau apa cara sekalipun," tulis papagomo.

Menjelaskan lebih lanjut, kata blogger tersohor yang sebelum ini mendedahkan video seks Anwar Ibrahim itu, Suhardi Mohd mencetuskan beberapa kekecohan sehingga mencabar polis menangkap beliau.

"Dan akhirnya polis yang berang telah mengejar dan menangkap beliau dan waktu itulah adengan lakonan mati bermula.

"Beliau Suhardi Mohd bertindak pengsan agar di lihat oleh semua yang ada di situ beliau telah mati. Pihak Polis kemudiannya membawa Suhardi Mohd ke Hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut memandangkan Suhardi Mohd masih lagi tidak sedarkan diri.

Menurutnya lagi, sejurus sampai di Hospital, Suhardi telah bangkit dari lakonan pengsannya dan bertindak cuba keluar dari Hospital namun telah di tahan oleh pihak Hospital dan Polis. Dan waktu inilah segala-galanya terbongkar.

"Suhardi Mohd sebenarnya telah diarahkan bersembunyi oleh kepimpinan pakatan pembangkang bagi memberi peluang kepada media mereka memainkan isu kematian yang kebetulan pada 9 Julai lalu seorang lelaki benar benar telah meninggal dunia disekitar KLCC," dakwa papagomo.

Katanya, media pembangkang sejak pada petang Sabtu menyasarkan video dan gambar-gambar yang menunjukkan seolah olah Suhardi sewaktu Demo Bersih.

"Video gambar yang dikeluarkan memberikan kesan simpati kepada para penyokong Pakatan Pembangkang dan ianya juga berjaya menghasut rakyat Malaysia. Sentimen sebegini memang menyentuh perasaan setiap insan yang menyaksikannya,"katanya.

Senang cerita, Baharuddin Ahmad yang meninggal kerana serangan jantung itu tidak ada kena mengena dengan mamat jaket biru yang berlakon ini.

Dan hanya beberapa jam selepas papagomo mendedahkan cerita tersebut maka bertubi-tubi pemimpin dan blog pembangkang membuat penafian bahawa individu berjaket biru itu adalah Allahyarham Baharuddin Ahmad.

Antaranya Sivarasa Rasiah, yang tweet kata, "Yang dalam gambar dengan saya bukan arwah Baharuddin, namanya Suhardi Mohd dari Sepang. Dia ditangkap, digari, pengsan tetapi tidak meninggal," tulis Ahli Parlimen Subang itu lima jam selepas pendedahan papagomo.

Tapi soalnya, 'damage has been done'. Bukan semua orang baca tweet Sivarasa dan ralat blog pembangkang. Sedangkan video tersebut tersebar begitu cepat dan begitu jauh. Satu dunia boleh tengok.

Soalnya kini, siapa rakam dan siapa yang keluarkan perlu disiasat sedalam-dalamnya dan didakwa kerana memfitnah dan menghasut orang ramai.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengingatkan pihak tertentu agar menghentikan perbuatan menghasut rakyat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), twitter dan facebook untuk membalas dendam selepas kegagalan perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur.

Beliau dilaporkan berkata perbuatan itu amat berbahaya sekaligus boleh menimbulkan kekacauan dan harus dihentikan segera.
"Kita minta rakyat supaya fikir dengan baik dan bersama-sama memelihara keamanan negara. Tugas dan tanggungjawab itu bukan di bahu pihak polis sahaja," katanya.

Mereka yang ditahan dalam perhimpunan tersebut katanya terdiri daripada 1,000 orang awam, pemimpin pembangkang dan 91 individu yang dilarang memasuki ibu kota tersebut, kata Ismail.

Antara yang ditahan ialah penganjur Bersih Datuk S. Ambiga, pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta timbalannya Mohamad Sabu.

Mengenai dakwaan polis menggunakan kekerasan ketika menangani perhimpunan itu Ismail berkata, pihaknya bertindak mengikut situasi dan gas pemedih mata dilepaskan polis selepas penyokong BERSIH cuba merempuh sekatan.

Sementara itu, Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Zulkifli Mohamed berkata, adalah menjadi amalan polis untuk menjaga kebajikan tahanan dengan layanan yang profesional sehingga mereka dibebaskan.

"Kami tidak mahu negara lain memandang rendah terhadap Malaysia, malah ini sudah mejadi adat kita untuk menjaga kebajikan tahanan sehingga mereka dibebaskan," katanya

Zulkifli berkata pihak polis juga tidak ingin memberi ruang kepada pihak-pihak tertentu untuk memanipulasikan keadaan dengan mendakwa polis tidak menjaga kebajikan tahanan dan sebagainya.

"Kita juga mendapat maklum balas positif daripada tahanan tersebut...semuanya berterima kasih kerana dijaga rapi dan layanan baik yang diberikan.

"Mereka seronok...malah nampak macam kenduri kahwin di Pulapol semalam," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa kanak-kanak yang mengikut ibu bapa mereka juga turut diberi perhatian yang serius dan diberi ruang yang selesa untuk mereka bergerak.

"Kesian mereka ikut ibu bapa dan kena tahan...tak kan kita nak tinggalkan mereka bersendirian dan tahan ibu bapa sahaja," katanya.

