Monday, February 28, 2011

JANGAN BUAT KECOH

Buat kecoh

Bukan kerana

Kaum

Negara

Tetapi

Kecoh

Kerana

Masalah mental

......

Buat bising

Agar media

Ambil pusing

Nak buat

Polis pening

Nak kencing

Keharmonian

Sedia terjalin

.............

Wahai

Pengacau

Berhentikan

Otak sasau

Tidak payah meracau

Kacau

Tindakan melampau

.........

Kita tidak berdiam diri

Melihat memerhati

Agar pengacau

Tidak biadab

Tidak hancurkan

Negara ini

Bersama

Petualang

Sentiasa menanti

Tiada hati

Mahu

Malaysia

Dibaham api

2 comments:

sallehfauzi said...

Saya sangat selera dengan entri DIY ini, tajam dan mengena. bertambah lagi bila terkenang dengan Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

1 april ini Ketua Pengarah Jakim akan bercuti bersara, di bawah pentadbirannya Jakim pretasinya merosot. berbanding dengan KP-KP sebelumnya.

Rasa saya KP Jakim ini elok buat macam dulu-dulu iaitu datang dari orang luar, macam RTM dok ada itu, supaya cemerlang dan disegani seperti dahulu itu.

Neena J said...

Salam Datuk.
Saya mohon Datuk lakukan sesuatu mengenai website Klfm dan juga Muzikfm.
Kedua website ini seperti telah di anak tirikan berbanding dengan website Traxxfm yang telah beberapa kali diupgrade.
Website Klfm sangat memalukan. Ia memaparkan aktiviti yang berlaku 2 tahun lepas. Malahan juga ia memaparkan gambar mantan PM sebagai PM yang kini telah pun diganti oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Jika pihak PR Datuk Najib terserempak dengan website ini pasti malu bukan?
Layoutnya yang bosan dan penggunaan colour yang dull mampu mendorong sesiapa saja untuk menekan butang pangkah.
Manakala Muzikfm lebih up to date. Namun penggunaan warna masih lagi kurang sesuai. Ia juga lebih interaktif berbanding dengan Klfm. Informasi juga sepatutnya tidak berselerak. Penggunaan design yang berlainan patut dipuji jika nak dibandingkan dengan radio radio private yang kerap mengulangi penggunaan pattern design yang sama. Datuk juga boleh mencadangkan kepada moderator agar cuba menggunakan design sunburst yang semakin popular pada masa kini.
Saya yakin jika Datuk melayari website tersebut Datuk pasti malu sendiri.
Saya hanya mencadangkan kerana RTM mempunyai image yang tinggi dikalangan pelajar Media.

http://www.kl.fm/
http://www.muzikfm.com.my/

Saya mohon sila lakukan sesuatu.
Terima Kasih.