Oleh Agenda Daily
Sejak berita Menteri Besar Kedah , Datuk Seri Azizan Abdul Razak mahu digugurkan dari jawatannya kononnya kerana masalah kesihatan tersebar, Agendadaily menerima berbagai reaksi dari orang ramai yang terkejut dengan hu ha terbaru parti PAS ini.
Antara pertanyaan utama mereka adalah, kalau nak ganti pemimpin sebab masalah kesihatan, kenapa Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang selalu juga keluar masuk hospital tak kena tindakan sama.
Lebih terkejut lagi bila dilaporkan yang ketuai usaha tersebut adalah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang akan mengadap Sultan Kedah berhubung peralihan kuasa tersebut.
DS Azizan sebelum ini bercuti panjang selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana serangan jantung.
Walaupun timbul tekanan dari kepimpinan pusat PAS, Azizan menafikannya malah menegaskan beliau sihat untuk meneruskan tugas-tugasnya.
DS Azizan sebelum ini memang dikenali sebagai ‘orang yang buat hal sendiri’ dan katanya beliau tidak sealiran sangat dengan pucuk kepimpinan PAS pasca muktamar parti itu baru-baru ini.
Kepimpinan parti bimbang akan keupayaan parti untuk mempertahankan kuasa pemerintahan negeri pada pilihan raya umum akan datang.
Justeru, ia mencadangkan Azizan bercuti panjang sementara seorang pemangku Menteri Besar dilantik bagi menggantikannya.
Beberapa nama disebut-sebut untuk menggantikan Azizan. Ini termasuk tiga wakil rakyat senior iaitu, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Datuk Mohamad Taulan Mat Rasul (Tokai). Kesemua adalah Exco kerajaan negeri.
Bagaimanapun ada laporan yang menyatakan bahawa ketiga-tiga exco tersebut menafikan ‘tahu menahu’ mengenai usaha ‘mengulingkan’ DS Azizan tersebut.
Ketiga-tiga mereka sepakat mengatakan bahawa Azizah akan sembuh dan meneruskan tugas seperti biasa.-2/9/2011
Friday, September 2, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment