Friday, July 25, 2008

BAGAIMANA PERKARA INI BOLEH BERLAKU?

Alamak! Saya terkejut membaca berita kesemua 23 cawangan di Putrajaya hampir lumpuh kerana tidak mengemukakan Borang 9 kepada Pendaftar Pertubuhan sejak lima tahun lalu. Siapa punya angkara ni?

Berita MStar Online di bawah ini.

Oleh G. MANIMARAN dan ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaku wujudnya masalah tidak mengemukakan Borang 9 kepada Pendaftar Pertubuhan sejak lima tahun lalu, yang hampir melumpuhkan kesemua 23 cawangannya daripada mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) kali ini.

Bagaimanapun kata beliau, masalah tersebut telah diselesaikan, sekali gus membolehkan AGM kesemua 23 cawangan itu diadakan secara berperingkat mulai esok.

“Masalah itu (Penyata Tahunan) telah diselesaikan minggu lalu. Cawangan-cawangan dalam Putrajaya boleh mula bermesyuarat esok," kata beliau ketika dihubungi mStar Online pagi ini.

Semalam mStar Online difahamkan (sila ikuti BERITA TERDAHULU di bawah) cawangan-cawangan tersebut menghadapi masalah untuk mengadakan AGM berikutan kegagalan mengemukakan Penyata Tahunan kepada Pendaftar Pertubuhan setiap tahun.

Masalah itu berlarutan sejak Bahagian Umno Putrajaya dibentuk lima tahun lalu.

Bahagian Umno Putrajaya merupakan antara entiti terbaru dalam struktur Umno sejak persempadanan semula bahagian pilihan raya diguna pakai sejak 2003.


BERITA TERDAHULU:

Tiada penyata, 23 cawangan Umno Putrajaya hadapi masalah adakan AGM

PETALING JAYA: Kesemua 23 cawangan dalam Bahagian Putrajaya, antara bahagian terbaru dalam struktur Umno, dipercayai berhadapan dengan 'masalah' untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan masing-masing ekoran kegagalan mengemukakan penyata tahunan kepada Pendaftar Pertubuhan.

Menurut sumber Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, kesemua cawangan dalam Umno Putrajaya tidak menghantar Borang 9 seperti yang disyaratkan, sejak lima tahun lalu.

“Sememangnya mereka tidak mengemukakan Borang 9 itu sejak awal lagi,” katanya yang enggan dikenali.

Sumber itu enggan mengulas lanjut mengenai tempoh ‘sejak awal lagi’ yang dimaksudkan.

mStar Online difahamkan tempoh itu melibatkan sejak Bahagian Putrajaya mula ditubuhkan.

Difahamkan soal menghantar Borang 9 kepada Pendaftar Pertubuhan biasanya diuruskan oleh sekretariat bahagian.

Di bawah peruntukan Akta Pertubuhan, sesebuah pertubuhan akan berhadapan dengan masalah - tidak sah jika gagal mengemukakan penyata tahunan kepada Pendaftar Pertubuhan.

Borang 9 adalah maklumat yang perlu diberi setiap tahun oleh pertubuhan dan cawangan-cawangan pertubuhan berdaftar mengikut Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan 1966.

Antara maklumat yang perlu dinyatakan dalam borang berkenaan ialah minit mesyuarat agung tahunan, salinan penyata penerimaan dan pembayaran serta kunci kira-kira untuk tahun kewangan, penjelasan mengenai harta tak alih yang dimiliki pertubuhan dan penjelasan mengenai sebarang wang, harta, faedah atau keuntungan yang diterima oleh pertubuhan.

Jabatan Pendaftar Pertubuhan akan menghantar notis 30 hari mengikut Seksyen 14(2) bagi meminta sesuatu pertubuhan itu mengemukakan Borang 9 jika mereka gagal berbuat demikian dalam tempoh setahun.

Jika masih gagal mengemukakan borang tersebut dalam tempoh itu, maka notis pembatalan atau bubar sementara berdasarkan Seksyen 14(5) akan dikemukakan kepada pertubuhan berkenaan.

Bagaimanapun Setiausaha Umno Bahagaian Putrajaya, Syokri Shafee ketika dihubungi berkata, kesemua 23 cawangan itu akan mengadakan mesyuarat agung tahunan seperti dijadualkan mulai Sabtu ini.

