Friday, June 28, 2013

RESIGNATION SOLVES NOTHING



By Bujai

When Yang di-Pertuan Agong advised the opposition to accept the result of the 13th general election, BN was accused of interfering in Istana Negara affairs by preparing His Majesty's text speech.

Although former deputy Dewan Rakyat Speaker Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar rebutted the allegation, the opposition still make believe BN government had hands in it.

In many other cases, the opposition will ask those they accused of 'cheat and graft' to resign. Do they have the gut to tell His Majesty to leave his throne?

- Pakatan accuses Barisan Nasional cheated in the 13th general election and for that very reason, Najib Tun Razak's Cabinet must resign en mass and hand over power to Anwar Ibrahim & Gang.

- They are still applying pressure for the entire board of the Election Commission to resign for 'helping' BN's victory, and that the indelible ink used on voters was not genuine. Pakatan also cried foul on the existent of too many 'phantom voters' on BN side.

And yesterday, they demanded for IGP Khalid Abu Bakar resignation when a court ruled in favor of the late M Kugan's family.

'Resign and resign' has been Pakatan Rakyat's infamous political spear over the last five years. They managed to unseat Shahrizat Jalil over the NFL issue but failed in other attempts on a few BN politicians.

What is the gain if all this people resign and what would be Pakatan's victory?

Should Najib resigns, who will become PM? Of course Anwar who refused to resign from politics if Pakatan fails to wrest Putrajaya has he already promised last year. Did Najib ever tell him to fulfill that promise?

Who else should resign on Pakatan's list?

They once accused the government and the AGC of interfering in the judiciary but Kugan's case is a strong testimonial that the judiciary is always free in making decision, and that the government has got no say in it.

Imagine what would happen had the court ruled in favor of the police force!

Justice has been served to the late Kugan and his family. Of course PM Najib and Home Minister Zahid Hamidi are feeling the heat of the verdict yesterday but Khalid's resignation should NOT be made an issue.

What's important here is to boost the morale of 'an already tainted' police image and the public confidence in the force by doing what is necessary and should be done a long time ago - including installing CCTV in all police lock-ups, cells and prisons to monitor all 'happenings' inside.

The opposition should be more than willing to sit down with the government, especially the Home Ministry in finding new formula to address such handicaps. Condemning Khalid and others will not solve any problem or halt recurrence of Kugan's case.

Let's not politicise and personalise the issue on emotion. Be wise, work together and produce the right remedy. Is it so difficult to do?

Friday, June 21, 2013

UITM PENYELAMAT BANGSA MELAYU : SAHOL

Oleh Zulkifli Jalil (Utusan Malaysia)

NAIB Canselor/Presiden Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Tan Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar sekadar tersenyum sinis apabila penulis 'mengusik' akan kenyataan seseorang dari Suaram baru-baru ini terhadap institusi berteraskan Melayu itu.

Cuma, tidak perlulah penulis mencatat nama individu terbabit ini kerana dia bukanlah orang penting yang perlu diketahui umum, cukup dengan ungkapan yang begitu menjengkelkan - mahukan kerajaan memansuhkan dasar UiTM yang hanya menerima kemasukan daripada bumiputera.

Kata individu yang diyakini penulis itu cuba berlagak untuk menjadi populis dengan mengeluarkan kenyataan kontroversi - seperti mana trend mereka daripada pembangkang - yang bunyinya begini: "Dasar (UiTM) itu telah melanggar Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Perkauman."

Teruk! maka tak perlulah penulis memanjangkan lagi permintaan mengarut si jengkel ini. Dan apabila ditanyakan kepada Dr. Sahol Hamid, beliau tersenyum lagi. Tetapi kali ini senyuman penuh makna.

"Saya cukup yakin isu ini hanya diperbesarkan-besarkan oleh pihak atau mereka yang hendak publisiti murahan...akan ada debat dan selepas itu hilang begitu sahaja seperti mana sebelum ini," kata beliau di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam kelmarin.

