Wednesday, April 25, 2012

TULIS PANDANG-PANDANG

Berani betul Jailani Harun apabila mendakwa seorang ahli Kabinet yang ada kaitan dengan dunia kumpulan samseng yang terbabit dalam pengedaran cd haram di negara ini.

Dalam blognya Just Read beliau mendakwa mengetahui perkara itu berdasarkan maklumat yang diberikan kepadanya.

Adakah dakwaan Bujai itu benar? Malah beliau mahu individu itu tidak menjadi calon PRU13.

Yang menghairankan ialah Bujai tidak menamakan siapakah Menteri yang didakwa terbabit dan sudah tentu sukar bagi pembacanya atau orang ramai untuk mengetahui siapakah individu yang diperkatakan itu.

Jika tulisannya itu benar sekalipun sudah tentu tiada siapa yang berani menafikannya.

Jika mereka menafikannya, ini bermakna merekalah yang terasa pedas.

Tiada yang terasa pedas? Alahai.

No comments: