Friday, September 30, 2011

GUAN ENG TAKLEH BALIK KAMPUNG

Jika Sultan Johor menitahkan Lim Guan Eng tidak boleh masuk Johor, ini bermakna beliau tidak boleh balik kampungnya di Batu Pahat.

Ini kerana asal usul bapanya adalah dari Batu Pahat.

Guan Eng pun pernah bersekolah di Batu Pahat.

Oleh kerana mahu menarik orang Cina menyokongnya, beliau pun pergi Melaka.

Maka orang Melaka pun tidak terimanya, maka beliau pergi ke Pulau Pinang.

Lompat sana, lompat sini, asalkan menang.

Kini, di Pulau Pinang, beliau merasakan beliau besar.

Dan ketika pergi ke Singapura, beliau memburuk-burukkan Johor.

Sudah tentulah Sultan Johor tersinggung.

Maka Guan Eng tidak boleh balik kampung lagi.

Kenalah duduk kat Pulau Pinang.

Johor tak terima, Melaka pun tak terima.

MAKCIK HILANG PEDOMAN

Oleh AgendaDaily

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong di laman web sosial melibatkan seorang individu yang dikatakan tinggal di Sweden.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata SKMM telah berhubung dengan pengendali Facebook dan Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama samaran 'Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara'.

Namun, Twitter tidak dapat memenuhi permintaan itu, kata Rais kepada pemberita di sini Rabu.

"Maklumat mengenai keluarganya sudah diperolehi dan telah dikemukakan kepada pihak Peguam Negara Isnin lalu," katanya, sambil menambah identiti individu berkenaan dikenal pasti dengan bantuan pihak berkuasa.

Menteri itu berkata oleh kerana kes itu melibatkan individu yang tinggal di Sweden, dia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana 'berada dalam perlindungan perjalanan antarabangsa'.

Bagaimanapun, Dr Rais berkata SKMM telah berhubung dengan pihak Interpol yang memberi isyarat sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia berhubung kes itu.

Menurutnya individu terbabit berdepan dengan tindakan undang-undang jika dia pulang ke tanah air.

Dr Rais menegaskan tindakan menghasut, memperkecilkan agama atau menghina raja adalah kesalahan besar.

Menteri itu berkata beliau telah memaklumkan perkembangan kes itu kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka telah menzahirkan pandangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan jemaah menteri.-28/9/2011.

(Renungan Rimau : Orang Islam yang menghina agama sendiri ini sebenarnya sudah hilang pedoman hidup. Mereka bukan saja tersesat tetapi mengambil jalan yang lebih buruk dengan menghina agama sendiri. Lebih malang jika kegiatan mereka tidak boleh dikawal lagi termasuk menerima nasihat rakan taulan dan keluarga sendiri. Adusss.)

Wednesday, September 28, 2011

MUSANG JADI HYENA

Oleh Zaini Hassan

APABILA saya diberitahu mengenai maklumat ini saya tidak tahu di mana hendak bermula. Apakah benar maklumat yang saya terima ini?

Jika benar apakah wajar saya dedahkan? Jika saya dedahkan apakah implikasinya? Namun saya tetap berdoa agar maklumat ini salah.

Jika salah, mungkin saya boleh tidur lena dan bersyukur keadaan itu tidak berlaku, walaupun saya mungkin dipersalahkan kerana menulis sesuatu yang tidak berlaku.

Tapi sebagai penulis, itulah risiko yang harus dihadapi.

Apa yang saya tulis ini mungkin sedikit memeranjatkan, tapi biarlah pihak-pihak tertentu yang menyiasat mengenai kebenarannya.

Saya menerima satu maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu badan) yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang (atau dalam bahasa mulut orang-orang) Anwar Ibrahim.

Maklumat yang saya terima menggambarkan bahawa ia adalah suatu situasi yang real dan nyata.

Jika benar, ia adalah sesuatu yang cukup bahaya. Ia adalah satu perancangan yang halus, licik dan terancang yang boleh menjejaskan kerajaan semasa.

Sama ada ia berlaku secara kebetulan atau satu plot terancang tidak pula saya tahu. Jika benar, ternyatalah sistem imunisasi kerajaan ini lemah sehingga gagal untuk menentang elemen-elemen itu.

Seperti yang saya kata tadi, jika saya salah, maka saya bersyukur kerana ia tidak berlaku. Tetapi jika ia berlaku, maka sesuatu yang drastik harus dilakukan supaya pengkhianat-pengkhianat ini dibersihkan secepat mungkin daripada sistem kerajaan.

Dalam konteks kerajaan Malaysia kini, adalah sesuatu yang lazim dan biasa jika ada penjawatnya yang bersimpati dengan pihak-pihak musuh atau yang bertentangan dengan dasar yang dijunjung oleh organisasi itu. Malah ada juga kakitangan kerajaan yang secara terang-terangan menentang kerajaan atau bersikap anti kerajaan.

Bagi saya, itu masih lagi boleh diterima, tapi macam mana pula jika orang-orang yang berada di dalam sesebuah organisasi itu menjadi operator dan penggerak kepada musuh itu? Jika benar berlaku, maka ia adalah sesuatu yang luar biasa dan amat mendukacitakan.

Dalam peperangan saraf di Malaysia sekarang, tidak mustahil operator itu wujud, lagipun Anwar Ibrahim bukan calang-calang orang untuk menempatkan mereka di situ. Orang-orangnya masih ada dalam sistem, terutamanya di peringkat atasan.

Mungkin juga masih berlaku infiltrasi atau penyusupan masuk orang-orang ini untuk menjadi musuh dalam selimut, musang berbulu ayam, bagai menggunting dalam lipatan?

