Wednesday, May 30, 2012

SEDIH SIASATAN DIBERHENTIKAN

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pegawai kanan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) yang mendakwa terbabit dalam siasatan kes Mohamed Azmin Ali dan isteri, Shamsidar Taharin pada 1995 mempersoalkan tindakan menghentikan siasatan kes berkenaan. 

Beliau berkata, tindakan bekas Ketua Pengarah BPR, Datuk Shafee Yahaya yang mendapat arahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak sepatutnya berlaku kerana memang jelas Mohamed Azmin dan isterinya memiliki harta yang tidak setimpal dengan pendapatannya.
Sebagai Setiausaha Sulit Anwar ketika itu, katanya, Mohamed Azmin hanya memperoleh pendapatan bulanan RM2,442 tetapi mampu membeli dua rumah dan harta lain.
“Saham yang dimiliki Mohamed Azmin dan isterinya juga umpama seorang ahli perniagaan. Cuba kita lihat bagaimana isteri seorang penjawat awam mempunyai saham dengan nilai keseluruhan melebihi setengah juta. 

“Itu tak termasuk baki di dalam akaun bank yang pernah satu ketika mencecah lebih RM300,000. Cuba lihat keadaan yang saya nyatakan di atas. Adakah kita mempercayai penjawat awam boleh hidup sedemikian?” katanya. 

Kenyataan bekas pegawai kanan BPR itu disiarkan dalam portal Malaysia Today, semalam, bertajuk ‘Kenyataan asal pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam bahasa Malaysia’. 

“Mengapa siasatan BPR dihentikan... siapa yang mempunyai kuasa memberhentikan siasatan ini? Adakah orang yang memberhentikan siasatan ini bersekongkol dengan Mohamed Azmin atau pun takut kepada pemimpin ketika itu,” katanya. 
Beliau mendakwa, siasatan ke atas Mohamed Azmin dilakukan kerana dikatakan mempunyai harta peribadi yang banyak ketika berkhidmat dengan Anwar yang juga Menteri Kewangan. 

“Berikutan itu, berdasarkan maklumat dan laporan polis yang diterima, satu kertas siasatan dibuka dan semasa siasatan dibuat mendapati gaji Mohamed Azmin hanya RM2,442 sebulan tetapi mampu membeli dua rumah. 

“Rumah pertama ialah banglo dua tingkat di Setapak berharga RM284,118 dengan deposit RM14,181, manakala bayaran bulanan RM3,376.75. 

“Yang kedua, rumah berkembar di Taman Melawati berharga RM210,000 dengan deposit RM60,000 dan bayaran bulanan RM1,110.35. Jika dicampurkan kedua bayaran bulanan ialah lebih kurang RM4,500. Ini saja dah menunjukkan hutang Mohamed Azmin melebihi sekali ganda gaji bulanannya. 

“Di mana Mohamed Azmin mendapat wang tambahan menampung bayaran hutang ini? Tak mungkin semua gajinya digunakan untuk membayar hutang rumah... bukankah ini menunjukkannya dia mempunyai pendapatan yang lain. Itu tidak diambil kira di mana beliau mendapat wang untuk membayar wang deposit rumah itu,” katanya. 

Katanya, siasatan yang dijalankan BPR juga membuktikan Mohamed Azmin memiliki dua kenderaan iaitu jenis BMW bernombor BBN 3 berharga RM160,529.81, manakala bayaran deposit ialah RM120,529 dan bayaran bulanan ialah RM875 sebulan. 

Beliau berkata, kereta kedua ialah jenis Proton Perdana bernombor WDU 64 berharga RM80,767.81 dengan ansuran bulanan sebanyak RM700. 

“Jika kita lihat komitmen bulanan bagi kedua-dua kereta ini ialah kira-kira RM1,700, pada ketika itu nilai yang besar..., mana tak kalau dilihat gaji Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri pada masa itu baru RM2,000 lebih,” katanya. - BERITA HARIAN.

Monday, May 28, 2012

MELAYU YANG BUKAN MELAYU (3)

Oleh Ibrahim Yahaya

KUALA LUMPUR : Apabila ada pihak yang ingin memastikan mereka mesti berjaya menumbangkan kerajaan dengan apa cara sekalipun, ia pasti menimbulkan kerisauan kepada Perdana Menteri. Keadaan ini tidak seperti PRU yang terdahulu. Apakah kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan pembangkang ingin membuat keganasan jika kalah PRU13 boleh berlaku? Apa akan jadi?

Sebagai orang nombor satu negara, sudah tentu DS Najib mahu Malaysia terus aman makmur  menuju ke arah negara maju pada 2020. Beliau mahu rakyat hidup dalam sejahtera sepanjang masa bukan bermusuh-musuhan antara satu samala lain. Bergaduh kerana isu-isu remeh dan perkauman.

