Thursday, August 11, 2011

KHALID GARU DAHI TAK GATAL


Gambar AgendaDaily ini menggambarkan 1001 cerita mengenai TS Khalid Ibrahim ini. Ini memaksa beliau menggaru dahinya yang tidak gatal atau mengalihkan anak peluh. Diluah mati emak, ditelan mati bapa...begitulah kedudukannya sebagai ahli politik yang mahu menjaga hati kawan-kawan. Apatah lagi renungan Ronnie Liu itu pasti mendebarkan Khalid berhubung sama ada mahu bercakap benar atau tidak mengenai isu serbuan JAIS ke gereja yang menurut Datuk Dr Hassan Ali, ada bukti untuk memesongkan akidah orang Islam. Namun, jika Khalid mengaku sebagai seorang Islam yang memperjuangkan Islam, beliau perlu memikirkan nasib rakyat Islam di Selangor berbanding untuk memikirkan percaturan politik terutama menjelang PRU 13.

Wednesday, August 10, 2011

ORANG INDIA BUKAN BODOH 2

Oleh Ibrahim Yahaya

Jumlah kakitangan kerajaan sekarang ialah lebih 1.4 juta orang. Ini yang terbaru seperti yang disebutkan oleh seorang Timbalan Menteri semalam. Jumlah ini ramai dan mereka memberi sumbangan yang baik selaras dengan perkembangan semasa - rakyat didahulukan. Yang malas akan dipantau dan diperhatikan. Menerusi Biro Pengaduan Awam (BPA)dan ruang-ruang terbuka sekarang termasuk boleh menghantar e-mail terus kepada KSN, semua orang boleh menyuarakan masalah mengenai kakitangan awam.

Tidak hairanlah kerajaan baru-baru ini memberi bonus separuh bulan kepada mereka mengenangkan jasa perkhidmatan yang diberikan. Malah CUEPACS minta setengah bulan lagi selepas raya. Itu kena serahkan kepada PM dan Kabinet untuk menentukannya.

Sebagai kakitangan kerajaan mereka perlu menyimpan rahsia dan menyokong kerajaan sepanjang masa. Jika ada masalah, sudah tentulah mereka mempunyai forum tertentu atau organisasi seperti Cuepacs atau kesatuan sekerja lain. Malah di peringkat jabatan, mereka mempunyai forum untuk berbincang di antara petugas dan pengurusan. Ini mampu memperbaiki perkhidmatan dan segala macam masalah. Yang penting semua ikhlas dalam memperbaiki perjalanan kerja dan kemudahan yang diperlukan. Ketika di RTM, banyak perkara yang dapat diselesaikan menerusi pertemuan pengurusan dan kakitangan.

Setelah mereka bersara, sudah tentulah mereka bebas untuk bersuara dalam lingkungan undang-undang tanpa menjatuhkan air muka seseorang atau pihak tertentu. Pesara kerajaan juga bertanggungjawab untuk menjaga rahsia dan sentiasa bertanggungjawab apa yang mereka lakukan selama ini sebagai kakitangan kerajaan. Dalam ertikata lain, jika mereka tidak bersetuju perkara ini boleh dibincangkan bersama ketua pentadbiran atau jabatan. Jika itu pun tidak sesuai dengan mereka, boleh membuat pilihan untuk berhenti kerja atau berhijrah ke swasta. Ini satu tindakan yang bijak dan berani.

Walaupun kakitangan kerajaan majoritinya terdiri daripada bangsa Melayu, namun dua kaum utama lain juga ada menyertainya dan mereka juga diberikan kesempatan memegang jawatan tinggi. Ada yang menjadi ketua setiausaha dan memegang jawatan tinggi dalam pasukan berpakaian seragam seperti polis. Sebagai kakitangan kerajaan tidak kira kaum dan bangsa, mereka perlu menyokong segala tindakan kerajaan atau pun sebagai pembuat dasar, buatlah dasar yang terbaik untuk rakyat. Yang penting mereka perlu memahami apakah dasar yang dilaksanakan itu benar-benar membantu golongan yang memerlukan.

