Thursday, December 16, 2010

SEJARAH BENTUK JATIDIRI

Pelajaran sejarah penting.

Dulu hendak masuk Fakulti Undang-undang UM mesti bijak sejarah.

Mesti dapat markah terbaik dalam sejarah baru boleh dibenarkan masuk UM.

Ini penting untuk memastikan mereka faham mengenai sejarah.

Mereka perlu tahu mengenai sejarah perjalanan negara ini.

Perlu dihayati oleh pelajar, mahasiswa dan bakal pemimpin.

Jika buta sejarah, maka butalah hati.

Semuanya tidak betul dan terus menerus membantah apa yang sudah dipersetujui.

Buta sejarah menyebabkan mereka mahu pelbagai perkara.

Membangkitkan perkara yang sensitif dan berbaur perkauman.

Pelajaran sejarah penting.

Penting kepada mereka yang buta sejarah.

Wednesday, December 15, 2010

AKIM JADI KITA

Masuk UMNO dan dipecat oleh parti.

Tidak sebulu.

Masuk PKR dan keluar dari parti.

Amat berbulu.

Masuk AKIM dan jadi Presiden.

Sebulu.

Ini sejarah politik yang hebat bagi orang bernama Zaid Ibrahim.

Tetapi yang paling hebat ialah hendak menukar AKIM jadi KITA.

KITA pun kitalah.

Agar kita, kita dan kita boleh bertanding dalam PRU13.

Bagi mereka yang ada cita-cita hendak bertanding masuklah KITA.

Mana tahu, kita beri.

Tuesday, December 14, 2010

RAHSIA OH RAHSIA

Hati-hati kebocoran rahsia terkini.

Seluruh dunia memerhati wiki wiki wiki bocor.

Dibuat oleh orang yang kita mungkin kita kenal tetapi tidak tahu sama ada hantu ke jin.

Jangan terlalu percaya nanti takut kita pula yang teraniaya.

Ambil tahu dan jangan tutup mata.

Bocor sana, bocor sini, bocor sinun.

Bocor ada makna, bocor ada cara.

Hati-hati bocor yang mungkin terbocor.

Thursday, December 9, 2010

JANGAN PUTAR BELIT FAKTA

Tidak ambil tindakan terhadap perasuah, pembangkang kata kerajaan lemah.

Ambil tindakan terhadap pemimpin pembangkang kerana rasuah, pembangkang kata pilih bulu.

Ambil tindakan terhadap pemimpin BN yang dikatakan rasuah, pembangkang kata gimik politik.

Jangan rasuah rakyat dengan pemikiran bodoh, lemah dan mengarut.

Rakyat tahu siapa yang pening sekarang.

Rakyat tahu siapa yang mahu dipercayai sekarang.

Rakyat tahu tindakan DS Najib sekarang berlandaskan semangat 'Rakyat didahulukan' adalah ikhlas, jujur dan selaras dengan pemimpin bangsa Malaysia dari dulu.

Pemimpin yang mendahulukan diri sendiri, perlu menjadi rakyat, bukan pemimpin.

Monday, December 6, 2010

PM SUDAH PALU GENDANG PERANG

Gendang perang sudah dipalu oleh DS Najib Razak semalam.

Ia petanda bahawa peperangan akan bermula tidak lama lagi.

Bila?

Itu tidak penting kerana jika sudah bersedia, esok pun boleh.

Oleh itu, mereka yang masih berpenyakit dan dibuai mimpi perlu berubah.

Mereka yang masih berkhayal perlu memperbetulkan diri.

Mereka yang sudah lari dari asas perjuangan perlu kembali ke jalan yang betul.

Mereka yang sombong dan bongkak perlu insaf dan bertaubat.

Yang menakutkan ialah sikap mereka yang tidak mahu berubah dan khayal.

Golongan ini adakalanya tidak berpijak di bumi nyata.

Golongan ini juga tidak mahu mendahulukan rakyat.

Bagi pemimpin yang masih khayal, degil, bongkak dan tidak mahu mendahulukan rakyat, mereka perlu turun menjadi rakyat bukan menjadi pemimpin.

Ini penting demi kelangsungan hidup BN.

Sunday, December 5, 2010

BUANG TABIAT DAN PENYAKIT BURUK

PM, DS Mohd Najib Tun Razak hari ini minta pemimpin parti komponen membuang empat penyakit atau tabiat bagi memastikan rakyat tidak membenci mereka.

Khayal - fikir rakyat menerima mereka sedangkan tidak.

Amnesia - lupa asas perjuangan. buat perkara yang menyakitkan hati rakyat.

Inertia - enggan berubah. berperangai macam biasa sedangkan rakyat amat berbulu dengan kita.

Arrogance - tidak mahu menerima teguran. merasakan mereka saja yang betul sedangkan rakyat sudah meluat dan menyampah.

Fikir-fikirkanlah jika mahu menang PRU13.

(Renungan Rimau : Nak tambah - 1. Jangan beli hartanah di luar negara tetapi labur wang di negara sendiri terutama membantu rakyat miskin. Seperti membeli rumah kedai untuk menempatkan penjual nasi lemak dan mi sup. 2. Hisap cigar mahal-mahal setiap hari sedangkan rakyat hisap jari. Sekali-sekala tidak apa. Jangan hisap cigar di lobi hotel, gelak ketawa dan tidak buat apa, sedangkan ketika itu orang sibuk berkempen untuk menang pilihan raya. 3. Jangan sibuk nak menang pemilihan parti sedangkan PM bertungkus-lumus untuk menang PRU13. 4. Penyakit yang akan menjadi barah kepada BN.)

Tuesday, November 30, 2010

KISAH MARI KETAWA (1)

1. Pemimpin yang dihantar tuhan untuk jadi PM. (ha ha ha ha.)

2. Hapuskan ketuanan Melayu. (ha ha kemudian marah kerana mereka ni tidak faham sejarah)

3. TPM kepada Lim Kit Siang. (ha ha ha. semua tahu ini gimik untuk tarik pengundi Cina. Dah dapat kuasa maka dia akan terlupa. Atau takut LKS lawan dia jadi PM).

4. Parti anak beranak. (ha ha ha ha ha ha ha. ketawa sekali ada bulan dan bintang).

5. Suka berdaleh dan lambatkan permainan di mahkamah. (ha ha ha ha)

6. Macam-macam tuduhan kepada PM sekarang. (tidak boleh ketawa. serius tidak suka tindakan itu).

Saturday, November 20, 2010

MAKCIK BOLEH SERTAI PARTI BARU

Kesihan menonton makcik yang menyatakan kekecewaannya terhadap pemimpin PKR.

Sambil duduk di tangga simen, beliau menyatakan rasa tidak puas hati dengan pemilihan sekarang.

Keluhan itu dipaparkan oleh TV3 sebentar tadi.

Seterusnya, gambar orang berdemonstrasi dan membawa sepanduk menyatakan rasa kecewa mereka terhadap apa yang berlaku sekarang.

TV3 melaporkan ada juga yang marah marah dengan demonstrasi itu dan minta mereka cepat bersurai dan turunkan sepanduk.

Bukan polis tetapi orang-orang berbadan besar yang jerit jerit. kesian makcik.

Apapun, kalau sudah bosan dengan parti itu bolehlah sertai parti baru Zaid Ibrahim.

Makcik cubalah.

Mana tahu, ada peluang jadi calon pada PRU13.

Modal? Duit? Tiada masalah. Tanyalah bakal Presiden.

Friday, November 19, 2010

ZAID MAHU TANDING PRU13

Zaid Ibrahim keluar PKR.

Perkara itu beliau umumkan pagi tadi.

Beliau mahu menubuhkan parti baru.

Beliau mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13.

Zain yakin ramai lagi akan keluar PKR dan menyertai parti barunya.

Persoalannya, Zaid hendak bertanding di negeri mana?

Di Kota Bahru, Cheras, Lembah Pantai, Permatang Pauh atau di Pulau Pinang?

Ataupun nak lawan siapa? Azmin atau Anwar?

Thursday, November 18, 2010

JANGAN JADI PETUALANG NEGARA

Jika dipanggil petualang, marah.

Jika dipanggil si kitol, akan melenting.

Hakikatnya, tidak payahlah memburuk-burukkan Malaysia di luar negara.

Main politik, mainlah dengan betul.

Jangan menyusahkan rakyat negara ini yang pasti dipandang serong dengan tohmahan itu.

DS Najib sedang berusaha memperbaiki imej negara, ditentang.

DS Najib sedang meningkatkan ekonomi negara, ditentang.

Sampai bila hendak menjadi golongan pengacau.

Jika hendak menjadi PM, carilah usaha yang lebih mulia lagi.

Jangan memburuk-burukkan negara dan minta simpati dari orang lain.

Please grow up la.

Monday, November 15, 2010

ZAID TUBUH PARTI BARU

Zaid Ibrahim akan tubuh parti baru.

Percayalah. Dalam masa terdekat.

Apa sebabnya? Anda pun tahu.

Yang penting, Zaid memerlukan pentas untuk berpolitik.

Pilihannya, parti baru.

Buatlah terbaik untuk diri sendiri.

Janganlah kita mati dengan mata terbuka. Maknanya, buatlah apa yang kita hendak buat dulu dan jangan pula tidak kesampaian. Umpamanya nak jadi Presiden atau Timbalan Presiden.

Buka parti baru, maka bolehlah jadi Presiden...atau setidak-tidaknya Timbalan Presiden.

DIY dulu pernah berura-ura nak buka BAWAL dengan beberapa sahabat terdekat.

Apa itu BAWAL? Bukan ikan tetapi Badan Wartawan Lelaki. Ok ape?

PUBLISITI MURAHAN...SUDAHLAAHH

Laporan polis...sekali buat takpelah tetapi jika selalu buat orang akan bosan.

Apabila ada masalah buat laporan polis, tetapi di belakang kutuk polis dan macam-macam dihina polis yang sentiasa menjaga keamanan.

Oleh itu, DIY yang pernah dibuat laporan polis oleh DAP merasakan berhentilah buat laporan polis jika apa yang dibuat itu semata-mata bagi tujuan politik.

Orang dah tahu lama daahhhhh.

Laporan polis itu dibuat sebagai gimik politik. Takyalah buat kerana orang pun hairan parti yang dikutuk oleh pelbagai peringkat penduduk di Pulau Pinang, kini tiba-tiba ingin menjadi jaguh perpaduan. Nak tergelak pun ada pulak fikir parti anak-beranak ni.

Oleh itu, Sdr Zaini, janganlah takut dengan ugutan orang hendak buat laporan polis.

Yang menarik, mereka akan guna apa yang dapat sama ada minta YB Melayu untuk buat laporan polis terhadap orang Melayu atau apa saja yang menguntungkan mereka.

Dahlah....orang dah tahu lama daaaahhhhh.

Friday, November 12, 2010

KALAU MACAM NI, SUSAHLAH NAK MAJU

Peristiwa terbaru mengenai kenyataan DS Dr Zahid Hamidi yang dikatakan 'menyinggung' perasaan sesetengah pihak amat merisaukan DIY.

Risau terhadap sikap rakyat sesetengah rakyat negara sekarang.

Apakan tidaknya, kerana setiap perkataan dan ayat yang dikeluarkan kini akan dianggap sensitif oleh sesetengah pihak.

Hakikatnya, perkataan dan ayat yang diluahkan sama maksud yang ingin disampaikan.

Sebagai contohnya, jika wartawan menulis skrip berita yang menyatakan 'anak yang kehilangan ibu bapa', kita boleh jelaskan dengan istilah 'anak yatim piatu'. Jimat perkataan dan ruang.

Hakikat, maksudnya sama.

Tetapi kini suasana sudah berubah di mana rakyat negara ini cepat melenting dan meletup. Entah apa-apa.

Siapa yang mahu dipersalahkan? Apakah kita sudah menjadi terlalu sensitif? Apakah jika ada orang panggil saya Harimau Melayu, DIY akan menjadi sensitif, sebab ada perkataan Melayu? Apakah DS Dr Chua Soi Lek amat tersinggung dengan perkataan yang dinyatakan itu? Apakah perkataan terbaik untuk digunakan?

Aduhai. Pening juga kepala hendak memikirkannya.

Bagaimana pula nama tempat? Mungkin ada orang yang mencadangkan ia ditukarkan jika mereka pergi ke Melaka. Kerana ada tempat yang menggunakan nama yang mungkin disifatkan sensitif atau perkauman oleh sesetengah pihak. Ahhhh.

Please grow up la.

Thursday, November 11, 2010

JANGAN MARAH WARTAWAN..TAK BAIK

Semalam, MB Kedah marah wartawan.

Macam-macam dia cakap kat wartawan.

Dia minta wartawan tu buat penyelidikan dulu.

Dia minta wartawan itu tulis cara Islam.

Banyak blogger tulis mengapa MB bersikap demikian sedangkan beliau patut gunakan masa tu untuk menjelaskan keadaan. Bukan marah wartawan.

Sekadar ingatan. Jangan marah wartawan bertanya. Apabila disoal, jawab sajalah.

Melainkan wartawan membuat pembohongan. Itu je.

Wednesday, November 10, 2010

BELAJARLAH BAHASA KEBANGSAAN

Jika kita tidak pandai berbahasa kebangsaan, kita belajar.