Tambahnya kemudahan untuk bersolat, rawatan dan makanan kepada tahanan disediakan oleh pihak Pulapol sendiri.

Antara makanan yang disediakan oleh Pulapol adalah nasi minyak, nasi briyani, bihun, mee goreng dan minuman.

Daripada 1,697 orang terdiri daripada 1,527 lelaki, 154 wanita dan 16 kanak-kanak yang ditahan, sebahagian besar dibawa ke Pulapol, manakala bakinya dibawa ke Balai Polis Jinjang dan juga Maktab Polis Cheras untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan. - AGENDADAILY.

(Renungan Rimau : Ejen kenit memberitahu DT bahawa ada gambar seorang wanita tua disiram air ketika berdemonstrasi disebarkan di seluruh dunia untuk menunjukkan kekejaman polis.)

PENYANGAK PERLU DITENTANG

Oleh Ibrahim Yahaya

Jika kita mempunyai alat untuk mendapatkan maklumat daripada setiap rakyat Malaysia mengenai tindakan penyangak dan pengacau yang mahu memburuk-burukkan nama Malaysia, pasti mereka menjawab 'tangkap mereka'. Apakan tidaknya kerana tindakan penyangak itu sebenarnya menuju ke arah usaha menghancurkan negara. Memusnahkan apa yang ada.

Sebutlah atas alasan apa sekalipun, tindakan memburuk-burukkan kerajaan dan negara bukanlah satu langkah positif tetapi memudaratkan. Hairannya, mereka yang melakukannya adalah golongan berpendidikan tinggi dan waras. Tetapi masih mahu melakukanya demi untuk mencapai cita-cita peribadi yang sempit dan memualkan.

Mereka ini, yang kebanyakan 'binatang politik' mahu segera mahu menjadi peneraju negara ini dan sanggup menghalalkan cara demi untuk mencapai matlamat. Maka bermula lolongan yang mengatakan apa yang dibuat oleh kerajaan tidak adil. Sedangkan mereka percaya dan yakin untuk sama-sama bersaing pada pilihan raya kecil dan PRU.

Setelah menang, bersorak riang dan ketika persidangan di DUN dan Parlimen, mereka berlagak sebagai jaguh dengan terus menyalak dan melolong seolah-olah pakar dalam semua bidang. Semuanya tidak betul. Bagi mereka orang lain semua salah dan berani membuat sesuatu yang memualkan menyebabkan ramai melihatnya perlu 'ditangkap dan disumbat ke dalam penjara'. Apakan tidaknya, golongan ini mengganggu pemikiran majoriti senyap.

Oleh itu, sudah sampai masanya golongan majoriti yang selama ini senyap segera bangkit untuk menyuarakan pandangan mereka. Ini penting untuk menunjukkan kepada penyangak dan pengacau politik supaya berhenti melakukan perkara yang boleh memburuk-burukkan keadaan. Mewujudkan suasana yang mampu menyebabkan negara menjadi arang dan abu. Mampu mewujudkan pergaduhan kaum dan rasa prasangka antara satu sama lain.

Golongan majoriti senyap ini perlu tampil untuk menyuarakan sokongan kepada kerajaan dan melenyapkan 'suara' mereka yang melalalk dan melolong untuk meminta bantuan orang luar. Mereka perlu mencari pendekatan untuk menunjukkan rasa benci kepada golongan penyangak dan pengacau yang ada antaranya mampu merebut 'pelakon terbaik'.

Tuesday, July 12, 2011

ANAK WATAN TERBILANG

Puisi mengenang Mokhtar Dahari yang akan disampaikan oleh Hafizal Hamad di Stadium Angkasa di RTM malam ini.

Anak watan gagah
Mendongak megah
Pantang kalah
Malu menyerah
Semangat Si Tuah

Semangat merah
Tenaga dikerah
Atur langkah
Padang dibelah
Padu tiada pecah
Musuh disergah
Penuh helah
Jaya terserlah
Tinggi maruah

Anak watan terbilang
Lari bagai kijang
Menerpa bukan garang
Helah bersilang
Menerjah tiada malang
Tinggi ilmu padang
Kuasai gelanggang

Lawan akur tatang
Rakan padu julang
Semangat pejuang
Wira didendang
Pertiwi cemerlang

Anak watan nusa
Nama terpahat mulia
Persada negara dunia
Pandai istimewa
Menerpa berkira
Menerjah berhelah
Hambur berbisa
Jaya sentiasa

Anak watan pertiwi
Pejuang sejati
Pergimu dirasai
Kehilangan tiada ganti
Doa diringi
Roh diberkati
Mokhtar Dahari
Terpahat dihati

12.7.2011 Kuching.

Sunday, July 10, 2011

DS NAJIB KENA BANYAK SABAR

Oleh Ibrahim Yahaya

Hari ini, dalam pertemuan dengan pelbagai NGO, DS Najib Razak meluahkan isi hatinya terhadap penyangak yang menganjurkan perhimpunan semalam. Dalam laporan berita TV3 tengah hari ini memaparkan mengikut DS Najib, jika mengikut hatinya mahu juga mengenakan tindakan ISA terhadap penganjur perhimpunan haram yang degil menyebabkan nama negara tercemar dan menyusahkan rakyat.

