Tuesday, February 12, 2013

MINGGUAN WATAN ONLINE MUNCUL

Oleh Penulis Khas (mingguanwatan.com)

MENANTI PEMBUBARAN PARLIMEN yang semakin hampir, setiap pihak samaada parti pemerintahr mau pun pembangkang sedang membuat perhitungan dan percaturan sendiri dan pelbagai spekulasi semakin kuat kedengaran dan setiap pihak mempunyai hujah kukuh untuk mengambil tempat dalam pilihanraya kali ini.

Kemana saja Perdana Menteri Najib menjelajah dan bertemu pemimpin dan rakyat, antara persoalan yang kerap di ajukan ialah bila tarikh pembuburan dan siapa yang akan di pilih sebagai calon. 

Sebagai pemimpin yang berpengalaman luas dalam mengendalikan beberapa pilihanraya umum mau pun pilihanraya kecil sebelum ini, tentunya dalam senyuman menjawab soalan soalan liar itu, PM sudah tentu mempunyai jawapan tepat yang bersesuaian bila dan waktu yang sesuai untuk membubarkan Parlimen. 

Kita tidak harus lupa, sebelum menduduki kerusi PM, Najib adalah bekas Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ketua Pemuda UMNO yang biasanya memegang amanah dan peranan penting dalam mengendalikan jentera mana mana pilihan sebelum ini. 

Tentunya, apapun alasan dan perhitungannya PM, keputusan itu sama sekali tidak di dorong oleh desakan dan tuduhan melulu dari puak pembangkang yang hanya melihat pembuburan Parlimen sebagai jalan untuk mengambil alih kuasa dan menguasa Putrajaya sedangkan bagi PM pembuburan harus mengambil kira perhitungan untung nasib orang Melayu dan rakyat negara ini keseluruhnya. 

Tuduhan BN takut kehilangan kuasa dan tidak bersedia adalah satu provokasi semata mata bagi menunjukkan kerajaan BN lemah dan puak pembangkang semakin kuat dan sudah bersedia keselurunnya. Tetapi beberapa kenyataan pemimpin pembangkang akhir akhir ini jelas membuktikan mereka bukan saja tidak bersedia malah sudah "pancit" untuk menghadapi gelombang besar PRU ke 13 kali ini.

(layari mingguanwatan.com)

  

No comments: