Oleh Wan Anis Ilyani (AntaraPos.com)
SHAH ALAM : Bekas Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Datuk Ibrahim Yahaya mahu pihak pembangkang memahami fungsi dan peranan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum menuntut ruang publisiti yang sama diberi kepada mereka.
Mengulas tuntutan pembangkang yang dikemukakan di Parlimen hari ini, Ibrahim berkata, ruang berkenaan jika diberikan tidak boleh disalahguna untuk mepertikaikan dasar-dasar kerajaan.
"Dalam menyampaikan maklumat sudah tentu tugas utama RTM berperanan menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat, jadi sudah tentu pelbagai program yang dibuat kerajaan perlu dimuatkan di dalam RTM.
"Sepatutnya pembangkang kena ada pendirian untuk bantu kerajaan dalam apa bentuk sekalipun demi kemakmuran negara.
"Kalau mereka ada pandangan, syor atau idea mereka boleh salur di pelbagai medium, tak semestinya melalui RTM, itu perlu diubah dan ini masanya mereka kena ubah jadi pembangkang yang baik," katanya ketika dihubungi Antarapos, di sini, hari ini.
Menurut beliau, sebelum ini, RTM pernah memberi ruang kepada pihak pembangkang untuk menyampaikan manifesto mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu namun ia ditolak atas alasan masa yang diperuntukkan tidak mencukupi.
Publisiti terhadap pembangkang kata Ibrahim, tetap diberikan oleh RTM, malah melalui program 'Langsung Dari Parlimen' juga, pendedahan diberikan kepada mereka tanpa menapis segala ucapan atau pertanyaan semasa bersidang dan berbahas.
"Apabila kita beri ruang kepada pembangkang untuk buat pengumuman manifesto pilihanraya tapi mereka tolak dengan peruntukan yang diberi. Ini adalah isu tarik tali supaya menimbulkan persepsi bahawa RTM tak bantu mereka. Ini tak sihat.
"Setakat ini ruang kepada pembangkang dah ada, yang terbaru kita buat 'Langsung Dari Parlimen' yang mana kita selama setengah jam apa yang berlaku di parlimen,(sekaligus) tidak ada pendapat bila pembangkang cakap tak boleh siar. Mereka kena lihat secara rasional perkara ini," jelas Ibrahim lagi.
Ibrahim bagaimanapun menyambut baik permintaan pembangkang untuk diberi peluang sama rata di RTM, meskipun sebelum ini stesen televisyen milik kerajaan pernah digelar oleh pemimpin pembangkang sebagai tidak bermutu malah pernah disaran supaya dipulaukan.
Beliau juga meminta agar pembangkang mengubah persepsi terhadap pemimpin kerajaan supaya tidak dikaitkan dengan parti, agar urusan pentadbiran berjalan dengan lancar tanpa sebarang tanggapan negatif.
"Mereka kadang-kadang melihat pemimpin kerajaan sebagai pemimpin parti. Contohnya Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai PM kita, tetapi mereka adakalanya melihat PM sebagai Presiden Umno.
"Inilah persepsi dan sikap yang mereka kena ubah di kalangan pembangkang terutama pemimpin dan pengikut supaya melihat apa yang disiar di RTM sebagai satu wadah kepemimpinan negara," katanya.
Hari ini, pembangkang mendesak kerajaan memberikan ruang publisiti yang sama kepada mereka untuk muncul di Radio Televisyen Malaysia (RTM) agar rakyat turut sama menerima maklumat tepat daripada sumber yang sah.
Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran berkata isu publisiti di media milik negara ini perlu diselesaikan segera memandangkan RTM adalah medium utama rakyat mendapatkan maklumat semasa.
Dakwanya, RTM bersifat bebas dan tidak boleh bertindak 'berat sebelah' atau memihak kepada mana-mana pihak yang mengelirukan (misleading).

No comments:
Post a Comment