Ternyata bahasa Melayu cukup agung untuk menggambarkan apa yang cuba disampaikan di sini. Sekali lagi saya mahu nyatakan benarkah wujud elemen-elemen itu? Saya berharap ia tidak berlaku.

Apa akan terjadi sekiranya benar? Apakah langkah yang akan dilakukan oleh pihak berkuasa jika ia benar-benar berlaku?

Apakah kita sedar bahawa ada antara badan strategik itu kini tiba-tiba menjadi tidak bermaya setelah ‘kehadiran’ elemen-elemen itu?

Maklumat itu memberitahu: ‘‘Saya tidak hendak memberikan contoh yang lebih banyak, tetapi saudara perhatikanlah sendiri bagaimanakah ada agensi Kerajaan Persekutuan (dirahsiakan namanya) yang tugas pentingnya mempertahankan dasar-dasar kerajaan, memberi kefahaman kepada rakyat supaya akhirnya mereka memberikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, boleh pula menerapkan, menyerapkan malah menggunakan instrumen pembangkang yang berusaha mematikan Perdana Menteri.”

Kata maklumat itu lagi: ‘‘Inilah kemenangan Anwar Ibrahim yang dibawa oleh orang kuatnya di dalam organisasi itu, dan masih membawa masuk orang-orang Anwar secara perlahan. Permohonan membawa masuk pegawai baru masih di peringkat JPA dan SPA.”

Saya tidak mahu menulis panjang lebar mengenai hal ini. Biarlah pihak berkenaan akhirnya sedar mengenai fenomena ini. Biarlah mereka yang mengambil tindakan, itupun jika mereka mampu melakukannya.

Elemen-elemen yang ada itu, jika benar, harus dihapuskan. Mereka harus dibersihkan daripada sistem kerajaan semasa, dalam sistem strategik negara dan politik.

Menurut maklumat itu lagi: ‘‘Bagi kami yang kerdil ini, tidak sanggup melihat YAB Perdana Menteri menerima nasib seburuk Gaddafi. Sekuat Gaddafi pun akhirnya dijatuhkan dari dalam dengan bantuan musuh-musuh Islam di luar!''

Sebagai contohnya, kata maklumat itu lagi: ‘‘...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang?

Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?''

Buat sementara ini, biar saya berhenti di sini dulu.

(Renungan Rimau : Ini memang bahaya dan perlu dicari segera. Jika tidak musang itu akan menjadi hyena (gambar atas)dan seterusnya mengganas sehingga boleh meruntuhkan negara ini).

Tuesday, September 27, 2011

JANGAN KACAU PERLEMBAGAAN

Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah bertitah prinsip-prinsip asas terutamanya yang menyentuh Islam dan Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara tidak boleh dikompromi sama sekali.

Baginda meminta semua pihak supaya tidak menggunakan sebarang alasan, muslihat dan matlamat jangka pendek hingga menggadaikan nasib ummah di hari ini.

"Ummah wajib berdiri teguh, berpendirian tegas dan tidak berundur ke belakang walau setapak sekalipun," titah baginda pada Kongres Majlis Agama Islam Negeri-negeri seluruh Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Isnin.

Bernama melaporkan, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan kongres dua hari itu anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia.

Raja Dr Nazrin bertitah pentafsiran Perlembagaan dengan perspektif yang menghormati sejarah penubuhan Malaysia amat penting diperingatkan semula manakala semua persetujuan yang sudah dicapai harus dihormati.

Menurut baginda, penghakisan martabat Islam bukanlah sesuatu yang tidak mungkin terjadi atau tidak dirancang secara tersirat baik dari dalam mahupun dari luar negara.

"Jika dihalusi, usaha-usaha pencerobohan terhadap Islam bukan sahaja tampak berlaku, tetapi berlaku dalam terang lagi bersuluh.

"Ia mungkin bermula dengan satu jamuan, satu nyanyian, satu perkhemahan, satu lawatan yang mungkin bermula dengan segenggam garam-setahil emas, ia juga mungkin bermula dengan satu kalimah-satu ceramah," titah baginda.

Menurut baginda Islam akan terhakis apabila tanggungjawab terhadap urusan Islam gagal dipantau secara tegas.

"Islam telah mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada perkara-perkara prinsip menyentuh aqidah.

"Hari ini nama suci Allah dilaporkan telah diguna pakai tanpa menghiraukan sensitiviti umat Islam, tanpa mengendahkan potensi yang boleh mengelirukan akidah anak-anak Islam, tanpa mempedulikan betapa terhirisnya perasaan ummah," titah baginda.

Raja Dr Nazrin bertitah bahawa kalimah suci Allah amat tinggi di sisi Islam di mana apabila dicetak pada kertas, kalimah itu tidak boleh dipijak, dijadikan bahan bungkusan malah tidak boleh dibawa ke dalam tandas.

"Prinsip asas Islam jika diredakan untuk dijadikan bahan tolak ansur politik merupakan satu perkara yang amat bahaya," titah baginda.

Raja Dr Nazrin mengingatkan umat Islam bahaw mereka kini berdepan dengan masalah perpaduan kerana mereka kelihatan berada dalam babak yang begitu taksub untuk "menang sorak tanpa memikirkan kampung halamannya mungkin tergadai".

"Raja-raja Melayu sangat prihatin terhadap masalah itu dan sedang memerhatikan pendirian taksub kepimpinan politik di kalangan ummah, memilih untuk berpatah arang berkerat rotan, bergembira melihat yang kalah menjadi abu dan berpuas hati walaupun yang menang akan menjadi puntung-puntung arang.

"Pimpinan politik di kalangan umat Islam hari ini tidak lagi menghayati semangat biduk berlalu kiambang betaut," titah baginda.