DS Najib Razak juga tidak mahu diingati di mana kekecohan negara berlaku pada zamannya seperti juga kejadian 13 Mei 1969 pada zaman Tunku Abdul Rahman yang memaksa Tun Abdul Razak Hussein mengambilalih tampuk pemerinthan. Malah, DS Najib pasti tidak mahu negara ini hancur semata-mata kerana ada pihak yang sengaja menimbulkan angkara semata-mata bagi mendapat kuasa.

Beberapa kali, DS Najib mengulangi agar semua pihak perlu bertindak sebagai anak jantan untuk sama-sama bertanding pada PRU13 dalam keadaan aman damai .Sebagai anak jantan mereka akan menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan masa depan hidup mereka, bukan membuat kacau bilau.  Lihatlah resmi ayam jantan yang bergaduh untuk mendapatkan perhatian ayam betina. Jika mereka kalah, ayam itu akan terus berlalu. dan pastinya tidak membuat demonstrasi atau kacau bilau. Pemilihan rakyat adalah muktamad bagi membolehkan mana-mana parti yang menang menubuhkan kerajaan.

Penubuhan Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihan Raya adalah manifestasi bahawa DS Najib bersedia untuk memperbetulkan apa yang ditimbulkan oleh pembangkang. Malah wakil pembangkang dijemput untuk menganggotai jawatankuasa ini. Malangnya, pembangkang bermain politik setelah bersetuju dengan pelbagai perkara terutama memastikan SPR dapat menjalankan tugas secara profesional mereka masih tidak puas hati dan membuat pelbagai desakan termasuk ingin mengemukakan Laporan Minoriti.

Apa yang disyorkan pembangkang ialah untuk menyokong kumpulan yang menganjurkan Bersih 3.0 yang ingin menghasut rakyat bahawa PRU13 akan datang tidak bersih sehingga membolehkan  BN menang. Begitu mudah tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan dan SPR sehingga menyebabkan usaha memperbetulkan keadaan dilaksanakan secara berterusan.

Kebimbangan DS Najib membuatkan beliau mengambil langkah berhati-hati sebelum mengumumkan tarikh pilihan raya akan datang. Walaupun ramai di kalangan ahli politik yang mengesyorkan ia diadakan pada September depan, DS Najib pasti mempunyai tarikhnya sendiri setelah mendapat pandangan daripada kumpulan penasihatnya. Kita tunggu.

bersambung....




Friday, May 25, 2012

MELAYU YANG BUKAN MELAYU (2)

Oleh Ibrahim Yahaya

KUALA LUMPUR : Oleh kerana terlalu berhati-hati dalam pergerakan dan tuturkata menyebabkan ada pemimpin Melayu yang lebih selesa berdiam diri. Ada juga yang tidak mengambil peduli. Ada juga mahu menonjolkan diri sebagai pejuang untuk semua kaum. Hakikatnya mereka tahu bahawa kepentingan Melayu perlu juga diperjuangkan. Seperti juga apa yang diperjuangkan oleh pemimpin bukan Melayu.

Apabila pemimpin Melayu mula diam, pastilah ruang ini akan diisikan dengan permintaan dan gertakan. Alasan yang mereka berikan ialah jika tidak membantu mereka, maka tiadalah undi akan diperolehi pada pilihan raya akan datang. Jika tuntutan mereka tidak dilayan, maka berkuburlah hasrat untuk mendapat sokongan. Inilah yang digunakan oleh pihak tertentu terutama mereka yang menangguh di air keruh. Memang pun, jika hendak menangguk, mestilah di air keruh bukannya di air jernih.

Yang lebih menyedihkan mereka ada NGO bukan Melayu sanggup menggunakan kesempatan ini untuk meminta apa yang tidak masuk diakal. Antaranya yang bertentangan dengan Perlembagaan atau pun di luar kontrak persetujuan yang sudah diambil selama ini. Yalah, Melayu diam maka inilah masa yang paling sesuai untuk membantu tuntutan yang entah apa-apa. Jika sabut timbul, jika batu tenggelam. Tiada yang rugi tetapi jika berjaya maka beruntunglah golongan yang membuat tuntutan.

Pastinya yang lebih lantang apabila ada ruang ini ialah pembangkang terutama parti Cina yang mengamalkan semangat kecinaan melampau. Mereka bukan saja membuat pelbagai tuduhan terhadap UMNO tetapi juga menghasut orang bukan Melayu untuk membenci parti itu. Maka pelbagai tuduhan dan dakwaan dibuat sedangkan mereka bergelumang dengan taik. Mereka berusaha untuk mengungkitkan perkara yang dipersetujui dalam kontrak sosial. Mereka mendabik dada untuk memperjuangkan kaum bukan Melayu untuk mendapatkan hak mereka sebagai rakyat di negara ini dengan membelakangkan Perlembagaan.