Namun, katanya, beliau tidak mahu mengikut emosi sebaliknya mahu ahli UMNO/BN dan NGO bersatu-padu menentang golongan pengacau ini secara berterusan. Satu tanggungjawab besar bagi mereka untuk memastikan semua rakyat bersatu menyokong kerajaan sekarang. Mereka hendaklah memberitahu rakyat kerajaan sejak dari dulu lagi tidak jemu-jemu membantu rakyat di bandar dan kampung. Kerajaan juga sentiasa mendengar keluhan rakyat terutama dalam menghadapi kehidupan harian.

Bagi penulis, pendekatan DS Najib yang sentiasa bersabar dalam menghadapi penyangak ini bukannya memaparkan kerajaan lemah tetapi sesuai dengan Gagasan 1Malaysia iaitu mendahulukan rakyat. Memastikan rakyat sentiasa selamat. Penyangak memang mahu kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka terutama ISA. Ini memberi ruang dan peluang mempolitikkan ISA dan mendapat simpati rakyat. Apatah lagi bagi mereka yang mempunyai pelbagai kes di mahkamah. Apatah lagi mereka yang tercemar dengan pelbagai kes dan isu peribadi/parti. Sabar adalah satu senjata menyatakan kepada mereka bahawa berhentilah membuat provokasi melampau sehingga menyusahkan rakyat. Bagi mereka, kejayaan pada Bersih 2007 perlu diulang untuk mendapat publisiti dan mengheret rakyat membenci kerajaan.

Pendekatan kerajaan untuk membenarkan PDRM menjalankan tugas mereka mengawal penyangak pehimpunan haram ini memperlihatkan tindakan pencegahan seperti sekatan jalan raya menghindarkan perkara yang lebih buruk berlaku. PDRM juga mengambil tindakan terhadap semua pihak tidak kira pemimpin pembangkang atau parti kerajaan setelah nasihat dan peringatan diberikan.

Hasilnya perhimpunan haram yang diwar-warkan akan menghimpunkan ratusan ribu orang hanya mencatatakan tidak lebih daripada 20 ribu hingga 30 ribu saja. Walaupun bilangannya tidak seramai Bersih pada 2007 tetapi perhimpunan haram itu memberikan kesan ekonomi Dan sosial kepada negara. Kesan pelancongan umpamanya bukan saja membabitkan jumlah pelancong menurun tetapi Akan mengambil masa yang lama untuk membentuk keyakinan pelancong yang mungkin mengambil masa enam bulan.

Dalam pada itu, ada sesetengah pihak yang melabelkan kesabaran itu sebagai kerajaan lemah sehinggakan penyangak menjadi besar kepala. Yang menyedihkan pengikut taksub mereka yang menganggap sesorang pemimpin gagah dan berani. Ada juga menyatakan kelewatan ini menyebabkan ada pihak yang menghina Raja-Raja Melayu. Pasti kerajaan Akan mengambil tindakan terhadap golongan pelampau ini. Golomgan yang beranggapan begini perlu sedar bahawa pendekatan sabar ini akan pasti membuahkan hasil setidak-tidaknya tidak ikut menari rentak pembangkang yang mahukan publisiti murahan.

Friday, July 8, 2011

CADANGAN UTAMAKAN NEGARA

Oleh Ibrahim Yahaya

Mengapa PM, DS Najib Tun Razak tidak mahu penganjur BERSIH mengadakan perarakan di jalan raya sebaliknya mencadangkan membuatnya di stadium? Sudah tentulah kita boleh menyenaraikan 1001 faktor yang menyokong kenyataan PM itu terutama dari segi kesan yang tidak baik kepada negara.

Antaranya ialah boleh menimbulkan pelbagai masalah kepada rakyat terutama kepada pengguna jalan raya dan peniaga di jalan yang dilalui. Apabila jalan itu dipenuhi oleh orang ramai sudah tentulah kenderaan tidak boleh bergerak kerana pemandu akan berhati-hati tidak melanggar peserta perarakan. Jika perlanggaran berlaku sudah tentulah pergaduhan akan tercetus dan ketika itu ada yang berfikir cedera di balas cedera atau maut di balas maut. Ini kerana tabii manusia apabila ramai, mereka akan berani dan sudah pasti mahu membalas dendam terhadap mereka yang membuat sesuatu kepada rakan, tidak kira di pihak benar atau bersalah.

Bagi peniaga pula, sudah tentu mereka takut untuk membuka kedai kerana bimbang sesuatu yang akan berlaku terhadap diri dan kedai mereka. Ini akan merugikan peniaga berkenaan yang mengharapkan Sabtu sebagai hari untuk mendapat keuntungan yang lebih. Jika perarakan tidak terkawal, bukan saja keuntungan tidak diperolehi malah kedai mereka juga akan menjadi sasaran. Bayangkan seorang peniaga tiba-tiba marah dengan gelagat peserta perarakan yang menjejaskan perniagaan mereka. Sudah tentu mereka yang berarak akan bertindak balas terhadap peniaga berkenaan. Ini seperti juga kejadian melanggar peserta tadi di mana emosi akan menjadi pendorong kepada peserta perarakan untuk melakukan perkara yang tidak diingini.

