Sunday, February 6, 2011

ELOK KITA KELUAR

Ramai yang keluar

demi keselamatan mereka

Ramai yang dibawa keluar

Kerana ada yang berotak memikirkannya

Yang keluar

Terima kasih kerana keluar

Terkeluar daripada bahaya

......

Hari ini, ada juga orang keluar

Kerana sudah tidak tahan lagi

Keluar mengikuti orang yang keluar

Terdahulu

Sudah tahu

Perlu keluar

Kerana tidak guna

duduk di dalam

menyelamatkan diri

seperti ribuan yang keluar kerana nyawa

tapi kali ini

demi negara tercinta

mereka keluar

agar tidak terus di dalam

tenggelam

penuh kehampaan

No comments: