Monday, February 28, 2011

JANGAN BUAT KECOH

Buat kecoh

Bukan kerana

Kaum

Negara

Tetapi

Kecoh

Kerana

Masalah mental

......

Buat bising

Agar media

Ambil pusing

Nak buat

Polis pening

Nak kencing

Keharmonian

Sedia terjalin

.............

Wahai

Pengacau

Berhentikan

Otak sasau

Tidak payah meracau

Kacau

Tindakan melampau

.........

Kita tidak berdiam diri

Melihat memerhati

Agar pengacau

Tidak biadab

Tidak hancurkan

Negara ini

Bersama

Petualang

Sentiasa menanti

Tiada hati

Mahu

Malaysia

Dibaham api

Monday, February 21, 2011

PAK HAJI SERBA TAHU

Ada siapa

hendak membeli

janji

hendak pergi

ke syurga

menerusi

pak haji ini

pak haji serba tahu

pak haji tidak makan saman

......................

Ada siapa

tidak tahu

pak haji ini

boleh tentukan

orang pergi syurga

orang pergi neraka

orang itu betul

orang ini salah

pak haji ini

adalah

pak haji serba tahu

macam

profesor serba tahu

tetapi

beliau sendiri

tidak tahu

adakah beliau

masuk syurga

atau neraka

kerana

beliau

bukan tuhan

yang pengikutnya

begitu taksub

dan jumud

Wednesday, February 16, 2011

DUNIA BERGEGAR HARI INI

Dunia bergegar

Hari ini

Tiada

Ribut

Taufan

Tsunami

Tetapi

Gegaran kuat

.........

Siapa

Yang bergerak

Ikut gegaran

Siapa

Yang berpusing

Pening

Berputar

Bergegar

Retak

Menanti belah

.........

Dunia

Berputar hari ini

Aku jadi saksi

Penuh aksi

Menyayat hati

Ketentuan

Illahi

Monday, February 14, 2011

LARI GALI SENDIRI

Mahu lari

luar negeri

bawa diri

seperti bebiri

......

Mahu publisiti

luar negeri

bawa simpati

jinak bak merpati

tajak bak belati

.........

Mahu lari

luar negeri

bawalah diri

pagi

dinihari

gali sendiri

kambus sendiri

puas hati

Friday, February 11, 2011

MALAUN JANGAN KALUT

Bunyi namanya

Campuran

Malaun dan

Kalut

Yang mahu

Membuka

Mulut

Semata-mata

Membantu

Individu

Yang tersempit

Terhimpit

..........

Wahai Malaun Kalut

Tidak payah

Buat cerita

Mengenai

Negara ini

Yang aman

Harmoni

Sepanjang masa

Tidak seburuk

Tidak seteruk

Seperti fitnah

Malaun Kalut

Yang mahu

Menyelamatkan

Bon....t

Individu

Yang dunia

Sudah

Tahu

Kalut

Melalut

Tuesday, February 8, 2011

BUKALAH MATA HATIMU

Bukalah mata hati

Memandang kejernihan

Bukan kekotoran

Yang menyelaputi

Jiwamu

Yang suka

Menidakkan

Ketulusan hati

Individu

Yang sentiasa

Memikirkan rakyat

Memastikan keselamatan

Memindahkan sager

Dari pintu bahaya

.......

Bukalah mata hatimu

Bersihkan jiwamu

Jadilah

Individu bermaruah

Bukan galah penjolok

Yang akan patah

Pecah

Berselerah

Di atas

Tanah

Sunday, February 6, 2011

ELOK KITA KELUAR

Ramai yang keluar

demi keselamatan mereka

Ramai yang dibawa keluar

Kerana ada yang berotak memikirkannya

Yang keluar

Terima kasih kerana keluar

Terkeluar daripada bahaya

......

Hari ini, ada juga orang keluar

Kerana sudah tidak tahan lagi

Keluar mengikuti orang yang keluar

Terdahulu

Sudah tahu

Perlu keluar

Kerana tidak guna

duduk di dalam

menyelamatkan diri

seperti ribuan yang keluar kerana nyawa

tapi kali ini

demi negara tercinta

mereka keluar

agar tidak terus di dalam

tenggelam

penuh kehampaan

Wednesday, February 2, 2011

Polong sudah mula menyedut darah

Jika aku sasterawan

Menceritakan

Satu jalan

Satu tujuan.....

Tiba tiba

Ada langau

Terbang

Satu tujuan

Memberhentikan

Ceritaku.....

Apakah

Langau

Ini disanjung

Sedangkan

Ceritaku

Di potong potong

Akhirnya

Aku

Jadi

Pembohong

Sedangkan

Orang lain

Berjaya melolong

Seperti

Polong