Tetapi jika tidak pandai berbahasa kebangsaan, kita membuat syor tertentu termasuk menjadi bahasa Inggeris sebagai alternatif kepada perbahasan dalam Dewan Undangan Negeri, ia satu perbuatan yang tidak bijak.

Belajarlah sehingga pandai dan bijaksana.

Ikutlah sikap Tun Dr Ling Liong Sik yang sanggup belajar sehingga fasih berbahasa Melayu.

Ikutilah contoh pemimpin ini wahai pemimpin DAP.

Apapun, pemimpin bukan Melayu seperti Datuk Wee Ka Siong dan Sdr Devamany fasih berbahasa Melayu dan adakalanya lebih baik daripada sesetengah orang Melayu.

Sunday, November 7, 2010

SEMOGA DS NAJIB CEPAT SEMBUH



SIHAT....kami rakyat Malaysia sentiasa mendoakan Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak segera sembuh untuk menjalankan tugasnya. Perjuangan masih belum selesai.
Tok Sri, 11 nombor kegemaran DS. PRU13 pada tahun 2011 ke?

Saturday, November 6, 2010

STAR DAN PARTI PEMBANGKANG

The Star, akhbar arus perdana milik MCA hari ini memberi dua publisiti penting kepada parti pembangkang.

Pertama meletakkan gambar Menteri Besar Kedah mengharungi banjir di muka hadapan.

Kedua ialah laporan seorang remaja Melayu yang pandai berbahasa Mandarin menyertai DAP.

Ironinya, berita ini disiarkan dua hari selepas BN menang di Galas dan Batu Sapi.

Ada udang di sebalik mee.

Thursday, November 4, 2010

SIAPA PILIHAN PENGUNDI HARI INI?

Posting Keenam - 8.55 malam

Pengumuman di Dewan Sivik Gua Musang, Kelantan. Pengumuman secara rasmi dalam siaran langsung TV1. Abdul Aziz Yusof (BN)....5,324 undi dan Dr Zulkifli Mohamad (PAS)....4,134 undi. Majoriti........1,190 undi ( diumumkan 8.54 malam)

Posting Kelima - 8.37 malam

BN menang di Batu Sapi ....Yong Teck Lee ...2031, Ansari...3414....Datin Linda Tsen (BN)....9,773. Undi majoriti.... 6,359. Keputusan itu diumumkan di TV1 sebentar tadi.

Posting Keempat - 8.12 malam.

Keputusan Batu Sapi akan diumumkan dalam jam 8.30 malam atau 9 malam. Beg undi pos dalam perjalanan.

Posting Ketiga - 7.59 malam.

BN menang di Galas dengan 816 undi, BN menang di Batu Sapi lebih 5,000 undi.

Posting Kedua - 7.30 malam.


BN mendahului kiraan undi di kedua-dua kawasan - Batu Sapi dan Galas (lebih 650 undi) - sehingga jam 7.30 malam. Ini laporan yang disampaikan kepada DIY oleh Ejen Kenit.

Posting Asal - 1.37 petang.

ANGKASAPURI : PRK Galas dan Batu Sapi akan berakhir malam ini. Siapakah yang akan memenangi di kedua-dua kawasan itu? Di Galas, calon BN ditentang oleh calon PAS manakala di Batu Sapi (bukan Batu Api) ditandingi oleh tiga calon iaitu BN, SAPP dan PKR. Kali ini tiada calon Bebas.

Bagi penyokong BN, mereka yakin kedua-dua kawasan akan dimenangi oleh BN kerana telah bekerja keras untuk menyakinkan pengundi bahawa BN adalah yang terbaik.

Di Batu Sapi, pengundi perlu memberi kepercayaan kepada BN kerana untuk meneruskan perjuangan MP terdahulu, mendiang Datuk Edmund. BN diwakili oleh isteri mendian, Datin Linda Tsen. Lebih 25,000 akan menentukan nasib tiga calon PRK Batu Sapi.

Begitu juga di Galas yang diyakini akan memberi kelebihan kepada BN. Ini kerana usaha yang dilakukan oleh Pengarah Gerakan PRK Galas, Tengku Razaleigh Hamzah, termasuk bertemu dengan penduduk setempat menerusi kaedah bersekemuka secara kecil-kecilan. Ini memudahkan urusan mendapat maklumat daripada rakyat di samping menyatakan apa yang ingin dilakukan oleh BN di kawasan berkenaan.

Bagi pembangkang di Batu Sapi, mereka mengharapkan bekas Ketua Menteri, Datuk Yong Teck Lee memberi saingan kepada calon BN. Seorang calon lagi dari PKR iaitu Ansari Abdullah dijangka tidak mendapat sokongan kerana pelbagai faktor termasuk 'kegagalan' beliau terdahulu dan keyakinan pengundi terhadap apa yang boleh dilakukan. Namun, pengundi sudah mengetahui apakah sumbangan Datuk Yong yang dikatakan kurang memberi perhatian kepada penduduk di kawaan itu ketika beliau menjadi Ketua Menteri.

Apapun, selamat mengundi dan menunggu keputusan malam ini.

Tuesday, November 2, 2010

HAJI ZAHARI (RTM) MENINGGALKAN KITA

Bekas Pengarah Berita dan Ehwal Semasa RTM, Haji Zahari Saad Mahyeddin, meninggal dunia pada jam 11 pagi tadi.

Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama roh orang-orang beriman.

Al-Fatihah.

MENARA WARISAN PEMANGKIN EKONOMI

KUALA LUMPUR : Pembinaan Menara Warisan bukanlah satu perkara yang pelik. Ia pernah diumumkan oleh PNB pada satu masa dahulu. Namun, apabila ia dinyatakan oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2011 pada bulan lalu, projek itu menjadi peluru untuk menghentam kerajaan.

Pihak pembangkang yang menerajui usaha pembangkangan pembinaan menara itu termasuk mewujudkan facebook tertentu kini mengembar-gemburkan usaha menggerakkan ekonomi negara. Mereka menggunakan isu seperti kos untuk menagih simpati daripada orang ramai.

Apa yang mereka tidak nyatakan ialah mengenai usaha kerajaan untuk menggerakkan ekonomi menerusi projek kerajaan dan swasta. Pembinaan projek besar bukanlah anih kecualilah ia dibuat tanpa sebarang tujuan atau akhirnya menjadi gajah putih.

Projek ini sebenarnya tidak menimbulkan sebarang masalah jika ia tidak dianggap masalah. Namun, pihak pembangkang merasakan inilah cara untuk menarik sokongan golongan tertentu. Oleh itu, mereka dengan selesa menggunakan isu kos bagi membangkang projek itu.

Namun, DIY yakin PNB akan terus melaksanakan projek yang dapat membangunkan ekonomi negara dan tidak peduli dengan pembangkang yang hanya mahu menimbulkan isu sensitif demi kepentingan pemimpin dan parti itu.

Monday, November 1, 2010

JANGAN BANGKIT ISU SENSITIF

SANDAKAN : Pemimpin pembangkang tidak perlu membangkitkan isu borneonisasi kerana kerajaan sudah menempatkan ramai pegawai dari Sabah untuk memegang jawatan tinggi di negeri itu.

Malah di peringkat Persekutuan pun sudah ramai pegawai tinggi dari Sabah seperti Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail.

Saturday, October 30, 2010

JANGAN GEDEBE DI TENGAH PADANG

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD dan ZAZALI JAMIANsukan@utusan.com.my

Kapten pasukan Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abd. Razak (kiri) dan rakan sejawatannya dari Kelantan, Indra Putra Mahyuddin sudah bersedia untuk bertarung habis-habisan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini. - UTUSAN/Azrul Edham Mohd. Aminuddin.

KUALA LUMPUR - Kelantan berasa mereka telah matang dengan pengajaran musim lalu manakala Negeri Sembilan percaya seluruh pemainnya mampu menampung kelemahan jentera serangan apabila kedua-duanya mengulangi perhitungan akhir bola sepak Piala Malaysia, malam ini.

Edisi ke-44 di Stadium Nasional, Bukit Jalil turut membuka peluang terbaik Wira Merah menghadiahkan Sultan Muhammed V atas pemasyhuran baginda sebagai Sultan Kelantan.

Sedangkan Si Rusa mengidam gelaran berganda musim ini selepas menjulang Piala FA.
Inilah kemaraan keempat Kelantan ke perlawanan akhir Piala Malaysia (termasuk Piala Malaya) selepas 1955, 1970 dan tahun lalu yang kesemuanya dihampakan Singapura, Perak dan Negeri Sembilan sementara lawan turut pernah menjuarainya pada 1948 selain bergelar naib juara 2000 dan 2006.

Namun, musibah kecederaan melanda pasukan masing-masing dengan jurulatih Kelantan, B. Sathianathan terpaksa melupakan khidmat Azizi Mat Rose dan S. Subramaniam manakala Rezal Zambery Yahya mungkin sekadar di bangku simpanan Negeri Sembilan dan Rahman Zabul sah diketepikan Wan Jamak Wan Hassan.

"Kami lebih bersedia kali ini dan telah belajar daripada pengalaman tahun lalu. Kami harap dapat menunjukkan apa yang kami pelajari itu kali ini dengan barisan pemain lebih berpengalaman tetapi biarlah label pasukan pilihan itu bukan ditujukan pada kami,'' kata Sathianthan.

Wan Jamak pula berkata: "Akibat kecederaan (Rahman, Rezal dan Zaquan Adha Radzak), kami terpaksa mengubah banyak posisi tetapi saya percaya kesebelasan pemain di padang (malam ini) mampu menjaringkan gol termasuk mereka yang baru kali pertama bermain perlawanan akhir Piala Malaysia."

Sathianathan yang memburu gelaran sulung tempatan dalam karier kejurulatihan berharap tuah kali ini menyebelahinya.
''Saya harap nasib bukan lagi menentang saya seperti tahun lalu kerana setiap kali memasuki perlawanan akhir, anda akan berasa mampu menang sedangkan Negeri Sembilan juga sebuah pasukan hebat. Tuah jelas mampu memainkan peranan,'' ujar Sathianathan.
Bagaimanapun Wan Jamak berkata: ''Memang mudah bercakap daripada membuat dan ramai yang berkata lebih banyak tekanan pasti berpihak kepada kami selaku juara bertahan tetapi bagi saya hidup ini sebenarnya satu tekanan. Kalau tiada tekanan langsung, tidak mungkin kita mampu memperbaiki diri."

Dalam pada itu Sathianathan menegaskan, jika Negeri Sembilan dikatakan tiada penyerang utama atau penjaring gol tetap, bagaimana mereka mampu ke perlawanan akhir?
''Adakah dengan hanya seri 0-0? Kami juga bimbang dengan kecederaan terbaru Akmal Rizal Rakhli walaupun saya harap dia mampu pulih cepat,'' ujarnya.
Sambil mengetepikan perbandingan pencapaian peringkat Kumpulan A Piala Malaysia yang menyebelahi Si Rusa, Wan Jamak turut menyifatkan suasana perlawanan bakal banyak membawa kelainan.

Jelasnya, keputusan malam ini juga bergantung kepada sejauh mana kemampuan sesebuah pasukan itu menangani tekanan dan cuba mengurangkan kesilapan di tengah padang.
Sebagai rekod, Negeri Sembilan menang 1-0 di Kota Bharu dan seri 2-2 dengan Kelantan di Paroi dalam perlawanan Kumpulan A Piala Malaysia dari September hingga awal bulan ini.
Namun, lawan tampak lebih menyerlah sepanjang dua pusingan dan selaku naib juara Liga Super musim ini dengan memenanginya 1-0 dan 3-1. - Utusan Malaysia.

(Renungan Rimau : sayang tidak dapat berada di Stadium kerana kini di Kuching kerana hadir Pertandingan Akhir Bintang Kecil. Apapun, tahniah kepada kedua-dua pasukan. Semoga yang terbaik, bersopan dan bukan gedebe menang tahun ini.)

Tuesday, October 26, 2010

KULI GALAS DUN GALAS (3)

GUA MUSANG : Antara isu menarik yang ditimbulkan kali ini ialah mengenai tahap pendidikan calon. Abdul Aziz Yusof (calon BN) dikatakan hanya mempunyai tahap pendidikan SPM sedangkan Dr Zukifley Mohamad (calon PAS) adalah seorang doktor. Ini pertama kali DIY mendengar isu tahap pendidikan ditimbulkan. Ini berkemungkinan PAS ingin menyatakan tahap pendidikan calonnya lebih baik.

Sebenarnya untuk menjadi seorang wakil rakyat yang paling penting ialah dekat pada rakyat dan memberi khidmat seterus bukannya menerusi 'remote control'. Dalam ertikata lain wakil rakyat perlu selalu bersama rakyatnya sejajar dengan slogan 1Malaysia. Jika wakil rakyat tidak mampu untuk berada bersama-sama rakyat, walaupun mereka mempunyai pendidikan sehingga PHD sekalipun, ia tidak bermakna dan tidak memberi kesan baik kepada penduduk setempat.

Sebagai bekas pengurus operasi Kesedar, Aziz amat dikenali oleh penduduk kawasan ini terutama di Galas yang amat memerlukan seorang wakil rakyat yang sentiasa mendampingi rakyat. Jika Adun terdahulu yang jatuh sakit, rakyat tidak dapat mendapat bantuan yang diperlukan dan terpaksalah mengadu kepada pihak lain termasuk pemimpin UMNO.

