Tuesday, January 15, 2013

LOGO GENGGAM TANGAN (3)

Oleh Ibrahim Yahaya

KUALA LUMPUR : Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa tindakan demonstrasi jalanan dan berhimpun beramai-ramai untuk tunjuk perasaan bukan budaya negara ini. Ia amat berbahaya kerana boleh menimbulkan ketegangan kaum. Belajarlah daripada kejadian 13 Mei 1969.

Walaupun, usaha itu dibuat oleh individu tertentu termasuk DSAI sejak peristiwa 'kematian Baling', budaya merusuh ini ditolak dan ditentang oleh majoriti masyarakat di negara ini. Golongan cinta keamanan ini tidak suka cara merusuh kerana percaya demokrasi tetap subur di negara ini.

Namun oleh kerana terdesak atau pun mendapat idea baru, golongan yang mengamalkan matlamat menghalalkan cara kini semakin rancak dengan hasrat mereka untuk berdemonstrasi dan mengadakan perhimpunan bagi mengajak rakyat menentang kerajaan.

Kaedah yang digunakan oleh golongan ini boleh dilihat jelas iaitu menerusi kaedah perarakan, bertempur dengan pasukan keselamatan dan membuat kecoh yang boleh mendapat perhatian masyarakat antarabangsa terutama media elektronik seperti CNN, BBC dan Al-Jazeera.

Golongan ini tahu jika berlaku perkara yang tidak diingini seperti pergaduhan atau kejadian kekerasan oleh penguatkuasa undang-undang, matlamat menganjurkan perhimpunan itu sudah tercapai dan yang penting menggambarkan pasukan keselamatan ganas dan zalim.

Pendekatan demonstrasi jalanan dan perhimpunan ini kini disedari oleh beberapa kerajaan di dunia terutama di Russia yang turut diresapi dengan fahaman ini.

Golongan yang mempelopori demonstrasi di beberapa negara di dunia oleh seorang tua dari Boston dan seorang lagi dari Serbia kini dipaparkan di televisyen Russia.

Dalam dokumentari pendek itu, kedua-dua pelopor ini berbangga dengan apa yang sudah mereka lakukan dengan menumbang kerajaan di beberapa negara seperti Mesir menerusi perhimpunan dan demonstrasi jalanan. Mereka juga dikatakan terbabit dalam perhimpunan di Thailand dan Lebanon.

Pendekatan yang digunakan hampir sama termasuk menggunakan logo genggam tangan dan pemilihan warna tertentu bagi menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan. Desakan 'rakyat' ini dibuat berhari-hari sehinggalah kerajaan negara itu tumbang dan mereka terus berpindah ke negara sasaran lain.

bersambung.....




No comments: