Wednesday, January 23, 2013
Friday, January 18, 2013
PILIH CALON ATAU PARTI?
MAZLAN MAHMUD
Selangor
Selangor
Cerita ini pernah dikomikkan, diteaterkan, difilemkan dan dijadikan siri TV yang cukup popular di sekitar tahun 60-an hingga 70-an. Pengaruh di kalangan kanak-kanak dan remaja pada masa itu cukup kuat dan slogan "One for all, all for one" meniti di bibir mereka sehingga secara tidak langsung menjadi praktikal di dalam kehidupan seharian. Satu bergantung kepada yang ramai dan yang ramai bergantung kepada yang satu.
Di dalam situasi perebutan untuk menjadi calon khasnya di kalangan UMNO menjelang PRU-13 yang akan datang, slogan ini dikira cukup relevan. Orang-orang UMNO tidak harus berbelah bagi untuk mengundi parti walaupun individu yang dicalonkan itu tidak menyelerakan dalam hidangan mereka.
Ini kerana setiap calon itu ibarat titis-titis hujan yang berkumpul menjadi cabang-cabang sungai dan cabang-cabang sungai itu bercantum menjadi lautan dan samudera yang luas.
Jika mengikut selera yang berbagai itu memang cukup sukar bagi Presiden parti untuk membuat keputusan. Presiden melihat dari sudut makro keseluruhan kekuatan parti manakala di kalangan pengundi di bawah melihat dari sudut mikro sama ada calon itu menyelerakan mereka atau tidak.
Pertembungan kehendak pucuk pimpinan di atas dan kemahuan pengundi di bawah harus dirapatkan jurangnya jika tidak parti akan menerima padah. Kewibawaan calon dan rekod-rekod calon harus ditapis secara telus tanpa selindung.
Individu yang tidak dicalonkan sepatutnya tidak mengamuk dan sabotaj secara halus. Adalah dikira pucuk pimpinan sudah masak dan boleh membaca perangai calon-calon kalau mereka tidak dicalonkan. Memang agak sukar untuk menapis calon kerana calon pandai menyembunyikan kuku dan bermain wayang di hadapan pengundi akar umbi. Kadang kala penyokong sendiri tidak tahu kenakalan calon kerana taksub menyokong. Cuma yang pasti hanya musuh sahaja yang akan mengorek semua perkara buruk dan dimuntahkan sepanjang kempen pilihan raya kelak.
Walau apa pun tohmahan apabila pucuk pimpinan telah membuat keputusan semua pihak harus akur dengan keputusan tersebut.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam ucapan merasmikan mesyuarat Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri telah menjelaskan dengan terang dan nyata 'loud and clear' hipokrasi Pakatan Rakyat. Jenama mereka 'Pakatan' tetapi mereka sendiri di dalam tidak berpakat.
Beliau menyatakan:
"… Ahli-ahli akar umbi Pas tidak meletakkan kepercayaan kepada DAP atau PKR untuk mengetuai pakatan pembangkang. Mereka tidak percaya kepada Lim Guan Eng. Mereka tidak percaya kepada Lim Kit Siang. Mereka juga tidak percaya kepada Karpal Singh. Mereka langsung tidak percaya kepada Anwar Ibrahim. Ini adalah satu kegagalan besar bagi Pas dalam membentuk kerjasama dan berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR."
Kata beliau lagi "... konsep berkongsi kuasa tidak pernah wujud dalam pakatan pembangkang. Mandat rakyat yang diberikan kepada mereka dalam pilihan raya yang lalu untuk memerintah beberapa buah negeri adalah satu hikmah yang mendedahkan kepada kita bahawa mereka sebenarnya tidak boleh bekerjasama dan berkongsi kuasa. Satu sebab yang paling utama ialah tiadanya sikap saling mempercayai antara mereka. PKR tidak percaya kepada DAP, DAP tidak percaya kepada PKR, dan kedua-dua DAP dan PKR tidak percaya kepada Pas."
Jika pengundi membuat keputusan tidak mahu mengundi parti tapi hanya mahu mengundi calon, apakah pakatan yang seperti ini dapat diharapkan? Hasilnya kelak tidak ada satu pun kerajaan yang kuat dapat didirikan.