Kini pemimpin UMNO menawarkan diri mereka untuk berkhidmat kepada rakyat dan sudah tentulah pengundi di Galas akan memberi peluang kepada calon UMNO dan BN untuk memimpin mereka. Oleh itu, isu bahawa Aziz hanya mempunyai SPM tidak mendatangkan masalah kerana yang penting beliau mampu menjalankan tugas sebagai wakil rakyat yang berkesan. Selamat mengundi.

Saturday, October 23, 2010

UCAPAN DAN PERBAHASAN - ALAHAI

Bersembang dengan kenkawan di Riverside semalam, membolehkan DIY mendapat pelbagai maklumat, pandangan dan syor berhubung dengan Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan sejak beberapa hari lalu. Sudah pasti ia bertitik-tolak daripada ucapan Presiden dan Timbalan Presiden sehinggalah kepada pemimpin tiga sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri.

Ketika ada yang memuji ucapan mereka, ada juga yang melihat sepi. Mungkin dilihat tidak bertenaga. Masing-masing bertanya siapakah penulis ucapan itu dan idea siapa. Mengapa? Ada yang berpendapat ucapan yang dilontarkan ada yang bertenaga dan memberi suntikan baru. Ada juga yang tidak bermaya sekadar retorik dan mungkin diulangtayang atau diulangsiar. Ini kerana kekurangan bahan dan idea baru yang dipersembahkan. Apabila ucapan lemah maka orang akan mempersoalkan bentuk kepemimpinan yang ingin dibawa oleh pemimpin yang berucap. Ucapan banyak dikaitkan dengan orang yang memberi ucapan. Orang tidak peduli siapa yang menyiapkannya. Yang penting perlu baik, bernas dan bertenaga.

Ramai yang memuji ucapan orang nombor satu dan nombor dua. Terbaik, kata mereka. Walaupun ada teguran tetapi bagi mereka ia melepasi tahap. Bagi yang lain, pelbagai pandangan dilontarkan terutama penggunaan ayat dan perkataan. Tidak menghairankan kerana masing-masing mempunyai pandangan sendiri. Mungkin terkena hidung sendiri apabila ucapan itu diharungi, maka ucapan itu tidak baik. Atau tahap mereka lebih tinggi berbanding tahap penulis ucapan itu. Atau mereka pernah mendengarnya. Entahlah.

Ucapan memerlukan satu suntikan yang boleh dibanggakan dan mungkin mengejutkan semua pihak. Membuat ucapan bukan mudah. Tetapi memerlukan satu perapian. Seperti juga mendandan rambut agar cantik dan dipuji. Bukan ucapan ketika pembukaan Mesyuarat PIBG atau JKKK. Ucapan parti keramat. Sentiasa dinanti-nantikan. Ia memerlukan kajian mendalam isu dan masalah semasa. Ia perlu dikaitkan dengan sejarah dan halatuju masa depan. Masa depan bukan destinasi tetapi perancangan ke arah itu.

Tatkala perbualan mengenai ucapan berkemundang, ada juga yang memperkatakan persembahan perbahasan. Ketika ada yang memuji seorang dua pembahas, tetapi ramai pula yang berkata lemah dan tidak bermaya. Betul ke? Mengapa? Atau mereka yang memperkatakan itu sudah lali dengan ucapan dan tidak berminat lagi. Atau tidak mempunyai formula membuka mata seperti lawak jenaka dan pantun seloka. Atau tidak mempunyai isi sekadar untuk membodek, memuji dan menembak di dalam gelap. Ada yang berkata, pembahas 'ditaklimatkan'. Apa? Ditalkinkan? Mengapa perlu begitu. Untuk menjaga hati orang lain yang sedang mengikuti PAU. Mengapa perhimpunan orang lain boleh tetapi pembahas PAU tidak boleh 'pau' orang lain. Dua taraf atau double standard. Inikah ruginya menjadi tunjang? Atau kita takut dengan bayang-bayang sendiri. Entahlah.

Perlu diingat bahawa bukan mudah untuk berdiri dan berucap di hadapan beribu mata dan fikiran. Ada yang berdiri di podium, menggigil sepanjang masa ketika berdiri. Ada yang pucat muka dan tidak ketinggalan yang sejuk segalanya. Bukan mudah untuk berucap dan menarik perhatian perwakilan. Ada yang membuat lawak tetapi perwakilan tidak ketawa. Ada yang berpantun tetapi tidak dipedulikan kerana tonasi yang mendatar atau bercakap dengan mulut yang tertutup. Ada membaca ayat suci yang tidak kena. Salah pilih. Entahlah.

Sebenarnya, dalam perbahasan perlu disertakan cadangan bernas. Bukan menghentam kerajaan saja atau menuding jari. Satu menunjukkan kehadapan, empat menunjuk diri sendiri. Mereka perlu mengemukakan syor tertentu untuk dibahaskan oleh orang lain. Umpamanya, perwakilan dari negeri kalah perlu menerangkan apa yang mereka lakukan ketika ini dan masa hadapan. Mereka perlu membentangkan syor-syor bernas untuk dibahaskan agar semua fikiran disatukan demi untuk menang. Mungkin tidak mahu kerana ia rahsia? Ya, ia mungkin rahsia dari segi gerak saraf dan perang sarafnya tetapi perlu ada lontaran idea yang baik. Bukan membelasah, menuding jari atau entah apa-apa.

Friday, October 22, 2010

TDM : PEMBANGKANG PANDAI JANJI

Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan jangan fikir dengan menukar kerajaan segalanya akan berubah kerana pembangkang sebenarnya akan berbuat perkara yang sama dengan apa yang dilakukan kerajaan sekiranya mereka berkuasa.

“ Sudah tentu semasa pilihan raya anda buat banyak janji, terutama sekiranya anda tidak menjangka untuk menang,”kata bekas Perdana Menteri itu. Katanya sesetengah demokrasi tidak dapat dijayakan kerana rakyat tidak dapat menetapkan pendirian mereka.

Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya di Forum Antarabangsa mengenai "Pembentukan Warga Global: Liberalisasi Media dan Realiti Baru Politik" yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2010.

"Kita lihat banyak negara demokratik, di mana pemimpin bertukar setiap dua tahun, tiada kemajuan langsung. Di sesetengah negara, demokrasi sebenarnya menghalang kemajuan dan menjadikan negara tidak stabil," tambahnya.

Demokrasi juga gagal di beberapa negara kerana ia tidak dapat menunaikan apa yang dijanjikan. "Sistem pilihan raya contohnya, jika anda mahukan 100 peratus majoriti sebelum anda bentuk sebuah kerajaan, akhirnya anda tidak akan ada kerajaan," kata Dr Mahathir.

Katanya itu sebabnya negara perlu berpuas hati dengan kerajaan majoriti, di mana walaupun kerajaan majoriti pastinya tidak dapat memuaskan hati minoriti, namun peruntukan khusus buat kaum minoriti tetap disediakan.

Sementara itu ketika bercakap kepada para wartawan selepas itu Dr Mahathir berkata masih banyak yang perlu dilakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selepas dua tahun menjawat jawatan Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri itu berkata Najib yang mewarisi kerajaan lemah, sedang berusaha membetulkan keadaan, dan sedang berdepan dengan waktu-waktu yang sukar untuk melakukannya.

"Anda dapat lihat, adakalanya dia gagal, adakalanya dia berjaya, adakalanya dia ada idea yang baik, dan adakalanya tidak. Ia memang dijangka," katanya.

Dr. Mahathir berkata beliau juga berharap agar Najib dapat meraih sokongan rakyat kerana jika tidak, alternatifnya mungkin seorang pemimpin yang lebih buruk, dan ia akan tambah memburukkan keadaan.- AGENDADAILY.

(Renungan Rimau : Dengarlah cakap Negarawan ini jika kita mahu memastikan Malaysia terus aman dan makmur. Ada pihak yang mahu matlamat menghalalkan cara sehingga tidak kisah negara ini menjadi apa saja asalkan impian tercapai. Marilah kita tolak 'saudagar mimpi' atau penyebar maklumat palsu bersiri. Ini bukan mengenai siapa jadi kerajaan tetapi siapa yang mampu memusnahkan negara ini yang selama ini telah mencapai kejayaan dan cemerlang.)

Thursday, October 21, 2010

NEW ABU VP - KOREA AND PAKISTAN

TOKYO, Japan : Elections for two ABU Vice Presidents and Administrative Council seats were conducted in the concluding session of the 47th ABU General Assembly.

KBS Korea President Kim In-Kyu and PBC Pakistan Director-General Murtaza Solangi were nominated and elected to succeed two out of three ABU Vice Presidents Manuel Goncalves and Dr. Hassan Khojasteh, whose terms of service finish at the end of 2010.

The other VP is DIY (2009-2012).

BBS Bhutan, KBS Korea, and RTB Brunei were nominated and elected for Administrative Council seats opening at the end of this year.

This marks the first time for RTB to serve ABU as a member of the Administrative Council. RTB joined the ABU in 1964.

Bravo RTB.

ABU GA, TOKYO, JAPAN 19-20 OCTOBER

Professional Discussion - 20 October 2010. (left : Imai, Sharad, Mark, Wang, DIY and Azad)
Special Topic Discussion - 20 October 2010 (left : DIY, Imai and Hassan)
ABU General Assembly - 19 October 2010
NIKKO Excursion - 18 October 21010 (ABU Delegates)
Press Conference by ABU President - 18 October 2010 (left : Javad, Imai, DIY, Hassan and Manuel)

Wednesday, October 20, 2010

AHLI ABU HARUNGI TEKNOLOGI BAHARU

TOKYO, Jepun : Ahli Kesatuan Penyiaran Asia Pasifik yang menghadiri Perhimpunan Agung ke 47 ABU di Tokyo Jepun, berakhir hari ini yakin segala cabaran sekarang perlu dijadikan peluang dan pendorong terbaik memperbaiki prestasi mereka.

Perkembangan teknologi terbaru termasuk keperluan melaksanakan segera projek pendigitalan, perkhidmatan definisi tinggi dan program tiga dimensi adalah ramuan utama bagi memastikan penyiar terus relevan pada masa akan datang.

Kemunculan rangkaian sosial banyak mengubah kehidupan seharian dan konsep penyiaran tradisi perlu anjakan besar termasuk menggabungkan dengan internet dan medium lain dalam menyampaikan kandungan bermutu dan terbaik.

Hari ini, dua sesi perbincangan diadakan berhubung kedudukan industri penyiaran sekarang dan pada masa akan datang. Ini membabitkan penggunaan landasan dan model berangkai seperti gabungan penyiaran dan laman web.

Pada sebelah pagi, perbincangan tertumpu kepada 'masa depan' penyiar dalam mengharungi kemunculan pelbagai teknologi dan peralatan baru dan sebelah petang pula menyentuh persiapan ahli ABU dalam projek pendigitalan radio dan televisyen.

Perbincangan Sesi Topik Utama dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu penyiar swasta dan penyiar awam. Panel perbincangan termasuk pegawai-pegawai kanan dari Reuters, Disney-ABC dan pengurusan tertinggi penyiar dari Jerman, Republik Korea dan Thailand.

Ahli panel mengingatkan anggota ABU bahawa sebagai penyiar, mereka menghadapi pelbagai cabaran dengan kemunculan media baru seperti perkhidmatan internet dan penggunaan telefon bimbit sebagai medium penyampaian kandungan.

Ketika ini, perkhidmatan rangkaian sosial seperti internet, youtube dan twitter berkembang pesat memberi saingan terus kepada penyiar. Cabaran dan saingan ini membolehkan ahli ABU memikirkan apa pendekatan dan strategi terbaik menyampaikan maklumat serta kandungan secara cepat dan berkesan.

Setiap penyiar perlu menghadapi kemunculan media baru dengan hati terbuka dan bersedia melakukan perubahan terutama memperlengkapkan infrastruktur berteknologi tinggi dan terkini supaya terus relevan pada masa akan datang.

Persoalan timbul tentulah kos dan kecepatannya yang perlu diselesaikan segera oleh penyiar sama ada menerusi pelaburan swasta atau pemberian geran kerajaan.Penyiar swasta kini menggunakan perkhidmatan lain seperti telefon bimbit, televisyen kabel, internet dan perkhidmatan sosial lain.

Penyiar awam di rantau Asia Pasifik perlu segera melaksanakan program pendigitalan seperti rakan mereka di Amerika Syarikat dan Eropah agar mereka mampu bersaing dengan penyiar swasta dan pembekal kandungan menggunakan medium lain.

Posting kedua - 11.50 pagi

TOKYO, Jepun - Pembentangan dua kumpulan penyiar dalam Special Topic Session iaitu penyiar swasta dan penyiar awam. Penyiar di seluruh dunia menghadapi cabaran dengan kemunculan media baru seperti perkhidmatan online dan telefon bimbit.

Perkhidmatan rangkaian sosial telah berkembang melebihi penyiar dan penonton, membolehkan para peserta memikirkan apa yang terbaik untuk dilakukan pada masa akan datang.

Kesimpulan sesi pagi ini ialah setiap penyiar perlu menghadapi kemunculan media baru dengan hati terbuka dan bersedia untuk mengadakan perubahan dan memperlengkapkan teknologi terbaru supaya terus relevan. Persoalannya tentulah kos dan kecepatannya.