Bagaimanapun, jika ia diadakan di stadium, sudah tentu tidak membabitkan orang lain melainkan mereka yang hadir. Ketika itu, mereka boleh melolong atau melalak mengenai apa saja melainkan perkara yang ditegah dalam undang-undang dan Perlembagaan. Umpamanya seperti menghasut orang lain untuk membenci sesuatu kaum atau agama. Ataupun menghina Raja-Raja Melayu atau mempertikaikan hak keistimewaan sesuatu kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Sudah tentulah keadaan akan terkawal kerana stadium itu 'mereka' punya selepas mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa stadium.

Cuma mereka tidaklah boleh berarak di jalan raya menuju ke stadium yang sudah tentu boleh menimbulkan masalah. Untuk itu, buat perangai seperti kita hendak menonton bola dengan menaiki kereta masing-masing atau bas ke stadium. Selepas meletakkan kereta atau bas di tempat yang disediakan, masuklah ke dalam stadium untuk menjerit atau melolong mengikut rasa hati. Ketika itu, orang lain boleh melakukan apa saja yang mereka hendak buat termasuk berniaga dan berehat.

Namun, bagi penganjur Bersih, mereka tidak putus-putus asa mencari jalan untuk memastikan pendekatan perarakan itu boleh dilaksanakan walaupun hanya dalam tempoh yang pendek saja. Apabila mereka mahukan Stadium Merdeka, semua orang tahu bahawa inilah kesempatan untuk berarak dari setiap penjuru di bandaraya sebelum bertemu di Stadium Merdeka. Ini adalah pendekatan untuk menyatakan bahawa jika stadium dibenarkan maka mereka sanggup menerima pelawaan itu tetapi pilihannya ialah Stadium Merdeka.

Untuk ini, penganjur perlu fikirkan semula apa yang disebutkan oleh PM yang hanya sekadar membuat perbandingan kebaikan berada di stadium daripada berarak di jalan raya. Jangan pula mahu memutarkan belitkan bahawa PM tidak menunaikan janji untuk membenarkan mereka bersorak di stadium sedangkan sebelum ini bersetuju. Apa yang PM sebutkan itu hanyalah sebagai perbandingan dan terpulangkan kepada mereka untuk melakukan yang terbaik untuk negara. Jika melakukannya di Stadium Merdeka boleh menimbulkan masalah yang sama seperti mengadakan perarakan, carilah stadium lain yang lebih rasional dan tidak menimbulkan masalah.

Jangan berdolak-dalik dan menggunakan kenyataan PM itu untuk memburukkan keadaan. Untuk itu, penganjur perlulah memikirkan kaedah terbaik agar keadaan huru-hara tidak berlaku di negara ini. Melainkan mereka mempunyai perancangan begitu.

Wednesday, July 6, 2011

LAPAN DALIL KUKUH (1)

Oleh Ibrahim Yahaya

Sejak 1998 selepas dipecat daripada jawatan TPM dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah melalui pelbagai tuduhan termasuk liwat dan rasuah. Apabila beliau keluar penjara lebih awal daripada tarikh hukumannya, pemerhati politik berpendapat pemimpin yang dibawa masuk UMNO oleh Tun Dr Mahathir Mohamad akan terus berusaha untuk memastikan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri akan tercapai.

Bermulanya dengan kemenangannya di Parlimen Permatang Pauh yang dikosongkan oleh isterinya, DS Wan Azizah Ismail, DSAI dipilih sebagai Ketua Pembangkang, satu jawatan yang siang-siang diperuntukkan oleh DAP untuknya. Namun, beliau kekal sebagai Ketua UMUM PKR dan membiarkan DS Wan Azizah terus memegang jawatan Presiden PKR.

Walaupun pelbagai kemelut dihadapi oleh DSAI termasuk taufan yang membadai partinya dengan ramai pemimpin utama yang keluar, beliau terus mendapat dokongan daripada pemimpin pembangkang terutamanya dari DAP dan DS Nik Aziz Nik Mat. Malah kemenangan PKR dalam beberapa pilihan raya kecil selepas 2008 memperlihatkan bahawa parti itu terus mendapat tempat di hati rakyat walaupun mereka sering melontarkan pelbagai tuduhan kepada SPR termasuk berat sebelah dan tidak bersih.

Di peringkat peribadi, DSAI menerima tamparan hebat dengan tuduhan liwat Saiful yang mengheretnya ke mahkamah selain yang terbaru iaitu video seks yang dikatakan membabitkan beliau dengan seorang wanita China yang dibongkarkan oleh Datuk T iaitu Datuk Eskay, TS Rahim Thambycik dan Datuk Shuib Lazim.