Melihat kepada situasi ini UMNO harus bersatu. Mereka sendiri tidak boleh lagi bermain-main dengan undi mereka. Lupakan sahaja niat untuk merajuk, kecil hati atau yang paling bahaya niat untuk sabotaj. Ingatlah mereka ibarat titis-titis hujan untuk dijadikan lautan yang luas. - Utusan.
Thursday, January 17, 2013
PEMBERIAN IC IKUT UNDANG-UNDANG
Oleh Ibrahim Yahaya
KUALA LUMPUR : Tun Dr Mahathir Mohamad petang ini mengaku meluluskan kad pengenalan kepada pendatang asing di Sabah di era pentadbirannya tetapi semua dibuat berdasarkan undang-undang.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau bersedia pada bila-bila masa jika dipanggil menjadi saksi di RCI mengenai pendatang asing di Sabah yang bersidang sekarang.
Tun Dr Mahathir mengingatkan rakyat bahawa Tunku Abdul Rahman telah memberi lebih satu juta kerakyatan di Semenanjung selepas merdeka tetapi tiada siapa persoalkan.
Renungan Rimau : Rakyat perlu ingat bahawa pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing dibuat berdasarkan undang-undang dan bukan diberikan mengikut suka hati kerajaan. Sudah tentulah ada kriteria tertentu yang ditetapkan oleh kerajaan terutama Jabatan Imigresen dalam membolehkan seseorang itu mendapat pengenalan sama ada secara sementara atau dalam jangka panjang.
Dalam pemikiran pembangkang, pendekatan memberikan pengenalan ini sudah tentu memberi kelebihan kepada kerajaan dalam pilihan raya sedangkan mereka tahu bahawa kelebihan itu juga boleh berpihak kepada mereka kerana undi itu adalah rahsia.

Tuesday, January 15, 2013
PI KULOMPUR PERCUMA, SAPA TAK MAU?
Oleh Ibrahim Yahaya
KUALA LUMPUR : Petang semalam ketika makan bersama seorang rakan, beliau memberitahu penulis bahawa pada hari perhimpunan tunjuk perasaan pakciknya mengambil bahagian.
"Pakcik kamu sokong pembangkang ke? tanya penulis.
"Tidak. dia tak sokong mana-mana parti tetapi jika ada majlis membabitkan orang ramai, dia akan hadir untuk memeriahkan suasana. Ini berlaku di kampungnya di Pulau Pinang." jawabnya.
"Jadi mengapa dia ikut sama dalam perhimpunan itu?" tanya penulis lagi.
"Saya tanya dia mengapa beliau hadir Sabtu lalu, pakcik menjawab bahawa jika semua diberikan percuma termasuk tempat tinggal, mengapa tidak ambil peluang. Dia kata, "tak keluaq duit pun. siapa tak mau pi kulumpor free". " jelas rakan.
"Jadi apa yang dibuat setiba di KL? " tanya penulis.
"Dia kata, dia ikutlah arahan ketua. Apabila diminta keluar berjalan-jalan ke stadium, beliau ikut sajalah dan kemudian balik menaiki bas ke Pulau Pinang," terangnya.
Sekian.

LOGO GENGGAM TANGAN (3)
Oleh Ibrahim Yahaya
KUALA LUMPUR : Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa tindakan demonstrasi jalanan dan berhimpun beramai-ramai untuk tunjuk perasaan bukan budaya negara ini. Ia amat berbahaya kerana boleh menimbulkan ketegangan kaum. Belajarlah daripada kejadian 13 Mei 1969.
Walaupun, usaha itu dibuat oleh individu tertentu termasuk DSAI sejak peristiwa 'kematian Baling', budaya merusuh ini ditolak dan ditentang oleh majoriti masyarakat di negara ini. Golongan cinta keamanan ini tidak suka cara merusuh kerana percaya demokrasi tetap subur di negara ini.
Namun oleh kerana terdesak atau pun mendapat idea baru, golongan yang mengamalkan matlamat menghalalkan cara kini semakin rancak dengan hasrat mereka untuk berdemonstrasi dan mengadakan perhimpunan bagi mengajak rakyat menentang kerajaan.