Penyiar swasta telah menggunakan perkhidmatan lain seperti telefon bimbit, televisyen kabel, internet dan perkhidmatan sosial lain. Penyiar awam perlu juga bersedia melaksanakan program pendigitalan agar mereka mampu bersaing dengan penyiar swasta.

Posting Asal - 7.50 pagi

TOKYO, Jepun : Dua sesi perbincangan di sebelah pagi dan petang sempena Perhimpunan Agung Kesatuan Penyiaran Asia Pasifik (ABU), hari kedua hari ini.

Sebelah pagi mengenai 'masa depan' yang membincangkan pelbagai teknologi dan peralatan baru manakala pada sebelah petang mengenai bagaimana persediaan ahli ABU dalam projek pendigitalan radio dan televisyen.

RTM akan membentangkan satu kertas bertajuk "Menghadapi Era Digital : Langkah RTM ke Hadapan" pada sebelah petang.

Tuesday, October 19, 2010

ABU BANTU AHLI HADAPI CABARAN

TOKYO, Jepun - Kesatuan Penyiaran Asia Pasifik (ABU) diminta memainkan peranan yang lebih cergas dalam membantu ahli menghadapi pelbagai cabaran terutama perkembangan pesat teknologi bagi mengurangkan jurang antara ahli.

Dalam Forum Ahli yang menyaksikan pembentangan tujuh jawatankuasa, mereka yakin dengan gabungan bersepadu ABU, ahli-ahli negara sedang membangun dapat bergerak ke hadapan menerusi pelbagai program berteknologi tinggi termasuk penggunaan internet dan definisi tinggi.

Mereka mahu konsep pembangunan media dan media untuk pembangunan benar-benar dihayati dan dilaksanakan agar kedua-dua pendekatan berjalan selari dan boleh memanfaatkan lebih dua pertiga penduduk dunia yang tinggal di rantau ini.

Antara cabaran utama yang akan dihadapi oleh ahli-ahli ABU ialah program pendigitalan, hak sukan, komunikasi, kegiatan menyediakan kandungan dan pengiklanan dan bilangan penonton.

Untuk itu, Kumpulan Perancangan dan Strategi (PSG) yang dipengerusikan oleh Korea Selatan diminta memikirkan strategi dan pendekatan terbaik ke arah itu di samping memastikan sebarang kekurangan diatasi terutama menggunakan teknologi tinggi.

Umpamanya, jika ada ahli ABU yang tidak dapat menghadiri seminar atau bengkel yang diadakan di pelbagai tempat di rantau ini, mesti ada kaedah untuk membolehkan mereka yang berminat dengan seminar itu melihat atau mengambil bahagian seperti penggunaan 'webcasting'.

Tujuh jawatankuasa yang membentangkan laporan mereka ialah PSG, Jawatankuasa Program, Jawatankuasa Teknikal, Jawatankuasa Sukan, Kumpulan Berita (NG), Jawatankuasa Hakcipta dan Kumpulan Kerja Pertukaran Kandungan. Selain itu, diadakan pembentangan bagi Seminar ABU dan FES.

Dalam ucapan pembukaan, Presiden ABU yang juga Naib Presiden Eksekutif Nippon Hoso Kyokai (NHK), Yoshinori Imai, mahu ahli-ahli kesatuan menggunakan segala cabaran sebagai peluang di samping menyerapkan segala perubahan demi masa depan industri penyiaran.

Ahli-ahli ABU perlu mewujudkan program bermutu tinggi untuk penduduk Asia Pasifik kerana rantau ini mempunyai budaya dan warisan yang kaya untuk dipertontonkan.

Turut hadir ialah tiga Naib Presiden iaitu Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya; Naib Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif TDM, Macau, Manuel Goncalves dan Dr Hassan Khojasteh Bagherzadeh, Naib Presiden IRIB, Iran.

Monday, October 18, 2010

PERHIMPUNAN AGUNG ABU DI TOKYO

TOKYO, Jepun - Perhimpunan Agung Kesatuan Penyiaran Asia-Pasifik (ABU) ke-47 yang akan berlangsung di sini esok akan membincangkan usaha berterusan penyiar serantau memperkukuhkan kedudukan mereka sekarang dan masa hadapan bagi menghadapi kesan kemurungan ekonomi dunia.

Selain itu, program pendigitalan televisyen yang berjalan lancar di Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah akan menjadi perhatian utama bagi ahli ABU terutama dalam mempertingkatkan penggunaan televisyen sebagai medium interaktif dengan penonton.

Bertemakan "Pencapaian Pendigitalan : Pendekatan dan Strategi Praktikal", perhimpunan agung ini menarik minat seramai 400 perwakilan dari 200 negara anggota. Mereka akan berkumpul di sebuah hotel terkemuka di sini bagi majlis pembukaan pada sebelah pagi dan perbincangan topik profesional termasuk program pendigitalan televisyen di negara anggota ABU dan perkongsian pengalaman negara maju yang telah melaksanakan sepenuhnya.

Antara yang pembentang kertas kerja pada Sesi Perbincangan Profesional ialah Ketua Pengarah Penyiaran yang juga Naib Presiden ABU, Datuk Ibrahim Yahaya. Topik perbincangan beliau ialah "Menuju Era Digital : Perjalanan RTM".

Dalam sidang media petang ini, Presiden ABU, Yoshinori Imai, yakin semua ahli ABU akan mengambil bahagian yang cergas terutama pada Sesi Perbincangan Profesional selain mencari formula terbaik bagi meningkatkan industri penyiaran di rantau Asia Pasifik.

Sejak Khamis lalu, pelbagai perbincangan diadakan oleh jawatankuasa teknikal, jawatankuasa program dan Kumpulan Kerja Radio negara-negara ahli bagi berkongsi pengalaman dan mencari pendekatan terbaik bagi memperbaiki industri penyiaran di Asia Pasifik.

Semalam, Sesi Topik Utama Teknikal diadakan yang membincangkan Penyiaran Berteknologi Tinggi dan Masa Depan Televisyen membabitkan program definisi tinggi (HD) dan televisyen bersepadu serta program tiga dimensi.

Serentak itu juga diadakan mesyuarat Majlis Pentadbiran yang dipengerusikan oleh Presiden ABU dan dihadiri ahli majlis termasuk Jepun, Malaysia, Thailand, Iran dan Korea Selatan. Perbincangan mesyuarat merangkumi pelbagai topik semasa dan agenda penting menjelang perhimpunan agung esok. Perkara lain ialah keahlian, penganjuran masa depan dan program lima tahun ABU.

ABU ialah kesatuan penyiar di rantau Asia Pasifik yang ditubuhkan bermatlamat untuk mewujudkan satu rangkaian penyiar yang mampu berkongsi pengalaman dan kepakaran selain mengadakan usahasama dalam program televisyen dan teknikal.

Keahlian ABU terbahagi kepada ahli penuh, ahli penuh tambahan, ahli bersekutu, ahli gabungan dan ahli di kalangan institusi di seluruh dunia.

Ketika ini, ada 56 ahli penuh dari 39 negara termasuk Malaysia dan Jepun, 37 ahli penuh tambahan dari 18 negara dan rantau, 40 ahli bersekutu dari 22 negara/rantau, 59 ahli gabungan dari 24 negara dan sembilan institusi dari tujuh negara.

Antara ahli institusi ialah Persatuan Penyiar Antarabangsa United Kingdom (AIB), Telekomuniti Asia Pasifik, Thailand (APT), Radio Digital Mondiale, Switzerland (DRM), Forum DMB Dunia, United Kingdom (World DMB) dan Institut Berita Antarabangsa, Belgium (INSI).

Saturday, October 16, 2010

IKHLAS DAN BUKAN MENJUAL MIMPI

Bagi sesetengah pihak, pembentangan Bajet 2011 semalam adalah perkara biasa. Rutin. Perkara yang perlu dibuat oleh Menteri Kewangan setiap tahun. Tiada apa yang istimewa. Sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Ada juga yang menuduh Bajet Pilihanraya.

Bagi Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak, bajet ini benar-benar untuk membantu rakyat terutama mereka yang memerlukan. Ini sejajar dengan 1Malaysia di mana rakyat didahulukan. Jika rakyat tidak diutamakan, mana mungkin segala insentif yang dinyatakan dalam bajet itu lebih menumpukan usaha membantu rakyat dan strategi membangunkan ekonomi dalaman. Jika ekonomi tempatan tidak berkembang, mana mungkin ekonomi akan bergerak dan membantu rakyat keseluruhannya. Oleh itu, projek yang diusahakan oleh kerajaan dan swasta termasuk projek mega di Sungai Buluh, Warisan Merdeka dan lapangan terbang lama, dilihat sebagai pemangkin untuk segala talian ekonomi lain yang sudah pasti akan menggerakkan ekonomi.

Pencapaian ekonomi Malaysia tahun lalu ketika dunia menghadapi masalah ekonomi bukan satu kebetulan. Ia perlu strategi yang betul dan membina. Jika tindakan yang diambil oleh Malaysia tidak betul, maka negara akan terus merundum sepertimana yang dihadapi oleh negara lain di dunia termasuk negara maju.

Malah, ekonomi Amerika Syarikat sendiri belum pulih dan wujudnya keadaan tidak seimbang membabitkan sektor SME yang masih dilihat 'serong' oleh bank-bank di negara terbesar itu. Ketika bertemu dengan wartawan sehari pembentangan Bajet 2011, PM menceritakan bagaimana seorang usahawan yang memiliki rangkaian restoran sukar untuk mendapat pinjaman walaupun mempunyai 'track record' yang baik.

Hakikatnya, empat strategi yang diumumkan dalam Bajet 2011 sudah pasti mengambilkira semua perkara yang perlu diberikan tumpuan menjelang 2020 termasuk penekanan kepada modal insan dan inovasi. Malaysia perlu mempunyai modal insan yang terbaik bagi memastikan negara ini mampu menghadapi segala perubahan termasuk dalam bidang teknologi pada masa akan datang. Usaha mempertingkatkan modal insan itu termasuklah - Mempergiat Usaha Menarik Bakat, Memperluas Akses kepada Pendidikan Berkualiti, Memperkasa Pendidikan Awal, Memantapkan Pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah, , Memperkasa Pengajian Tinggi, Mempergiat Program Latihan dan Kemahiran, Program Latihan 1Malaysia, Meningkatkan Produktiviti PekerjaMemperluaskan Penglibatan Wanita Dalam Ekonomi dan Pembangunan Sukan Negara.

Yang penting usaha membentuk modal insan terbaik perlu bermula dari kanak-kanak lagi. Tidak hairan peruntukan yang besar diberikan kepada projek Permata yang bertujuan untuk mewujudkan modal insan yang terbaik pada masa akan datang. Walaupun ada pihak yang 'berbunyi' ketika peruntukan besar itu diumumkan, PM secara berseloroh menekankan ia projek yang baik. Baik untuk negara dan perlu dilaksanakan.

Bagi DS Najib, kerajaan ikhlas dan bekerja keras untuk memastikan ekonomi negara terus kukuh dan berkembang. Bukannya bermain dengan sentimen rakyat. Bukan menjual janji yang bukan-bukan. Baginya, kerajaan sekarang yang sudah terbukti dengan latarbelakang terbaik bergerak ke hadapan bukan seperti 'saudagar mimpi' yang mahu menjual dongengan. Ini amat bahaya kerana apabila rakyat sudah terlena maka negara boleh dibawa ke arah yang tidak menentu. Tidak mustahil berlakunya, 'matlamat menghalalkan cara' dalam mentadbir negara ini jika saudagar mimpi berjaya mendapat kuasa. Fikir-fikirkanlah. Berfikir tidak kena bayar.

Friday, October 15, 2010

BAJET 2011 UNTUK RAKYAT

(Dato' Sri Mohd Najib dan timbalannya, TS Muhyidin Mohd Yassin di Dewan Rakyat)
Posting Kesepuluh - 5.45 petang

"Kita bukannya saudagar mimpi yang memperdagang dongengan. Kita adalah parti pembina harapan yang berpijak di bumi nyata. Apa yang kita capai bukanlah secara tidak sengaja, ibarat bulan jatuh ke riba, tetapi ia hasil dari perencanaan yang jelas, ketegasan pelaksanaan, perancangan yang rapi serta pengorbanan yang tinggi." kata PM.

Pembentangan tamat jam 5.45 petang.