Sebagai pembuat dasar, mereka perlu memahami apa yang ingin dilakukan oleh kerajaan iaitu mengutamakan rakyat terutama Bumiputera seperti dalam Perlembagaan. Antaranya ialah membantu golongan usahawan Bumiputera yang berusaha gigih untuk mengejar rakan mereka. Sebagai contoh Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menitikberatkan usaha membantu golongan Bumiputera agar berjaya dalam bidang perniagaan. Bagaimanapun, dasar itu tidak pernah menidakkan kepentingan orang lain malah banyak kali kerajaan menggalakkan diadakan usahasama antara pelbagai kaum. Malah dasar ini juga dilihat secara tidak langsung menguntungkan usahawan bukan Bumiputera juga. Dasar ini juga tidak menyekat kedatangan pelaburan asing berikutan usaha kerajaan membuat beberapa kelonggaran berhubung FDI ini.

Namun jika bekas pegawai kanan kerajaan mula mengkritik mengenai DEB, sesuatu yang tidak kena kepada kerajaan atau diri beliau sendiri. Dalam ertikata lain jika DEB dilaksanakan tanpa tujuan apa-apa atau pun secara suka-suka untuk membantu orang Melayu, maka ia boleh dianggap sebagai satu kesalahan. Tetapi jika ia bermatlamat untuk membantu orang Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan, sudah tentu semua pihak perlu memahaminya dan tidak membuat tuduhan bahawa kerajana berat sebelah. Malah lebih malang jika mereka yang pernah terbabit dalam membantu kerajaan membuat dasar berputar 360 darjah menyalahkan dasar itu. Yang terbaru ialah bekas pegawai kerajaan yang bernama Navaratnam yang menyalahkan DEB menyebabkan kurangnya pelaburan asing.

Penulis malas hendak mengulas orang macam ini dan eloklah baca ROCKY untuk mengetahuinya. Orang ini mungkin mengeluarkan kenyataan untuk mempengaruhi kaum yang sama dengannya. Tetapi penulis yakin, orang India kini tidak bodoh dan boleh berfikir dengan baik usaha yang dibuat oleh kerajaan dan tidak terpengaruh dengan kenyataan Navaratnam itu.

Tuesday, August 9, 2011

HASSAN ALI DAN PAS

Oleh Ibrahim Yahaya

Jika Datuk Dr Hassan Ali dipecat dari PAS kerana mempertahankan tindakan JAIS baru-baru ini, parti yang sudah menukarkan matlamat perjuangan daripada mahu mendirikan negara Islam kepada negara kebajikan, akan musnah dan berkubur.

Jika dulu ramai ahli PAS boleh menerima pertukaran matlamat perjuangan parti itu kepada negara kebajikan kerana memahami bahawa untuk memerintah, mereka perlu bekerjasama dengan PKR dan dap, tetapi kini mereka pasti tidak akan mahu menerima penjelasan pemimpin PAS yang dilihat berdolak-dalik demi untuk menang pilihan raya.

Jika Dr Hassan dipecat, maka ini memperlihatkan PAS rela menggembirakan hati kawan-kawan dalam parti politik daripada memikirkan seorang pemimpinnya yang sanggup berjuang bermati-matian demi Islam. Pemecatan Dr Hassan mungkin dilihat sebagai jalan tengah untuk menyelesaikan isu serbuan terhadap gereja tetapi mereka lupa isu yang sebenarnya ialah tindakan untuk memurtadkan umat Islam.

Dr Hassan sejak awal lagi mempertahankan tindakan Jais dengan menyatakan mereka mempunyai bukti bahawa ada usaha untuk menarik umat Islam untuk bertukar menganut Kristian. Malah soal selidik yang dibuang dalam tong sampah oleh pengurusan gereja memaparkan bagaimana mereka mengemukakan soalan-soalan untuk memesong akidah orang Islam. Jika tiada sebarang yang rahsia mengapa perlu dibuang dalam tong sampah? Pasti mereka akan mereka-reka jawapan mengapa borang itu dibuang.