Raja Dr Nazrin mengingatkan status Islam dan ummah boleh terjejas sekiranya institusi Raja ditiadakan dan kerajaan pilihan rakyat berpegang kepada doktrin pemerintahan iaitu agama adalah urusan individu dan agama berada di luar bidang tanggungjawab negara.

"Akan berkelanalah ummah, Masjid Ubudiah (di Kuala Kangsar), begitu juga masjid-masjid lain, mungkin bertukar menjadi muzium, tempat para pelancong dimaklumkan bahawa di suatu masa dahulu, bangunan yang begini cantik seni binanya ini adalah tempat pengikut ajaran Muhammad menunaikan sembahyang," titah baginda.

Baginda bertitah senario yang berlaku di serata dunia menunjukkan hanya negara yang masih memiliki sistem pemerintahan beraja yang dapat meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara. "Dalam hasrat membina kekuatan ummah dan jati diri bangsa dan dalam hasrat memastikan kelangsungan ummah, kuasa-kuasa prerogratif yang kekal diperuntukkan kepada Raja-Raja wajib dirujuk secara bijaksana," titah baginda.-26/9/2011. AGENDADAILY.

(Renungan Rimau: Apabila perkara sebegini dibangkitkan, maka ramailah pihak yang menggunakan ayat, "takkan lah sampai begitu.." tanpa memikirkan apa yang sudah terjadi di seluruh dunia dan beratus-ratus tahun yang lalu yang mana penyesalan penuh sentiasa diungkapkan. Malangya, kita tidak boleh mengubah apa yang berlaku 100 tahun lalu kerana itulah keputusan yang dibuat oleh masyarakat ketika itu. Jika dikatakan Portugis itu baik dan akan menolong orang Melayu, maka bangsa Melayu menyokongnya, sedangkan mereka tidak tahu rancangan sebenar. Setelah semua berlalu, maka mereka yang salah membuat keputusan akan tersandar di kerusi...mengenangkan nasib yang tidak boleh diubah lagi).

Monday, September 26, 2011

GARU KEPALA ATAU KEPALA GARU?

Seperti yang diduga pakatan pembangkang yang gabra dengan polimek isu hudud yang mendedahkan kepada mata ramai bagaimana  ia ‘ tidor sebantal mimpi lain-lain’ telah bertindak segera untuk buat damage control.

Satu sidang media khas dipanggil oleh Setiausaha Agung PAS-PKR –DAP di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur tengahari Isnin untuk memastikan ia tidak merebak hingga di luar kawalan.

Maka seperti biasa satu arahan TUTUP MULUT dikeluarkan kepada semua pemimpin pakatan pembangkang jangan cakap isu hudud hingga Rabu mala mini bila majlis pimpinan mereka mengadakan mesyuarat untuk memutuskan satu konsensus keatas isu yang menjadi modal politik PAS.

Pengumuman mengenai arahan berkenaan dibuat oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali.Hadir sama Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke yang mewakili Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Keadaan dalam pakatan pembangkang jadi bercempera bila Pengerusi DAP Karpal Singh ‘mengamuk’ balik dan Guan Eng kata semua barisan pimpinan DAP Pusat akan letak jawatan parti jika hudud dimasukan dalam agenda pakatan pembangkang.

Sekalipun jelas wajah garang Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz selamba kata ‘ bye-bye’ jika DAP tak setuju perlaksanaan hukum hudud,namun Mustapha ‘ cover line’ hal itu dengan menyatakan bahawa cakap Menteri Besar Kelantan itu adalah dalam kontek negeri itu sahaja.

Katanya pakatan itu mengamalkan demokrasi dan memberi kebebasan kepada mana-mana negeri dibawahnya laksana atau tidak hukum hudud.

Serentak dengan itu seperti biasa beliau mendakwa isu ini sengaja diperbesarkan oleh media yang dikuasai kerajaan untuk porak perandakan pembangkang.

Untuk mengambarkan ‘ tak ada hal ‘ ketiga-tiga mereka beraksi ambil gambar gengam tangan tanda perpaduan.-26/9/2011- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL.

(Renungan Rimau : Berlakunlah sehingga tidak larat lagi berlakun).

Tuesday, September 20, 2011

AL-FATIHAH UNTUK AWANG JABAR

ALFATIHAH-Tokoh veteran UMNO Terenggau,Datuk Awang Jabar,meninggal dunia tadi terlibat kemalangan dlm perjalanan menuju acara TPM di Dungun-Agendanews(9.23(pg).

Friday, September 16, 2011

SEMUA ORANG SUKA

Anak. : Ayah..apa PM cakap dalam tv tadi?

Ayah : Alaaa...tidurlah...dah larut malam ini..

Anak.: Ayah...tapi suma orang tepuk tadi...

Ayah. : Kan ..ayah suruh tidur. Buat apa fikir apa yang PM cakap tadi.

Anak : Ayah...Tapi suma orang nampak suka jerrr...

Ayah : Yerrrlahhh....kalau PM buat orang suka...orang pasti suka.

Anak. : Oklah yah....kalau orang suka...kita pun suka kerrrr.

Ayah. : Senang ceritalah....siapa yang tak suka tu gila la....

Anak : ok ayahhh....asalamualaikum

Ayah. : Waalaikum Salam...tidur yerr nakk

Thursday, September 15, 2011

MAHFUZ PULAK YANG MENANGIS

Oleh Noor Hasilah Ismail

Jarak masa antara kedua-duanyanya tak jauh. Waktunya pagi Rabu. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bagi sidang akhbar di ibupejabat PAS, Kuala Lumpur. Beliau cuba spin kononnya kini Tun Dr Mahathir Mohamad tengah set nak jatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pembangkang memang diketahui tidak seronok tengok hubungan rapat antara mereka berdua. Macam-macam cuba dijolok untuk beri gambaran kepada orangramai keduanya sudah renggang.