Hari ini juga ada akhbar yang memaparkan Karpal Singh yang beria-ria benar untuk memastikan negara ini dipimpin oleh orang bukan Melayu. Mereka tidak hiraukan lagi apa yang terkandung dalam Perlembagaan. Mereka mahu menuntut hak mereka dan tidak mahu lagi mengikut Perlembagaan. Inilah taktik kotor mereka semata-mata untuk memainkan sentimen perkauman agar parti mereka mendapat undi pada pilihan raya nanti.

Sebenarnya, permainan politik kotor ini amat berbahaya kepada negara berbilang kaum ini. Mereka sebenarnya membuka ruang supaya pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku terutamanya apabila orang Melayu sudah tidak dapat menahan kesabaran. Bangsa Melayu tidak mahu diri mereka diinjak-injak atau maruah mereka dikesampingkan. Ini amat bahaya dan perlu dielakkan.

bersambung.

Thursday, May 24, 2012

MELAYU YANG BUKAN MELAYU (1)

Oleh Ibrahim Yahaya

KUALA LUMPUR : Menjadi Melayu di Malaysia sekarang bukanlah perkara mudah. Apatah lagi jika dilihat daripada perspektif politik. Gerakgeri Melayu kini diperhatikan. Tuturkatanya juga sentiasa mahu didengar oleh setiap orang terutama bukan Melayu. Apatah lagi Melayu yang suka bercakap terus terang.

Mereka akan menjadi mangsa cercaan dan penghinaan kaum lain terutama pemimpin pembangkang. Ini diburukkan lagi dengan hasutan pemimpin Melayu yang mencari peluang untuk menghentam kerajaan. Mereka bertindak sebagai batu api untuk menghasut kaum bukan Melayu untuk membenci kerajaan. Hasilnya mereka jangka  dapat untung dan mencerahkan peluang untuk menjadi pemimpin negara.

Inilah sebenarnya berlaku di negara dan perkara itu semakin galak. Jika Melayu berusaha menegakkan apa haknya, mereka akan dilihatkan sebagai pejuang kaum atau mahu mengetepikan kaum lain. Jika Melayu bercakap sedikit mengenai kaum lain, maka ia akan dilihat tidak sensitif atau tidak mahu mengikut Perlembagaan. Inilah dilema yang dihadapi oleh orang Melayu terutama pemimpin politik yang sentiasa diasak dan digasak.

Ramai yang mengatakan perubahan ini kerana konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri yang menyebabkan Melayu sentiasa diperhatikan agar hak kaum lain perlu diperjuangkan.

Sebenarnya inilah mainan politik orang yang berkepentingan apabila 1Malaysia ini dianggap sebagai slogan Perdana Menteri untuk memupuk perpaduan rakyat negara ini dan memastikan hak semua pihak dijaga. Mereka ini mencari kesempatan pengenalan Gagasan 1Malaysia. Mereka buat-buat lupa dengan semangat sebenar 1Malaysia iaitu mendahulukan rakyat dan mementingkan pencapaian. Apabila sebut mendahulukan rakyat ini bermakna memberi tumpuan kepada rakyat tidak kira apa kaum sekalipun. Dalam hal ini sudah tentulah rakyat yang amat memerlukan. Jika bantuan itu diberikan kepada golongan miskin, sudah tentulah rakyat yang miskin akan dibantu tidak kira apa latarbelakang sekalipun.

Ini bermakna bukan kerana 1Malaysia, kaum bukan Melayu perlu diutamakan dan diberikan perhatian tetapi rakyat yang memerlukan. Ini perlu difahami kerana jika orang Melayu adalah golongan yang memerlukan, maka mereka perlu dibantu seperti juga kaum lain. Ini terpancar dalam pemberian Bantuan 1Malaysia atau BR1M yang diberikan kepada semua kaum yang secara jelas berpendapatan rendah jika dilihat daripada mata kasar. Jadi penjual sayur dari kaum Cina yang ramai tahu mempunyai pendapatan yang baik turut diberi BRIM begitu juga penduduk Melayu di kampung. Begitu juga peniaga bukan Melayu di luar bandar yang turut beratur menerima BR1M. Asalkan mereka dapat membuktikan bahawa mereka adalah golongan yang memerlukan seperti diperakui oleh ketua masyarakat, mereka akan menerimanya.

bersambung...






