Wednesday, June 4, 2008

MEKANISME SKIM SUBSIDI BARU?

Hari ini (Rabu) kerajaan akan mengumumkan mekanisme skim subsidi baru petrol dan diesel untuk rakyat. Sepatutnya Jumaat lalu, tetapi kerana ramai Menteri yang tidak boleh hadir pada mesyuarat Kabinet hari itu kerana ada tugas lain seperti mengepalai rombongan pelaburan di luar negara, maka kerajaan memutuskan ia diumumkan hari ini.

Pengumuman hari ini dibuat setelah mengambilkira semua cadangan dan pandangan Menteri. Pandangan mengikut kepentingan kementerian masing-masing termasuk urusan pelaksanaan mekanisme skim subsidi baru itu. Umpamanya, jika pemberian subsidi itu berbentuk kupon, kementerian manakah yang perlu diberikan tugas mengagih-agihkan kupon dan siapa pula yang akan menerima kupon subsidi yang mungkin ditukarkan kepada wang . Jika kerajaan memilih untuk memberikan kepada kumpulan pengguna kenderaan tertentu mengikut tahap kuasa (cc) kenderaan mereka, siapa pula yang bertanggungjawab menguruskannya. Inilah mekanisme yang perlu difikirkan bagi memudahkan rakyat. Yang penting subsidi diberikan terus kepada rakyat yang memerlukannnya.

Memperkatakan mengenai subsidi ini, rakyat perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana sikap prihatin mereka kepada golongan yang memerlukannya. Sikap prihatin ini menyebabkan rakyat terus memberi sokongan kepada kerajaan kecuali mereka yang tidak ambil pusing apa yang mereka nikmati. Persoalannya berapa ramaikah rakyat yang amat memerlukan bantuan ini menerima “hadiah atau ganjaran” daripada kerajaan itu sejak bertahun-tahun dan mencapai kos subsidi mencecah RM56 bilion tahun ini. Jika diperincikan sudah tentulah mereka yang mempunyai kenderaan sama ada motosikal, kereta, bas, lori atau bot yang menggunakan petrol atau diesel, yang gembira menikmati pemberiaan subsidi itu.

Seterusnya, banyak mana rakyat menikmatinya bergantung kepada jumlah kenderaan yang dimiliki. Umpamanya jika seseorang itu mempunyai motosikal atau skuter, maka beliau dapatlah menikmati subsidi petrol itu. Jika mereka mempunyai dua kenderaan, maka dua kalilah menikmatinya. Yang banyak mendapat faedah daripada subsidi ini tentulah kumpulan yang mempunyai banyak kenderaan seperti usahawan bidang pengangkutan atau mereka yang banyak menggunakan kenderaan seperti pelancongan.

Kumpulan usahawan dan peniaga yang banyak kenderaan seperti van, bas atau lori, sudah pasti tersenyum lebar dengan pemberian subsidi itu. Faedah ini sama juga dengan pembinaan lebuhraya dari utara ke selatan yang menguntungkan peniaga yang menghantar barangan mereka dalam jarak yang jauh atau ke pelabuhan di tengah, utara atau selatan negara. Mereka bukan saja tersenyum tetapi ketawa terbahak-bahak ke bank kerana mengaut keuntungan besar. Mereka inilah sepatutnya terus menyokong kerajaan.

Persoalannya adakah mereka memanjangkan “hadiah atau ganjaran” itu kepada pengguna seterusnya. Seperti pengusaha bas atau lori yang mengenakan bayaran berpatutan kepada pengguna. Bukan menjerit-jerit meminta naik tambang atau kadar bayaran. Jika mereka memanjangkan hadiah itu, kita amat alu-alukan tetapi jika mereka kedekut untuk meringankan beban pengguna, maka sesuatu perlu dilakukan terhadap sistem yang tidak seimbang itu. Jika mereka saja mendapat keuntungan tetapi matlamat utama untuk membantu golongan memerlukan tidak kesampaian, maka subsidi petrol dan diesel perlu dihapuskan. Mekanisme pemberiaan subsidi perlu diberikan terus kepada kumpulan sasar. Jangan terkejut jika tiada subsidi lagi dan harga petrol serta diesel dinaikkan.

Isnin lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata harga petrol dan diesel mungkin naik Ogos ini apabila Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi melakukan penstrukturan semula skim subsidi bahan bakar itu. Beliau memberi jaminan kenaikan harga petrol dan diesel itu tidak akan menjejaskan pengguna berpendapatan rendah yang akan terus menikmati skim subsidi baru.

Harga pasaran petrol semasa ialah RM4 seliter tetapi di Malaysia ia dijual pada harga subsidi RM1.92 seliter melibatkan peruntukan subsidi yang dijangka mencecah RM56 bilion (meliputi subsidi petrol, diesel dan gas) pada tahun ini. Ini berbeza dengan harga petrol dan diesel yang dijual di Thailand iaitu sekali ganda kerana ketiadaan subsidi. Harga minyak di pasaran dunia terus meningkat sehingga mencecah lebih AS$135 setong dua minggu lalu tetapi kini stabil di paras AS$128. Di Indonesia, harga petrol dan diesel dinaikkan sehingga 30 peratus manakala kerajaan India bercadang menaikkan harga bahan api itu. Apabila naik pastilah ada orang yang akan membantah.

Skim subsidi baru bahan api yang akan dikuatkuasakan Ogos ini, menurut Datuk Shahrir, bukan berdasarkan kepada jumlah penggunaan sebaliknya lebih berasaskan kepada keperluan pengguna. “Sekarang ini, tiada sekatan terhadap pemberian subsidi minyak. Walau banyak manapun kita beli diesel atau petrol, kita akan dapat subsidi. Kalau kita guna 200 liter sebulan pun kita akan dapat subsidi bagi setiap liter yang kita beli, kalau kita guna hanya 100 liter pun kita akan dapat subsidi, jadi bermakna tak ada sekatan kepada subsidi yang kita peroleh kerana ia berasaskan kepada kegunaan kita. Kerajaan mahu mewujudkan satu sistem baru yang tidak menjurus kepada masalah dan sepatutnya ia (subsidi) adalah untuk golongan yang amat memerlukan,” katanya.

Beberapa cadangan mengenai mekanisme skim subsidi baru petrol dan diesel sudah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan. “Kita akan menggunakan tempoh dua bulan ini untuk melakukan kajian terperinci bagi penstrukturan semula skim subsidi bahan api," katanya.

Oleh itu, rakyat negara ini bersedialah dengan pengumuman kerajaan hari ini mengenai pemberian skim subsidi baru untuk petrol dan diesel. Adalah diharapkan pengumuman ini akan melegakan semua pihak terutama golongan berpendapatan rendah yang menerima kesan terhadap kenaikan harga minyak selama ini. Mereka diserang daripada pelbagai sudut termasuk perlu berbelanja lebih untuk minyak motosikal dan kereta di samping perlu membeli barang keperluan pada harga yang mahal kerana sikap peniaga yang menaikkan harga. Sudah sampai masanya nasib mereka terus diperjuangkan.

Dalam pada itu, rakyat negara ini tidak kira pengguna atau peniaga perlu menyokong langkah kerajaan mengenakan sekatan penjualan petrol dan diesel di stesen-stesen minyak di sempadan negara. Bagi kerajaan ia adalah sebagai langkah sementara menangani kebocoran pemberian subsidi minyak tetapi kita mahu ia perlu diteruskan demi menjaga kepentingan rakyat di negara ini. Sudahlah golongan pendapatan rendah tidak mendapat nikmat subsidi petrol dan diesel sepenuhya kerana ia banyak menguntungkan golongan peniaga dan usahawan, luka mereka semakin pedih apabila mengetahui rakyat asing juga turut merasainya. Sekatan ini pasti akan dapat membendung penyaluran subsidi kepada mereka yang tidak berkaitan terutama rakyat asing. Mereka juga untung kerana beli diesel subsidi nelayan di tengah laut.

Mulai Isnin lalu, kerajaan menguatkuasakan larangan ke atas rakyat asing membeli bahan bakar di stesen-stesen minyak di sempadan Malaysia-Thailand manakala bagi sempadan Malaysia-Singapura pula ia akan dimulakan pada 9 Jun ini. Pelaksanaan langkah itu membabitkan semua stesen minyak dalam lingkungan 30 hingga 50 kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand membabitkan Perlis, Kedah, Utara Perak dan Kelantan.

37 comments:

Anonymous said...

salam sejahtera,

JOHOR BARU: A two-tier fuel pricing system for foreign registered vehicles will adversely affect the economy of the city.

Johor DAP chairman Dr Boo Cheng Hau said such a move would inconvenience both foreigners and local businesses dependent on the Singaporean clientele.

“A Singapore ruling that requires its vehicles to have a three-quarter full tank before entering the country already reduces the number of foreigners who enter the city solely for petrol,” he said.

According to Dr Boo, besides increasing red tape, a two-tier system would also affect Malaysians holding Singapore permanent residency status who owned Singapored-registered vehicles.

“There should be uniform pricing,” he said during a press conference after visiting several traders in the city.

Johor DAP vice-chairman Norman Fernandez urged the Government to weigh the cost of restricting Singaporeans to unsubsidised petrol against the economic losses suffered by traders.

“We have to look at the big picture as the situation in Johor Baru is unique. Many businesses are very reliant on the Singaporean clientele.”

Meanwhile, Senai assemblyman Ong Kow Meng said that a two-tier pricing system would breach international free trade agreements.

“We will also be the laughing stock internationally if we implement the two-tier pricing system,” he said, adding that Petronas should instead pay for the subsidised fuel.

APA PENDAPAT DAN RUMUSAN DATO.

mat_terab said...

Ayat yang kita selalu kita dengar apabila kerajaan menaikkan harga minyak ialah ia tidak menbebankan rakyat, ia masih murah berbanding dengan negara-negara lain, kerana kerajaan tidak mampu menanggung beben subsidi yang terlalu tinggi, kerana pengurangan subsidi dapat digunakan untuk mebuat pembangunan negara atau meningkatan sistem pengankutan awam....ayat-ayat ini lah yang selalu di dendangkan oleh kerajaan tapi yang nyata rakyat tetap terbeben, tambahan pula dengan kenaikan harga beras yang melambung...apabila kerajaan menaikan harga minyak tidak dapat tidak akan berlakulah kenaikan harga barangan lain seperti, gula, milo, susu, tepung, minyak masak, ayam, ikan ,sayur-sayuran dan berbagai-bagai lagi barangan lain, dan tadak dapat di elak juga akan berlaku kenaikan tambang bas sekolah, teksi dan pengankutan lain yang menggunakan petrol dan disel, apabila semua kaadaan ini berlaku yang bertambah parah adalah rakyat bawahan...sudah tentulah kaadaan ini tidak akan membebankan golongan seperti menter-menteri dan kuncu-kuncunya yang menbuat dasar ini kerana mereka tidak mengeluarkan belanja sesenpun kerana semuanya free walaupun makan di hotel 5 bintang atau pergi shooping ke luar negara semuanya free rakyat yang bayar....
namun demikian kesan ini akan juga turut di rasai oleh orang umno juga dan bukan orang umno, walaupun yang menbuat dasar harga minyak adalah menteri-menteri umno....harap orang umno sedarlah....

Anonymous said...

Kenaikan harga minyak tidak dapat dielakkan sama sekali, kerana ianya bergantung kepada harga minyak dunia. Persoalan tentang mekanisme skim subsidi yang baru adakah benar-benar dapat membantu rakyat?
Apa yang perlu difikirkan sekarang bagi pendapat saya adalah mencari alternatif kepada penggunaan petrol ini. Insentif daripada kerajaan terhadap penggunaan kenderaan NGV / CNG dan Hybrid adalah sangat perlu. Contohnya kerajaan Thailand memberi insentif terhadap pengeluar OEM kenderaan NGV / CNG sebanyak 50,000 bath. Jadi diharap pengeluar tempatan perlu dengan segera mengeluarkan kenderaan NGV / CNG supaya dapat nmenanggani masalah kenaikan ini.

http://fauzifudzin.wordpress.com

Terima Kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum Tok Rimau,
Saya ada kemusykilan berkenaan subsidi utk golongan berpendapatan rendah. Masalahnya tak ramai golongan berpendapatan rendah yg menggunakan kereta/motor. Bagaimana dgn golongan sederhana yg juga amat memerlukan subsidi tersebut... Saya bukanlah kerja besar, graduan universiti tempatan tapi ibarat kais bulan makan bulan. Kenaikan harga barang memang membebankan saya sekeluarga. Sekarang pun asyik garu kepala. Org beriman kenalah byk bersabar, kan Tok. Apa komen Tok Rimau?

