Wednesday, January 6, 2010

YANG SALAH SUDAH DIHADAPKAN

Kes kehilangan dua enjin pesawat TUDM bernilai lebih 100 juta ringgit.

Dua individu termasuk seorang anggota TUDM berpangkat sarjan dihadapkan ke mahkamah Sesyen Petaling Jaya pagi ini.

Sarjan N Tharmendran, 42 tahun, dituduh bersubahat dengan laskar udara kanan, Mohamad Shukri Mohamad Yusuf, melakukan kecurian dalam gudang material udara, matra 1,pangkalan udara TUDM, Sg Besi iaitu dua enjin pesawat.

Dia didakwa mengikut seksyen 380 kanun keseksaaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pengarah syarikat, K Rajandran Prasad pula dituduh dengan sengaja menolong menghapuskan harta curi iaitu 2 enjin pesawat f5-e.

Rajandran didakwa mengikut seksyen 414 kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 7 tahun dan boleh di kenakan denda jika di sabit kesalahan.

Hakim Aslam Zainuddin membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin 150 ribu ringgit setiap seorang dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 11 Februari ini.

Ikuti Berita Nasional di RTM pada jam 8 malam ini.

1 comment:

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Heh..heh... Pandai-pandai tupai melompat akhir juga jatuh ke tanah !!!! Syabas Ketua Polis Negara & PDRM & TUDM you have done your homeworks to catch the culprits.