Dalam beberapa sidang media dan ceramahnya, DSAI menafikan beliau adalah pelaku dalam video seks itu dan menganggapnya ia tindakan UMNO untuk menjatuhkannya sedangkan ia dibongkarkan oleh rakan karibnya. Dalam ceramah beliau, perkataan seperti 'haram jadah' digunakan DSAI untuk menyatakan rasa sakit hati terhadap mereka yang mengemukakan video seks itu iaitu Datuk Eskay, kawan beliau sejak 1996. DSAI disokong oleh seluruh keluarganya terutama DS Wan Azizah dan beberapa pemimpin pembangkang DAP yang turut menghantar pengerusinya, Karpal Singh yang pernah satu ketika meminta DSAI bertaubat untuk membelanya dalam kes Saiful.

Sejak kes video itu dibongkarkan, pemerhati politik melihat ia seolah-olah tidak memberi kesan kepada kedudukan politiknya terutama di kalangan pengikut yang taksub kerana selain dalam ceramah menafikannya, kumpulan gerak sarafnya segera membuat pelbagai penafian serta-merta terutama bahagian penerangan diketuai oleh Nik Nazmi. Yang terbaru ialah MP Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang menyangkal intipati video itu. Seperti hos Majalah 3, Datuk Johari mengacarakan satu program untuk menafikan pelaku dan video seks itu DSAI dengan pelbagai alasan seperti isu rambut dan bentuk fizikal pelaku termasuk perut pelaku yang 'buncit' sedikit.

Bagaimanapun, pemerhati politik berpendapat kini Datuk Johari terperangkap pula dengan persediaan pihak yang membongkarkan video seks itu dengan memaparkan satu rakaman beliau menonton video seks itu bersama Datuk Eskay dan Datuk Shuib. Dalam rakaman itu Datuk Johari dipaparkan mengeluarkan kenyataan agak pelik dengan sifatnya sebagai seorang pemimpin pembangkang terutama mengenai DSAI. Apapun terpulanglah kepada orang ramai terutama mereka yang diatas pagar untuk menilai sikap Datuk Johari yang sebenarnya. Datuk Jo juga bersaudara dengan Datuk Shuib.

Terbaru,satu video dimuatnaikkan dalam YouTube mengenai lapan dalil kukuh yang menunjukkan DSAI 'kantoi' dalam isu video seks berkenaan. Ia menjawab segala persoalan yang timbul termasuklah apa yang diutarakan oleh kumpulan penerangan dan gerak saraf DSAI. Lapan perkara itu ialah 1. Twitter,(waktu kejadian video seks itu) 2. Tokoh (yang menafikannya), 3. Ketulenan Video, 4. Pembuka cerita kenalan rapat Anwar, 5. Di mana jam Omega, 6. Keberanian bersumpah, 7. Ujian Poligraf dan 8. Jika tidak bersalah mengapa berang? Beberapa blog telah memuatnaikkan video ini dalam mereka mereka. Video itu diakhiri dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa rakyat negara ini seharusnya pandai menilai siapakah DSAI sebenarnya kerana menurut beliau, 'orang seperti ini, kita hendak duduk dekat pun takut'.

bersambung...

PUISI MINDA ANGKUH

Terlupa aku dimana
Ingatkan negara gempita
sebelah dua wanita
gagah perkasa
satu pentadbir
satu nasih tambah
aku kuahnya

Terlupa aku dimana
ingatkan negara utara
dabik demokrasi utama
rakyat terus merana
bumi lantai bahagia
langit bumbung setia
ada kebuluran
ada kesedihan
ada kemarahan
berpanjangan
ketegangan

Terlupa aku dimana
minda terus kelana
badan alam fana
buat ikut suka
ramai merana
bukan utama
bukan aku peduli
ratusan cedera mati
niaga menyepi
perpaduan ditepi
matlamat melampaui
tiada hati

Tuesday, July 5, 2011

MEREKA SEMAKIN ANGKUH

mereka semakin angkuh
rasa semakin kukuh
mampu belit penuh
tapi hodoh

tidak lagi bersuluh
membanting tubuh
memakai baju lusuh
kutip hasil hutan dibasuh
suhu panas membancuh
kerja terik berpeluh
khidmat pengasuh

mereka semakin sombong
kuat melolong
tinggi hidung
rasa terulung
laju menonong
enggan hitung

tiada pokok perlu diredah
rasa bukan di bawah
umpama sampah
bersepah rendah
mereka rasa gagah
kuat menyanggah
kuat membelah
hukum tiada endah

ini bukan ruangnya
buat ikut selera
membabi buta
cetus angkara
mahu derhaka
di tanah Merdeka
tempuh gegak gempita
tentangan menyala
demi bumi tercinta
tidak rela

DIY, BSAS - 5.7.11

KENAPA PARPUKARI MARAH SANGAT?

Blogawan PARPUKARI tersangat marah dengan mamat ini sampai terpaksa menggunakan bahasa kesat. Mengapa?. Biar kurang makan, jangan kurang ajar. Berpolitik biarlah beradab. Sebagai rakyat negara ini, ingatlah Rukun Negara iaitu mengenai keperluan rakyat negara ini taat setia kepada Raja dan menghormati Raja-Raja Melayu. Ini tanah Raja-Raja Melayu dan Tuanku boleh buang daerah kepada mereka yang kurang ajar termasuk orang Melayu. Imran Yusof pun mahu ludah budak ini yang tidak menghormati Tuanku. Sumber asal ialah dari Sungai Rapat .