Anonymous said...

Salam Tok Rimau,
Don't have to wait till August... Pak Lah has already announced, petrol increased RM0.78, diesel RM1. I would say that there would be a huge and terrible impact to the community & industry, price of goods might increase again and again.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Mengapa kerajaan kini asyik memikirkan mengenai pemberian subsidi bahan bakar kepada rakyat? Pertama ialah kerana kosnya yang semakin tinggi mencecah RM56 bilion kerana kos minyak dunia meningkat. Kedua kerana subsidi ini banyak disalahgunakan terutama diesel untuk nelayan. Nelayan dapat diesel subsidi, kemudian jual kepada orang luar. Kos subsidi diesel bertambah tetapi hasil tangkapan ikan berkurangan.

Ketiga, di sempadan dengan Thailand dan Singapura, orang asing juga turut mendapat nikmat subsidi ini yang sepatutnya dirasai oleh rakyat tempatan saja. Keempat, pemberian subsidi sekarang tidak banyak turun terus kepada golongan yang memerlukan iaitu golongan miskin yang mungkin hanya ada motosikal saja.

Oleh itu, sudah sampai masanya satu mekanisme perlu difikirkan agar subsidi ini terus diberikan kepada golongan yang memerlukan.

Mengenai DAP ini, saya malaslah hendak mengulas kerana mereka ni sejak dari dulu lagi hanya mementingkan sesuatu kaum atau kumpulan tertentu. Tak percaya, tengoklah rekod mereka selama ini. Mereka ingin menjadi jaguh dan suka meniup api perkauman seperti, "mengundi BN akan memperkuatkan kuasa orang Melayu". Apa punya kenyataan ini? Apakah DAP mahu orang Melayu lemah supaya mereka boleh dipijak atau diperbodoh-bodohkan. Ini sudah berlaku di Selangor dan Perak. Kalau cakap banyak, tentu PKR dan PAS akan marah kat saya. Tetapi itulah hakikat yang berlaku sekarang. Orang PAS Perak sanggup berkata kepada pemimpin UMNO, "Lebih baik bekerja dengan kafir daripada orang zalim". Apa punya pemikiran tu? Siapa zalim? Tengoklah apa akan jadi dengan Perak yang kini tanah sedang diagih-agihkan di kalangan mereka. Mereka pun dah masuk SEDC dan State Agriculture. Tolonglah buka mata wahai PAS dan PKR. Itu saja.

Di Johor Bahru, kita bukan menjual petrol atau diesel subsidi tetapi sebagai peniaga kita menjual barang-barang lain seperti kain, buku atau apa sajalah. Takkanlah kita hendak menjual keropok untung 20 sen dan jual minyak subsidi kepada orang Singapura untung RM2. Baik buka je pam minyak untuk jual petrol dan diesel yang diberikan subsidi kepada orang Singapura.

DAP, teruslah fikirkan kepentingan orang lain dan takyah fikir pasal rakyat negara ini. Kan DAP dan PAP tu adik beradik. Itupun orang Melayu masih tidak sedar lagi terutama di Pulau Pinang.

ibrahim yahaya said...

Sdr Mat Terab,

Daripada pemahaman saya, apa yang dilakukan pada zaman TDM berbeza dengan pada zaman Paklah.

Pada zaman TDM, kerajaan menekankan pentingnya mengekalkan subsidi dengan mencari segala punca wang untuk menampungnya. Mungkin menggunakan wang perolehan Petronas hasil pelaburan di luar negara yang dikumpul daripada bulan ke bulan.

Pada zaman Paklah, kenaikan kos subsidi yang melambung tinggi kerana harga minyak dunia menyebabkan kerajaan terpaksa memikirkan usaha untuk mengurangkan perbelanjaan subsidi ini. Ini penting kerana jika terus diberikan subsidi, satu hari nanti kita tiada wang untuk perkara lain seperti pembangunan atau menyediakan kemudahan infrastruktur terutama di luar bandar Sabah dan Sarawak yang "semakin memerlukan".

Oleh itu, satu mekanisme perlu difikirkan, bukan untuk membuang terus subsidi tetapi menyalurkan terus kepada golongan yang memerlukan. Dalam ertikata lain, jika ada orang yang sanggup membeli kereta mewah sampai lima buah, maka mereka tidaklah perlu mendapat subsidi bahan bakar yang dikhaskan kepada golongan miskin. Banyak kereta mereka, banyaklah wang yang perlu dibelanjakan untuk membeli petrol atau diesel. Kalau tidak mahu belanja banyak minyak, gunalah satu kereta saja. Itu je.

Bagi usahawan yang banyak menggunakan petrol dan diesel dalam menyediakan perkhidmatan seperti pengangkutan, mungkin kerajaan boleh memberikan subsidi cara lain kepada mereka.

Jika ada mekanisme yang seimbang ini, mungkin kos untuk subsidi akan dikurangkan dan penyalurannya terus kepada rakyat. Boleh juga mengelakkan penyelewengan atau lintah darat atau pelesit atau jembalang tanah yang sentiasa menghisap darah orang miskin terutama di luar bandar. Bagilah peluang darah itu mengalir laju untuk melahirkan zuriat yang baik.

ibrahim yahaya said...

Sdr Fauzi,

Pandangan yang baik dan ia bolehlah dihantar ke Buletin Utama TV3 agar boleh diwar-warkan. Apa pun yang penting subsidi harus dirasai terus oleh golongan yang memerlukan. Merekalah yang sepatutnya mendapat lebih banyak subsidi terutama kenaikan harga minyak dan harga barang sekarang.

ibrahim yahaya said...

Sdr Ainul,

Apa yang diluahkan selama ini adalah pandangan ikhlas saya. Bukan mewakili kerajaan kerana saya bukan Menteri atau Perdana Menteri. Jika jadi Menteri pun boleh, tetapi setakat ini tidak orang nak lantik. Mungkin lain kali kot. Lawak je.