Sahol Hamid nampaknya tidak menghabiskan komennya itu tetapi lebih menarik perhatian penulis kepada satu perkara besar mengenai UiTM.

"Anda dan rakyat Malaysia kena tahu ini. Kewujudan UiTM yang kini memiliki hampir 200,000 pelajar ini telah menyelamatkan negara kita. Cuba bayangkan kalau UiTM ini tidak wujud. Mungkin ramai orang Melayu dan bumiputera jadi golongan miskin dan tidak berdaya. Mungkin orang Melayu selama-lamanya menjadi hamba di tanah air sendiri.

"Dengan keupayaan UiTM sehingga hari ini melahirkan hampir setengah juta profesional Melayu, maka institusi ini berperanan sebagai pengimbang ekonomi dan menjauhkan ketidaktenteraman dalam kalangan kaum-kaum. Kalau tanpa UiTM, kalau tanpa Kerajaan Barisan Nasional menampung perbelanjaan membina dan menggerakkan aliran pelajarnya, profesional Melayu tidak akan lahir, kemudian berkembang," katanya.

Dan tegas Sahol Hamid, oleh kerana ada polisi sedemikian (UiTM hanya dibuka untuk Melayu/bumiputera), manfaatnya ramai Melayu menyertai bidang profesional.

"Kalau orang Melayu tidak diberi pendidikan, usahkan apa, ekonomi pun sukar disaingi mereka, maka tentu sekali orang Melayu memberontak. Dan ini tentu merugikan bangsa-bangsa lain," katanya.

Sahol Hamid mengambil contoh mudah. Katakan UiTM benar-benar mahu ditutup. Dan cuma ada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang 99.9 peratus pelajar yang masuk adalah Cina dengan sokongan kuat daripada persatuan-persatuan mereka.

Dalam aspek ini, kalau pelajar Melayu terbabit beria-ria hendak menyertai UTAR pun, tetapi akhirnya pasti dia tidak akan pergi juga. Ini kerana akan melibatkan banyak kekangan di hadapan. Iaitu, dari sudut agama - soal halal haram termasuk aspek pemakanan.

"Tutup UiTM bermakna hanya UTAR yang matlamatnya membangunkan profesional Cina akan wujud dan sama juga dengan kolej di Sungai Petani yang dimiliki MIC. Jadi, kenapa nak persoal UiTM, bukankah mereka juga rasis?," katanya.

Dalam soal ini, kata beliau, dengan adanya UTAR untuk kaum Cina, UiTM (Melayu) manakala MIC dengan kolej tersendiri untuk masyarakat itu, maka sekarang adalah formula tercantik dengan semua bangsa ada peluang untuk mendapat pendidikan.

"Cuma, ada sebilangan yang tidak bersetuju dengan perkembangan UiTM itu. Malah, yang mengejutkan saya, suara tidak puas hati ini datangnya daripada orang Melayu sendiri. Mereka ini kononnya elit dan Melayu liberal.

"Dan ada tanggapan, kalau semua Melayu duduk di situ (contohnya pelajar UiTM yang kelayakannya semua Melayu), maka akan habis mundurlah bangsa dan negara ini.

"Untuk menjawabnya, saya minta anda pandang sekeliling. Di Rusia, Jerman hatta Jepun dan Korea (Selatan) sekali pun, adakah terdapat bangsa-bangsa lain. Adakah terdapat Melayu, Cina dan India di negara-negara berkenaan. Adakah negara itu daif," katanya.

Di Amerika misalnya, mereka melakukan perkara yang sama untuk membantu kumpulan penduduk kulit hitam berpeluang masuk ke universiti. Sebarang resolusi untuk meningkatkan tahap pendidikan golongan tertentu adalah perkara yang perlu disambut baik dan bukan dipertikaikan.