Kaedah yang digunakan oleh golongan ini boleh dilihat jelas iaitu menerusi kaedah perarakan, bertempur dengan pasukan keselamatan dan membuat kecoh yang boleh mendapat perhatian masyarakat antarabangsa terutama media elektronik seperti CNN, BBC dan Al-Jazeera.
Golongan ini tahu jika berlaku perkara yang tidak diingini seperti pergaduhan atau kejadian kekerasan oleh penguatkuasa undang-undang, matlamat menganjurkan perhimpunan itu sudah tercapai dan yang penting menggambarkan pasukan keselamatan ganas dan zalim.
Pendekatan demonstrasi jalanan dan perhimpunan ini kini disedari oleh beberapa kerajaan di dunia terutama di Russia yang turut diresapi dengan fahaman ini.
Golongan yang mempelopori demonstrasi di beberapa negara di dunia oleh seorang tua dari Boston dan seorang lagi dari Serbia kini dipaparkan di televisyen Russia.
Dalam dokumentari pendek itu, kedua-dua pelopor ini berbangga dengan apa yang sudah mereka lakukan dengan menumbang kerajaan di beberapa negara seperti Mesir menerusi perhimpunan dan demonstrasi jalanan. Mereka juga dikatakan terbabit dalam perhimpunan di Thailand dan Lebanon.
Pendekatan yang digunakan hampir sama termasuk menggunakan logo genggam tangan dan pemilihan warna tertentu bagi menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan. Desakan 'rakyat' ini dibuat berhari-hari sehinggalah kerajaan negara itu tumbang dan mereka terus berpindah ke negara sasaran lain.
bersambung.....

Saturday, January 12, 2013
Friday, January 11, 2013
LOGO GENGGAM TANGAN ASING
Oleh Ibrahim Yahaya
KUALA LUMPUR : Logo genggam seperti ini yang digunakan dalam kebanyakan perhimpunan dan tunjuk perasaan di luar negara. Ia tidak terkecuali di negara ini yang menimbulkan persoalan adakah usaha terancang untuk membawa budaya menentang kerajaan di kalangan masyarakat di negara ini.
bersambung....
Saturday, January 5, 2013
ZAIRIL BUKAN ANAK KHIR JOHARI?
Oleh Sanggah Tok Janggut
Orang2 lama di kampung
Kanchut, Alor Setar memang mengetahui bahawa Pak Khir Johari mengahwini Che Tom
Abdul Rahman (Puan Seri Kelsom) pada tahun 1943....dan Che Tom meninggal pada 20
September 1994. UMUM JUGA MENGETAHUI BAHAWA CHE TOM DAN PAK KHIR MEMPUNYAI 7
ORANG ANAK.
Selepas Che Tom meninggal dunia, Pak Khir berkahwin semula dengan Puan Seri Christine Lim pada February 1996, jika Zairil (GAMBAR ATAS) di lahirkan pada 1996 atau 1997 maka Zairil sekarang berumur 17 atau 18 tahun...umur Zairil sekarang 30 tahun.
ALAMAK!!!!!! KACAU!!!!! TERLEBIH 13 atau 14 TAHUN
SAH DAN SAHIH bahawa Zairil Khir Johari BUKAN ANAK KANDUNG PAK KHIR, BELIAU ADALAH ANAK CHRISTINE LIM BERSAMA BAPAK KANDUNG ASALNYA YANG BERBANGSA CINA.
SAH. DAN SAHIH ZAIRIL ADALAH CINA BUKAN MELAYU SEPERTI YANG DI BOHONGKAN OLEH Lim Guan Eng hanya ahli dan pemimpin serta penyokong PAS - Parti Islam Se-Malaysia (فاس) yang boleh di bohongkan oleh CM Lim Guan Eng.
Thursday, January 3, 2013
KERAJAAN MENDENGAR SUARA RAKYAT
KUALA LUMPUR 2 Jan. - Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini berkata, perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementerian tersebut hari ini.
Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.
Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip siapa cepat dia dapat.
Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.
SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut.
Dalam kenyataan terdahulu, SKMM memaklumkan hampir 5,500 belia yang layak telah mendaftar untuk mendapatkan rebat itu selepas pendaftarannya dibuka semalam.
