Thursday, March 18, 2010

MCA KUAT, BN JADI TEGUH

Laporan media yang mengatakan Tan Sri Ong Ka Ting ingin bertanding jawatan Presiden MCA pada 28 Mac ini sudah tentu membuka banyak mata. Terbeliaknya mata semua pihak bukan kerana keinginan beliau ingin bertanding tetapi yang menghairankan orang yang pernah meletak jawatan kerana keputusan buruk MCA pada PRU 12 ingin bertanding semula. Apa sudah jadi?

Apakah kehadiran Ka Ting akan dapat menyelamatkan MCA pada masa akan datang? Inilah persoalan yang timbul sekarang sama ada bekas Presiden MCA itu benar-benar calon yang paling sesuai berbanding dua calon lain yang mungkin bertanding iaitu DS Ong Tee Keat dan DS Chua Soi Lek. Atau ada pemimpin muda yang ingin mencuba nasib?

Jika Tee Keat ingin menawarkan diri memang wajar kerana sudah tentu beliau ingin mempertahankan jawatannya. Jawatan yang dimenangi tetapi sentiasa 'dikacau' oleh pihak yang mahu beliau meletakkan jawatan. Bagaimana pula dengan Soi Lek yang sudah melalui zaman politik yang 'gelap' dengan video termasyur di mana ramai kaum Cina dan ahli MCA sendiri tidak mahu menerima pemimpin sedemikian rupa. Betul ke?

Apapun kehadiran Ka Ting sedikit sebanyak memberi pelbagai kesan kepada keputusan pemilihan parti itu pada 28 Mac. Ia mungkin secara tidak langsung akan memberi kesan terutama kepada kemenangan Tee Keat kerana undi Soi Lek sudah pasti terbahagi dua. Atau undi Tee Keat terbahagi dua membolehkan Soi Lek menerajui MCA?

Persoalan sekarang ialah jika Ka Ting menjadi Presiden, adakah ahli MCA akan memberi sokongan padu kepadanya seperti dahulu? Bagaimana pula jika Tee Keat menang, apakah penyokong Soi Lek pula membuat 'perangai' tidak mahu menyokongnya seperti dahulu.

Namun, perkara yang paling menakutkan bagi pemerhati politik ialah jika Soi Lek pula menang. Apakah ahli MCA akan menerima seorang ahli politik yang dilihat sudah 'tercemar' memimpin parti mereka dan seterusnya menjadi Menteri dalam Kabinet negara. Apakah ini aliran dalam politik negara sekarang?

MCA perlu bersatu dan kuat untuk memastikan BN terus teguh memimpin kerajaan. Jika MCA asyik bertelagah, maka sokongan masyarakat Cina kepada BN sudah tentu hilang begitu saja. Melainkan mereka berterima kasih kepada apa yang dilakukan oleh BN selama ini. Tepuk dada, tanya hati.

1 comment:

Tukang Nujum said...

Ini masalah parti tetapi kesannya ialah kepada BN dan kerajaan, jika Chua Soi lek menang, mejoriti ahli MCA akan suka, tetapi hancurkan mandat rakyat kepada kerajaan.

Pilihan satu lagi ialah kepada Ong Tee kiat, tetapi MCA akan berpecah dua, tetapi jika Ong Ka Ting menang, dia terpaksa kerja kuat mengembalikan MCA di mata rakyat.