Monday, July 4, 2011

DR RAIS MENANG SAMAN FITNAH

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim (gambar) hari ini memenangi saman fitnah beliau terhadap seorang penulis blog berhubung artikel yang memfitnahnya yang dipaparkan dalam satu blog.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof memutuskan penulis blog Amizudin Ahmat, 42, didapati bersalah bagi memfitnah.

"Selepas mendengar keterangan dan hujahan daripada peguam yang mewakili plaintif dan defendan, saya tidak mempunyai pilihan selain mendapati defendan bersalah melakukan fitnah," katanya.

Hakim Zabariah menetapkan Selasa untuk mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak berhubung nilai ganti rugi.

Pada 31 Jan, Dr Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, yang juga anggota jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), berhubung artikel yang diterbitkan dalam blog Amizudin, sharpshooterblogger.blogspot.com. beserta dengan gambar Rais, pada atau sekitar 28 Dis tahun lepas.

Dr Rais, 69, dalam pernyataan tuntutannya berkata seluruh artikel dalam bahasa Malaysia itu adalah berniat jahat dan memfitnahnya dan perkataan dalam artikel itu bermaksud dan/atau difahamkan membawa maksud yang beliau bersalah melakukan kesalahan serius iaitu merogol dan mampu membunuh pembantu rumahnya dari Indonesia.

Dr Rais, yang juga anggota Parlimen kawasan Jelebu di Negeri Sembilan, menafikan tuduhan itu selepas penulis blog itu menamakannya.

Susulan itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah selama lapan tahun dengan Dr Rais dilaporkan oleh portal berita Indonesia telah menafikan yang dirinya diberi layanan buruk atau dirogol oleh majikannya.

Selepas keputusan itu, Dr Rais yang hadir bersama isterinya Datin Seri Masnah Rais, memberitahu pemberita bahawa beliau sentiasa mempunyai sepenuh keyakinan terhadap sistem kehakiman negara.

Dr Rais berkata beliau telah membawa kes itu ke mahkamah bagi membersihkan namanya, keluarganya dan juga reputasi kerajaan.

Dr Rais berkata pembelaan defendan (Amizudin) bahawa beliau menerbitkan artikel itu berdasarkan justifikasi adalah tidak berhasil dan ia mengandungi natijah-natijah politik semata-mata.

Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya dan keluarganya yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.

Selepas Amizudin selesai memberikan keterangannya di mahkamah tengah hari tadi, Datin Seri Masnah dilihat memberikan ciuman di pipi Dr Rais.

Pada prosiding Isnin, hanya Amizudin yang dipanggil sebagai saksi defendan manakala Dr Rais tidak dipanggil memberi keterangan kerana pada prosiding yang lepas semasa pengurusan kes kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mempertikaikan bahawa artikel itu telah diterbitkan, bahawa perkataan itu adalah menfitnah Rais dan perkataan itu merujuk kepada Rais.

Oleh itu mahkamah meneruskan perbicaraan dengan mendengar pembelaan justifikasi oleh Amizudin.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Dr Rais, Amizudin berkata sebelum menerbitkan artikel itu dalam blognya, beliau tidak membuat pengesahan tentang kebenaran artikel itu dengan Dr Rais atau isterinya Masnah dan juga dengan bekas pembantu rumah Rais.

Muhammad Shafee : Sebagai penulis blog dan ahli politik yang bertanggungjawab, sebelum menerbitkan sebarang artikel yang menuduh orang lain melakukan sesuatu perkara, anda mesti siasat bukan. Tapi dalam kes ini sebelum anda terbit artikel itu, anda langsung tidak siasat perkara itu sehingga ke akar umbi untuk pastikan perkara itu benar?

Amizudin: Betul.

Bagaimanapun, beliau memberitahu mahkamah bahawa beliau telah pergi ke Jakarta, Indonesia pada 18, 19 dan 20 Mei untuk mencari saksi selepas lima bulan beliau disaman oleh Dr Rais.

Muhammad Shafee: Anda terbitkan artikel itu dahulu, baru nak buat siasatan?

Amizudin : Ya, betul, saya pergi ke Jakarta selepas saya kena saman.

Muhammad Shafee : Selepas anda kena saman baru pergi ke Jakarta, cari saksi.

Amizudin :Ya.

Kepada soalan Muhammad Shafee, bagaimana beliau boleh mengesahkan berita yang diterbitkan itu benar, Amizudin berkata beliau telah bertemu dengan Indah Utami, penulis laporan siasatan yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan Indonesia, Migrant Care, yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia di luar negara, yang telah menemu bual pembantu rumah itu.

Bagaimanapun, beliau gagal bertemu dengan pembantu rumah itu kerana tidak berjumpa rumahnya.

Katanya beliau pergi ke Jakarta bersama rakannya yang dikenali sebagai Cikgu Bad iaitu anggota PKR daerah Rembau atau nama penuhnya Badrulhisham Shaari dan seorang lagi yang beliau tidak ingat namanya.

Ditanya Muhammad Shafee adakah Cikgu Bad, boleh dikatakan sebagai musuh politik Dr Rais, Amizudin berkata beliau tidak tahu, tetapi boleh dikatakan bukan kawan.