Sudah tentulah pengikut PAS yang selama ini menyangka bahawa parti itu benar-benar memperjuangkan Islam akan kecewa dan berpatah arang kerana pemimpin mereka lebih mementingkan untuk menang pilihan raya daripada menegakkan perjuangan Islam. Adakah mereka rela umat Islam masuk agama lain setakat ini kerana jumlahnya kecil dan berbaik-baik dengan kawan-kawan dalam dap dan pkr demi untuk memenuhi cita-cita menjadi Menteri Kabinet selepas PRU 13 akan datang? Atau ada yang sudah pasang badan untuk menjadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri? Nauzubillah.

Lebih mengecewakan lagi apabila pemimpin PAS banyak mendengar arahan pemimpin dap seperti Teresa Kok dan Ronnie Liu di Selangor yang terang-terang membuat pelbagai perkara yang menjelekkan dan menyakitkan hati umat Islam seperti pengumuman ladang babi moden terbesar di Selangor. Selain itu, isu penjualan arak di kedai runcit yang diperjuangkan oleh Dr Hassan juga dilihat sebagai kompromi entah apa-apa antara pemimpin PAS dan dap. Yang memilukan ialah apa yang berlaku di Kedah di mana kerajaan negeri menarik balik larangan supaya tiada kegiatan hiburan di negeri itu, semata-mata mendengar bantahan rakan dap yang teramatlah marah.

Pengikut PAS ini sudah pasti mendesak Dr Hassan menubuhkan satu parti baru yang memperjuangkan Islam dan mereka beramai-ramai berhijrah ke parti yang mahu mengikut matlamat asal perjuangan PAS. JIka tidak, mereka mungkin ada pilihan lain untuk menyertai UMNO, parti yang umum tahu sudah memperjuangkan Islam sejak dulu lagi.

Baca bantahan PEMBELA mengenai isu gereja.

Monday, August 8, 2011

ORANG SENANG ORANG SUSAH

Oleh Ibrahim Yahaya

Semalam, ada dua perkara yang berlaku menagih bangsa Melayu bangun dari tidur atau lamunan untuk membantu golongan susah, benar-benar susah. Ini ada kaitan dengan kehadiran orang Melayu di gereja di Petaling Jaya baru-baru ini yang ada kaitan dengan kemiskinan dan keperluan hidup. Pertama melihat program Singgah Sahur TV3 dengan kumpulan gelandangan yang ramainya orang Melayu. Ada antaranya bekas tentera yang tidak selesa tinggal bersama anak-anaknya di Kuala Lumpur. Kedua ialah perbualan penulis dengan seorang sahabat lama ketika berbuka mengenai setakat mana kita sudah membantu golongan susah terutama agensi kerajaan yang bertanggungjawab dan orang perseorangan yang kaya raya.

Jika diperhatikan banyak bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat yang susah. Saban waktu, saban hari ada saja bantuan dari Perlis hingga ke Sabah. Lebih-lebih lagi tugas ini terserlah oleh kementerian yang bertanggungjawab. Penulis amat kagum dengan kegigihan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang banyak membantu golongan susah ini termasuk turun padang menemui mereka. Dalam satu majlis yang disiarkan oleh media elektronik, kumpulan gelandangan ini menganggap DS Shahrizat sebagai dewi kebajikan mereka yang turun dari langit untuk menghulurkan bantuan. Mereka bersalaman, tersenyum dan sentiasa mengangguk-anggukkan kepala tanda terima kasih.

Golongan yang susah juga perlu diingatkan bahawa dewi yang dikatakan pernah disebut sebagai pelacur UMNO oleh beberapa wanita pengikut PAS ketika DS Shahrizat menziarah Allahyarham Dr Lolo, adalah dewi yang mewakili kerajaan ditugaskan untuk membantu mereka. Dewi ini sepatutnya menang di PRU13 jika diberikan tiket untuk bertanding. Orang kerja kuat, semua pihak kena sokong. Beliau banyak membantu dalam PRK yang lalu cuma adakalanya permintaanya dilihat sebagai sedikit keterlaluan terutama calon wanita. Yang itu, kena perlahan sikit.