Tiada formula untuk menyelesaikan masalah Sdr tetapi daripada pengalaman hampir 48 tahun ini, jika kita pandai menguruskan kewangan kita, apa yang datang di depan mata tidak akan menjadi masalah. Percaya dan yakinlah.

Saya selalu yakin bahawa "tunai adalah raja" atau "cash is king". Maka banyaklah simpan duit tidak kiralah seringgit sehari kerana lama-lama jadi bukit. Ketika baru bekerja ini, banyaklah berjimat.

Saya mula bekerja dengan naik motosikal, kemudian pakai kereta kecil yang jimat minyak. Apa nak malukan? Duit kita banyak tu saja, maka itu yang termampu dibeli. Apa orang nak kata biarkanlah. Apabila ada duit beli besar sikit dan begitulah selanjutnya. Jika dapat duit dari langit, bolehlah beli kereta besar.

Dalam pada itu, berniagalah sikit-sikit untuk menambah pendapatan. Buatlah MLM atau jual insurans. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Dalam dunia ni, tiada orang yang akan jaga kita kecuali diri sendiri. Jika kerajaan buat dasar, ada yang kena kepada kita maka bertuahlah tetapi yang tak kena tu, kitalah yang kena tolong diri sendiri. Ada orang yang mahu semua dasar kerajaan membantu mereka. Sampai bila kerajaan boleh bantu mereka ni? Bacalah apa yang tersirat dalam kartun LAT satu masa dulu ketika beliau melukis pengumuman bajet oleh Menteri Kewangan. Ibu yang tua yang miskin bertanya kepada anak lebih kurang begini, "apa yang kita akan dapat daripada bajet nanti?"

Sdr, dengarlah nasihat saya ni. Jadilah apa yang kita harus jadi dan jangan menjadi-jadi kerana tak guna jadi belon yang penuh dengan udara saja. Kita ni mesti solid di dalam. Dalam ertikata lain, jika kita besar, memanglah kita besar dan ada duit. Saya juga macam belon dan jangan jadi macam saya, setidak-tidaknya saiz badan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Ainul,

Apa yang diluahkan selama ini adalah pandangan ikhlas saya. Bukan mewakili kerajaan kerana saya bukan Menteri atau Perdana Menteri. Jika jadi Menteri pun boleh, tetapi setakat ini tidak orang nak lantik. Mungkin lain kali kot. Lawak je.

Tiada formula untuk menyelesaikan masalah Sdr tetapi daripada pengalaman hampir 48 tahun ini, jika kita pandai menguruskan kewangan kita, apa yang datang di depan mata tidak akan menjadi masalah. Percaya dan yakinlah.

Saya selalu yakin bahawa "tunai adalah raja" atau "cash is king". Maka banyaklah simpan duit tidak kiralah seringgit sehari kerana lama-lama jadi bukit. Ketika baru bekerja ini, banyaklah berjimat.

Saya mula bekerja dengan naik motosikal, kemudian pakai kereta kecil yang jimat minyak. Apa nak malukan? Duit kita banyak tu saja, maka itu yang termampu dibeli. Apa orang nak kata biarkanlah. Apabila ada duit beli besar sikit dan begitulah selanjutnya. Jika dapat duit dari langit, bolehlah beli kereta besar.

Dalam pada itu, berniagalah sikit-sikit untuk menambah pendapatan. Buatlah MLM atau jual insurans. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Dalam dunia ni, tiada orang yang akan jaga kita kecuali diri sendiri. Jika kerajaan buat dasar, ada yang kena kepada kita maka bertuahlah tetapi yang tak kena tu, kitalah yang kena tolong diri sendiri. Ada orang yang mahu semua dasar kerajaan membantu mereka. Sampai bila kerajaan boleh bantu mereka ni? Bacalah apa yang tersirat dalam kartun LAT satu masa dulu ketika beliau melukis pengumuman bajet oleh Menteri Kewangan. Ibu yang tua yang miskin bertanya kepada anak lebih kurang begini, "apa yang kita akan dapat daripada bajet nanti?"

Sdr, dengarlah nasihat saya ni. Jadilah apa yang kita harus jadi dan jangan menjadi-jadi kerana tak guna jadi belon yang penuh dengan udara saja. Kita ni mesti solid di dalam. Dalam ertikata lain, jika kita besar, memanglah kita besar dan ada duit. Saya juga macam belon dan jangan jadi macam saya, setidak-tidaknya saiz badan.

junkopile said...

Assalamualaikum datuk cougar
kenaikkan harga minyak ni sudah dijangka ape kata jual miyak guna sistem barter dengan negara negara pengeluar tapi masalahnya OPEC nih dah diremote oleh US so elok ke kalau kita gunakan wang perak ke wang mas ke, lagi pun subsidi di malaysia nih masih lagi tinggi
saya suka wang ti kan

Anonymous said...

dato',

kenapa negara kita ada minyak di Tganu, Sabah, Swak tapi harganya melampau2?

di brunei hanya BND 0.50 seliter..

cakap suruh berjimat mmg senang, apakata dato kira bajet bulanan graduate mcm saya yg kerja makan gaji di KL.. gaji RM1500 tolak EPF 11%, sewa rumah, bil air n api, kos turun naik transport ulang alik dari rumah ke tempat kerja, kredit handphone, kiriman pada mak ayah.. itu belum kawin.. kalo yg dah kawin? dato' pun tau kan susu kanak2 setin berapa RM? itu kalau sorg anak.. kalau 2, 3? diapers lagi?

ada ke org2 kaya ambil tau semua tu?

dato' n rakan2 sebaya mula bekerja tahun bila.. masa zaman kos hidup masih rendah kan.. skrg ni dah abad ke-21.. dulu apam balik 5sen.. skrg?

lu pikirrr la sendiri..

Anonymous said...

Tiada lagi subsidi minyak - Diberi terus kepada pembeli layak

Nampaknya negara kita mula masuk kelubang busuk yang digali oleh cerdik pandai ahli politik. Nampaknya tiang-tiang dan kabar gembira yang dibawa oleh pemimpin dahulu telah berakhir. Terlalu banyak egenda yang tersembunyai didalam minda ahli politik kita sekarang ini. Ini lah kabinet LAH. Semua LAH.