Beliau memberitahu bahawa artikel itu yang diterbitkan dalam laman blognya adalah "copy and paste" daripada artikel yang disiarkan dalam Harakah Daily berdasarkan siaran akhbar yang dibuat oleh Migrant Care pada 1 Ogos 2007.

Semasa pemeriksaan utama oleh peguam yang mewakilinya, Puspawati Rosman, Amizudin berkata beliau percaya artikel yang diterbitkan itu benar kerana dalam laporan siasatan oleh Migrant Care, nama Dr Rais disebut sebagai bekas majikan pembantu rumah itu.

Apabila ditanya adakah wakil Migrant Care dan mangsa akan hadir ke mahkamah untuk memberikan keterangan, beliau berkata bahawa mereka khuatir untuk datang ke negara ini untuk memberikan keterangan. - BERNAMA.

AMBIGA MAHU MENGHADAP AGONG

PETALING JAYA, 4 Julai (Bernama) -- Pengerusi penganjur perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini, Datuk S.Ambiga berkata beliau bersedia membatalkan perhimpunan haram itu sekiranya dititahkan demikian oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Ketika ditanya pemberita dalam sidang akhbar di sini sama ada perhimpunan haram itu akan dibatalkan sekiranya baginda menitahkan demikian, Ambiga berkata: "Ya".

Bagaimanapun, katanya apa juga keputusan akan dibuat selepas mereka diberi perkenan menghadap Seri Paduka dan beliau berharap ia akan dapat diadakan secepat mungkin.

"Kami akan buat pengumuman selepas kami mempersembahkan keputusan kami kepada Yang di-Pertuan Agong. Kami akan akur dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong..

"Pihak kami memohon menghadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan isu-isu yang diambil berat oleh rakyat jelata serta aspirasi bagi reformasi pilihan raya dan proses pembangunan demokrasi untuk dilaksanakan dengan segera selaras dengan kehendak baginda untuk rekonsiliasi (keamanan) nasional," katanya.

Katanya surat rasmi bagi memohon menghadap baginda akan dihantar ke pejabat Istana Negara pada Isnin.

"Kami akan patuh kepada titah baginda untuk berdialog ke arah mewujudkan satu konsensus nasional bagi reformasi sistem pilihan raya dan proses pembangunan demokrasi di Malaysia," katanya.

Ambiga berkata perkara itu diputuskan anggota jawatankuasa induk perhimpunan berkenaan pada mesyuarat malam tadi selepas Tuanku Mizan mengeluarkan titah bahawa demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan, walaupun niat asalnya baik.

Katanya beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi pagi tadi dan bekas perdana menteri itu turut menasihatkannya untuk patuh kepada titah Tuanku Mizan. - BERNAMA

YAKINLAH DEMONSTRASI TIDAK SIHAT

Oleh Ibrahim Yahaya

Sepanjang hidup, penulis tidak pernah berdemonstrasi yang mana terpaksa menghidu gas pemedih mata atau disiram dengan air oleh FRU. Jika penulis ada rasa tidak puas hati dengan sesiapa pun, luahan disiarkan dalam blog. Itupun secara terhormat dan beradab. Tidak menghasut atau mencerca. Tidak kurang ajar dan biadab.

Penulis pernah mengikuti satu perhimpunan di Masjid Negara ketika DSAI dipecat daripada UMNO pada 1998. Sebagai wartawan, penulis ingin melihat bagaimana suasana ketika itu di mana mereka yang taksub berkumpul beramai-ramai untuk mendengar amanat DSAI. Ucapan berapi-api disampaikan oleh DSAI yang menuduh bahawa tindakan memecat beliau tidak betul dan banyaklah lagi kenyataan terhadap TDM.

Ketika sedang melihat suasana di situ, Zahid (cucu Tun Ghafar Baba) menjerit kuat apabila melihat penulis. "Ha...tiger dari TV3". Ketika itu, hampir semua mata yang berada dekat penulis terus memandang dan keadaan ketika itu seolah-olah mahu membelasah orang TV3 ini yang dilihat sebagai penyokong kuat kerajaan. Nasib baiklah Zahid memperbetulkan keadaan dengan berkata, "Yang ini baik. Dia kawan kita". Mereka yang hadir terus mendengar ucapan DSAI daripada balkoni Masjid Negara.

Hakikatnya, demonstrasi atau rapat umum yang dikuasai oleh emosi akan mendatangkan 1001 macam perkara yang tidak sihat. Daripada emosi yang tidak stabil dan taksub kepada pemimpin, pengikut setia akan melakukan apa saja yang difikirkan betul kepada mereka ketika itu. Mungkin mereka diarah untuk berbuat demikian seperti pengakuan Datuk Zulkifli Noordin yang mengikut katanya diarahkan untuk memusnahkan kereta TV3. Hancur jadinya kereta yang tidak bersalah itu dan kakitangan di dalamnya fobia ketika sampai ke pejabat selepas kejadian itu. Nasib baik mereka tidak membakar kereta itu setelah gagal untuk membukanya kerana ditutup dari dalam.