“Tiada apa-apa masalah mengenai itu (Penyata Tahunan). Cawangan-cawangan dalam Putrajaya akan mula bermesyuarat pada 26 Julai ini dan dijangka selesai sepenuhnya 9 Ogos depan,” katanya.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merupakan ketua bahagian tersebut.

mStar Online cuba mendapatkan penjelasan terperinci daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, namun mereka enggan memberi sebarang penjelasan rasmi.


(Renungan Rimau : Ini bahagian Putrajaya. Bahagian Setiausaha Agung UMNO. Bagaimana pula ini boleh terjadi. Sebagai ahli UMNO, tentu kita tidak lupa peristiwa UMNO diharamkan. Minta dijauhkan perkara ini berulang kepada UMNO. Tolonglah buat kerja betul-betul. Apa ni?)

16 comments:

Anonymous said...

Saya menyokong parti UMNO di haramkan buat selama lamanya. Dah banyak parti yang orang Melayu boleh bergantung.

Nasib dihujung tanduk.

ex-Labour/newSNP

Anonymous said...

Salam Datuk,

Mungkin DS Tengku Adnan tengku Mansor lupa kot nak hantar borang. Al-maklumlah agak sibuk sedikit dengan urusan pentadbiran kerajaan.

Akar Umbi said...

Lain kali habis sahaja mesyuarat, dalam tempoh seminggu teruslah buat minit mesyuarat dan senarai jawatankuasa baru.Penyata kewangan guna seperti yang dalam penyata tahunan yang dibentangkan dalam mesyuarat agung tahun berkenaan. Borang 9, kena buat kerja lebih untuk sekali sahaja, maksudkan formatkan dalam thumb drive. Tahun berikutnya dah senang, cuma ubah tarikh sahaja.

Inilah akibatnya bila masuk UMNO cuma untuk berseronok-seronok bila ada pemilihan! Ketua Cawangan pun satu hal, letak orang umpama mengisi borang,setakat memenuhi ruang2 kosong.

Kalau tak ada orang yang layak jadi Setia Usaha Bahagian, marilah bagi jawatan tu kat saya. Takpun bagi lagi pada yang lebih layak, DIY @ Tiger. Hehehehe......

Anonymous said...

Dah banyak parti yang orang melayu boleh bergantung? Nak bergantung dekat siapa? PKR? Jangan kata orang melayu, orang bangsa lain pun belum tentu boleh bergantung dekat situ. Entah hapa2 je kelam kabut. Perjuangan semata2 untuk menjadikan Anwar jadi PM je..Setakat bercakap dan berjanji boleh laa, hasil macam tak seberapa je.

sentosa77 said...

Kenapa la boleh sampai macam tu.. Sikap sambil lewa & lalai tu masih kuat nampaknya.

ibrahim yahaya said...

Sdr Ex-labour,

Banyak orang yang mahu UMNO dirosakkan kerana mereka tahu parti itu telah banyak berjasa membantu bangsa Melayu. Di negara ini, jika bangsa Melayu gembira, semua kaum akan turut gembira. Begitulah juga sebaliknya.

Namun, apa yang dibimbangkan ialah ahli-ahli UMNO sendiri yang mementingkan diri dan sanggup menjahanamkan parti demi mencapai cita-cita mereka. Saya tabik Ketua-Ketua Bahagian yang tidak mahu mempertahankan jawatan kali ini dan memberi laluan kepada orang lain terutama pemimpin muda. Sampai bila hendak bergayut kepada jawatan Ketua Bahagian. Sampai bila hendak memegang terlalu banyak jawatan di peringkat Pusat dan juga Ketua Bahagian. Sedarlah.

Sekarang ini, semua pihak perlu memikirkan kepentingan parti kerana kita tidak mahu orang berhenti menyokong UMNO kerana meluat dengan individu tertentu.

ibrahim yahaya said...

Sdr PK,

Alasan lupa itulah yang akan memusnahkan UMNO. Jika diberi jawatan, jangan lupa untuk menjalankan tugas dengan baik. Jika tidak boleh menjalankan tugas kerana terlalu sibuk, berikanlah jawatan itu kepada orang lain yang bersedia untuk memikulnya. Jangan kita mahu mati bersama jawatan. Jangan kita tamak kepada jawatan. Semua hendak dipegang. Ingatlah berapa hari lagi kita akan hidup dan berikanlah kepada orang lain yang layak.

ibrahim yahaya said...

Sdr Azlan,

Saya mahu bertanding MT tetapi sudah tentu tiada pihak yang mahu mencalonkan saya. Pertama saya tiada duit untuk tabur keliling dan kedua orang macam saya inilah yang ditakuti kerana saya ini berani kerana benar.

Saya akan tegur baik sesiapa sekalipun. Apa nak ditakutkan dengan manusia. Bukan saya minta duit dia orang. Bukan saya berhutang budi dengan dia orang. Untuk kepentingan bangsa dan negara, saya sedia berkhidmat. Tapi...jadi blogger pun ok kot.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anonimes,

Sdr memang bijak. Terima kasih menerangkan kepada kita apa yang berlaku sekarang. Pembongkaran macam inilah yang perlu diketahui oleh rakyat jelata terutama mereka yang sudah keliru, celaru dan haru-biru. Sungguh terharu.

ibrahim yahaya said...

Sdr Zaidon,

Dalam keadaan sekarang ahli dan pemimpin UMNO tidak boleh bersikap sambil lewa atau lalai. Mereka tidak boleh tidur dan bersenang-lenang. Ini penting bagi memastikan kampung kita tidak tergadai dan kita pula terpaksa merempat di negeri orang.

terubuk jantan said...

TAHNIAH kepada semua ketua bahagian yang tidak bertanding dan memberi ruang dan jalan kepada muka yang baru kalau boleh timbalan ketua bahagian lepas jawatan terutama tempat-tempat BN kalah.MT UMNO juga mesti ditukarkan kepada yang lebih baik kami dah meluat dengan ahli mt yang ada...ingat tu MELUAT!!!!!!

p/S: SEMALAM BERITA HARIAN ONLINE MELAPORKAN ADA CAWANGAN UMNO DI KUANTAN MENCALONKAN DS NAJIB SEBAGAI PRESIDEN UMNo,TAHNIAH UNTUK CAWANGAN TERSEBUT ITULAH SUARA AKAR UMBI.

jojo51 said...

Inilah masalahnya bila big boss hanya memilih kaki ampu. Bila terlalu sibuk mengampu dan seronok sendiri menyampaikan berita-berita gembira kat bos lupa terus nak buat kerja.

Zainal A. Kasim said...

Salam Datuk,

Tungku Adnan SU Agung UMNO. Kalau SU dan pegawai-pegawai parti di Putrajaya tak tahu nak buat apa dengan peraturan ini, macamana nak tadbir negara?

http://c-bok.blogspot.com

ibrahim yahaya said...

Sdr TJ,

Semua yang pegang jawatan dalam UMNO tidak perlu bergayut kepada jawatan masing-masing sampai mati. Ini penting untuk memastikan orang lain terutama golongan muda mendapat peluang untuk mentadbir parti.

Janganlah merasakan kita saja yang paling "terrer" (bunyi macam terrorist) dalam kampung atau kawasan tertentu. Bagilah peluang terutama kepada anak-anak muda yang berkelayakan dan berwibawa. Jangan biarkan anak-anak muda ini beralih pandangan. Ketika itu, sudah terlambat dan parti tinggallah orang tua saja. Malapetaka.

ibrahim yahaya said...

Sdr Jojo51,

Mengampu bos tidak salah jika ia bertujuan untuk memberi semangat. Bukan untuk membenarkan perkara yang salah atau mengiyakan perkar yang tidak betul. Kalau bos tidak cerdik jangan kata dia bijaksana sebab nanti dia tengok semua orang tidak pandai.

Namun, ketika mengampu itu, kerja mestilah jalan. Kalau tidak jalan, kitalah yang perlu jalan. Jalan-jalan cari kerja.

ibrahim yahaya said...

Sdr Zainal,

Saya tidak boleh sebut nama. Nanti saya boleh dikenakan tindakan mengikut Tata Etika yang baru, jika saya hendak bertanding Majlis Tertinggi (MT). Ada ke bahagian hendak mencalonkan DIY?. Jadi blogger lebih baik kot.