Kata Sahol Hamid: "Cuba bayangkan kalau Melayu tidak ada kerja. Yang susah hati ialah bangsa lain sebab keamanan terancam (hasil rasa tidak puas hati terbelenggu di negara sendiri). Inilah yang berlaku di Syria, Mesir dan Turki. Jangan rosakkan UiTM dengan sentimen politik dan rasisme.

"Dan kita perlukan orang Melayu yang terpelajar dan lebih ramai yang sokong kerajaan.
"Peluang untuk mendapat pendidikan tetap ada untuk semua kaum, jadi tidak timbul isu langgar hak asasi manusia mahupun melanggar mana-mana syarat antarabangsa. UiTM adalah untuk membantu anak bumiputera bersaing secara adil."

Kata Sahol Hamid lagi, UiTM bercita-cita besar untuk memastikan kemakmuran Melayu terus terbela dan terpelihara.

"UiTM menyokong kerajaan BN dan UMNO sebab hanya BN dapat menentukan masa depan dan kedudukan orang Melayu serta bumiputera di Sabah dan Sarawak," katanya.

Menyifatkan UiTM sebagai benteng terakhir dalam mempertahankan kuasa dan survival Melayu, beliau percaya, akan ada pihak tertentu cuba melemahkan benteng terakhir tersebut dengan menghukum orang Melayu.

"Cuma, jangan nanti orang Melayu sendiri menjadi pengkhianat," kata Sahol Hamid.

Dalam soal ini juga, beliau melahirkan rasa yang cukup khuatir berikutan kebanyakan pelajar universiti kini lebih senang menerokai media baru sehingga terkurung dalam 'kawalan' media tersebut.

Kata beliau: "Ini amat berbahaya kepada mana-mana yang menjadi kerajaan. Ini kerana mereka ini (golongan muda) tidak banyak mengikuti buku. Kalau ditempatkan ke cerita asal atau cerita separuh betul, mereka pasti tidak akan dapat tumpukan kepada maklumat berfakta dan sains fiksyen."

Apa pun, Sahol Hamid berpendapat, pelajar Melayu harus mengubah budaya pemikiran mereka dengan lebih mengutamakan membaca sesuatu dari sudut fakta, sejarah dan kesusasteraan.

"Mempelajari sejarah dan geografi, ini semua proses mengembangkan minda. Dan kepada saya, media baru ini telah merosakkan minda kita semua," katanya.

Cuma, tidak perlulah seseorang dari Suaram 'bagai menyalak bukit' termasuk mendakwa dasar kemasukan UiTM kononnya sebagai hipokrit (kerana mendakwa UiTM adalah institusi awam yang dibiayai 100 peratus daripada wang pembayar cukai).

"Di seluruh dunia ada universiti untuk semua golongan. Ada AlI Woman University dan All Sunni University malahan All Black University pun ada. Adakah ini bermakna kita rasis. Mengapa UiTM, tidak UTAR menjadi topik Suaram ini?," kata Sahol Hamid mengakhiri sarapan setengah jam bersamanya itu.

Thursday, June 20, 2013

ANWAR IBRAHIM JADI PROFESOR?

KUALA LUMPUR : Penasihat umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dikatakan akan menerima tawaran beberapa universiti di Amerika Syarikat untuk menjadi profesor sepenuhnya bagi mengajar bidang propaganda daripada menjadi wakil rakyat di negara.

Sumber-sumber PKR memberitahu beliau tidak akan mengangkat sumpah pada 24 Jun ini sebagai menyatakan bantahan kepada keputusan PRU13 yang tidak memihak kepadanya sekaligus menghilangkan peluang beliau untuk menjadi Perdana Menteri kali ini.

Tawaran itu diterima sejajar dengan pengumuman beliau pada Ogos 2012 untuk menjadi pensyarah di universiti yang beliau pilih jika tidak berjaya menjadi Perdana Menteri selepas PRU13. Dalam temuramah dengan media beliau turut menyatakan akur dengan apa saja keputusan pilihan raya umum.

