Tuesday, May 6, 2008

CHAMIL MENGACARAKAN BLOG

Apakah program BLOG di RTM1 yang hangat diperkatakan sekarang termasuk dari segi isi kandungan dan tempoh waktunya, akan mempunyai hos kedua?

Daripada maklumat ejen kenit saya, program minggu ini mungkin dihoskan oleh Datuk Chamil Wariya (CEO Malaysian Press Institute) yang pernah mengendalikan beberapa program bual bicara di RTM dan TV3 sebelum ini.

Sebagai pengacara berpengalaman, sudah pasti Datuk Chamil mampu mengendalikan BLOG termasuk menangkis serangan tetamu program itu. Yang penting mampu menjadikan program berkenaan sentiasa dinanti-nantikan oleh penonton.

Dalam pada itu, penonton juga perlu diberitahu bahawa Sdr Hashim Abu Haniffah yang mengendalikan program BLOG sekarang, bukanlah muka baru dalam bidang pengacaraan. Beliau pernah mengacarakan program Gemilang yang turut menemuramah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sebelum ini.

17 comments:

Anonymous said...

Mungkin jangkanya menemuramah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak sama dengan menemuramah Raja Petra Kamaruddin.

ibrahim yahaya said...

Sdr GJ,

Wartawan diajar untuk mengemukakan soalan terhadap isu yang tidak jelas atau untuk mendapatkan lebih banyak maklumat susulan daripada berita yang dilaporkan.

Begitu juga pengacara.

Anonymous said...

salam sejahtera,
saya lebih bersetuju jikalau rtm melantik tok sebagai pengemudi rancangan blog.tapi ini pendapat peribadi saya.saya hanya mengutarakan.CW pun ok,hanya jauhari mengenal manikam.

mn said...

A.kum Datuk,

1. Pada pandangan saya antara Datuk Chamil dan En. Hashim, saya rasa better Datuk Chamil.

2. Datuk, ni saya nak beritahu awal-awal kat Datuk nih..?

3. Kehadapan, jika ditakdirkan RTM menjemput saya sebagai tetamu rancangan blog, jadi jika semasa saya sedang memberi penjelasan tiba-tiba pengacara cuba memintas/memotong cakap saya, maka 'Saya akan bangun dan terus meninggalkan pentas'. Tak peduli ia secara langsung ka..apa ka!

4. Saya cakap saya buat, orang lain..blogger lain saya tak tahu tetapi saya 'Diktator'.

5. Nampaknya perkataan Diktator dah kedengaran dalam Parlimen semalam. Jangan-jangan Karpal Singh pun mai baca blog saya.

6. Karpal Singh belum lagi bertemu buku dengan ruas? Insyallah suatu hari nanti dia akan bertemu jika diizinkan Tuhan.

Kulupbana said...

Datuk,
Begitulah jadinya kalau 'ilmu kurang jangan mencabar lawan bertarung di gelanggang'; 'kail sejengkal jangan diduga lautan nan dalam'.

Dalam blog Raja Petra, Hashim digelar 'donkey host'. Lagu mana tu? Lain kali jangan sendiri terbit, sendiri jadi 'moderator'. Awat tak sendiri jadi 'make up artist'? Ini bukan benda main-main wahai bro.

Bukan kah elok Datuk disarankan menjadi perantara program tersebut? Lagi pun Datuk bekas perunding media di sana. Amacam.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Saya lebih suka dijemput sebagai panel untuk mengemukakan idea dan pandangan terutama bidang kegemaran saya - kewartawanan.

Dahulu, saya pernah mengacarakan program RTM dan TV3. Mungkin ketika itu saudara tidak menontonnya kerana tertidur atau tidak perasan kerana susuk badan saya yang lebih kecil.

Kini ia sudah berkembang dan dalam konsep televisyen ialah "thin is in".

Jadi biarlah hos itu kecil molek dan yang lebih penting bijaksana, bijaksini bukannya sana sini.

ibrahim yahaya said...

Sdr Su-kj,

Dalam siaran langsung, tidak bolehlah tetamu bangun begitu saja kerana akan dilihat tidak sopan. Jika kita rasa program itu tidak sesuai dengan kita, maka tidak payah sertainya. Tapi jika saudara buat juga, mungkin "kali terakhir" akan dijemput. Amacam?

Karpal Singh? Siapa yang buku dan siapa pula yang ruas? Menarik ni.

ibrahim yahaya said...

Sdr KB,

Saya setuju dengan pandangan Sdr bahawa semua program perlu diberikan perhatian sepenuhnya apatah lagi yang membincangkan isu-isu semasa seperti blog dan tetamunya pula bukan calang-calang orang. Takleh main-main.

Anonymous said...

diy,
Hasim abu haniffah pengacara zaman selesa aman dan tenteram boleh la...sekarang kalau pengacara kok,kak,kok,kak will be eaten raw..
DIY pun boleh...

Anonymous said...

maaf lah kalau dah terlewat nak komen pasal hashim abu hanifah ni...sebenarnya saya memang tak berapa setuju dia jadi pengacara kerana beberapa sebab:

1. muka tak komersil....sori kalu terlalu emotional.

2. knowledge kurang dan nampak sangat tak natural....sepatutnya dia lebih cekap berinteraksi dengan tetamu tetapi ni tak, sibuk nak potong sebab takut tetamu belasah kerajaan...dan lagi satu dia nampak sangat membaca soalan yang disediakan mahadi j. murad tu.

