As Salam. Ramai yang bertanya sama ada saya masih menulis di blog atau sebaliknya. Saya memberitahu mereka bahawa tumpuan kini adalah kepada tiga cabang media sosial yang lain iaitu facebook, twitter dan instagram. Tulisannya ringkas manakala gambar pula terkini.
Pendekatan menggunakan tiga medium ini ada kaitan dengan tugas sejak lebih setahun lalu untuk membuat liputan terkini mengenai kerja sebagai SUA yang menagih saya hampir setiap masa mengemaskinikan status Timbalan Perdana Menteri selain status persendirian..
Bagaimanapun, saya akan berusaha untuk menulis dalam blog ini dari semasa ke semasa bagi membolehkan pengikut mengikuti penulisan semasa selain teguran dan cadangan membina terhadap apa saja yang berlaku di negara ini.

No comments:
Post a Comment