Monday, May 14, 2012

93th ABU ACM, MALDIVES





MESYUARAT MAJLIS PENTADBIRAN ABU KE 93


MALE, Maldives - Mesyuarat Majlis Pentadbiran ABU ke 93 diadakan di Karumba Resort di sini selama dua hari membincangkan pelbagai kegiatan untuk ahli ABU di Asia Pasifik termasuk projek Robocon, CARE, Digista Teens, Festival Lagu TV Abu dan Pasaran Program TV Asia Pasifik.

Majlis dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Penyiaran Maldives (MBS), dipengerusikan Presiden ABU, Dr In-Kyu Kim dari Korea Selatan. Turut hadir Naib Presiden, Datuk Ibrahim Yahaya (Malaysia), En Naoji Oni (NHK Jepun) dan Setiausaha Agung ABU, Dr Javad Mottaghi.

Seorang lagi naib presiden, En Ghulam Mortaza Solangi dari Perbadanan Penyiaran Pakistan tidak hadir.

Semua 12 ahli Majlis ABU kecuali Mongolia hadir. Mereka ialah Bhutan Broadcasting System, Radio Televisyen Brunei, HUM Network Limited, Pakistan; RTPRC (China), RTHK (Hong Kong), IRIB (Iran), NHK (Jepun), Thailand Pool Television, TDM (Macau), Turkish Radio Television, RTM dan Korea Broadcasting System.

RTM diwakili Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail dan Ketua Unit Antarabangsa, Mazura Mansor. Ahli Majlis Mongolia tidak hadir kerana kejadian salji tebal di lapangan terbang negara itu yang menyebabkan penerbangan ke sini tergendala dalam tempoh 24 jam.  - TIGERNews.

Sunday, May 13, 2012

UMNO PARTI KERAMAT

Oleh LUKMAN MOIDIN
(PENULIS ialah Kaunselor Berdaftar & Perunding Motivasi)

SEJARAH parti keramat ini pada 11 Mei diraikan semula tahun ini di usia 66 tahun. Umur yang dikira amat matang dan dewasa. Bagi pembangkang mereka melihat umur UMNO ini adalah saat-saat yang menanti detik kematian.

Saya asalnya bukan pendokong UMNO, malah jauh dari itu pernah menyokong Pas bermatian-matian hanya kerana Anwar Ibrahim sekitar 1998 hingga 2003. Ketika dalam kesesatan menyokong perjuangan 'bodoh' bersama Pas, saya mula nampak 'kehebatan' UMNO.

Dari kebencian yang meluap-luap terhadap UMNO, saya mula mengkaji kenapa UMNO dikatakan parti keramat. Pembangkang berjaya menanam rasa kebencian yang amat mendalam saya terhadap UMNO dan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu. Malah saya pernah mengangkat kaki di peti televisyen ketika gambar beliau disiarkan.

Ketika pengumuman peletakan jawatan Dr. Mahathir yang saya benci, saya menangis teresak-esak di hadapan televisyen. Saya bertanya kenapa ia berlaku kepada saya ketika itu. Tentu ada sesuatu yang hebat dalam diri pemimpin UMNO itu.

Saya menemui banyak jawapan yang menyebabkan saya tidak akan berpaling dari menyokong UMNO sehingga ke akhir hayat saya. UMNO tidak menjanjikan syurga untuk saya, tetapi saya yakin menyokong Pas akan mengundang saya ke api neraka.

Namun saya masih lagi tertanya, kenapa UMNO 'lemah' sedangkan sepatutnya parti ini wajar memiliki ahli yang sanggup berjihad mempertahankannya. Kenapa ahli UMNO perlu menunggu arahan dalam meniup obor perjuangan.

Saya melihat kelemahan ahli dan pemimpin tertentu untuk menyedari peranan mereka. Pemimpin harus berupaya menyedarkan situasi cemas dan sentiasa sanggup bersedia berjuang dan berjihad memastikan kemenangan UMNO/ BN di kawasan masing-masing. Keadaan yang mendesak ini perlu dijadikan semangat untuk bangkit dan bergerak cergas dalam masa-masa kritikal menjelang PRU-13.

Saya masih teringat wawancara bersama Tun Dr. Mahathir di akhbar Mingguan Malaysia pada 20 November 2011. Apa yang boleh disimpulkan dari komen Tun tentang UMNO dan kepimpinannya terlalu bernas, tepat dan hampir sukar untuk dinafikan. Tun serta banyak pihak bercakap isu ini kerana sedar apa yang berlaku atas sebab sayang dan kasih terhadap UMNO yang menjadi payung kepada agama Islam, kekuatan bangsa Melayu dan tunggak kesejahteraan negara.

