Monday, August 11, 2008

UMNO CHERAS MINTA ZAID LETAK JAWATAN

UMNO Cheras hari ini mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim meletakkan jawatan ekoran sikapnya yang hanya berdiam diri berhubung tindakan Majlis Peguam menganjurkan forum yang membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Ketuanya, Datuk Syed Ali Alhabshee, berkata pendirian 'membisu seribu bahasa' yang diambil Zaid adalah sesuatu yang sangat mengecewakan.

"Ketika ribuan umat Islam bangkit mempertikaikan tindakan Majlis Peguam, menteri yang kononnya mahir dalam bidang undang-undang hilang entah ke mana, ini amat mengecewakan seluruh ahli UMNO dan orang Melayu.

"Di mana Zaid yang kononnya menjaga hal ehwal undang-undang apabila Majlis Peguam secara terbuka cuba mencampuri urusan dan kepentingan umat Islam di negara ini. Mengapa tiba-tiba membisu?," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Syed Ali berkata, dalam isu lain, Zaid cepat melatah, tetapi apabila kesucian dan hak umat Islam dicabar dan diganggu-gugat oleh pihak bukan Islam, beliau mengambil sikap membisu.

“Jadi eloklah berundur sahaja daripada Kabinet,” kata beliau.

Katanya, apabila menteri yang menjaga hal-ehwal perundangan negara hanya membisu dan tidak berkata apa-apa berhubung isu Majlis Peguam, sudah tentu rakyat akan membuat tafsiran beliau kononnya tidak begitu sensitif terhadap kepentingan Islam. - Utusan


(Renungan Rimau : Saya boleh memahami kemarahan Syed Ali itu. Begitu juga bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini. Apa pun alasan yang mungkin ada pada Zaid, kita jangan membiarkan orang lain membincangkan mengenai agama Islam secara terbuka apatah lagi jika ada agenda tertentu. Gunakan forum tertutup seperti yang dinyatakan oleh Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.)

14 comments:

Anonymous said...

AKUM DATO.....SAYA SEBENARNYA MENYOKONH PENUH USUL YANG DIBAWA UMNO CHERAS.....ZAID KOTA BAHRU NI SEBELUM NI BUKAN MAIN MENYALAK.SEKARANG ASAL DIAM....HAIRAN MCM MANA PAK LAH BOLEH PILIH ORG MCM NI DALAM KABINET......SAYA RASA DIA TAKUT,COZ GENG2 LAWYER YANG BUAT KECOH TU BUKAN ORG LAIN.....GENG DIA JUGAK.

JADI MENTERI HANYA PADA NAMA SAJA...HAMPEH!!!!!

bungaraya said...

KEPADA PERANTAU DI BEIJING SAID,
SIAPAPUN JUA MENTERI YANG AKAN DILANTIK TENTU SDR TAK BERSETUJU KERANA JENIS MACAM SDR INI MEMANG TAK MAKAN DISAMAN. kALAU DALAM MASYARAKAT KAMPONG, SDR NI MEMANG DISINGKIRKAN DARI BERBINCANG DALAM SEBARANG MESYUARAT KEMAJUAN RAKYAT.CUBA-CUBALAH BELAJAR MENERIMA PEMIMPIN SEADANYA. dATUK ZAID TU BUKANLAH BURUK SANGAT. I RASALAH JAUH LEBIH BAIK DIA DARI SDR YANG HANYA TAHU KELEMAHAN ORANG LAIN SAHAJA. BAWALAH MENGUCAP BYK2. SALAM.

Quantum Metal Consultant said...

Jika ada yang menghaharpkan zaid bertindak menyebelahi umat Islam dalam hal ini nyata harapan itu umpama angan2 mat jenin.

Kita lihat siapa yang di hadapan dalam hal ini. Merekalah wira kita walaupun pada dasarnya cara mereka tidaklah semuanya bersetuju.

Cuma, kurang ajar sahaja dapat mengajar orang yang kurang ajar.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

geng lawyer ialah geng dari HINDRAF. penyokong kuat PKR. ANwar pun tak kelihatan...dia bukan main hendak memperjuangkan nasib kita semua..tapi nasib Islam, letak kat al-juburi ke?

PAS pun sama. hero tamil mana pergi macam hussam musa, mat sabu,makhfuz..

jangan salah zaid sahaja. kena salahkan orang PKR juga sebab hanya seorang kelibat sahaja ahli PKR lawan lawyer..

Anonymous said...

YBhg. Datuk,

Diam seribu bahasa, boleh ditafsirkan oleh pelbagai orang dengan pelbagai maksud tersendiri, mengikut kesesuaian yang empunya diri.

Saya berpendapat semua ini terpulang kepada individu itu sendiri yang diberi amanat dalam kehidupannya. Mungkin seseorang berpendapat amanat kepada mereka yang diberi Tuhan ialah dengan menegur, mungkin juga amanat seorang lain pula ialah tidak mengakibatkan kekacauan atau kemusnahan negara dengan berdiam diri.