SKMM turut menasihati para belia yang telah berdaftar untuk membuat pilihan dengan bijak serta meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing.
Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm. gov.my.
Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan. - BERNAMA.

Wednesday, January 2, 2013
5.5 RIBU DAFTAR UNTUK REBAT RM200
CYBERJAYA: 1 Januari, 2013 --- Hampir 5,500 orang belia yang berumur
dari 21 hingga 30 tahun telah mendaftar setakat jam 7 malam hari ini untuk mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi
Belia (PKB) untuk pembelian telefon pintar peringkat permulaan pada hari pertama pendaftarannya dibuka.
Bilangan pendaftaran terus meningkat ketika
kenyataan ini dikeluarkan. Skim PKB dilaksanakan oleh tujuh syarikat telekomunikasi, yakni Celcom,
Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications dengan
koordinasi Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM).
“Kami bersyukur dan gembira
dengan sokongan yang diberikan orang ramai terhadap skim ini. Sambutan
menggalakkan ini menunjukkan bahawa masyarakat, khususnya golongan belia, bersedia
bergerak dalam zaman ICT dan menerima baik perkembangan teknologi dunia
internet,” kata Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi SKMM.
Menurut beliau, kesan
daripada sambutan yang menggalakkan itu, laman sesawang PKB iaitu komunikasibelia.skmm.gov.my
dan nbi.skmm.gov.my telah mengalami sedikit gangguan kesesakan sejak ianya dibuka
mulai jam 7 pagi tadi.
SKMM meminta orang ramai yang masih mencuba untuk
mengakses laman sesawang tersebut agar bersabar untuk sedikit masa lagi.
Masalah itu sedang ditangani oleh pasukan teknikal dan SKMM amat menghargai
kesabaran orang ramai dan memohon maaf di atas kesulitan
yang dialami.
Pendaftaran di bawah Pakej
Komunikasi Belia dan skim Get Malaysian
Business Online boleh dilakukan secara online dari jam 7 pagi hingga
11 malam. Untuk pertanyaan lanjut, orang
ramai boleh hubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari jam 8:30 pagi hingga 5:30 petang,
Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.
SKMM juga ingin memaklumkan
bahawa pihak penyedia perkhidmatan masih mengemaskinikan model-model telefon pintar dan senarai ejen-ejen mereka di laman
sesawang masing-masing.
Setakat ini terdapat lebih 20 jenis telefon pintar 3G
yang ditawarkan. Syarikat penyedia
perkhidmatan yang melaksanakan skim ini telah komited untuk terus menambahbaik
pilihan model-model telefon pintar dari semasa ke semasa dengan menawarkannya
pada paras dan harga yang kompetitif seperti yang telah diumumkan sebelum ini.
Para belia yang berdaftar juga dinasihatkan untuk membuat pilihan dengan bijak, meninjau pasaran terlebih dahulu dan membeli
peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing. - SKMM.
HADI PERLEKEH ZAINON ISMAIL
Oleh Wan Zulkifli Wan Wan Yaacob
"DIA cikgu sekolah Melayu dan sekolah rendah sahaja," kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tentunya untuk merendahkan pemikiran dan tindakan bekas penyokong tegar parti itu, Zainon Ismail dan lebih dikenali dengan nama C.N al-Afgani melalui bukunya Kafirkah Aku?
Seolah-olah Zainon dengan tahap pemikirannya tidak layak untuk mempersoal, menegur dan memperingatkan Abdul Hadi tentang keburukan kesan ucapannya - Amanat Haji Hadi yang menjadi intisari buku itu.
Zainon yang menyerahkan seluruh jiwa dan penghidupannya bagi memperjuangkan parti itu mendedahkan betapa Amanat Haji Hadi yang masih menjadi pegangan ramai penyokong parti itu turut membawa musibah kepada bangsa dan agama ketika Pas semakin jauh terpesong daripada landasan asal.
Zainon yang terlalu kecil di depan Abdul Hadi itu telah menunaikan tanggungjawabnya dan kini ramai ingin melihat sama ada Presiden Pas itu mempunyai jiwa yang besar.
...
Subscribe to:
Posts (Atom)