Sebagai rakyat Malaysia nampaknya saya telah mula berubah arah politik, setalah tertabalnya kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen. Kalau nak pukul anak pun, biarlah berpada-pada jangan sampai sunggup sembelih sampai putus lehernya. Ya LAH. Mungkin juga kerajaan LAH ini nak buat korban, tapi rasanya raya korban belum pun sampai. Dah nyayuk kut.

Bermula lah cerita baru buat rakyat malaysia. Tidak lama lagi semua harga akan naik. Oiiiiii PAK LAH TIDOK KE. Ini lah padahnya kalau PM dok tidok. Tak tahu nak cari duit. Mana nak dapat duit kalau dok tidok. Tidak lama lagi habis duit negara, nak naikkan harga apa pula. BM rasa baik PAK LAH naik JIN, lagi baik. Tapi baik-baik, JIN ni suka hisab darah, nanti darah bersatu pulak. Haram tu.

Sebenarnya langkah ini mengajar rakyat malaysia agar pandai menipu, macam PM depa. Sekarang ini malaysia macam petani tua. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tak kais tak makan. Kalau nak makan, makan tahi. Bukannya malaysia ini tidak berduit tapi, kerajaan sekarang ini pandai menghabiskan, pandai nak cari. Macam budak malas. Kalau bapak dia malas, tentu anaknya juga malas nanti.

Tapi anak menantu rajin beb. Sendiri fikir.

Awang Maya said...

It is very easy to read. Pak Lah is aware that he is no longer needed by the people and now what he's thinking and doing is to get as much money as possible before he will be kicked off. He knows that there will be no place for KJ, Kamaluudin and his cronies while he is longer at the helm. After he have given peanut to certain group of people (Ceupacs,T.Salleh n Gang, Teachers), now this is a time for him to rob as much as he can.

Go head Pak Lah,keep on stealing the people money. we, Rakyat Marhain who are much affected will not REDHA and forgive for what U have done to us.

Go to hell Pak Lah n Cronies

AFR

Anonymous said...

ulasan saudara tentang subsidi tak masuk akal. bayangkan subsidi RM150 setahun untuk motosikal kurang dari 250cc..penuh tangki pun dah RM10...cukup untuk 2 hari...RM150 nak bertahan berapa hari? saudara tak perlu jadi menteri untuk menterjemahkan apa yang dilakukan oleh kerajaan, nada ulasan saudara sudah jelas menggambarkan yang saudara pro kerajaan yang kini tak bertimbang rasa. saya amat setuju dengan pendapat mat terab. yang membuat dasar dan polisi bukan rasa sengsara yang dihadapi oleh rakyat sbb semuanya ditanggung beres dengan duit rakyat. die orang peduli apa...
dulu potongan subsidi untuk penambaikan sistem pengangkutan negara (sampai sekarang penambahbaikan kantung dan poket yang dapat projek yang jelas, tapi sistem dok mcm tu jugak). sekarang ni subsidi dihapuskan langsung, kali ini nak tambahbaik apa pulak? SELAMAT AMAN MAKMUR untuk rakyat Malaysia...

abe

ibrahim yahaya said...

Sdr Junkopile,

Sejak dulu lagi, dunia ini dikawal oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. Jika kita baca buku perisikan, novel dan menonton filem, kita akan mendapatkan bahawa agensi AS seperti CIA akan merencanakan sesuatu senario untuk membolehkan AS campurtangan dalam semua hal di dunia ini. Sama ada Perang Vietnam, Taliban, Osama Bin Laden, Perang Iraq dan perkara-perkara yang menguntungkan negara itu, pasti tidak boleh lari daripada kesan cap jari AS yang adakalanya ketara dan kebanyakannya tidak kelihatan. Apa yang berlaku sekarang ini juga tidak terkecuali, sedikit sebanyak. Bukanlah hanya menyalahkan mereka tetapi sekadar melihat "the big picture".

Sayugia itu, kita perlu bersedia untuk menghadapi perkembangan ini dengan kekuatan diri sendiri. Sebagai rakyat, kita perlu bersedia untuk menjadi rakyat yang mempunyai pendapatan yang baik dengan rajin mencarinya untuk mampu menghadapi sebarang kenaikan harga. Untuk berjaya, kita memerlukan disiplin dan komitmen tinggi. Hayatilah kisah-kisah "rags to riches" yang boleh mendorong kita untuk berusaha gigih. Bacalah kisah seorang penoreh getah yang menjadi jutawan dengan menjual peralatan kecantikan dan kesihatan. Semua ini, bukan boleh dibuat dalam sehari atau setahun. Ada yang mencapai 10 tahun atau lebih. Jika ditanya apa yang perlu dibuat sekarang, buatlah yang terbaik. Kalau perlu jual kereta dan naik motosikal saja, buatlah begitu dan jangan malu. Kalau perlu naik bas atau LRT, buatlah segera. Apa sajalah yang boleh mengurangkan kos perbelanjaan kita.

Sebagai kerajaan, kita perlu mempunyai pelan jangkapendek dan jangkapanjang untuk memastikan rakyat tidak terus menderita terutama golongan miskin. Siapa yang dipilih sebagai pemimpin perlu memerah otak untuk rakyat bukan masanya untuk menuding jari kepada pihak tertentu. Usaha memberi penerangan perlulah ikhlas dan jujur. Elakkan tabiat menggalakkan "doktor pusing" untuk menjalankan tugas memberi penerangan tetapi melantik profesional yang memahami isi hati rakyat. Dulu pun kita lantik golongan profesional untuk membuat penerangan. Sedarlah.

ibrahim yahaya said...

Sdr NM,

Saya rasa kerajaan perlu membuat sesuatu untuk kepentingan negara dan rakyat. Namun, untuk membuat sesuatu yang baik untuk negara dan rakyat, kita perlu melihat kekuatan dan kelemahan kita.

Bersembang dengan kawan-kawan beberapa tahun lalu, mereka berkata Malaysia boleh "hidup sendiri" tanpa perlu pelaburan asing atau pendapatan lain hanya dengan perolehan simpanan minyak dan gas kira-kira 35 tahun lagi. Lama juga tu. Tapi berikutan apa yang berlaku sekarang, saya tidak tahu, mungkin kurang atau lebih. Secara logiknya tentu lebih lagilah. Oleh itu, memanglah kita ada duit tetapi adakah kita hendak menghabiskan semua untuk rakyat sekarang? Atau adakah kita perlu memikirkan juga untuk generasi akan datang? Siapa jadi kerajaan, mereka fikirkanlah.