Bayangkan keadaan yang sama boleh berlaku pada 9 Julai ini jika mereka yang berhimpun datang dengan perasaan emosi dan ditiup pula dengan ucapan berapi-api oleh pemimpin yang mahu menonjolkan diri mereka sebagai jaguh. Sudah tentulah sebarang keadaan yang boleh menimbulkan provokasi akan mencetuskan huru-hara. Lihatlah apa yang berlaku di Greece yang mana perhimpunan aman bertukar menjadi ganas apabila ada yang berhimpun itu melakukan perkara yang tidak diingini. Ramai polis yang menjadi mangsa menyebabkan polis bertindak memperbetulkan keadaan. Akibatnya ada yang terbunuh dan ramai yang cedera. Begitu juga apabila demonstrasi diadakan di Thailand yang telah menyebabkan pelbagai kerugian kepada negara.

Yang penting bukanlah kerugian kepada negara saja tetapi masalah nyawa dan imej negara yang dilihat sebagai negara contoh bertukar menjadi negara huru-hara. Ini kerana hanya tuduhan liar yang dilemparkan oleh sesetengah pihak terhadap SPR sedangkan mereka tahu sejak PRU dijalankan mereka yang diyakini oleh rakyat memenangi pilhan raya itu termasuk pada 2008 di mana pembangkang menguasai lima negeri. Itupun, perkara itu diputar belitkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang dilihat menghasut rakyat bahawa jika pilihan raya diadakan secara bersih, pembangkang mampu menubuhkan kerajaan. Akuilah bahawa SPR juga dipantau oleh kumpulan tertentu dan tuduhan bahawa penyelewengan dilakukan adalah satu usaha untuk memperlekehkan institusi yang sudah banyak berjasa kepada negara.

Oleh itu, fikirkanlah bahawa tidak ada gunanya membuat demonstrasi yang boleh menimbulkan keadaan huru-hara. Titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong perlulah diikuti oleh semua rakyat di negara ini yang mencintai keamanan dan kemakmuran. Intipati titah SPB ialah jangan kita kerugian besar akibat tindakan yang mengikut emosi dan jalan yang tidak betul. Jangan kita, yang dikejar tidak dapat, yang dikendung pula keciciran. Ini akan menyebabkan rakyat dan negara mengalami pelbagai kerugian dengan perhimpunan haram yang tidak dibenarkan oleh PDRM.

Sunday, July 3, 2011

TITAH SPB YANG DIPERTUAN AGONG

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.


(Renungan Rimau : Ampun Tuanku, patik yakin PDRM akan memastikan negara kita selamat.)

Friday, July 1, 2011

RTM SIARKAN LAGU PATRIOTIK

Seorang pengikut blog ini telah menyatakan sedemikian:

"Datuk, Mengapa kerajaan tidak menggunakan lagu-lagu patriotik sebagai kaedah mengembleng rakyat menentang keganasan.Sekarang adalah masa terbaik menggunakan kaedah tersebut. Lihatlah bagaimana semasa confrontasi dahulu, lagu Malaysia Berjaya digunakan untuk menyatukan rakyat Malaysia. Inilah masanya sekarang lagu Barisan Kita perlu dimainkan setiap hari untuk mengubah minda rakyat supaya menentang peberontak BERSIH 2.0. Gambar-gambar yang ada dalam lagu perlu dimaksukkan gambar baru. Semua media elektronic perlu dipaksa rela memainkan lagu tersebut.Kerajaankan ada kuasa. Itulah yang dinamakan kerajaan.

Kita tengok Komunis pun dah nak mula bertapak. Jadi gunakan lagu-lagu patriotik untuk menunjukkan kehebatan angkatan tentera menentang komunis. Tunjukkan juga kekejaman komunis terhadap rakyat Malaysia semasa darurat. Saya percaya jika lagu - lagu patriotik dimainkan setiap hari, kita akan menjadi patriotik bukannya anti nasional. Lagu 1 Malaysia jangan dimainkan, nanti ramai yang termuntah.

Masih ada 9 hari untuk mengubah minda rakyat. Semua media perlu menggunakan perkataan PEMBERONTAK kepada aktivis BERSIH 2.0.

Katakan lagu PATRIOTIK dimainkan sempena Hari Kemerdekaan yang bakal menjelang.

Sewajarnya datuk telah melakukannnya semasa menjadi KP Kementerian Penerangan dahulu."


Untuk pengetahuan peminat blog ini, banyak lagu telah disiarkan oleh RTM sejak dari dulu lagi untuk memberikan pelbagai maklumat dan kata-kata semangat kepada penonton. Selain lagu-lagu kegemaran ramai, RTM telah menyiarkan lagu-lagu patriotik lama dan baru untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa negara ini aman dan makmur. Lagu yang disiarkan menekankan perpaduan dan kerja kuat. Terbaru ialah lagu-lagu 1Malaysia yang disampaikan oleh Roy dan pelajar Universiti Limkokwing. Cuma DuniaTiger tidak faham mengapa pula dengan menyiarkan lagu 1Malaysia ramai yang akan muntah. Gagasan itu memperjuangkan kepentingan mendahulukan rakyat dan pencapaian diutamakan.

SUARA KERAMAT (2)