Posting Kesembilan - 5.40 petang

Bajet 2011
RM 212 billion - (naik 2.8 peratus daripada 2010)
RM 162.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus
RM 49.2 bilion bagi perbelanjaan pembangunan

Posting Kelapan - 5.35 petang

Strategi Keempat - Memperkukuh Penyampaian Perkhidmatan Awam

Mempermudah Berurusan dengan Agensi Kerajaan
Memperkemas Sistem Penilaian Prestasi
Menghargai Sumbangan Penjawat Awam


Posting Ketujuh - 5.30 petang

Strategi Kedua - Membangunkan Modal Insan

Mempergiat Usaha Menarik Bakat
Memperluas Akses kepada Pendidikan Berkualiti
Memperkasa Pendidikan Awal
Memantapkan Pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah
Memperkasa Pengajian Tinggi
Mempergiat Program Latihan dan Kemahiran
Program Latihan 1Malaysia
Meningkatkan Produktiviti Pekerja
Memperluaskan Penglibatan Wanita Dalam Ekonomi
Pembangunan Sukan Negara

Strategi Ketiga - Mensejahterakan Hidup Rakyat

Membantu golongan kurang Bernasib baik
Meningkatkan Pemilikan Rumah
Meningkatkan Taraf Hidup Penduduk Luar Bandar
Meringankan Beban Hidup Rakyat
Menghargai Sumbangan Pemimpin Masyarakat
Pembangunan Orang Asli dan Pribumi
Mengurangkan kos Pengangkutan
Memperluas Perkhidmatan Kesihatan Awam
Membanteras Jenayah, Menjamin Keselamatan
Memperkasa Peranan Badan Bukan Kerajaan
Pemuliharaan Alam Sekitar
Tanggungjawab Sosial Korporat

Posting Keenam - 4.40 petang

Strategi Pertama - Mendaya Kembali Pelaburan Swasta

Inisiatif Perkongsian Awam-Swasta
Pembangunan Strategik Berimpak Tinggi
Mencergaskan Pasaran Modal
Pasaran Modal Islam
Mempergiatkan Industri Teroka Modal
Skim Amanah Hartanah Bumiputera
Dana Pencen Swasta
Meningkatkan Kegiatan Industri Elektrik dan Elektronik
Mencergaskan Industri Minyak, Gas dan Tenaga
Memajukan Teknologi Hijau
Menyuburkan Sektor Pertanian
Merancakkan Industri Pelancongan

Pemangkin Industri Minyak Sawit dan Produk Berkaitan
Meningkatkan Potensi Industri Teknologi Maklumat dan ICT

Menggalakkan Sektor Perkhidmatan Perniagaan
Pembangunan Koridor dan Wilayah
Menggalakkan Aktiviti R&D&c
Menambahbaik Perundangan Insolvensi
Memajukan Lagi Industri Kreatif
Memperkukuh kedudukan Kewangan Negara


Posting Kelima - 4.25 petang

Tema bajet : Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi.

Empat strategi utama :
1. Mendaya Kembali Pelaburan Swasta
2. Membangunkan Modal Insan
3. Mensejahterakan Hidup Rakyat dan
4. Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam

Posting Keempat - 4.16 petang

Pertumbuhan ekonomi negara dijangka meningkat pada kadar 5 hingga 6 peratus. Bagaimanapun, Kerajaan akan berusaha sedaya upaya mungkin, untuk mencapai pertumbuhan 6 peratus. Pertumbuhan didorong oleh pelaburan swasta sebanyak 10.2 peratus, penggunaan swasta 6.3 peratus dan eksport 6.7 peratus. Sektor pembuatan pula kekal menerajui pertumbuhan berkembang 6.7 peratus dan perkhidmatan 5.3 peratus.

Posting Ketiga 4.08 petang

PM membentangkan Bajet 2011.

Ini bukan bajet lazim. Bajet ini amat bermakna sebagai helaian-helaian pembuka tirai kepada pusingan akhir ke arah Wawasan 2020 yang bakal menjelang kira-kira 3,385 hari atau 9 tahun 2 bulan dan 17 hari lagi.


Posting Kedua - 3.57 petang

Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sudah memasuki dewan. PM memakai baju Melayu berwarna merah jambu dan warna baju Melayu TPM ialah biru.

Posting Pertama - 3.30 petang


TV1 dan TV2 memulakan Program Pra Bajet bermula jam 3.30 petang. Program TV1 dihoskan oleh Suhaimi Mohamad manakala TV2 oleh Terence Dass. Antara tetamu TV1 ialah bekas Presiden BSKL, Datuk Mohd Salleh Majid dan Prof Dr Mohd Fauzi Mohd Jani.

Pembentangan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak bermula jam 4 petang.

Antara dijangka diumumkan ialah pelbagai projek kerajaan dan swasta bagi mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi dalam negeri. Selain itu pelbagai usaha untuk membantu golongan berpendapatan rendah termasuk posmen. Ada juga program meningkatkan bidang inovasi dan menarik lebih ramai rakyat Malaysia di luar negara untuk kembali ke tanahair.

Bonus? Tunggu. Selamat menonton.

BATU SAPI TARIKH SAMA DENGAN GALAS

Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi untuk pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi akan diadakan secara serentak dengan pilihanraya kecil DUNGalas.

Beliau mengumumkan perkara ini dalam siaran langsung di TV1. Ini bererti tarikh penamaan calon adalah pada 26 Oktober ini, manakala hari mengundi jatuh pada 4 November ini.

Selamat bekerja keras untuk menang PRK.

Sunday, October 10, 2010

MARI BANTU RUMAH ANAK YATIM INI


ZAIN IBRAHIM MENINGGALKAN KITA

Bekas Penerbit Drama RTM, Hj Zain Ibrahim, yang kini bertugas di Bahagian Kualiti Bekalan Filem kembali ke rahmatullah pada jam 4 petang tadi di Hospital Sungai Buluh kerana sesak nafas.

Jenazahnya dijadualkan dibawa balik ke Kelantan untuk disemadikan.

Al-Fatihah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang soleh. Amin.

DS DR CHUA BUAT KENYATAAN BETUL

DIY masih ingat satu masa dulu, Dr Chua Soi Lek pernah membuat kenyataan bahawa Melayu adalah tuan kepada negara ini. Kenyataan itu membuatkan Sultan Johor menitahkan beliau mengadap baginda dan seterusnya dianugerahkan darjah kebesaran bergelar Dato'. Kenyataan Dr Chua menidakkan pelbagai suara-suara sumbang yang mempertikaikan perkara itu terutama mereka yang gemar memainkan sentimen politik sempit dan songsang.


Hari ini, DS Dr Chua menegaskan bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) bukan saja hanya membantu Bumiputera tetapi banyak membantu golongan bukan Bumiputera di negara ini. Kenyataan ini ibarat sudah terang lagi bersuluh. Dalam ertikata lain beliau mengiakan kenyataan pemimpin politik sebelum ini yang mahu disanggah oleh golongan yang terus memainkan politik perkauman yang merugikan negara ini. Menang benar DEB turut membantu golongan bukan Bumiputera malah ada yang mengatakan merekalah yang banyak mendapat pelbagai projek pembangunan di negara ini. Tolonglah mengakuinya.

Wednesday, October 6, 2010

KULI GALAS DUN GALAS (2)

Salah satu perkara penting dalam memenangi pilihanraya ialah strategi memenangi hati pengundi. Jika strategi betul, calon parti yang bertanding akan menang kerana ketika ini ramai pengundi di atas pagar seperti yang ada di DUN Galas. Dalam ertikata lain, jika parti yang bertanding mampu 'menambat hati' pengundi, merekalah yang mendapat undi.

Strategi ini termasuklah pendekatan untuk menambat hati pengundi menerusi program yang dilaksanakan. Zaman untuk menggunakan pendekatan pembangunan saja sudah berlalu kerana apa yang berlaku di PRK Sibu boleh dijadikan teladan dan sempadan. Walaupun banyak pembangunan dijanjikan di Sibu tetapi ia dimenangi oleh pembankang. Apa yang berlaku? Ini perlu dilihat dengan teliti terutama pengumuman pembangunan di malam terakhir ceramah PRK Sibu.

Apa yang salah dengan pendekatan pembangunan? Banyak analisis menyatakan bahawa penduduk Sibu tidak kisah lagi mengenai pembangunan tetapi mahukan perhatian lebih kepada nasib mereka terutama menyelesaikan masalah banjir dan kehidupan seharian. Oleh itu, pendekatan pembangunan saja tidak boleh menjanjikan pengundi memberi undi sebaliknya ia perlu digabungkan dengan pendekatan lain seperti komunikasi bersemuka, lawatan rumah ke rumah dan syarahan. Apa pula yang perlu dinyatakan ketika ceramah? Antaranya ialah sejarah baik BN dalam memastikan negara ini terus aman dan makmur. Paparan mengenai pelbagai pembangunan yang sudah dilaksanakan. Kepentingan untuk memastikan anasir luar tidak memecah-belahkan negara.

Apa yang tidak boleh dilakukan oleh BN berbanding lawannya ialah melemparkan tohmahan dan dakwaan sehingga mengelirukan pengundi di atas pagar. Ini kerana BN mempunyai integritinya sendiri terutama sebagai pemerintah di peringkat Persekutuan. Bagi pembangkang, mereka boleh menaburkan pelbagai janji dan tohmahan. Ini yang dilakukan selama ini sehinggakan janji PRU12 pun masih belum dilaksanakan. Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang masih terus menunggu dan ramai yang sudah menyatakan kehampaan.

Berbalik kepada Galas, BN sebagai pembangkang perlu mengutarakan kelemahan kerajaan negeri dalam membangunkan negara terutama dari segi penyediaan kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan menyediakan pekerjaan di negeri. Ini ditambah dengan kegiatan pembalakan haram yang memberi kesan mendalam kepada penduduk di kawasan berkenaan terutama kekotoran yang berlaku dan masalah kehidupan sosial. Jika BN mampu membawa pendekatan kesilapan pemerintah ini terutama menyedarkan masyarakat bahawa mereka sebenarnya 'akan menghadapi masalah selama-lamanya' jika di bawah PAS maka ini secara tidak langsung membuka mata mereka. Bayangkan ketika hari raya juga, penduduk menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan air bersih. Sungai juga sudah berwarna cokelat yang tidak sesuai untuk mandi apatah lagi untuk dijadikan sumber minuman.

BN juga perlu menyedarkan penduduk tempatan mengenai tindakan kerajaan negeri yang seolah-olah menutup mata dan telinga walaupun pelbagai rintihan disuarakan oleh rakyat menerusi media massa. Mereka perlu memikirkan semula pemikiran taksub kepada pemimpin PAS kini tidak menjanjikan kehidupan yang lebih cerah pada masa akan datang. Apakah mereka tidak kisah hidup sebegini rupa di dunia dan bercita-cita tinggi untuk kehidupan yang lebih baik di akhirat? Jika mereka berfikiran begini, tolonglah bantu anak-anak yang menghadapi pelbagai masalah dengan kemudahan asas ini.

Seterusnya, BN perlu memikirkan pendekatan bersepadu agar semua program yang dilaksanakan tidak bertindan antara satu agensi dengan agensi yang lain. Memanglah usaha murni untuk membantu rakyat terutama ketika memerlukan dialu-alukan. Tetapi janganlah 'menyulitkan' penduduk untuk menghadiri pelbagai program dari pagi sehingga ke petang dan malam. Ini boleh menimbulkan rasa sakit hati dan memberikan kesan tidak baik. Program perlu disusun dengan baik terutamanya agensi yang terbabit secara langsung membantu penduduk setempat. Ini termasuk Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang perlu mengadakan program untuk orang Asli terutama 1,958 pengundi yang mengundi pada PRK kali ini. Adakan program yang menyedarkan mereka bahawa kini masa untuk berubah memilih calon BN.

Tuesday, October 5, 2010

KULI GALAS DUN GALAS (1)



Perlantikan KULI sebagai peneraju BN untuk DUN Galas sudah pasti memberi kesan mendalam dalam usaha merampas semula kawasan itu. Dalam dua pertandingan membabitkan dua individu yang sama iaitu Mohd Saufi Deraman (BN) dan Che Hashim Sulaima (PAS) , sekali dimenangi oleh BN pada PRU 11 manakala Che Hashim memenangi pada PRU12 dengan kelebihan 646 undi.

Sudah pastilah KULI akan bekerja keras memastikan DUN di bawah Parlimennya balik semula kepada BN yang secara langsung memberi suntikan imej terbaik kepada BN. Ramai pihak yakin KULI mampu melakukannya berdasarkan pengalaman luas kerabat Kelantan ini. Walaupun PAS cuba memperkecilkan 'kehadiran' KULI terutama jika beliau dipilih sebagai calon, semua pengundi di kawasan itu pasti akan memberikan sokongan padu kepada BN. Bagi Orang Asli, yang berjumah 1,958 orang sudah tentu mereka akan memilih 'Raja' mereka.

Antara isu yang pasti akan ditimbulkan ialah kesan pemerintahan Kerajaan PAS yang membabitkan isu kemiskinan, penggangguran, bekalan air bersih dan tindakan pembalak haram. Pecahan pengundi seramai 11,628 ialah Melayu (7,069), Cina seramai 2,262 orang, Orang Asli (1958), India (179) dan lain-lain (33). Jumlah pengundi pos ialah 127.

Monday, October 4, 2010

ROMBAKAN KABINET BULAN INI?

Rombakan Kabinet? Inilah antara bahan perbualan ketika musim raya baru-baru ini terutama jika ada orang politik yang menimbulkannya. DIY juga tidak terlepas daripada pertanyaan itu dan jawapan ringkas ialah, "Perdana Menteri yang akan menentukan perkara itu."

Hakikatnya, PM adalah individu yang membuat keputusan untuk merombak Kabinetnya. Alasan? Sudah pasti beliau mempunyai pelbagai faktor yang menentukan perubahan dalam Kabinet. Itupun jika perlu. Antaranya ialah prestasi Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik selama ini. Adakah mereka mencapai KPI yang ditetapkan? Apakah segala arahan PM selama ini dilaksanakan dengan baik dan memberi outcome yang boleh dibanggakan?