Cakap memang senang. Buat janjipun senang juga jika kita tidak tahu keadaan sebenar atau jumlah wang yang kita ada. Macam PKR di Selangor yang janji macam-macam kerana mereka tidak tahu berapa banyak duit dalam kantung. Apabila menjadi kerajaan, barulah mereka tahu bahawa bukanlah mudah untuk menunaikan janji jika kantung tidak berisi. Hendak salurkan kepada orang miskin, pelajar, pengundi dan penyokong, mana nak cari duit. Kalau banyak duit oklah, tapi PKR kata, duit tak cukup sekarang. Tapi kerajaan negeri dulu kata Selangor kaya. Sama-sama kita fikirkanlah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Buah Melaka dan Awang Maya,

Biarlah Paklah menjawab kenyataan Sdr itu dan pembaca blog ini. Tidak perlu saya jawab kot. Bacalah jawapannya dalam MSM atau news portal dan fikirlah sendiri apa yang diperkatakan.

Seperti Sdr, saya amat setuju bahawa kita tidak boleh membiarkan pelesit menghisap darah rakyat miskin. Oleh itu, kita perlu mencari pelesit ini yang halimunan atau pandai menyorok atau berselindung di sebalik kayu/batu untuk memastikan mereka tidak terus berkelakuan demikian.

Jika dikampung dulu, jika kami dapat tangkap pelesit (rupanya macam belalang kunyit), perkara pertama yang dilakukan ialah "cabut kepala" nya. Kesihan juga pelesit kena cabut kepala. Itupun kalau dapat tangkap pelesit tetapi binatang itu sentiasa bebas dan mengeluarkan bunyi - cit, cit, cit, cit dan adakalanya macam bunyi shit, shit, shit, shit...

ibrahim yahaya said...

Sdr Abe,

Sama ada nada saya macam sokong kerajaan atau sebaliknya bukanlah perkara utama dalam menghadapi "kemelut kenaikan harga bahan bakar" ini. Yang penting ialah pandangan ikhlas saya ketika membincangkan perkara ini. Ketika saya cuba menyelami apa yang berlaku sekarang termasuk menimpa saya bertubi-tubi, saya juga ingin membincangkannya dari perspektif lain secara rasional.

Jika kerajaan hendak memberikan kupon subsidi kepada rakyat mengikut CC kenderaan, mereka perlulah membuat perkiraan yang adil dan sakssama. Umpamanya jika seseorang yang mempunyai motosikal kini menikmati RM10 sehari, maka sebulan ialah RM300. Jadi setahun ialah RM300 x 12 ialah RM3,600. Jadi kena bagi kupon subsidi bernilai RM3,600. Kerajaan boleh memberikan kepada mereka kupon subsidi itu ketika pemilik itu ingin memperbaharui road tax setiap tahun. Begitu juga kenderaan lain. Tetapi mestilah ada hadnya. Jika ada orang mempunyai lima kereta, takkanlah nak beri subsidi kepada kelima-lima kereta itu. Satu cukuplah.

Anonymous said...

Assalamualaikum Tok Rimau,

Ketika mula2 bekerja dulu, saya & suami menaiki motosikal ke tempat kerja walaupun ada kereta di rumah. Setelah disahkan berbadan dua, kami mula menaiki kereta sehinggalah sekarang (kerana perlu menghantar baby ke rumah babysitter). Kereta bukanlah besar, Saga sahaja (dibeli ketika proton jual mahal dulu - tepuk dahi sekarang dah murah).

Berkat berjimat-cermat tahap maksima, kami dengan bersusah payah & bermati-matian telah berjaya membeli sebuah rumah pada tahun lepas (kerana merasakan rugi menyewa rumah orang, tiap2 bulan bayar kat orang).

Lumrah manusia, kami juga mempunyai keinginan utk memiliki sebuah kereta yg lebih besar sedikit. Seperti yang Tok Rimau katakan... Sedikit2 la kan... sedikit2 lama2 jadi bukit. Tapi nampaknya lepas fuel naik ni, susah sikitlah nak tukar kereta.

Bila Pak Lah menyarankan rakyat Malaysia supaya 'ubah cara hidup', kami termanggu2 memikirkan cara hidup yg bagaimana lagi perlu kami lalui.

Saya sendiri dah kurang makan nasi dari sepinggan ke sesudu sahaja. Nampaknya, makin rampinglah rakyat Malaysia... Melancong pun, company yg sponsor, kalau tak memang tak merasalah jawabnya.

Keluarga saya dari golongan berpendapatan rendah (ayah penoreh getah), suami pula dari golongan sederhana (anak koperal polis). Kami diharap dapat mengubah taraf hidup kedua keluarga.

Seperti yg Tok Rimau sarankan, MLM adalah salah satu cara. Tetapi harus diingat MLM mermerlukan kita bergerak kesana kemari dengan kerap utk mencari downline. 'Kesana kemari' bererti banyaklah pakai minyak. Atas sebab itu jugalah kami telah mengambil keputusan utk tidak lagi aktif dlm MLM. Buat... bukan tak buat.

Maaf, saya berceloteh agak panjang. Sekadar meluahkan perasaan. Diharap Tok Rimau sudi melayan leteran saya *(^_^)*

Terima kasih. Wassalam...

- Ainul A.B -
Born in 1981, TDM era...

Anonymous said...

salam kembali,
saya masih menantikan posting dato yg terbaru mengenai harga petrol.saya telah berkunjung di the scribe akj.saya setuju sangat dgn akj.
saya tidak berminat untuk mengulas harga petrol kerana ia pasti akan naik.cuma bolehkah dato ulaskan tentang laporan media yang sentiasa tak benar dan nampak sengaja nak memburukkan reputasi pak lah.media umumkan petrol naik pada ogos tetapi tak sampai 48jam pak lah umumkan minyak naik mencanak.
mengapa media begitu sekali dato,menganiaya PM kita.ini akan menyebabkan rakyat akan menyumpah seranah serta memaki hamun PM yg kita sayangi dan kasihi,boleh dato ulaskan.

Anonymous said...