Soalnya, kenapa UMNO masih gagal meyakinkan golongan atas pagar dan gagal menarik ahli parti pembangkang yang sekarang sebenarnya dalam keadaan caca-merba dan tersangat keliru? Kenapa penyokong Pas atau PKR tidak berduyun-duyun menyertai UMNO seperti mana tahun 1998/99 ketika UMNO pernah ditimpa prasangka buruk, hingga ramai ahlinya yang menyertai pembangkang?

Kenapa strategi UMNO/BN sering gagal dan tidak menjadi? Malah kebanyakan masyarakat melihat seolah-olah hanya Perdana Menteri dan Timbalannya yang bertungkus-lumus meyakinkan rakyat tentang jasa dan sumbangan UMNO/BN. Ke mana hilangnya peranan Ketua Perhubungan UMNO Negeri, Ketua Bahagian dan Ketua Penerangan sayap-sayap UMNO empat peringkat juga Ketua Cawangan?

Susah sangatkah mereka untuk merancang gerak kerja mendekati golongan pembangkang tegar dan atas pagar agar terbuka minda menyokong UMNO/BN. Malah amatlah malang bagi saya apabila melihat hampir semua program UMNO adalah untuk ahli UMNO dan penyokong tegar parti ini sahaja dan dilaksanakan di tempat tertutup. Apa yang sering UMNO anjurkan adalah lawatan, aktiviti sukan dan aktiviti rutin yang langsung tidak menjana ahli baru menyokong parti ini.

Sebagai bekas penyokong pembangkang, saya melihat sebilangan besar kepimpinan UMNO kurang berfikir di luar kotak. Mereka hanya menjaga ahli yang setia dan manja. UMNO tidak berani melakukan apa yang menjadi strategi pembangkang seperti ceramah terbuka berskala besar berbekalkan speaker dan corong suara yang boleh didengar dari jauh.

Pembangkang juga telah lama giat mengedar risalah yang mendedahkan keburukan dan fitnah terhadap kerajaan BN di kampung-kampung dengan kerajinan jentera mereka.

Kempen pembangkang cukup mudah dan murah!. Mereka hanya berbekalkan konsep ceramah terbuka di padang dengan kos yang minimum tetapi mampu menarik beribu orang dan menyokong mereka. Dakyah mereka meresap masuk dengan mudah kepada sesiapa sahaja yang hadir jika apa yang didengar itu tidak ditapis secara hikmah.

Bukti dan hasilnya, mereka mengekalkan kuasa di Kelantan selama 21 tahun sekalipun tiada kemajuan dan kemakmuran dapat dibuktikan. Mereka mampu pula menawan empat negeri lain dalam PRU-12 dan bertapak melalui markas parti di hampir semua negeri yang dahulunya tidak terbayang boleh dilakukan berbekalkan strategi yang saya nyatakan.

Mengapa usaha seperti yang dinyatakan ini tidak difokuskan dan kurang dilaksanakan di peringkat bahagian. Kalau dilaksanakan pun, promosi dan aktiviti ceramah ini tidak didedahkan secara agresif hingga tidak ramai yang hadir dan terlalu protokol. Malah tugas semudah membuat salinan artikel pun sebenarnya boleh digerakkan oleh jentera Penerangan Bahagian mengenai isu semasa yang memihak kepada kerajaan.

Namun malang, ia juga 'tidak mampu' difikirkan oleh mereka mungkin disebabkan kos fotostat lebih mahal dari kos menganjurkan program besar-besaran. Malah banyak program lebih mahu menonjolkan diri untuk menjadi 'calon pilihan' bukan untuk 'niat perjuangan'.

Berdasarkan pemerhatian, ahli UMNO amat kurang membaca dan tidak bersedia mengorbankan RM1.50 untuk menyokong akhbar Utusan Malaysia. Kalaulah perkara ini boleh diberi perhatian oleh kepimpinan Bahagian dan Cawangan pasti mereka mendapat banyak input dengan hanya kos RM5 seminggu untuk membuat salinan tulisan- tulisan dalam akhbar Utusan seperti tulisan Zaini Hassan dalam CUIT yang mampu disebarluaskan di cawangan masing-masing.

Perang saraf boleh digerakkan oleh Ketua Cawangan dengan pelbagai kaedah mudah dan murah. Jika tugas seperti ini pun tidak mampu lagi dilaksanakan mereka maka saya bimbang UMNO akan terus layu dan mati sebelum waktunya. Semangat jihad dan kerja keras golongan lelaki dalam parti ini juga semakin kurang. Apakah pendokong parti keramat ini akan bersedia menerima nasib parti-parti besar lain seperti Golkar (Indonesia), LDP (Jepun) dan Kongres (India) yang pernah berjasa kepada negara bangsa mereka?