Dalam isu ini, semua orang pada pendapat saya mempunyai amanat yang perlu dibereskan ketika hidup.

Sebagai rakyat di negara ini, semua orang bertanggungjawab dalam memelihara keamanan dan kemakmuran negara.

Janganlah segala yang kita kecapi sekarang dimusnahkan, hanya kerana tamak haloba mahukan kuasa, ataupun ingin menjadi kaya.

Bagi orang melayu pula, daripada berebut kuasa dan memenuhkan tembolok mereka, cuba fikirkan apa yang saya kemukakan ini:

1.Tahukah anda bahawa anak-anak melayu sekarang ini berada dalam keadaan kritikal? Maksudnya kini, lebih ramai anak melayu sekarang menjadi beban kepada negara, dengan masalah sosial mereka.

Lebih ramai anak melayu kini menjadi penagih pil, arak dan terbabit dalam gejala mungkar? Umumnya kita mengetahui lebih ramai anak melayu berada di universiti-universiti awam seluruh negara, namun adakah ramai yang perasan atau mengambil tahu apa yang dilakukan mereka? Cuba datang ke Shah Alam pada malam hari dan lihat, siapa yang membanjiri taman-taman awam untuk bercengkerama? Tak lain tak bukan anak-anak melayu. Hanya sedikit daripada mereka yang menghabiskan masa lapang dengan bekerja sambilan atau menelaah pelajaran. Apa Pak Menteri UMNO lakukan?

2. Apa pula tindakan pemerintah melayu melihat gejala penolakkan anak melayu berkebolehan di bidang pekerjaan, cuba kita cari jalan penyelesaian, bukan menuding salah orang, apakah silapnya, adakah orang melayu kini tidak berkebolehan, mengapa jika begitu orang melayu tidak langsung mendapat tempat di syarikat milik melayu, malahan UMNO sendiri? sudah tiadakah anak melayu yang berkebolehan? Di jabatan kerajaan, keadaan serupa terjadi, mengapakah begitu? Jika kita lihat bagi bangsa lain, jika sesebuah syarikat itu dimiliki mereka, graduan yang mempunyai ijazah yang belum dapat dipastikan kesahihan wujudnya universiti yang mana ijazahnya dijajakan graduan itu, mereka tetap diberi peluang menduduki tempat penting dalam syarikat itu, namun bagi orang melayu, apa yang lebih penting, survival dirinya sahaja, bukan masa depan bangsanya, lalu bertambahlah pengangguran dikalangan melayu di negara ini, sedang pemimpin disanjungi mereka sibuk bercakaran berebut kuasa.

3. Orang melayu juga tidak sedar bahawa mereka kini sedang cuba dilaga-lagakan dan dinafikan hak mereka. Jika dulu tidak ramai yang mempersoalkan perkara-perkara dalam perlembagaan yang mengiktiraf hak orang melayu, tetapi kini mereka bebas mengecam orang melayu dan mempersoalkan persetujuan golongan terdahulu dalam membentuk negara yang kita sayangi ini.

Ada yang kata, akibat terlalu bebas.

Ada yang kata, gejala kerajaan yang lemah.

Ada yang kata, ini tanda negara dan rakyat yang sudah matang.

Saya kata, Wallahualam.

Orang melayu pada pendapat saya, tidak pernah belajar daripada apa yang dialami mereka (never learn their lesson). Tidak teringat punca kejatuhan empayar Melaka, ataupun membuka mata apa yang berlaku di negara lain sebelum ini sehingga negara mereka tidak stabil sehingga berjuta rakyat mereka lari ke sini mencari sesuap nasi.

Tidak salah mencari kekayaan, namun apa yang penting, adakah kekayaan itu boleh membahagiakan anda? Apakah dengan menjadi kaya, ia boleh dikecapi dengan negara yang haru biru?

Saya fikir kita orang melayu perlu hentikan semua perbalahan ini, peganglah kata-kata (maaflah kalau tersalah, saya budak baru belajar) hikmat "Menang jadi abu, kalah jadi arang" Jika bertelagah sekalipun kita tidak akan dapat apa-apa. Yang untung dan bersorak sorai ialah musuh kita.

Saya berpendapat, orang melayu belum cukup matang. Seorang tidak boleh jadi hero. Seorang tidak boleh menjadi penentu masa depan. Orang melayu perlu bermesyuarah dalam menentukan masa depan mereka. Ini kerana mereka masih belum cukup bijak dalam merencanakan kehidupan mereka sendiri secara berseorangan, tanpa mendapat bantuan atau rangkaian kuat sesama mereka.

Sekian terima kasih.

Kamarul Bahri Bin Abdul Kadir
Shah Alam.