DS Anwar pun dikatakan tidak yakin untuk mendapatkan wakil rakyat BN melompat parti kerana mengetahui mereka amat setia dengan BN tidak seperti beberapa pemimpin BN sebelum ini yang melompat parti kerana dipecat atau tidak mendapat layanan lagi.

Beliau yakin jika propaganda mengenai lompat parti ini dinyatakan seperti 16 September 2009, ini adalah 'kemaluan besar' kali kedua jika perkara itu tidak berlaku. Ramai pemimpin PKR termasuk Azmin Ali menasihatkan beliau untuk tidak membuat demkian agar rakyat tidak pandang serong kepada parti itu.

Sumber itu juga memberitahu bahawa ketiadaan Anwar di negara ini, PKR akan melantik Shamsul Melaka untuk menjadi pemangku Presiden kerana kebolehannya untuk berucap macam Anwar dan berani untuk memaki hamun pemimpin BN, tidak seperti Azmin yang takut-takut sedikit.

Oleh itu, sama-sama kita tunggu sama ada Profesor Anwar akan memilih universiti di Britain atau Amerika Syarikat.

Wednesday, June 19, 2013

APA JADI KAT THE STAR?


Oleh  The Unspinners.

Jika Datin Seri Rosmah dijadikan kontroversi kerana sering keluar di suratkhabar dan TV, lepas PRU beliau sudah banyak kurang. Banyak kerja-kerja amal dan kebajikan dilakukan tanpa perhatian media.

Semalam The Star menyiarkan iklan yang meletakkan Rosmah sebagai wanita paling powerful di Malaysia. Ini pasti menjadi buah mulut orang.

Dato Kadir Jasin pun rasa ada sesuatu yang tidak kena. Baca SINI. Kata Kadir, "The proclamation was made in a full-page anonymously placed advertorial". The Star enggan memberitahu syarikat Sendirian berhad yang menyiarkan. 

Kenapa iklan yang bakal merosakkan imej Rosmah itu diterima? Apakah The Star tiada langsung kuasa untuk tolak iklan tersebut? Mengapakah Ketua Editor, Dato Wong Chun Wai yang lalang sengaja mengeluarkan iklan tersebut?

Pelbagai alasan boleh diberi dan antara alasan adalah mungkin sekali kerana duit dah diterima dan tak boleh buat apa-apa. Ini berlaku apabila pihak bawah dah buat commitment dengan client. Dipercayai di bahagian marketing ada banyak penyokong dan pengundi DAP. Kalau 93% cina undi DAP, probablity mereka undi DAP adalah 0.97 atau hampir 100%.

Selain Regina Lee yang kami ada sebut sebelum ini, ada ramai lagi pencacai Pakatan Rakyat dan hardcore DAP dan PKR dalam The Star. Berikut adalah nama-nama yang kami terima:
  • Managing Editor, June Wong. Dia merupakan apa yang boleh dikatakan Ketua Wanita Cabang The Star. Dia kini sedang melobi untuk jadi Group Chief  Editor 1 ekoran peninggalan Dato Wong Sai Wan.
  • Leanne Goh yang merupakan Group Chief Editor  2 dan ketiga bawah si lalang, Dato Wong Chun Wai.
  • Wong Siah Ping yang merupakan Chief Operating Officer of Star Digital Business. Ni yang melibatkan Star Online.
  • Martin Vendesan yang tidak lama baru-baru ini melancarkan kolumn baru. Dia adalah ahli PKR yang secara terbuka mencari ahli baru lepas 2008.
Padanlah Rosmah dikenakan. Pasal banyak malaun dalam The Star. Ada banyak lagi nama yang kami akan siarkan. Kasi masa.

(Renungan Rimau : Kalau gatal hari ini, jangan garu esok)