Selain kerajaan, penulis melihat ramai juga orang perseorangan yang membantu saban hari termasuklah orang yang tergolong dalam 10 terkaya di negara ini iaitu TS Syed Mokhtar Al-Bukhary. Usahawan seperti ini sudah banyak membantu NGO atau orang perseorangan yang memerlukan. Daripada membina muzium Islam sehinggalah menyumbang kepada kajian warisan. Oleh itu, mereka ini bolehlah dikategorikan kepada kumpulan yang sentiasa bersyukur dan sanggup memberi balik apa yang mereka perolehi daripada keuntungan dengan projek-projek kerajaan.

Begitu juga agensi kerajaan seperti baitulmaal atau pusat zakat yang telah banyak membantu golongan orang susah setiap masa. Mereka membantu orang susah meneruskan kehidupan terutama yang tiada pendapatan atau perlu dibantu kerana kecacatan atau menghadapi malapetaka seperti kebakaran atau kecelakaan.

Bagaimanapun, usaha yang dilakukan oleh kerajaan, usahawan budiman dan agensi kerajaan masih lagi tidak cukup. Ini memerlukan sokongan daripada semua pihak termasuk golongan usahawan yang sudah banyak mendapat faedah daripada projek-projek kerajaan. Apa yang berlaku sekarang ini bukanlah satu yang boleh dipandang ringan dan ditutup mata begitu saja. Sebagai contoh, sahabat penulis yang pernah mengendalikan kawasan Parlimen sering didatangi oleh ibu tunggal yang memerlukan segala macam bantuan. Apabila beliau menyarankan supaya ibu tunggal ini menubuhkan persatuan dalam sekelip mata ahlinya menjadi 250 orang. Tolaklah lima peratus yang laporannya tidak betul, yang 95 peratus lain amat memerlukan terutama mereka yang ditinggalkan suami atau bercerai. Ada banyak kes di mana wanita ditinggalkan oleh suami asing yang pulang ke negara masing-masing. Inilah golongan yang amat perlu dibantu terutama mereka yang ramai anak yang memerlukan wang ketika sekolah dibuka atau hari keramaian.

Usahawan yang mempunyai wang perlu melaksanakan segera usaha membantu golongan susah ini daripada menghabiskan duit dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Umpamanya bermain 'golof' di padang golf di Indonesia. Mereka perlu menghayati penderitaan perit yang dilalui oleh golongan ini. Tolonglah rasa penderitaan tingal di rumah yang usang dan sentiasa dimasukki air hujan. Satu lagi kumpulan ialah mualaf yang dilihat sentiasa dirundung malang akibat ditolak oleh keluarga atau ibu bapa. Mereka ini amat memerlukan bantuan atau bimbingan supaya dapat membina jatidiri untuk terus menganut agama Islam.

Agensi kerajaan yang ditugaskan membantu golongan ini perlu segera melaksanakan tugas agar mereka dapat bantuan tanpa perlu melalui protokol atau peraturan yang menyusahkan. Ingatlah, orang lain sudah 100 langkah ke hadapan membantu kaum mereka atau yang seagama dengan mereka. Janganlah kita ketinggalan sehinggakan ada pihak mengambil kesempatan daripada kelemahan kita dengan menarik golongan susah ini menyertai agama mereka menerusi bantuan kewangan.

Friday, August 5, 2011

HASSAN DAN ISLAM

Serbuan JAIS ke atas majlis makan malam yang turut membabitkan 12 orang beragama Islam di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya malam kelmarin, mencetuskan kontroversi dan percanggahan pendapat antara MB dan Dr Dr Hassan Ali.

SHAH ALAM 4 Ogos – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan pihak berkuasa agama itu terhadap majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya malam tadi.

Sambil menyatakan kekesalan terhadap insiden itu, beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini menyatakan, kerajaan negeri memandang serius perkara tersebut.

Abdul Khalid berkata, beliau telah menghubungi paderi kanan gereja berkenaan, Pastor Daniel Ho bagi menyatakan pendirian kerajaan negeri mengenai insiden serbuan itu.

‘‘Saya telah memberitahu beliau (Daniel) bahawa kerajaan negeri telah mengarahkan JAIS menyediakan laporan langkap mengenai insiden serbuan ini, sebab-sebab tindakan itu dilakukan pada malam berkenaan.

