Monday, June 1, 2009

PERTANDINGAN VIDEO TEMPAT MENARIK

Minggu ini, jalan di bandaraya tidak sibuk. Tiada hiruk pikuk. Cuti sekolah katakan. Boleh pergi kerja lambat sikit berbanding jam 6.30 pagi terpaksa keluar dari rumah sebelum ini.

Seorang teman memberitahu saya, beliau meluluskan lebih 400 orang kakitangannya yang ingin ke luar negara. Wah, begitu ramai yang ke luar negara. Saya yakin ramai daripada mereka pasti mengambil tiket tambang murah yang dianjurkan oleh MATTA.

Dalam pada itu, yang tidak berkesempatan untuk membeli tambang murah, eloklah bercuti di dalam negara saja. Banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi terutama kawasan yang kita tidak pernah pergi.

Semalam, ketika bersembang dengan Pak Mat (Tan Sri Ahmad Merican) beliau menceritakan bagaimana hebatnya tempat-tempat menarik di negara ini yang dilawatinya selepas bersara.

Menjadi kegemaran TS Ahmad, beliau mengambil gambar di semua tempat menarik yang dilawati.

Dalam usia 84 tahun, saya amat kagum dengan Pak Mat yang masih rajin mengambil video di mana saja tempat menarik yang dilawati.

Malah gambar yang diambilnya mempunyai mutu yang sesuai disiarkan di televisyen.

Mungkin sudah sampai masanya RTM mengadakan program yang menggalakkan lebih ramai rakyat negara ini menghantar video tempat menarik yang dilawati. Ataupun gambar kampung halaman mereka seperti mereka yang tinggal di Ulu Tembeling atau Gua Musang.

Amacam? Boleh kita minta GLC memberikan sumbangan untuk memberi hadiah kepada mereka yang kreatif dalam persembahan video. Bahan pun mestilah menarik.

4 comments:

Kulupbana said...

Salam Datuk,
Setuju sangat dengan idea itu; mendekatkan rakyat dengan dunia penyiaran sekaligus menjadikan alatan teknikal rakaman audio visual sebagai alat memaparkan realiti kehidupan. Lebih meriah jika ianya disiarkan untuk tatapan audiens TV.

Namun, tahap kemahiran serta pengetahuan tentang nahu gambar video mungkin membatasi kualiti atau aras standard siaran.

Justeru, mekanisme untuk menyelia mutu persembahan video yang bakal dihantar oleh para amatur ini harus digariskan.

Takut macam segmen 'sumbangan video orang ramai' di Majalah Tiga yang menghilang begitu sahaja dipertengahan jalanan.

OrgKpgDoha said...

Salam Datuk Tiger..

Baru tahu ker banyak tempat menarik didalam negara kita...

Setuju bebeno Pak Datuk..eLok laa mulai sekarang, ramai yang akan mengambil bahagian nanti .sekurang-kurangnya boleh juga orang kampung belaja guna Video Camera.

Harapan OrgkpgDoha boleh ambil bahagian dalam pertandingan ini..

COWENG ANAK PILAH said...

Jangan fokus tempat yang menarik sahaja, luaskan skopnya kepada cerita yang menarik juga yang lebih kepada kisah kehidupan masyarakat dan sekeliling.

Alhamdulillah, setakat ini apa yang coweng unjurkan kepada anak-anak muda yang berbakat di dalam penerbitan video untuk menyertai sesuatu pertandingan yang dianjurkan terutama untuk karyawan muda, mendapat anugerah apabila mereka menyertainya.

Perkongsian idea menjana kecemerlangan diri. Banyak-banyaklah lagi RTM anjurkan pertandingan video samada dokumentari atau yang lain-lain....

Anonymous said...

Salam.. saye seorang remaja berumur 17 tahun yg agak "mahir dan brminat" untuk menyertai pertandingn video yg dianjurkan oleh mana mana pihak di malaysia. boleh x tlg saya? bagaimanakah saya mahu menyertai pertandingan pertandingan ini? tlg email saya...
armedzerox@hotmail.com