Prestasi ini penting untuk memastikan prestasi kerajaan berada di tahap yang meyakinkan rakyat. Sudah tentu rakyat mahu tahu slogan yang diperkenalkan oleh PM itu benar-benar mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian. Jika rakyat tidak diutamakan sudah tentu ia menjejaskan hasrat sebenar PM untuk memastikan nasib rakyat terbela. Rakyat perlu dibantu dalam segala bentuk terutama mereka yang memerlukan. Mereka yang memerlukan bekalan elektrik dan air. Rakyat memerlukan pekerjaan untuk meneruskan hidup mereka. Rakyat perlukan keselamatan dan keselesaaan hidup terutama di kawasan luar bandar.

Pencapaian? Rakyat mahu melihat kerajaan berjaya memastikan segala dasar yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. Menteri Kabinet yang dilantik perlu menjalankan tugas mereka dengan cekap dan sebaik mungkin. Tiada kompromi kepada pencapaian terbaik kerana tanpa output dan outcome, rakyat akan terus ketinggalan.

Janji-janji kerajaan perlu dilaksanakan segera sebelum PRU13. Kerajaan BN amat berbeza dengan kerajaan pembangkang di negeri-negeri kerana BN perlu mengekalkan prestasi untuk dipastikan mendapat undi pada PRU yang akan datang. Bagi pembangkang, mereka tidak kisah dengan perkara ini kerana mereka mempunyai senjata yang lebih ampuh iaitu membuat pelbagai dakwaan sehinggakan rakyat keliru dengan pencapaian BN, walaupun dakwaan itu tidak benar dan palsu.

Sudah tentulah tumpuan PM kali ini menjurus kepada Kementerian yang ditetapkan KPI segera untuk membantu rakyat termasuklah Pendidikan, Kesihatan, Wilayah dan Luar bandar, KDN dan KPKK. Kementerian lain juga tidak terlepas daripada tanggungjawab membantu rakyat di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Selain itu, adakah PM akan terus mengekalkan atau menukar Kementerian tertentu sejajar dengan perkembangan semasa. Umpamanya, KPKK adalah Kementerian yang kedua terbesar selepas JPM dengan pengawasan terhadap 18 agensi. Ia membabitkan penerangan, k0munikasi dan kebudayaan. Apakah Kementerian yang mengawasi pendidikan akan disatukan semula? Apakah Kementerian Pelancongan akan mendapat 'cabang kesenian dan kebudayaannya' pada masa akan datang? Inilah perkara yang pasti diberikan perhatian oleh PM.

Sunday, September 26, 2010

USAHA MEMANTAPKAN RADIO RTM

Menteri KPKK, Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim bersalaman dengan wartawan/penyampai veteran RTM, Sdr Sugu sambil disaksikan oleh rakan-rakan seperjuangan ketika YBM melawat lima konti radio RTM pada Jumaat lalu. Dr Rais bukan saja melawat tetapi juga ditemuramah oleh penyampai di Radio Malaysia Klasik Nasional, RM Minnal FM, RM Ai FM, RM Asyik FM dan RM Traxx FM. YBM mahu semua penyampai menyebarkan maklumat dan memastikan rakyat memahami Gagasan 1Malaysia dan menyuburkan semula semangat cintakan negara terutama yang berpandukan kepada Rukun Negara dan bertunjangkan Perlembagaan.

Monday, September 20, 2010

RUMAH HARAPAN YANG BERI HARAPAN

Penyelia Sekolah Harapan Melaka, Saimah Hiran (tiga dari kiri) bersama kakitangan sekolah bermesra dengan salah seorang daripada lima pelajar pertama yang mendaftar di Jalan Pegawai, Melaka. - Utusan/ABDUL RAZAK LATIF .

DIY berdoa agar usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk mewujudkan Sekolah Harapan bagi gadis hamil mencapai matlamatnya untuk membantu golongan yang amat memerlukan itu. Ini secara langsung mengelakkan kegiatan membuang bayi yang banyak disiarakan dalam akhbar sejak dari dulu lagi.

Sebelum ini, pendekatan 'pak sanggup' memang ada di kampung-kampung di mana ibu bapa yang menghadapi masalah anak gadis hamil mencari mereka yang sanggup menutup 'aib' keluarga itu dengan pemberian balasan tertentu. Usaha berterusan perlu dibuat untuk membantu golongan ini agar mereka sentiasa terasa disayangi walaupun sudah terlanjur. Dalam pada itu, usaha memberi pendidikan agama perlu diteruskan oleh semua pihak agar kejadian seumpama itu dapat dikurang dan dihapuskan.

Friday, September 17, 2010

BAPA BOREK ANAK BELANG BELANG

Oleh: ROSLI ISMAIL

Hal-hal begini yang adakalanya kita terpaksa kena pinjam kata-kata... Lu fikirlah sendiri .Pelik bukan mengenangkan pendirian Nurul Izzah,Ahli Parlimen Lembah Pantai anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam bab pemilihan jawatan PKR. Tempoh hari bersungguh-sungguh kata tak memihak antara Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim yang dijangka berentap jawatan Timbalan Presiden. Sebaliknya bila Senator Dr Syed Husein Ali secara rasmi umum undur diri dari jawatan Timbalan Presiden Rabu,beliau terus ubah nada dan ‘tunjuk belang’ sebenar. Nurul secara terbuka istihar beliau sokong Zaid semasa sidang akhbar di Kuching Khamis sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur setelah mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli PKR negeri itu. Beliau tidak lagi berselindung dengan menilai Zaid sebagai pemimpin yang berwawasan dan PKR memerlukan pemimpin seperti ini.

Dalam ucapan pada malam sebelumnya beliau mengingatkan ahli parti itu agar tidak memilih mereka yang musang berbulu ayam. Siapa agaknya yang beliau maksudkan kerana dalam sidang akhbarnya Nurul menjelaskan beliau tidak merujuk kepada Zaid sebagai musang berkenaan. Hairan bin ajaib ketika bapanya diketahui umum dokong Azmin tapi Nurul mengambil pendiriran sebaliknya. Apakah Nurul ikut angin ibunya Datuk Dr Seri Wan Azizah Ismail yang bukan rahsia lagi dingin terhadap Azmin. Kata orang kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang.Ini sudah dua pokok yang bergoyang serentak. Mungkinkah perasaan peribadi tertentu lebih menguasai denyut nadi Nurul hingga negatif terhadap Azmin.

Lojiknya memang tak lojik kerana Nurul sepatutnya lebih kenal Azmin yang sebegitu lama menjadi pegawai dan orang kuat bapanya luar dalam berbanding Zaid yang baru Julai tahun lalu menyertai PKR. Kalau sudah gandingan ibu dan anak tak sealiran dengan pandangan bapa salahkah kalau orang cakap pasti ada yang tak kena termasuk mengimbas kisah-kisah Anwar-Azmin yang didakwa bekas rakan tenis, Datuk S Nallakarupan. Azmin sendiri perlulah rasa tidak sedap badan dengan cacamarba macam ni. Jangan kata orang biasa tetapi ahli-ahli PKR sendiri pun tentu tertanya-tanya apa puncanya sampai jadi begitu. Siapa tahu ada perkara yang Nurul dan ibunya boleh bendung perasaan dikaca mata ramai tetapi bila datang bab perhitungan yang menyentuh jiwa begini mereka terpaksa tekan brek kecemasan. Mungkin demokrasi individu dalam membuat pilihan dijadikan alasan penyedap bicara.Cuma anihnya Nurul sealiran dengan segala bab politik dengan bapanya tetapi nampaknya dalam bab Azmin mereka ibarat simpul mati tidak boleh menyatu.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan,Zaid dipetik dengan nada menyindir mengulas cara Azmin umum secara rasmi nak bertanding jawatan Timbalan Presiden di Kota Kinabalu pagi Khamis yang dibelakangi oleh sebilangan pemimpin PKR dalam sidang akhbarnya. Beliau merujuk kepada pengumuman Azmin yang dibuat di hotel lima bintang Tanjong Aru Beach Resort. “Dia ada stail” sambil menambah sindirannya dengan ungkapan “ menakutkan”. Zaid berkata cara tunjuk kuat begitu hanya akan mencetuskan suasana tegang dalam parti. Dakwanya beliau juga ada penyokong dikalangan ahli parlimen PKR tetapi tidak mahu pamer masa buat pengumuman. Kata Zaid ada banyak masa lagi untuk kempen kerana pencalonan belum lagi dibuat. Beliau juga kesal dengan keputusan Anwar tidak mahu bertanding apa-apa jawatan. Katanya jawatan Penasihat PKR bukanlah jawatan yang diiktiraf dalam perlembagaan parti.- 16/9/2010 .

(Renungan Rimau : Hati lain-lain. Dah tahu lama dahhhhh. Tapi minta tolonglah MP, setiap pagi saya terpaksa melalui kesesakan di Lembah Pantai tu. Bila hendak diselesaikan? Minta tolong kat RNC la...)

Monday, September 13, 2010

PDRM AKAN TERUS CEMERLANG

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar yang memulakan tugasnya hari ini berjanji akan memberikan khidmat terbaik kepada seluruh rakyat dan negara dengan berpaksikan undang-undang dan bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya.

Beliau berkata, tanggungjawab berat yang digalasnya memerlukan sokongan dan kerjasama erat daripada semua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam merealisasikan objektif PDRM berlandas Akta Polis Perkara 3 (3).

"Tidak ada seorang KPN yang mampu menjalankan tugasnya sendirian dengan kudrat yang ada tanpa bantuan dan sokongan dari pegawai dan seluruh anggota. Saya melihat kepada lapan KPN sebelum ini di mana mereka mampu menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik, dan saya yakin mampu melakukan perkara yang sama dengan bantuan dan sokongan semua pihak,” katanya ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara di Mes Pegawai Bukit Aman di sini hari ini. Ismail berkata, pada hari pertama memulakan tugas, beliau akan bertemu empat mata dengan semua pengarah, timbalan pengarah dan ketua polis negeri.

Terdahulu, Ismail menandatangani serah terima tugas jawatannya sebelum ini kepada Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Hussin Ismail yang dilantik sebagai Timbalan KPN. Ismail, 57, dilantik sebagai KPN menggantikan Tan Sri Musa Hassan yang tamat kontraknya semalam selepas berkhidmat 41 tahun dalam pasukan. Pelantikan Ismail sebagai KPN dan Hussin, 57, sebagai Timbalan KPN diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 1 September lalu. – Bernama.

(Renungan Rimau : PDRM telah menjalankan tugas yang cemerlang sejak sekian lama. Yang perlu diperkemaskan ialah individu tertentu yang tidak mempedulikan 'maruah' pasukan dengan menjadi talibarut pihak tertentu. Tidak hairanlah jika ada operasi menangkap 'jerung' tertentu maklumat sudah disampaikan kepada kumpulan pembiaya dan jerung lepas lari. Yang dapat nama buruk ialah PDRM.)

Wednesday, September 8, 2010

RAMAI YANG MISKIN ADALAH MELAYU

MUAR 7 Sept. – Usaha membasmi kemiskinan tanpa mengira batas kaum akan terus menjadi keutamaan kerajaan bagi membolehkan sasaran miskin sifar dapat dicapai pada tahun ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha itu telah dilakukan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 lagi dan dengan kesungguhan kerajaan, jumlah 60 peratus rakyat miskin di negara ini dapat dikurang kepada sekitar tiga dan empat peratus sahaja.

“Langkah-langkah telah diambil kerajaan kita sekian lama untuk menentukan seberapa mungkin yang boleh, tiada ada keluarga yang dikatakan miskin di kalangan masyarakat. Sebab itu, kita berusaha sedaya upaya memberi bantuan kepada golongan yang dikenal pasti, bukan hanya dengan bantuan kebajikan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja. Tetapi lebih penting, untuk membimbing masyarakat miskin dengan latihan untuk meningkatkan pendapatan, bantuan supaya dapat berniaga secara kecil-kecilan serta bantuan perumahan untuk warga miskin,” katanya.

Beliau berucap pada majlis berbuka puasa, penyampaian zakat daripada UDA Holdings Bhd. serta penyampaian sumbangan kepada golongan fakir miskin di Surau Saadi’ah di sini hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Pengerusi UDA Holdings, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menyerahkan zakat berjumlah RM120,000 kepada Muhyiddin yang mewakili Yayasan Nurul Yaqeen. Nur Jazlan juga menyerahkan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Pengerusi Surau Saadi’ah, Ghafur Md. Yassin untuk diisi pada tabung surau berkenaan.

Menurut Muhyiddin, biarpun pelbagai usaha dijalankan, kerajaan sedar terdapat kelompok miskin tegar di negara ini yang memerlukan lebih tumpuan.

“Malahan ada istilah baru iaitu golongan yang mudah miskin, hari ini dia tidak miskin, esok dia boleh jadi miskin disebabkan dia tidak boleh bekerja ataupun menganggur dan disebabkan itu tidak memperoleh pendapatan cukup untuk menyara keluarga,” katanya.

Kata beliau, hanya dengan pelajaran, generasi muda pada hari ini dapat memastikan masalah kemiskinan dapat diatasi dan diharap golongan berkenaan bukan sahaja dapat membantu keluarga mereka sahaja tetapi juga membantu membina negara. - UTUSAN.