Kalau DSAI benar-benar ikhlas untuk membela rakyat, langkah segera yang perlu dilakukan ialah menggesa DWA sebagai Ketua Pembangkang untuk mengusulkan supaya Pak Lah diberhentikan drp menjadi PM. Awang percaya sokongan bukan setakat drp PR malah jumlah sokongan yg besar drp MP BN pun boleh diperolehi.

Itu kalau DSAI dan semua MP jujur dan ikhlas nak bantu rakyat la. Kalau masing-masing hendak menjaga temolok masing-masing. Awang ajak rakyat berdoa dan sembahyang hajat sebagai golongan teraniaya memohon Allah melaknati pemimpin-pemimpin yang merompak dan menyamun duit rakyat secara terhomat ini dan juga kepada mereka2 yang berlumba2 untuk berkuasa dengan niat memperolehi kekayaan peribadi.

Ya Allah, Awang mewakili golongan yang tertindas, kau tunjuklah sesuatu kepada golongan-golongan ini..aminnn!

Aku Marhain

Anonymous said...

kite kne terima hakikat yg kita xkan ditanggung oleh subsidi selama2nya..harga pasaran minyak dunia semakin lame semakin naik bkannye semakin murah..

junkopile said...

Tok Tiger
Assalamualaikum
Saya masih merasakan ada kelemahan dalam perlaksanaan skim subsidi ini kerana ia dijalankan tanpa perancangan jangka panjang dan jangka pendek, apakah kementerian berkenaan tidak menjangka yang ia akan berterusan dan meningkat, sebagai negara yg layak termasuk dalam golongan OPEC seharusnya kita tidak diukur bersama negara serantau yang bukan adik beradik OPEC, juga perbandingan kuasa beli mestilah dibuat dalam realiti bukan perbandingan jumlah sahaja, ini kerana mengubah cara hidup rasanya bukanlah penyelesaian kerana takkanlah kita nak kembali ke zaman batu tanpa petrol tanpa elektrik, bukan tidak bersetuju dengan kenaikkan dan harga tetapi adakah perancangan dibuat dengan teliti, adakah alternatif yang difikirkan untuk rakyat.Adakah kita telah dijajah kembali kerana kita terpaksa jadi pak turut Amerika sedangkan kita ada pilihan dengan sumber asli.Adakah kerajaan hanya mengharapkan sumber minyak dengan tidak memikirkan alternatif lain untuk menjana pendapatan negara, bukan marah tok tapi panehla jugak
Sayang malaysia

Bung Karno said...

Sdr Ibrahim,

(Ulangan ulasan )

RAKYAT MENDERITA

Melihat kepada keceriaan dan muka selamba (angkuh?)
Perdana Menteri DS Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkan
kenaikan harga petrol, nampak seolah beliau seronok dengan kejayaan memeranjatkan rakyat Malaysia dan bangga kerana rakyat berjaya dipermainkan dengan berita bahawa kenaikan harga hanya pada Ogos,seperti yang diwarwarkan oleh meneteri pengikut, Datuk Shahrir.

Jika diukur tahap kejayaan, Perdana Menteri memang berjaya
memeranjatkan rakyat dengan kenaikan harga petrol 40% dan
disel 68% yang mendadak dan berkuatkuasa serta merta.

Anehnya PM menggunakan ini sebagai satu 'PR and Image-building outing'

Perlakuan PM sama seperti tektik pembubaran parlimen yang
mulanya dinafi tetapi kemudian berlaku mengejut. Akhirnya BN
dikejutkan dengan kekalahan di peti undi.

Perlakuan PM kali ini lebih menunjukkan sikapnya yang tak bijak dan menyusahkan rakyat. PM menganggap ini satu kemenangan kerana berjaya menghindar kegiatan menyorok minyak dan memerangkap
rakyat dalam kelam kabut.

Apa salahnya rakyat diberi notis 24 jam untuk persediaan. Tidak akan
bangkrap negara oleh kerana itu. PETRONAS juga akan terus menjual
minyak mentah pasaran dunia dengan harga US 130 setong dan
mempasti hasil negara tetap ada. Hanya satu hari, apa salahnya !!!!

Para penyorok minyak mungkin mengambil kesempatan, tetapi
berapalah kerugiannya jika dibanding kemudahan membeli minyak
berterusan oleh warga Singapura yang 10 kali lebih mewah.

Tidak cukupkan dengan pemberian Pulau Batu Putih, sehingga warga
Singapura perlu juga diberi minyak subsidi kita.

Rupanya larangan belian minyak kepada warga asing hanya untuk
mengurangkan kesesakan pada hari akhir pembelian minyak pada
harga lama. Ceteknya pekiraan PM.

Kenaikan 40% membebankan. Untuk perbelanjaan petrol berulang
alik ke tempat kerja yang dahulunya perlu RM 20.00 kini perlu
RM 28.00 Untuk setahun tambahan perbelanjaan petrol melebihi
RM 2,000.00

Bagi kenderaan disel, tambahan perbelanjaan lebih tinggi, sedangkan cukai jalan tidak berubah.

Rebat tunai yang akan diterima tidak seberapa. Malahan mekanisma
ini hanya akan memberi peluang manipulasi oleh sindiket JPJ dengan
penjual kereta-kereta terpakai untuk mengaut perolehan daripada
kecelaruan birokrasi.

Bukankah kereta-kereta tersebut juga akan diambil kira dalam penerimaan rebat ini?

Paling menyedihkan ialah apabila kesan domino kenaikan ini akan
menambah kesangsaraan rakyat.

Apa maknanya slogan SEJAHTERA, AMAN , MAKMUR jika rakyat bertambah derita.

PM perlu lebih bijak dengan mengurus cara saintifik dan b
erperancangan, bukan cara 'adhoc'. Rakyat merana melihat
PM yang tidak berwibawa.