‘‘Saya berharap dapat berjumpa dengan Pastor Daniel Ho sebaik sahaja laporan lengkap ini diterima,” katanya.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri menghormati kebebasan beragama dan hak semua pihak untuk meraikan kebudayaan dan kepercayaan mereka.

Malah, beliau turut mengulangi pendirian bahawa kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan toleransi di kalangan rakyat pelbagai agama selain menghargai usaha meningkatkan kefahaman di antara satu sama lain.

BAHAGIAN Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama berdasarkan hasil maklumat yang diterima.

Maklumat tersebut menyatakan terdapatnya kehadiran orang Islam di dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.

Anggota Penguatkuasaan JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di premis terbabit walaupun dihalang oleh pihak penganjur. Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai.

Di dalam majlis tersebut juga, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam, di mana ucapannya ada diselitkan dengan perkataan Quran dan ‘pray’.

Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguat kuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

Pegawai penguat kuasa JAIS dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang oleh penguat kuasa JAIS.

Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadiri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan.

Mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terlibat boleh didakwa di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Selain daripada itu terdapat bukti-bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Siasatan lanjut bagi kedua-dua kesalahan ini akan diteruskan.

(Renungan Rimau : Berhentilah kegiatan penyebaran agama bukan Islam kepada penganut Islam. Hormati rakyat Islam di negara ini.)

Thursday, August 4, 2011

PEMIMPIN TAMAT TEMPOH?

Oleh Zaini Hassan

DALAM beberapa minggu ini timbul cerita mengenai Tengku Razaleigh Hamzah a.k.a Ku Li.

Beliau selama ingatan kita sejak beberapa tahun ini, tidak begitu dipedulikan, baik musuh atau kawan. Tiba-tiba beliau muncul semula.

Pihak-pihak tertentu mengangkat putera raja Kelantan itu sebagai presiden sebuah NGO baru bernama Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), menggunakan perkataan 'angkatan' seiras Angkatan Perpaduan Ummah (APU) - gabungan antara Pas dan Semangat 46 dulu.

Apa tujuan mereka mempergunakan Ku Li? Apa motif pertubuhan baru ini? Apakah ia mahu menyaingi dengan Perkasa; atau ia adalah satu lagi Perkasa tapi dalam komposisi berbilang kaum?

Apakah akhirnya Perkasa dan Amanah akan bergabung dan membentuk sebuah parti politik?

Apakah Ibrahim Ali mahu bergabung dengan Ku Li? Tidak mustahil kerana Ibrahim pun dikenali sebagai orang kuat dan pengikut setia Ku Li.

Struktur Amanah juga sedang bergerak ke akar umbi dengan dikembangkan ke peringkat negeri atau kawasan, seolah-olah rangka sebuah parti politik.

Jika dulu teori saya mengatakan orang Melayu pecah enam - Melayu UMNO, Melayu Pas, Melayu PKR, Melayu DAP, Melayu Atas Pagar dan Melayu Liberal - kini ia sudah menjadi tujuh iaitu Melayu NGO seperti ini.

Melayu NGO ini mungkin ada di kalangan enam itu, tapi kini mereka mahu berdiri sendiri. Nampaknya orang Melayu memecahkan kuasa mereka kepada lagi kecil. Maka yang majoriti di Malaysia akan menjadi minoriti dan yang minoriti menjadi majoriti, untuk menentukan hala tuju kuasa politik negara ini.

Atau mungkin juga kuasa penentu politik tanah air sudah tidak lagi relevan diterajui oleh orang Melayu? Jika itu benar, dan boleh diterima oleh semua pihak, maka biarkanlah ia berlaku.

Tiba-tiba ketika Amanah, yang dilancarkan pada 22 Julai itu tenggelam sedikit, timbul pula cerita ada cubaan memujuk Ku Li memegang jawatan Ketua Pembangkang, menggantikan Anwar Ibrahim yang sedang menghadapi kes liwat di peringkat akhirnya.

Wah, nama Ku Li kini benar-benar disebut semula. Dalam usianya di pertengahan 70-an, peranannya masih diiktiraf.

