Tuesday, July 14, 2009

1MALAYSIA KONSEP PERPADUAN TERBAIK

Jika anda melalui Jalan Syed Putra menuju ibu negara, Kuala Lumpur, pasti terpandang papan iklan gergasi 1Malaysia ini.

Balasan kepada yang berbudi, mungkin itu yang difikirkan pemiliknya, lantas idea pemasangan papan iklan gergasi merentangi jalanraya itu secara percuma, sebagai caranya membalas bantuan kerajaan selama ini.

Bagi Pengarah Urusan Libroff Sdn Bhd, Datuk Maarof Rahman, perniagaan syarikatnya yang berteraskan pengiklanan, beliau melihat caranya itu sebagai kempen yang boleh membantu kerajaan menyampaikan dasarnya kepada rakyat.

Ia memaparkan 3 kanak-kanak mewakili kaum utama di Malaysia, menepati kosnep 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kos bukan penghalang, kempen menerusi papan iklan bernilai 2 juta ringgit itu katanya telah menjadi amalannya setiap tahun walaupun tampuk pemerintahan silih berganti.

Setelah tamat tempoh 3 bulan, papan iklan gergasi berkenaan akan digunakan bagi tujuan iklan lain yang membawa pulangan kepada syarikat.

Selain di Kuala Lumpur, usaha murninya itu akan diteruskan ke seluruh negara bermula dengan negeri Johor selepas ini.

Baginya semangat 1Malaysia perlu dijiwai setiap warganya tanpa mengira kaum agar negara dapat terus maju.

13 comments:

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Saya cadangkan Poster1Malayia mesti memaparkan kanak-kanak dari semua kaum dalam Malaysia. Mana Kanak-kanak dari Sabah & Sarawak ?.
Tolong pembetulkan Poster 1Malaysia.
Ingat kata PM ' tiada rakyat akan dipinggirkan ' dalam gagasan 1Malaysia.

AKULAH GHAIBMAN said...

Salam.
Tahniah kepada Pengarah Urusan Libroff dengan iklannya yg serba cantik.. Usaha yg dilakukan dgn ikhlas pasti akan mendapat ganjaran yg setimpal drpd Allah..Truskan berjuang demi untuk agama bangsa dan negara....

bungaraya said...

Datuk,
Konsep 1MALAYSIA ini rasanya elok mengambil contoh terbaik yang banyak berlaku di Sarawak. Lebih-lebih lagi pilihanraya umum negeri itu tak lama lagi. Disamping kita mengwar-warkan konsep 1MLAYASIA, kita juga mempromosikan Sarawak dan kita juga memulakan kempen bagi PRU di Sarawak yang akan berjalan awal dari Malaysia seluruhnya.

Unknown said...

salam diy,
berbanding sumbangan kerajaan kepada syarikat datuk maarof sebagai consessioner, apalah sangat keluar duit setakat tak sampaipun RM5k kos inkjet print untuk skin paparan billboard tu, as against RM400K he will get in 3 mths to come for selling the space (tak termasuk prospek projek di johor)....
i see this as politiking business... untungnya datok maarof

Anonymous said...

salam datuk,

khbarnya petugas radio rtm hari2 meeting. hasilnya takde jugak. sama cam tu jugak.
seronok meeting sebab makan free ke..?

meeting tak penting.yg penting hasil kerja.

tingkatkan siaran radio rtm di mana saja! la ni masuk bawah garaj aje, radio dah sok sok sek-sek... dari dulu dan selamanya cam tu. sampai bila agaknya. akan selama-lamanya ke? camana nak atasi radio swasta.

Nurul Shaza said...

sungguh luar biasa...saya dah dapat jawapan 1 juta bersamaan dengan kos separuh iklan gergasi ini...tetiba terpk bila anugerah kampung tercantik felda turut dapat 1 juta...

1 Malaysia perlu dipadu dengan kebenaran ilmu...coretan sejarah harus diperdebatkan agar generasi muda kenal isi kandungan yang terkandung di dalamnya..mungkin di sana lahir keikhlasan tuntas menyegera keberjayaan gagasan 1 malaysia!

Mohd Nadzri Kamsin said...

Siapa Datuk Maarof Rahman?

Anonymous said...

Salam Dato
Cuba tonton shout awards mlm tadi, itu baru 1 Malaysia dgn pelbagai bangsa melayu,india,cina,sabah dan arawak dlm satu stadium bernyanyi. Boleh ke RTM melakukan demikian dato? saya tertanya?

RTM ingin menerapkan satu malaysia dgn membawa penyanyi budaya sarawak nyanyi lagu tradisioal sarawak dan begitujuga dgn sabah. Siapa nak dengar dato.

Generasi muda belia dan pandai, cerdik dan bijak berfikir kerana muzik itu universal.satu contoh terbaik ketika Bunkface menyanyi, konsep amat terbaik.

Janganlah tonton RTM semata tanpa hirau pesaing TV lain buat sesuatu yg baik untuk RTM ikuti.

Lama kelamaan (mungkin 2013) RTM dah tak relevan lagi di arena penyiaran TV negara.

Sakura KL

Kulupbana said...

Salam Datuk,
Di RTM pun pernah ada beberapa syarikat penerbitan yang taja program khas untuk siaran TV secara percuma namun segala harapan dipanjatkan.

Bak dialog keramat dalam filem 'Madu Tiga' ... tolong ada makna.

Anonymous said...

konsep 1 Malaysia ni Najib tiru konsep Pakatan Rakyat...Malu la woii..!! dah xde idea cilok idea org...1 malaysia ni juga samalah ngn konsep DAP nk laksanakan Malaysian Malaysia...Bodoh ke ingt rakyat x blh fikir ke?? UMNO BN suka menipu rakyat merompak membunuh itu kerja korang...Negara Indonesia dah amalkan dari dulu lg konsep perpaduan..tp Malaysia br nk laksanakan sebab ape nk tau? sb UMNO dulu seksa rakyat Malaysia dgn DISKRIMINASI KAUM serta mengamalkan perkauman tp sejak dh UMNO x blh nk tipu rakyat maka dorg buat la yg baru utk tipu org ramai lg...ni semua otak jahat n kerja jahat UMNO...elok kuburkan saja UMNO itu...

Anonymous said...

kau dapat la Pangkat Datuk ke ape ke kaya kayap ke...tapi kau org manusia jugak masuk kubur sama gak dlm tanah...akhirat pn jumpe sama gak...kau org g la bertaubat..sedarkan diri..Allah Maha Berkuasa...

* ainul AB * said...

Salam Tok Rimau,
Konsep "1 Malaysia" ni nampaknya disambut baik oleh semua kaum. Selesa dengan perkembangan positif ni.
Wassalam.

Anonymous said...

kau dapat la Pangkat Datuk ke ape ke kaya kayap ke...tapi kau org manusia jugak masuk kubur sama gak dlm tanah...akhirat pn jumpe sama gak...kau org g la bertaubat..sedarkan diri..Allah Maha Berkuasa...

-aku sokong cakp ko, anynomous-