Yang peliknya, di Putrajaya bekas Perdana Menteri itu tersenyum riang bersama DS Najib menghadiri majlis penyerahan kereta Proton Eletrik kepada kementerian-kememnterian di lobi Jabatan Perdana Menteri.

Ini yang dikatakan orang Mahfuz yang selalu cakap tidak tengok kiri kanan.

Mahfuz cuba Dr Mahathir jadi mastermind untuk desak DS Najib berundur macam tekanan ke atas Datuk Seri Abdullah Badawi dulu.

Alasannya ciput saja. Mahfuz membuat dakwaan ini berasaskan cadangan Dr Mahathir supaya pilihan raya umum dilewatkan.

"Ini memberi mesej dia (Najib) tidak lagi boleh memberikan kemenangan kepada BN ," dakwa Mahfuz.

Dakwanya Dr Mahathir nak cuba agar DS Najib berundur sebelum pilihan raya.

Sementara Mahfuz mungkin gigit jari kalau tahu waktu beliau bercakap itu di Putrajaya kemesraan seperti biasa jelas tergambar antara Dr Mahathir dan DS Najib.

Bekas Perdana Menteri itu memang beberapa kali ketika ditanya wartawan tentang piliharaya umum ke 13 menyatakan pendapat ia tidak harus diadakan tahun ini.

Baginya kerajaan tidak perlu tergesa-gesa adakannya segera kerana banyak masa lagi sebelum tempoh Parlimen penggal init tamat pada April 2013.

Dr Mahathir memang dikenali sebagai orang yang sentiasa "speak his mind".

Malah ketika Agendadaily selepas majlis di Putrajaya bertanya soalan mengatakan khabar angin bertiup kencang kata PRU13 akan diadakan pada bulan Februari tahun depan, beliau lantas kata,“mana ada bagitau. Saya kenal Datuk Seri Najib tapi tak boleh baca hati dia.”

Apapun ketika ditanya soalan pekatan pembangkang cuba desak kerajaan supaya berbincang dengan mereka untuk tentukan tarikh PRU bekas Perdana Menteri itu selamba menyatakan:

“Di dalam dunia ini tidak ada perbincangan (kerajaan dengan pembangkang) berkenaan dengan tarikh pilihanraya. Itu adalah prerogative (hak istimewa )kerajaan. Di mana-mana negara pun macam itu. Kalau dia (pembangkang) nak tentukan, biarlah dia jadi kerajaan dulu.

“Selepas itu dia tak nak bagi kita pula. Bila dia jadi kerajaan dan kita ajak bincang, dia tentu tak hendak. Jadi ini prerogative kerajaan untuk membubarkan parlimen. Bila masanya ditentukan oleh pihak kerajaan.”

Ditanya mengenai pembangkang yang banyak kenakan syarat untuk sertai jawatankuasa terpilih Parlimen untuk reformasi proses pilihanraya, beliau berkata ,” saya fikir pihak kerajaan sudah tubuhkan satu badan untuk mengkaji dan kalau sesuai cadangan mereka, saya yakin pihak kerajaan akan terima. Tetapi kerajaan mungkin mempunyai pendapat yang berbeza.”-14/9/2011- AGENDADAILY.

(Renungan Rimau : Kita boleh pusing (spin) berita, tapi jangan tersalah pusing. Macam main boomerang di mana jika salah pusing, ia boleh kembali kepada kita atau orang putih kata 'backfire'. Silap-silap kena di kepala kita boleh mendatangkan malapetaka yang amat sangat. Mungkin boleh mati. Maknanya jangan suka menipu la.)

Wednesday, September 14, 2011

BASUH PUNGGUNG DI KHALAYAK

Hari ini

Kita tidak perlu lagi

Basuh punggung

di khalayak

ini tidak manis

ini tidak sihat

ini tidak menguntungkan sesiapa

ini merugikan


Basuhlah punggung

di dalam bilik

kecil atau besar

tiada siapa

yang melihat dan terkejut

yang terhidu dan malu

yang terpandang penuh bersarang

yang mencebik kerana pelik

yang merakam untuk rakan

yang mengambil gambar masukkan ke akhbar

apatah lagi

punggung kita

kurap

berbintik-bintik

bernanah

apatah lagi

yang bukan rupa punggung lagi

KITSIANG DAN GUAN ENG PASTI MENANGIS?

KHALID MINTA PAS BICARA

MAJLIS HARI RAYA KPKK







GAMBAR OLEH MINAQ JINGGO.

Tuesday, September 13, 2011

HARI TERBUKA KPPK DI KRAFTANGAN

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kraftangan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur bermula jam 3 petang.

Sebanyak 18 jabatan dan agensi di bawah KPKK akan mengambil bahagian termasuklah RTM, Bernama, Jabatan Penerangan, JASA, JKKN, Istana Budaya, Jabatan Perpustakaan, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia, Pos Malaysia Berhad dan Telekom Malaysia.

Menteri PKK, Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Masnah Rais akan menjadi tetamu kehormat.

Jangan lupa datang.

Monday, September 12, 2011

Thursday, September 8, 2011

MAT INDERA MILITAN PKM


Oleh Abdul Ghani Othman

Mat Indera (gambar) atau nama sebenarnya Ahmad bin Indera adalah anak Johor yang terlibat dengan gerakan-gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British sebelum Tanah Melayu beroleh kemerdekaan.

Beliau pada awalnya, seperti individu-individu lain juga telah berjuang atas platform masing-masing, dengan matlamat yang sama iaitu membebaskan negara daripada belenggu penjajahan.

Bezanya, Mat Indera melibatkan diri dalam gerakan haluan kiri dengan menjadi ahli kepada sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Muhammad.

Sayap pemuda PKMM dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam. Haluan kiri ini termasuk juga gerakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang mempengaruhi pelbagai gerakan buruh dan masyarakat awam.