3. memang program tu jadi tak menarik sebab pengacara taki pandai nak huraikan hujah...maklum lah baca soalan je...macam "akhbar hari ini" gak, baca je prompter tu yang skripnya di tulis orang lain...tapi kononnya ULASAN... sampai pantun budak darjah 3 pun tak boleh hafal...amende tu!!! kang kutuk rtm lebih2 kang marah...

tu je la datuk tiger pandangan saya yang dah tak tahan dengan pemilihan pengacara "boneka" di rtm ni....sepatutnya program macam ni, kena bagi orang yang ahli dalam bidangnya....terima kasih.

p/s : hashim tu tau ke baca blog atau ada blog sendiri ? saya rasa dia ni lebih kurang TOM SATURDAY je, lemah skit IT ni....tapi TOM baik orangnya, merendah diri selalu...nak pencen dah kan?

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

RTM berjaya melahirkan ramai pengacara berbakat dan ada antaranya masih mengacarakan rancangan tv dan radio. Ini termasuklah dalam bidang sukan seperti Haji Hasbullah Awang dan Haji Zainal Rawop. Kini yang muda seperti Hafizal Hamad.

Kita juga jangan lupa dengan hos Debat Perdana, Datuk Johan Jaffar.
Kadangkala beliau turut "disambar" oleh TV3 sebagai hos atau panel dalam bual bicara semasa.

ibrahim yahaya said...

Sdr RSubang,

Dalam program akademik atau bualbicara semasa, muka tidak komersial takpe asalkan otak sentiasa berjalan. Muka sedap memandang pun bolehlah. Ok la tu.

Jangan muka cun tetapi otak beku disebabkan kesejukan penghawa dingin di studio. Sejuk kita dibuatnya nanti.

Kulupbana said...

Datuk,
Saja nak ingatkan yang Haji Zainal Rawoop tu orang TV3 asalnya; beralih arah ke lubuk emas ..

Unsunghero said...

Salam Pak Ibrahim,

banyak yang perlu dibaiki dalam program 'Blog' tersebut. jika diberi masa, insya-Allah akan bertambah baiklah ia. Mungkin dengan menggantikan pengacaranya adalah satu cara penambahbaikkannya. Datuk Chamil sememangnya seorang yang berwibawa dalam bidang pengacaraan program sebegini.pokoknya adalah 'bagi peluang' kepada program ini untuk matang dengan memberikan masa dan ruang untuk diperbaiki.

Anonymous said...

Senang cerita, Hashim tak layak jadi pengacara. Dia juga tak layak jadi reporter pun. Apa hal dia nak pertahankan kerajaan. Apakah dengan hanya ada satu ruangan BLOK selama 20 minit setiap minggu, dia nak sumbat dalam mulut blogger yang kerajaan ni dan bebas atau mula menunjukkan sikap terbuka. Common lah Hashim. Awak tak faham pun erti kebebasan. Kan ke menteri awak dah kata tujuannya adalah untuk menarik golongan muda menonton RTM, bukan nak tunjukkan RTM tu bebas. Hapraklah lu. Kalau saya jadi panel, saya yang akan soal dia, bukan dia yang soal saya. Tidur kat rumah je lah.

Husin Lempoyang said...

Hashim out of touch dengan isu dan blogging.

Dlm temuramah dgn Kadir Jasin, dia menggunakan taktik murah untuk pintas cakap. Kurang ajar cara itu.

Dengan RPK, kena konar balik, tak terjawab. Soalannya dgn RPK terlalu boleh dijangka.

Blogger bukan orang bodoh, hormatlah sedikit. Berbincang cara biar cara terhormat. Baik Chamil Warya.

Dia nampak agak kurus mutakhir ini. Tanpa jambang, lain rupanya.

Anonymous said...

YBhg Datuk Ibrahim,

pada pandangan saya, dua-dua pun tak boleh mengacara rancangan tu... Hashim walaupun dah tua, tapi belum cukup ilmu, pembacaan kurang, buat story pun terhegeh2... pernah sekali, masa dia membuat liputan di London, mengikuti Yang DiPertuan Agong, dikatanya dalam voice over dia... Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad sebagai Menteri Undang-undang.... mana ada lagi nama Menteri Undang-undang... portfolio undang-undang itu adalah.... sebutlah... Menteri di Jabatan Perdana Menteri....saya rasa YBhg Datuk pun sedarkan kesilapan "Bongok" orang RTM yang gila kuasa, tamak haloba dan kuat berhasad dengki tu.... Dengan pengetahuan sedangkal kanak-kanak itu, bukan lagi setakat buat pengacaraan rancangan berat macam Blog tu... pergi tugasan Perdana Menteri di dalam negeri pun belum tentu layak.... kepada Hashim.... banyakkan belajar lagi.... jadi kakitangan kerajaan di RTM tu belum menjamin kehebatanmu...

2. Datuk Chamil Wariya... dia ni terkenal dengan mengutarakan soalan bodoh kepada PM masa Tun Dr. Mahathir dulu... saya rasa dia ni belum layak... walaupun dah tua dan berbini muda... tapi tak menjamin kepandaian... memang dia ni pandai... tapi mungkin pandai lain kot.. Saya rasa RTM perlu mencari personaliti yang lebih berketerampilan macam Datuk Johan Jaafar yang berani menanyakan soalan-soalan panas... saya rasa dia yang lebih layak...

JONLABUYABEDABEDU