Saya bimbang masa sudah terlalu lewat dan ketika itu UMNO sudah terlalu nazak. Sebelum nasi menjadi bubur dan sebelum UMNO yang berjasa ini ditalkinkan, mungkinkah sebilangan besar ahli dan pemimpinnya yang masih bersikap 'bodoh sombong' mahu berubah dalam masa kecederaan? Apakah UMNO mengharapkan keajaiban 'sepakan penalti' dalam masa kecederaan dan bergantung kepada kekuatan 'calon boleh menang' sahaja seperti mana Harimau Muda bergantung sepenuhnya kepada Khairul Fahmi (Apek) untuk menyelamatkan maruah negara dan gawang golnya?

Pendokong UMNO tidak boleh bergantung kepada nasib semata-mata tanpa giat berusaha. UMNO berada di dalam gelanggang sendiri tetapi seolah-olah bermain di stadium milik lawan. Harimau Muda telah dipersiapkan oleh jurulatihnya untuk menghadapi segala tekanan, tetapi jurulatih atau pemimpin UMNO kelihatan masih gagal menguruskan mental dan sikap kerjasama pasukan sedangkan gelombang perang PRU 13 mula sudah kedengaran.

Tiada salahnya untuk UMNO mencontohi pembangkang dalam gerak kerja mereka. Kita tahu dan kita sedar akan malapetaka besar jika pakatan pembangkang menjadi pemerintah. Untuk menang selesa, lakukanlah perubahan dan percaturan strategi yang berbeza. Usahakan amalan solat hajat dan munajat di semua UMNO Bahagian agar Allah SWT membantu UMNO dan kepimpinannya di saat begini.

Sedarlah bahawa anda berada di dalam sebuah parti yang ikhlas, betul dan benar dalam asas perjuangannya. Parti yang anda dokong ini benar-benar berjasa kepada seluruh bangsa Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Jika saya yang pernah menyokong pembangkang melihat kehebatan UMNO dan jasa-jasanya, mengapa sebilangan besar ahlinya tidak menjiwai semangat perjuangan yang menjadi nadi UMNO.

Justeru jangan ragu-ragu berjihad dan berkorban kerana parti keramat UMNO ini adalah 'alat dan senjata utama' mempertahankan akidah dan kesucian agama Islam, mengangkat martabat bangsa Melayu dan maruah negara Malaysia. - UTUSAN ONLINE

Sunday, May 6, 2012

NAJIB'S REPUTATION NOT TAINTED BY B3

By RC (The Economist)

THE Bersih rallies have quickly established themselves as something of a ritual in Malaysia’s political calendar. The script goes something like this: thousands of protesters declare that they are going to march through Kuala Lumpur to demand electoral reform; a twitchy government and protest leaders spend days haggling over a suitable venue; the protest goes ahead in defiance of police demands; violence ensues, hundreds are arrested; government issues some apologies; everyone goes home. The only significant variant is the political impact. Last year it was huge—this year it will probably be very little.
Bersih means “clean” in Malay, and the Bersih movement is made up of a coalition of NGOs and civil-rights organisations that want the electoral system cleaned up so as to allow all parties a fair chance of winning elections. At the moment many claim that the electoral system is heavily rigged in favour of the ruling coalition, Barisan Nasional (BN), which has been in power continually ever since the country’s independence from Britain began in 1957. The Bersih rallies have thus become inextricably linked to the cause of the opposition, led by Anwar Ibrahim.
The Bersih 3.0 rally on April 28th certainly attracted more people than last year’s version, perhaps as many as 80,000 (although the police put the figure at about half of that). As there will almost certainly be a general election in the coming months, perhaps the high level of interest wasn’t that surprising. But by comparison last year’s rally, despite a relatively smaller number of protesters, achieved a terrific political impact.
At the time the government of Najib Razak badly mishandled the whole situation. Thousands of riot police were captured by video cameras and smart-phones laying into the unarmed protesters in order to disperse them; water cannon were fired into a hospital and more than 1,600 people were arrested. The use of state violence was a huge embarrassment to the government, confirming in many peoples’ minds the impression that the prime minister was indeed a repressive ogre of Malay nationalism and not the reforming liberal that he had claimed.
Stung by widespread criticism in the international press, Mr Najib’s government was forced to apologise for much of its behaviour. Subsequently it repealed a slew of outdated and repressive laws to win back its reforming credentials. A parliamentary committee was also set up to look into proposals for electoral reform. In all, a clear victory to Bersih.
This year it was more of a score-draw. Certainly, towards the end of the rally there was another eruption of violence, and the police were once again seen deploying water cannon and tear gas against the demonstrators. They arrested more than 400 of them. Once again there were reports of police brutality, and once again the prime minister had some quick explaining to do. This time Mr Najib felt obliged to apologise personally to a local reporter who had been beaten up by the police (he was one of several). Once again, these ugly scenes do little to bolster Mr Najib’s claims to be a different kind of reform-minded leader.
However, this year there were problems on the Bersih side too. Some protesters attacked and overturned a police car and it seems that about 20 police officers were wounded. This, of course, played into the government’s hands, allowing Mr Najib to claim that “The police were victims. They became targets and were beaten.” The leader of Bersih, Ambiga Sreenevasan, conceded that some people will think that “the rally had gone wrong” because of the unruly behaviour of a few protesters. The violence may even tarnish the broader movement for democratic reform, a bit. And Mr Anwar had some explaining of his own to do. He was caught on video near one of the police barricades talking to one of his colleagues; critics allege that he was inciting supporters to push aside the barriers. Mr Anwar himself says this is nonsense.
Either way, it is clear that Bersih won’t be able to dominate the moral high ground—at least not on the score of one weekend’s theatrics—as they did last year. The campaign for electoral reform goes on, but Mr Najib emerges from this year’s fracas with his reformist credentials essentially intact, not much worse for the wear.