Apabila pihak berkuasa British menguatkuasakan Undang-Undang Darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu (selepas tindakan militan dan ganas PKM membunuh peladang British), semua parti politik berhaluan kiri seperti PKMM, AWAS, API dan PKM telah diharamkan.

Oleh itu, ramai ahli gerakan haluan kiri ini memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM ataupun meneruskan hasrat berjuang di atas platform lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Perjuangan melalui parti dan gerakan (UMNO) yang sah itu adalah lebih teratur dan meluas dengan melibatkan pelbagai pertubuhan Melayu di Semenanjung, yang akhirnya berjaya menuntut kemerdekaan tanah air dan membina sejarah serta melangsungkan tamadun moden pasca merdeka di negara ini.

Bagaimanapun Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British.

Tindakannnya terus menyertai PKM dan menyertai gerakan militan adalah haram, tidak sah dan tidak benar dengan menggunakan taktik kekejaman dan kezaliman, sehingga menyebabkan dia termasuk dalam golongan yang bertindak secara salah dan terpesong.

Ini berlainan dengan para pemimpin haluan kiri yang lain seperti Dr. Burhanuddin, Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad ataupun Ibrahim Yaakub yang tidak memilih untuk bertindak secara militan.

Kemuncak penglibatan Mat Indera dalam gerakan ganas dan kejam PKM itu adalah peristiwa serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950.

Fakta yang diperolehi daripada pelbagai sumber oleh sebilangan penyelidik ilmiah mengenai peristiwa itu menunjukkan bahawa Mat Indera telah merancang operasi ganas tersebut terhadap pegawai-pegawai polis British, tetapi telah diingkari oleh anggota di bawah kepemimpinannya yang menyerang dengan kejam semua sekali anggota polis dan keluarga mereka di balai polis Bukit Kepong.

Sebagai seorang daripada pemimpin rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya yang diharamkan, Mat Indera adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan tersebut.

Natijahnya, dia telah dianggap oleh penduduk tempatan di kampungnya sebagai pengganas yang kejam dan zalim, sehingga mengancam ketenteraman dan keselamatan orang awam di tanah air.

Sedangkan ketika itu orang lain sedang bertungkus-lumus berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan dengan kaedah yang lebih wajar, benar dan aman yakni melalui rundingan, bukan melalui kekejaman dan keganasan PKM yang memusnahkan nyawa, jiwa dan harta benda negara.

Mat Indera juga didapati berusaha keras mempengaruhi dan mengajak rakyat Melayu untuk menyertai kegiatan haramnya dalam gerakan PKM yang mempunyai cita-cita yang lebih buruk dari 'Malayan Union' British sebelum itu.

Komunis memang menentang pentadbiran British di Tanah Melayu secara militan bersenjata untuk menubuhkan 'People's Democratic Republic of Malaya' yang membawa natijah penghapusan kedaulatan Melayu di tanah airnya dan penguasaan bangsa asing di negeri Melayu.

Malaysia yang pada ketika itu dengan nama Persekutuan Tanah Melayu sangat-sangat bertuah kerana ramai penduduk tidak menyokong PKM, sebaliknya bersama-sama pasukan kerajaan membanteras kekejaman pengganas komunis.

Itulah yang berlaku sehingga tertangkapnya Mat Indera apabila kepemimpinan peringkat masyarakat di Kampung Parit Baru, Seri Medan sendiri yang merancang dengan kerjasama polis untuk memerangkap dan memberkasnya ketika dia datang ke kampung berkenaan.

Akhirnya Mat Indera telah berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman mati kerana peranannya dalam tindakan ganas dan jenayah membunuh dengan kejam sebagai anggota pergerakan komunis militan dan teroris yang diharamkan sehingga ke hari ini.

Sokongan penduduk ini memberi sumbangan besar yang menyebabkan pengganas komunis gagal mencapai cita-cita mereka iaitu menubuhkan Republik Komunis Malaya.

Dalam hal ini, sudah tentu perjuangan pengganas komunis amat berbeza sekali dengan perjuangan UMNO yang diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar dan diteruskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, iaitu menuntut kemerdekaan melalui rundingan dan menubuhkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berdaulat berlandaskan Demokrasi Raja Berpelembagaan.

Berdasarkan fakta-fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong itu, Mat Indera adalah dengan sengaja dan sedar menjadi anggota gerakan pertubuhan besar pengganas komunis PKM, sebagai Ketua Regimen ke-10, yang kejam serta zalim serta mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam pada ketika itu.

Dia bukan seorang 'pejuang' untuk mendapatkan kemerdekaan negara yang pada masa itu sedang diusahakan secara rundingan aman dan lebih berhemah serta bertamadun.

Sehingga hari ini, ketika rakyat negara ini sudah merdeka dan berkerajaan sendiri sejak 1957, gerakan PKM tetap diharamkan. Gerakan itu diharamkan kerana cita-cita komunisme yang bertentangan dengan ajaran Islam, ketuhanan dan bersifat menindas perbezaan pendapat dalam sistem demokrasi, walaupun sudah ada perjanjian perletakan senjata parti itu di Betong (Thailand) dengan kerajaan Malaysia pada 1989.

Dari sudut kegiatan Yayasan Warisan Johor (YWJ) segala kajian, penulisan dan catatan yang berhubung sejarah negeri, termasuk perjalanan hidup watak-watak seperti Mat Indera, adalah data-data kemasyarakatan berkaitan seorang anggota masyarakat yang pernah menonjolkan diri dalam peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku di negara ini, khususnya di negeri Johor dalam perjalanan sejarah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Penulisan dan catatan tersebut adalah menjadi bahan-bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik yang diamalkan olek kerajaan Malaysia kini, untuk mengayakan lagi khazanah maklumat dan rakaman-rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi demi generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan masa akan datang. - UTUSAN MALAYSIA.