Benarkah dengan semua khabar angin ini atau ia hanya satu perang psikologi pihak-pihak tertentu? Persoalannya, siapa yang merangka percaturan ini? Perlu disebut, pokok tak akan bergoyang jika tidak ditiup angin.

Tidak mustahil juga ia boleh berlaku. Ku Li ini dikenali sebagai pakar mereka percaturan besar, atau grand design. Bermula dengan keazamannya mencabar Tun Mahathir untuk kerusi presiden UMNO pada 1987 serta pengharaman UMNO kemudian menubuhkan UMNO Baru, Semangat 46 dan APU.

Ternyata Ku Li ialah political animal yang tidak boleh ditolak tepi begitu sahaja. Semangat juangnya masih kuat sehingga kini.

Namun, siapa di kelilingnya? Beliau sudah tentu mempunyai teamnya untuk menggerakkan grand design ini.

Seorang sahabat yang juga seorang penganalisis politik berkata "semua di kelilingnya sekarang ada penyakit." Tapi walaupun mereka adalah orang bermasalah dalam kerjaya politik masing-masing, kemunculan mereka tidak boleh di pandang ringan.

Bekas Menteri Penerangan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir adalah penggerak utama team Ku Li sekarang. Bekas menteri Kabinet dalam BN selama lebih dua dekad itu kini sudah tidak aktif dalam UMNOkah? Difahamkan beliau ialah the prime mover dalam Amanah, kata satu sumber.

Apa perjuangan yang mahu ditunjukkan oleh Kadir? Sepatutnya sebagai bekas menteri, bantulah kerajaan yang ada hari ini, bukan sebaliknya.

Tapi, mengenali latar belakang Kadir, beliau amat setia kepada Ku Li dan pernah bersama-sama Ku Li dalam Semangat 46 dulu, sebelum dibawa masuk ke dalam politik arus perdana oleh Dr. Mahathir.

Tamrin Ghafar - anak Tun Ghafar Baba juga kini bersama-sama Ku Li. Tamrin juga ialah seorang yang gagal dalam politik. Pernah masuk Pas dan pernah juga menjadi ahli Al-Arqam. Begitu juga Mazlan Harun, anak Tan Sri Harun Idris juga bersama-sama Ku Li dalam Semangat 46.

Bekas Presiden MCA yang disingkirkan oleh parti itu, Ong Tee Kiat dan bekas Timbalan Presiden MIC yang juga seteru ketat Samy Vellu, S. Subramaniam (Datuk Subra) dan Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Zaid Ibrahim juga bersama-sama Ku Li sekarang. Mereka memegang jawatan penting dalam Amanah.

Selain mereka ialah Wilfred Bumburing, Bujang Ulis dan Daniel Tajem, mewakili kaum Pribumi Borneo.

Sebagai anak raja sehinggalah menjadi orang terpenting kepimpinan negara satu ketika dulu, kita tidak boleh salahkan Ku Li. Ku Li tentunya naik 'syok' apabila ada orang yang mahu mengangkatnya semula.

Tapi yang menjadi kekhuatirannya apa pula agenda, motif dan objektif orang-orang kelilingnya itu.

Semua orang keliling itu ialah orang yang sudah tamat tarikh luput atau hampir luput.

Namun, apa sekali pun Ku Li tetap Ku Li. Beliau mempunyai karekter politik yang hebat. Pernah tidur sebantal dengan Nik Aziz dalam APU sehinggalah membakar jambatan dengan Tok Guru itu.

Jika beliau berani menentang Dr. Mahathir, siapalah Nik Aziz.

Apa sekali pun, kita harus mengiktiraf juga sumbangan Ku Li dalam pembangunan negara. Pernah menjadi Menteri Kewangan negara yang hebat. Menubuhkan Amanah Saham Nasional, bangunan UMNO dibina di atas tanah miliknya, Naib Presiden UMNO yang paling kuat serta anak emas kepada Tun Razak.

Pada pendapat kita, beliau mungkin tidak akan jadi begitu sekiranya dia diberi sedikit peranan penting dalam negara.

Difahamkan majlis berbuka puasa Ku Li ialah pada 7 Ogos ini. Kita lihat siapa yang akan berdamping dengannya?