Saturday, May 5, 2012

WE ARE WATCHING YOU....

Over the last few days, pro-opposition Malaysiakini CEO Premesh Chandran has gone on the offensive by attacking the Prime Minister in his tweets. We call know that Malaysiakini is blatantly supportive of Pakatan Rakyat. They dream, work and campaign for the government to collapse. If they can, they want the BN government to be overthrown through protests and demonstrations. Their job is to make the mainstream media looks stupid and bias and certainly their fans, mostly supporters of Pakatan Rakyat, strongly believes in them. But we all know Malaysiakini blacks out the pictures of Azmin Ali, the Ice Cream Man, and only carries his denial. We all know Malaysiakini has blacked out pictures of policemen being attacked by protestors. Have you heard Pakatan scums calling for their boycotts or to cancel their subscriptions? No? Is it because Malaysiakini is objective and non-biased? Try sending a comment to Malaysiakini to criticize Anwar or Pakatan and see if it gets published! Stopthelies is now able to expose that CEO Premesh Chandran and the chief editor Steven Gan has a rebellious and anti-establishment record while studying in Australia. The two were members of the Network of Overseas Students Collective of Australia (NOSCA) and together with these two were Elizabeth Wong and Tian Chua. The four remains the best of comrades and they returned to Malaysia to continue their anti-government activities. We have evidence to show that they actively carried out anti-Barisan Nasional protests in numerous demostrations. Premesh joined MTUC for a while before joining The Sun with Premesh but the owner found their anti-government radicalism too much to bear and soon, they set up Malaysiakini. Malaysiakini is an arm of Pakatan Rakyat, it is that simple. - (Source - www.stopthelies.my)

Thursday, May 3, 2012

PUISI GULING GULING

Kuning hijau biru merah
Semua berjalan tanpa arah
Ada senyap ada marah-marah
Segala tenaga kena perah
Tidak kurang suka sergah
Mula tiada berdarah
Lepas tu mula berubah

Kuning ambil gambar hijau
Hijau ambil gambar kuning
Biru ambil video kuning
Merah ambil video biru
Semuanya tidak menentu
Ada yang menjerit melulu
Ada yang kena booo

Kuning hijau merah biru
Ini bukan negara aku
Yang selama ini aman bersatu
Tiada keganasan dan baling batu
Tiada peniaga kunci pintu
Tiada kekecohan tidak menentu
Tiada berperangai hantu
Rosakkan kereta tanpa malu
Tumbuk polis bertalu-talu
Darah mengalir terpaksa disapu
Kekejaman berlaku
Ada yang kaku
Tunduk malu

Merah biru kuning hijau
Siapa yang sudah melampau
Hasut rakyat buat kacau
Mengamuk macam sasau
Hidung ditarik macam kerbau
Melompat macam meracau
Seperti kalah main pakau

Hijau merah biru kuning
Lepas ganas mula menuding
Video gambar mula banding
Siapa benar siapa pusing
Keadaan ini amat genting
Sepatutnya negara paling penting
Bukan individu apalagi samseng
Berminat tunjuk taring
Berminat untuk guling

Ibrahim Yahaya. 3.5.2012. KL
 

MARI MAKAN AISKRIM

Oleh Ibrahim Yahaya

KUALA LUMPUR : Malam tadi, bersembang dengan beberapa kengkawan mengenai Bersih 3.0. Macam-macam pandangan yang keluar apatah lagi ada yang sempat berada berdekatan dengan Dataran Merdeka pada hari keganasan berlaku.