Wednesday, September 7, 2011

MAT SABU KUDA DAP

Oleh DATUK IRMOHIZAM IBRAHIM
(Fellow Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak), Universiti Teknologi Mara dan Naib Presiden Majlis Belia Malaysia)

Pendapat Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu (Mat Sabu) bahawa gerombolan pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong adalah pejuang kemerdekaan dan hero sebenar peristiwa tersebut dan bukannya anggota polis yang mempertahankan balai itu dengan nyawa mereka bolehlah disifatkan sebagai satu usaha untuk menulis semula sejarah negara.

Dalam rangka yang lebih besar ia merupakan percubaan bagi mengabsahkan perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) dan melakar perjuangan komunis sebagai perjuangan yang mulia.

Taktik Mat Sabu tidak menyebut perkataan komunis dan sebaliknya hanya menyebut nama Mat Indera dalam ceramahnya adalah suatu taktik halus sama seperti kaedah yang pernah diguna pakai PKM dalam mengumpan sokongan masyarakat Islam satu ketika dahulu.

Strategi diguna pakai PKM ini berasaskan kesedaran bahawa jika wajah sebenar komunisme yang menolak kewujudan Tuhan dan menganggap agama sebagai candu masyarakat didedahkan kepada orang Melayu, maka amat sukar bagi mereka untuk menerima atau menyokong ideologi tersebut.

Lantas untuk mengaburi mata umat Islam maka golongan Marxis-Leninist-Maoist menjadikan retorik perjuangan kemerdekaan daripada penjajahan British sebagai umpan utama untuk menarik sokongan orang Melayu.

Dalam hal ini, matlamat besar Mat Sabu adalah untuk merenggangkan hubungan parti UMNO dan sejarah perjuangan merebut kemerdekaan daripada penjajah British. Sebagai alternatif kepada peranan UMNO maka peranan PKM dipilih sebagai hero dan pejuang sebenar kemerdekaan dan oleh kerana komunisme itu sensitif di kalangan umat Islam maka Mat Indera digunakan sebagai contoh perlambangan yang perjuangannya disamakan dengan perjuangan Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong malah yang lebih dahsyat perjuangan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW sendiri. Sejarah yang ada pada hari ini pula dimomokkan sebagai sejarah yang dilakarkan oleh penjajah dan parti pemerintah.

Bagi mengetahui sama ada tuduhan ini benar atau tidak, kita perlu melaksanakan satu ujian sejarah alternatif. Berdasarkan fakta, kita boleh melukis hala tuju sejarah jika dikatakan PKM yang berjaya menghalau pihak British dari Tanah Melayu.

Mat Sabu menyembunyikan hakikat bahawa jika PKM berjaya 'membebaskan Malaya' maka ia akan mendatangkan tiga kesan utama. Pertamanya corak pemerintahan Malaya tidak mungkin berasaskan pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen, di sebaliknya Malaysia akan berubah menjadi sebuah republik dengan kediktatoran satu parti manakala Raja-Raja Melayu dinyahtakhtakan.

Kedua, kehidupan beragama akan dihapuskan seperti mana lazim di negara-negara komunis, Islam tidak mungkin menjadi agama rasmi sebaliknya fahaman ateisme-sekular akan menjadi pegangan negara. Dalam situasi ini Parti Pas tidak mungkin wujud.

Ketiga, Tanah Melayu akan dipimpin oleh Setiausaha Agung PKM kerana sebagai pemimpin tertinggi PKM sudah tentu beliau akan memegang jawatan sama ada sebagai Ketua Negara atau Ketua Kerajaan. Jika ketiga-tiga hakikat ini direnung, tidak mungkin ada orang Melayu yang akan sanggup menyertai atau menyokong Parti Komunis.

Adalah amat dangkal dan tidak bertanggungjawab bagi sesetengah pihak dalam usaha mempertahankan pendapat Mat Sabu menyamakan perjuangan komunis dengan perjuangan Tok Janggut di Kelantan atau Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu yang menentang penjajahan British. Perbezaannya amat ketara - kedua-dua mereka tidak pernah sekali-kali mahu mendirikan sebuah republik dan menurunkan Raja-Raja Melayu daripada takhta.

Tidak berniat sekalipun untuk menghapuskan agama Islam sebagai agama dominan Tanah Melayu dan tidak rela sama sekali menjadi daie kepada fahaman ateisme atau pernah terfikir untuk menjadikan bangsanya sendiri sebagai bangsa terpinggir.

Perjuangan komunisme menentang British di Tanah Melayu juga tidak boleh sama sekali disamakan dengan perjuangan Nabi Muhammad SAW menentang Arab Jahiliyah atau pembukaan Kota Mekah. Kenapa pihak-pihak tertentu mahu menyamakan 25 anggota polis dan keluarga yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong yang semuanya beragama Islam dengan Arab Jahilliyah yang tidak menerima malah memerangi agama tauhid.

Bukankah kesemua pengganas komunis kecuali Mat Indera (itu pun perlu dikaji sama ada beliau masih beragama Islam ketika itu) adalah ateis yang bencikan agama serta menafikan kewujudkan Tuhan.

Siapakah yang berfikiran waras yang mahu menyamakan perjuangan mulia Nabi Muhammad SAW dengan sifat kebinatangan Kompeni Bebas ke-4 yang membunuh wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa.

Pada awal tahun 1950-an satu-satunya parti yang mengerakkan usaha-usaha untuk mendapatkan kemerdekaan adalah UMNO. Ada yang mendakwa bahawa pemberontakan bersenjata PKM mempercepatkan pihak British memberikan kemerdekaan kepada Malaya.