(Renungan Rimau : Adakah kerajaan perlu melantik KULI sebagai Duta bertaraf Menteri seperti yang diberikan kepada DS S Samy Vellu untuk 'menyejukkan hati' KULI? Sekadar bertanya? Boleh kan?)

Wednesday, August 3, 2011

FANSOFNAJIB JAWAB MALAUN

Dear Ambassador Malott

Your open letter to Malaysian Prime Minister Najib essentially argued that the demonstration by the Bersih 2.0 coalition indicated that Malaysia does not hold free and fair elections. You suggested several reforms, including the use of indelible ink as proof of voting, witnessing of postal balloting and international observations. A related point involved media issues, saying that RTM is little more than a government mouthpiece.

However, contrary to your premise, the last elections were free and fair. Not only was the voting observed by such independent groups as MAFREL, but also the casting, opening and counting of ballot boxes were observed by both government and opposition parties. But the ultimate proof can be seen in the historical gains made by opposition parties.They not only won parliamentary seats that had long belonged to the ruling party, substantially slicing the government’s majority, but also gained power in such major states as Penang, Selangor, Kedah, Perak  and Kelantan If elections were rigged in any shape, form or fashion, do you really think this would have been the outcome?

Were there irregularities during the election? There could be minor ones that do not affect validity of the previous election results. If there were major irregularities, our court of law would have dealt with them . So far there were none. You doubt is understandable as irregularities do happen in your democracy.  All you have to do is look at the “phantom” voters in Chicago that put John Kennedy in the White House in 1960 and the questionable “butterfly ballots” in Florida that helped put George W. Bush in the White House in 2000. The Election Commission has promised to vigorously prosecute anyone violating election laws, and Malaysia will continue to work toward eliminating any electoral irregularities.

Yes, the use of indelible ink can provide insurance against voting fraud, but it does have a downside. All you have to do is ask the Iraqi voters who were targeted for retribution after their fingers were marked with blue ink after voting. Actually, biometric identification is the wave of the future, especially as Malaysia seeks to move up the value chain. Biometric identification not only helps eliminate fraud, but provides valuable data concerning democratic participation. Already, every visitor to Malaysia is registered via a biometric database, and it seems reasonable to extend this capability to the entire population.

Does RTM reflect government viewpoints? I’m sure that many in government would disagree with that. At any rate, the issue is almost irrelevant. A decade ago, a monolithic media outlet could have impacted public opinion and even elections. But this is the age of the Internet, where a wide range of diverse opinions are available at the click of a mouse. If someone doesn’t like RTM’s reporting, they are free to search out different views on malaysiakini.com or numerous other sites and blogs, or read opposition papers. Additionally, is the situation with RTM any different than the situation with Fox News in United States, which is owned by Rudolph Murdoch’s News Corporation which has been associated with hacking the voice mails of teen murder victims and bribing police officials? Fox News routinely parroted the talking points of the Bush White House and continues to spin its broadcasts toward extremist views. But US citizens who disagree can easily find alternative viewpoints, just as Malaysians can if they don’t believe that RTM is impartial.

On the issue of international observers for postal votes and balloting, I would only concur with your ideas if there are guarantees the observers are non partisan and are truly independent. So far, the prevailing mood and sentiments demands that the so called observers should be on the side of the opposition. Else, the opposition parties in Malaysia would reject their findings. We do not wish to have a situation where a team of observers need to be appointed to observe the observers.

Just look at you, Ambassador Malott , are you writing the open letter as a concerned global citizen who are impartial, non partisan and truly independent ?

Malaysia is fully committed to democracy and ensuring that all citizens have an opportunity to comment on government policies and participate fully in politics, no matter what side they choose. The only thing that’s asked is tolerance and a sense of community. 

Malaysia is a diverse nation, as you know from your service here, and we value diversity of opinion. So please continue to offer your observations, and make your voice heard, just as Malaysians will make their voices heard in the free and fair elections that will be held in the coming months. Thank you.

