Saturday, January 10, 2009

MAHATHIR NEGARAWAN BANGSA

Seperti artis popular, semua yang hadir menunggu kedatangan Tun Dr Mahathir Mohamad di Wisma TV Angkasapuri malam tadi mahu bersalam dan memberi senyuman kepadanya.

Semacam dirasuk hantu mereka juga mahu bergambar dengan negarawan bangsa ini walaupun selepas pemimpin ini kelihatan keletihan setelah memberikan pandangan dalam program Blog@1 yang dihoskan oleh Datuk Ahmad Talib, malam tadi.

Mahathir bukan satu nama asing lagi. Ia nama besar dan akan sentiasa menjadi sebutan di negara ini. Ada yang membesar ketika pemerintahannya. Apa lagi yang sudah dewasa dan mengetahui apa yang dilakukan oleh Mahathir kepada bangsa dan negara.

Mahathir pun, bukanlah dipuja oleh semua orang. Bagi yang membencinya, pelbagai gelaran diberikan termasuk mahafiraun atau menuduhnya sebagai perosak bangsa dan bahasa. Beliau sering dikaitkan dengan "kegilaannya" untuk membina bangunan besar. Mahathir juga dilihat mewujudkan manusia yang memandang materialistik di negara ini.

Bagi pemujanya, Mahathir adalah insan yang menaikkan taraf bangsa Malaysia. Ia menggerakkan bukan saja dalam bentuk fizikal tetapi aspek kerohanian menerusi pelbagai kata pendorong yang membentuk individu berdaya tahan dan berdaya saing.

Mahathir mahu rakyat negara ini menjadi manusia yang disegani. Bukan darimana mereka datang tetapi apakah kualiti yang ada di dalam diri sehingga sesiapa saja di dunia ini menyanjungi kebolehan rakyat negara ini sepanjang masa.

Bagi Mahathir, tiada yang mustahil kecuali untuk menjadi tuhan. Sebagai manusia mereka boleh menjadikan diri mereka disegani di semua peringkat dengan idea bernas dan berketrampilan. Bukannya memperjuangkan isu bodoh dan kepentingan diri.

Walau apapun diperkatakan oleh orang terutama musuhnya terhadap Mahathir, gelagat orang ramai yang berada di Wisma TV Angkasapuri semalam memaparkan bahawa beliau adalah negarawan bangsa yang akan dikenangi dalam sejarah Malaysia.

He is still very sharp and witty. Whatever people say about him, we cannot deny the fact that his ideas and words cast a great influence on others.

Semoga Allah SWT memanjangkan usia dan memberi kekuatan kepadanya untuk memberi pandangan yang baik untuk bangsa dan negara.

Dalam hidup, ada yang suka kepada kita dan sebaliknya ada yang akan membenci sehingga sanggup menabur fitnah, menghina, mengata dan memperkecilkan kita. Biarlah si Luncai terjun dengan labu-labunya. Pandai bercakap entah apa-apa.

Jadilah intan, walaupun dicampak ke dalam lumpur, kita tetap intan dan akan bersinar satu hari nanti.

5 comments:

Jafma Niaga MA-0044016-M said...

salam DIY,

Saya sendiri ternanti-nanti kemunculanya di dalam rancangan blog@1 malam tadi.

Unknown said...

Tuan,
TOLONG BAGI TAU PAKLAH TUUUU...KALAU NAK MENANG PILIHANRAYA KUALA TERENGGANU JANGAN LA DOK PI HENTAM MAHATHIR PULAKKKK..
DOK DIAM LEBIH BAIK DARI BERCAKAP BENDA MERAPU.PAK LAH KENA CARI TASBIH LEBIH PENDCEN PI DUDUK DI MESJID KEPALA BATAS BERZIKIR DAN BERUZLLAH.MASA TINGGAL 2 BULAN LAGI. MAI KITA SEMUA COUNTDOWN UNTUK PAK LAH.

Anonymous said...

Datuk Tiger,
i agree with you 100%. There is ONLY one Mahathir in 100 years for Malaysia.We admire his guts, intelligences and visions that make us proud to be Malaysians. Pada yang benci pada nya biasalah saya harap dia jangan gunakan apa yang dihasilkan orang yang bernama MAHATHIR jangan menikmati yang dibenci mereka. Saya bangga pada Mahathir yang menjadi PM saya dari muda sampai pencen.

Anak Felda Sg Behrang

Anonymous said...

Datuk,

Letakkan manusia bernama Mahathir Mohamad menjadi President AS. Saya yakin. Dunia akan senang lenang dan aman makmur 100-200 tahun akan datang. Apatah lagi umat Islam.

Ni dok obama-obama-obama. Sampaikan makcik yg tak tahu politik pun kenal Obama. Last2, bile ditanya pendapatnya tentang Palestine. Sama saja macam presiden yg lain.


*Kalau tak gaduh ngan bakal isteri, saya akan namakan salah seorang nama anak saya dengan nama Tun. Insya-allah

antianwaribrahimdotcom said...

saya memang pengkagum mahathir dari dulu lagi. tp tidaklah sampai memuja2 tun sampai anggap dia tu tak bersalah atau tak buat dosa.

yang heran, orang melayu dok sibuk kagum dengan tokoh2 barat dan arab. sedamgkan ramai lagi orang kita yang lebih hebat drpd mereka.

saya doakan tun sihat dan dilindungi allah sentiasa.

BAGAIMANA PULAK DENGAN ANWAR IBRAHIM? SAYA DOAKAN ALLAH BERIKAN HIDAYAH KEPADA ANWAR UNTUK SEDAR DIRI DAN JIGAK KEPADA PENYOKONG2 ANWAR YANG DAYUS BODOH DUNGU!