Posted by Bung Karno

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

pasal minyak semua orang dah naik minyak...sekarang semua orang marah...masa abe MIE mengisi minyak berbaris panjang dari 9 mlm sehingga 12.04 minit, harga minya tak naik. tiba jam 12.05 harga minyak naik kat pam dan masa tu kereta abe MIE tak sempat. marah betul.

sakit hati ada tetapi abe mie takut kerana stok minyak negara bertahan sampai 2013 sahaja. indonesia stokminyaknya ada beberapa tahun lagi. lepas ini ramai orang indo kerja dan berhijrah ke malaysia.

kalau pak lah turun, najib naik, abe MIE ingat bagus juga. mungkin najib ada idea baik???

pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...

dato,

macamana nak bagi pak lah faham kesengsaraan rakyat ni..

saya cukup kesal dgn kenyataan pak lah supaya kami rakyat ubah gaya hidup..

nak ubah apa nye? dah mmg gaya hidup la ni dah yg paling minimum..

pak menteri tau ke ada fresh graduate yg makan maggi separuh hari ni, dan separuh lagi esoknya.. direndam lama2 dlm air panas supaya kembang mee tu dan boleh kenyangkan perut..

berapa ramai kami yg kena maki dek bos.. maklumla baru mula kerja.. sampai lambat akibat berhimpit dlm komuter.. itu nasib baik kalo dapat gak berhimpit.. kalo yg dah x boleh nak naik langsung? dah la tu lambat pulak tak ikut jadual..

tu belum citer pasal berapa ramai yg hanya balik kampung 2-3 bulan sekali sebab nak jimat duit tambang bas.. mujur la 2-3 bulan, ada kawan2 yg setahun sekali je balik sbb raya.. tu pun bersesak2 kat pudu, putra, hentian duta.. mengalir2 airmata, sakit badan berebut sbb tu la satu2nye peluang nak balik cium tgn mak abah..

ada ke depa amik tau?

takde.. yg depa tau naikkan harga minyak seolah2 isu ni satu topik dalam raja lawak.. boleh buat kelakar..

yg depa tau, suh kami ubah gaya hidup.. boleh.. boleh.. jangan bising kalo bersusun graduate yg duduk mengemis depan seri perdana putrajaya nanti..

tolongla dato, macamana nak bagi dia faham..

epain said...

baca malay mail...

senarai harga negara pengeluar...semuanya bawah RM 1...

nape kita tak boleh buat?...

terubuk jantan said...

SALAM DATO,
ADOIIIIIIII...............MENGELUH TOK.....ADOI HAI................SEPINGGAN KONGSI DENGAN ORG RUMAH SEKARANG NI TOK...MAKAN 'SUAP-MENYUAP' SUPAYA ADIL..'UBAH CARA HIDUP'.........ADOI....

Anonymous said...

TERIMA KASIH KERAJAAN NAIKKAN HARGA MINYAK.HARI INI AKU BAWA PASIR TEPI JALAN KE TEMPAT KERJA SEBAGAI SANTAPAN TENGAHARI KU. -sb-

Anonymous said...

Saya mempunyai ramai kawan begitu juga dengan Datuk. Hidup ini tidak akan tenteram bila kawan kawan kita menyumpah seranah kita walaupun kita dilimpahi kemewahan.Segala sumpah seranah ini akan datang nya aura menerjah dan menghingap terutama dibahagian wajah kita.
Tidak dapat dibayangkan sekira nya berjuta juta rakyat menyumpah seranah apabila melihat wajah ini dikaca TV atau di media. Cuba lihat akan perubahan wajah ini. Bahagia kah mereka dengan sendiwara ciptaan mereka ?
-Jantan Giler

Kulupbana said...

Datuk,
Lagu mana gamaknya kawan saya Datuk Azimi Daim bekas ADUN Kulim sekarang ni kena mengisi minyak pakai duit sendiri. Dulu memanglah tak kisah sebab bubuhlah banyak mana pun minyak waima kerajaan tanggung.

Begitulah senario di Malaysia, pemimpin buat dasar serta laksanakan hukum tanpa menjejaskan kehidupan seharian depa. Tak risau diasak media sebab dah ada jawapannya.'Klishe' pulak tu lantaran sifat rakyat negara ini memang gitu; cepat melupakan serta memaafkan.

Dah lima kali harga minyak naik di era Pak Lah; pencapaian hebat bagi sebuah negara pengeluar minyak.Lepas ni apa lagi?

Anonymous said...

Jika memberi kupon subsidi mengikut cc kenderaan pun tak kene juga dato' ...

Kereta persona sekarang pun cc nya dah 1.6 manakala kereta honda city cc nya baru 1.5 jer ...

tapi harga kereta persona base line baru 40k ++ berbanding kereta Honda City harganya hampir 2 kali ganda = 80 K ...

kalo ikut cc, maknanya pemilik kereta honda city dapat lebih subsidi lah berbanding pemilik kereta persona??

macam ni tak adil juga ... org kaya yg pakai kereta honda city pulak dapat subsidi lebih ...

Anonymous said...

dari sudut positifnye, akan ada sektor lain yang akan diberi lebih perhatian (makanan) hasil dari pengurangan subsidi minyak dan ini dapat dinikmati setiap lapisan masyarakat tidak kira kaya atau miskin

Anonymous said...

Dato,Masa PRU yg lalu saya mati mati pertahan UMNO dan BN.Bila pihak lawan kataBN akan naikkan harga barang.Saya katakan saya yakin Pak Lah tidak akan mendera rakyat.Pak Lah ada background agama.Cucu Ulama tersohor.Segala tindakan akan dipertimbangkan nya dengan waras.Tak mungkin Pak Lah akan menzalimi rakyat.Tetapi kenyataan hari ini menempelak saya kembali.Umum rakyat kecewa dengan kenaikan yg teramat mendadak.Malu dgn diri sendiri seorang teman penyokong PKR sekadar tersenyum bila bertembung tetapi mengapa diri rasa tersindir.Hakikat nya akulah yang nyata berselingkuh dengan Pak Lah. NongSaree.

ibrahim yahaya said...

Sdr Ainul AB,

Saya sedia menerima pandangan
Sdr bila-bila masa. Kalau tidak saya tidak perlu membuka blog dan menjawab komen Sdr.

Semoga Sdr sekeluarga sentiasa dilindungi ALLAH SWT. Banyak bersabar dan berzikir. Satu lagi, banyak bersedekah kerana untuk membuka pintu rezeki, kuncinya ialah bersedekah. Yang paling utama ialah anak yatim. Tak caya, trylah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Ogos itu pandangan D Shahrir. Setelah beliau berbincang dengan kawan-kawan dalam Kabinet, mereka kata eloklah buat hari Rabu. Maka pada hari Rabu le kita berserabut. Kesihan juga kat saya.