Dalam banyak-banyak bahan yang dikeluarkan perkara yang menarik ialah siapa menang kali ini. Ramai yang bersetuju bahawa Kerajaan di bawah pimpinan DS Najib Razak menang dalam perang minda kali ini. Hujah mereka mudah dan tidak memerlukan ahli saintis nuklear untuk menghuraikannya.

Pertama ialah hasrat penganjur untuk membawa beratus ribu pendemonstrasi tidak tercapai tetapi hanyalah lebih kurang 25,000 hingga 30,000 yang hadir. Kedua ialah penganjur menjanjikan demonstrasi yang aman tetapi bertukar kepada keganasan sehingga menyebabkan lebih 20 anggota polis cedera dan dua terpaksa di masukkan ke wad. Ketiga ialah ketika polis berdiri tanpa membawa senjata ada pihak yang membuat provokasi terutamanya selepas mendapat isyarat daripada DS Anwar Ibrahim. Banyaklah lagi hujah yang mengatakan kerajaan menang kali ini tetapi orang ramai boleh berfikir dengan bijak.

Oleh itu, setelah menang apa hendak buat? Jawapannya ialah memaparkan apa yang ingin dibawa oleh penganjur iaitu mengatakan pilihan raya di negara tidak adil tiba-tiba bertukar menjadi isu politik termasuklah Lynas dan pelbagai lagi perkara yang sudah dijelaskan oleh PM. Maka berfikirlah orang ramai mengapa demonstrasi perlu diadakan sedangkan PSC sudah diwujudkan manakala 7 daripada 8 perkara sudah dilaksanakan. Apa lagi yang ingin ditipu oleh penganjur untuk menghasut orang ramai.

Dalam pada itu, ada juga yang mengeluarkan hujjah mengenai tindakan Ambiga yang beria-ia benar untuk membuat kacau agar memberi ruang kepada pembangkang untuk memerintah. Hujjah yang diberikan ialah DSAI menawarkan Ambiga untuk menjadi Duta ke Amerika Syarikat jika negara ini berjaya ditawan tidak kira dengan cara apa sekalipun. Maka, oooooooo pun panjanglah keluar daripada mulut beberapa orang kengkawan.

Dalam pada itu, tatkala membincangkan mengenai Bersih 3.0, ada pula yang meluahkan rasa marah, "Mangkuk hayun betul, ketika isu Bersih ini tengah panas ada pula gambar orang tengah makan aiskrim dikeluarkan. Rosak rancangan." Tetapi luahan itu disangkal oleh seorang lagi kawan, "Apa salahnya keluar perkara itu kerana selama ini kerajaan hanya menjadi ahli bomba memadam api tetapi kali ini pembangkang pula yang perlu memadamnya,". "Isu itu tentu tak laku kerana mereka boleh pusing kata ini semua konspirasi kerajaan".

"Hai, pasal hisap aiskrim pun kerajaan punya kerja ke?" tanya seorang kawan. Kami beredar dan mencari kalau ada di sekitar tempat menjual ais krim. "Mengapa nak makan aiskrim pulak?".

"Kenalah makan aiskrim betul...mana boleh hisap sendiri punya?". Kami beredar. Dalam fikiran, apa nak jadi dengan dunia sekarang ini. Yang betul pun orang tak percaya. Yang dah condong pun, orang kata tegak. Dan yang basah pun, orang kata kering. Entahlah. Marilah kita makan ais krim.

Wednesday, May 2, 2012

JANGAN BERLEMBUT

Oleh Nizam Yatim.

KUALA LUMPUR : KELMARIN Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) dalam satu sidang akhbar meluahkan kekesalan berikutan sikap Pejabat Peguam Negara yang belum membuat pengesahan terhadap laporan tuntutan kerugian pihaknya akibat perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 tahun lalu.

Menurut Presidennya, Mohd. Ridzuan Abdullah, laporan setebal 365 muka surat itu adalah tuntutan kerugian sebanyak RM817,205 daripada 317 peniaga di sekitar Kompleks Pertama, Kuala Lumpur yang mengalami kerugian akibat demonstrasi haram pada 9 Julai 2011.

"Apa yang mengecewakan, sehingga kini Peguam Negara tidak memberi sebarang maklum balas. Oleh kerana tiada tindakan undang- undang, kini Bersih 3.0 muncul dan semakin berani mengganas sehingga meninggalkan impak kepada banyak pihak termasuk peniaga," katanya.