Monday, April 30, 2012

MAJORITI SENYAP PERLU BERSUARA

Oleh Ibrahim Yahaya

DATARAN MERDEKA : Ketika habuk di sini yang berterbangan pada 28 April lalu (Sabtu) sudah mula turun di jalan raya atau padang bersejarah, ingatan kepada tindakan mereka yang menggelarkan diri sebagai pejuang Bersih 3.0 mampu menimbulkan rasa sakit hati dan menyampah. Malah ramai yang mendesak mereka ini ditangkap dan dikenakan hukuman. Memang kurang ajar.

Apakan tidaknya kerana penganjur berjanji untuk mengadakan perhimpunan yang aman sebaliknya lain yang berlaku dengan kerosakan harta awam termasuk kereta peronda polis dan kecederaan membabitkan lebih 20 orang anggota keselamatan. Inilah yang dikatakan mereka katakan perhimpunan aman. Malah lebih teruk daripada itu memburuk-burukkan pasukan keselamatan seperti orang yang bernama Lim Guan Eng.

Namun yang lebih memalukan ialah berita mengenai tindakan ganas peserta Bersih 3.0 ini tersebar di seluruh media dunia. Inilah yang mungkin diharapkan oleh orang bernama Anwar Ibrahim dan konco-konconya. Apa harapan mereka? Sudah tentulah mengajak semua orang dari segenap pelusuk dunia untuk datang membantunya. Membantu menyokong beliau bagi menyatakan pilihan raya di Malaysia tidak adil tetapi gembira 5 negeri jatuh ke tangan pembangkang pada PRU 12 pada 2008. Malah mereka juga sedar bahawa Kelantan di perintah oleh Kerajaan PAS hanya dengan kemenangan satu kerusi dan kerusi itu pula dimenangi dengan dua undi. Itulah yang dikatakan tidak adil.

Sebenarnya Malaysia tidak memerlukan orang seperti ini. Negara tidak memerlukan samseng jalanan dan penghasut kaum. Malaysia tidak memerlukan orang yang suka memburuk-burukkan nama negara di seluruh dunia dan kemudian mendabik dada merekalah pemimpin yang paling bersih dan cekap. Mereka menuduh kerajaan rasuah sedangkan merekalah yang satu ketika dulu bergelumang dengan tahi. Semua orang tahu bahawa mereka inilah pemimpin yang sentiasa mengambil kesempatan ketika berkuasa. Berkuasa di kementerian kewangan dan juga ketika menjaga media. Tidak payahlah menyebut satu persatu kerana jika dibuka maka terlondehlah seluar dan pasti orang ramai dapat melihat kemaluan mereka.

Rakyat Malaysia harus menolak orang seperti ini yang menggunakan jalan raya untuk menegakkan benang basah mereka. Menolak orang yang mengajak dan menghasut rakyat yang tidak tahu apa-apa untuk menentang kerajaan secara samseng. Orang yang tidak memikirkan kepentingan negara tetapi mahu menghalalkan semua cara untuk mencapai impian mereka. Malah, orang ini sanggup bersekongkol dengan pemimpin yang nyawa politik sudah hampir mati seperti Lim Kit Siang dan partinya, DAP. Meminta pemimpin PAS menentang ketua mereka dan menghapuskan orang yang tidak sehaluan dengan mereka. Meminta pemimpin PAS pilihan mereka memuji Guan Eng sebagai pejuang agama Islam dengan menyatakan dengan megah jumlah peruntukan yang diberikan.

Anwar Ibrahim perlu belajar daripada pemimpin yang pernah tewas dan kecewa tetapi tidak pernah menggunakan jalan raya untuk menentang kerajaan. Bergurulah dengan pemimpin yang masih hidup dan tidak pernah berusaha untuk memalukan kerajaan dengan cara kekerasan apatah lagi menghasut rakyat berarak di jalan raya. Belajarlah daripada tindakan pemimpin seperti Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan Allahyarham Tun Ghafar Baba. Apabila mereka tewas atau diketepikan mereka membawa diri sebagai pemimpin berwibawa. Mereka ini akhirnya diangkat semula dalam pelbagai kapasiti kerana negara tahu bahawa mereka adalah sebenar-benarnya pemimpin dan bukan ketua samseng yang suka mengamuk di jalan raya.

2 comments:

Anonymous said...

PEMIMPIN PAS IAITU HADI DAN NICKY AJIS TAK SEBUTPUN PASAL POLIS YG MATI MALAHAN TERUS DOK TUDUH DAN CADANG POLIS YG SALAH DAN JAHAT TERHADAP PENDEMO TERMASUK JUGA LGE YG KAPIR TU

Anonymous said...

Saya dah kata......najib and hisamudin lah punca huru hara ni terjadi. Dimanakah telur dia? kenapa tak dicegah sebelum terjadi?