(Renungan Rimau : Kawan DIY, seorang usahawan India yang berjaya sentiasa didatangi oleh kaumnya yang mempersoalkan mengapa kerajaan banyak tolong orang Melayu sedangkan mereka melihat ramai Melayu mempunyai mempunyai rumah besar dan kereta mewah. Datuk R memberitahu mereka bahawa itu yang mereka nampak. Jika mereka mengetahui jumlah yang masih memerlukan, sudah pasti mereka akan cepat faham dan tidak emosional. Katanya, melihat apa yang dilaluinya sejak dulu lagi, siapa yang rajin di negara ini akan berjaya dan menjadi kaya. DEB ada pun, ramai usahawan lain yang berjaya. Bukan Melayu saja.)

Tuesday, September 7, 2010

CAMPUR TANGAN : APA YANG TERSIRAT?

Lambaian tangan TS Musa Hassan kepada kita sudah tentulah dibalas dengan tepukan gemuruh. Ucapan terima kasih kepada beliau kerana sentiasa memastikan negara ini terus aman dan sentosa. Di bawah kepemimpinannya, kadar jenayah kini semakin kurang terutamanya jenayah jalanan membabitkan maut dan kecederaan parah.

Dalam pada itu, ramai juga yang terkejut dengan kenyataan TS Musa mengenai 'campur tangan' KDN dalam penyiasatan polis. Ini bukan pertama kali luahan itu dilemparkan tetapi buat kali kedua. Sudah tentu ada yang 'tersirat' daripada kenyataan beliau.

Monday, September 6, 2010

GUNAWAN MENINGGALKAN KITA

Sahabat DIY, Gunawan Mahmood, 51, meninggal dunia petang tadi.

Allahyarham yang kini bertugas sebagai Setiausaha Politik MB Johor dikatakan terkulai ketika duduk di pejabat disebabkan keletihan kerana penyakit kencing manis.

Beliau adalah seorang penulis yang baik.

Semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang orang beriman.

Al-Fatihah.

MELAYU GUMBIRA SEMUA GUMBIRA

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini akan terus retak jika orang Melayu berpecah-belah kerana kunci utama kepada keharmonian negara terletak di bahu masyarakat bumiputera itu.

Pensyarah politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, api perkauman yang dinyalakan pihak tertentu adalah berpunca daripada sikap orang Melayu sendiri yang enggan bersatu-padu. Situasi itu jelasnya, melemahkan kuasa orang Melayu sehingga ada pihak bertindak 'menangguk di air keruh' untuk menjejaskan kestabilan politik dan keharmonian negara. "Apabila Melayu dilihat sudah lemah dan tidak berdaya, kaum lain akan memandang rendah dan mempertikaikan kredibiliti orang Melayu untuk memimpin negara. "Justeru, perpaduan di kalangan orang Melayu perlu diperkasakan terlebih dahulu kerana ia merupakan kunci kepada keharmonian negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas peringatan berterusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sejak kebelakangan ini berhubung nasib orang Melayu jika mereka tidak bersatu-padu.

Yang Dipertua Pertubuhan Perpaduan Melayu Kedah (Pemikad), Abdul Ghani Mehat pula berkata, pergolakan yang berlaku di kalangan pemimpin memberi gambaran bahawa orang Melayu tidak mampu memerintah negara dengan baik. "Sehubungan itu, kaum lain mula terdorong untuk mengkritik dan menyuarakan keinginan masing-masing meskipun bertentangan dengan Perlembagaan negara," katanya.

Sementara itu Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, keharmonian negara ini akan terpelihara jika hak semua kaum dihormati seperti yang dipersetujui dalam Perlembagaan Persekutuan. "Perlembagaan memperuntukkan banyak keistimewaan untuk dijadikan 'senjata' dalam memperkasakan masyarakat Melayu.

Veteran UMNO, Tan Sri Zaleha Ismail pula berpendapat, usaha mempertahankan perpaduan dan keharmonian negara adalah tanggungjawab semua pihak tidak mengira bangsa atau agama.- UTUSAN.

(Renungan Rimau : Dah lama bagi tau dahhhh)

Sunday, September 5, 2010

BERTELAGAH MEMBAWA PADAH

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Teguran serta peringatan oleh Sultan Perak dan Sultan Selangor berhubung nasib orang Melayu perlu dipandang serius.

Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, semua pihak tidak kira sama ada rakyat, tokoh korporat mahupun ahli politik perlu mengambil peringatan daripada teguran tersebut kerana ia cukup kritikal dalam menentukan nasib masa depan orang Melayu.

Katanya, teguran berterusan Sultan Perak dan Sultan Selangor mengenai perkara itu mencerminkan penelitian mendalam baginda berdua terhadap nasib orang Melayu di negara ini sebelum menitahkan mereka supaya bersatu kerana khuatir situasi perpecahan yang semakin kronik.

"Kalau kita lihat kepada situasi orang Melayu sekarang ini, saya tidak hairan mengapa Sultan Perak dan Sultan Selangor menitahkan kita supaya bersatu kerana pemimpin-pemimpin parti politik Melayu sendiri bertelagah sesama sendiri, inikan pula rakyat.

"Sepatutnya golongan pemimpin yang menjadi contoh kepada rakyat. Kalau mereka terus bertelagah sesama sendiri, saya percaya orang Melayu semakin sukar untuk bersatu,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kebelakangan ini sering mengingatkan orang Melayu agar bersatu mempertahankan agama dan bangsa daripada anasir yang cuba mencabar institusi Islam.
Sementara itu, Setiausaha Satu Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM), Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, sikap orang Melayu yang hanya bergantung kepada kerajaan semata-mata merupakan kelemahan yang kini dipergunakan oleh kaum lain.

"Orang Melayu perlu segera sedar dan jangan hanya bergantung kepada kerajaan kerana ia merupakan kelemahan ketara kita. Sebaliknya kita perlulah bersatu dan mengatur strategi yang jitu untuk mempertahankan bangsa dan agama,'' tegasnya.

Bagi Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar pula, titah Sultan Perak serta Sultan Selangor itu wajib dipatuhi oleh orang Melayu.

"Sultan merupakan ketua agama dan juga ketua orang Melayu di Malaysia. Jadi adalah wajib bagi kita menuruti perintah baginda untuk kebaikan bangsa kita,'' katanya. - MM.

(Renungan Rimau : Cakap Tok Nal tu betul. Orang Melayu, tidak kira apa parti pun perlu memikirkan cara terbaik untuk menyuarakan kepentingan bangsa. Pemimpin kaum Cina tanpa mengira parti dan agama duduk semeja untuk membincangkan masa depan mereka di satu tempat setiap tahun. Mereka adalah NGO atau persatuan budaya yang di dalamnya terdiri orang DAP, MCA, GERAKAN atau parti Cina lain yang mahu bersatu menegakkan dan memperjuangkan kepentingan kaum. Di luar berbalah, di dalam bersatu. Pemimpin politik ketepi, pemimpin kaum mahu bersuara. Malah meja besar yang sesetengah tidak berkenan perlu dipecah agar tiada yang gundah dan dibuat semula bagi memastikan semua pihak puas hati. Selepas meja baru dibuat, maka mereka 'duduk semeja' membincangkan kepentingan kaum dan keadaan semasa di negara ini. Mungkin termasuk kelekaan Melayu berbalah dan bertelagah. Alahai Melayu.)

Saturday, September 4, 2010

ULAR SAWA SEMAKIN KENYANG

(Renungan Rimau: Di sekeliling kita banyak juga ular sawa yang sentiasa mencari habuan dengan memilih makanan digemari terutama yang amat mengenyangkan. Kita harus berhati-hati kerana adakalanya ular sawa ini bijak dengan membuat pelbagai tipu helah untuk makan secara senyap tanpa diketahui oleh penangkap ular sawa atau penguatkuasa. Yang paling menakutkan ialah ular sawa itu pandai berkata-kata dan menuding jari kepada kita setelah ular sawa itu kenyang. Tetapi ular sawa ini terlupa bahawa kita boleh melihat perutnya buncit kerana menelan seekor kambing. Ini bukan cerita dongeng, satire atau untuk memalukan sesiapa. Takut-takutlah kena nanti.)

Friday, September 3, 2010

JANGAN JADI KEBUDAK-BUDAKKAN

Selepas 53 tahun merdeka, bagaimanakah sikap rakyat negara ini? Sudah tentulah anda merasakan mereka lebih matang dan mempunyai sikap 'penerimaan' seperti yang terkandung dalam Gagasan 1Malaysia.

Namun, beberapa perkembangan terbaru membabitkan kenyataan berbaur perkauman pasti menimbulkan 1001 pertanyaan. Apakah rakyat negara ini belum matang? Apakah ada pihak yang mahu menonjolkan diri sebagai hero bangsa atau kaum? Atau ada pihak yang mahu mengambil kesempatan daripada sikap pemimpin negara yang lebih mesra? Adakah ada pihak yang ingin menyebarkan fahaman tertentu seperti komunis?

Ada pandangan terutama di kalangan orang Melayu menyifatkan perbuatan pihak yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman itu sebagai menguji kesabaran sesetengah pihak. Mereka juga merasakan golongan tertentu ini cuba mengambil kesempatan daripada sikap mesra pemimpin tertinggi negara. Tiada atau kurangnya tindakan ISA ketika ini maka mereka lebih lantang bersuara. Ini sudah tentulah tidak sihat dan menggalakkan lebih ramai berbuat demikian.

Namun, kenyataan orang nombor satu dan dua negara bahawa tindakan tegas akan diambil kepada golongan sebegini mungkin meredakan keadaan. Tetapi tindakan susulan selepas ini amat dinanti-nantikan. Terutama selepas amaran berkenaan. Jika tidak, amaran yang diberikan sekadar gertakan yang tidak bermakna. Seperti kucing yang disergah atau terhimpit di dinding, akan cuba meninggikan dirinya atau menegakkan bulu untuk menakutkan lawan. Selepas lawan beredar, ia menjadi kucing semula.

Apa yang menakutkan ialah tindakan golongan yang menyebarkan fahaman tertentu seperti komunis. Ini sudah tentu memerlukan tindakan bersepadu untuk membanteras mereka. Dalam ertikata lain jika mereka menggunakan medium seperti televisyen atau radio, mereka perlu dihalang atau diambil tindakan. Jika mereka pergi sekeliling negara menyampaikan ceramah membenci kerajaan dan menyebarkan fahaman songsang itu, mereka ini perlu ditahan segera sama ada di bawah ISA atau perundangan lain. Semua tindakan/perbuatan yang berbaur perkauman atau mahu memporak-perandakan negara ini perlu diambil tindakan serta-merta.

Begitu juga bagi yang mahu menonjolkan diri sebagai pejuang kaum. Bagaimanapun istilah pejuang kaum itu juga mempunyai konotasi tertentu yang menjurus ke arah melampau. Ini termasuk mempersendakan Perlembagaan atau menimbulkan soal yang sudah dipersetujui dalam Perlembagaan itu sendiri. Bagi golongan ini kelekaan mereka beriya-iya untuk muncul juara kaum menyebabkan apa yang dikeluarkan dari mulut adalah perkara bodoh dan tidak logik. Ataupun mahu menguji kesabaran sesuatu pihak. Yang paling menakutkan ialah untuk menghina bangsa tertentu yang sudah tentu tidak sihat untuk negara. Bertindak segera.

Thursday, September 2, 2010

HAYATILAH GAGASAN 1MALAYSIA

Sejak memperkenalkan Gagasan 1Malaysia (G1M) April lalu, pelbagai pandangan dan persoalan dikemukakan oleh rakyat negara ini kepada Dato' Sri Najib Tun Razak. Antaranya apakah tujuan sebenarnya memperkenalkan satu gagasan yang sudah wujud sejak sekian lama? Dalam ertikata lain apakah yang baru dalam gagasan itu yang memerlukan rakyat memahami dan menghayatinya? Persoalan ini juga dikemukakan oleh DIY kepada DS Najib dalam satu pertemuan bagi mendapatkan jawapan sebenar mengenai hasrat murni beliau itu.

Bagi DS Najib, walaupun apa yang terkandung dalam G1M itu dilihat sebagai 'perkara lama' yang wujud sejak sekian lama, rakyat negara ini perlu diperingatkan semula dengan formula terbaik kesejahteraan negara dan memastikan ia perlu dikekalkan selama-lamanya. Dalam ertikata lain tindakan untuk membawa balik perjuangan rakyat negara ini ke landasan perpaduan sebenarnya perlu digerakkan agar tidak terlalu lambat untuk memperbetulkannya kelak. Hakikat bahawa pemahaman mengenai formula perpaduan terbaik itu sudah mula luntur perlu diperbaiki dan dipupuk semula bermula dari sekarang. Bagi DS Najib, jika ia tidak dibuat dari sekarang, sudah tentu kesejahteraan dan keamanan negara ini tidak akan berpanjangan. Ketiadaan usaha mengekalkan formula ini membuat rakyat terus bercakaran dan berprasangka antara satu sama lain. Ini amat menakutkan.

Namun, sejak G1M diperkenalkan, usaha mempromosikan kepentingannya tidak kelihatan menyeluruh dan hanya membabitkan pihak yang boleh dibilang dengan jari termasuklah KPKK. Bagi DS Najib, tugas ini perlu dipikul oleh semua pihak terutama pemimpin parti komponen agar mereka dapat menyebarkan kebaikan G1M dengan meluas terutama kepada kaum mereka sendiri. Memahamkan dan memastikan mereka terus menghayatinya. Tindakan ini bukan bermusim tetapi berterusan agar formula terbaik ini terus dimartabatkan oleh generasi akan datang.

Ironinya, sejak diperkenalkan, ramai pihak yang mengambil kesempatan dengan 'menghalalkan cara' dengan meminta pelbagai perkara tersasar daripada ketetapan dalam Perlembagaan. Mengapa ini berlaku? Jawapannya tidak sukar iaitu ingin mengambil kesempatan daripada laungan 1Malaysia dan menyifatkan orang lain perlu 'memberi ruang dan kesempatan' atas dasar kesamarataan. Ini sebenarnya telah menyimpang daripada matlamat asal G1M dan menyerupai Malaysian Malaysia yang diperkenalkan oleh DAP.

Kelonggaran itu bukan bermakna ia tidak perlu mengikuti Perlembagaan. G1Malaysia adalah formula perpaduan yang menghormati apa yang dipersetujui dalam Perlembagaan. Tiga elemen pentingnya ialah kenegaraan, penerimaan dan keadilan sosial. Menyayangi dan menghormati negara ini, sikap toleransi menerima apa yang terkandung dalam Perlembagaan dan memastikan keadilan sosial sentiasa diamalkan di negara ini. Keadilan sosial di mana mereka yang amat memerlukan perlu dibantu sepanjang masa tanpa mengira kaum dan latarbelakangnya. Apatah lagi yang memerlukan itu terdiri daripada golongan majoriti yang termaktub dalam ketetapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bahawa perlu dibantu apatah lagi jika mereka masih miskin, ketinggalan dan terbiar. Ini matlamat utamanya. Inilah landasan sebenar yang perlu dilalui.

Wednesday, September 1, 2010

KEGIATAN TERSUSUN MALUKAN NEGARA

Gerakan mereka semakin tersusun. Selepas berdemonstrasi di Kedutaan Malaysia di Jakarta baru-baru ini, kini ada usaha menyemarakkan rasa marah kepada negara ini ke seluruh Indonesia. Maka berlaku kegiatan 'menyerang' kepentingan negara termasuk cawangan CIMB di republik itu.

Kini mereka mula memasuki ruang maya kita dengan menyerang laman sesawang. Serangan ini dalam bentuk memporak-perandakan laman itu atau menghantar mesej yang menghina pelbagai individu di negara ini termasuk pemimpin tertinggi negara. Mereka juga mula mengadu-dombakan rakyat di negara ini dengan kenyataan berbaur perkauman. Mereka mengata orang Melayu, Cina dan India. Mereka mahu menimbulkan perasaan sakit hati antara kaum di negara ini. Awas dan segera bertindak rakyat Malaysia tercinta.

Inilah perbuatan anasir subversif yang mahu mengerohkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia. Malah mereka mula menunjukkan kurang ajar dengan menghina Yang Dipertuan Agong kerana mengetahui ia secara langsung 'menyakitkan hati' bangsa Melayu dan rakyat keseluruhannya di negara ini.

Oleh itu, setiap rakyat Malaysia harus bertindak tegas dan cergas untuk menghalang kegiatan yang dilakukan oleh golongan pelampau ini. Ini termasuk membuat laporan polis jika ada kegiatan seumpama itu termasuk menghantar mesej berbaur perkauman atau menghina Raja-raja Melayu. Mereka juga perlu melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi tujuan penyiasatan terperinci golongan pelampau ini. Mereka perlu menyimpan bukti kegiatan tidak bermaruah ini untuk tujuan penyiasatan.

Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA MERDEKA MERDEKA

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 53. Semoga negara kita akan terus aman dan makmur. Tiada persengketaan yang merugikan kita semua. Tiada prasangka yang mewujudkan rasa tidak selesa dan saling tuduh menuduh. Tiada tindakan mengungkit perkara yang sudah dipersetujui dalam Perlembagaan oleh pemimpin besar negara pada masa dulu. Mereka amat mencintai negara ini dan tidak sanggup sesiapapun memusnahkan negara tercinta ini.

Mari bersama menentang kepalsuan dan jenayah yang dilakukan oleh pengkhianat bangsa. Mereka akan sentiasa mencari peluang untuk memporak-perandakan negara ini dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan. Ingatlah lakonan Salleh Kamil sebagai Buang dalam Sarjan Hassan yang menjadi ejen Jepun untuk menangkap orang Melayu yang menentang Jepun. Pengkhianat ini masih ada di kalangan kita dan mereka tidak akan berhenti mendengar arahan 'tuan besar' yang mahu menjajah semula negara ini. Mereka sanggup menggadaikan maruah diri demi untuk meraih keuntungan kewangan yang besar. Perangai Buang yang pendendam mahu mencapai cita-cita sendiri untuk mengahwini Salmah seperti sesetengah dari kita yang mahu menjadi pemimpin negara dengan apa cara sekalipun. Ini termasuk menggalakkan orang bukan Islam menceroboh surau dan masjid kita demi untuk 'menyakitkan' hati kita. Yang paling menyakitkan ialah ada 'ular dalam semak' yang menyamar sebagai ulama yang sentiasa menghalalkan semua perbuatan musuh Islam. Minta dijauhkan malapetaka daripada negara ini. Jadilah Salmah yang sanggup mati daripada menjadi isteri Buang, pengkhianat bangsa. Ingatlah apa yang dikatakan oleh Sarjan Hassan, ' Jangan ada lagi tali barut seperti Buang ini. Mereka akan memusnahkan keturunan kita. Marilah kita bersatu demi kepentingan negara kita." Jangan bersekongkol dengan petualang negara. Amin.

Monday, August 30, 2010

ORANG MELAYU MULA GELISAH

Melayu mula gelisah

Apabila ada bukan Melayu melatah

Minta lupakan sejarah

Mahu Perlembagaan diubah

Hak Melayu dibuang mudah

Jalur Gemilang dipandang rendah

Perpaduan tidak diendah



Melayu akan bangkit

Apabila ada bukan Melayu mula sakit

Kontrak sosial diungkit ungkit

Mahu lebih bukan sedikit

Bukan busut tetapi bukit

Permintaan melangit



Bukan Melayu yang melatah

Baca dan fahami sejarah

Negara terbina atas penat lelah

Bapa bangsa yang megah

Terlepas daripada penjajah

Mahukan negara tersergam gagah

Anak cucu hayati faedah



Subang Jaya, 6.15 pagi 30 Ogos 2010

Sunday, August 29, 2010

SEMUA BOLEH DEMI POLITIK

Oleh DR.MOHD RIDHUAN TEE

Menjelang hari kemerdekaan negara, saya selalu teringat tiga orang pegawai British yang banyak berjasa kepada Tanah Melayu iaitu R.O. Winstedt, George Maxwell dan Frank Swettenham. Walaupun mereka tinggal tidak lama di sini, lebih kurang 30 tahun, namun mereka bertiga ini begitu gigih menentang Malayan Union yang cuba diperkenalkan oleh ketua mereka pada tahun 1946. Suara keras mereka kedengaran melalui akhbar-akhbar di London, tidak kurang di sini.

Mereka cukup memahami pemikiran, psikologi, toleransi dan cara hidup Melayu serta kedudukan bangsa Melayu di kepulauan Melayu. Pendek kata, walaupun mereka bukan Melayu, mereka tidak sanggup melihat hak-hak Melayu dan Islam dicabut di buminya sendiri. Mereka tidak kisah menerima kutukan bangsanya disebabkan oleh pendirian yang bertentangan. Atas dasar berani kerana benar, takut kerana salah, mereka sanggup menghadapi risiko yang begitu besar. Niat mereka ikhlas, mereka tidak mahu bangsa mereka dikutuk selepas ini disebabkan oleh terlalu agresif atau terlalu ultra kiasu.

Mereka bersama-sama pejuang-pejuang Melayu Islam yang lain berhempas pulas memastikan Malayan Union gagal. Tindakan mereka ternyata membuahkan hasil. Tanah Melayu kembali kepada orang Melayu. Bayangkanlah jika orang bukan Melayu bersama-sama menentang Malayan Union, saya akan turut berbangga hari ini, kerana bangsa telah melakukan sesuatu yang boleh dibanggakan. Saya tidak mahu bangsa saya dituduh mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain. Biarlah kita mengambil kesempatan ketika orang lain kuat. Itu lebih bermaruah daripada menahan lukah di pergentingan. Inilah maksud kemerdekaan yang sebenar, berkorban jiwa raga demi agama, bangsa dan negara.

Kini sudah 53 tahun kita mencapai kemerdekaan. Sepatutnya, semakin lama kita merdeka, ia semakin mematangkan kita. Kita akan lebih memahami sejarah negara. Ini tidak, ada segelintir yang cuba memutar-belitkan sejarah dan menuntut sesuatu yang di luar dugaan. Mereka sudah lupa wajah-wajah tokoh kemerdekaan yang telah banyak berkorban.

Apa yang lebih ditonjolkan adalah tokoh-tokoh berasaskan bangsa yang sumbangannya tidaklah sehebat sumbangan mereka yang sanggup berkorban nyawa seperti Tok Janggut, Dato Maharajalela, Dato Bahaman, Mat Salleh, Rentap dan sebagainya. Lebih menyedihkan lagi ada yang sanggup mengenengahkan ahli kumpulan Bintang Tiga (MPAJA) sebagai pejuang kemerdekaan, sedangkan sejarah membuktikan bahawa mereka ini memperjuangkan ideologi komunis.

Jika kita tinjau sejarah kemerdekaan, para pejuang kemerdekaan sebenar adalah pahlawan-pahlawan Islam. Sila baca sejarah kebangkitan nasionalisme Melayu (Islam) dan faktor-faktor kebangkitan seperti pengaruh Islam, akhbar, bahasa dan kesusasteraan dan sebagainya. Daripada semua faktor ini, saya boleh ringkaskan, faktor agama Islam amat kuat mempengaruhi kebangkitan Melayu ketika itu. Islam menyatukan mereka meskipun berbeza latar belakang. Mereka sanggup mengenepikan kepentingan peribadi dan parti, semata-mata untuk memastikan tanah air ini bebas dari cengkaman penjajah.

Justeru, hari ini tidak timbul soal kita tidak boleh bersatu atas semangat ini. Masalahnya kita saling tuduh menuduh dan kafir mengkafir antara satu sama lain. UMNO dikatakan sekular kerana mempertahankan perlembagaan kafir (Perlembagan Reid). Pas mendakwa mereka sahajalah parti yang memperjuangkan Islam. Persoalannya, tidakkah kita boleh manfaatkan ruang dan peluang yang sedia ada (perlembagaan) untuk meninggikan syiar Islam? Kenapa kita harus saling bercakaran?

Pada saya, syiar Islam berkembang hari ini disebabkan oleh ruang dan peluang yang ada dalam perlembagaan menyebabkan ia tumbuh subur. Untuk melaksanakan hudud, maka pindaan perlembagaan perlu dibuat. Persoalannya bolehkah perlembagaan dipinda jika umat Islam tidak mempunyai majoriti dua pertiga dalam parlimen? Jika bukan Islam termasuk ultra kiasu tidak menyokong hudud, bagaimana ia boleh dilaksanakan?

Saya hanya tersenyum simpul apabila membaca respons pemimpin nombor satu parti ultra kiasu terhadap pandangan Mursyidul Am Pas mengenai cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud. Spontan selepas itu, pemimpin parti ultra kiasu menjawab janganlah bermimpi untuk melaksanakan hudud. Seperti biasa jawapan Mursyidul Am Pas adalah, ultra kiasu masih tidak faham Islam, itu pendapat peribadi.

Persoalannya, takkanlah sudah sekian lama tidur sebantal masih tidak faham-faham lagi? Sebelum ini Pas mendakwa, sejak berkawan dengan mereka, ultra kiasu sudah semakin berubah, banyak membaca buku-buku Islam dan menjadi pro-Islam. Yang menjadi masalah hanya golongan tua ultra kiasu, generasi muda mereka didakwa begitu sayang dan memahami Islam serta setuju dengan perlaksanaan undang-undang Islam. Bagus juga sangka baik ini, sekurang-kurang dapat membuka mata dan minda kita. Ini mungkin juga disebabkan oleh doa khatib-khatib Pas dalam khutbah jumaat.

Persoalannya, adakah benar ultra kiasu sudah mendapat hidayah? Sejak dari dahulu lagi parti ultra kiasu menolak sebagai bentuk perlaksanaan cara hidup Islam di negara ini. Masihkah kita tidak mengenai antara antara musuh dan sahabat?- Mingguan Malaysia.

(Renungan Rimau : Sebenarnya kesanggupan PAS mahu bekerjasama dengan parti-parti pembangkang adalah kemenangan besar untuk DAP. Walaupun DAP terpaksa menelan segala kepahitan termasuk menerima penubuhan Negara Islam, semua dilakukan demi untuk mencapai cita-cita besar untuk memerintah negara ini. Pemimpin PAS juga cuba membuat 'tarian imbangan politik' dengan pelbagai kenyataan bagi meredakan pengikut ultra dan sederhana. Adakala mereka terpaksa menjilat ludah ataupun mengeluarkan fatwa yang terus mengelirukan umat Islam. Apa jenis orang ini?)