Oleh Ibrahim Yahaya
KUALA LUMPUR (Sabtu) : Baru-baru ini ada pihak yang mendakwa 80 peratus artis tempatan kini menyokong pembangkang kerana tidak mendapat pembelaan kerajaan terutama dalam meningkatkan pendapatan mereka dan beberapa tuntutan seperti perlindungan insurans dan peruntukan perumahan.
Dalam pertemuan dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, sekumpulan artis ini menyuarakan perkara itu dan menyatakan kementerian yang bertanggungjawab tidak membantu mereka terutama dalam program yang dapat membantu meningkatkan pendapatan mereka.
Dua kementerian yang dilihat sebagai 'sasaran' mereka ialah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan (KPDNKK)
Ironinya orang yang sama juga yang sering berada di majlis yang dianjurkan oleh dua kementerian yang disebutkan itu untuk menerima pelbagai sumbangan dan insentif untuk memajukan kerjaya sama ada sebagai pelakon, penyanyi atau petugas dalam bidang penerbitan untuk televisyen atau panggung wayang.
Bagi Presiden
Karyawan Datuk Freddie Fernandez, anggapan yang dibuat oleh seorang yang mewakili sebuah
persatuan artis bahawa 80% artis sudah menyokong pihak pembangkang sebagai
suatu kenyataan yang kurang tepat dan
tidak berasas sama sekali.
"Ramai artis masih menyokong pihak kerajaan sekarang,
berikutan banyak usaha yang telah dilakukan untuk membantu mereka, khususnya
yang telah di lakukan oleh kerajaan terutamanya KPKK bagi memartabatkan lagi
industri kreatif, yang menjadi sektor khusus untuk artis aktif mencari rezeki.
Pelbagai geran dan peruntukan
dana di sediakan memudahkan dan merancakkan proses penerbitan karya karya di
bawah industri kreatif. Bukan itu sahaja tetapi bayaran untuk pelakon dan
penyanyi popular sudah melonjak ke jumlah yang jauh lebih besar berbanding
dengan sepuluh tahun sebelum ini.
“Bagaimanapun apa yang golongan
karyarwan harus ingat ialah industri ini mempunyai ramai artis sekarang.
Pelbagai pertandingan realiti yang telah di terbitkan oleh stesyen televisyen
untuk mencungkil bakat bakat baru
seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Mentor, One In A Million, Pilih Kasih
dan banyak lagi yang menambakan jumlah artis yang aktif dalam industri.
“Sudah pasti bukan semua artis
yang memasuki industri akan berjaya dalam bidang ini. Akibat pesaingan sengit untuk mendapatkan
peluang kerja mungkin ada yang tidak dapat bersaing dan harus berundur dari
industri. Sudah pastinya mereka yang kurang berjaya akan kecewa dan ada di antara
mereka yang menyalahkan kerajaan oleh kerana mereka tidak dapat teruskan
kerjaya sebagai artis dan harus beralih ke sektor lain.” katanya kepada DuniaTiger.
Datuk Freddie berkata, golongan
karyawan tidak harus menyalahkan kerajaan oleh kerana kita tidak dapat mencapai
kejayaan dalam industri ini.
“Sudah pasti, seperti industri
industri lain kita harus mengemblengkan tenaga dan kerja keras dengan penuh
disiplin untuk menentukan kualiti tinggi dalam karya kita supaya mencapai
kejayaan dalam bidang yang di pilih.
“Jika berbuat demikian dan
dengan bakat yang dimiliki, sudah pasti
sesiapapun akan berjaya. Tetapi jika kita tidak berdisiplin, selalu lambat,
tidak buat latihan atau persediaan serta
tidak meningkatkan prestasi, jangan pula salahkan kerajaan, yang telah tungkus lumus untuk menyediakan
segala kemudahan dana dan saluran untuk bantu kita. Salahkan diri sendiri,
mencari kelemahan dan memperbaikinya supaya dapat teruskan dalam industri.” katanya.
Menurut beliau, ada juga pihak
yang menyatakan kehadiran artis luar akan mengurangkan peluang yang ada pada
artis tempatan dan mereka perlu disekat untuk menentukan semua peluang hanya
diberi kepada artis tempatan sahaja.
Bagi Karyawan, katanya, tindakan
menyekat artis luar ke negara ini bukanlah suatu yang positif. Sebaliknya,
artis tempatan perlu bersaing secara sihat selain berusaha menerokai pasaran
antarabangsa.
Sikap penganjur sanggup
membelanjakan wang besar menjemput artis luar membuat persembahan di sini bukan
isu oleh kerana artis ini sudah berjaya di peringkat dunia dan permintaan dari
penganjur di seluruh dunia membenarkan mereka letakkan harga yang tinggi untuk
persembahan mereka. Namun, mutu artis tempatan perlu dipertingkatkan dan
menjadikan mereka (artis luar) sebagai panduan untuk berjaya ke luar negara.
.
Datuk Freddie berkata, ramai
artis tempatan hidup mewah hasil kerja keras dan bakat dimiliki. Melihat
cabaran dunia tanpa sempadan, artis tempatan digalakkan bijak menggunakan
medium Internet dan laman sosial untuk mempromosi diri dan karya.
“Baru baru ini ramai artis telah mengadu bahawa tiada peluang diberikan oleh syarikat rakaman untuk merakamkan album seperti dahulu dan mereka harus mengeluarkan modal persendirian untuk menghasilkan album atau single mereka. Dan selepas berbuat demikian juga mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan masa siaran di stesyen stesen radio swasta yang popular.” katanya.
Untuk mengatasi masalah ini,
beliau berkata Karyawan merancang menetapkan satu tarikh perjumpaan antara
artis dengan stesyen stesyen radio swasta pada bulan depan untuk membincangkan
masalah penyanyi memasarkan lagu mereka di radio.
Begitu juga, kursus mengenai media sosial, (internet, facebook dan twitter), akan diadakan untuk artis mengetahui cara melakukan promosi lebih efektif selain berbincang masalah royalti artis yang sentiasa menjadi isu.
"Baru-baru ini, KPKK telah mengajurkan satu rombongan artis dan
pengusaha muzik tempatan ke luar negara
untuk menyertai Festival MIDEM di Cannes, Perancis, untuk mempromosikan muzik
Malaysia ke persada dunia.
“Perkara perkara seperti ini
membuktikan bahawa kerajaan amat prihatin dengan keadaan industri dan sentiasa
mencari penyelesaian bagi masalah yang dihadapi oleh artis. Kami berharap usaha
seperti ini diteruskan supaya ia menyumbang kepada industri yang lebih rancak
dan memberi banyak peluang lagi kepada artis yang berkebolehan dan berdisiplin
tinggi,” katanya.