Sunday, August 16, 2009

LAMAN BUDAYA RAKYAT UNTUK RAKYAT

Semalam Laman Budaya Rakyat dilancarkan oleh DSU Dr Rais Yatim. Ia bertujuan untuk menyediakan satu kawasan bagi membolehkan rakyat membabitkan diri dalam pelbagai kegiatan daripada menjual goreng pisang sehinggalah mengetengahkan hasil lukisan mereka.

Program yang diadakan disekitar Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad itu diadakan setiap minggu bermula daripada jam 6.30 petang sehinggalah jam 10.30 malam.

Semoga program seumpama ini mendapat sambutan rakyat yang akan bersantai di hujung minggu mereka di LBR di samping menggerakkan kegiatan ekonomi terutama di kalangan peniaga kecil dan sederhana serta golongan berbakat termasuk seniman jalanan atau buskers.

RTM akan membuka radio lokasi di LBR.

5 comments:

BelalangDewa said...

nak mintak gerai jual apam balik boleh tak..?

M.Perry said...

Laman Budaya Rakyat yang dilancarakan oleh DSU Dr.Rais Yatim dijangka akan membuka ruang bagi pamirkan budaya rakyat Malaysia dalam usaha memperjelaskan konsep 1 Malaysia. Semua kaum dan etnik harus mengambil peluang ini untuk menonjolkan budaya masing-masing supaya dapat mengkayakan budaya Malaysia.Saya percaya usaha ini akan membantu mengatasi sikap bigotry budaya dikalangan rakyat Malaysia. Syabas diucapkan kepada DSU Dr.Rais Yatim atas initiatif mempraktikkan apa yang dikatakan oleh kerajaan kepimpinan DS Najib Tun Razak.

Kita juga berharap lain-lain Kementerian pun mencari jalan untuk membuka ruang bagi semua kaum dalam program kementerian masing-masing supaya konsep 1 Malaysia benar-benar dilihat diamalkan atau 'take effect' dan bukan satu rhetoric politik seperti didakwa oleh sesuatu kumpulan tertentu.

Mazlan, said...

Datuk,
Consider untuk buka di perkarangan Menara Alor Setar sama.

urangbahari said...

Tahniah! RTM semakin kreatif menarik penonton dan aktiviti budaya. Sesuai dengan gagasan PM 1 Malaysia..

IES Agencies said...

I answer KJ Mouthpiece, Malaysian Insider's questions who is a traitor...

read it here
http://marahku.blogspot.com/2009/08/questions-i-want-to-answer-just-who-is.html