Tuesday, August 2, 2011

ORANG INDIA BUKAN BODOH

Oleh Ibrahim Yahaya

Seorang penulis di web portal, Malaysiakini menyatakan bahawa orang India tidak akan lagi diperbodohkan oleh BN pada pilihan raya umum akan datang. Apa yang ditulis tidak penting kerana sebagai individu, beliau pasti tahu apa tujuan penulisannya. Namun yang penting ialah pengundi India pasti bijak dalam memilih calon BN pada masa akan datang kerana pelbagai usaha dibuat oleh kerajaan sekarang bagi membantu mereka.

Melihat kesungguhan PM untuk membantu masyarakat India termasuk mengarahkan Sime Darby, konglomerat perladangan untuk membantu pekerjanya yang terdiri daripada kaum India, memperlihatkan bahawa kerajaan ikhlas membantu golongan yang memerlukan. Tanpa mengira kaum, PM mahu segala bantuan ini diberikan kepada rakyat yang memerlukan dan sudah tentu ini merisaukan pembangkang terutama penulis upahan mereka. Cara terbaik mereka ialah menceritakan perkara yang tidak benar atau separuh benar.

Maka dibuatlah pelbagai tulisan yang menunjukkan bahawa masyarakat India tidak mahu tertipu lagi dengan BN sedangkan mereka sendiri tahu bahawa dalam Pilihan Kecil yang diadakan sebelum ini, pengundi India sudah mula balik ke BN. Mereka perlu melihat angka-angka ini sebelum menulis artikel yang seolah-olah dilihat mahu menegakkan benang yang basah. Ataupun mereka ini sebenarnya dalam keadaan bersikap 'denial' dengan kesungguhan masyarakat India untuk beralih kepada BN pada masa akan datang. Ini kerana pelbagai perkara yang terjadi dalam negeri di perintah oleh dap dan sekutunya.

Apa yang terjadi di Pulau Pinang memaparkan bagaimana masyarakat India dan Melayu ditipu oleh pemimpin anak beranak di negeri itu yang tanpa segan silu membuat sesuatu yang bercanggah dengan apa yang mereka selalu katakan. Kerajaan negeri itu membuat sesuka hati dengan pengendalian tanah menyebabkan ramai penduduk yang marah dengan tindakan dap itu. Kini parti dua beranak itu menyusun strategi untuk memecah-belahkan orang Melayu dan mencari penyokong kuat mereka untuk menghancurkan kumpulan yang lain. Kini mereka bercadang untuk mencari lebih ramai calaon Melayu untuk diketengahkan sebagai calon dalam PRU13 bagi mencapai cita-cita pemimpin dua beranak itu. Kaedah ingin ditiru seperti dilaksanakan di negara jiran.

bersambung....

MALOTT SI PENGHANTAR SURAT

Sumber - AIDC
Inilah muka penghantar surat ke PM yang mempersoalkan pelbagai perkara mengenai Malaysia terutama sistem pilihan raya dan pengendalian RTM. Bagi yang tidak kenal, John Mallot pernah menjadi Duta Amerika Syarikat di sini yang blogawan Rocky dan Big Dog merasakan beliau tidak perlu sibuk mencampuri urusan negara ini. Beliau juga adalah rakan baik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hendak menjadi pejuang pembangkang ke? Pembangkang pun sedang cari orang baru termasuk TR.

Monday, August 1, 2011

UMAT ISLAM MALAYSIA BERTUAH

Setiap kali Ramadan tiba, umat Islam di Malaysia amat istimewa dan bertuah.

Selain dapat beribadat dengan aman dan sentosa, rakyat hidup tanpa sengketa dan tiada berbalah.

Mereka juga dapat bermesra dengan jiran tetangga dengan semangat ukhwah.

Ramadan juga memperlihatkan jalinan perpaduan terukir indah.

Pasar Ramadan dipenuhi dengan rakyat pelbagai bangsa mencari juadah.

Rezeki melimpah di bumi bertuah tanpa perlu sentiasa menadah dan pasrah.

Fikirkanlah dan jangan tersalah langkah.

Peliharalah keamanan dan keselesaan yang senantiasa terserlah..

Pastikan kita dapat berpuasa seperti ini sehinggalah bumi hancur musnah.