Jika PKM benar-benar memperjuangkan kemerdekaan negara, kenapa apabila kita mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957, PKM tidak mahu meletakkan senjata. Malahan mereka terus mengganas dengan membunuh orang awam, polis dan tentera? Kenapakah Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Hashim mantan Ketua Polis Negara dibunuh oleh komunis 17 tahun selepas negara mencapai kemerdekaan. Bukankah beliau berkhidmat untuk sebuah kerajaan merdeka dan dipilih rakyat.

Hakikatnya kenapa menunggu sehingga Disember 1989 baru PKM mahu meletakkan senjata iaitu 32 tahun selepas merdeka. Kepada PKM, ia bukan soal menentang penjajah, bagi mereka kemerdekaan sebenar hanya dicapai apabila parti mereka berkuasa mutlak, apabila sebuah republik dengan kediktatoran satu parti didirikan di bumi ini dengan berkiblatkan ideologi komunisme dan apabila akidah Islam serta agama-agama lain dihapuskan dari hati sanubari rakyat.

Janganlah kita apabila memberikan pendapat cuba mengambil sikap tidak jujur dari segi intelektual dan cuba menulis semula sejarah untuk disesuaikan dengan agenda sempit.

UMNO dituduh parti berhaluan kanan yang disenangi penjajah, Presiden-Pengasas UMNO Allahyarham Dato' Onn dan Bapa Kemerdekaan Almarhum Tunku Abdul Rahman dituduh tali-barut Inggeris. Hakikatnya bukankah Dato' Onn telah meletakkan jawatan daripada perkhidmatan awam negeri Johor dan Tunku sebagai Timbalan Pendakwaraya untuk berjuang demi agama, bangsa dan negara.

Kedua-duanya telah mengorbankan kesenangan serta keselesaan peribadi demi pertiwi. Oleh itu jangan sekali-kali dihina sumbangan mereka, jangan dicerca khidmat bakti mereka. Pendek kata jangan jadi manusia yang tidak mengenang budi.

Ada pula yang mahu mendewa-dewakan perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebuah parti berhaluan kiri dalam usaha memperlekehkan parti UMNO. Tetapi siapa yang berani menceritakan kebenaran bahawa Presiden PKMM yang pertama iaitu Mokhtaruddin Lasso ialah seorang komunis. Begitu juga sebahagian besar ahli jawatankuasanya menganut fahaman komunisme. Bukankah dasar wahid PKMM dari lapan dasar yang diluluskan di kongres pertamanya di Ipoh dari tanggal 30 November hingga 3 Disember 1945 ialah mempersatu padukan bangsa Melayu, menanamkan semangat kebangsaan dalam sanubari orang Melayu dan bertujuan untuk menyatukan Malayadalam keluarga yang besar iaitu Republik Indonesia Raya.

Jika tercapai matlamat itu, maka hari ini agama Islam tidak akan menjadi agama rasmi negara, Raja-Raja Melayu akan diturunkan takhta dan assimilasi berbanding integrasi akan menjadi panduan kepada dasar perhubungan kaum di negara ini.

Percubaan historical revisionism oleh Mat Sabu ini perlu dilihat dari konteks yang lebih luas. Ia sebenarnya adalah percubaan fraksi 'Anwarisme' dalam Pas untuk menjadikan parti tersebut lebih diterima oleh orang bukan Islam, terutama oleh rakan pembangkangnya DAP.

Langkah pertama mereka telah berjaya dicapai apabila Mat Sabu menang jawatan Timbalan Presiden Pas mengalahkan penyandang dari kalangan ulama. Akibatnya dasar kepimpinan ulama yang dibawa generasi Allahyarham Yusof Rawa dan Fadzil Noor telah diketepikan. Mat Sabu sudah tentu bukan seorang ulama sama ada dari segi ilmu mahupun pembawaan.

Kedua, golongan ini telah berjaya menukar matlamat perjuangan Pas daripada negara Islam kepada negara berkebajikan. Sepatutnya umat Islam menitiskan air mata sebak mengenangkan selama 30 tahun akibat amanat Haji Hadi Awang, individu telah dikafirkan berdasarkan pendirian sama ada mereka menyokong konsep negara Islam yang dibawa Pas atau tidak.

Amanat ini telah memecahbelahkan umat Islam sehingga berlaku pertelingkahan antara ibu bapa dan anak-anak, antara suami dan isteri, antara adik-beradik, antara jiran tetangga dan antara ahli kariah.

Namun hari ini demi kepentingan politik dengan sekelip mata Pas tanpa segan silu ataupun memohon maaf kepada mereka yang dizalimi akibat amanat Haji Hadi dengan mudah menggugurkan perjuangan negara Islam dan sebaliknya digantikan dengan konsep negara berkebajikan yang telah dipelopori UMNO semenjak merdeka lagi.

Ketiganya apabila Pas sanggup menjadi Pak Turut dan Pak Sanggup DAP. Hari ini ukhuwah umat Islam tidak penting, DEB atau sebarang dasar afirmatif tidak adil, kedudukan bahasa Melayu tidak perlu, kedudukan agama Islam mampu dikompromi kerana yang penting adalah kuasa dan kedudukan.

Segala-galanya hatta prinsip serta teras perjuangan boleh dikorbankan demi matlamat rakus tersebut.

MAT SABU MAHU MUHYIDDIN

Oleh Roslan Bian (AgendaDaily)

Mohamad Sabu mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin jadi lawannya untuk berdebat isu Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan.

Ini dakwa Timbalan Presiden PAS itu kerana Timbalan Perdana Menteri lebih sakan belasahnya kerana ceramahnya di Tasek Gelugor 21 Ogos lalu mengenai isu itu berbanding Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

 "Yang suruh saya bertaubat, bertakwa timbalan presiden UMNO. Elok saya bertemu dengan dia," katanya di sidang akhbar di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur tengahari Selasa.

