Wednesday, September 7, 2011

MAT SABU MAHU MUHYIDDIN

Oleh Roslan Bian (AgendaDaily)

Mohamad Sabu mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin jadi lawannya untuk berdebat isu Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan.

Ini dakwa Timbalan Presiden PAS itu kerana Timbalan Perdana Menteri lebih sakan belasahnya kerana ceramahnya di Tasek Gelugor 21 Ogos lalu mengenai isu itu berbanding Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

 "Yang suruh saya bertaubat, bertakwa timbalan presiden UMNO. Elok saya bertemu dengan dia," katanya di sidang akhbar di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur tengahari Selasa.

Katanya Muhyiddin menghentamnya dan suruh  bertaubat dan bertakwa.

"Secara peribadi  Khairy Jamaluddin tidak banyak mengecam saya,” tambahnya.

Mat Sabu juga beri alasan kerana kawasan Parlimen yang diwakili Timbalan Perdana Menteri yakni Pagoh terletak tidak jauh dari Bukit Kepong.

PAS katanya, akan menghantar surat rasmi kepada ketua Penerangan UMNO mengenai perkara tersebut.

Menjawab dakwaan Khairy, bahawa beliau takut berdepan dengannya, Mat Sabu berseloroh menyindir ahli parlimen Rembau itu dengan berkata, “ Saya takut..saya selalu masuk penjara...kena tahan ISA,”.

Mat Sabu cuba gambarkan seolah beliau senang hati dengan isu ini yang sudah berlarutan sekian lama.

Seawal sidang media, beliau sempat membilang jari dan berkata “dah 11 hari. Kena bernanah telinga 10 hari lagi sampai 16 September,”.

Bagi Mat Sabu ini isu paling hot.

Mengenai PAS Kelantan tawar debat Mat Sabu dan Khairy, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang hadir sama berkata, perkara itu tidak dirujuk kepada PAS Pusat.

“Kita setuju (debat) tapi mahu ikut level parti,” ujarnya.

Dalam sidang media itu, PAS mencadangkan kerajaan mengkaji dan menulis semula sejarah negara secara adil dan tepat.

“Kita mahu betulkan perspektif sejarah  dan letak pada tempatnya  mereka yang  benar-benar berjuang untuk kemerdekaan negara,” katanya.

Mustafa juga menegaskan pendirian PAS menolak idealogi dan perjuangan komunis.

Sementara itu Khairy dalam Twitternya petang Selasa berkata beliau tetap mahu berdebat dengan Mat Sabu sahaja.

“Kali ini saya hanya mahu debat dgn Mat Sabu. Sebab dia punca kontroversi dan itu juga jemputan asal dari Kerajaan PAS Kelantan”katanya.

Katanya kini ada tiga tawaran untuknya berdebat yakni Mat Sabu sudah tolak kepada Pemuda PAS Johor manakala Pemuda PAS Pusat sudah hantar surat jemputnya debat dan dari Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad.

Pemuda PAS telah menghantar surat jemputan berdebat dengan ketuanya,Nasrudin Tantawi  di pejabat Pemuda UMNO Malaysia 2.30 petang Selasa.

“Sekadar memberi penjelasan & update ttg isu debat: 1) Semua ini bermula bila saya dijemput oleh Kerajaan Kelantan untuk debat dgn Mat Sabu.

“So, saya tunggu Mat Sabu. Dia setuju atau tak setuju, saya tetap bersedia. Sekian mengenai isu debat buat masa ini,”kata Khairy.-6/9/2011.

(Renungan Rimau : TS Muhyiddin, takyah layan. Mat Sabu ini diarahkan oleh dap untuk kacau TS. Sebenarnya Mat Sabu ini layak berdebat dengan penuntut MRSM jerr. Itupun kalau mereka tidak tolak macam waris polis Bukit Kepong yang tolak Mat Sabu nak temui mereka.)

1 comment:

Anonymous said...

Jangan layan Mat Sabun ni, buat habis beras saja.