* Pendapat saya ini bukan bertujuan untuk memecah belahkan kaum, tetapi ia lebih kepada muhasabah diri bagi memastikan negara ini terus makmur dengan penyatuan dan toleransi rakyatnya.

al-Yasar said...

Salam,

Saya ingin mendengar penjelasan Zaid terlebih dahulu.

Mungkin ada cara lain kita menghadapi forum yang dianjurkan oleh Majlis Peguam itu; tidak semestinya dengan cara berdemonstrasi.

Razlan said...

Salam Tok Rimau,

Kalau orang meminang, DIAM tanda Setuju ...

Betul ke si Zaid ni Setuju ?

Apa nak jadi dengan Kabinet Kita ..??

Menteri Dalam Negeri Tak tahu guna Kuasa .. yang Penasihat Undang-undang DIAM macam Setuju ..

MENTERI-MENTERI dok sibuk kasi komen DIAKHBAR ....

YANG PEMUDA PULA DIAM macam hilang taring ...

ADUH .. DIMANAKAH PERJUANGAN SEBENAR KITA NI TOK RIMAU ????

Malu ... malu ..

Lepas ni dia buat lagi .. PEMIMPIN MELAYU .. HANYA MENYALAK LAGI ..

MACAM ANJING MENYALAK BUKIT ...

Orang Melayu sudah masanya bangkit dari lena .. kita sudah BOLEH berhimpun dan membantah ...

MARI KITA RAMAI-RAMAI bawa poster dan PAKAI BAJU MERAH .. dan KAIN LILIT DIKEPALA MERAH ..

ARKIKEL SAYA :
MAJLIS PEGUAM YANG KURANG AJAR ..

http://razlans.blogspot.com/2008/08/majlis-peguam-kurang-ajar-lagi.html

Anonymous said...

Datuk Zaid bukannya membisu seribu bahasa, tetapi pada masa ini beliau mungkin sibuk dalam pemilihan UMNO Bahagian Kota Bharu. Ditambah lagi beliau mungkin berpandangan menjawab tindakan Majlis Peguam ini hanyalah akan menyebabkan keadaan bertambah bercelaru.

chilliriver

Razlan said...

bro chiliriver,

Bercelaru ...jaga bahagian ...

semua tu alasan ....

Kadang-kadang ... tindakan yang perlu diambil tidak memerlukan MATEMATIK yang tinggi ...

CUKUP dengan NIAT dan AZAM serta Nawaitu yang BETUL ...

Anonymous said...

Sepatutnya dalam isu ini, Dato Zahid tidak sepatutnya berdiam diri. Tindakannya itu hanya mengundang pelbagai buruk sangka masyarakat. Bukan Dato Zahid saja, malah orang-orang kuat PAS dan PKR pun sama, hanya berdiam diri tanpa apa-apa tindakan. Ini soal maruah Islam...

Anonymous said...

KEPADA BUNGA RAYA.....

KALAU ORG TAK BOLEH BAGI PENDAPAT JGN MASUK BLOG LA.BLOG NI PUN BUKAN SAUDARA YANG PUNYA.....TOKEI TAK KATA KATA APA DIA PULAK YANG LEBIH....SAH2 PENYOKONG ZAID..BLAH LA

Anonymous said...

Minta maaf.. Ada pembetulan.. Bukan Dato' Zahid Hamidi tapi Dato' Zaid Ibrahim.. Kesilapan amat dikesali...

junkopile said...

assalamualikum tok tiger
playsafe playsafe,no card ref...
biasala tok nak jaga kepentingan tetapi sebagai menteri dia kenala faham jugak mana isu safe mana isu sensitif.
utk hakim2 pandai pulak dia beri saguhati padahal tu duit rakyat tapi dirahsiakan ni tembus ke telus nih...
ini forum utk semua rakyat tak penting kot tok tu sebab dia diam...kalau rasa2 nak berniaga or tak berani berdiri dudukla terus tapi dudukla dekat luar bagila laluan pada orang lain sebab pak lah pon jelas tak setuju forum ni..
hehe kita sama2 tunggu apakah alasan dia ye...

tok janggut said...

Salam,
Sebenarnya apa yang dibincangkan oleh forum tersebut? Kalau saya, saya biarkan dulu dia orang berforum atau berdebat. Nanti kalau ada yang tak kena, ambil tindakan sahaja. Ni tak, belum apa-apa dah kecoh. Islam untuk semua, bukan untuk melayu sahaja. Melayu pun ramai yang hanya mengaku Islam tapi tak tahu apa itu Islam. Kalau saya katakan ramai daripada melayu hari ini yang menganut agama nenek moyang, tentu ramai yang marah. Tapi inilah yang sebenarnya berlaku.

Sebelum marah pada saya, tanya diri dulu, setakat mana islamnya kita.

Salam