Katanya Muhyiddin menghentamnya dan suruh  bertaubat dan bertakwa.

"Secara peribadi  Khairy Jamaluddin tidak banyak mengecam saya,” tambahnya.

Mat Sabu juga beri alasan kerana kawasan Parlimen yang diwakili Timbalan Perdana Menteri yakni Pagoh terletak tidak jauh dari Bukit Kepong.

PAS katanya, akan menghantar surat rasmi kepada ketua Penerangan UMNO mengenai perkara tersebut.

Menjawab dakwaan Khairy, bahawa beliau takut berdepan dengannya, Mat Sabu berseloroh menyindir ahli parlimen Rembau itu dengan berkata, “ Saya takut..saya selalu masuk penjara...kena tahan ISA,”.

Mat Sabu cuba gambarkan seolah beliau senang hati dengan isu ini yang sudah berlarutan sekian lama.

Seawal sidang media, beliau sempat membilang jari dan berkata “dah 11 hari. Kena bernanah telinga 10 hari lagi sampai 16 September,”.

Bagi Mat Sabu ini isu paling hot.

Mengenai PAS Kelantan tawar debat Mat Sabu dan Khairy, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang hadir sama berkata, perkara itu tidak dirujuk kepada PAS Pusat.

“Kita setuju (debat) tapi mahu ikut level parti,” ujarnya.

Dalam sidang media itu, PAS mencadangkan kerajaan mengkaji dan menulis semula sejarah negara secara adil dan tepat.

“Kita mahu betulkan perspektif sejarah  dan letak pada tempatnya  mereka yang  benar-benar berjuang untuk kemerdekaan negara,” katanya.

Mustafa juga menegaskan pendirian PAS menolak idealogi dan perjuangan komunis.

Sementara itu Khairy dalam Twitternya petang Selasa berkata beliau tetap mahu berdebat dengan Mat Sabu sahaja.

“Kali ini saya hanya mahu debat dgn Mat Sabu. Sebab dia punca kontroversi dan itu juga jemputan asal dari Kerajaan PAS Kelantan”katanya.

Katanya kini ada tiga tawaran untuknya berdebat yakni Mat Sabu sudah tolak kepada Pemuda PAS Johor manakala Pemuda PAS Pusat sudah hantar surat jemputnya debat dan dari Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad.

Pemuda PAS telah menghantar surat jemputan berdebat dengan ketuanya,Nasrudin Tantawi  di pejabat Pemuda UMNO Malaysia 2.30 petang Selasa.

“Sekadar memberi penjelasan & update ttg isu debat: 1) Semua ini bermula bila saya dijemput oleh Kerajaan Kelantan untuk debat dgn Mat Sabu.

“So, saya tunggu Mat Sabu. Dia setuju atau tak setuju, saya tetap bersedia. Sekian mengenai isu debat buat masa ini,”kata Khairy.-6/9/2011.

(Renungan Rimau : TS Muhyiddin, takyah layan. Mat Sabu ini diarahkan oleh dap untuk kacau TS. Sebenarnya Mat Sabu ini layak berdebat dengan penuntut MRSM jerr. Itupun kalau mereka tidak tolak macam waris polis Bukit Kepong yang tolak Mat Sabu nak temui mereka.)

Monday, September 5, 2011

KJ CABAR MAT SABU

APA MACAM ABANG MAT ?-Khairy Jamaluddin dah setuju debat dgn Mat Sabu isu komunis @Bukit Kepong.No Problem di kandang singa > Balai Islam Lundang KB-Agendanews.

(Renungan Rimau : berdebatlah sampai pengsan.)

Friday, September 2, 2011

DS AZIZAN MASIH KUAT

Oleh Agenda Daily

Sejak berita Menteri Besar Kedah , Datuk Seri Azizan Abdul Razak mahu digugurkan dari jawatannya kononnya kerana masalah kesihatan tersebar, Agendadaily menerima berbagai reaksi dari orang ramai yang terkejut dengan hu ha terbaru parti PAS ini.

Antara pertanyaan utama mereka adalah, kalau nak ganti pemimpin sebab masalah kesihatan, kenapa Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang selalu juga keluar masuk hospital tak kena tindakan sama.

Lebih terkejut lagi bila dilaporkan yang ketuai usaha tersebut adalah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang akan mengadap Sultan Kedah berhubung peralihan kuasa tersebut.

DS Azizan sebelum ini bercuti panjang selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana serangan jantung.

Walaupun timbul tekanan dari kepimpinan pusat PAS, Azizan menafikannya malah menegaskan beliau sihat untuk meneruskan tugas-tugasnya.

DS Azizan sebelum ini memang dikenali sebagai ‘orang yang buat hal sendiri’ dan katanya beliau tidak sealiran sangat dengan pucuk kepimpinan PAS pasca muktamar parti itu baru-baru ini.

Kepimpinan parti bimbang akan keupayaan parti untuk mempertahankan kuasa pemerintahan negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Justeru, ia mencadangkan Azizan bercuti panjang sementara seorang pemangku Menteri Besar dilantik bagi menggantikannya.

Beberapa nama disebut-sebut untuk menggantikan Azizan. Ini termasuk tiga wakil rakyat senior iaitu, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Datuk Mohamad Taulan Mat Rasul (Tokai). Kesemua adalah Exco kerajaan negeri.

Bagaimanapun ada laporan yang menyatakan bahawa ketiga-tiga exco tersebut menafikan ‘tahu menahu’ mengenai usaha ‘mengulingkan’ DS Azizan tersebut.

Ketiga-tiga mereka sepakat mengatakan bahawa Azizah akan sembuh dan meneruskan tugas seperti biasa.-2/9/2011